Friday 28 March 2014

Bab 7 Cinta, Jangan Sakiti Aku

Kain berwarna hitam yang terhampar di atas meja diperhatikan sahaja. Selepas bertengkar dengan Zafril tentang rekaannya sebentar tadi, Alissa tiada mood mahu menjahit. Nak gunting kain pun malas!
Sudahnya Alissa duduk semula di kerusi kulitnya. Merenung kain yang diimport dari Milan tanpa perasaan. “Malasnya nak buat kerja!” Kepala dijatuhkan di atas meja. Sumpah takde mood mahu bekerja sejak dia bekerja satu bumbung dengan Zafril.
Kenapa sikap Zafril tidak pernah berubah? Lelaki itu masih lagi kasar dan sombong! Ingatkan selepas lima tahun tidak berjumpa, lelaki itu akan berubah. Bahkan dia selalu berdoa agar dia tidak berjumpa dengan Zafril lagi!
Tidak sangka selepas beberapa tahun Zafril tinggalkan Malaysia, lelaki itu kembali semula. Ingatkan tak ingat nak balik lagi dah!
Alissa menggeleng-gelengkan kepalanya yang masih melekap di atas meja kerja. “Kenapa kau balik..Kenapa kau balik?!” tidak berpuas hati dengan kepulangan Zafril yang mengganggu emosi kerja dia.
Dua tahun dia bekerja di sini dengan tenang, bila Zafril muncul terus hidup dia huru-hara. Itu baru sehari, kalau sebulan Zafril di sini entah macam mana hidup dia nanti. Tunggang-langgang macam kapal mahu karam?
Alissa mengeluh berat. Berat betul dugaan dia kali ini. Berdepan dengan Zafril sekurang-kurangnya lima kali seminggu bukan benda mudah! Lelaki itu akan menjadi pemantau untuk setiap rekaan terbaru.
“Apa aku nak buat ni...”
Telefon bimbit yang berbunyi mengejutkan Alissa.
Tubuh tersentak sedikit. “Oh, Allah!”
Iphone 5s yang berada di atas meja dipandang. Nama Kak Una Sayang tertera di skrin. Penggilan Husna buat dia terkejut macam terkena renjatan elektrik. Nasib baik dia melatah Oh Allah! Kalau dia sebut yang bukan-bukan tadi.. Ish. Mulut ni janganlah melatah yang pelik-pelik.
“Assalamualaikum, Kak Una.”
“Ha, Lisa, buat apa tu?”
“Takde buat apa.. Termenung sambil tengok kain aje. Kot-kot kain tu boleh jadi baju sendiri..”
Alissa dengar Husna tergelak sakan di sebelah sana. “Lisa, kalau tak gunting, tak jahit, takdenya kain tu nak jadi baju sendiri. Lisa ingat Lisa ni ada magik ke?”
Alissa menongkat dagu. “Kak Una, Lisa tak tahu Lisa boleh bertahan ke tidak..”
Husna mengeluh lemah. “Lisa, Kak Una dah jangkakan benda macam ni. Lisa nak tukar kerja ke?”
“Tak tahu...”
“Lisa, takkan Lisa nak mengalah macam ni aje? Zafril akan susahkan Lisa lebih banyak daripada ini. Dia akan buat Lisa sengsara! Kalau Lisa rasa Lisa tak mampu lagi nak bertahan, Kak Una cadangkan Lisa angkat kaki lebih awal sebelum Lisa lebih tertekan.”
“Kak Una, kalau Lisa mengalah macam ni aje, Zaf lagi seronok nak kenakan Lisa..” Lemah suara Alissa mengadu kepada kakaknya.
“Tahu pun! Kak Una memang sengaja telefon Lisa sebab Kak Una nak check Lisa ni okay ke tidak. Dah agak yang Lisa ni memang tak okay walaupun berbakul mesej yang Kak Una hantar pada Lisa!”
“Lisa tak tahu nak buat apa. Hari ni dia bertengkar dengan Lisa pasal rekaan baju. Lisa memang geram betullah kak!”
“Apa dia buat?”
“Dia sengaja nak tukar rekaan Lisa ikut sedap hati dia je. Kak Una tahu tak selama ni apa yang Lisa design tak pernah pun ada orang kondem kecuali Roslan di patah tangan yang suka buat Lisa naik angina tu! Dia datang je terus nak kondem apa yang Lisa buat. Sakit hati Lisa ni tau tak?!” Alissa meluahkan rasa yang terbuku di hati.
Husna melepaskan nafas berat. “Sabar ye dik. Tu semua dugaan. Biasalah, hidup ni memang ada dugaan. Lisa kena kuat. Mungkin Zaf sengaja nak usik Lisa.”
Hati Alissa terusik dengan kata-kata Husna. Kenapa kakak dia pujuk dia sampai macam ni sekali. “Kak Una janganlah buat Lisa nangis..”
Tawa Husna meletus kuat. “Kak Una nak tenangkan hati Lisa aje. Yang Lisa touching lebih-lebih ni kenapa?”
“Mestilah Lisa touching sebab Kak Una ambil berat pasal Lisa..”
“Ye lah. Ye lah. Jangan nak sedih sangat. Kak Una telefon ni sebab nak tahu keadaan Lisa dekat sana aje. Dah, jangan sedih-sedih. Kerja kuat! Kumpul duit banyak-banyak, nanti boleh buka butik sendiri.”
Alissa menyelit rambut ke belakang telinga. “Kak Una, thanks!”
“Ye... Sama-sama! Jangan nak lembut hati sangat. Kak Una tahu adik Kak Una ni kuat orangnya! Berusaha!”
Alissa tergelak kecil bila Husna menjerit perkataan berusaha kepadanya.
“Baik Kak Una! Lisa nak sambung buat kerja. Bye!”
Bye!”
Telefon bimbit diletakkan di atas meja semula. Alissa menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengosongkan fikirannya yang asyik berfikir tentang Zafril. Kepala di jatuhkan di atas meja sekali lagi. Kenapa kepala otak dia asyik nak terfikirkan tentang Zafril?
Parah!
Takkan dia mengharapkan sesuatu daripada lelaki itu selepas lelaki itu kembali semula ke dalam hidupnya?
“Oh, Lisa! Jangan fikirkan pasal dia lagi!” Kepala diketuk perlahan dengan jari-jemari tanpa mengangkat muka.
“Pasal siapa?”
Alissa spontan berdiri tegak. Terkejut bagai nak gila dengan suara yang tiba-tiba sahaja datang menyergah. Melihat wajah Zafril yang tiba-tiba tersembul di depan mukanya, Alissa melepaskan keluhan. Muncul tanpa diundang.
“Encik Zafril tak reti ketuk pintu ke?” Suara Alissa sedikit marah.
“I kena ketuk pintu ke kalau nak masuk bilik orang bawahan I?”
Alissa menjeling ke tempat lain. Ya Allah, sabarkan hati dia yang memang kurang sabar ini!
“Kalau nak masuk bilik sesiapa sekali pun kena ketuk pintu dulu. Takkan tak belajar adab? Where are your manners?
“Tak. Tak tahu!”
Malas mahu memanjangkan pertengkaran yang memang jelas tiada kesudahannya, Alissa duduk semula di kerusi kulitnya. “Encik Zafril nak apa?”
“Saja, nak tengok design baju yang you janji nak siapkan tu. Mana?”
Pen di atas meja diambil dan digenggam kuat. Mengharapkan pen itu memberikan dirinya sedikit kekuatan melalui genggaman yang maha kuat. “Encik Zafril baru cakap pasal rekaan baju tu lepas makan tengah hari tadi, takkan sekarang dah nak tengok?”
“Kenapa, tak boleh ke kalau I nak tengok?”
“Boleh tapi kan rekaan itu baru diberi kepada saya. Kan Encik Zafril sendiri saya boleh ambil masa saya untuk siapkan baju tu...” Alissa cuba memberikan alasan.
You belum buat?”
Alissa terdiam.
“Dah buat ke belum buat?” Zafril ulang soalannya sekali lagi. Riak muka masih serius. Tiada masa mahu bermain-main dengan Alissa.
“Belum.”
Zafril tepuk dahinya. “Macam mana papa I boleh cakap you ni pereka fesyen yang paling terbaik dia pernah ada? Oh my God. I tak fahamlah kenapa papa I suka sangat pekerja yang suka tangguh kerja macam you ni?”

Dada mula berombak-ombak menahan amarah. Zafril cuba memperlekehkan dia? Cuba merendah-rendahkan dia?
“Encik Zafril ni kenapa? Apa yang Encik Zafril tak puas hati dengan saya?” Alissa mulai hilang sabar. Lelaki ini asyik cari pasal dengan dia sejak kelmarin lagi!
“Kenapa you nak melenting? I ada cakap benda yang tak betul ke?”
Nafas Alissa naik turun. Hati beristighfar beberapa kali. Memang dia rasa mahu koyak mulut Zafril!
“Kalau ada benda yang Encik Zafril tak puas hati dengan saya, you can talk straight to the point. Tak perlu nak berselindung bagai! Saya tak faham bahasa isyarat.”
Zafril tergelak kecil. “Wow. Alissa marah! Tak sangka Alissa Mohammad pandai marah. I am so impress!” Zafril menyentuh dadanya. Kononnya terkejut melihat keadaan Alissa yang melenting.
Alissa rasa seperti mahu menangis! Kenapa Zafril main-mainkan dia seperti ini.
“Kalau Encik Zafril tak suka saya kerja di sini. Saya boleh berhenti kerja.” Perlahan Alissa bersuara. Dia perlu tahu kalau Zafril mahu dia meninggalkan syarikat ini, dia sanggup melakukan demikian asalkan Zafril tidak memperlekehkan dia seperti ini. Dia hanya mahu bekerja dengan tenang. Mahu bekerja dengan ikhlas.
“Ada I cakap you perlu berhenti?”
Alissa menggelengkan kepalanya.
Then tak perlu nak buat isu. I takde cakap apa-apa. I cuma tanya pasal rekaan baju yang you janjikan tadi.”
Bibir diketap kuat sebelum dia bersuara. “Saya belum siapkan sebab takde mood nak melakar.”
“Nak I tolong?”
Alissa terasa seperti mahu pitam! Biar betul Zafril nak tolong dia. Tahukah lelaki ini melakar pakaian?
“Er, takpe. Saya boleh buat. Nanti saya serahkan kepada Encik Zafril sebelum pukul 6.00 petang.”
“Betul tak perlukan pertolongan I?”
Alissa mengangguk laju. “Saya boleh buat sendiri. Jangan risau.”

Okay, good then. I tunggu rekaan tu sebelum pukul 6.00 petang. Kena lakar aje kan, bukannya kena gunting atau jahit baju. I pegang kata-kata you.”
Mata melirik ke arah jam yang tergantung di atas pintu keluar. Sekarang pukul 3.30 petang. Tiada masalah untuk dia melakar dalam tempoh sejam. Sekejap aje nak melakar cuma antara rajin dan tidak sahaja. Kalau takde mood memang sukar juga mahu melakar rekaan.
“Nanti saya akan hantar ke bilik Encik Zafril.” Alissa berdiri di hadapan Zafril. Mahu Zafril faham bahawa dia mahu lelaki itu meninggalkan biliknya ketika ini. Kalau boleh sekarang ini!
“Kain ni kenapa belum gunting?” Zafril bergerak ke arah meja tengah yang dibentangkan kain hitam dari Milan.
Alissa mula terasa serabut. Badannya terasa panas walaupun suhu penghawa dingin menunjukkan angka 21 ketika ini. Alat kawalan jauh penghawa dingin dicapai dan suhu diturunkan sedikit.
“Panas ke?”
“Ah, yes. Panas.”
Or tak selesa I ada di sini?”
Alissa rasa nafasnya berlari tempo. Tidak faham apa yang sedang berlaku kepada dirinya ketika ini. Takkanlah dia rasa sesuatu terhadap lelaki itu. Oh, tak mungkin! Kenapa dia berasa tidak selesa berdua-duannya dengan Zafril di dalam biliknya?
Ya Allah, kenapa dia bersikap seperti ini?
“You nampak macam tak selesa?”
“Tak. Saya okay. Encik Zafril perlukan apa-apa pertolongan lagi?” dalam hatinya dia berdoa agar Zafril lekas-lekas meninggalkan biliknya! Dia tidak mampu lagi untuk berkongsi udara yang sama dengan Zafril di dalam bilik ini!
“Halau I?
Alissa menggeleng lemah. Tak halau tapi tak selesa. Kalau boleh nak aje dia menjerit seperti itu kepada Zafril.
“Tadi Encik Zafril cakap nak tengok rekaan tu hari ini juga jadi saya kena mula melakar sekarang takut tak siap pula.”
Do it now. I can wait here.”
Selamba sahaja Zafril menghenyak punggungnya di sofa berwarna kelabu di dalam bilik Alissa.
“Saya tak biasa buat kerja kalau ada bos tengok saya buat kerja.” Alissa memaksa bibirnya mengukir senyuman.
I tak tengok you buat kerja. I tunggu di sini.”
Alissa kehilangan kata-kata. Tak tahu nak cakap apa lagi supaya lelaki ini faham untuk keluar. Langsung tidak berganjak dari sofa di bilik Alissa. Buat pekak dan buat bodoh sambil membelek majalah fesyen di tangannya.
Sudahnya Alissa terduduk malas di kerusi kerjanya. Lantak kaulah bos!

p/s : Thank you kepada redears yang tinggalkan komen dan suka dengan cerita baru Sri ni. Hikhik. InsyaAllah Sri akan tulis laju-laju dan post entry selalu. Doakan ya!
Hug.


9 comments:

  1. Huh klu saya Lisa saya pon stress tahap kucing nk beranak.. Cukup mendesak dan menyemak jer zafril ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa, cik anon kalau jadi Lisa agaknya dah hempuk fail atas kepala Zafril kot. ;)

      Delete
  2. Best.... X sabar nk tunggu next n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak entry keluar baru reply komen kan.
      Dush! Sorry ta Nur Alyn.. Terima kasih sebab tinggalkan jejak di sini. HIks!

      Delete
  3. Replies
    1. Thank you thank you thank you!
      Baca lagi okay

      Delete
  4. Seriously annoying la mamat ni!

    ReplyDelete