Monday 3 March 2014

Bab 5 Dia Lelaki Untuk Aku


Yasmin menolak perlahan pintu kaca kedai dan melangkah masuk. Melihat wajah yang sudah tersembul di depannya, perlahan-lahan bibir Yasmin mengukir senyuman. “Dah lama ke kau sampai Laili?”
“Kau tanya dah lama ke? Kau tengok jam ke tidak?”
Yasmin sengih lagi. “Kot-kot la baru sampai. Kan aku cakap aku datang kedai lambat sikit, manalah tahu kau pun curi tulang jugak.”
“Baik sikit eh, aku ni pekerja yang rajin dan berdedikasi. Aku suka bekerja. Satu hari tak tengok bunga boleh sesak nafas tau!” Yasmin tergelak besar. Amboi, over!
“Kerja enam hari seminggu, kang husband kau marah pulak.”
Laili ketuk kepala Yasmin dengan batang bunga lili. “Husband apa benda.. Aku tak jadi kahwin dengan dia pun.”
Yasmin mengeluh hampa. Kaki dibawa menghala ke meja kecil di sudut kedai. “Kau dah fikir habis-habis ke Laili? Aku bukan apa, aku tengok Nazmi tu sayang sangat dengan kau… Kau aje kot yang ragu-ragu.”
Laila masih tegak berdiri di kaunter. Tidak berganjak. Berbual jarak jauhlah nampak gayanya. “Memanglah sayang, aku pun sayang jugak. Siapa cakap aku tak sayang? Sayang tau.. Cuma aku tak bersedia lagilah Yas.”
“Kau nak bersedia macam mana?”
“Kau tu kenapa tak kahwin?” Bidas Laili dengan soalan yang hampir sama maksudnya.
“Takde calon.”
Amboi, senang aje jawapan Yasmin, tiada calon. Kalau tiada calon kenapa tak cari? “Kau tu saja je cari alasan sedangkan kau pun tak nak kahwin lagi, kan?”
Yasmin menggeleng. “Kalau boleh aku memang nak kahwin, nak keluar dari rumah aku tu tapi dah memang aku takde calon. Sumpah!”
Laili melabuhkan duduk di kerusi kaunter. Mengeluh berat. “Aku tak tahu apa yang sebenarnya aku nak Yas. Aku sayangkan Naz, tapi aku tak yakin dengan dia. Kau tengoklah kerja dia pun tunggang langgang, tak tahu macam mana aku nak bina hidup dengan dia.”
“Habis kenapa kau terima pinangan dia haritu?”
Bibir mengeluh berat. “Mak aku suruh. Risau kalau nanti takde orang lain nakkan aku lagi.”
Yasmin menongkat dagu sambil memandang ke arah Laili. “Dia kerja, bukan tak kerja. Sekarang pun dah dapat kerja tetap di syarikat apa yang kau cakap hari tu?”
“F & F Holdings.”
Yasmin pentik jari. “Yes. That company! So, aku rasa takde masalah kalau dia dah ada kerja tetap. Apa lagi yang membebankan kepada otak kau?”
“Rumah?”
Yasmin tepuk dahi. “Ya Allah, rumah yang kau fikirkan sampai nak beruban kepala kau tu?”
Laili angguk.
“Laili, sebab rumah kau tak nak kahwin dengan Nazmi? Tolonglah Laili, dia tu baik sangat, solat, siap boleh jadi imam lagi.. Apa lagi kau nak cari.. Oh ya, rumah! Pasal rumah tu jangan risau, nanti mesti Naz akan sediakan rumah untuk isteri dia. Takkanlah dia nak bawa kau tinggal dengan emak mertua kau pulak.. Tapi, kalau ya pun apa salahnya, abang long aku duduk dengan kami semua okay je.”
Okay kepala hotak kau! Yang mak kau asyik perli dia tak sediakan rumah untuk kak long kau tu apa?”
“Tu lain.. Tu sebab kak long aku yang tak nak pindah sebab susah nak tinggalkan Ila dengan orang lain bukan sebab abang long aku tak nak beli rumah.” Yasmin membela Izlan.
“Ye lah tu… dah la, malas cakap pasal benda ni lagi. Apa cerita Langkawi?”
Yasmin bingkas bangkit mendekati kaunter. “Kau nak tahu sejarah Langkawi ke?” Bibir mengukir senyuman mekar.
No! Bukan pasal sejarah. Aku nak tahu apa kau beli untuk aku dan apa cerita pengirim nota misteri tu?”
Siot! Amee cerita dengan kau eh?” Yasmin tumbuk meja perlahan.
“Haruslah dia cerita.” Laili tergelak besar melihat muka cemberut Yasmin. Geramlah tu. “Mana nota tu, nak baca.”
“Ehh, apasal pulak aku nak kena bagi kau baca? No way!”
Laila tampar kuat tangan Yasmin. “Amee boleh baca, kenapa aku tak boleh baca?”
“Sebab Amee ada dengan aku waktu tu.. Kalau dia takde dia pun takkan baca.”
“Aku nak baca! Tak kira.” Laili merampas beg tangan Sembonia di atas meja kaunter. Tangan sibuk menyelongkar isi beg berwarna beige itu.
“Aku tak bawak pun.” Serentak itu tangan terus berhenti menyelongkar. Mata yang tadi tepat menikam isi dalam beg tangan sudah berubah arah ke wajah Yasmin.
Bongoklah kau ni.. Kedekut!”
subtle-dian-pelangi-01.jpg (640×426)

Yasmin tergelak perlahan. Jangan harap dia nak tunjukkan nota itu pada Laili. Never! Nasib baiklah dia dah simpan semua nota-nota itu dalam kotak rahsia dia di dalam almari. Kalau masih ada dalan beg tangan sah Laili akan baca. Bukan dia tak kenal perangai Laili, main serbu aje apa yang dia nak. Umur dah dua puluh lima tapi masih lagi macam budak-budak.
Selendang yang terlilit di kepala dibetulkan sedikit. “Aku ada belikan kau coklat. Dalam beg kertas putih tu. Nanti kau bawak balik semua tu tau.”
“Yang oren ni siapa punya?”Jari telunjuk lurus ke arah beg kertas berwarna oren yang bersaiz sedikit besar berbanding beg kertas miliknya.
“Fahmi punya.”
“Kenapa dia punya besar? Kau pilih kasih!” Laili buat-buat merajuk.
“Yang tu ada kain batik dua helai dengan kaftan buat tidur. Kalau belikan kain batik untuk kau membazir duit aku aje.. Bukan kau nak pakai pun.”
Laili tergelak besar. Memang takkan pakai! Duduk rumah pakai seluar pendek dengan singlet aje, bila masa nak berkain batik bagai.
Beg kertas berwarna putih di atas menja disambar laju oleh Laili. “Toblerone! Aduh, ini yang aku sayang kau sangat-sangat ni Yas! Thank you!”
“Sama-sama. Dah la, mana tempahan? Aku dah empat hari tak menggubah bunga ni. Rindu!”
Satu buku berkulit keras warna hijau muda dihulurkan kepada Yasmin. “Nah.”
Satu per satu tempahan yang diterima di belek. “Banyak jugak eh? Kesian kau kena buat kerja sorang-sorang. Sorry!” Lengan baju ditarik sedikit ke atas. Bersiap sedia untuk memulakan kerjanya.
“Aku tak kisah pun pasal kena kerja sorang-sorang dekat sini sebab Fahmi boleh tolong aku. Lepas hantar bunga aje dia pun tolong gubah bunga sekali dengan aku jugak. Cuma yang aku bengang bila Fahmi tu buat muka ketat dia. Rasa macam nak gunting aje mulut dia tu!” Yasmin membulatkan matanya.
Fahmi yang banyak songeh tu tolong Laili? Biar betul! Kalau dia minta tolong bukan susah lagi Fahmi nak tolong. “Baiknya Fahmi tolong kau..”
“Sebab aku tempik dia.. Kalau dia tak tolong aku, aku tempik lagi. Malas nak dengar aku mengamuk kot.” Yasmin menghamburkan ketawa. Patutlah Fahmi tolong, kena marah rupanya.
“Tak baik kau buat Fahmi macam tu tau. Dia bukan tak nak tolong tapi kau tahu-tahu ajelah bila dah delivery bunga, penat. Tempuh jammed sana sini.. Kau duduk aje dekat dalam kedai ni bukan pergi mana pun.”
Laili mendengus kecil. “Kau tu bagi muka sangat dekat Fahmi. Aku tak fahamlah kenapa kau ambil dia kerja dekat sini. Padahal Fahmi tu ei.. tak tahulah aku nak cakap macam mana. Menyombong Ya Allah!”
Nafas dilepaskan perlahan. Macam anjing dengan kucing. Entah macam mana Laili bergaduh dengan Fahmi masa dia tak ada pun tak tahulah. Nasib baik tak musnah kedai bunga dia ni. “Kau cakap baik-baik dengan Fahmi tu mesti dia tolong kau. Lagipun aku kesian dengan dia sebab mak dia sakit. That’s why la aku bagi dia kerja.”
“Mula-mula bagi kerja lepas tu nanti bagi hati?”
Jelingan tajam dihadiahkan kepada Laili. “Jangan merepek boleh tak?”
“Apa yang merepeknya? Kalau dengan mak dia kau dah cair, nanti bila mak dia minta kau kahwin dengan dia, kau pun setujulah kan?”
“Kau ni cakap… main ikut sedap mulut kau aje kan? Entah-entah Fahmi tu dah ada kekasih, mak dia aje yang tak tahu. Dah la, merepek je!”
“Ada kekasih ke? Ada ke yang nak denga dia? Lelaki macam tu tak sesuai buat suami kau tahu tak? Harap muka aje kacak giler tapi angin satu badan. Menyampah aku.” Yasmin sengih sambil tangannya ligat memotong batang bunga ros. Teringat tentang sesuatu, Yasmin segera mengangkat wajahnya.
“Laili, tempahan hantaran yang Cik Sofea tu bila?”
“Dua minggu lagi. Sebelas dulang tau.. Kau jangan lupa dia nak semua rose putih. Kalau silap sikit kau tahu-tahulah macam mana perangai Cik Sofea tu kan, mengamuk mengalahkan singa betina.” Amboi, pandai Laili mengata Sofea padahal dia tu pun kalau mengamuk boleh tahan juga macam singa!
Noted!”
Wajah Fahmi yang masam mencuka dipandang tanpa kelip. “Tak suka ke coklat yang Yas beli tu..  Atau baju kaftan dan kain batik tu tak elok?”
“Kenapa bagi aku coklat? Ada aku kirim ke? Ni kain batik bagai ni, nak buat apa?” Eii, memang kalau ikutkan hati nak aje dia ketuk kepala Fahmi ni! Perangai tak macam orangberumur dua puluh lapan tahun langsung!
Dah la dapat hadiah, boleh pula nak marah-marahkan dia. Dah tu suara tak reti nak berlembut sikit pun. Ton suara kasar aje macam selalu.
“Memanglah awak tak suruh Yas beli tapi Yas beli sebab Yas teringatkan Mak Cik Nor. Lagipun Mak Cik Nor tu baik sangat dengan Yas, apa salahnya kalau Yas belikan dia sesuatu. Awak pun dah banyak sangat tolong Yas dekat kedai ni.”
“Jadi kau nak rasuah aku lah?”

Yasmin pantas menggeleng. “Tak, bukan rasuah. Saguhati. Lagi pun buat apa Yas nak bagi awak rasuah.. Macamlah awak tu ada syarikat besar tender berjuta-juta. Yas beli untuk awak dan Mak Cik Nor. Yas ikhlas.” Ya, dia teringatkan Puan Noriah ketika dia membelek baju kaftan bercorak batik itu. Seronok rasanya dapat membeli untuk seseorang yang dia anggap macam emak dia sendiri.
Kalau nak belikan untuk Puan Rohana memang jangan haraplah mak dia nak terima pemberian dia. Silap-silap Puan Rohana campak ke lantai aje. Dah banyak kali sangat dia kena macam tu sampai dah tiada hati lagi nak belikan apa-apa.
Tapi setiap kali dia tak bagi hadiah setiap kali itulah mulut Puan Rohana akan becok mengata dia itu dan ini.
“Hoi?”
Yasmin beristighfar dalam hati. Berangan tanpa sedar. “Sorry! Awak ambillah ya, Yas balik dulu. Assalamulaikum.”
Fahmi mengejar Yasmin yang sudah menarik pintu kereta Suzuki Swift kelabu miliknya. Pintu kereta ditarik kuat semua supaya terbuka semula. “Aku tak nak.”
Beg kertas warna oren yang dihulurkan kepadanya itu dipandang dengan hati yang sedih. Sedih gila bila dah bagi hadiah tapi orang tak sudi nak terima. Fahmi ni pun spesis macam mak dia juga ke? Jenis tak reti nak menghargai orang. “Kenapa?”
“Kau nak beli hati aku?”
Yasmin tergelak kecil. “Awak ni mamai ke Fahmi? Kenapa Yas nak buat macam tu?”
Fahmi melarikan pandangan matanya yang berlaga dengan Yasmin. Ada rasa kurang senang dengan gadis bertudung di hadapannya ini. “Kau jangan ingat bila kau baik dengan mak aku, kau boleh beli aku sekali.”
“Yas tak cukup kaya untuk beli hati awak. Dah la, Yas balik dulu. Kirim salam pada Mak Cik Nor.”  Pintu kereta sekali lagi cuba ditarik namun dihalang oleh Fahmi.
“Kau tak faham bahasa ke Yas? Aku cakap aku tak nak, aku tak nak lah!” Beg kertas itu sekali lagi dihulur di depan muka Yasmin.
“Kalau awak tak nak, awak bagilah pada Mak Cik Nor. Anggaplah semua tu untuk Mak Cik Nor bukan untuk awak.”
Fahmi berdengus kasar. Susah nak berdepan dengan Yasmin ni. Keras kepala! “Kau ni reti bahasa ke tidak? Sebelum aku campak beg ni atas jalan ni, baik kau ambil.”
“Tak nak. Kalau awak tak sudi takpe lah, campak je.”
Tubuh Fahmi keras dihadapan Yasmin. Beg kertas itu digenggam kuat. Geram dengan sikap keras kepala Yasmin tunjukkan. “Fine!”
Yasmin hanya memerhatikan sahaja Fahmi yang berlalu ke arah motosikalnya. Kenapa nak marah pulak. Dapat hadiah pun nak marah-marah lagi. Tak faham betul dengan orang macam ni!
Melihat jam sudah berganjak pukul 5.40 petang, Yasmin memboloskan tubuhnya ke dalam kereta. Dia perlu menjemput Ila balik dari sekolah. Kalau lambat nanti ternanti-nanti pula anak saudara kesayangan dia tu.
Kereta Suzuki Swift berhenti betul-betul di hadapan pagar sekolah. Mata melilau mencari kelibat Ila. Tak keluar lagi ke? Jam di dashboard dikerling. Pukul 6.30 petang. Tadi dia janji dengan Ila pukul 6.15 petang. Mana pula pergi budak kecil ni.
Hati mula di amuk dengan perasaan bimbang kerana kelibat Ila masih tidak muncul walaupun sudah lima minit dia menunggu. Melihat ada beberapa buah kereta yang sedang menunggu di perkarangan sekolah, hati Yasmin berdetak laju. Enjin kereta dimatikan. Tas tangan yang diletakkan di bahagian bawah sebelah tempat duduk penumpang dicapai kasar.
“Assalamulaikum, encik. Maaf mengganggu, saya nak tanya semua budak dah keluar ke?”
“Oh belum lagi puan. Sekejap lagi. Mungkin hari ni latihan sukan lambat sikit habis.” Yasmin melepaskan nafas kelegaan.
“Terima kasih ya encik.” Yasmin melemparkan senyuman kepada penjaga sekolah. Kaki melangkah ke bangku berwarna putih yang disediakan di sebelah pondok jaga. Senang sikit Ila nampak dia sekejap lagi.
Ya Allah, risaunya dia tadi! Dah la dia sudah terlewat lima belas minit, bila datang Ila pula tak muncul-muncul. Mestilah dia risau! Jalan pula sesak sebab ada beberapa jalan yang ditutup sempena kedatangan Justin Bieber ke Malaysia.
Konsert pula akan diadakan malam ini. Di mana? Ha, jangan tanya sebab dia memang tak tahu! Nasib baiklah dia tak minat dengan konsert macam ni, kalau tak dia pun dah turut serta juga. Terkinja-kinja bersama manusia lain. Nauzibillah. Jauhkanlah dia dari apa-apa bentuk hiburan yang melalaikan.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Ingatlah bahawa Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai.” (HR Tarmidzi dan Khatib).
Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.” Maksudnya ialah Malaikat Izrail iaitu malaikat yang diutuskan oleh Allah swt untuk mencabut nyawa manusia sentiasa menjenguk manusia sebanyak 70 kali setiap hari. Bayangkanlah jika ketika dia sedang terkinja-kinja berseronok, datang Malaikat Izail untuk mencabut nyawanya ketika itu. Yasmin menggeleng kepalanya tanpa sedar. Nauzibillah. Tidak sanggup dia mati dalam cara yang seperti itu.
Dari jauh Yasmin sudah ternampak kelibat Ila berlari-lari ke arahnya. “Acik Yas!” Tangan Yasmin diambil dan dicium.
Yasmin tunduk mencium kepala Ila. “Ei, busuk peluhlah anak sedara Acik Yas ni.”
“Memanglah busuk sebab Ila lari laju-laju masa dekat padang tadi.”
“Kalau macam tu jom kita balik lepas tu mandi.” Yasmin bangkit menarik tangan Ila. Berpimpin tangan dengan si kecil itu ke kereta.
“Acik Yas, boleh tak kalau kita pergi kedai?”
Langkah Yasmin terhenti. “Ila nak beli apa?”
“Nak beli ais krim boleh tak?”
“Sekarang ni?”
Please.” Luluh hati mendengar suara manja Ila.
Yasmin tergelak kecil melihat wajah Ila yang memancing simpatinya. Dah la berpeluh tak mandi, nak makan ais krim pulak! Dekat rumah dah makan coklat, sekarang ais krim. Hai, nasib baiklah ada sorang aje anak sedara.
Tutti Fruitty, nak tak?”
Spontan Ila melompat kecil. “Nak! Acik Yas, you are the best one!” Pandailah Ila nak ambil hati dia.
“Jom.”

11 comments:

  1. Amboi, bkn main Ila, dpt terus ais krim tutti fruitty drpd acik yasmin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukakan kalau dapat mak sedara macam gini. Nak aje terus dapat. Ehek!

      Delete
  2. best...hope ada lgi n3 tntang ADDS n KPI...
    keep it up writer!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADDS dan KPI belum up entry baru lagi.
      Layan dua cerita baru ni dulu ye! ;)

      Delete
  3. mesti capital 'F' tuu Fahmi..hihihi Keep It Up!
    hope ada lgi next n3 utk ADDS n KPI

    ReplyDelete
  4. Sri....KPI plsssss...ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik writer cite nie tak sambung lagi ker. Cite menarik and please sambungkan and kalau boleh habis kat blog jer... hehe banyak plak permintaan kan....

      Delete