Monday 30 December 2013

Bab 3 Dia Lelaki Untuk Aku


Puas Yasmin cuba menolak pemberian gadis yang memberikan nota kepada di semasa di Haji Ismail Group tadi namun gagal juga. Akhirnya beg plastik yang berisi pelbagai jenis coklat berada dalam genggamannya.
“Kau rasa siapa punya kerja ni?”
“Kau ni Yas, masih nak fikir lagi ke? Mungkin ada orang saja nak berkenalan dengan kau.. Kau je yang takut sangat.” Ameera cuba memberikan pandangan positif kepada Yasmin. Dia pun takut juga tapi bila fikirkan semula mungkin ada lelaki yang ingin mendekati Yasmin tapi menggunakan cara ini.
Alah, nak mengorat kenalah kreatif. Kalau tak berani datang depan-depan, cuba hantar nota dulu. Comel apa dengan tindakan pengirim misteri ini. Siap ada nota dalam bungkusan coklat lagi.
“Saya harap keluarga awak suka dengan coklat ni. – F” Ameera mengajuk tulisan dalam nota. Yasmin tunjuk muka bengang.
“Kau jangan buat lawak bodoh boleh tak? Kang aku siku cubit mulut kau tu baru tahu!” Ameera tekup mulutnya dengan tapak tangan. Kemudian tergelak besar. Yasmin betul-betul jadi garang sejak dapat nota bertimpa-timpa. Dah enam nota setakat ini.
“Kau rasa lepas ni ada lagi tak nota untuk kau?” Yasmin jongket bahu.
“Harap-harap tadi yang terakhir. Kalau ada lagi aku buat laporan polis.”
Ameera gelak berdekah-dekah. Sampai terduduk di atas lantai. “Kau ni kenapa Amee? Asyik gelakkan aku aje. Ini betul-betul tau, bukan cubaan. Ini dugaan!”
“Adoi, sakit perut aku gelakkan kau, Yas. This is you? The real you?” Ameera sentuh muka Yasmin.
Geram dengan tingkah Ameera, Yasmin tepis kasar tangan Ameera. “Kau jangan main-main boleh tak? Kita tak tahu siapapengirim nota tu. Kalau jadi apa-apa, siapa nak tanggung?”
“Yas, polis pun akan gelak kalau kau bawak semua nota ni dekat dorang. Ada nota ni tulis ugutan dekat kau? Takde kan? Semua nota ni dia puji kau.. Cakap kau cantik, baju kau lawa and siap hadiahkan satu beg plastik coklat lagi ha.. Kau rasa polis nak ke ambil laporan kau tu?”
“Dah memang kerja dia terima laporan, kenalah ambil juga.”
Ameera menggelengkan kepala. “Dahl ah Yas, takde apa-apa pun. Aku kan ada, jangan fikir sangatlah. Jom kita pergi Dataran Helang yang kau nak sangat tu.”
Yasmin dan Ameera terpegun melihat tugu burung helang yang gah di kedudukannya. Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi. Ia merupakan tugu helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
“Ini yang kita nampak semalam kan?” Yasmin mengangguk dengan pertanyaan Ameera. “Ambil hambar aku Yas. Aku nak masuk dalam Instagram. Nak tunjuk dekat Ameer. Confirm bengkak aje hati dia tengok gambar aku dekat sini.” Ameera ketawa seronok. Suka sangat nak sakitkan hati kembar dia.
Iye lah, masing-masing kaki berjalan. Nak tunjuklah siapa punya percutian lagi hebat. Yasmin menyambut huluran Samsung Galaxy S4 milik Ameera.
Okay, ready. One, two, three. Smile.” Beberapa keping gambar mereka berdua bergaya sakan di hadapan tugu Helang ini dirakamkan. Bukan selalu datang ke sini, dah nama pun pelancong haruslah mereka ambil gambar banyak-banyak.
“Kau tahu tak Amee, kalau waktu malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu. Kalau kita dapat tengok pemandangan malam dekat sini mesti seronok.” Yasmin menceritakan kepada Ameera pemandangan di Dataran Helang pada waktu malam.
“Mana kau tahu?”
“Aku baca dalam internet ramai yang puji kecantikan pemandangan malam di Dataran Helang ni.” Yasmin sengih.
Ceh, aku ingatkan kau memang tahu! Hampeh.”
Hey, at least aku ada pengetahuan tau pasal Pulau Langkawi ni.” Yasmin masih mahu menang. Sejarah adalah mata pelajaran kesukaan dia semasa di sekolah dulu. Jadi haruslah dia membaca pasal satu-satu tempat yang ingin dia lawati sebelum dia ke sana.
Sekurang-kurangnya tidaklah dia tercangak-cangak aje bila dah sampai di tempat percutian.
“Jom kita makan tengah hari dekat sini lepas tu kita gerak ke Makam Mahsuri pulak.” Ameera mengangguk setuju. Tangan berpaut dengan tangan Yasmin dan mereka berdua bergerak seiring ke kedai makan berdekatan.
Pulau Langkawi ialah tempat pelancongan jadi tak perlu risau tentang makan di sini sebab merata-rata tempat memang ada tempat makan.

“Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Kalau kau nak tahu, Mahsuri ni turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi. Beliau memang dikenali di seluruh pulau ketika itu. Hebatkan dia.”
Ameera mengangguk setuju. “Aku pun takde nama jolokan.. Takde siapa kenal aku.”
Yasmin tergelak besar mendengar rungutan Ameera. “Kau nak nama jolokan? Biar aku yang bagi nama untuk kau.” Yasmin terdiam sebentar. Berfikir nama yang sesuai untuk Ameera.
“Ameera Puteri Membebel, okay tak?”
Automatik tangan Ameera menghentam bahu Yasmin.
“Sakitlah, gila.”
“Ha, tahu pun sakit. Kau cakap aku kuat membebel? Kau tu yang kuat membebel, bukan aku.” Yasmin tergelak besar melihat muka Ameera menahan geram.
“Iyelah, kau Ameera Puteri Bunian, nak?”
“Bengong! Kalau aku puteri bunian, dah lama aku sorok kau dalam hutan tau.” Yasmin tergelak melihat reaksi Ameera.
“Garang nak mampus!”
“Memanglah. Kau mengata aku kot.. Kalau ada jejaka kacak terdengar pasal aku kuat membebel takde orang nak kahwin dengan aku tau.”
“Ei, ada hati. Johan tu kau nak campak mana?”
“Laut.” Amboi, selamba badak aje nak campak Johan ke laut. Padahal masa Johan keluar dengan Qistina pun dah melalak separuh nyawa.
“Dah. Dah. Aku nak sambung cerita pasal Mahsuri lagi ni. Kau dengar elok-elok. Mana tahu kot-kot nanti keluar dalam exam masters kau tu.”
Ameera tergelak dengan lawak Yasmin. “Aku ambil ekonomi bukan sejarah.”
“Iye la, mana tahu kot-kot dia tanya faktor penyumbang kepada ekonomi Pulau Langkawi. Bolehlah kau hentam jawab Makan Mahsuri ni. Kau jangan main-main Amee, kalau datang Langkawi tapi tak datang Makan Mahsuri ni tak lengkap tau!”
“Cepatlah sambung cerita kau tu. Cakap aku kuat membebel, kau pun sama je.”
“Ha, kalau kau nak tahu Makam Mahsuri adalah tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Makam ni terletak terletak sekitar 12 kilometer dari Pekan Kuah. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.”
Yasmin masih ralit bercerita tentang sejarah Pulau Langkawi. Ameera tekun mendengar setiap penerangan dari mulut Yasmin.
“Sebelum Mahsuri meninggal, beliau ada mengulang ayat seolah-olah sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.”
“Habis tu sumpahan Mahsuri sebelum dia dibunuh tu betul ke Yas?”
“Entahlah Amee, yang tu aku pun tak pasti. Tapi seminggu selepas Mahsuri dibunuh akibat fitnah, Wan Derus iaitu suami Mahsuri pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa jadi membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau ini. Langkawi hancur dan hangus.”
“Kesian Mahsuri sebab jadi mangsa fitnah, kan?”
Yasmin mengangguk setuju dengan Ameera. “Sebab itulah kita tak boleh mudah mempercayai fitnah. Kalau ada sesuatu yang belum pasti, kena siasat dulu. Dalam riwayat At-Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A ada berpesan, “Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun.
Ameera angguk. “Sebab tu kita tak boleh membuka keaiban orang lain kepada orang lain. Takut nanti cerita itu ditokok tambah dari akar dah jadi pokok merimbun. Padahal cakap perkara yang tak betul. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 12 Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”
True! Kita ni manusia banyak sangat nak ambil tahu hal orang lain sampaikan kita selalu bercakap buruk pasal orang tu. Bergosip pun dah fitnah kalau bercakap pasal benda tak betul. Pandai pun kawan aku ni. Semoga kita berdua dielakkan daripada menjadi mangsa fitnah dan tidak memfitnah orang lain.” Yasmin memeluk bahu Ameera.
Dia dan Ameera membesar bersama. Semasa di universiti mereka sering mengikuti usrah bebas yang dijalankan oleh beberapa pelajar da ustaz. Memang tak sia-sia zaman universiti mereka.
Walaupun ada rakan-rakan lain yang lebih suka memilih untuk bersuka ria dan berseronok untuk menikmati zaman remaja mereka, Yasmin lebih suka bergelumang dengan buku dan berkawan dengan laptop. Lebih suka menghabiskan masa di perpustakaan atau dengan Laila dan Ameera.
Ya, satu perkara yang dia akui ialah dia tidak ramah tetapi tidak juga sombong. Cuma dia tidak pandai berbual dengan orang lain.
“Jom kita pusing-pusing dekat sini. Aku nak bergambar lagi. Nanti mesti mama dengan adik-adik aku berebut nak tengok gambar dalam kamera aku. Rugi tau kalau tak ambil gambar banyak-banyak. Bukan senang kita nak sampai ke Pulau Langkawi ni.”
Yasmin menyambut huluran kamera Nikon V1 yang dihulurkan kepadanya. Melihat Ameera yang sudah bersedia dengan gayanya, Yasmin mengutuk terang-terangan. “Kau boleh tak kalau tak payah nak posing dengan duck face kau tu? Umur dah dua puluh enam pun posing macam budak umur enam belas tahun.”
“Biarlah, muka aku.”
“Aku ni yang tukang tangkap gambar sakit mata sampai tahap nak buta tengok muka kau tu, Amee. Tukar! Senyum tayang gigi cantik kau tu.”

Serta-merta Ameera sengih lebar. Nak tayang gigi lawa lepas buka braces punya pasal.
“Cantik tak gambar aku?”
Hello, this is Yasmin okay. Kalau tak cantik jangan cakap aku tangkap.”
“Menyampah aku! Perasan nak mampus.” Kamera di tangan Yasmin di ambil. “Dah, kau pergi sana, aku nak ambil gambar kau pula.”
Yasmin berlari-lari kecil menuju ke papan tanda. “Kira dulu lepas tu baru snap.”
Alright. Ready.. One..”
Tiba-tiba Yasmin menjerit. “Wait!!”
“Kenapa?”
“Panaslah, nak pakai rayban kejap.” Rayban di atas kepala di sangku ke hidung.
“Banyak songehlah kau ni Yas. Cepatlah.”
Done.”
Ameera mengambil beberapa keping gambar Yasmin yang sakan berposing dihadapannya. Sekejap angkat kaki sebelah, sekejap lagi tangan di pinggang, lepas tu tangan di depakan.. Macam-macamlah gaya Yasmin ni berposing! Macam nak jadimodel majalah pula.
“Amee.”
Ameera angkat kening. Malas nak bersuara.
“Kau nak dengar cerita pasal sejarah Langkawi lagi tak?”
“Alaaa, tak nak dah. Letih dah telinga aku nak terima maklumat daripada mulut kau tu, Yas. Sejak sampai kelmarin, sampai hari ni dah dua hari mulut kau tu tak henti-henti cerita pasal sejarah Pulau Lagenda ni.. Nanti balik KL lah kau sambung cerita tu dekat Laili pulak.”
“Kau ni teruk tau! Bukan kena bayar pun nak dapatkan info ni daripada aku.. Free aje aku bagi dekat kau.”
“Ala, kalau aku nak nanti aku tanya kau okay? Jom beli air. Hauslah. Kau tak haus ke cakap banyak sangat?” Tekak digosok perlahan.
Yasmin tergelak kecil. Perli dia nampaknya Ameera ni!


Thursday 26 December 2013

Bab 28 Aku, Dia dan Stilleto


“Aku tanya kau ni, apa kau buat dekat sini.” Aulia pandang muka Fazri. Serius wajah lelaki itu menyoal dia.
Aulia rasa nak cekik Fazri. Dia dah sampai lepas tu buat lawak bodoh yang langsung tak masuk akal. Ingat dia ada banyak masa nak layan semua benda merepek ni. “Kau duduk diam-diam boleh tak?”
Aulia menarik kerusi dan duduk di hadapan Fazri. “Ini siapa punya ni?”
“Aa.. Aa..”
“Kau apasal cuak nak jawab soalan aku ni? Kau jumpa siapa selain aku?” Aulia tayang riak serius. Takkan lah sebab dia lewat satu jam Fazri dah ajak orang lain berjumpa dulu kot?
“Mana ada aku ajak orang lain jumpa. Aku keluar dengan kawan aku lah. Yang kau tu tiba-tiba muncul dekat sini kenapa?” Aulia garu dagu yang tiba-tiba gatal.
“Kau bukan nak jumpa aku ke malam ni?” Fazri tergelak besar.
“Kau mimpi apa aku nak jumpa kau dekat sini? Jangan nak perasan sangat boleh tak? Aku ada banyak benda lagi nak buat selain daripada nak jumpa kau dekat sini.”
“Habis tu kenapa kau ada dekat sini kalau bukan nak jumpa aku?”
“Woi, kau ni mimpi apa ni Lia? Takkan kau dah jadi mereng lepas kau putus cinta dengan Arul kot?” Aulia ketap bibirnya geram. Nak jugak sebut nama Hazrul waktu genting macam sekarang ni.
Habis tu kalau dia bukan ke sini untuk jumpa Fazri, dia perlu jumpa siapa?
“Faz!” Aulia dan Fazri kalih serentak.
“Salma?” Aulia pandang wajah Fazri dan Salma silih berganti. Fazri tayang sengih. “Apa hal kau sengih macam kerang busuk? Kau dengan Salma? Bongok! Apasal aku tak tahu!” Aulia tumbuk bahu Fazri yang duduk di sebelahnya.
Salma senyum malu-malu. Segan sebab terkantoi dengan bos sendiri.
“Aku dah lama ushar Salma ni, ini baru kali pertama keluar bersama. Kau ni memang kacau daun betullah!” Fazri tunjal kepala Aulia.
“Hoi, kepala ni jangan main-main tau. Ada otak mahal dalam ni.” Fazri dan Salma ketawa mengekek.
“Kau datang sini buat apa Lia?” Aulia terkedu. Takkan dia nak cakap yang dia ke sini sebab Datuk Rahman aturkan perjumpaan jodoh untuk dia? Mau Fazri gelak tergolek-golek dekat dia.
“Aku datang sini nak makanlah. Tengok-tengok nampak kau, aku ingat nak join kau makan sekali, boleh Sal?”
Salma nampak terkejut. “Boleh.. Boleh Cik Aulia.”
Aulia tayang sengih kemenangan kepada Fazri. Padan muka Fazri.
“Kau boleh tak jangan ganggu aku? Menyibuk aje dekat sini. Ish, kacau daun betul.” Aulia tersengih-sengih.
“Sekali-sekala, boleh kan Sal?”
Rasa mual yang semakin menuncak memaksa Aulia untuk pergi ke tandas. Kalau tak memang dia muntah dalam mangkuk sup si Fazri ni. “Aku nak pergi tandas kejap.”
Hek eleh, belum makan apa lagi dah nak pergi tandas. Blah..blah.. Kacau aku nak dating aje kau ni.” Aulia tampar bahu Fazri dengan clutch di tangan. “Adoi!”
“Padan muka.”
Salma hanya ketawa melihat Aulia dan Fazri yang bagaikan anjing dengan kucing. “Tak baik tau awak layan Cik Aulia tu macam tu. Kesian dia.”
“Eleh, saya dah biasa sangat dengan perangai keras kepala dia tu Sal. Padan muka dia kena halau dengan saya. Menyibuk aje kita nak dating.” Salma hanya ketawa kecil.
Aulia masih menongkat tangannya di sinki. Muka dia dah basah dengan air mata sebab perit sangat muntah kali ini. Kalau dekat rumah takpe jugak dia boleh merangkak panjat atas katil lepas muntah, kalau dekat sini macam mana dia nak rehat.
Perut yang berkocak sekali lagi memaksa Aulia masuk ke dalam tandas. Tubuhnya terbongkok-bongkok memuntahkan isi perut yang boleh dikatakan tiada.
Merasakan dirinya lebih baik dari tadi, Aulia berdiri tegak. “Okay Aulia, you can do it.” Memujuk hatinya supaya bertahan untuk malam ini sahaja. Lepas makan malam dia sudah boleh pulang.
“Bismillahhirrahmanirrahim..” Aulia berjalan keluar dari tandas dengan penuh berhati-hati. Dengan kepala yang pening, tekak yang mual dan langkah kaki yang diatur perlahan.
Dum!
Aulia rasa tubuhnya melayang sebelum disambut seseorang. “Sorry.” Aulia kalut berdiri tegak.
Ashraff!
Ashraff tayang riak menyinga. Ni apasal tiba-tiba nak marah tak tentu pasal. Takkan sebab langgar sikit pun dah nak marah kot. Bukannya luak pun.
Aulia yang baru sahaja mahu berlalu pergi pantas ditahan oleh Ashraff. “Baru nak muncul?” Eh, tolong sikit ya, dia dah lama muncul sejak tadi lagi. Sempat berbual dengan Fazri dan Salma dan sempat juga muntah dua kali.
“Awak nak apa ni?”
Darah Ashraff menyirap sampai ke otak. Aulia tanya dia nak apa? “Hey, I tunggu you macam orang bodoh almost one and half hour you boleh tanya I nak apa?” Lah, siapa suruh tunggu. Kalau dah tahu macam orang bodoh, pergi ajelah balik.
“Saya tak suruh pun awak tunggu. Lagipun saya tak cakap pun yang saya nak datang sini.” Ashraff buat-buat gelak.
“Kalau tak cakap nak datang, kenapa muncul dekat sini sekarang ni?”
Hello, saya datang sini sebab nak jumpa dengan bakal suami saya, okay!” Nah, padan muka. Ashraff ingat dia ni tak laku sangat ke?
“Ohhh, bakal suami? Mana bakal suami you? Mana lelaki malang yang sudi memperisterikan you?” Kurang ajar betul mulut mamat ni!
“Awak ni nak kena cili ke? Mulut tu dah rasa macam seronok sangat bercakap?” Ashraff tergelak besar dengan reaksi Aulia. Bukan main lagi marah.
“Berani ke nak cili I?” Tanpa mempedulikan Ashraff, Aulia melangkah meninggalkan Ashraff yang masih seronok menggelakkan dia.
Nak gelak sangat, gelak puas-puas!
Teringat tentang sesuatu, langkah kaki Aulia terhenti. Ashraff tunggu dia? Tangan serta-merta menekup mulut. Jadi betullah Ashraff lelaki yang daddy aturkan untuk dia? Oh.. No!
Aulia lekas-lekas melangkah ke meja Fazri.
“Faz! Aku balik dulu. Pening kepala lah.”
“Takkan dah nak balik? Pening kenapa pulak ni?” Fazri berdiri di hadapan Aulia.
“Entah laaa, rasa mual-mual aje tekak aku ni.” Fazri tergelak kecil.
“Mual ada isi ke Lia? Berapa bulan?”
Thud!
“Buat lawak boring!” Aulia buat mimik muka bosan. Salma pula tidak henti-henti ketawa melihat mimik muka Aulia dan Fazri.
“Pak Halim dah balik, you nak balik dengan siapa? Bakal suami you?” Aulia menjeling Ashraff yang sengaja perli dia. Patutlah Ashraff ajak dia jumpa rupanya sebab kena pujuk dengan daddy.
“Saya boleh balik jalan kaki.” Aulia melangkah turun dari tangga Restoran Intai Bora. Sakit hati dengan Ashraff yang muncul di depan tandas. Ingatkan dia dah tak perlu jumpa dengan lelaki ini lagi dah malam ni.
“Oh dekatnya Damansara dengan Intai Bora, siap boleh jalan kaki lagi. Kalau I tahu you nak exercise jalan kaki malam-malam ni, boleh I bawak kasut sukan tadi.” Aulia ketap gigi menahan geram. Ya Allah, janganlah sampai dia bunuh orang malam ni.
“Tak perlu buat lawak dengan saya sebab lawak awak tu boring!”
Ashraff meraih tangan Aulia. “Jom, I hantar you balik.”
“Tak nak!”
“Kalau bapa mentua I nampak you balik jalan kaki, dia ingat I ni lelaki tak bertanggungjawab pulak.” Aulia dah tak boleh nak tahan geram dia lagi dah! Habis tahap maksima dah dia duk pujuk hati dia supaya bersabar dengan Ashraff.
“Berapa banyak daddy tawar dekat awak untuk kahwin dengan saya?”


Ashraff kerut kening berfikir. “Lima juta?” Aulia terlopong. Lima juta? Banyak sangat ke harta daddy sampai sanggup tawarkan duit sebanyak tu dekat Ashraff ni.
“Lima juta?”
“Kenapa? Mahal sangat nilai diri you?”
Aulia tergelak sinis. “Tak sangka orang kaya macam awak pun masih lagi mata duitan. Patutlah.. Duit boleh buat orang hilang rasa kasih sayang.”
I tak pernah sayangkan you, jadi apa I kisah dengan duit boleh beli cinta atau tak.” Aulia terpana. Rasa terpukul dengan kata-kata Ashraff. “And jangan risau, I tak hadap duit tu. Duit I lebih banyak daripada apa yang you ada.”
Aulia menahan air mata yang mahu menitis. Kejamnya Ashraff. Mulut memang takde insurans langsung!
“Jom, I hantar you balik. Lagipun ada banyak benda I nak bincang dengan you pasal perkahwinan kita.” Rasa mual yang kembali bergayut di tekak memaksa Aulia untuk mengikut langkah Ashraff ke keretanya.
“Ash.. Saya..” Ashraff berhenti melangkah.
“Apa la…” Belum sempat Ashraff menghabiskan kata-katanya Aulia berlari ke longkang dan muntah.
Uwek!
Terkedu melihat Aulia yang terbongkok-bongkok di longkang, Ashraff mendekati Aulia.
Uwek!
Sekali lagi.
Aulia memusingkan tubuhnya duduk di tembok longkang itu. Lega sedikit selepas muntah. Teruknya alahan dia. Mummy cakap mummy pun mengalami alahan yang teruk macam ni juga semasa mengandungkan dia.
You mengandung?”
Aulia pandang wajah Ashraff yang kelihatan terkejut. Ashraff tidak tahu?
Hey! Answer me. You mengandung?”
Aulia melarikan bebola matanya dari pandangan tajam Ashraff.
“Jawab soalan I!” Tengkingan Ashraff di tempat letak kereta membuatkan anak mata Aulia serta-merta meliar ke sekeliling. Gila ke apa menempik dekat tempat terbuka macam ni!
“Suara awak tu tak boleh kuat lagi daripada ini? Tak malu ke orang tengok?”
Nafas Ashraff sudah berlari tempo. Tidak sanggup mendengar jawapan Aulia walaupun dia mahu mendengar dari mulut wanita itu sendiri.
“Jawab soalan I sebelum I tengking you lebih kuat daripada tadi.” Tak habis-habis nak mengugut. Ingat dia takut sangat ke dengan ugutan tu?
“Awak boleh simpan ugutan awak tu dekat perempuan lain. Dah tak guna nak ugut saya sekarang sebab saya takde apa-apa yang berharga.”
Ashraff menapak dua tapak ke depan Aulia. “Jawab soalan I, Aulia. Are you pregnant?” Tidak menengking mahu pun menjerit tetapi suara itu keras pada pendengaran telinga Aulia. Anak mata Ashraff tajam menikam wajah Aulia.
Aulia menggagahkan tubuhnya untuk berdiri. Dia perlu berunding dengan Ashraff untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kemelut ini. Dia mahu tahu kenapa Ashraff bersetuju untuk berkahwin dengan dia jika Ashraff tidak tahu bahawa dia sedang mengandung.
“Lepas apa yang awak buat dekat saya, awak boleh tanya soalan bodoh ni dekat saya?” Ashraff pegang kepalanya yang terasa pening. Nak pitam!
Ini kali pertama Ashraff berdepan dengan situasi ini. Argh! Kenapa dia boleh tersasar dengan Aulia sedangkan sebelum ini semuanya selamat!
Aulia tak boleh mengandung. Dia tidak mahu ada anak dengan mana-mana perempuan kecuali Helinna.
“Buang budak tu! I tak nak!”

Aulia geleng kepala. “Anak saya, saya akan simpan sampai bila-bila.”
Ashraff mula naik angin. “Lia, sebelum I berkasar dengan you, lebih baik you dengar cakap I.”
“Awak dah layan saya lebih teruk daripada ini Ash.. Apa lagi yang saya harapkan daripada awak?” Ashraff mundar-mandir depan Aulia.
I tak peduli apa yang you harapkan daripada I but kalau you nak I kahwin dengan you, buang anak ni.” Aulia rasa mahu tergelak sambil hentak kaki. Kalau dia tak mengandung dia sendiri pun takkan sudi berkahwin dengan lelaki pilihan daddy dia.
“Kalau bukan sebab anak ni, kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?”
“Sebab Uncle Man datang jumpa dengan mama I! I tak tahulah apa yang daddy you bincang denga mama I sampai I kena kahwin dengan you. Pelik betul! And kalau bukan sebab syarat yang mama I bagi dekat I, I won’t make this decision, Aulia!” Nafas Ashraff turun naik menahan amarah. Tangannya naik memegang kepala yang terasa pening.
“Syarat apa?” Aulia ingin tahu. Apa yang disyaratkan oleh Puan Sri Lydia kepada Ashraff.
I cakap I nak you buang budak ni, lepas tu kita boleh proceed dengan perancangan kahwin kita.”
“Tak. Saya takkan buang anak ni. This baby is mine.I I will keep it forever.”
Ashraff mundar-mandir depan Aulia sambil menggosok kepalanya yang berserabut.
p/s : Mari kita enjoice dengan entry kali ini sebelum Sri up entry untuk cerita baru Sri nanti ye. Love all.

xoxo,
Sri Sarah.