Wednesday 7 August 2013

Bab 15 Cinta Tak Akan Berakhir


Azara mengambil sekeping nota yang ditinggalkan di atas meja kopi.

Tak perlu masuk kerja. Please take care of yourself – Razlan

Nota di tangan ditenung lama. Jaga diri sendiri? Maksudnya Razlan dah letih dengan dia? Macam tu? Atau Razlan nak cakap yang dia tak tahu nak jaga diri sampai hampir diperkosa? Begitu? Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Razlan?


Azara mengeling jam di dinding. Pukul 10.30 pagi. Dia terlajak tidur hari ini. Langsung tidak terjaga untuk solat Subuh. Teruk betul! Kalau dulu di rumah Puan Nona bolehlah Puan Nona kejutkan dia solat Subuh, sekarang kalau tidur mati akibat keletihan memang susah betul dia nak terjaga.

Kaki melangkah ke dapur. Masa untuk minum kopi. Kalau di pejabat pukul 10.30 pagi dia memang akan menghilang ke pantry untuk membancuh kopi. Secawan untuk dia dan secawan lagi untuk Razlan.

Yes, Razlan sukakan kopi yang dia bancuh berbanding kopi yang dibancuh oleh Haleda. Lelaki sombong dan berlagak itu memang sukakan kopi buatan dia sejak hampir dua bulan yang lalu. Setiap hari memang Razlan akan minta dia bancuh secawan kopi. Kalau bukan pukul 10.30 pagi mungkin petang sedikit.

Pelik tapi benar. Dia pun pelik juga dengan sikap Razlan tapi nak buat macam mana dah bos dia. Semalam pun Razlan temankan dia sampai tertidur. Entah pukul berapa dia terlena dan pukul berapa Razlan balik pun dia tak sedar langsung.

Sedar-sedar pagi tadi dia masih tergolek elok di atas katil dan rasa nak sambung tidur. Bila perasan ada cahaya matahari masuk cari celah-celah langsir barulah Azara bangkit menyelak langsir. Dah siang rupanya!

Kalau ikutkan hati memang ada niat untuk menyambung tidur semula tapi teringin nak minum kopi sebab itulah dia gagah bangun juga.

Ting tong!

Tubuh Azara tersentak mendengar loceng pintu. Diamati bunyi loceng dengan cermat.rumah dia atau rumah sebelah? Atau mungkin juga rumah depannya?

Ting tong!

Sah rumah dia! Dada tiba-tiba berombak kencang. Siapa yang datang rumah dia ketika ini? Kan hari ini hari Selasa, pukul 10,30 pagi haruslah dia pergi kerja. Siapa yang tahu dia berada di rumah selain Razlan?

Ting tong!

Sekali lagi loceng rumahnya berbunyi. Azara terkaku di ruang dapur. Tangan naik menyentuh dada yang berdegup laju. Jantung mengepam darah sepantas mungkin. Dup dap dup dap!

Ting tong!

Kali ini tanpa menunggu lebih lama, Azara berlari masuk ke dalam bilik. Kopi yang sedang dipanaskan oleh coffee maker dibiarkan sahaja.

Iphone yang berdering segera dicapai. Razlan. Dengan tangan yang terketar-ketar Azara menyentuh butang berwarna hijau.

Hello Tuan..”

“Zara, kenapa suara you macam takut?”

“Tuan dekat mana?” Ada getaran dalam nada suara Azara. Seolah-olah sedang berbisik.
I ada di office. Why Zara why?”  Suara Razlan mula kalut mendengar suara Azara yag cemas.

Ting tong!

“Siapa depan rumah you?” Soal Razlan bimbang sebaik sahaja terdengar loceng rumah berbunyi. “Zara, siapa depan rumah you?!” Sekali lagi Razlan menyoal, kali ini lebih kasar berbanding tadi.

“Tak tahu..” Azara bersandar di belakang pintu biliknya. Tubuhnya mula menggigil ketakutan.

Don’t open the door. I pergi rumah you sekarang. Ingat pesan I, jangan buka pintu!”

“Tolong cepat..” Suara Azara mula lemah dan mahu menangis.




You dah mandi?” Azara menggeleng. Nak masuk tandas pun dia takut bagai nak gila sekarang ni. Kalau boleh tak nak pergi mana-mana langsung kalau tiada orang temankan.

“Pergilah mandi dulu, I tunggu dekat sini. Lagipun takde sesiapa pun dekat depan rumah you masa I sampai tadi.”

“Saya tahu ada orang depan rumah saya.. Saya takut, Tuan.”
“Zara, I ada dekat sini. Jangan risau okay. He can’t do anything to you.”

“Jangan balik lagi, please don’t leave me alone.”

Razlan mengangguk. “I tunggu sini sampai you siap. Lepas tu kita pergi makan.”

Azara bangkit menuju ke dalam biliknya. Lega sikit bila ada Razlan di sisinya. Sekurang-kurangnya tidak perlulah dia berasa takut dengan gangguan lelaki bertopeng semalam lagi.

Iphone yang berdering di tarik keluar dari poket seluar. Papa.

“Assalamualaikum papa.”

“Alan ada di mana? Kenapa tak masuk mesyuarat?”

Razlan menepuk dahi. Sumpah tak ingat langsung pasal menyuarat hari ini. Selepas mendengar suara Azara yang ketakutan memang dia terus tinggalkan office. Tak fikir apa-apa lagi selain Azara. “Pa, Alan terlupa pasal meeting tu. Can you please take over the meeting behalf of me?”

Sure but where are you?”

Razlan terdiam seketika. “Alan ada hal sikit nak kena uruskan. Nanti bila semuanya dah selesai Alan cakap dengan papa ya?”

“Baiklah. Jaga diri. Assalamualaikum.”

Melihat Azara yang muncul dengan memakai seluar jeans dan sehelai blouse dan kemudian dipadankan dengan sehelai cardigan berwarna merah jambu di bahagian luar, Razlan terpaku seketika. Comelnya!

“Tuan?”

“Ah.. yes. Jom.”

Razlan bingkas berdiri dan berjalan mendahului Azara. “Kita makan dulu lepas tu I nak bawa you ke suatu tempat. Nak you jumpa dengan seseorang.”

“Siapa?”

“Adalah, rahsia.” Amboi, nak berahsia dengan dia pula Razlan ni.. Tak sukalah kejutan-kejutan ni..




Azara rasa tingkah lakunya serba tidak kena apabila sepasang mata itu galak merenungnya. Sejak dia sampai tadi sampailah mereka berbual di meja makan, sepasang mata itu tidak puas-puas menatap wajah dia. Pelik ke mekap dia hari ini?

Rasanya tak over pun dia pakai makep. Sikit aje tadi.  Itupun sekadar mahu menyerikan wajah yang pucat.

Nak minum air pun segan, nak suap nasi pun segan. Kata nak makan, Razlan tak cakap pun nak makan di mana. Rupanya makan dia rumah wanita yang dipanggil umi oleh Razlan.

“Mak ..”

“Umi, Zara, umi.”

Azara sengih segan. Dah berapa kali dia kena tegur dengan Puan Melati kerana menanggil wanita itu dengan panggilan mak cik. Berkali-kali Puan Melati ingatkan dia bahawa dia lebih suka dipanggil umi berbanding mak cik. “Umi nak tambah nasi lagi?”
Puan Melati menggelengkan kepalanya. “Umi dah kenyang. Zara tu makan sikit sangat umi tengok. Tambahlah sikit lagi.”

“Eh, tak apalah umi. Zara dah kenyang ni.”

“Tak suka dengan masakan umi ke? Alan tak cakap pun nak bawa kawan perempuan, umi ingat Alan nak bawa Firdaus tadi.”

Razlan sengih panjang. “Umi tak tanya pun siapa kawan Alan nak bawa tu memanglah Alan tak cakap.”

“Zara, makanlah sikit lagi. Ikan bawal masak sambal tu kegemaran Alan tu. Zara kena belajar masak lauk kegemaran Alan.”

Uhuk! Uhuk!

Air mangga di depan mata diteguk rakus. Pergh, peritnya hidung!

“Alamak, Alan.. Nampaknya orang tak sudi nak masak lauk kegemaran Alan.”  Puan Melati sengaja mahu menebak hati Azara.

“Eh, tak.. tak. Bukan macam tu umi. Zara terkejut tadi.”

“Zara sudi masak lauk kesukaan Alan?”

Azara rasa terperangkap dalam ayatnya sendiri. Azara tidak membalas soalan Puan Melati sebaliknya hanya tersenyum sahaja. Razlan tak sukakan dia pun, itu yang Razlan cakap pada Puan Sofiah semasa mereka bertembung di restoran tengah hari semalam.

“Nanti umi boleh ajar Zara masak lauk kesukaan Alan, nak tak?”

“Umi, apa ni? Buat malu Alan aje. Janganlah usik Zara macam tu. Segan dia tau!” Razlan mencuit lengan Puan Melati.

“Iyelah. Zara, umi minta maaf ye sebab usik Zara. Umi main-main aje tadi.”

“Eh, takpe umi. Zara tak kisah pun..”

Selesai makan tengah hari, Azara membantu Puan Melati mengemas meja makan dan membasuh pinggan. Rupa-rupanya Puan Melati ialah isteri kedua Encik Latif! Sungguh dia tak sangka yang Encik Latif mempunyai dua orang isteri. Senyap-senyap aje!

“Alan tu memang rapat dengan umi sejak kecil lagi. Dah dua puluh lima tahun umi kahwin dengan papa Alan tu, Zara. Bolehlah nak menumpang kasih suami dan anak-anak. Hubungan umi dengan isteri pertama Encik Latif pun baik.”

Tak sangka Puan Sofiah sangat-sangat baik hati. Menerima kehadiran madunya dengan hati yang terbuka.

“Anak-anak umi mana?”

“Umi takde anak Zara. Selepas gugur sebanyak tiga kali terus doktor terus buang rahim umi. Katanya rahim umi tak kuat untuk mengandung. Itulah, sampai tua macam ini pun masih mengharapkan Razlan dengan Inas aje datang menjenguk. Kalau Inas datang bawa anak-anak dia meriahlah sikit rumah umi ni. Kalau tak macam inilah Zara, sunyi sepi.”

Azara rasa bersalah. Mulut dia pun gatal sangat nak tanya macam-macam. “Zara minta maaf, Zara takde niat nak buat umi sedih.”

“Ish budak ni cepat sangat rasa bersalah. Umi tak kisah langsung Zara. Tanyalah apa-apa pun. Kalau umi boleh jawab umi jawab semua soalan Zara tu.”

“Dah siap kemas dapur. Jomlah kita ke depan umi, kesian Tuan duduk sorang-sorang dekat depan.”

“Zara ni.. Tuan.. Tuan. Sekarang kan luar waktu pejabat, panggil aje Razlan. Hah, yang Alan ni pun satu biarkan sangat panggilan Tuan di bibir Zara ni kenapa? Seronok sangat jadi Tuan besar?”

Razlan tergelak besar mendengar bebelan uminya. Lama sungguh dia tidak singgah ke sini. Rindu nak dengar suara Puan Melati membebel.

“Umi ni tak habis-habiskan nak membebel. Tak jumpa Alan berminggu-minggu pun masih nak bebelkan Alan. Patutnya umi manjakan Alan sebab dah lama tak jumpa..”

“Budak bertuah ni. Meh sini baring dekat umi.” Razlan segera mendapatkan Puan Melati. Kepala direbahkan di atas peha Puan Melati.

Azara hanya tersenyum kecil melihat gelagat dua beranak tiri ini. Rapat sungguh!
“Umi, Alan ada benda sikit nak minta tolong dengan umi boleh tak?”

“Apa dia Alan.. Apa yang umi boleh tolong insyaAllah umi akan tolong anak-anak umi.” Tangan Puan Melati masih mengusap kepala Razlan.

“Kalau Alan nak tumpangkan Zara dekat sini sekejap boleh tak umi?”

Ternyata Azara dan Puan Melati sama-sama terkejut dengan permintaan Razlan.

“Apa yang Tuan cakap ni?”

“Zara! Raz bukan Tuan. Berapa kali umi dah tegur tadi?”

“Umi.. jangan dengar sangat apa yang Tu.. Razlan ni merepek. Zara tak nak tinggal dengan umi pun. Razlan ni memang kuat merepek ni umi..”

Razlan bangkit dari perbaringan. “Zara, keselamatan you lebih utama sekarang ni. I risaukan you. I tak nak ada orang ganggu you.”

“Razlan, tolonglah.. Saya boleh jaga diri sendiri.”

“Kalau boleh jaga diri sendiri kenapa minta I datang rumah you tadi? You  takut kan? You takut dengan orang semalam tu kan?”

Enough!” Azara menutup kedua-dua belah telinganya.

Puan Melati terpingga-pingga melihat Razlan dan Azara bergaduh seperti orang yang hendak berperang.

“Kenapa ni Alan.. Zara? Apa yang tak kena?”

“Takde apa-apa umi. Zara okay.”

You are not okay! You are not okay, Azara!” Suara Razlan mula menempik. Bengang dengan keras kepala Azara. Dia bimbang sangat-sangat kalau meninggalkan Azara di rumah seorang diri. Dia tak boleh tinggalkan Azara.

“Saya nak balik. Tolong hantar saya balik.” Azara sudah berdiri. “Umi, Zara balik dulu.”

Puan Melati turut berdiri untuk menenangkan Azara. Dia pasti Azara seseorang yang penting untuk Razlan kalau tidak masakan Razlan membawa Azara berjumpa dengan dia.

“Zara, duduk dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. Semua masalah boleh dibawa berbincang. Duduk dulu.” Puan Melati menggosok bahu Azara.

Nafas Razlan sudah mula naik turun melihat sikap keras kepala Azara. Suka sangat cabar kesabaran orang lain. Keras kepala!

“Ada orang cuba rogol Zara, umi.”

“Astaghfirullah hal’azim.. Siapa? Alan tahu siapa punya kerja?” Wajah Puan Melati kalut. Razlan menggelengkan kepalanya. Muka Razlan dan Azara ditenung silih berganti.
“Alan tak tahu kerja siapa.. Kalau Alan tahu siaplah orang tu Alan kerjakan!” Razlan mengepal penumbuk geram.

“Zara, Alan risaukan Zara. Umi pun risaukan Zara juga. Zara tinggal dengan umi buat sementara waktu ni ya?”

Azara menggeleng. “Zara tak nak susahkan umi. Zara boleh duduk di rumah Zara sendiri..”
“Boleh tak kalau you dengar cakap orang lain jangan nak buat keras kepala you sangat?!” Suara Razlan bergema kuat.

“Alan, tak baik menengking macam tu.. Pujuklah Zara elok-elok buat apa nak menempik? Kalau nak tempik-tempik macam ni pun bukannya dapat selesaikan masalah.” Nasihat Puan Melati lembut.

“Alan risaukan keselamatan Zara, dia masih na berdegil nak duduk sana sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa siapa yang susah?”

“Zara, Zara dengar cakap umi. Zara pindah duduk dengan umi sekejap aje. Bila orang tu tak kacau Zara lagi Zara balik rumah Zara semula. Ya?”

Azara menggeleng lemah. Ini kali pertama dia bertemu dengan Puan Melati, takkanlah dia ak tinggal dengan Puan Melati pula. Seganlah dia. Razlan pun satu kalau ya pun berbincanglah dulu dengan dia. Jangan buat keputusan untuk hidup dia. Razlan bukan Encik Idris!

“Okay, takpe.. Kalau Zara nak tak duduk dengan umi tak apa, Zara balik rumah keluarga Zara. Okay?”

“Zara tak nak balik rumah mak. Abah tak sukakan Zara.. Kakak tak sukakan Zara. Kalau Zara balik sana nanti banyak masalah yang timbul.”

“Kalau macam tu Zara tinggal dengan umi untuk sementara ni. Umi pun risaukan Zara juga.. Zara pindah duduk dengan umi ya?”

Azara menggeleng lagi. “Zara tak nak susahkan umi.”

“Zara, tolonglah dengar cakap I. Duduk dengan umi.. Nanti I akan jemput dan hantar you pergi kerja.” Itu dah melampau sangat. Nampak macam dia sengaja mengambil kesempatan terhadap razlan. Kalau Encik Latif dan Puan Sofiah tahu apa pula kata mereka nanti.


“Kalau awak nak saya pindah duduk dengan umi saya boleh buat tapi kalau awak nak saya pergi dan balik kerja dengan awak saya tak boleh buat. Apa kata pekerja lain nanti? Apa kata Encik Latif?”

“Mama dengan papa takkan kisah pasal tu. Pasal pekerja lain tu lantaklah apa dorang nak kata. Takkan mati dek caci, Zara.”
“Awak cakap senanglah sebab dorang bukan mengata awak tapi mengata saya seolah-olah mengambil kesempatan.”

Razlan mengeluh. Degil!

“Boleh tak kalau jangan degil?”

“Zara, biarlah Alan jaga Zara, ya?” Puan Melati tak habis-habis nak menangkan Razlan. Mentang-mentanglah Razlan tu anak tiri dia, asyik nak memangkan Razlan aje.

“Kejap lagi kita balik rumah you ambil semua barang keperluan you. Alan nak pinjam kereta umi besar sikit nak angkut barang-barang Zara ni. Umi ikut kami sekali ya?” Puan Melati mengangguk.

7 comments :

  1. Sri Sri ngape tak guna google doc je? Atau klu Sri ada hotmail bole guna ms word online then bru c&p k blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, anon!!! thanks.
      kite dh guna google doc.
      Tapi tu la takblh nak justify.
      Halal lah ek. ;P

      Delete
  2. Terubat rindu pada zara dan razlan .... Terima kasih sis ...

    ReplyDelete
  3. Bestlah.... X sabar nk sambungannya....

    ReplyDelete