Sunday 19 May 2013

Bab 21 Aku, Dia dan Stiletto



Ashraff bersiul sambil mengetuk stereng kereta dengan jari-jemarinya. Melihat sesusuk tubuh yang berjalan mendekati dirinya Ashraff keluar dari perut kereta. Kaki berlari anak membuka pintu kereta sebelah penumpang.

“Hello my beautiful lady.” Helinna tayang sengih. Memang masak sangat dengan sikap Ashraff yang bermulut manis.

“Thank you.” Ashraff menutup pintu sebelah penumpang dan berlari semula ke tempat duduk pemandu.
You nak makan dekat mana?”

“Kita makan dekat The Gardens, okay?’ Ashraff angguk laju sebelum menekan pedal minyak. Makan dekat mana pun dia tak kisah asalkan makan dengan Helinna.

Selepas kejadian dia diserang oleh Helinna di Bukit Tinggi minggu lepas, hampir-hampir sahaja Helinna mahu meninggalkan dia. Nasib baiklah dia masih berjaya menyelamatkan hubungan mereka yang baru sahaja bermula.

Kalau bukan sebab Aulia, siapa lagi punya kerja. Tak guna punya Aulia!

“Sayang, you ada nampak Lia tak? Dah dua hari I cari dia. I dah banyak kali telefon dia tapi tak berjawab langsung.” Memanglah tak jumpa sebab semalam dia culik Aulia ke rumah dia, hari ini pula Aulia berkurung dalam bilik tak mahu keluar. Macam mana Helinna nak jumpa Aulia.


“Entah. I jumpa Datuk Rahman hari ni tapi Aulia takde pulak. Tak masuk kerja kot.” Kot? Padahal dia memang tahu Aulia tak pergi kerja sebab tak sihat.

“Ye ke Aulia tak pergi kerja? You rasa Lia masih sedih pasal Hazrul ke?” Adoila, tekanan jiwa betul. Di rumah mama asyik tanya dia pasal Aulia, dengan Helinna pula gadis itu masih sama, bercakap tentang Aulia juga.

“Manalah I tahu Lia tu sedih ke tidak. Dia cakap dia dah lupakan Hazrul tu, mungkin dia perlukan masa untuk tenangkan diri kot?”

Helinna usap dagunya. “Tapi pelik tau, I call dia pun langsung tak jawab. Aulia tak pernah buat perangai macam ni. Selalunya kalau ada masalah Lia mesti share dengan I. Semalam lepas I called you, puas I cuba called dia sepanjang malam tapi asyik masuk voice mail.”

Memanglah masuk voice mail sebab dia yang tutup phone Aulia. Kononnya tidak mahu ada sesiapa yang mengganggu dia dan Aulia berdua-duaan.

“Takde apa-apalah. You aje yang risau sangat. Mungkin Lia nak bersendirian.”

“Mungkinlah.. By the way, semalam you pergi mana dengan Hilman and Adi?” Ashraff rasa kaku. Semalam dia keluar dengan Hilman dan Zaidi?

Argh! Ya tak ya juga. Semalam dia dengan Aulia. Ashraff garu kepalanya yang tidak gatal. Berfikir!

“Oh.. Semalam.. Takde pergi mana pun. Lepak minum-minum aje. Bersembang pasal Hilman dengan Saffiya. Man dah percepatkan perkahwinan dia dengan Saffiya. InsyaAllah dalam dua tiga bulan lagi.”

Helinna terkejut. Tak sangka Hilman yang kaki perempuan itu akan berkahwin dengan Saffiya secepat ini. Dia baru aje balik Malaysia tak sampai tiga bulan, Hilman dah nak kahwin. Memang satu kejutan!

“Seronoknya! Tak sangka Man dah nak kahwin. I ingat lagi masa kita dekat London dulu dia tukar perempuan macam tukar baju! Bukan satu dua perempuan yang dia dah tidur.. Tak sangka Fiya sanggup terima Hilman.”

Ashraff pandang Helinna sekilas. “Maksud you?”

“Iyelah, bukan you tak tahu Man tu macam mana. Kalau setakat usung perempuan ke hulu ke hilir lain cerita tau, ni sampai ke bilik tidur pun dia usung jugak. Fiya memang baik sangat, rugi kalau Man sia-siakan perempuan sebaik tu.”

Thud!

Ashraff rasa hati dia macam kena panah dengan kata-kata Helinna. Memang dia terasa habis. Terkena batang hidung sendiri. Dia pun ada Helinna. Seorang wanita yang sempurna dan sangat baik untuk dia tapi dia masih tak puas dengan apa yang dia ada. “Habis tu kalau you pulak?”

Helinna tergelak kecil. Ashraff macam tak tahu pula sikap dia yang mementingkan kebersihan dan kesihatan diri. “I? Kalau I? Memang I takkan terima lelaki macam tu dalam hidup I. Kalau I boleh jaga diri I untuk suami I, kenapa tak bakal suami I tu jaga diri dia untuk I seorang sahaja? Kan?” 

 “Lagipun, orang yang mengamalkan kehidupan bebas macam tu mungkin boleh bahayakan diri I, manalah tahu nanti bila dah kahwin macam-macam penyakit dia bawa dekat I. Kan menyesal nanti.” Helinna menambah rasa yang kian mencengkam dalam hati Ashraff.

“Kalau I macam tu, you akan tinggalkan I?” Sengaja mahu mencari kepastian yang sudah lama berada jauh di dasar hatinya.

“Yup!”

Thud!

Kali ini hatinya dirobek dengan lebih dahsyat. Helinna begitu yakin dengan jawapan yang dia berikan. Maksudnya Helinna sanggup tinggalkan dia?

“Tapi jangan risau, I tahu you bukan macam tu, kan? Walaupun koleksi perempuan yang you ada macam koleksi baju-baju dalam almari you, tapi I tahu you bukan sampai tahap ke bilik tidur dengan dorang, kan?”

Maksudnya Helinna belum tahu yang dia pernah meniduri perempuan lain? Aulia memang tak beritahu Helinna apa-apa? Betullah Helinna memang muncul tiba-tiba pagi itu?  Ashraff rasa kepala otak dia mula melayang teringatkan Aulia.

“Kan sayang?” Sekali lagi Helinna menyoal dia.

Ashraff kalut. Bimbang jika riak wajahnya terlalu ketara ketika ini. Kenapa Helinna ni baik sangat?! Kenapa Helinna tidak pernah mempunyai fikiran yang buruk terhadap dia?

Ashraff genggam tangan Helinna. “I takkan khianati you. Jangan risau.”

Sumpah Aulia adalah orang yang terakhir dia sentuh. Lepas ni dia takkan sentuh mana-mana perempuan lain lagi dah. Dia akan setia kepada Helinna sampai mati.




Datuk Rahman menjeling anak gadisnya. Melihat Aulia yang termenung jauh, dia jadi pelik dengan sikap Aulia. Tadi masa makan malam pun bukan main lama lagi Aulia asyik menguis nasi dalam pinggan.


“Lia, kenapa ni sayang? Sakit kepala lagi?” Aulia tersentak. Tangannya dijatuhkan di atas meja kayu dan terkena cawan kaca. Cawan yang berisi air teh terbalik dan tumpah.

“Lia!”  Datin Zahrah bangkit mendapatkan Aulia yang duduk bertentangan degannya di dalam pondok itu.

“Mak Bib!” Kuat suara Datin Zahrah melaung nama orang gaji mereka. Melihat wajah Mak Bib yang muncul di depan pintu tidak jauh dari pondok, Datin Zahrah melaung lagi.

“Bawa kain nak lap meja.”  Mak Bib terkocoh-kocoh lari masuk semula ke dapur.

“Lia okay ke? Panas tak?”

Aulia menggeleng sambil mengangkat semula cawan yang sudah terbalik. “Teh suam aje mummy. Takde apa-apa pun.” Datin Zahrah kalut membelek tangan Aulia.

“Betul takde apa?” Aulia angguk pasti.

Mak Bib muncul dengan sehelai kain berwarna biru tua. “Lia berangan ingatkan siapa ni sampai tertumpah air?” Amboi Mak Bib pun nak sibuk jugak. Mesti mummy yang bercerita dengan Mak Bib ni.

“Mana ada. Merepek aje Mak Bib ni tau!” Aulia tarik muncung panjang.

Mummy cakap Lia dah ada buah hati. Apa namanya? Esh? As..? Hah, tak tahu Mak Bib nak sebut namanya.” Aulia mencuka.

Mummy ni pandai aje! Tu bakal suami Helly lah Mak Bib.” Aulia menjeling Datin Zahrah. Sakitnya hati dengan mummy dia. Berapa kali dia nak cakap itu bakal suami Helinna. Helinna pun dah bukan main lagi tangkap cintan dengan Ashraff, takkan dia nak kacau daun pulak.

Lagipun dia memang tak pernah ada apa-apa perasaan terhadap Ashraff.

Ye ke? Bukan dia dah mula sukakan Ashraff sebab Ashraff selalu menghantar bunga dan kad untuk dia walaupun dia tahu Ashraff sengaja nak main-mainkan dia? Tak! Dia tak kisah apa pun perasaan yang pernah ada untuk lelaki bernama Ashraff tetapi yang dia tahu sekarang ini dia bencikan Ashraff dengan sepenuh hatinya!

“Baru bakal suami. Lagipun dorang tu bukannya bertunang pun. Kalau dah jodoh Lia dengan lelaki tu, Mak Bib yakin ke mana pun Lia berlari jodoh tu tetap akan cari Lia.” Mak Bib gosok bahu Aulia.

Rasa macam disayangi sangat dalam keluarga ini. Semua orang berikan perhatian kepada dia. “Mak Bib, jodoh Lia bukan dengan dia. Lia tak sukakan dia pun. Lagipun macam mana nak kahwin dengan lelaki yang asyik bertekak aje dengan Lia dua puluh empat jam!”

“Takkan lah Lia nak bertekak sampai dua puluh empat jam. Tak mengantuk ke?” Adoi, Mak Bib ni buat lawak lah pulak! Dia saja je nak biar nampak over sikit.

“Kalau macam tu, dua puluh tiga jam. Lagi satu jam tu tidur.”

Mak Bib ketawa senang hati. Sepanjang hari ni dia nampak Aulia banyak termenung sahaja. Malam ini baru nampak Aulia tersenyum sedikit. “Mak Bib doakan jodoh yang terbaik untuk Lia.”

“Terima kasih Mak Bib. Sayang Mak Bib.” Aulia berdiri memeluk orang gaji yang sudah dua puluh enam tahun berkhidmat untuk keluarganya. Mak Bib tidak berkahwin jadi Aulia memujuk Mak Bib supaya terus tinggal bersama mereka. Kononnya lepas Aulia kahwin nanti Mak Bib boleh tinggal dengan dia.

“Mak Bib masuk dulu,  Datuk.. Datin.” Datuk Rahman dan Datin Zahrah serentak mengangguk.

Aulia kembali duduk di hadapan Datuk Rahman. “Kenapa daddy pandang Lia macam tu?” Pelik dengan pandangan Datuk Rahman, Aulia rasa kecut. Takkan leher dia ada cop mohor kot? Rasanya puas dia membelek leher dan dada dia memang langsung takde cop mohor yang ditinggalkan oleh Ashraff.

“Kenapa daddy tengok muka Lia pucat aje? Lia sakit ke?” Lega! Ya Allah, sumpah dia rasa kecut gila tadi.
Aulia sentuh mukanya. “Eh, tak adalah. Lia sihat dah. Mana ada Lia sakit pun.” Nampak sangat ke muka dia macam pucat? Mungkin sebab dia menangis lagi kot? Entahlah. Dia pun tak pasti kenapa muka dia nampak pucat.

“Cuti Lia masih berbaki banyak lagi tu. Lia tak nak ke mana-mana ke?” Mungkin Aulia tertekan dengan kerja yang banyak. Eloklah juga kalau Aulia pergi bercuti.

“Takde lah daddy. Lia takde plan pun nak bercuti dekat mana-mana. Lia nak duduk rumah temankan mummy aje.”

“Elok jugak kalau Lia nak duduk rumah. Apa kata esok kita keluar makan sama-sama? Nak?” Datin Zahrah dah bagi cadangan maka itu adalah arahan yang kena patuh.

“Abang kena jumpa klien esok Zah. Abang memang tak boleh pergi.”

“Takpe, kalau abang tak bleh pergi Zah pergi dengan Lia aje. Zah pun dah lama tak shopping ni. Lia nak apa? Kasut baru? Lia pilih aje Lia nak kasut mana, mummy belanja!” Aulia rasa nak tergelak. Mesti mummy ingat dia ada masalah besar sampai nak pujuk dia ajak pergi shopping. Alahai, mummy ni ingat dia masih anak kecil ke?

“Boleh juga. Dah lama Lia tak keluar dengan mummy. Janji tau Lia nak apa aje semua mummy kena beli.” Datin Zahrah tergelak besar. Pandai anak dia nak kenakan dia.

“Iyelah. Tawaran untuk hari esok. Satu hari. Apa sahaja untuk anak yang tersayang.” Datuk Rahman, Aulia dan Datin Zahrah gelak besar. Seronok berkumpul macam ni
.


Bilik bilik tidur dikuak kasar. Letihnya seharian ini. Dah memang dia terlanjur berjanji dengan Helinna, tak boleh nak elak lagi malam ini. Kalau Helinna merajuk sekali lagi habislah dia mahu memujuk wanita itu.


Tubuh sasa Ashraff hilang disebalik pintu bilik air. Dia masih perlu membersihkan diri dan bersolat Isya’. Satu kewajipan yang mesti dia lakukan. Tan Sri Ahmad mendidik Ashraff dengan sebaik mungkin.

Solat dan puasa memang dah diajar kepada Ashraff sejak Asharff kecil lagi. Alhamdulillah sehingga kini Ashraff masih lagi tekun mengerjakan solat lima waktu. Jarang sangat dia meninggalkan solatnya.

Selesai bersolat Ashraff lipat sejadah ke tempat asalnya semula. Tubuhnya yang sudah keletihan dibaringkan di atas katil.

Ashraff terkebil-kebil memandang siling. Rasa tidak selesa dengan katil sendiri. Masih ada bau haruman tubuh Aulia yang berlegar-legar di dalam bilik ini.

Sebiji bantal tidur yang digunakan oleh Aulia ditarik ke dalam pelukan. Wanginya!

“Lepaskan saya! Ash.. Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Jangan buat saya macam ni..” Argh! Ashraff mencampak bantal yang berada dalam pelukannya ke atas lantai.

Kenapa dia terigatkan Aulia pula? Dia tak perlu rasa kasihan dengan Aulia. Tapi Aulia satu-satunya perempuan yang masih suci ketika bersama dia. Haruman tubuh Aulia tak sama dengan perempuan lain.

Aulia terlalu menarik pada pandangan mata dia. Sangat mengghairahkan.

Ashraff melepas keluhan kasar. Aulia terlalu mencabar dirinya. Kalau bukan Aulia sengaja menaikkan kemarahan dia ketika mereka makan tengah hari semalam, memang dia takkan buat Aulia sampai ke tahap ini.

Huh.. Nasi dah jadi bubur. Dia tak perlu bertanggungjawab terhadap apa-apa sebab Aulia bukan tanggungjawab dia.

“Kau layak dengan layanan aku, Aulia!”

Ashraff menekan lampu bilik tidur. Bilik tidurnya gelap-gelita sekelip mata sahaja. Ashraff cuba memejamkan matanya yang masih berdegil.

“Apa guna kalau awak bersolat tapi awak tak mampu menghayati solat awak, Ashraff? Allah kurniakan awak hati yang bersih, jangan hitamkan hati awak dengan titik-titik dosa.” Ashraff duduk bersandar di kepala katil. Lampu bilik tidur kembali menerangi biliknya. Kata-kata Aulia semasa di dalam kereta kembali menyergah dirinya.

Betul, dia bersolat setiap hari. Semuanya sebab arahan papa. Papa yang arahkan dia bersolat. Bahkan dia boleh menghafal beberapa surah dalam Al-Quran. Dia ada nilai agama yang tinggi dalam dirinya namun tidak pernah dia praktikkan.

“Setiap orang Islam wajib menghayati sembahyang yang dilakukan dalam erti kata yang sebenar. Dalam usaha meraih manfaat sembahyang, setiap orang mesti faham makna-makna bacaan sembahyang yang dibaca, terutama bacaan al-Fatihah. Setiap hari kita memohon daripada Allah ‘tunjukkan aku jalan yang lurus’ dalam surah al-Fatihah, tapi pernahkah Ash berusaha mencari jalan yang lurus tu?” Itu pesanan papa yang asyik melihat dia berkepit dengan perempuan dalam surat khabar. Sakit mata katanya.

Kerja Zamani Glam-glam.  Tapi dia memang dah cuba tingalkan semua itu sedikit demi sedikit. Selepas Helinna balik baru berapa kali aje dia pergi berparti. Boleh bilang dengan jari. Memang tak sampai sepuluh kali pun. Dan dalam tempoh sepuluh kali tu, dia hanya tidur dengan dua orang perempuan termasuk Aulia orang yang terakhir.

Bukan dia tidak cuba, dia cuba menjadi lelaki yang terbaik untuk Helinna. Dia mahu Helinna menjadi suri dihatinya sehingga akhir hayat.

Dengan Aulia pula dia hanya mempermainkan hati gadis itu. Dia hanya mempergunakan Aulia untuk menawan hati Helinna semula.

Argh!

Kenapa Aulia boleh huru-harakan hidup dia sampai macam ni sekali! Kan dia dah cakap yang Aulia takkan berjaya pengaruhi hidup dia.

“Life must go on, Ash! Kau akan tetap berkahwin dengan Helinna.”  

p/s : Sorry sangat-sangat sebab menghilang. Haha, had been so busy last few days sebab cousin nikah. June nanti lagilah bertambah kebusian Sri sebab ada beberapa orang cousin yang nak kahwin, nak bertunang. But jangan risau once ada masa I will up the new entry ya! 

Siapa yang perasan gambar Helinna kat atas tu? Ahaaaa, tu Yoona snsd. Bhahaha. Sesuai la dengan Helinna yang manja. :) 
Sayang semorang! Hugs.

11 comments :

  1. Eeeeeeee tak serik2 la ash ni.
    Saya bole d katakn hri2 refresh blog ni tauuu hehe

    ReplyDelete
  2. haha.. sy suka bab ni.
    tlg pastikan si Ash ni menyesal x sudah ngan tindakan dia pd Aulia.
    sy lbh suka biar si Ash tercari2 Aulia dan Ash sendiri yg akan buka rahsia ni...
    tlg yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe, apa jadi seterusnya kena baca la. Harap-harap Ashikin suka. ;p

      Delete
  3. Geram nye kt ash tu!!!!xde rasa kesian langsung dgn aulia..
    Lpas ni jgn cari aulia lg(geram sgt2 dh ni)..
    Nk lg!cpt smbung..

    -noor-

    ReplyDelete
  4. best ^^
    KPI xmo letak n3 baru ke ?
    wendu sara n kashah..apela jd kt diorang ~.~

    -yoozara-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Yoozara!
      Alahai sabar ye satu..satu. Hihi ;p
      Nanti Sri up entry baru utk KPI.

      Delete
  5. erk.. ash masih rasa tidak bersalah atas perbuatan merogol aulia? kenapa aulia tak buat report polis je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, mana boleh menyesal cepat sangat, anti habis lah cerita saya kalau Ash ni menyesal cepat sangat. Hikhikhik.
      Thanks kurakura.

      Delete