Wajah mendung di hadapannya di pandang dengan
pandangan tajam. Saat ini Aulia tidak tahu bagaimana dia harus mempamerkan
ekspresi mukanya.
“Kenapa?”
Kalau asyik diam macam ni, sampai lusa pun takkan selesai masalah.
“Aku minta maaf sangat-sangat Lia. Aku memang nak
cakap dengan kau tapi aku tak sampai hati.” Aulia tergelak sinis. Tak sampai
hati?
“Lama betul rasa tak sampai hati kau tu kan.. Tiga
bulan Faz, tiga bulan aku cari dia macam orang gila! Kau ingat aku anak patung?
Tunggul kayu? Takde perasaan?” Biar Fazri tengok muka bengis dia sekarang ni.
Fazri menggeleng lemah. “Aku tahu aku salah.. Aku
minta maaf. Aku tak sampai hati nak tengok kau terluka.”
“Habis kau ingat kalau kau diam aku takkan terluka?
Kau ingat aku takkan tahu? Mana janji kau Faz? Kau cakap kalau Arul buat macam
tu dekat aku, kau nak tumbuk muka dia.. Mana? Liar! Kau pun bersubahat dengan dia nak tipu aku kan?”
Fazri tunduk memandang rumput di atas tanah. Aulia
masih tegak berdiri memandang tasik. Tidak betah memandang wajah kawan baik
yang mengkhianati dirinya. “Aku ingatkan kau kawan aku Faz.. Tapi tak sangka
kau tergamak buat aku macam ni.”
Fazri bingkas berdiri di sisi Aulia. Menarik Aulia
supaya memandang wajahnya. Aulia tidak berganjak. Masih beku memandang tasik
yang terbentang luas di depan mata.
“Pandang aku, Lia.” Sekali lagi Fazri menarik bahu
Aulia memaksa gadis itu memandang dia.
“Don’t touch
me!” Fazri terdiam. Fazri melangkah ke depan Aulia. Aulia berpaling ke
tempat lain.
“Kalau kau tak sudi pandang aku, aku tak boleh paksa
kau. Aku cuma harap kau boleh maafkan aku sebab aku betul-betul takde niat nak
rahsiakan semua ni daripada kau. Aku tak sampai hati nak tengok kau merana.”
Aulia melenting. “Tak sampai hati nak tengok aku
merana? Kau tahu tak sekarang ni aku lebih merana daripada apa yang kau
fikirkan! Aku rasa dikhianati. Kau tipu aku!” Kalau lah dia boleh beritahu
kepada Fazri apa yang Ashraff dah lakukan terhadap dia.. Kalaulah dia boleh
luahkan semua yang terbuku dalam hati.
“Lia, aku tahu kau sakit hati. Aku cuba cari kau di
pejabat, aku pergi Sungai Buloh kot-kot kau ada dekat sana tapi aku tak dapat
jumpa kau. Aku call kau banyak kali
walaupun aku tahu kau takkan jawab panggilan aku. Tapi Allah makbulkan doa aku
untuk jumpa kau semula.” Aulia menolak tangan Fazri yang cuba menyentuh bahu
dia.
Tidak rela disentuh oleh sesiapa. Dia jijik! Dia
kotor!
“Jangan sentuh aku, Faz!” Fazri melarikan tangannya
dari bahu Aulia.
“Apa yang tak kena dengan kau Lia? Aku tahu kau ada
masalah sebab tu kau dekat sini. Kalau aku punca kepada masalah kau, cakaplah
dengan aku. Aku sudi dengar semua masalah kau.” Aulia mara beberapa tapak ke
hadapan. Berdiri betul-betul di hadapan tasik. Selangkah sahaja lagi dia boleh
terjatuh ke dalam tasik itu.
“Aku takde masalah.” Suara Aulia antara dengar
dengan tidak.
“Kalau kau ada dekat sini, aku tahu kau memang ada
masalah. Berapa lama aku kenal kau? Bukan baru setahun dua Lia, dah lama
sangat. Siapa yang sakitkan hati kau? Mana kau hilang sampai sebulan? Aku cari
kau merata tempat. Datuk cakap kau pergi bercuti.”
Aulia angguk. “Aku pergi Terengganu.”
Mata Fazri membuntang. “Kau buat apa ke sana?” Patut
ke dia berkongsi masalah dia dengan Fazri? Ya Allah, aku buntu!
“Tenangkan fikiran.” Akhirnya Aulia sepakat untuk
mendiamkan diri sahaja.
“Kau ambil cuti seminggu sebab kau nak berehat di
rumah, kemudian tiga minggu dan tadi tiba-tiba aje aku dengar kau lepaskan
jawatan sebagai pengurus projek perumahan di Sungai Buloh tu. Kenapa? Sebab
Hazrul salah seorang yang terlibat dalam projek tu?”
Aulia tunduk mengutip batu-batu kecil di hujung
kaki. Tubuhnya berdiri tegak semula selepas beberapa saat. Tangan mula dihayun
ke udara sebelum sebiji batu kecil melayang seketika di udara dan jatuh ke
dalam air.
“Kau memang tahu Arul terlibat dengan projek tu?”
Fazri menggeleng. Sumpah dia memang tak tahu yang Hazrul juga terlibat dalam
projek yang sama dengan syarikat mereka. Memang Hazrul langsung tak pernah buka
mulut tentang itu.
“Kau tahu kenapa Arul tinggalkan aku?” Aulia pandang
wajah Fazri di sisi. Rakus lelaki itu menggeleng. “Betul ke kau tak tahu?”
“Sumpah aku memang tak tahu!”
“Sebab nilai satu juta ringgit.” Aulia rasa dadanya
sebak. Sakit sangat-sangat!
“Aku tak faham Lia. Nilai satu juta? Apa yang satu
juta Lia?”
“Daddy aku
tanya dia apa yag dia nak, dia cakap dia nak satu juta ringgit.” Aulia tergelak
kecil. “Satu juta harga cinta aku untuk dia selama ni?” Fazri rasa nak pitam.
Hazrul minta satu juta dari Datuk Rahman? Sumpah memang dia tak boleh percaya
semua tu! Hazrul bukan macam tu. Dia kenal Hazrul.
“Lia, kau mungkin salah info. Arul bukan mata duitan
macam tu. Mungkin Datuk.. Aa.. Maksud aku mungkin ada salah faham dekat sini.”
“Maksud kau daddy
aku yang tawarkan dia duit untuk tinggalkan aku? Macam tu?” Fazri angguk.
“Hazrul buat pengakuan tu depan mata aku sendiri.
Aku duduk berbual dengan dia dan dia cakap dia dah tak cintakan aku lagi.”
Fazri menjeling wajah Aulia. Tiada riak sedih di wajah itu.
“Kau masih cintakan dia?” Aulia jongket bahu.
“Dah jadi suami orang pun. Hidup perlu diteruskan.
Sepanjang tiga bulan dia tinggalkan aku tanpa kata putus aku dah bersedia
dengan pelbagai kemungkinan. Masa tu aku dah belajar untuk lupakan dia.” Aulia
menarik nafas dalam-dalam. Dia harus terus melupakan Hazrul. Lelaki itu hanya
kenangan lama.
“Dan dalam tempoh tiga bulan tu kau mula jatuh cinta
dengan Ashraff?”
Thud!
Soalan luar jangkaan dari Fazri. Takkan Fazri
perasan selama ini dia menyimpan perasaan terhadap lelaki jahat itu?
Aulia buat-buat ketawa. “Merepek! Mulut puaka macam
tu tak layak jadi seseorang yang istimewa dalam hidup aku.”
“Lia, belajar beri peluang untuk orang lain. Aku
tahu hati kau baik. Kita dah lama kawan.. Aku sayangkan kau macam adik-beradik
aku sendiri. Be strong!” Ah, kenapa
dia rasa tersentuh bila Fazri pujuk dia.
“Ni kenapa menangis pulak ni? Takkan aku pujuk sikit
pun dah nangis?” Aulia pusing ke tempat lain.
“Mana ada aku menangis! Mata aku masuk habuk.”
Fazri tergelak besar. Tahu sangat tektik menipu
Aulia tu. Aulia memang garang tapi hati gadis ini sangat lembut dan manja.
Mudah dipujuk. Mudah tersentuh. Bertuah mana-mana lelaki yang berjaya memiliki
sekeping hati Aulia. “Aku ada lagi satu soalan.”
Aulia gerak sedikit kepala dia ke atas. “Tanyalah.”
“Macam mana kau boleh muncul masa wedding Arul?” Mulut Aulia bergerak ke
kiri dan ke kanan.
“Firasat aku kot. Alang-alang aku ke area sana, aku ajak Ashraff teman aku
singgah ke rumah keluarga Arul. Aku pernah ke sana sekali masa aku kawan dengan
dia dulu. Tak sangka aku masih ingat rumah dia.” Aulia terhenti seketika. Menarik
nafas, mengumpul kekuatan.
“Aku ingat aku nak jumpa mak ayah dia aje, tapi tak
sangka aku jumpa lebih ramai orang masa tu. Mula-mula aku cuba bersangka baik
mungkin Kak Liana yang kahwin, rupanya Arul yang kahwin.” Aulia mengukir
senyum. Rasa macam kelakar pula.
“Aku memang terkejut bila nampak kau keluar dari
kereta Ashraff. Aku tak sangka kau boleh muncul dekat sana. Aku minta maaf sangat-sangat
sebab Arul memang minta aku rahsiakan semua ni daripada pengetahuan kau.” Aulia
angguk.
“Jangan risau, aku faham. Kau boleh diibatkan diluah
mati emak, ditelan mati bapak, kan?” Ketawa Fazri yang meledak kuat menyebabkan
Aulia kerut kening. “Kau gelak kenapa?”
“Gilalah kau! Siap guna peribahasa lagi. Adoi…”
Fazri tekan perut yang senak akibat ketawa terlalu kuat.
Aulia tumbuk bahu Fazri. “Jangan nak perlekehkan
aku, okay! Ini anak Malaysia.” Aulia
tunjuk diri sendiri. Bangga dengan gelaran anak Malaysia yang disandang.
“Faz, aku nak tanya kau sikit.”
“Apa?”
“Arul cakap dia dah lama sukakan Herni, betul ke?”
Fazri mengeluh kecil. Susah nak terangkan keadaan sebenar kepada Aulia.
“Aku tak pasti sangat pasal tu tapi yang aku tahu
mak bapak Arul memang sukakan Herni. Dan kalau kau nak tahu Herni tu jiran sekampung
dengan Arul.” Biar betik? Kenapa selama ini dia langsung tak pernah tahu?
“Ye ke? Arul tak pernah cakap dengan aku pun..”
“Mungkin Arul takut kau cemburu kot. Benda dah
lepas, biar aje lah Lia. Yang penting hidup kau sekarang ni lebih penting.”
Aulia mengiyakan kata-kata Fazri. Betul, hidup dia
sekarang ni yang lebih penting. Sebut pasal penting, dia ada sesuatu yang
penting perlu dilakukan pada malam ini. Satu misi yang sangat-sangat penting!
“Lia, kenapa kau pergi Terengganu? Kau dah ada boyfriend ke dekat sana?”
“Bengong! Mana ada lah. Aku pergi sana sebab nak
jenguk keluarga angkat. Kau ingat lagi tak Mak Siti dan Pak Ajis? Mak dengan
ayah angkat kita masa kita pergi Terengganu dulu?” Fazri kerut dahi. “Dah lupa
lah tu!”
“Allah.. Lia. Aku tak ingatlah. Yang mana satu ni?”
“Kau ni teruk betul. Kacang lupakan kulit!” Sekali
lagi Fazri ketawa terbahak-bahak!
“Lia, tolonglah.. Tolong jangan gunakan peribahasa
masa tengah cakap santai macam ni. Tak sesuai langsung!” Fazri terduduk di atas
kerusi sambil menekan perutnya. Kelakar sangat ke kalau cakap sambil guna
peribahasa.
“Kau ni, tak baik tau cakap macam tu. Aku rasa aku
comel je bila gunakan peribahasa bila bercakap.”
“Dah.. Daripada kau sibuk nak guna peribahasa tu
lebih baik kau baiki bahasa kau tu dulu. Hah, sambung cerita kau tu.”
Aulia mencebik. Orang bercakap sibuk nak mencelah
lepas tu gelak macam orang gila! “Kau diam dan listen! Masa kita tahun dua dekat univerisiti kan kita ada pergi kem
anak angkat dekat Terengganu. Kau, aku, Tini dan Iskandar satu kumpulan. Mak
kita Mak Siti dan ayah kita Pak Ajis. Yang pakai tudung labuh tu.”
Fazri masih lagi menggaru kepala. Mencari lokasi
memori yang masih tersimpan dalam kepala otaknya. Kot-kot boleh ingat semula.
Setelah puas memerah kepala otak.. “Sorry
Lia, aku memang tak ingat.”
“Hish! Gaya pegang kepala macam nak pecah terburai
kepala otak kau tu befikir tapi habuk pun takde! Tak guna punya anak angkat.”
“Eleh.. Konon aku yang tak guna. Entah-entah kau tu
pun kali pertama jejak kaki ke rumah dorang lepas bertahun-tahun kau tak
pergi.”
Aulia sengih. Memang kali pertama pun. Nasib baiklah
Mak Siti dan Pak Ajis masih ingat dengan dia. “Tapi dorang masih ingat aku tau!
Ada gambar kita tergantung dalam rumah dorang. Mesti dorang rindu sangat dekat
kita. Maklumlah orang takde anak.”
“Ha!! Aku dah ingat.”
“Kau gila ke apa tiba-tiba menjerit macam orang
meroyan ni?” Aulia terlompat sambil mengurut dada. Nasib baik dah duduk jauh
dari tasik kalau tak dah tenggelam dalam tasik.
“Lia, aku dah ingat dah Mak Siti dan Pak Ajis. Aku ingat!
Aku ingat! Pasangan yang takde anak tu kan? Ya Allah… macam mana aku boleh
terlupa dekat dorang?” Fazri tepuk
dahi. Memang dia tak patut lupakan dua orang tua itu kerana Pak Ajis yang
menyelamatkan nyawanya yang hampir lemas dalam laut.
“Kau mesti ingat kenangan Pak Ajis selamatkan kau
dari lemas, kan?”Fazri angguk. Aulia ni memang macam pakai magik! Boleh baca
apa yang ada dalam fikiran orang dengan tepat.
“Kau ni ada magik ke sampai boleh baca apa yang ada
dalam fikiran aku?” Aulia mendabik dada.
“Tengok oranglah.”
“Dah, jangan nak bangga sangat. Apa khabar Mak Siti
dengan Pak Ajis? Ya Allah, lama sangat tak jenguk dorang. Lepas kita balik
Kuala Lumpur semula memang aku langsung tak pernah ke sana.”
“Dorang masih sihat, Alhamdulillah. Seronok aku
tengok dorang tu..Bahagia aje walaupun takde anak. Dah tua-tua pun hidup berdua
aje.”
Fazri pandang wajah Aulia. Dia pelik.. Aulia ke
Terengganu seorang diri? This is so not
Aulia. “Macam mana aku boleh terfikir nak ke sana?”
“Entahlah.. Aku ikut kata hati aku. Aku nak
tenangkan fikiran, nak tengok laut, nak berjalan-jalan di pantai. Bila aku
sampai Terengganu baru aku teringat dekat Mak Siti dengan Pak Ajis jadi aku ke
sana. Tak sangka dorang masih
ingatkan kita. Mak Siti dengan Pak Ajis kirim salam dekat korang semua. Kau,
Tini dan Is.”
“Kau ada masalah, kan?”
Aulia tunduk meletakkan siku di lututnya. Dagu diparking sebentar di atas tapak tangan.
“Mana ada. Aku saja nak ke sana untuk tenangkan fikiran. Bukan sebab Arul lah.”
Fazri angkat kedua-dua belah tangan naik ke udara, “Okay.. Okay. Kalau kau kata macam tu aku percaya cakap kau tu.”
“Dah la, jom balik. Dah lewat petang ni. Kalau tahu
kau ke sini petang ni memang aku tak datang sini tau!” Fazri gelak besar.
“Aku kan kawan baik kau, aku pun ada instinct mana kau pergi.” Aulia
menjeling manja ke arah Fazri yang masih ketawa.
“Drive
elok-elok. Jumpa kau di pejabat esok pagi. Assalamualaikum.” Aulia jawab soalan
di dalam hati.
Alat penguji kehamilan digenggam kemas dalam
tangannya. Tidak berani mahu melihat keputusan yang tertera pada alat itu. “Ya
Allah.. Tolonglah negatif. Tolonglah..”
Tubuh Aulia bergoyang ke depan dan ke belakang. Mahu
menenangkan diri sebelum keputusan diketahui. Rasa macam nak menang piala dunia
pulak sekarang ni. Sumpah dia rasa
berdebar macam nak gila!
Aulia tunduk memandang lantai. Alat penguji
kehamilan disorok ke belakang badannya. Empat minggu dia rasa hidup dia
tunggang langgang! Baru hari ini dia ada kekuatan untuk membuat ujian
kehamilan.
Itu pun sebab haid dia dah lewat lebih dari dua
minggu. Dan untuk menenangkan fikiran yang dibelenggu rasa takut kalau-kalau dia
mengandung, Aulia mengambil keputusan untuk terbang ke Terengganu selama tujuh
hari. Selebihnya dia duduk di rumah mengurung diri dalam bilik. Kononnya mahu
menenangkan fikiran kerana ketika itu dia tidak berani mahu membuat ujian
kehamilan.
Hari ini masuk hari yang enam belas belas dan haid
masih belum juga datang. Bagaimana jika dia mengandung? Apa yang perlu dia
buat? Macam mana dia nak cakap dengan mummy
dan daddy? Siapa yang buntingkan dia?
Ya Allah, kusutnya kepala otak dia!
“Kau tak mengandung, Aulia.” Aulia sedapkan hati sendiri. Alat penguji
masih kemas dalam genggaman.
“Macam mana kalau mengandung? Dah dua minggu lebih
tak datang bulan..” Ahh, Aulia sengaja mahu menakutkan-nakutkan dirinya
sendiri. Buat cuak aje. Tengok ajelah keputusan dalam tangan tu!
Aulia pejam mata. “Bismillahhirrahmanirrahim.” Mata
dibuka semula perlahan-lahan.
Terkejut dengan keputusan yang terhidang di depan
mata, alat pengujian terlepas dari tangan. Dan jatuh ke lantai. Aulia tidak
tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ini. Melompat gembira atau menangis
sedih.
Aulia terduduk di atas mangkuk tandas.
“Lia!” Tersentak dengan laungan dari luar,Aulia
bingkas bangkit mengutip semula alat penguji kehamilan.
“Yes, mom!”
“Lia buat apa lama sangat dalam toilet tu? Jom turun makan nasi. Dah lama daddy tunggu Lia nak makan sama-sama.”
“Kejap.. Kejap. Lia dah sudah.”
“Lekas sikit keluar. Mummy tunggu Lia ni.”
“Mummy
turun dulu, kejap lagi Lia turun.”
“Mummy
tunggu Lia, cepat sikit.” Adoi, kenapalah degil sangat mummy dia ni. Kan dah suruh turun dulu.. Aulia kalut.
Alat penguji kehamilan segera dicampak ke dalam tong
sampah. Gila nak tinggal atas sinki? Kang mummy
fikir yang bukan-bukan pula. Iye lah, dia kan belum berkahwin, buat apa dia
beli alat penguji kehamilan.
Pintu tandas di kuak dari dalam dan Aulia melangkah
keluar dengan senyuma terukir di bibirnya. “Jom turun.”
Fuh, nasib baik sempat buang dalam tong sampah. Lega.
smbng lagiiii♥
ReplyDeleteSabar Ruunna Qizbal. Hikhikhik
DeleteHomaiiiiii aulia preggie ke??? Saya suka hidden child plot. So drama Latina sesgt hehe
ReplyDeleteBhahaha.. Alamak,pregnant ke tidak ni?!
DeleteKena tunggu laa next chapter. Hiks
apa jadi.
ReplyDeleteEntah.
DeleteBhahaha.. Tunggu apa jadi seterusnya okehhh.
Ha suspen nye.. Nk lagi... Yesterdy bru jumpe ur blog... Marathon all story... Mmg best
ReplyDelete-sweetheart87-
Hi sweetheart87.
DeleteMarathon habis ke tidak?
Lepas ni bookmark belog ni tau! Senang nak bukak nanti. Hahah!Okay, just joking.
Thank you fr your comment. (menghargai sangat)
Cerita apa yang paling syiokkk? ;p
Best....
ReplyDeleteAssalam & hi NurAtiza.
DeleteTerima kasih.;p
Baru jumpa blog awak
ReplyDeleteCiter you best dan tahniah sebab buatkan pembaca sakit hati dengan hero2 awak...
Dlm citer ADDS, mmglah saya sangat menyampah dengan Ashraff
Tetapi saya sangat tak bersetuju kalau Ashraff berkahwin dengan Aulia sama ada pregnant atau tidak
Novel dan realitinya di Malaysia slalu ambil penyelesaian mudah dengan mengahwinkan perogol dengan mangsanya untuk menutup malu
Pernah terfikir trauma mangsa untuk hidup sepanjang hayat dengan orang yang memberi noda hitam dlm hidup mangsa
Mentaati seorang lelaki bergelar suami yang merosakkan hidupnya
Tidak cukup mangsa melalui penyeksaan fizikal, seterusnya berkahwin untuk meneruskan tekanan emosi dan mental
Mungkin sebab itu orang rilek jer merogol then kahwinlah dgn mangsa...macam kes budak bawah umur dirogol tahun ini..lelaki itu xder rasa insaf pun..siap heads news di paper "it's mutual n I'm married. So?"
Saya lebih rela Aulia kahwin dgn Fazri kl Aulia pregnant
Walaupun orang cakap ashraff patut bertanggungjawab. At the first place dia mmg tak bertanggungjawab kerana merampas sesuatu yang bukan haknya
Walaupun orang mungkin cakap setiap orang perlukan peluang kedua
Tp ashraff tue mmg xberhati perut boleh rileks n tanpa bersalah bercakap dgn ayah kepada mangsa rogolnya
Saya lebih suka Ashraff dihantui dosanya seumur hidup pada Aulia dan keluarga dan tiada peluang menebusnya kerana Aulia bahagia dengan Fazri atau orang lain walaupun sejarah hitam pernah terpalit dalam hidupnya
Tahniah atas karya2 yg berjaya menarik minat pembaca..karya2 dlm blog ini memang best dan lain dari yg lain.. Tidak menghampakan. Saya percaya anda seorang penulis yg bagus. Selamat maju jaya. Seronok baca blog ini.
ReplyDelete