Friday 6 May 2016

Bab Xx Di Hatiku Ada Dia

Bab Xx Di Hatiku Ada Dia
Selepas diganggu oleh Darwish sepanjang malam tadi, hari ini Riana bersiap awal pagi untuk mengikut Maisarah ke kolej. Dia tidak mahu mempunyai hubungan rapat dengan lelaki yang bernama Darwish itu. Walaupun lelaki itu sebaya dengan mereka namun dia tidak mahu membina apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Cukuplah sekadar kenalan ketika dia bercuti di Australia.
Bukannya dia tidak sukakan lelaki itu tetapi selepas dia sendiri tahu Maisarah ada menyimpan perasaan kepada lelaki itu, tidak eloklah jika dia masih lagi mahu keluar dengan Darwish berdua-duaan.
Walaupun Maisarah kata tidak kisah, namun dia tidak tahu apa yang sebenarnya ada di hati Maisarah. Sebelum keadaan menjadi serba tidak kena, eloklah dia mendahulukan hati Maisarah.
Kopi panas dalam cawan kertas disisip perlahan. Riana tidak di benarkan masuk ke kawasan kolej jadi dia melepak di coffee house sambil menunggu Maisarah menghabiskan kelasnya.
Tangan naik menongkat dagu. Sudah hampir satu jam dia menanti. Rasanya ipad pun dia asyik scroll atas bawah aje. Tidak tahu apa lagi yang mahu dia lihat. Bibir mengeluh perlahan. Kalau bukan sebab Darwish yang asyik menganggu dia, memang dia tidak perlu mengikut Maisarah ke kolej. Bolehlah dia melepak sahaja di rumah.
Mata memandang ke arah hadapannya. Jalan raya di hadapannya lengang tanpa sebuah kereta ketika ini.
Kereta yang dia dua malam lepas, kereta siapa? Faiz jiran Maisarah tu kawan kepada lelaki itukah? Kening yang tiba-tiba gatal digaru perlahan. Otak mula bekerja memikirkan kereta merah yang dipandu oleh seseorang yang sangat dia kenal!
Semalam ada juga dia mengintai dari jendela sepanjang malam kalau-kalau kereta itu muncul lagi tetapi hampa. Darwish sahaja yang muncul namun dihalau oleh Maisarah. Tiga kali Darwish datang malam tadi tetapi Maisarah menyatakan bahawa Riana tiada di rumah.
Memang masam mencuka jugalah muka gadis itu tetapi dia memang tak boleh buat apa-apa. Darwish hantar mesej melalui facebook pun langsung dia tidak membalas.
“Riana?”
Riana mengangkat wajah memandang seseorang yang tiba-tiba sahaja menegur dia. Hamba Allah mana pula yang kenal dengan dia di bumi asing ini?
Melihat wajah yang terpampang di depan mata, mulut ternganga sedikit. Terkejut yang teramat sangat! Dua hari dia memikirkan kemungkinan susuk tubuh ini ada di bumi Australia dan ternyata dia betul!
Melihat senyuman terukir di wajah itu, Riana seperti mahu pengsan! Sungguh, dia rindukan senyuman itu. “Riana.” Suara garau itu sekali lagi menerobos ke dalam gegendang telinga Riana. Rindukan suara garau itu.
Mata yang sedikit berkaca lekas-lekas di kedip beberapa kali. Tidak mahu Raffael salah faham pula. Dulu dia pernah menghalau lelaki ini pergi dari hidupnya dan kini lelaki itu muncul semula.
“Boleh saya duduk? Atau ada teman?”
Kepala di geleng.
“Oh, kalau tak boleh takpe. Saya ingatkan awak seorang tadi. Sorry ganggu.”
Raffael yang baru sahaja mahu melangkah pergi ditegah oleh Riana. “Saya seorang. Takde sesiapa yang teman..”
Ah, sekali lagi jantung Riana berdegup hebat apabila Raffael senyum kepadanya. Janganlah senyum macam tu, boleh pecah hati dia! Berbulan-bulan dia tidak melihat senyuman itu, hari ini senyuman itu muncul sekali lagi di depannya.
“Awak buat apa dekat sini, Ria?”
“Kenapa.. Saya tak boleh datang sini ke?”
“Bukan itu maksud saya. Tiba-tiba ada dekat sini..”
“Apa pula yang tiba-tiba.. Dah empat hari saya dekat sini. Awak aje yang tak jumpa saya.” Argh! Riana rasa mahu tampar mulut sendiri. Kenapa pula dia cakap Raffael tak jumpa dia macam dia mengharap lelaki ini terjumpa dengan dia pula!
Travelling alone ke?”
Riana angguk lemah. Pasti Raffael akan mengungkit perihal ‘suami’ dia sebentar lagi.
“Mana suami awak? Tak ikut sekali ke?” Kan dah kata!
“Oh. Ha.. Ermm..Tak..” Dia hanya nampak Raffael menganggukkan kepala. Belum masanya dia buka kisah hidup dia kepada Raffael.
Raffael angkat kening seolah-olah tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Riana.
“Maksud saya ye, saya seornag diri. Suami saya tak ikut.”
“Oh, kenapa suami awak tak ikut? Awak pula tengah buat apa dekat sini? Tunggu seseorang ke?”
“Saya tengah tunggu kawan saya. Dia ada kelas dekat kolej tu.” Mata Raffael turut sama melihat ke arah kolej yang tunjuk oleh jari runcing Riana. “Awak dari mana nak ke mana?”
“Rumah abang saya dekat-dekat sini aje. Saja keluar beli kopi pagi-pagi macam ni.” Satu cawan kopi dalam gelas kertas diangkat sedikit ke udara untuk ditunjukkan kepada Riana.
“Oh. Sejak bila pandai minum kopi?” Soal Riana sedikit terkejut. Setahu dia sepanjang mengenali Raffael lelaki ini memang anti dengan kopi. raffael lebih suka minum minuman jus berbanding kopi atau teh.
“Sejak enam bulan lepas rasanya..” Raffael senyum hambar.
Suasana menjadi agak kekok sebentar. Riana diulit rasa bersalah kerana dia pernah menghalau lelaki ini dari hidupnya suatu ketika dulu. Ketika itu dia hati dia menggebu dengan perasaan cinta terhadap Firhad. Perasaan terhadap pertemuan dia dengan Raffael kali ini berbeza benar dengan dulu.
“Apa plan hari ni?” Wajah bersih Riana ditilik.
“Siang takde apa-apa plan. Malam nanti mungkin ke rumah kakak angkat kawan saya tu. Semalam janji nak pergi tapi tak jadi pula.”
“Ala, baru nak ajak awak keluar dinner. Tak bolehlah nampak gayanya ye?”
Riana senyum segaris menampakkan giginya yang tersusun cantik. “Sorry lah Raff, malam ni memang tak boleh.  Merajuk kawan saya nanti.”
“Kalau macam tu, malam esok boleh ke?”
“Malam esok flight saya ke Hong Kong.”
“Jauhnya pusing? Kenapa bukan ke tempat lain yang berdekatan dulu?”
“Dah beli tiket tanpa fikir.” Raffael tergelak mendengar penjelasan Riana.
“Nanti buka peta sebelum buat keputusan..”
“Tak jumpa peta masa tu..” Jawapan yang diberikan oleh Riana ternyata membuat Raffael tergelak besar.
“Dah berapa negara awak pergi, Ria?”
“Baru dua. Saya ke Bangkok dan India sebelum ni. Ya Allah, Bangkok seronok sangat!”
Raffael menganggukkan kepala mengakui kebenaran apa yang dikatakan oleh Riana. “Saya dah ke sana. Memang sangat seronok! Pantai bersih dan sangat cantik! Kenapa awak tak ke Boraccay?”
Actually saya tak berapa sukakan pantai tapi bila ke Bangkok tengok pantai cantik sangat terus rasa jatuh hati! InsyaAllah one pretty day ada rezeki sampailah ke Boraccay pula.”
True! InsyaAllah. Mungkin boleh ajak suami awak ke sana nanti.”
Riana tersenyum  payau. Suami. Ah, suami kedua dia mungkin. Riana tergelak dalam hati. Buat lawak bodoh sendiri.
“So, awak dah lama ke travelling alone ni?”
“Tak ada maknanya travelling alone! Saya duduk sini dengan my sister and brother in-law. Saya travel bila saya free aje. And insyaAllah akan ke Perth lusa dan terus ke Japan. Tapi tiket ke Japan tu tak beli lagilah. Tengoklah macam mana. Kalau ada rezeki sampailah ke sana.”
Riana mengangguk faham. Dia pun macam tu juga. Tiket nak ke Hong Kng dia baru beli semalam aje. Dia cakap dengan Darwish dia nak balik Malaysia padahal dia nak ke Hong Kong.
“Sejak bila awak tinggal dekat sini?”
Six months ago.”
Sebulan selepas perkahwinan dia dengan Firhad! Adakah lelaki ini terluka dan membawa diri sejauh ini?
“Awak.. em, saya minta maaf kalau saya pernah cakap apa-apa yang menyakitkan hati awak dulu.”
Tawa Raffael membuatkan Riana makin dijerut rasa bersalah.
“Saya serius Raff. Saya langsung tak berniat nak awak pergi dari hidup saya. Saya tak nak awak terluka.”
You did hurt me.. Tapi saya dah okay. Kalau saya tak okay, saya takkan tegur awak dekat sini.”
‘Saya dah okay..’ Adakah itu bermakna Raffael dah lupakan dia? Adakah Raffael tak cintakan dia lagi?
Oh tuhan! Sakitnya hati dia ketika ini. Kenapa dia rasa sedih bila Raffael seolah-olah dah melupakan dia?
Life must go on, kan?”
Riana angguk mengiyakan. Ya, betul kata Raffael. Kehidupan mesti diteruskan. Sama seperti dia. Walaupun dah bercerai dengan Firhad dia mesti tetap meneruskan kehidupan dia juga sehinggalah dia mati.
“Suami awak sibuk sangat ke sampai tak boleh temankan awak bercuti? Atau awak yang bercuti terlalu lama?”
“Dua-dua jawapannya adalah ya.”
“Kalau saya jadi suami awak, saya takkan benarkan isteri saya travel seorang diri macam ni tau!”
“Eh, kenapa pula?”
“Tak sanggup kalau ada lelaki lain ambil kesempatan pada isteri saya.”
“Macam awak tengah buat sekarang ni ke?”
Raffael berhenti senyum. “Kalau awak anggap saya ambil kesempatan terhadap awak saya minta maaf. But I tought I just say hi to someone I knew long time ago.”
Kenapa mulut dia celupar sangat?! Riana rasa nak cubit bibir dia. Aduh, janganlah sebut apa-apa yang boleh mencederakan hubungan dia dan Raffael yang baru sahaja terjalin kembali. Sudahlah lelaki itu menyekat dia dari aplikasi facebook!
Bagaimana dia tahu? Dia buat carian Raffael Zahari melalui facebook Maisarah dan ternyata Maisarah dan lelaki ini berkawan! Entah dari mana mereka berkenalan dia pun tidak tahu. Malas mahu bertanya mungkin Raffael kawan kepada Faiz dan secara tidak langsung Mairsarah mengenali Raffael. Mungkin. Ini semua hanya andaian dia sahaja.
“Awak buat apa malam nanti?”
“Malam ni takde buat apa-apa tapi memandangkan awak dah ada dinner date dengan kawan awak tu, terpaksalah saya mencari agenda lain untuk dibuat.”
Sorrylah..”
“Takpe Ria, takde masalah.”
“Awak ke Hong Kong esok malam? Esok bolehlah jumpa saya lagi, kan?”
Boleh tak kalau dia nak buat tarian samba depan Raffael? Raffael ajak dia keluar lagi esok sebelum penerbangan dia ke Hong Kong!
“Jumpa awak dekat sini pukul 8.30 pagi esok, okay?”
Riana senyum meleret. Oh Tuhan! Beribu batu dia membawa diri, di bumi Australia juga Tuhan temukan dia dengan lelaki ini? Beribu waktu dia habiskan masa mencari dan menanti, akhirnya dia bertemu juga dengan Raffael!