Thursday 13 February 2014

Special Bab : Kau Perempuan Itu


Sudah seminggu berlalu kejadian jerit pekik di rumah Tuan Ramlee. Puan Khalisah juga semakin sihat. Tidak lagi asyik-asyik mencemuh Sarah tiap kali bersua muka. Atas nasihat ikhlas Mak Som, Sarah lebih banyak berkurung diri di dalam bilik berbanding cuba bergaul mesra dengan ahli keluarga Tuan Ramlee.
Lagipun semenjak Tuan Ramlee pulang ke rumah empat hari yang lalu, ramai betul tetamu yang hadir ke rumah. Dia sendiri pun masih belum berpeluang untuk melihat keadaan Tuan Ramlee. Bukan main ketat kawalan Puan Khalisah terhadap suaminya itu.
Cerita tentang Tuan Ramlee banyak didengari melalui Mak Som sahaja. Tuan Ramlee tidak mahu makan, Tuan Ramlee sakit, Tuan Ramlee selalu marah-marah, Tuan Ramlee itu Tuan Ramlee ini. selagi tidak dapat melihat dengan matanya sendiri bagaimana keadaan Tuan Ramlee, hati Sarah tetap juga tidak tenang.
Satu hal lagi ialah ahli lembaga pengarah Teraju Sinar Holdings tak habis-habis menyemakkan kepala otaknya. Asyik call tanya itu ini. manalah dia tahu apa-apa tentang hal syarikat! Sakit juga hatinya bila dia cakap tidak tahu, mereka memperlekehkan dia. Dah memang betul pun dia tidak tahu.
Adoi, apa nak buat ni? Dia perlukan keizinan Ari Aqashah untuk keluar berjumpa dengan Encik Hashim. Dia perlu berbincang dengan Encik Hashim tentang urusan syarikat. Errgh!
“Amboi-amboi pengantin baru. Bukan main duduk termenung dekat sini. Mak mertua pulak yang bersusah payah jaga bapa mertua ye? Aku tengok Marliana tu rajin aje membantu.” Sarah telan air liur. Kenapa Mak Lang Nisah ni suka sangat mengganggu ketenteraman hidupnya? Suka sangat kalau dia dan Ari Aqashah terus bergaduh?
Dah tu sekarang ni pandai pulak nak membandingkan dia dengan Marliana. Marliana itu Marliana ini. Kalau hubungan dia dengan Puan Khalisah baik seperti hubungan Marliana dan Puan Khalisah, dia juga akan membantu menjaga Tuan Ramlee dan menguruskan rumah ini.
Masalahnya sekarang ialah Puan Khalisah tak habis-habis menghalau dia keluar dari rumah ini. Kalau bukan kerana amanat Tuan Ramlee dan abahnya yang mahu dia terus setia di sisi suaminya, jangan harap dia nak terus tinggal di rumah ini.
Dia masih belum hilang ingatan lagi kata-kata Mak Lang Nisah. Bukan main lantang lagi mengutuk dirinya kepada Ari Aqashah. Entah apa masalah wanita ini dengan dirinya pun tak tahulah! Kalau nak sangat harta keluarga Ari Aqashah pergi minta dengan Tuan Ramlee lah. Eii! Geram ni, geram!
“Mak lang nampak isteri kamu ni dengan seorang lelaki. Kamu jaga-jaga sikit Ari, jangan sampai terkena guna-guna isteri kamu ni.”
Lelaki mana mak lang? Lelaki mana? Selama saya bergelar isteri Ari Aqashah saya keluar rumah pun tak pernah! Makan pakai semua cukup dalam rumah ni. Mahu sahaja dia hamburkan kata-kata ini kepada wanita itu.
Mona pulak bukan main menyendeng dekat suaminya. Yang Ari Aqashah pun satu, sukalah tu Mona menggesel-gesel macam kucing. Berbulu mata dia tengok. Meluat dengan sikap Mona yang memalukan kaum wanita!
“Sarah tak pernah keluar rumah pun mak lang. Mak lang salah orang agaknya.” Tangan Ari Aqashah mula menolak lembut tubuh Mona yang memeluk kejap lengan sasanya. Ini sorang lagi! Manja sebijik macam Atilia. Rimas betul dia.
“Tak mungkin mata mak lang ni salah. Iyelah mak lang ni dah tua, tapi tak mungkin mak lang nak menjaja cerita tak betul.”
Tidak betah mendengar tuduhan palsu Mak Lang Nisah, Sarah lekas-lekas bangun meninggalkan ruang tamu. Niat ikhlas mahu membantu Mak Som melayani tetamu bertukar menjadi langsung tidak ikhlas! Minumlah jus oren tu, biar perut kembung. Sumpah seranah Sarah dalam hatinya. Suka sangat bercakap buruk pasal orang lain.
Lagipun dia selalu sangat nampak muka Mak Lang Nisah datang dengan anaknya Si Mona mekap tebal mengalahkan opera cina ni. Kalau datang tak menjaja cerita pasal orang lain memang tak sah. Puan Khalisah pulak menjadi pendengar setia. Langsung tidak membalas kata-kata Mak Lang Nisah. Nampak sangatlah bosan dengan cerita Mak Lang Nisah tu. Tapi yang peliknya Mak Lang Nisah tu tak pulak bosan asyik bercerita pasal orang lain!
Ya Allah, azab orang selalu mengumpat kalau di neraka kelak memang pedih. Dia tidak lupa pesanan ustazah ketika dia belajar dahulu. Walaupun perkara ini nampak mudah, tetapi jika selalu bercakap tentang cela orang lain, memburukkan orang lain, lama-kelamaan kita akan terbiasa bercakap perkara yang tidak betul dan tidak baik tentang orang lain.
Dalam Al-Quran berdasarkan surat Al-Hujuraat ayat 12 , firman Allah SWT maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.
Nauzubillah. Jauhkanlah dia dari sikap-sikap buruk seperti ini.
“Hoi! Kau berangan apa?” Sarah terkejut. Muka Mona yang suka-suka sahaja menolak bahunya dipandang tajam. Amboi, kau ingat aku kakak kau ke? Kita pun bukan kawan sampai kau nak bua-buat slumber macam ni.
What?” Tidak puas hati dengan pandangan Sarah terhadapnya, Mona menempik kuat.
Haish, Mona ni memang sengaja nak cari pasal senja-senja macam ni. Kang dia naik hantu kang habis rambut palsu Mona tu dia ganyang. Mulut tu tak boleh nak bercakap lembut sikit. Kalau dengan Ari Aqashah tahu pulak nak berlembut.
“Boleh tak kalau ubah sikap tu jadi matang sikit? Jangan nak kurang ajar sangat?” Sarah berdiri bertentang mata dengan Mona. Sakit hati betul dengan sikap Mona. Mak Lang Nisah ni tak boleh ke tegur sikit sikap anak dia ni?
Mak Lang Nisah yang tidak berpuas hati dengan sikap Sarah mencelah. “Kau kata anak aku kurang ajar? Jadi sekarang ni kau nak cakap yang akulah yang tak pandai ajar anak aku?”
“Sarah tak cakap macam tu. Sikap Mona ni nampak sangat tak matang. Kenapa dia tolak-tolak Sarah macam tu?” Sarah yang sudah berdiri melawan cakap Mak Lang Nisah. Suaranya masih lembut. Tidak mahu dikatakan kurang ajar dengan orang tua pula nanti.
Mak Lang Nisah tidak berpuas hati. Sarah yang berada di hadapan Mona dihampiri. Bahu Sarah ditolak kuat sehingga Sarah tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh tergolek di pondok rehat Tuan Ramlee.
“Aduh.” Sarah melihat tapak tangannya yang luka. Ada darah yang mengalir keluar dari tapak tangannya.
Mona ketawa gembira. Suka melihat muka kerut-kerut Sarah yang cuba menahan sakit. “Padan muka kau! Thanks Mama!” Mona memeluk bahu Mak Lang Nisah. Rasa puas hatinya melihat Sarah jatuh. Padan muka kau!
Mendengar suasana riuh-rendah di luar, Ari Aqashah terkocoh-kocoh berlari keluar mendapatkan isteri dan ibu saudaranya.
“Ari. Kamu tengok sikit isteri kamu ni. Mulut tu jangan nak lancang sangat!” Nada suara jangan cakaplah. Kuat mengalahkan suara petir.
“Apa ni mak lang? Janganlah buat kecoh dekat sini. Papakan tengah tak sihat dekat dalam tu. Apa yang Sarah dah buat?” Ari Aqashah membantu isterinya untuk bangun.
“Saya okay. Saya masuk dulu,” Tidak mahu terus bertekak dengan Mak Lang Nisah, Sarah mengambil sikap mengalah.
Mak Lang Nisah masih la pot pet pot pet tak habis-habis. Mengambil peluang mengutuk Sarah. Ari Aqashah hanya mengangguk-angguk. Bukan main banyak petua yang Mak Lang Nisah berikan kepada dia. Tips menjaga isteri supaya patuh kepada suamilah, supaya isteri tidak membantah cakap suamilah apa lah. Sudahlah mak lang, selama ini Sarah tidak pernah membantah cakap dia pun. Sekali pun tidak pernah walaupun macam-macam dia lakukan kepada gadis itu.
Ari Aqashah melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. “Sakit ke?” Sarah yang sedang menyapu ubat di tangannya terhenti perbuatannya.
Wajah Ari Aqashah dipandang sebelum menjawab. “Sikit aje.” Ikutkan hatinya nak cakap semuanya. Sakit dekat tangan dia tidak terbanding sakit dekat hati!
Ari Aqashah mengambil kapas yang dipegang oleh Sarah. Tangannya menarik tangan kanan Sarah yang luka.
Sarah cuba merampas kembali kapas di tangan Ari Aqashah. “Biar aku buat.” Sarah diam. Malas mahu bergaduh dengan Ari Aqashah. Lelaki ini pun tak banyak cakap sangat seminggu ini. pelik betul dengan perubahan sikap Ari Aqashah.
Ari Aqashah mencuci luka di tangan Sarah penuh berhati-hati. Sesekali Sarah mengaduh pedih. Memang la pedih, bubuh iodine banyak-banyak buat apa!
“Aku minta maaf pasal layanan aku sebelum ini. Aku minta maaf juga bagi pihak mama dan keluarga aku.”
Sarah rasa nak pitam. Oksigen! Oksigen! Ari Aqashah minta maaf? Pitam dua saat. Sarah berdehem dua kali. “Encik Ari tak sihat ke?” Akhirnya. Terkeluar juga soalan dari bibirnya.
Ari Aqashah tersenyum. Sarah kaget. Kacaknya suami dia bila tersenyum. Sarah telan air liur. “Kacak sangat ke aku ni?” Alamak. Kantoi. Obvious sangat ke cara dia ushar muka Ari Aqashah? Malunya!
Sarah buat-buat pandang ke tempat lain. “Tangan saya dah okay. Terima kasih Encik.” Sarah yang baru sahaja hendak berlalu pergi meninggalkan bilik itu terduduk semula. Ari Aqashah menarik tangan Sarah dan tanpa sempat mengimbangi berat badannya, Sarah terduduk di atas peha Ari Aqashah.
Ari Aqashah tergamam. Wajah Sarah sudah berona kemerahan. Suasana senyap sunyi seketika. Padangan Ari Aqashah yang memanah tepat ke anak mata Sarah membuatkan Sarah terus beku.
Sorry. Aku tak sengaja.” Sarah kalut bangun membetulkan baju kurungnya.
“Tak apa Encik Ari. Saya yang berdiri tak stabil tadi. Saya minta maaf.”  Kalut. Sarah terus berlalu keluar dari bilik tidur Ari Aqashah.
Sarah memegang dadanya. Debaran di dada masih menggila. Berhati-hati dia memijak anak tangga, satu per satu. Takut jatuh tergolek. Sekarang pun masih terasa seperti melayang-layang aje. Adoi, kenapa hati ini bukan main lagi rancak berdebar ni?
Ari Aqashah yang masih duduk di sofa berlagak tenang. Teringat akan peristiwa tadi, bibirnya mengukir senyuman. Duduknya diubah sedikit supaya lebih selesa. Akhirnya dia terus berbaring di sofa itu. “Sarah.” Tanpa sedar bibirnya menyebut nama gadis itu.
“Mak Som. Mana Pak Razak?” Mak Som yang sedang mencuci pinggang mangkuk menoleh ke arah Sarah yang duduk di kerusi sambil memotong sayur.
“Kenapa tanya Pak Razak ni? Rindu dekat Pak Razak ke?” Sarah ketawa terkekek-kekek mendengar soalan yang meluncur laju dari bibir Mak Som.
“Mana ada. Saja je Arah tanya sebab tak nampak Pak Razak pun hari ini. Lagipun rumah senyap sunyi aje. Mana semua orang pergi ni? Tetamu semua dah balik ke?” Rasanya takde la lama mana dia naik ke biliknya sebentar tadi.
“Keluar bawa Puan Khalisah dan Jihan. Ke mana tak tahu pulak Mak Som. Kenapa Arah tanya?” Puan Khalisah dan Jihan keluar? Tangan yang lincah memotong sayur sawi hijau terhenti serta-merta. Maksudnya tiada sesiapa di rumah ini sekarang ini? Hanya dia, Ari Aqashah dan Mak Som?
“Puan pergi mana malam-malam ni? Pukul berapa puan pergi? Bila puan nak balik?” Jam dinding yang tergantung di dinding yang dicat dengan warna krim dipandang. Pukul 8.20 malam.
Mak Som kalih tubuhnya memandang Sarah. Mata Sarah tepat memandang ke arah muka Mak Som.
“Ni yang sibuk sangat tanya ke mana semua orang pergi ni kenapa? Tak pernah-pernah Arah menyibuk ke mana orang pergi.” Tidak berpuas hati dengan sikap Sarah pada hari ini.
“Mak Som yang cantik. Ke mana semua orang pergi? Mak Lang Nisah dengan Mona dah balik ke?” Mak Som yang mendengar pujian Sarah tergelak kecil. Siap buat nada suara comel lagi bila nak sebut Mak Som yang cantik. Sarah.. Sarah.
“Dah lama dah Datin Hanisah balik.”
“Habis Mona?” Celah Sarah.
“Kalau dah emaknya balik, takkan Mona nak tinggal dekat sini pulak. Yang Arah sibuk sangat tanya pasal dorang ni kenapa?” Mak Som bercekak pinggang. Amboi, siap sudip pun tak menyempat nak letak dalam sinki ke? Ish.
“Oh.. Betul jugak. Puan pergi mana?”
“Ya Allah budak bertuah ni! Mana Mak Som tahu diaorang pergi mana. Pak Razak cakap Puan Khalisah ajak anak menantu dia keluar. Takkanlah Pak Razak nak cakap tak mahu hantar pulak. Kalau kena pecat siapa nak bagi duit dekat Pak Razak?” Balas Mak Som dengan mata yang membulat. Amboi, bab duit tekan bukan main lagi Mak Som ye. Rezeki Allah swt ada di mana-mana Mak Som.
“Mak Som sambung basuh pinggan ye. Arah ada hal sekejap. Kejap lagi Arah datang semula.” Belum sempat Mak Som berkata apa-apa, Sarah terus berdiri menolak kerusi dan berlalu pergi.
“Ish budak ni. Tadi beriya-iya tanya ke mana puan pergi. Sekarang dia pun nak keluar jugak?” Ngomel Mak Som sendirian. Kerja yang tergendala sebentar tadi disambung semula. Malas mahu melayan Sarah.

p/s: Siapa gembira? Siapa gembira? Terima kasih korang semua yang memang sporting!
Sri masih lagi menulis untuk e-novel terbaru. InsyaAllah ada dua e-novel yang sedang dikerjakan sekarang tapi agak slow penulisannya kerana komitmen kerja.

Doakan semuanya dipermudahkan ye. ;D

15 comments:

  1. bila nk jd buku...lama la cik sri rindu rinduan

    ReplyDelete
  2. Saya happy sket jer.....hehehe.. 1 to go pun KPI kan...kan...

    ReplyDelete
  3. Alamak! Rindu dgn KPI..! Bila nak dpt peluk full version ni?? :'(

    ReplyDelete
  4. Yeayyyyyy.....best2!tp nk lg Sri...lmbt lg ke nk cetak???bg 1lg teaser plllllllssssssssssssssss^_*

    ReplyDelete
  5. waahhhh ari dh mula bersikap lemah lembut dgn sarah....bestnya...bila nk kuar novel ni....seksa tau menunggu....mmg tak sabar nk baca n th ending....please2 sri sayang....please inform novel ni terbit pd thn ni....huhuhu...

    ReplyDelete
  6. kpi mcm mane? dah lulus ke?
    harap2 boleh peluk siom novel die ASAP
    lame rasenya tunggu

    ReplyDelete
  7. Uiks ari tertelan obat apa smpai berubah ni?

    ReplyDelete
  8. sri... ble nk dpt pluk buku nya huhu... mst ari da terjtuh tergolek dgn ksbran sarah... bestnye... x sbar la.. sri buku news camner?

    ReplyDelete
  9. DAH CETAK BELUM..RINDU!!!

    ReplyDelete
  10. Best!! Nak lagi!! Yeay!! Ari dh ubah sikap!! Tak sbr nk baca sambungan

    ReplyDelete
  11. Dah cetak ke? Nak treaser lagi.....

    ReplyDelete
  12. pls update us..bila KPI akan diterbitkan..:(

    ReplyDelete
  13. next entry please.. bila nak terbit ni?? x sabar dah ni.. bila dah terbit inform tau..

    -AD-

    ReplyDelete