Wednesday 19 March 2014

Bab 5 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Knock. Knock.
“Lisa dah bangun..” Jerit Alissa dari atas katil.
“Kak Una gerak dulu. Jangan tidur semula, nanti malas nak bangun!”
Okay Kak Una. Bye. Take care! Love you.”
“Love you too, Lisa.” Husna menjerit sambil menuruni anak tangga.
Alissa mengeliat malas. Ya Allah, sumpah rasa malas gila nak masuk kerja hari ini. Dah terlanjur berjanji dengan Datuk Ibrahim yang dia akan membentangkan rekaan pakaian terbaru hari ini. Kalau tak buat memang cari nahaslah.
Jam dikerling dengan ekor mata. Pukul 7.30 pagi. Alissa melompat turun dari katil. Almari pakaian dibuka. Mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari ini.
Sehelai skirt pendek separas lutut berwarna putih dan sehelai kemeja kosong berwarna ungu gelap ditarik keluar. Skirt dan kemeja diacukan di badan.


Perfect!
Alissa melangkah ke penyidai tuala. Tuala mandi berwarna hijau lumut ditarik dan dibawa masuk ke dalam bilik mandi bersamanya.
Hampir sepuluh minit di dalam bilik mandi, Alissa keluar dengan hanya berkemban tuala separas peha.
‘Jujurlah sayang aku tak mengapa..’
Telefon bimbit Iphone 5s yang berbunyi menimbulkan rasa pelik di hati Alissa. Siapa pula yang menelefon dia awal pagi seperti ini?
“Assalamualaikum. Kak Una? Kenapa?”
“Lisa dekat mana?”
“Rumah.”
“Lisa, kereta Kak Una pancitlah. Lisa boleh tolong ambil Kak Una tak?”
Alissa mengerling jam dinding. Pukul 7.45 pagi sekarang ini. Dia masuk kerja pukul 9.00 pagi.
“Kak Una tunggu Lisa 15 minit boleh tak? Lisa baru lepas mandi.. Lisa bersiap kejap lepas tu Lisa terus ambil Kak Una, ya?”
“No problem but please make it faster if you can. Kak Una ada meeting pagi ni.
“Yes mam!”
Husna tergelak dihujung talian. Adik dia ni ada sahaja benda nak dibuat lawak. Dia tengah menggelabah buaya pun Alissa masih lagi selamba badak suruh dia tunggu lima belas minit.
Selesai bersiap ala kadar, Alissa mencapai tas tangan jenama Coach miliknya di atas meja solek. Kaki melangkah laju menuruni tangga.
Rak kasut dibuka sedikit kasar. Bukan perangai dia kasar tapi tengah kelam-kabut ni haruslah semuanya diselesaikan dengan pantas. Berjanji dengan Husna lima belas minit konon, sekarang ini sudah pukul 8.03 minit pagi. Ini semua gara-gara dia yang tiba-tiba sahaja sakit perut.
Perut ni pun pagi-pagi tengah kalut macam ni lah nak buat hal pun. Terpaksalah Alissa bertapa dalam tandas selama hampir sepuluh minit. Bila dah lega sedikit barulah Alissa keluar untuk bersiap-siap.
Laju bukan main dia bersiap. Gincu bibir pun tak sempat nak pakai, hanya oles sedikit pelembab bibir sahaja.
Kasut tinggi berwarna ungu gelap dipadankan dengan beg tangan dan kemeja yang berwarna ungu.
Alissa masih sempat membetulkan rambutnya di depan kereta. Cermin kereta menjadi tempat dia membetulkan rambutnya.
“Ya Allah, Lisa! Jangan nak main-main boleh tak?” Alissa memarahi dirinya sendiri. Suka sangat ralit! Suka sangat lambat.
Enjin Honda City dihidupkan.
Belum sempat enjin kereta dipanaskan sepuluh saat, Alissa terus masuk ke gear reverse. Kereata diundur laju. Pintu pagar dibiarkan terbuka. insyaAllah takde apa-apa yang buruk berlaku. Dia dalam keadaan kecemasan sekarang ini. Memang dah lambat sangat-sangat ni. Habislah kalau Husna marah dia nanti.
“Assalamualaikum, Kak Una di mana?”
“Dalam kereta. Lisa dekat mana ni? Cepatlah sikit.”
“Lisa dah sampai simpang traffic light dekat Taman Sentosa ni. Mana kereta Kak Una? Tak nampak pun...”
Husna yang berada dalam kereta kalut menoleh ke belakang. Mana tahu kalau-kalau dia ternampak kereta Alissa dari sini.
“Lisa jalan terus, simpang yang kedua selepas traffic light tu. Kak Una ada tepi jalan aje ni. Bawah pokok yang rimbun-rimbun tu..”
Alissa tergelak kecil. Sempat lagi kakak dia menerangkan dengan teperinci.
“Okay, dah nampak Kak Una! Come, come. Faster.”
Alissa terus menamatkan panggilan. Telefon bimbit dicampakkan di atas peha. Dah la bercakap telefon tak pakai hands free. Kalau kena saman memang percuma aje melayang RM300.
Alissa memberhentikan keretanya di sebelah kereta Husna. “Kak Una tinggal kereta dekat sini ajelah dulu. Nanti Lisa telefon mekanik ambil kereta Kak Una.” Alissa hanya bercakap melalui tingkap keretanya sahaja.
“Selamat ke?”
“Kejap je Kak Una. Nanti Lisa suruh Pojie tu datang awal. InsyaAllah takde apa-apa tu.”
Husna tidak berfikir panjang. Kereta Suzuki Swift miliknya dikunci. Tangan membuka pintu kereta Alissa.
“Drive fast. Kak Una ada meeting pukul 8.30 pagi. Sekarang ni dah pukul 8.20 pagi! Kenapa Lisa lambat sangat?” Husna membebel tanpa henti.
“Lisa sakit perutlah tadi Kak Una.”
“Ei, perut Lisa tu bila emergency aje memang akan buat hal kan!” Husna menampar perut Alissa dan adiknya menjerit kegelian.
“Kenapa Kak Una tak call teksi aje kalau dah tahu lambat?”
“Dah Lisa janji lima belas minit aje. Manalah Kak Una tahu yang Lisa tu nak lambat sampai setengah jam lebih macam ni!”
“Sorry lah.. Perut Lisa ni manja sangat. Tak boleh nak tahan..” Alissa tersengih manja.
Alissa membelok ke simpang kanan. Pejabat Husna tidaklah jauh mana pun dengan rumah mereka tetapi kesian Husna terpaksa menunggu dia selama hampir 30 minit.
Okay, dah sampai. Masih sempat lagi. Ada masa lagi seminit tu.” Alissa menunjuk jam di dashboard yang menunjukkan pukul 8.29 pagi.
Husna menampar geram bahu Alissa. “Ni naik tangga habis dua minit tahu tak?”
“Tengok tu, Kak Una membebel sekarang pun dah habis dua minit. You better go now, sis!”
Husna menolak pintu kereta dan berlari-lari anak naik ke atas pejabatnya. Bekerja sebagai peguam bukanlah satu kerjaya mudah. Dia harus menepati masa dan sentiasa nampak berkarisma.
“Kak Una balik dengan apa?”
“Teksi!” Balas Husna dan menoleh semula untuk masuk ke pejabatnya.
Alissa tersenyum melihat gelagat kakaknya yang kalut. Tahu pun takut kalau lambat.
Dan dia juga pasti akan terlambat. Jalan ke Puchong pasti sesak ketika ini. Dia bencikan orang yang lambat dan tidak menepati masa, pada hari ini pasti dia menjadi orang yang dibenci oleh diri sendiri.
Biasanya pukul 7.50 pagi dia sudah bergerak keluar dari rumahnya untuk mengelakkan kesesakan di Puchong yang sering berlaku pada jam 8.15 pagi dan ke atas.
Dari rumahnya ke Puchong mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kalau dia tersangkut dalam kesesakan selama tiga puluh minit bermakna dia akan sampai ke pejabat tepat jam 9.00 pagi.
“Bismillahirrahmanirrahim.. Janganlah jalan jammed!”
Alissa masuk ke gear drive. Honda City berwarna putih miliknya meluncur laju meninggalkan pejabat Husna.
Pintu bilik Datuk Ibrahim diketuk dia kali sebelum dia mendengar pertaan masuk.
“Assalamualaikum, Datuk.”
Yes, Lisa. Come in.”
Alissa melangkah masuk dengan nafas tercungap-cungap. Sampai aje pejabat terus serbu lif. Sebaik sahaja lif berhenti di tingkat enam, laju sahaja kaki dia melangkah masuk ke dalam pejabat sendiri untuk mengambil fail dan rekaan-rekaan terbaru yang dilakarkan beberapa hari lepas.
“Maaf Datuk, saya lambat sikit hari ni.”
“Lima belas minit aje Lisa. I can wait. Jangan risau.”
“Lima belas minit tu duit, papa. Kalau orang yang tak reti hargai masa macam pekerja papa ni mungkin akan buat bisnes kita ni rugi aje.”
Alissa rasa mahu sekeh kepala Zafril. Amboi-amboi, sedap kau cakap yang aku ni tak reti hargai masa ye? Yang semalam tu kau lambat apa benda?


“Maaflah Encik Zafril,saya ada hal peribadi sikit tadi.”
“Kenapa? Uruskan anak masuk sekolah ke sampai lambat sangat masuk pejabat?” Zafril pandang muka Alissa dengan riak tida berpuas hati.
Apa kena mamat ni? Tak puas hati ke apa ni? Apahal tiba-tiba nak emosi pula pagi-pagi yang mulia macam ni.
“Kalau saya uruskan anak pun takde kaitan dengan Encik Zafril.” Sumpah Alissa tidak tahu kenapa mulut dia laju sahaja mahu membalas kata-kata Zafril yang menyakitkan hati dia. Memang sumpah sakit hati. Kau nak emosi tak tentu pasal dah kenapa?
“Ya Allah, Zaf ni yang nak marahkan Lisa ni kenapa? Lisa ni single lagi.. Mana ada anak. Dah Lisa, duduklah. Saya ni sekejap lagi nak jumpa dengan Datuk Ismail, jadi kalau boleh nak cepat sikit tengok rekaan terbaru awak tu.”
Alissa tarik kerusi duduk bersebelahan dengan Zafril. Kalau ikutkan hati dia, dia pun malas nak duduk sebelah lelaki ini.
Suara dibetulkan beberapa kali. “Baiklah Datuk, ini koleksi terbaru kita yang saya fikirkan sesuai dengan tema pada kali ini iaitu Exclusive And Elegant!”
“Semuanya akan menggunakan warna yang sama? Black and gold?”
Alissa mengangguk mengiyakan pertanyaan Datuk Ibrahim. “Saya memang sengaja ketengahkan dua warna ini sebab bagi saya warna hitam dan warna emas nampak klasik dan mewah. Hitam bukan hanya untuk majlis makan malam atau bukan warna yang selamat sahaja sebaliknya boleh digayakan dengan pelbagai jenis warna lain dan juga pada bila-bila masa.”
Datuk Ibrahim mengangguk setuju. “Saya setuju dengan warna ini.”
No, Zaf tak setuju! Hitam? Dalam banyak-banyak warna yang ada di dunia ni, why black?”
Alissa menarik nafas dalam-dalam. Bertenang. Satu lagi penentang dia selepas Roslan. Inilah dia Zafril Ilman.
“Baiklah Encik Zafril, kalau Encik Zafril tak setuju dengan warna pilihan saya, saya boleh tukar kepada warna lain.”
I tak suruh you tukar, I tanya kenapa hitam? Tak faham soalan ke?”
Alissa menggigit bibir bawahnya sedikit kuat. Ya Allah, janganlah dia sembur Zafril depan Datuk Ibrahim. Pinjamkan aku sedikit kesabaran dariMu Ya Allah.
“Sebab hitam bukan warna yang tidak cantik untuk bergaya. Hitam satu warna yang sangat menarik. Pernah dengar hitam itu menawan?”
“Tak cukup meyakinkan I sebagai pembeli kenapa warna hitam. Skirt warna hitam? Kan lagi elok kalau pakai warna hijau, warna biru, warna merah. Tak?”
Alissa mengeluh perlahan. Tak faham dengan Datuk Ibrahim yang memaksa Zafril untuk terjun ke dalam bidang fesyen sedangkan lelaki itu bukannya berminat dengan fashion. Yang dia tahu beli dan pakai sahaja. Lepas tu sibuk nak kondem cara orang buat kerja. Pilih warna pun salah.
“Saya nak tampilkan kemewahan dalam koleksi kita pada kali ini. Kalau warna merah rasanya mungkin tak cukup mewah.” Alissa menahan geram.
“Letak batu berkilau-kilau lima enam kilo pada baju tu, baju you akan nampak mewah, kan?”
“Nanti berlebih-lebihan pula. Takkan orang macam saya ni nak datang kerja pun pakai baju berkilau-kilau? Tak sesuai sangatlah pula, kan?”
Giliran Zafril pula mengigit bibir menahan geram. Gigi diketap kuat. Menjawab sungguh Alissa dengan dia!
“Apa salahnya? Tak boleh pakai baju macam tu datang kerja?”
“Boleh, tapi kalau datang kerja dah berkilau-kilau macam tu, nanti majlis makan malam istimewa nampak terlalu biasalah pula, kan?” Kening dijungkit sedikit kepada Zafril. Bibir tersenyum kemenangan apabila melihat Zafril mengetap giginya kuat. Marah ke? Alissa hanya tergelak dalam hati.
Tak tahu apa-apa tentang fesyen tapi sibuk nak kritik hasil kerja orang! Perangai sebijik macam Roslan. Dah la tak berikan apa-apa cadangan tapi sibuk nak jatuhkan hasil kerja orang.
“Encik Zafril, saya ni dah dua tahun bekerja dengan Datuk Ibrahim. Sepanjang saya kerja di sini, saya tahu bidang tugas saya dan belajar apa yang disukai oleh pelanggan. Kali ini saya hanya mahu ketengahkan gaya yang santai. Which is dengan nama lain, pakaian yang saya reka boleh dipakai dalam apa-apa majlis dan situasi.”
“Pakai ke kubur pun boleh?”
Alissa mengucap panjang dalam hatinya. Sumpah dia bengang. Ni nak kenakan dia depan Datuk Ibrahim ke apa ni?”
“Boleh ke tidak koleksi-koleksi hitam emas you ni dipakai ke kubur?”
“Gaun labuh ini direka tanpa ada sedikit pun belahan di atas atau bawah. Menutup aurat sepenuhnya. Skirt labuh ini pun menutup aurat dan langsung tidak ada belahan di bahagian bawah. Jadi saya rasa tiada masalah jika ada sesiapa yang mahu memakai gaun labuh ini ke kubur.. Pakaiannya adalah asalkan menutup aurat.”
Pang!
Zafril terasa sebuah penampar hinggap di pipinya. Pedas kata-kata Alissa. Memang bersungguh-sungguh perempuan ini nak kenakan dia.
“Okay, baguslah kalau macam tu. I sokong dengan idea you ni. Boleh mula menjahitlah rekaan ini. Kita lihat berapa banyak yang terjual.”
Zafril ni memang betul-betul nak berperang dengan dia ni. Sampai nak tunggu lihat berapa banyak koleksi kali ini terjual apa hal?
“Zaf ni nak bergaduh dengan pekerja kesayangan papa ke?”
Pandangan mata Zafril yang asyik membelek lakaran pada kertas bersaiz A4 beralih ke wajah Datuk Ibrahim. “Bila masa pula Zaf nak bergaduh dengan pekerja papa? Kenal pun tidak apahal pula Zaf nak bergaduh dengan dia?”
“Manalah tahu kot-kot dah kenal sebelum ini. Gaya berbincang macam nak berperang. Papa dekat depan ni dah macam tak wujud aje gayanya.”
“Takdelah. Zaf cuma nakkan yang terbaik untuk koleksi terbaru ni memandangkan Zaf ialah ketua bagi projek kali ini.”
Alissa rasa rahang giginya berderai di lantai. Dia akan bekerja di bawah Zafril? Betul-betul di bawah Zafril?!
“Saya tak faham maksud Datuk?” Terpaksa mencelah untuk membuatkan dia lebih faham. Kalau salah faham nanti susah. Baik dia tanya awal-awal apa kaitan dia dengan Zafril.
“Buat pengetahuan awak Lisa, Zafril akan mengetuai projek untuk koleksi kita yang terbaru. Kita akan teruskan dengan idea awak iaitu Exclusive And Elegant, tapi mungkin akan ada sedikit penambahbaikanlah nanti bila Zafril ambil alih tugas ini sepenuhnya.”
Alissa memandang wajah Zafril yang masih menunjukkan riak tenang. Boleh lelaki ini tayang riak tenang dan tidak bersalah seperti ini?
I bukan nak kerja sangat dengan you tapi papa dah arahkan I untuk bekerjasama dengan you sebab kononnya you berpengalaman berbanding I.”
Hoi Zafril, kau ingat aku nak sangat ke kerja dengan kau?!
“Saya tak kisah pun siapa yang akan jadi ketua kepada projek ini, cuma saya harap sebagai ketua Encik Zafril boleh menegur apa-apa kesalahan dan ketidaksesuaian yang dilakukan semasa projek inilah.”
Lain yang dia jerit dalam hati, lain pula ayat yang keluar di mulut.
“I akan tegur apa-apa yang I rasa I tak suka.”
Alissa menahana geram. Pagi-pagi lagi dah baut mood dia musnah. Takde mood lagi nak teruskan kerja pada hari ini. Moody sepanjang harilah nampaknya dia pada hari ini.
Okay, kalau macam tu Datuk, Encik Zafril, saya keluar dululah. Lagipun Encik Zafril macam dah tak sabar-sabar lagi nak tengok koleksi-koleksi ini disiapkan, kan?”
“Yeah! Baguslah kalau you boleh baca hati I.”
Alissa tayang senyuman paksa depan Datuk Ibrahim. Lima puluh minit bertekak dengan Zafril buat dia rasa macam lima puluh jam berada dalam bilik Datuk Ibrahim! Sumpah bengang dan marah. Kalau boleh dia nak bakar aje pejabat Zafril!
Idiot!
p/s: Agaknya apehal Zafril ni asyik nak kenakan Alissa aje? Macam anjing dengan kucing pula dua orang ni. Ish, sampai bila nak bergaduh? :)


2 comments:

  1. uwwaaaa.... cpt2 lah update yee
    dah KPI tergantung..
    Hrp sri blh gantikan ngn cite ni ye

    ReplyDelete
  2. Hai Amy zaty!!!
    KPI kugantung dalam keterpaksaan. Ewah, gitu.
    Hahaha, thanks fr your support dear.
    InsyaAllah Sri akan up cerita ni ya.

    ReplyDelete