Tuesday 22 April 2014

Bab 13 Cinta Jangan Sakiti Aku



Alissa melangkah masuk ke dalam rumah perlahan-lahan. Letihnya dia sepanjang hari ini. Dah la berjalan ke sana ke sini dengan Tuti lepas tu Zafril pula culik dia sampai malam.
“Ha, balik pun cik puan ni.. Ke mana adik oi? Kak Una telefon tak dapat! Risau Kak Una tahu tak?”
“Lisa keluar dengan bos Lisa tadi. Bateri telefon mati..”
Tubuh yang keletihan dibaringkan selamba di atas sofa yang diduduki oleh Husna. Kepala direbahkan di atas peha Husna. “Kak Una, picit kepala Lisa. Pening..”
“Jumpa bos mana ni sampai pening kepala?”
“Bos paling gila..”
Husna tergelak kecil sambil tangannya memicit lembut kepala Alissa. “Bukan ke Una keluar dengan Tuti, macam mana pula boleh keluar dengan bos ni?”
“Dia culik Lisa..”
Urutan di kepala Husna terhenti secara tiba-tiba. “Dia nak apa? Dia ugut Lisa? Dia ada apa-apakan Lisa tak tadi?”
Alissa mencari tangan Husna dengan keadaan mata yang terpejam. “Tangan tu janganlah berhenti picit.. Picitlah lagi. Mulut aje cakap.”
Husna mencubit perut Alissa. Sempat lagi nak suruh orang picit kepala dia. “Kak Una ni separuh mati risaukan Lisa dekat rumah, Lisa boleh balik suruh Kak Una picitkan kepala? Now, tell me what happened.”
“Takde apa-apa pun yang berlaku.”
“Alissa!” Sekali lagi tangan Husna mencubit perut Alissa. Spontan mata Alissa terbuka luas.
“Kak Una! Sakitlah. Ei, tangan tu dekat kepala Lisa bukan perut Lisa. Nasib baik tak terkeluar isi tau..”
“Mana Zaf bawa Lisa? Apa dia nak?”
“Pergi masuk hutan.. Tak nak apa-apa pun. Saja berbual.”
“Lisa, bangun.. bangun duduk sekarang!” Bahu Alissa ditampar sedikit kuat. Geram betul dia. Macam mana nak berbual kalau mata Alissa terpejam macam ni. Silap-silap dia bercakap seorang diri dan Alissa tidur.
“Kak! Sakitlah.”
“I said get up!”
Suara Husna sudah naik meninggi sedikit. Alissa mengalah sebelum Husna mengetam dia dengan lebih kuat. Kalau Husna mula ketam kau gila kalau tak menjerit. Sakit nak mampus!
“Apa.. apa. Kak Una nak cakap apa. Sepuluh minit sebelum Lisa naik atas nak charge telefon. Abah mesti risaukan Lisa.”
“Ohh, abah risau Lisa ambil berat ye. Ni Kak Una risaukan Lisa ni macam mana? Nasib baik tak kena heart attack tau tak.”
“Kak Una ni.. Ada pula minta sakit..” Jelingan tajam dihadiahkan kepada kakaknya.
“Dah jangan cakap banyak. Mana dia bawa Lisa tadi?”
“Naik atas bukit.. Dalam hutan sikit.”
“Nak buat apa? Dia ada apa-apakan Lisa tak?”
Alissa menggaru kepala yang berserabut. “Kak! Takde lah.. takde buat apa-apa pun. Dia hanya nak berbual dengan Lisa aje.”
“Lagi?” Ujar Husna sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen. Televisyen yang menayangkan cerita Jodoh Itu Milik Kita di Mustika HD dipadamkan. Esok-esok boleh tengok ulangan.
“Lagi apanya kak.. memang takde apa-apa. Berbual dan dia hantar Lisa balik.”
Bahu Alissa diketuk dengan alat kawalan jauh televisyen. “Takde apa-apa Lisa cakap.. Kalau takde apa-apa takkanlah sampai pukul dekat pukul 10 malam macam ni baru balik?”
“Zaf singgah solat di masjid dulu.. lepas tu kami pergi makan dan balik. That’s all.”
Husna mengeluh kecil. “Lisa, dia tu dah ada kekasih.. Lisa kena buka laman internet dan tengok gambar-gambar mereka. Kakak tak mahu Lisa terluka.”
“Kak Una! Lisa takde apa-apa perasaan pada Zaf lah kak! Apa benda Kak Una merepek ni?”
“Umi dengan abah tahu tak pasal ni?”
“Maksud Kak Una, Zafril?”
Husna mengangguk.
“Lisa tak cakap pun dengan abah…”
“Umi takkan setuju Lisa kerja dengan dia. Umi takkan setuju Lisa dekat dengan dia. Kami semua risaukan Lisa!”
“Dia tanya pasal Abang Khai..”
Wajah Husna berubah terkejut. “Apa dia nak? Kenapa dia tanya pasal Khairi?”
Alissa jongket bahu. “Lisa tak tahu.”
“Dia pasti sedang rancangkan sesuatu! Lisa tak boleh terus kerja di pejabat tu! Kak Una nak Lisa berhenti kerja..”
“Tak boleh. Lisa tak boleh berhenti kerja.”
“Lisa! Bukan ke hari tu Lisa juga yang beriya-iya nak berhenti kerja kenapa hari ni Lisa tak nak pula?”
“Lisa dah janji dengan Zaf yang Lisa takkan berhenti kerja.”
“Ya Allah, Lisa.. Janji apa lagi? Janji Zafril tu bukannya boleh pakai Lisa. Dia tu bukan seorang lelaki yang berguna pun! Satu sen pun tak guna.”
“Lisa pening kepala.. Lisa naik dululah. Kalau abah ada call Kak Una bagitahu yang Lisa tidur awal ya? Jangan buat abah risau, please.”
“Kalau dia tanya mana Lisa pergi seharian ni, apa Kak Una nak cakap?”
“Kak, pandai-pandailah.”
Sebiji bantal bersaiz kecil dihempuk atas kepala Alissa. “Pandai-pandailah.. Pandai Lisa ajar Kak Una tipu abah ye?”
Samsung Mega di atas meja berbunyi. Alissa segera melihat nombor pemanggil yang tertera. “Abah.”
“Jawablah..”
“Kak Una jawablah. Kalau abah tanya pasal Lisa cakap Lisa keluar dengan Tuti lepas tu Lisa letih balik terus tidur, ya?” Alissa terus bangkit dan berlari-lari memanjat tangga.
“Alissa!”
“Love you kak. Good night.” Alissa menjerit dari tingkat atas,
“Assalamualaikum abah.”
“Ya, abah.. Ya, Lisa ada dah balik pukul 8.30 malam tadi. Lisa keluar dengan Tuti, bah” Husna menarik sebiji bantal empat segi untuk dipeluk.
“Ha, abah nak cakap dengan Lisa? Ala bah, Lisa dah tidur.. Letih sangat agaknya temankan Tuti beli barang hantaran kahwin dia.. Banyak agaknya yang diborong Tuti tadi, abah..”
“Ye abah.. Una jaga dia dengan elok. Abah janganlah risau.. Lisa tu bukannya budak kecil lagi abah. Dia tu dah dua puluh enam tahun. Ye, abah.. Una faham abah risaukan dia..”
Husna memanjangkan lehernya menjenguk ke tingkat atas. Mana tahu Alissa ada di tangga mencuri dengar perbualan dia dengan abah.
“Ha, baiklah abah. Abah jangan risau pasal Lisa tu ye abah. Eh, ada pula Una kena kahwin.. Taklah abah, belum lagi..”
Husna terdengar ada suara halus sedang ketawa. Dia tahu Alissa memang ada di tangga mendengar perbualan dia dengan abah. Pasti ketawakan dia sebab abah membebel kerana dia belum kahwin-kahwin lagi.
“Una kena tunggu Lisa kahwin dulu bah baru Una boleh kahwin dengan senang hati. Kalau Una kahwin siapa nak jaga anak kesayangan abah tu nanti.. Kan?”
Sekali lagi Husna memanjangkan lehernya untuk mencari kelibat Alissa. Mana budak ni sembunyi!
Perlahan-lahan Husna bangkit meninggalkan sofa berangkai tiga.
“Ye abah.. Abah pun jaga diri, kirim salam sayang pada umi. InsyaAllah hujung bulan nanti kami balik kampung. Ye, Una akan heret Lisa sekali lagi kampung.”
“Assalamualaikum..”
Husna menyimpan telefon dalam seluar panjang yang dipakai olehnya. Bantal kecil bersaiz empat segi dipegang kemas. Mencari mangsa yang ketawakan dia sebentar tadi.
Bam!
“Adoi!”
Yes, sasaran dia kena. Alissa ingat dia sembunyi di sebalik meja computer dia takkan nampak Alissa agaknya.
“Haaa, padan muka. Curi dengar perbualan orang ye?” Husna tergelak melihat Alissa menggosok kepalanya.
“Mana da curi dengar. Kak Una tu yang bercakap kuat sangat siapa suruh..”
“Dah.. Pergi masuk bilik. Kata nak tidur tadi kan..”
“Abah suruh Kak Una kahwin ke?” Alissa tergelak kecil. Dia tahu pasti Pak Omar bebelkan anak perempuannya itu. Apa lagi kalau bukan suruh kahwin.
“Sibuk aje Lisa ni. Dah, pergi mandi lepas tu tidur. Esok nak kerja pula.”
Alissa menghilang ke dalam biliknya.
Zafril membelek telefon bimbitnya. Ibu jari scroll ke atas dan ke bawah. “Alissa..” Nama yang tertera di Blackberry Z10 disebut perlahan.
Butang berwarna hijau disentuh perlahan.
Baby..”
“Sayang! Where are you?” Ceria suara Juliza di talian sana. Mungkin sudah hilang rajuk gadis itu.  “Sayang! I tak dengar you cakaplah.. Can you please speak louder?”
Zafri bangkit dari pembaringan. “You dekat club?”
“Hello? Hello? Sayang! Tak dengarlah..”
“Balik sekarang Ju!”
“I cannot hear you. I will call you back when I back home, honey. Bye.” Juliza menamatkan panggilan. Zafril menumbuk permukaan katil. Bengang dengan Juliza. Kaki clubbing!
Argh!
Bantal dicampakkan ke lantai. Dia tidak pasti sama ada di mampu mengawal sikap sosial Juliza atau tidak.
‘Balik rumah sekarang!’
WhatsApp dihantar kepada Juliza.
Ting ting!
Rakus Zafril membuka WhatsApp yang dibalas oleh Juliza.
‘Baru pukul 11.00 malam. Night is still young, honey.’
Zafril mengeluh berat. Ke mana hala tuju hubungan dia dengan Juliza? Bukan sehari dua dia kenal Juliza. Bertahun-tahun!
Mommy.
Ya, mommy dia akan sukakan gadis itu?
Bukan dia tidak faham mommy asyik perli dia di meja makan dua tiga hari ini pasal hubungan dia dengan Juliza.
‘Mommy bukan tak suka tapi lagi suka kalau perempuan lain yang elok sikit sikap dan pemakaiannya. Mommy ada calon yang sesuai.’
Perli makan dalam!
Bukan tak suka tapi lagi suka kalau… Maksudnya tidak sukalah. Maksudnya kalau ada calon lain lebih bagus.
Ah, senanglah cakap kalau ada calon lain. Dia bukannya playboy. Dia bukan lelaki yang tukar perempuan macam tukar baju.
Dulu.
Ya, dia memang macam tu.. Tapi itu masa zaman dia belajar.. Zaman muda, zaman kegemilangan. Zaman nak menikmati hidup kononnya tapi sekarang dia mahu settle down. Kalau boleh dia nak kahwin. Nak ada keluarga sendiri. Nak ada anak kecil.
Angan-angan!
Boleh tahan juga kalau berangan. Zafril tersenyum sendiri.
Bantal yang tadi dicampakkan ke lantai di pungut semula dan diletakkan elok di kepala katil.
Kipas yang pegun diperhatikan tanpa sebarang perasaan. Rasa dingin yang menyapa kulit tubuh memaksa Zafril menyelak selimut tebal untuk membaluti tubuh. Dingin dek penghawa dingin.
Zafril teringat sepetang yang singkat bersama Alissa. Masa paling panjang dia habiskan bersama Alissa selepas dia balik dari Canada.
Bibir tersenyum sendiri. Kenapa Alissa comel sangat?
Buatlah garang dan tunjuk muka benci macam mana pun, Alissa tetap comel dengan sikapnya.
“Saya nak balik! Nak balik!”
Zafril buat pekak. Alissa jerit lebih dari sepuluh kali dah yang dia nak balik, nak balik. Baliklah, apa yang susah sangat pasal balik?
Kalau nak balik sekarang ni, baliklah sendiri.
Tapi sebenarnya dalam hati dia takut juga kalau Alissa tunjuk keras kepala dan balik petang tadi. Kalau ada apa-apa berlaku kepada Alissa, apa dia nak jawab nanti.
Nasib baiklah Alissa tak buat perangai siang tadi.
Sikap Alissa Mohamad selepas lima tahun adalah sukar dijangka. Alissa tidak boleh dibaca tindakannya. Kadang-kala lembut dan mengalah, kadang-kala sukar untuk dilembutkan keputusan yang sudah dibuat.
Keras kepala.
Tak makan saman!
Nak tunjuk tegas konon!
“Kenapa aku fikirkan pasal perempuan ni pula? Gila!” Zafril bercakap seorang diri. Kepala diketuk perlahan.
Dia sukakan Alissa?
Dia mahu melaksanakan satu misi yang membawa dia ke Canada selama lima tahun! Menghabiskan master selama dua tahun dan melancong ke serata dunia selama tiga tahun!
Dia kembali kerana misi itu.
Tidak sangka semudah itu dia bertemu Alissa. Pertemuan tanpa usaha.
Takdir.
“Esok kerja Zaf, baik kau tidur lena malam ini.”
Pasal Juliza lantaklah. Pandailah perempuan tu jada diri. Selama lima tahun dia di Canada pun Juliza pandai jaga diri takkan bila dia balik ke sini Juliza mahu dia berkepit dengannya dua puluh empat jam.
Sorry!
Dia gila kerja. Hidup dia sekarang adalah untuk keluarga dan kembangkan bisnes bukan nak bercinta seperti zaman dulu lagi. Dia sudah puas bercinta dulu.
Lampu tidur dimalapkan. Dia lebih suka tidur dalam suasana yang malap berbanding gelap gelita.
Mata perlahan-lahan dipejam dan akhirnya Zafril terlena.


p/s : Tahu tak yang Sri rasa jatuh cinta tergolek-golek pada Xian Lim ni? Aduhai kacaknya. Setiap kali google gambau dia diriku pula yang berangan-angan. Kachakkkkk sangat! 

Hope semorang enjoice hari ini. Ha, baca dua entry sekaligus! Yeay.

12 comments:

  1. Hihi mana sri pi kutip xian lim ni? Best ker die belakon?

    Anyways, dh nk paham sikit2 history derang. Tpi musykil la sampai satu family Lisa kenal zaf dh tu tk kenan ngan die. Apa jadi ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa, tu la kena baca lagi sampai habis baru tahu apa jadi dulu-dulu kan. Ehek!

      Eiii, Xiam Lim ni handsome sangat tau. T_T

      Delete
  2. Hi sri... Sib baik u up 2 eps sekali. Kalo x nk merajuk dh sbb rasa cam lama tgu... Hihihi..
    Cerita getting more interesting.. X sbr tgu nxt n3..keep up d gud work <3

    ReplyDelete
  3. apa lah yang zafril rancang ni ek..cian lisa..asenya zaf dah suka kat alisa ni kan..kan..

    # kita pun suka xian lim lepas tgk satu citer xian lim ngan heroin dia gak yg jadi watak alisa..sgt encem..heheh

    EL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tak ingat cerita apa tapi both of them so cute together!!!!!

      Delete
  4. Misi ape lagi zafril? Tolonglah jatuh cinta dengan alissa please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolonglah sabar. Hhahaha. Okay, nak Zafril jatuh cinta dengan Lisa atau nak Lisa yang kejar Zafril?

      Delete
  5. next entry pls..very interesting..

    ReplyDelete