Thursday 28 March 2013

Bab 6 Aku, Dia dan Stiletto



Ketukan di pintu membuatkan Aulia melompat terkejut. Dah la tak kunci pintum pakai tuala separas peha aje sekarang ni.

“Sekejap!!” Aulia segera menyarung baju tidur bercorak hello kitty ke tubuhnya. “Lia baru lepas mandi, seminit aje!”

Sikat di atas meja di capai dan rambut panjang mengurai separas belakang disikat ala kadar. Asal tak nampak macam hantu Kak Limah sudah lah.

Kaki melangkah ke pintu. Tombol pintu kayu berwarna putih itu dipulas. “Daddy. Ada apa?”

Datuk Rahman melangkah masuk ke dalam bilik Aulia. Aulia membontoti Datuk Rahman dari belakang. “Baru lepas mandi ke?” Aulia angguk

“Lia balik lambat tadi, pergi mana?”

Aulia mengeluh lemah sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berwarna putih itu di sisi Datuk Rahman. Kepalanya dilentokkan di bahu Datuk Rahman. “Lia terserserempak dengan orang gila petang tadi.”

Datuk Rahman kerut dahi. “Orang gila betul-betul ke? Lia okay ke tidak? Dia buat apa dekat Lia? Kalau dah tahu gila kenapa Lia layan?”

Aulia terkebil-kebil pandang wajah Datuk Rahman. “Banyaknya soalan daddy.

“Aulia Rahman, daddy bukannya buat lawak dengan Lia sekarang ni. Macam mana Lia boleh terserempak dengan orang gila tu? Dia buat apa-apa tak dekat Lia?” Aulia menggeleng. Bahu Datuk Rahman dirangkul erat.

“Takde apa-apalah daddy. Kalau Lia tahu dia tu gila. Lia tak layan dia. Daddy, you know what? Thay guy lah yang berebut kasut dengan Lia tempoh hari! Sakit hati betul tengok muka dia tadi.” Aulia kepal penumbuk.

“Janganlah kepal penumbuk tu, macam orang lelaki tau. Tak elok anak dara buat perangai kasar macam tu.” Aulia sengih panjang.

“Bukan buat betul-betul pun. Lia acah aje.”

“Tadi Lia cakap that guy beli kasut? Heels?” Aulia angguk. “Dia beli heels untuk apa? Lelaki mana pakai heels.” Aulia tepuk dahi.

“Aduh daddy ni, bukan beli untuk dia. Mestilah dia beli untuk teman istimewa. Apalah daddy ni.”Mulut Datuk Rahman berubah bentuk, o.

“Habis Lia tak cakap dengan dia yang Lia nak kasut tu ke?” Darah Aulia menyirap tiba-tiba. Teringat aje pasal peristiwa dia terpeluk Ashraff beberapa hari yang lalu terus rasa nak marah aje hati dia ni.

“Lia dah mintak tapi dia tak bagi. Teruk kan lelaki macam tu. Sepatutnya as a good and  sebagai menunjukkan dia tu gentleman, dia kenalah tunjuk contoh yang elok sikit. Ini tidak, ada ke dia siap bergaduh dengan Lia dalam shopping mall tu! Sakitnya hati Lia.” Datuk Rahman tayang riak teruja mahu mendengar cerita anak gadis kesayangannya.

“Betul ke lelaki tu bergaduh dengan Lia?”

Aulia angguk rakus. “Betul daddy! Lia dah pegang dah kasut tu, memang nak beli dah. Boleh ke dia datang rampas kasut tu lepas tu nak pergi bayar. Terukkan? Malang betul siapa yang kahwin dengan lelaki macam tu.”

“Kenapa Lia tak call daddy masa tu? Boleh daddy terus ke sana tengok Lia. Biar daddy ajar sikit lelaki yang berani buli anak kesayangan daddy ni!” Aulia tersengih puas. Padan muka Ashraff. Dah kena kutuk dengan dia dekat daddy.

“Alah, sikit aje. Lia malas nak bergaduh dengan lelaki otak senteng macam tu. Takde guna bergaduh dengan dia sebab kasut. Banyak lagi kasut lain yang Lia boleh beli. Bukan cantik sangat kasut tu..” Hati Aulia menangis. Tak cantik? Cantik gila kot kasut tu.

Ini semua Ashraff punya pasal. Kalau bukan sebab lelaki tu berkenan dengan kasut tu mesti kasut tu dah jadi hak milik dia sekarang ni.

Puas dia protes dengan Datin Zahrah untuk dapatkan kembali kad kredit dan kad ATM miliknya dan tidak sia-sia sakit perut dua hari lepas. Akhirnya dia dapat semula kad kredit dan kad ATM. Yebedabedo!

“Habis tu tadi macam mana Lia boleh terserempak sekali lagi dengan lelaki tu?” Aulia kalut. Takkan nak cerita yang dia hampir melanggar Ashraff sebab dia sibuk berbual di telefon dengan Fazri kot? Kau nak mampus.

Silap hari bulan lepas ni pergi balik kernja berjemput dengan Pak Halim. Oh.. no!
“Lia?”


“Ahh.. ah. Tadi tu Lia terserempak dengan dia dekat kedai makan. Sibuk panggil Lia sebab nak minta maaf pasal kejadian hari tu la. Lia memang malas nak layan dia.”

“Habis tu Lia tak terima maaf dia? Tak baik buat orang macam tu, sedangkan nabi pun ampunkan umatnya, takkanlah Lia tak boleh maafkan orang yang buat salah dekat Lia.lagi pun kasut tu kan boleh beli lagi nanti.”

Aulia berdehem kecil. “Eh, mana ada. Ini Aulia Rahman tau. Mestilah Lia dah maafkan dia. Lia ni kan anak daddy yang baik hati, haruslah sedia memaafkan orang lain.”

Datuk Rahman menarik nafas lega. “Good girl! Macam tulah anak daddy.” Datuk Rahman gosok kepala Aulia. “Mmm, daddy datang sini nak tanya Lia sikit ni.” Aulia pandang wajah Datuk Rahman. Liur ditelan. Ah sudah… mesti pasal tengah hari tadi!

Daddy nak tanya apa?” Aulia menyembunyikan riak gusar yang bertamu di wajahnya.
“Kenapa Lia bergaduh dengan Salina petang tadi.”

Duh! Dah agak dah mesti Salina tu pergi report dengan daddy dia. Dasar perempuan manja! Mengada-ngada. Menyampah!

“Mana ada bergaduh. Dia buat report tu salah, Lia just minta dia betulkan semula aje. Takkan tu pun salah kot?” Aulia menjeling sedikit ke arah Datuk Rahman. Tiba-tiba aje jadi beremosi sekarang ni. Rasa macam Datuk rahman dah lebihkan orang luar daripada dia sendiri.

“Bukan..bukan macam tu maksud daddy.”

“Habis tu?” Aulia mencelah dengan nada merajuk.

“Lina datang jumpa daddy sambil menangis. Kenapa Lia campak fail dekat muka dia?” Aulia automatik tegak berdiri di depan Datuk Rahman. Salina cakap dia campak fail?

“Habis tu daddy percaya cakap dia?”

Datuk Rahman mengeluh perlahan. Susah betul nak berbincang dengan anak dara dia ni, kepala batu. Tegur sikit aje dah melenting. “Kalau Lia tak buat macam tu takkan Salina nak datang bilik daddy sambil menangis teresak-esak, kan?”

“Kalau daddy percaya cakap dia, terpulang. Tapi apa yang berlaku petang tadi tak sama macam Lina cakap tu. Memang dia tu sepupu Lia tapi Lia takkan bertolak ansur dengan orang yang kurang ajar macam Lina tu, daddy!”

Datuk Rahman bangkit mendapatkan Aulia yang sudah berpeluk tubuh. Garang sungguh anak dara dia ni. “Janganlah garang dengan daddy. Daddy minta maaf sebab tuduh Lia yang bukan-bukan tapi daddy cuma nak Lia sedar yang tindakan Lia tu kadang-kadang salah.”

Aulia merengus kasar. “Kalau daddy tak tahu apa yang berlaku, jangan tuduh macam Lia yang salah. Daddy patutnya tanya Lia apa yang Lina buat dekat Lia sampai Lia campak fail tu dekat kaki dia, bukan dekat muka!”

Datuk Rahman mengusap belakang anak gadisnya. Mata Aulia yang sudah mula berkaca diperhati dengan hati yang pedih. Kalau anak dia dah mula menangis dia pun sedih. Lagi suka kalau anak dia mengamuk tak tentu pasal daripada melihat anak gadisnya menangis.

I am sorry okay. Daddy janji kita takkan cakap pasal benda ni lagi ya.” Aulia masih tayang merajuknya. Keras kepala Aulia ni boleh tahan jugak.

“Janganlah merajuk lagi. Kalau anak kesayangan daddy ni merajuk, siapanak berbual dengan daddy? Dah la daddy kena makan dengan mummy aje tadi, anak daddy takde. Makan pun tak kenyang tau sebab risaukan Lia entah merayap ke mana.”

“Mana ada Lia merayap!” Datuk Rahman ketawa dalam hati. Dah tahu dah anak dia ni pantang kalau kena tuduh yang bukan-bukan pasti mulut tu berbunyi.

“Iyelah.. iyelah. Lia terserempak dengan lelaki gila, kan? Yang buli Lia sebab nak beli kasut yang Lia suka tu kan?” Aulia angguk manja.

Datuk Rahman menarik Aulia ke dalam pelukannya. “Kan mummy dah pulangkan kad kredit Lia semula, Lia pergilah beli kasut baru.”

Aulia sengih penuh makna. “You don’t have to tell my daddy.”

Datuk Rahman menjarakkan pelukan. “Berapa pasang kasut baru Lia dah beli tadi?” Aulia angkat jari dua. “Dua pasang?” Suara Datuk Rahman yang sedikit kuat menyebabkan Aulia lekas-lekas menekup mulut daddynya.

“Janganlah kuat sangat! Kalau mummy dengar nanti dia ambil balik kad Lia, Lia ambil kad daddy!” Ugut Aulia separuh berbisik. Bukan main, dia pula yang ugut daddy dia sekarang ni.

“Lia beli kasut apa lagi ni Lia? Kat dalam rak kasut tu, tolak kasut daddy, mummy dengan Mak Bib semua kasut Lia. Tak cukup lagi?” Aulia geleng kepala. “Tak cukup?” Bisik Datuk Rahman sedikit keras. Eh, dia pun dah cakap berbisik-bisik macam Aulia padahal isteri dia ada di dapur dengan Habibah.

“Bukan tak cukup tapi Lia stress tadi sebab tu Lia pergi shopping. Mula-mula tak nak beli tapi sebab nampak muka Lina dekat kasut tu, jadi Lia belilah. Ingat nak pijak-pijak muka dia sebab geram sangat.”

“Tu baru sepasang. Lagi sepasang Lia beli sebab apa pula?”

“Lagi sepasang tu Lia beli sebab Lia geram dekat lelaki gila yang berebut kasut dengan Lia hari tu. Lia asyik terbayang-bayang aje muka dia dekat kasut tu tau, daddy. Lia dah jalan pergi tempat lain dah tapi Lia patah balik sebab teringat-ingat dekat kasut tu. Sebab tu Lia beli. Kalau tak memang Lia tidur tak lena malam ni.” 

Datuk Rahman menyelerakkan rambut di kepala Aulia sehingga menyebabkan Aulia menjerit geram. “Anak daddy ni ada aje alasannya. Nampak muka Lina lah, muka lelaki gila lah, tak boleh tidur lah.. macam-macam. Akal ni banyak!”

“Betul, Lia bukan reka-reka cerita dekat daddy. Kalau ada tipu-tipu sikit tu semua tipu sunat, bukan tipu betul-betul pun.” Datuk Rahman gelak besar. Ada-ada aje anak dara dia ni.

“Dah la, daddy nak masuk tidur. Esok kerja. Jangan masuk lambat.” Aulia angguk bersungguh-sungguh.
Good night daddy. I love you.”

Sebuah ciuman dihadiahkan di pipi kiri dan pipi kanan Datuk Rahman.



Mata Ashraff terkebil-kebil memandang siling. Memang mata dia dah mengantuk macam nak gila tapi susah gila nak terlelap malam ini. Tak tahulah dia teringatkan siapa.. Helinna atau gadis bernama Siti Habibah yang sangat jelita.

Serius dia langsung tidak sangka nama si jelita yang hampir langgar dia petang tadi ialah Siti Habibah. “Comel jugak nama perempuan tu. Siti Habibah…” Ashraff mengukir senyum.

Sumpah ini kali pertama dia jumpa perempuan yang berani gila macam perempuan tu. Selalunya perempuan memang akan mengalah dengan dia. Muka kacak macam Henry Golding kot.. Takkan tak cair. Tapi peliknya perempuan petang tadi langsung tak tergoda dengan dia tapi lebih tergoda dengan kasut tumit tinggi sampai sanggup nak bayar dia lebih harga.

“Saya sanggup bayar berapa aje yang encik minta. Tolonglah.. saya nak sangat kasut tu. Nyawa saya tu!” Dan dia.. jangan harap mahu mengalah.

Ini Ashraff Tan Sri Ahmad tau, tak pernah mengalah dengan mana-mana perempuan. Helinna? Pun tak pernah dia mengalah dengan wanita jelita itu.

Tidak puas asyik memandang siling, Ashraff duduk bersila di atas katilnya.

Argh! Kenapa tak boleh tidur malam ni? Takkan kena sumpah dengan perempuan gila tadi kot?” Ashraff menggaru kasar kepalanya yang tidak gatal.

Sumpah dia rasa tak boleh terima keadaan dia malam ni.

“Dah pukul 1.40 pagi ni Ashraff oi, tidur! Tidur!” Ashraff sekali lagi merebahkan kepalanya di atas bantal.

Terlupa membuat sesuatu. Ashraff panggung kepalanya sedikit. Bantal ditepuk tiga kali. “Semoga tidur lena, Ash.” Kepala dilabuhkan di atas bantal bercorak asbtrak berwarna biru muda.

Matanya di pejam beberapa kali.

“Arghhh! Tekanan jiwa betul aku malam ni! Kenapa tak boleh tidur ni?!” Ashraff bangkit dari katil. Kaki melangkah keluar dari bilik. Kaki melangkah menuruni satu per satu anak tangga.

Suis lampu dapur dipetik. Beberapa saat kemudian ruang dapur yang tadinya gelap diterangi cahaya lampu.

Segelas mug berwarna merah hari dicapai. Peti sejuk dibuka. Susu dalam kotak dituang ke dalam gelas. Ashraff masih berdiri di depan pintu peti sejuk sambil meneguk rakus segelas susu.

“Harap-harap boleh tidur.”

Suis lampu dapur dipetik dan serta-merta ruang dapur menjadi gelap kembali. Kaki menapak ke tingkat atas. 

Sunday 24 March 2013

Bab 5 Aku, Dia dan Stiletto



Wajah jelita di sisinya dipandang sekilas. Tangan Ashraff masih erat menggenggam tangan Helinna. Rindunya dia pada Helinna.

I happy sangat you dah balik ke Malaysia. So happy!” Ashraff tak tipu. Melihat Helinna yang semakin jelita, hatinya bertambah riang. Memang tak malu kalau nak bawa Helinna ke majlis-majlis korporat. Orang gila aje yang tak mahu berdampingan dengan model jelita ini.


Rambut panjang mengurai separas pinggang dan kulit putih melepak bersama sepasang anak mata hitam yang sangat memukau. Memang boleh cair!

“Iye ke you suka I dah balik sini? Bukan you rasa kaki dan tangan you macam kena ikat ke?” Ashraff telan liur. Glup!

Woih, air liur ke air sabun dalam mulut ni. Apasal susah sangat nak telan.

 Ashraff sengih kelat. “Mana ada macam tu, I suka sangat you dah balik Malaysia sebab I dah rindu sangat dekat you.” Tangan Helinna yang masih berada dalam genggamannya di bawa ke bibir. Dikucup perlahan tangan Helinna.

So, how was London? Dah puas dah you menjelajah London?” Ashraff masih tidak lekang dengan senyuman. Ah.. siapa tak suka kalau berada di samping gadis secantik Helinna. Orang gila aje yang cakap tak jatuh cinta dengan Helinna.

“London? Macam tu jugak. Takkan rasa kehilangan I pun.”

“Takpe, dah lama sangat you dekat sana. Sekarang you boleh bina nama you di sini pulak. I yakin dengan pengalaman yang you ada sepanjang you dekat London tu, you boleh berjaya dekat Malaysia. Nanti berebut-rebut semua company nak ambil you jadi model produk dorang.” Melihat Ashraff yang bersungguh-sungguh meyakinkan dia, Helinna ketawa kecil.

“Pandai aje you ni. Dengan pengalaman yang tak seberapa tu bukan menjamin apa-apa untuk I dekat sini. Lagipun ramai lagi model-model jelita dekat Malaysia ni ha. I ni apa lah sangat.”

No.. no. Model dekat Malaysia takkan boleh kalahkan kecantikan you Helly. You is the most beautiful women that I ever seen.” Betul ke? Tapi perempuan yang dia jumpa petang tadi tu cantik jugak. Helinna dan perempuan gila petang tadi siapa lagi jelita?

Ashraff mula mengingati wajah gadis jelita yang pernah bergaduh dengannya kerana sepasang kasut dan mereka bertemu sekali lagi petang tadi kerana hampir kemalangan. Macam ada jodoh pulak. 

Siti Habibah. Cute betul nama perempuan tu. Bibah... oh Bibah. 

“Ni apasal senyum sorang-sorang? Ingatkan siapa?” Ashraff kalut mencari wajah Helinna yang berada di sisinya.

“Mana ada. I senyum sebab teringatkan you. Walaupun you ada sebelah I sekarang ni but I still miss you. Rasa macam tak percaya pulak you dah balik Malaysia. Nak-nak kali ni.. for good!”

“Iyelah tu.. teringatkan I ke teringatkan perempuan mana-mana yang you jumpa petang tadi.” Wow! Helinna ni ada magis ke?

“Macam mana you tahu I teringatkan perempuan lain?”

Helinna membulatkan matanya. Wajah Ashraff yang sedang memandu ditenung tajam. “What? You teringatkan perempuan lain depan I?”

“Saja je nak acah you. Sayang jugak you dekat I rupanya. Ingatkan dah lupakan I dah.. tapi kan Helly, I bukan teringat depan you tapi sebelah you.” Tangan Helinna pantas mencubit lengan Ashraff yang sedang tekun memandu.

“Main-mainkan I ye..” Ashraff ketawa besar. Seronok juga sekali-sekala mempermainkan buah hati tersayang.

I really..really love you, Helinna.”

Helinna terdiam tidak membalas kata-kata Ashraff. Riak wajahnya kembali serius.

“Banyak mana you sayangkan I?” Ashraff pandang wajah Helinna. Soalan apakah ini? Tak pernah-pernah Helinna tanya dia soalan macam ini.. Ashraff masih menyusun ayat  yang paling sweet untuk dimuntahkan.

Belum sempat dia nak cakap, Helinna dah potong. “Sebanyak koleksi perempuan yang you ada ke?” Bibir cantik itu masih mengukir senyuman. Perli ke nak naik angin ni? Dulu-dulu kata tak kisah, takkan sekarang ni kisah pulak kot…?

Ashraff garu keningnya yang tidak gatal. “Eh, mana ada perempuan keliling pinggang. You salah info ni, sayang.”

Senyuman meleret Helinna buat hati dia kecut. Sumpah cuak woiii! Tingkah Ashraff serba tidak kena. Adoi, rasa seram sejuk badan ni. Rasa macam nak demam pun ada jugak sekarang ni. Takkanlah nampak muka Helinna aje terus nak demam?

Tangan Ashraff kembali menggenggam jari-jamari runcing milik Helinna. Otak ligat memproses topik perbulana seterusnya. Tak boleh cakap pasal hati dan perasaan dah, kang kena sembur dengan ayat pedih.
 “You rasa kereta I ni macam panas tak?” Helinna pandang wajah Ashraff. Pelik.

“Panas yang macam mana maksud you?”

Air cond kereta I rosak kot?” Tangan kiri yang menggenggam tangan Helinna dirungkaikan dan dihala ke arah penghawa dingin kereta. Takkanlah rosak pulak. Kereta baru beli tiga bulan aje ni.

Helina tergelak kecil. “You panas sebab I dah balik sini kot? Takut pecah tembelang you.” Pergh, ini ayat Helinna yang paling power sekali malam ni. Memang kena sebijik dekat muka dia.

“Ish.. you ni.. Merepek je. Mana ada I sembunyikan apa-apa daripada you. Tembelang apanya… merepek aje you ni Helly.” Hati tengah berdebar bagai nak gila jangan cakaplah. Rasa cuak aje nak tunggu ayat yang keluar dari mulut Helinna.

Ashraff sengaja nak tukar topik bersembang pasal lain, tak habis-habis pasal perempuan yang dia kena hentam. Padan muka kau Ashraff! Sendiri cari pasal sekarang rasakan.

Ashraff melarikan pandangannya ke jalan raya. Kembali fokus kepada pemanduannya yang hampir hilang fokus kerana ayat-ayat berbisa Helinna.

“Papa you sihat ke?” Ashraff mengangguk dengan pertanyaan Helinna.

Fuh! Nasib baik dah tukar topik lain. Kalau tidak jenuh menggelabah dia nak menjawab setiap soalan yang meluncur keluar dari bibir Helinna.

“Nanti I jemput you untuk makan malam dengan family I, okay? But not this week sebab I busy sangat minggu ni. Maybe end of next week. Boleh?”

“Kalau bertahun-tahun I sanggup tunggu you Ash, takkan minggu depan I tak boleh tunggu, kan?”
Thud!

Sekali lagi. Kali ini lebih menusuk kalbu.

Rasa macam kena panah sampai ke jantung. Tajam gila sindiran Helinna. Amboi, bukan main lagi mulut Helinna malam ni, beracun! Takut dia nak cakap melebih-lebih. Kang kena sembur dengan Helinna pasal rahsia-rahsia dia di Malaysia pula, jenuh.

Eh, tapi takkanlah Helinna baca surat khabar Malaysia kot? Dia kan baru sampai malam ni aje. Ishh, tak mungkin Helinna tahu pasal party baru-baru ini.

Erkkk, bukan Mary masukkan gambar dalam facebook ke? Ah, mampus aku!

Akhirnya Ashraff mengambil sikap mendiamkan dirinya. Volume radio dikuatkan sedikit sebelum dia kembali memandang ke depan.

Perjalanan balik dari KLIA ke rumah Helinna di Kota Damansara mengambil masa lebih kurang satu jam. Tidak banyak yang Ashraff dan Helinna bualkan sepanjang perjalanan. Masing-masing lebih suka mendiamkan diri.

Kereta milik Ashraff membelok ke dalam rumah banglo mewah milik ibu bapa Helinna. “Dah sampai pun.”
Ashraff mematikan enjin dan membuka pintu sebelah pemandu. Kaki berlari-lari anak ke arah pintu sebelah penumpang.

“Silakan, my lady.”

“Thank you, my prince.” Kembang kuncup hati Ashraff mendengar Helinna memanggilnya puteraku. Itu bermaksud dia masih lagi berada dalam hati wanita itu.

Helinna melangkah menuju ke arah pintu utama rumahnya. Tubuh Tan Sri Faruk dan Puan Sri Juliana sudah berdiri tegak di hadapan muka pintu menanti kepulangan anak tunggal mereka.

“Mama.. papa..” Tubuh Helinna tenggelam dalam pelukan Puan Sri Juliana.

“Papa.. tengok mama ni. Setiap kali Helly balik sini aje mesti nangis. Ma, Helly dah balik sini untuk selama-lamanya. Mama nak nangis buat apa lagi ni?” Air mata Puan Sri Juliana dikesat lembut.

“Ju, sudah lah tu. Anak kita dah balik ni. Helly dah puas merantau, takkan pergi mana lagi dah. Lepas ni Helly ada depan mata awak setiap masa.” Helinna pantas mengangguk.

“Betul tu mama. Helly dah tak nak pergi mana-mana lagi dah. Helly nak duduk Malaysia, nak bermanja dengan mama dan papa.” Puan Sri Juliana mengucup dahi anaknya.


 


“Dah..dah. Jangan nak bersedih depan pintu rumah ni. Buat malu aje Ash tengok tu. Mari masuk dalam. Ash, jemput masuk.” Ashraff senyum seraya menanggalkan kasut yang tersarung di kakinya.

Puan Sri Juliana masih lagi menangis. Puas Helinna memujuk mamanya supaya bertenang. “Mama, kenapa mama nangis ni?”

“Mama sedih.. Helly dah balik Malaysia tapi mama masih lagi sedih.” Helinna mengusap lembut belakang Puan Sri Juliana.

“Kenapa mama nak sedih? Helly kan dah balik ni? Mama ni.. tak malu ke Ash tengok mama nangis macam ni?” Ashraff tersenyum sengan sambil mencapai segelas air oren yang terhidang di depan mata.

“Malu apanya.. Ash tu kan bakal menantu mama.”

Ppsssst!

Helinna automatik berdiri. “Ash! You okay ke?” Helinna segea menggosok belakang tubuh Ashraff.

“Ya Allah.. kenapa minum sampai tersembur ni?” Ashraff menggelengkan kepalanya. Hidung dia rasa perit gila sekarang ni.

“I okay.. sikit aje ni.” Kau gila nak cakap tak okay depan bakal mak dan bapak mentua?

Yang Puan Sri Juliana ni pun agak-agaklah sikit.. sebut bakal menantu pun sambil menangis. Macam bakal hantu aje gayanya.

“Betul ke you okay ni?” Ashraff angguk.

“Ash terkejut sangat ke aunty sebut bakal menantu?” Puan Sri Juliana memandang Ashraff yang masih terbatuk kecil.

“Mama! Sudah la. Kesian Ash tau.” Helinna meningkah kelakuan Puan Sri Juliana.

“Betul apa yang mama cakap tu Helly. Memandangkan Helly pun dah balik Malaysia, papa rasa eloklah kalau kita bincang pasal majlis kahwin Helly dengan Ash. Lagipun dah lama sangat Helly dengan Ash berkawan. Kan lebih elok kalau ada ikatan yang sah. Papapun seronok..”

“Mama lagi seronok!” Puan Sri Juliana menambah. Amboi, tak sabar-sabar.

Tan Sri Faruk ketawa terbahak-bahak. “Mama ni.. papa belum habis cakap lagi mama dah menyampuk.”

Puan Sri Juliana menjeling suaminya. “Memang la mama tak sabar-sabar lagi dah nak terima menantu. Masa mama sebaya dengan umur Helly sekarang ni, mama dah bersalinkan Helly tau! Helly dah umur dua puluh enam tahun pun masih tak kahwin lagi.”

Hellina angguk faham. Faham sangat dengan hajat mama dan papanya. “Helly dah penat sangat ni, nak naik atas. London ke Malaysia ni bukan macam Kuala Lumpur ke Melaka ma.. Helly nak naik atas rehat. Ash, jumpa you nanti ya.”

Ashraff yang baru berkira-kira untuk bangkit meninggalkan ruang tamu terhenti. “Kita belum habis bincang lagi pasal majlis kamu ni.”

“Mama.. Helly ni baru balik. Penat lagi tau!” Hellina menarik muncung panjang sedepa.

“Itulah Helly ni. Kalau cakap pasal kahwin sikit aje suka mengelak. Entah bila nak kahwin mama pun tak tahu. Kalau Ash tinggalkan kamu nanti baru padan muka tu!”

“Aunty, biarlah Helly rehat dulu,, lagipun Helly kan baru aje balik. Banyak masa lagi nak bercakap pasal hal ni. Ash pun dah nak balik dulu ni.” Puan Sri Juliana merengus kecil.

“Korang berdua ni sama aje. Kalau cakap pasal kahwin aje macam-macam alasan! Dah la, mama nak naik atas dulu.”

Helinna, Ashraff dan Tan Sri Faruk ketawa serentak. Ingatkan muncung Helinna aje yang panjang rupanya muncung Puan Sri Juliana pun panjang jugak.

Sorry Ash, mama I merajuk pulak malam ni. Jumpa you nanti ya.”

No problem. You jangan lupa rehat, tidur awal okay.” Ashraff bangkit meninggalkan ruang tamu mewah milik Tan Sri Faruk.

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati


Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima


Tangan Ashraff pantas menguatkan volume radio keretanya. Lagu kegemaran dia! Bibir merah merekah Ashraff turut sama menyanyikan lagu yang sering bersiulan di bibirnya.

Siap bahu pun bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Gaya menyanyi dah macam nanyi lagi rock aje!

Deringan telefon merencatkan konsert Ashraff. Hands free disumbat ke dalam telinga.

Hello, mama.”

“Asf baru hantar Helly balik rumah. Tak.. tak. Ash balik rumah Ash. Letih lah nak mengadap papa. Nanti mesti papa tanya pasal hubungan Ash dengan Helly lagi. Tak larat nak jawab lagi dah ma.” Ashraff masih tekun mendengar suara di talian hujung sana. Mata masih fokus ke jalan raya yang kian lengang.

“Esok petang lepas kerja Ash balik jenguk mama ya. Ya.. Ash pun rindu mama jugak. Lagi banyak dari mama rindukan Ash!” mendengar suara di sebelah sana ketawa halus, Ashraff lega, sekurang-kurangnya mama dia tidak menangis kerana rindukan dia malam ini.

I love you more. Assalamualaikum ma.”

Panggilan telefon ditamatkan. Tidak mahu pulang ke rumah Tan Sri Ahmad, Mitsubishi Evoque menghala ke kondominium mewah miliknya di Damansara Perdana.


Saturday 23 March 2013

Bab 4 Aku, Dia dan Stiletto




“Kau nak minum apa-apa tak?”  Tangan Ashraff ligat mengutip fail di atas mejanya yang berselerak. 


Hilman menggeleng. “Dah nak balik pun. Kejap lagi aku singgah minum dengan cik puan tunang aku aje.” Ashraff ketawa. Bukan dia tak tahu Saffiya tu tunang Hilman tapi memang sikap dia kerjaya dan peribadi tidak perlu dicampuradukkan.

"Sibuknya kau. Banyak kerja ke?" Ashraff angguk kepala mengiyakan soalan yang terbit dari mulut Hilman. 

"Biasalah kerja aku, mana pernah sedikit. Selagi boleh longgokkan kerja untuk aku, papa aku confirm tolak semua projek untuk aku. Sekarang ni tengah sibuk dengan projek terbaru di Sungai Buloh tu." 

"Biasalah bro.. kerja ni sampai mati pun memang takkan habis. Hari-hari kerja. Takpelah, asalkan rezeki yang halal. Kau tu jangan asyik nak berparti siang malam sampai abaikan kerja." Amboi..amboi Hilman ni bukan main lagi nak nasihatkan dia.

"Bila masa aku berseronok sampai aku abaikan kerja? Hello, this is Ashraff okay. Dalam dunia bisnes siapa yang tak kenal aku? Semua orang berebut nak kenal aku.. nak bekerjasama dengan aku, tau?!" Ashraff tayang riak angkuh. 

Hilman ketawa senang. Sahabat baik dia ni kalau bercakap memang nak menang aje kerjanya. Tak pernah nak mengaku kalah. Kalau salah pun nak menang jugak. 

"Man, kau tu bila plan nak kahwin dengan Saffiya?” 

Hilman sengih panjang. “Kalau ikutkan hati aku ni memang aku nak kahwin cepat-cepat tapi belum sampai masa lagi. Kerja aku pun berlambak lagi dekat cawangan baru kita tu.. Jadi mungkin setahun lagi kot.”

Ashraff angguk mengiyakan. “Aku faham.. tapi kalau kau nak cuti kahwin, jangan risau. Aku sedia luluskan bila-bila masa untuk Saffiya. My best friend wedding kot, takkan aku nak halang.” Hilman ketawa besar.

“Mungkin kau kahwin dulu kot. Aku dengar khabar Helly nak balik Malaysia. Tak cerita dekat aku pun!”

“Habis kau dengar cerita ni daripada siapa?” Ashraff tergelak kecil.

“Siapa lagi, Adi la cerita dekat aku. Dah la lunch tak ajak aku. Siot punya member!”

Ashraff mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah-olah memprotes kata-kata Hilman.  “Aku bukan tak nak ajak kau tapi aku tanya Saffiya tadi dia cakap kau ada mesyuarat dengan klien di Subang Jaya. Takkan aku nak ajak kau jugak sedangkan aku dah tahu kau sibuk.”

“Amboi bukan main sekarang ni kalau nak selidik aku tanya dekat Fiya je kau eh.” Hilman bangkit mengutip surat khabar yang berterabur di atas lantai. “Apahal kau campak-campak surat khabar ni? Mengamuk dekat tunang aku ke?”

“Kau ni gaya cakap macam aku ni layan Saffiya tu teruk sangat aje!”

“Hoi Ash! Gambar kau dalam newspaper. Again?!” Hilman pandang Ashraff dengan riak terkejut. Kalau tak silap dia baru dua hari lepas keluar gambar Ashraff berparti di rumah Clara takkan hari ni dah keluar gambar dia berparti di rumah Melissa semalam kot?! Cepatnya berita tersebar.

Ashraff tayang riak menyampah. “Kalau bukan kerja si Zamani gila glamer tu, siapa lagi punya kerja.”

“Memang kerja dia pun, ni ada tulis ni berita sensasi oleh ‘Zamani Yang Glam’. Geli aku!” Giliran Hilman tayang riak meluat. Siapa tak meluat kalau muka menggerutu dengan jerawat batu lepas tu claim diri sendiri kacak dan glamer. Eww, geli!

“Kalau aku dapat Zamani tu memang aku kerjakan dia habis-habisan. Tak habis-habis nak ganggu hidup aku. Papa aku pun dah bising sebab muka kacak aku ni asyik masuk dalam surat khabar. Melentinglah orang tua tu.”

“Kalau aku jadi papa kau, aku pun marah jugak. Merosak reputasi syarikat aku aje.” Selumber aje Hilman sembur Ashraff.

Ashraff berdengus. “Kau pun sama aje macam papa aku. Rileks lah, aku bukannya buat apa-apa pun. Ada nampak aku pegang air kencing setan? Takde kan?”

“Memanglah takde pegang air kencing setan tapi kau pegang perempuan lain. Kalau aku buat macam ni, mampus aku kena cincang dengan Fiya tau! Kalau Helly nampak ni, aku tak tahulah macam mana kau nak selamatkan diri.” Surat khabar ditangan di ketuk-ketuk dengan jari sambil tunjuk muka Ashraff.

“Kalau ye pun marahkan aku janganlah tunjal kepala aku dalam paper tu!” Melihat jelingan sahabat baiknya, Hilman gelak besar. Tahu pun terasa.

“Aku bukan marahkan kau, tapi aku rasa dah masanya kau tu berubah sikit. Helly tu baik orangnya. Kalau dia tinggalkan kau, kau nak kahwin dengan siapa? Clara?”

Why not? Cun apa Clara tu..” Ashraff terbayang susuk tubuh Clara yang genit. Gadis comel yang nakal.

Hilman campak surat khabar ke arah Ashraff. “Kau ingat Puan Sri Lydia nak terima perempuan tu jadi menantu? Itu bukan menantu, itu hantu kau tahu!”

“Alah, aku main-main ajelah. Kau ingat aku nak kahwin dengan Clara tu? Ewww, sorry!” Clara tu buat teman keluar berparti bolehlah. Kalau nak buat teman tidur, teman seumur hidup, ahhh tak sudi dia. Bukan seorang dua yang pernah pakai, entah-entah berpuluh orang dah.

“Kau cakap Helly balik malam ni, habis yang kau tercongok dekat sini lagi buat apa? Pergilah balik rumah bersiap.”

“Kejap lagilah, Kerja aku banyak lagi belum siap ni.”

Hilman bangun dari kerusi. “Aku rasa aku chow dululah. Dah pukul 6.10 ni, kesian Fiya tunggu aku dekat luar. Agaknya dah tertidur dah dia.”

Ashraff berdiri bersalaman dengan Hilman. Melihat Hilman yang sudah hilang disebalik pintu biliknya, Ashraff duduk kembali. Memandang kosong ke dalam dokumen di hadapannya.

Arghh, malasnya nak buat kerja!” Tanpa disedari tangan pantas menyusun kembali dokumen projek perumahan baru di Sungai Buloh di rak bekalang tempat duduk dia sekarang ini.

Kot berwarna hitam yang tersangkut di kerusi dicapai kasar dan kaki melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

“Saiful, you belum balik lagi?” Saiful yang masih leka memandang komputer ribanya terkejut mendengar sapaan seseorang.

Ashraff tergelak besar. Penakut rupanya.

“Belum balik lagi Tuan. Ada kerja sikit.” Saiful tayang sengih. Malu sebab terkejut depan bos besar.

“Jangan duduk lama-lama sangat dekat office ni nanti ada yang lain muncul.”

Thud!

Hai, bos dia ni kalau nak buat lawak pun janganlah buat lawak halus macam ni, kecut perut dia nak tunggu buat kerja seorang diri.

“Takde apalah Tuan, saya dah biasa buat kerja sampai malam-malam, tak pernah ada apa-apa pun.. Tuan saja je nak takutkan saya!” Ashraff sambung gelak. Kalau dah biasa buat apa takut dengan lawak dia tadi. Bukan Ashraff tak perasan riak wajah kecut Saiful sebentar tadi.

I main-main aje. Office ni manalah ada hantu. Kalau ada pun hantu yang takut dengan you, bukan you yang takut dengan hantu, kan?”

Thud!

Kali ini bos dia lagi melampau. Siap sebut ‘hantu’ terus. Memang hantu betul Ashraff ni.

Saiful sengih menggigil. “Takde apa-apa Tuan.. Takde apa-apa.” Hoi hati.. Janganlah kecut!

I balik dulu. Assalamualaikum.” Saiful jawab salam dalam hati.

Punat lif ditekan dan Ashraff bersiul senang hati melangkah masuk ke dalam lif.

Melihat Ashraff yang sudah hilang dari pandangan mata, Saiful sambung buat kerja yang tergendala sebentar tadi. Bibirnya sibuk menyanyi lagu untuk mententeramkan hatinya yang gundah-gulana.

Prangg!

Tangan yang ligat menaip sesuatu di komputer riba terhenti beberapa saat. “Bunyi apa tu?” Saiful menoleh ke kiri dan ke kanan.

Saiful menoleh ke belakang. Erk, rak fail tu terbalik? Takkan ada angin dalam pejabat ni kot?

“Jangan duduk lama-lama sangat dekat office ni nanti ada yang lain muncul.”

Thud!

Pesanan Ashraff sebentar tadi terngiang-ngiang di cuping telinga. Komputer riba pantas di rapatkan. Beg di bawah meja di tarik keluar dan komputer riba disumbat ke dalam beg. Lantaklah bunyi apapun tadi yang penting sekarang ni dia nak balik rumah. Kalau hati tengah kecut macam sekarang ni apa kerja pun memang takkan jalan punya! 

Terkocoh-kocoh kaki Saiful melangkah keluar dari The Legacy.

Tak nak dia tunggu dalam office lama-lama. Dah nak masuk waktu Maghrib dah ni. Kalau ada Harun kerja sama-sama malam ni beranilah jugak dia. Ini kena tinggal seorang diri, tak mahulah dia.



Ashraff mengetuk stereng kereta dengan hujung jari tangannya. Tidak tahu mahu menghala ke mana. “Balik rumah mama dululah.”

Mitsubhi Evoque yang baru sahaja membelok ke kanan berhenti mengejut. Ashraff terkocoh-kocoh keluar dari keretanya. Kaki terus berlari ke depan belakang kereta.

Ashraff menghela nafas lega. Fuh. Nasib baik takde apa-apa. Ingatkan dah remuk kereta dia tadi.

“Saya minta maaf.” Perempuan rupanya, patutlah bawak kereta macam orang gila aje. Ashraff toleh ke belakang.

Aulia dan Ashraff sama-sama terkejut. Tak sangka akan bertemu lagi dengan manusia yang sama. Aulia rasa nak berlari masuk ke dalam kereta semula.


“Saya tak langgar kereta encik kan? Saya balik dulu.” Aulia yang baru sahaja mahu melangkah pergi terhenti ketika tangannya dipaut oleh Ashraff.

Amboi…amboi mamat ni, takde adab langsung! Suka hati aje pegang tangan anak dara orang. “Encik ni tak reti nak beradab sikit ke?” Mata Aulia melirik ke tangannya yang masih dipaut oleh Ashraff.

Ashraff tersengih malu sambil melepaskan pautan dia lengan Aulia. “Sorry.”

Aulia mengeluh kecil. Kenapalah dia masih terjumpa dengan mamat mereng ni. Kan dia dah minta doa supaya tak bertemu lagi dengan mamat ni. Adoi, malangnya nasib dia.

“Awak nampak terkejut. Awak okay ke?” Aulia menjeling. Kau gila tak terkejut, Nasib baik break berfungsi dengan baik, kalau tak dah makan kaca dia tadi gamaknya. Pecah berderai cermin kereta dia..mungkin.

“Saya okay, jangan risau.” Sekali lagi Aulia berpaling untuk melangkah pergi dari menghadap muka Ashraff.
Ashraff berlari kecil berdiri di depan Aulia. “Saya Ashraff.”

Aulia menjeling sedikit. Nak mengoratlah tu. Salah orang lah abang oi, kalau tak silap Aulia hari tu lelaki ni cakap dia beli kasut untuk buah hati. Ada hati nak berkenalan dengan dia lagi? Dasar lelaki buaya darat!

Tidak mempedulikan Ashraff yang menghulurkan tangannya, Aulia berjalan mengelak dari Ashraff.

Sekali lagi Ashraff berlari ke hadapan Aulia. Kening diangkat sedikit. “Nama you?”

“Takde nama.”

Ashraff kerut kening. “Takde nama? Anonymous?”

Nak buat lawak bodoh pulak lelaki depan dia ni. Kalaulah hari tu lelaki ni bagi dia kasut berwarna merah tu mungkin dia akan memberitahu nama dia yang paling sedap di dunia kepada lelaki ini tapi sekarang ni dia takde masa nak melayan lelaki tak gentleman macam yang ada depan mata dia sekarang ni.

“Takkan nak cakap nama pun tak boleh? Sombongnya?”

Aulia menjegilkan matanya. Sombong? Kepala hotak dia! “Ehhh, kenapa encik ni sibuk sangat nak tahu nama saya?”

“Iyelah, I kena tahu nama you sebab kalau I jumpa you lagi senang I nak panggil you.” Aulia merengus kasar.

“Awak  takkan jumpa saya lagi sebab saya akan berdoa setiap hari supaya saya tak jumpa muka awak lagi.”  Ashraff tergelak besar. Garang betul perempuan depan dia ni. Muka cantik aje tapi perangai nampak kasar walaupun pakai skirt separas lutut berwarna pink terang. Menyerlah gitu.

You janganlah garang sangat, nanti cepat tua. Let me guess, umur you mesti dah tiga puluh dua tahun, kan?” Aulia rasa nak tampar mulut celupar Ashraff. Suka hati je teka umur dia. Dah tu salah pulak tu!

“Yang awak ni suka hati nak teka umur saya ni kenapa? Dah takde kerja lain nak buat? Tepi! Saya nak balik rumah.” Aulia menyinga tiba-tiba.

“Sebab you ni garang macam singa. Selalunya orang perempuan terlebih had umur berkahwin memang macam ni.. garang! Hormon tak stabil agaknya.”

Aulia gigit bibir bawah kuat. Nafas juga sudah turun naik. Sudah la dia bengkak dengan sikap lelaki ni tak habis-habis lagi, sekarang ni lelaki ini memang sengaja nak tambah bengkak di hati dia. “Encik ni dah gila meroyan ke? Dah takde kerja lain lagi dah buat sampai nak kacau orang perempuan?”

“Mana ada I kacau you. I saja aje nak berkenalan dengan you tapi you ni sombong sangat. Nak tahu nama pun tak boleh.”

“Kenapa nak tahu nama saya?” Aulia bercekak pinggang. Sibuk sangat nak ambil tahu pasal dia kenapa? Macamlah nak jumpa lagi lepas ni. Tak hingin dia!

“Manalah tahu kalau terjumpa lagi nanti.. dekat restoran ke.. kan? Takkan nak panggil you puan pulak? Nanti tak pasal-pasal kena ketuk dengan heels!”

“Kan dah cakap tadi saya takde nama. Kenapa tak faham-faham sangat ni?”

“Mana ada manusia takde nama. Meja pun ada nama tau!”

Aulia garu dagunya. “Bila masa pulak meja ada nama? Siapa bagi nama meja? Siti Meja? Nur Meja?”

Ashraff menggeleng. “Meja kayu, meja bulat, meja empat segi, meja kaki dua dan macam-macam nama lagilah. Jadi takkan you sebagai salah seorang wanita tercantik di Malaysia ni takde nama kot?”

Bukan main lagi Ashraff puji dia. Salah seorang wanita tercantik di Malaysia konon. Rasa nak tempeleng muka Ashraff sekarang ni jugak. Kalau nak memuji dia pun agak-agaklah sikit. Over sangat nak puji.

“Saya ni bukan gila pujian sebab tak kenyang pun kena puji. Lagi satu, kalau awak tak bagitau saya ni cantik pun saya dah tahu yang saya ni memang cantik. Sekarang ni, tepi sikit. Saya nak masuk kereta.”

Ashraff masih menekan kuat pintu kereta Aulia. Takkan beri peluang kepada Aulia untuk masuk selagi Aulia tidak memberitahu namanya kepada Ashraff.

“Siti Habibah!” Aulia menjerit geram.

Ashraff ternganga kecil. Riak wajah terkejut memang tidak dapat disembunyikan lagi. “Siti Habibah?” Rasa gagap mulut dia mahu menyebut sebaris nama itu. Ashraff pandang Aulia dari atas hingga ke hujung kaki. “Habis I nak panggil you dengan nama apa? Nama pendek you?”

Banyak soallah pulak lelaki ni. Tadi tanya nama apa sekarang ni tanya nama pendek pulak? “Suka hati awaklah nak panggil nama saya apa pun. Siti Nurhaliza ke, Siti Mariani ke, Siti Sarah ke, Siti Nordiana pun boleh.” 

"I am so damn serious, Siti Habibah." 

"Tu, awak dah panggil nama saya, kan? Siti Habibah." Aulia membalas acuh tidak acuh. Nak panggil nama apa pun masalah ke? Panggil ajelah apa-apa pun. Kalau Ashraff nak panggil dia Bella Swan pun boleh. Atau.. Mila Kunis. Memang dia langsung tak kisah pun. 

"You nampak muka main-main ke sekarang ni?" Ashraff buat muka serius tapi Aulia sikit pun tak gentar. Setakat muka macam Ashraff ni langsung dia tak takut. Lainlah muka macam gangster, pakai subang kiri kanan, rantai besi bagai.. takut jugaklah. 

"Saya pun tak main-main dengan awak. Kalau awak rasa nak panggil saya Megan Fox pun boleh. Saya sedia terima apa-apa sahaja panggilan daripada awak." 

"Kalau macam tu, I panggil you sayang, boleh?"  Ashraff mendekatkan bibirnya ke wajah Aulia. Kurang ajar betul mamat ni! Nak ambil kesempatan pulak.

"Hey, kalau awak ni buat perangai senonoh sikit boleh tak?" Suara sudah naik satu oktaf. Kalau cari pasal lagi sekali dia jerit terus dekat muka Ashraff. Gatal! Miang! 

"Kalau macam tu cakap ajelah I nak panggil you apa. Susah sangat?" Kening diangkat sebelah. 

"Bibah! Puas hati?"

"Bibah?" Ashraff ulang perkataan yang sama. Aulia angguk rakus. Malas dah nak lawan bertekak dengan mamat senteng ni. Kalau siang lagi takpe jugak, ni dah malam.Kalau jadi apa-apa dia juga yang susah. 

“Sekarang boleh saya balik? Dah malam ni, muka awak pun saya dah tak boleh nampak lagi. Kelam sangat dekat tepi jalan ni.” Ashraff tersenyum sumbing. Rasanya tadi masih agak terang, tak sangka sekejap aje dah malam.

Take care Bibah. Drive carefully.” Aulia rasa nak tergelak guling-guling depan Ashraff namun segera ditahan. Tak pasal-pasal nama dia dah bertukar jadi Bibah. Bibah, comel jugak nama tu.

Enjin kerea Audi TT segera dihidupkan dan membelah malam yang kian kelam. Tak pasal-pasal aje dia balik lambat hari ni sebab kena tahan dengan Ashraff. Tak guna punya lelaki. Ada ke patut guna cara macam tu sebab nak tahu nama orang!

Tak romantis langsung. Nasib baiklah otak dia cepat aje terfikir nama Mak Bib dekat rumah. Kalau tak entah nama siapalah dia nak hentam. Takkan nak hentam nama mummy dia kot?

“Senang je kena tipu rupanya mamat tu. Padan muka kau Ashraff!” Aulia ketawa senang hati. Rasa puas hati dapat kenakan Ashraff kali ini.

Pedal minyak ditekan kuat, mahu cepat sampai ke rumah.