Friday 7 December 2012

Bab 1 Kau Perempuan Itu



Hayunan langkah kaki mula dibesarkan bukaanya. Memang masak dia dengan Prof. Kamaliah sebentar lagi. Jangan sampai kena duduk luar sudah la. Sudah banyak pelajar yang terkunci di luar, tidak di benarkan masuk ke kelas kerana lambat tiba. Alahai, padahal bukan lambat sangat. Dua tiga minit selepas Prof. Kamaliah masuk je. Cuak jugak hati Sarah. Ini kali pertama dia lambat ke kuliah Prof Kamaliah. Dah la garang pensyarahnya yang seorang itu. Mungkin sebab dia andartu kot.  Kalau kelas Prof Kassim mungkin dia selamat sedikit sebab Prof Kassim baik orangnya. 
 “ Semua salah kau Sarah. Kalau kita kena kunci dekat luar, siap kau!” Bebel Tina tanpa henti sepanjang perjalanan.

Makan bontot ayam banyak sangat kot perempuan ni. Memang non-stop Tina membebel sejak keluar dari asrama tadi. Sepanjang sepuluh minit perjalanan dari asrama ke dewan kuliah memang tak henti-henti membebel. Naik letih telinga Sarah menadah bebelan kawan baiknya yang seorang itu.Telinga dipekakkan. Malas mahu melayan. Bukan salah dia, semua salah tugasan Prof Kassim. Siapa suruh dia minta tugasan tu hari ini. Penat dia buat sepanjang malam, tahu? Macam nak tersembul biji mata dia sekarang ni. Kalau boleh nak aje dia tidur sambil berjalan. Mengantuknya Ya Allah. Tapi tak boleh nak salahkan orang lain jugak. Sarah sendiri yang tak siapkan kerja tu awal-awal. Leka bermain Sim City di facebook. Jadi bukan salah sesiapa yang menjadi punca dia terpaksa berjaga sepanjang malam. Sedih betul. Eh, tapi Tina takde pulak nasihatkan dia supaya siapkan tugasan. Tina kan kawan baik. Apa punya kawan baik lah Tina ni. Ahh, Tina pulak disalahkannya. Hish. 

Langkah kaki yang menghampiri dewan kuliah dilajukan. Masa untuk lari! Kaki terus berlari laju menapak ke Dewan Kuliah Seri Kiambang. Mata meliar mencai kelibat Prof. Kamaliah. Woi! Dia belum masuk woi! Sarah menarik nafas lega. Lega.  Melihat seseorang melambainya dari jauh, kaki dihayun laju ke arah empunya badan.

“ Morning, baby! U lambat lagi today”, sapa Ikram sambil tersenyum.“ Macam kau tak tahu buah hati kau ni, Am, bersiap mengalahkan puteri!” Tina menyibuk memberikan alasan.Alasan yang dusta belaka. Sarah mengetap gigi. Dia pula yang dikatakan bersiap mengalahkan puteri? Baju kurung moden kain kapas berbunga kecil-kecil warna pink yang tersarung di tubuhnya dipandang. Muka cantik Tina yang ditempek mekap tebal dipandang bersilih ganti dengan pakaiannya.“Am, awak rasa saya dengan Tina siapa bersiap lagi lama? Muka saya mekap pun takde…” Tang! Hambek kau. Sarah mengenakan Tina. Tangan Tina laju mencubit lengannya. Rasakan! Mereka bertiga sama-sama ketawa. 

Kurang dari sebulan, mereka akan menamatkan pengajian mereka. Ya, masing-masing akan membawa haluan masing-masing. Sarah lega. Lega kerana dia boleh bekerja dan mencari wang untuk ibu bapanya. Lebih dari empat tahun dia berkawan dengan Tina dan Ikram. Mengenali Ikram menjadikan kehidupannya penuh berbunga-bunga. Biarlah apa orang nak katakan tentang Ikram, Sarah tidak peduli. Dia yakin bahawa Ikran adalah tercipta untuknya. Dia mahu anak-anaknya nanti ber'bin' dan ber'binti' kan Ikram Ashraf. Tanpa sedar bibirnya mengulum senyuman. Dia bahagia apabila bermimpikan tentang semua masa depannya. Salam yang dijawab oleh pelajar-pelajar mengembalikan Sarah ke dunia nyata. Nasib baik tak melatah sebab terkejut. Kalau tak, malu saja. Dia tersenyum sendirian. Sempat lagi berangan! Kepalanya digeleng perlahan.  ‘Berangan is my middle name, you know?’ Dia berbisik dalam hati. Macamlah orang lain dengar.

Kuliah yang diberikan oleh Prof. Kamaliah didengar dengan tekun. Wanita berusia 40-an itu hampir sebaya dengan ibunya. Wajah putih bersih itu dipandangnya lama. Cantik betul, pakai produk apa lah Prof. Kamaliah ni. Mula licin macam kulit telur. Baju kemeja putih yang dipadankan bersama skirt labuh berwarna kuning pekat menampakkan wanita itu elegant! Tudung Ariani yang terletak cantik mengikut bentuk mukanya sesuai sekali dengan dirinya. Bijak bergaya. Pelik kerana hati pensyarah cantik dihadapannya ini tidak berjaya ditawan oleh mana-mana lelaki diluar sana. Pelik. Memang pelik.

"Kalau you all malas nak dengar, malas nak mencatat nota, nanti kalau soalan-soalan dalam kuliah I ni semua keluar exam, I takkan bertanggungjawab. You all pasti akan menyesal sebab tak mendengar kuliah I dengan tekun!" Okay, nasihat berbaur ugutan di situ Prof. Sarah kembali ke dunia nyata. As I said before, dreaming is my middle name. So, don't put blame on me. Hehe..Tapi betul jugak kata Prof Kamaliah tu. takkan lah dia nak bagitau soalan apa yang masuk periksa, pandai-pandai kau lah nak hidup, kan? Ah, Sarah baik kau dengar kuliah tu! Kalau tak dengar betul-betul kang menyesal tak sudah. Kalau rasa malas nak study macam nak gila bila nak periksa, baik kau dengar betul-betul isi kuliah. Mata melirik ke seisi kelas. Masing-masing tekun mencatat nota. Tahu takut.

‘Lunch together?’ Kertas petak berwarna merah jambu bersaiz tapak tangan itu ditenungnya. Bibirnya mulai mengukir senyuman.Tangan kanan Sarah yang menongkat dagu ala-ala mendengar kuliah dengan tekun dijatuhkan. Pen merah ditangan mula memberikan khidmatnya. ‘Tak nak!’ Laju tangannya mencatatkan huruf-huruf tersebut. Nah, pen merah lagi tu! Hambek kau.

Ikram membeliakkan matanya. Berani Sarah mengenakan dia. Matanya mengerling Sarah yang berada di sebelahnya. Mindanya memproses idea untuk mengenakan buah hatinya kembali. Tangan Sarah yang menongkat dagu segera ditolak dengan sikunya.
“Oh mak kau!” Terkejut! Kepalanya pantas diangkat memandang Ikram di sebelahnya. Ikram memberikan ekpresi muka paling tidak bersalah sekali. Jejaka tampan itu tanya menjungkit bahu tanda tidak tahu apa-apa. 
“Ye Sarah? Any questions?” Laung Prof Kamaliah kuat.
 “Takde prof. U can continue..” Malu! Sumpah malu. Dia melatah dalam kelas Prof. Kamaliah. Giginya diketap. Geram. Ikram! Siap kau Ikram. Siap kau! Tak guna punya boyfriend.Tina menekup mulutnya menahan ketawa. Faham sangat dengan sikap mudah melatah Sarah. Ikram buat-buat tak nampak muka Sarah. Padahal dalam hati dia ketawa kuat. Kesian pun ada melihat muka cemberut kekasih hatinya. 

***********

"Nah! Nasi goreng kampung. Kalau tak suka saya boleh order yang lain" , Sambil tangannya meletakkan sepinggan nasi goreng yang sungguh menyelerakan. Bau pun dah sedap, belum makan lagi ni. Siap ada telur mata goyang lagi tu. Liur ditelan.
"Eh, tak payah. Thanks!" Alahai, macam manalah hati tak sayang kalau dilayan macam puteri setiap hari.  Melihatkan hanya sepinggan nasi sahaja yang dibawa Ikram, Sarah pelik. Mamat ni  diet ke?
"Awak makan apa, Am? Takkan diet?"
"Tu, Tina tengah belikan", tangannya menunding ke arah Tina yang terkocoh-kocoh berjalan menghampiri mereka. Sebiji burger diletakkan di depan mata Ikram.

"Mama tanya bila saya nak bawak awak balik ke rumah". 
Uhuk! Uhuk! Perit. Kenapa boleh tersedak ni. Tangan Sarah perlahan mengusap dadanya yang perit. Air, mana air? Nak air!!!!Ikram yang berada di hadapannya pantas menghulurkan air. Tina sibuk menggosok belakang tubuhnya.

Adoi la, pedih ulu hati, sakit dada, pedih hidungnya. Ikram pun satu, kot ye pun tunggu la dia telan nasi goreng ni dulu. Tak habis-habis nak meminang. Dah tu, tak romantik langsung. Ada ke dekat Kafe Ros Andalas ni dia nak meminang pun. Melutut la sikit. Tak pun bawak bunga ros ke sejambak. Berbunga lah sikit hati dia. Eh? Bila masa pulak dia meminang. Ikram cuma nak memperkenalkan dia kepada keluarganya. Mata terkebil-kebil memandang Ikram. Bibirnya lantas mengukir senyuman paling manis. Kalau boleh nak manis macam menelan gula sekilo. 

"Nanti bila saya dah kerja". Mudah, ringkas dan padat. 
Ikram menarik nafas hampa. Faham benar maksud Sarah yang masih belum bersedia. Gadis bertocang satu depannya ini dipandang sayu. Berbeza benar dia dengan Tina. Bagai langit dengan bumi.  Tina nampak lebih stylo. Nampak lebih urban berbanding Sarah yang agak kekampungan. Rambut blonde Tina dibezakan dengan rambut hitam pekat milik Sarah. Padanlah dengan namanya, Sarah. Kampung betul namanya walaupun tidak dibesarkan di kampung. 

Ikram pun pelik sebenarnya bagaimana dia boleh jatuh hati kepada Sarah. Pada awalnya dia cuba memikat Tina, melihatkan Tina menjual mahal dia cuba mendekati Sarah yang nampak lebih lembut dan ayu. Hatinya pelik, bagaimana mereka boleh berkawan baik sedangkan Tina dan Sarah jelas mempunyai personaliti yang sangat berbeza. Tina lebih terbuka dalam berkawan berbanding Sarah. Tina pun tak kurang cantiknya walaupun suka bermekap tebal. Dia meneliti muka setiap inci muka Tina. Kalau buat menantu, mama pasti sukakan Tina lebih dari Sarah. Mama ni boleh tahan juga memilihnya. Kalau boleh mama mahukan anak orang berada. Jelas Tina nampak seperti anak orang kaya. Silap-silap anak datuk datin. 

Sebenarnya dia sendiri tidak begitu mengenali siapa diri Tina yang sebenarnya. Tina banyak berahsia tentang keluarganya. Sarah pernah memberitahunya Tina anak orang kaya. Sekaya mana dia tidak pasti. Adakah sekaya dia, atau lebih kaya dari dia. Biarlah, bukan duit dia pun. Malas nak fikir. Burger ditangan disuapkan ke mulut. Rakus. 

Suasana dewan kuliah yang tadi senyap sepi bertukar suasana menjadi sedikit bising. Pelajar mengeliat sakan sebaik sahaja kelas Prof Kassim tamat. Boleh balik dan tidur. Biasalah kehidupan sebagai pelajar. Apa lagi yang boleh dibuat kalau hujung-hujung semester ni. Kalau poket masih lagi tebal, boleh la berjimba-jimba. Kalau nak makan pun berkira-kira baik balik asrama dan tidur.  Sarah memang sudah merangka pelan tidurnya petang ini. Jangan sesiapa nak merosokkan pelan dia. Semalaman dia siapkan tugasan yang diberikan Prof Kassim. Mata pun dah rasa penat sangat. Mata melirik kepada jam tangan jenama Guess yang dihadiahkan Ikram kepadanya hampir setahun lalu. Otak Sarah mula memproses aktiviti petangnya. Yes! Baru pukul 3.30 petang. Sempat ni tidur sampai Asar. Pukul 5.00 petang nanti baru bangun semula. 

"Jom, kita pergi tengok wayang, nak?" What?! Tengok wayang? Mulutnya terlopong sebentar. Matanya melihat Ikram tanpa kelip. Tidak tahukah lelaki ini bahawa dia sungguh..... letih?
"Jom! Nak, nak. I nak tengok Resident Evil. Jom la Sarah. Aku nak tengok sangat cerita tu", Tina, oh Tina. 
" Saya penat, sangat....!" Suaranya diperlahankan memohon simpati Tina dan Ikram.
"Am,kita tengok dua aje lah. Boleh Sarah?"
"Yeah, sure. Awak tengok dengan Tina lah ye, saya letih sangat. I need to sleep." Suara Sarah dilembutkan sehabis lembut. 

"Jumpa dekat bilik nanti. Bye Sarah!" Kelibat dua manusia itu menghilang ke dalam perut kereta Ikram. 

Langkah kaki dihayun menuju ke asrama. Laju, Dia mahu cepat sampai ke asrama. Dia perlukan katilnya sekarang juga. Matanya memerlukan rehat yang secukupnya. Kalau tidak boleh meletup otaknya nanti. Memang hantu tidur. Kalau tak cukup tidur boleh mengundang kemarahan yang dahsyat dalam kehidupannya. Macam manalah nak kahwin ni Sarah oi.

No comments:

Post a Comment