Friday 14 March 2014

Bab 3 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Zafril meletakkan cawan kopi dengan kasar. Interkom ditekan kasar.
“Nora, I want Alissa in my room now!”
Nora yang berada di luar bilik Zafril terkedu buat beberapa saat. Ni apahal mengamuk tak pasal-pasal dekat aku ni?
“Cik Lisa..”
Alissa yang kebetulan lalu di hadapan Nora diseru.
Yes, Nora?”
“Encik Zafril nak berjumpa dengan Cik Lisa sekarang..”
“Cakap dengan dia saya takde. Saya dah keluar jumpa klien.”
“Tapi Cik Lisa, nanti saya kena marah.”
“Nora, awak jangan takut sangat dengan dia tu.. Bos awak tu memang macam tu. Suka buang tebiat. Jangan layan sangat ya?”
“Cik Lisa, janganlah tinggalkan saya nak menjawab sorang diri. Kalau dia tahu saya ada berbual dengan Cik Lisa nanti habislah saya..”
“No..” Belum sempat Alissa menyebut Nora, interkom Nora sekali lagi berbunyi.
“Where the hell is she, Nora?!” Bengis suara Zafril didengari oleh Alissa.
Nora angkat kepala memandang Alissa memohon simpati.
“Iyelah, iyelah. Saya masuk jumpa dia sekarang!” Akhirnya Alissa mengalah juga apabila melihat muka sedih Nora. Tak sampai hati pula mahu membiarkan gadis kecil molek itu dimarahi oleh Zafril.
“Sekejap Encik.”
“Now, Nora! Now!”
Alissa mengetuk pintu bilik Zafril dua kali.
Kedengaran Zafril menjerit perkataan ‘masuk’ dengan garangnya.
“Saya belum pekak, tak perlu nak menjerit.” Selamba badak kaki melangkah masuk ke dalam bilik Zafril. Sumpah pagi tadi dia menggeletar habis masa terlanggar Zafril tapi sekarang ini sorry!? Dia tiada masa mahu mengalah dengan kepala batu ini.
Tak best lah kalau Zafril bergaduh seorang diri. Biar dia tolong bakar api yang membara dalam hati Zafril terhadapnya. Alang-alang orang dah marah...
“Kau sengaja nak kenakan aku kan, Lisa?”
“Nak kenakan apa bendanya? Encik Zafril cakap apa ni?”
“Hei! Kau ingat aku tak tahu ke kau sengaja letak garam dalam air kopi?”
Mata Alissa tertancap pada percikan air kopi di atas helaian-helaian kertas bersaiz A4 di atas meja Zafril. Hati yang ketawa terbahak-bahak dikawal agar tidak meletus di mulutnya. Sumpah kelakar!
“Eh, saya silap masukkan garam ke?”
“Jangan buat bodohlah!”
“Tak bodoh tapi tersilap..” Perlahan Alissa membalas.
“Kau ni dah kenapa Lisa? Kau sengaja nak kenakan aku ke?”
“Tak. Siapa cakap saya nak kenakan Encik Zafril? Apa masalah kita sampai saya nak kenakan Encik Zafril?” Kening diangkat sedikit. Mata Zafril ditentang dengan pandangan lembut. Buat-buat tak bersalah.
“Buatkan aku kopi yang baru.”
Alissa kerling jam di tangan kirinya. Dah hampir pukul 12.30 tengah hari. Dia ada janji makan tengah hari dengan klien. “Maaf Encik Zafril, saya ada janji makan tengah hari dengan klien hari ini.”
“So?”
“Saya tak sempat nak buatkan kopi yang baru. Encik Zafril boleh minta dengan Nora.”
Alissa berlalu keluar dari bilik Zafril. Bengang dengan tindakan Alissa, Zafril mencampakkan cawan kopi ke lantai.
Prang!
Cawan kopi bercorak bunga-bunga kecil berwarna merah jambu pecah berderai. Alissa yang terdengar bunyi kaca berderai dari luar bilik Zafril hanya saling berpandangan dengan Nora. Akhirnya Alissa menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu apa-apa.
“Saya nak keluar. Kalau Encik Zafril masih cari saya cakap saya dah keluar. Kalau dia tanya apa-apa pasal saya cakap aje yang awak tak tahu apa-apa, ya?”
“Kenapa?”
Alissa mengetap bibirnya kuat. Banyak tanya pula Nora ni! “Nora!”
“Sorry, sorry. Terbanyak tanya pula dengan Cik Lisa. Cik Lisa keluar dengan siapa?”
“Jumpa dengan Sofea, pemilik butik Anggun Lawa. Dia nak bincang pasal koleksi pakaian terbaru di butiknya.”
Nora mengangguk laju. “Kalau Encik Zafril tanya juga pasal Cik Lisa, macam mana?”
“Cakap aje awak tak tahu apa-apa..”
“Kalau dia paksa?”
“Nora, boleh tak awak jangan banyak tanya? Cakap aje tak tahu, tak tahu dan tak tahu. Boleh?”
“Boleh.. Tapi...”
“Takde tapi-tapi lagi dah. Kalau dia banyak tanya sangat awak hempuk aje kepala dia dengan fail atas meja awak yang berlambak-lambak tu, faham?”
Nora mengangguk faham. Entah betul faham ke tidak budak ni..
“Cik Lisa..”
Alissa menoleh semula. “Apa lagi Nora?”
“Pasal cawan pecah tu macam mana?”
Alissa terdiam seketika. Aduh. Zafril ni kalau tak menambah kerja orang lain tak boleh ke?
“Minta Kak Nah tolong uruskan. Saya ada hal, tak sempat nak tolong cuci bilik bos kesayangan awak tu. Bagitahu Kak Nah ada cawan pecah, minta dia tolong mop dan bersihkan bilik tu.”
“Baik.”
Nora melepaskan keluhan berat di mejanya. Aduh. Dia pun orang baru di sini. Dia masuk seminggu yang lepas. Alissa yang banyak membantu dia semasa Zafril belum masuk ke pejabat. Dan apa-apa masalah yang timbul atau dia tidak tahu memang dia akan bertanya terus kepada Alissa.
Bila Alissa keluar bermesyuarat atau berjumpa dengan pelanggan memang Nora akan kesunyian. Rasa macam patah kaki pun ada juga!
Macam ini ke perangai bos dia? Dia perlu bekerja di bawah Zafril? Muka kacak tapi takkan gila kot?
Awal-awal pagi tadi dia dah kena tengking sebab bilik Zafril kononnya berhabuk. Datang awal tadi ingatkan Zafril akan terus masuk bermesyuarat rupanya melawat bilik pejabatnya terlebih dahulu.
Memanglah Kak Nah masih belum sempat nak kemaskan bilik Zafril sebab Kak Nah uruskan bilik bos lain dahulu.. Ingatkan Zafril ni baik macam Datuk Ibrahim tapi rupanya perangai macam singa! Garang ya ampun.
Selepas itu lelaki itu melawat pantry. Paling tak boleh tahan ialah Zafril menyuruh Nora membersihkan semua gelas, cawan, pinggan dan sudu yang ada di dalam pantry termasuklah menggantikan air yang baru dalam pemanas air. Gila pembersih ke bos dia ni?
Semua barang-barang dalam pantry adalah bersih kot. Takde sesiapa yang pengotor pun bekerja di dalam syarikat ini. Ke Zafril ni yang sebenarnya bersikap pengotor? Eii, tak tahulah! Serabut kepala aje nak fikir pasal lelaki ini.
Tiba-tiba telefon bimbit Nora berbunyi.
“Helo, Cik Lisa.”
“Assalamualaikum, Nora.”
Nora termalu sendiri. Biasa sangat hello aje. Tak bagi salam.
“Waalaikummussalam, Cik Lisa.”
“Macam mana dengan bos? Mengamuk lagi ke?”
Nora menoleh kepalanya ke arah pintu bilik Zafril. Senyap aje. Zafril bunuh diri pakai serpihan kaca cawan yang dia campak tadi tu ke?
“Ntah la Cik Lisa.. Senyap aje dia dalam bilik tu.”
“Tak keluar?”
“Tak pun Cik Lisa. Saya takutlah Cik Lisa.. Entah-entah bos bunuh diri dalam bilik dia kot? Manalah tahu kot-kot bos tertekan sebab kena paksa bekerja di syarikat ni..” Nora berbisik perlahan. Bimbang juga kalau ada orang yang terdengar perbualan dia dengan Alissa. Nanti mereka ingat dia berkomplot dengan Alissa untuk mengenakan bos pula.
“Awak ni Nora, jangan nak merepek sangat boleh tak?” Suara Alissa sedikit geram. Ada ke fikir Zafril bunuh diri. Lelaki tu takkan mati dengan mudah macam itu. Bukannya Zafril tiada agama sampai nak bunuh diri bagai.
“Saya cakap-cakap aje..”
“Awak takde masuk dalam bilik tu jenguk dia ke?”
“Cik Lisa bimbangkan bos ke?”
Alissa mengetap giginya kuat. Ya Allah, susahnya kalau ambil budak muda bekerja di syarikat! Banyak sangat soalan bodoh yang Nora soal kepada dia.
“Nora, awak ni habis belajar kan? Boleh tak kalau awak jangan tanya saya soalan bodoh?” nada suara Alissa kedengaran agak garang.
Nora menekup mulutnya. “Habis.. Saya belajar sampai ijazah.”
“Yes. Yes, saya tahu tu. Jadi tolong tanya saya soalan yang sama levelnya dengan orang yang ada ijazah. Faham?” Malas mahu melayan Nora yang baru berusia 23 tahun. Fresh graduate dari UiTM Shah Alam.
“Sorry..”
“Kenapa tak masuk jenguk bos dalam bilik?” Soal Alissa lagi.
“Takut.”
“Ya Allah, Nora... Awak ni setiausaha bos. Kalau dia perlukan apa-apa awak kena sentiasa pantau.”
“Macam mana kalau saya masuk, bos mengamuk? Nanti bos tikam saya guna serpihan kaca cawan tadi. Saya belum kahwin lagi Cik Lisa.”
Alissa terasa seperti mahu ketawa berguling-guling! “Nora, awak ni umur 23 tahun tau. Jangan nak berimaginasi bukan-bukan boleh tak? Bos awak tu umur 29 tahun. Takkanlah bos awak tu tak boleh fikir yang mana betul yang mana salah.” Bebel Alissa. Geram pula dengan Nora ni.
“Habis tu saya nak kena masuk ke tengok bos?”
Alissa terdiam dengan soalan Nora. Masuk ke tidak? Kalau kena tengking kang aniaya anak orang pula. Maunya Nora menangis nak berhenti kerja mati dia nak cari pengganti Nora.
“Nora!”
Mendengar namanya dipanggil di bucu meja, Nora lekas-lekas meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kerja. Buat-buat seperti tidak pernah berbual dengan sesiapa sebentar tadi.
“Ye, bos?”
“Berbual di telefon?”
“Eh, tak adalah, saya tengok-tengok aje jam tadi pukul berapa. Ingat nak pergi lunch. Bos nak apa-apa ke?”
Alissa yang terdengar jawapan Nora melalui talian yang tidak ditamatkan tergelak-gelak kecil. Pandai juga budak ni menipu!
“Alissa mana?”
“Keluar bos. Jumpa klien.”
“Jumpa klien? Sejak bila pula kerani jumpa klien?” Zafril tayang riak tidak berpuas hati.
“Cik Lisa tu bukan kerani bos. Dia fashion designer syarikat kita..”
“Dia tu fashion designer?”
Nora mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Zafril.
Cis! Alissa menipu dia rupanya.
“Dia ke mana? Dengan siapa?”
Nora mendiamkan diri sebentar. ‘Kalau bos tanya apa-apa pasal saya, awak cakap awak tak tahu apa-apa..’
Alissa yang mendengar perbualan Zafril dan Nora menahan nafasnya. Bimbang kalau-kalau Nora memberitahu dia ke mana dan berjumpa dengan siapa.
“Tak tahu bos.. Cik Lisa tak cakap.”
Fuh! Alissa melepaskan nafas lega, nasib baik cerdik juga Nora ni. Kalau tak habislah dia kalau Zafril muncul di meeting dia nanti.
“Awak tahu mana Alissa tinggal?”
Nora menggeleng.
Alissa yang tidak mendengar jawapan daripada Nora sudah mula berasa tidak sedap hati. Budak ni tulis alamat dia di atas kertas atau menggeleng atau mengangguk?
“Betul awak tak tahu?”
“Betul bos. Saya tak pernah tahu mana Cik Lisa tinggal. Saya pun baru seminggu kerja di sini bos..”
“Mana cleaner?”
“Maksud bos, pembantu pejabat?”
Ah, Alissa sudah tergelak besar di dalam keretanya. Boleh membayangkan muka blur Nora sambil bertanya soalan itu kepada Zafril. Nora.. Nora. Memang menghiburkan!
I don’t care what you call them. Mana orangnya? Saya nak dia bersihkan pejabat saya sekarang!”
“Boleh bos. Nanti saya akan minta Kak Nah bersihkan bilik bos.”
“Now!
Nora terkocoh-kocoh berlari untuk mencari Kak Nah. Baru dua tiga tapak dia melangkah, Zafril sudah memanggil namanya semula.
“Nora.”
“Ye bos?”
“Saya nak keluar. Kalau ada yang cari saya cakap saya takde. Pastikan bilik saya kemas sebelum saya masuk semula.”
Nora mengangguk laju dan menghantar pemergian Zafril dengan ekor matanya. Nafas dilepaskan kuat. Lega. Ketar urat-urat dalam badan dia berdepan dengan bos sekacak Zafril.
Kaki berlari laju mendapatkan telefon bimbit di atas meja.
“Cik Lisa?”
“Ye. Saya masih ada.”
“Bos dah keluar. Ya Allah, kacaknya bos saya!!!” Nora menjerit kegembiraan. Kali pertama berbual bergitu lama dengan bos sendiri.
“Awak ni Nora, nak kerja ke nak pikat bos?”
“Kalau boleh dua-dua. Hati saya ni mencair bila tengok muka bos yang kacak sangat tu..”
“Sudahlah. Saya nak letak telefon ni. Jumpa awak petang nanti.”
Panggilan telefon ditamatkan.
Kacak?
Ya, Alissa akui Zafril memang kacak. Masih kacak dan lebih kacak berbanding dahulu. Lelaki itu tampak lebih matang dan bekerjaya. Nampak lebih berkarisma. Dia perlu akui memang ada banyak wanita yang jatuh hati pada Zafril sejak dahulu lagi.
p/s : Saja je kan Zafril nka cari pasal dengan Alissa. Nak cari pasal ke nak curi tumpuan Alissa sebenarnya Zafril ni? Haish!
Kalau jadi lelaki jangan ego sangat ye.;p
Comel kan Kim Chiu ni. Itulah kan Sri dah bilang banyak kali. Dia memang comel sangat-sangat! Suka dengan dia dan harap diri ini pun comel macam dia. Ahhhhhhax! Ok, kidding.
So, entry yang kerap di post sekarang ini, adakah anda suka?
Eleh, suka lettew tapi tak nak ngaku kan?
Fine, story kan maybe a lil bit boring sebab baru permulaan then mesti tk sabar nak tahu apa yang seterusnya berlaku kan? Stay tune!
Sampai bila Alissa dengan Zafril nak bergaduh?
Ahaaa, mesti teka nanti mereka jatuh cinta? Iye dak?
Sri urut dagu ajelah.

Jumpa lagi entry akan datang!
Flying kiss untuk semua.
Xoxo,
Sri Sarah.

10 comments:

  1. Best..next n3 ye!
    P/S;heroin nme real apa plak writer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heroin Kim Chiu. Comel sangat heroin ni! ;)

      Delete
  2. Best..
    Hope ada next n3.
    Sri bila lgi nk update ADDS n KPi.klau teaser p0wn jdi larh..rindu nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. KPI Sri tak up entry baru ya untuk masa sekarang ni.
      Entry untuk CJSA ni insyaAllah akan update selagi mampu. Hihi

      Delete
  3. Yuhuuuu...1ari 1 n3 bole x....? Hehehe....cerita mnarik...nxt n3 kasi up cpt2 ye...hehe..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa setiap hari nak entry baru ya?
      Okay hari ni Sri bagi satu entry baru Bab 4 ye.

      Delete
  4. Ingat nk kumpul bnyk2 bab baru bca tpi tak tahan la hihi. So far so good. Zaf ni dlm garang2 die tu ada gak naifnya. Bole pulak die caya bulat2 ckp Lisa kekonon yg Lisa tu kerani. Datok mcm tau2 jer psl Lisa n zafril?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alama apa yang Datuk Ibrahim ni tahu pasal dorang ekk? Hihi. Haaa, kena baca lagi ni.
      Tak pe komen selalu pun boleh.
      Kalau nak bg idea atau nak komen apa-apa yang tak kena pun boleh juga. ;)

      Delete
  5. Replies
    1. Alaaa kite pun suka jugak menulis tapi kalau takde masa ampun ye. ;)
      Terima kasih sebab sukaaaa. Hihi

      Delete