Tuesday 1 July 2014

Bab 19 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Wajah Alissa yang sedang lena di atas katil diperhati dari jauh. Kalau ikutkan hati dia mahu mengusap wajah putih bersih itu.
Mata dipejam sebentar sebelum terbuka luas semula. Dia tahu Alissa tidak suka disentuh oleh dia seperti ini.
Tidak betah memerhatikan Alissa dari jauh, kaki melangkah mendekati katil Alissa. Kerusi berwarna biru ditarik sebelum punggung dihenyak di atas kerusi itu. Bukan mudah untuk dia memerhatikan Alissa senyap dan lena seperti ini. Jika Alissa tercelik luas seperti biasa pasti wanita itu berang dengan dia ketika ini.
Alissa yang berada di depannya ketika ini ialah Alissa yang sama lima tahun dulu. Masih lagi Alissa Mohammad. Cuma sikap Alissa sekarang lebih tegas dan degil berbanding Alissa yang lama.
Dulu Alissa hanya diam menikus. Mengikut apa juga kehendak dan kata dia.
Cinta, mungkin?
“Zaf! Saya cintakan awak.. jangan tinggalkan saya! Please, Zaf..” Jeritan Alissa semasa di padang universiti lima tahun lalu kembali berputar di kotak fikiran.
Ketika itu dia bersama Syahmi, Hafizul, Juliza, Remy dan Putri.
“Zaf, apa junior tu nak?” Juliza menarik tangan Zafril. Mungkin bengang dengan sikap Alissa yang terlalu berani meluahkan rasa cinta terhadap Zafril secara terang-terangan.
I don’t know her. You jangan nak cemburu sangat boleh tak?”
Langkah Juliza terhenti. Zafril selamba sahaja meneguk air mineral. Alissa meronta-ronta di tepi padang. Tubuh gadis itu dipegang oleh beberapa orang pelajar perempuan lain yang menghalangnya dari masuk ke dalam padang. Bukan Zafril tidak nampak gadis-gadis lain cuba mengheret Alissa pergi dari padang.
“Hey, takkan I tak cemburu kalau sampai macam ni sekali perempuan gilakan you? You ingat I ni tunggul takde perasaan ke?” Juliza mula naik angina. Lantunan suara juga seperti menahan untuk menjerit.
“Ju, kalau I cakap takde apa-apa maksudnya takde apa-apa.”
Air mineral yang masih diteguk Zafril dirampas dan dicampakkan ke padang. “Mesti ada apa-apa dengan perempuan tu!”
“I ada game. Boleh tak kalau kita bincang pasal hal ni lain kali?” Kalau ikutkan hati memang dia bengang dengan sikap Juliza yang kurang ajar. Air dia tengah minum boleh dicampaknya ke atas rumput?
Kalau lelaki lain mungkin dah naik tangan dekat muka Juliza.
Jari-jemari Alissa yang bergerak mematikan lamunan lima tahun lepas. Bayangan lalu hilang dari kelopak mata.
“Lisa..”
“Umi..”
Umi? Alissa ada emak?
“Lisa, Zafril here. Are you okay?”
Kepala Alissa bergerak ke kiri dan ke kanan. Panggilan umi masih meniti di bibir Alissa. “Umi.. Umi..”
“Lisa.. Open your eyes.”
Zafril menekap tangannya di dahi Alissa apabila melihat ada peluh memercik di dahi itu.
Demam!
Alissa demam.
“Umi..”
Zafril memerhati wajah Alissa. Mata Alissa tidak terbuka langsung. Mungkin Alissa meracau.
Punat merah di kepala katil Alissa ditekan berulang-ulang kali. Dia perlukan jururawat atau doktor dengan segera.
Tidak sampai dua minit seorang jururawat muncul di dalam bilik Alissa. “Ye, Encik? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?”
“I think she has fever!”
Zafril memberi laluan kepada jururawat untuk membuat kerja. Sekali lagi dia terpaksa memerhatikan Alissa dari jauh.
Suhu badan Alissa diambil.
“Encik ni siapa ya?”
“Saya kawan dia. Ada apa-apa yang serius ke?” Soal Zafril kembali.
“Oh, baiklah. Pesakit hanya demam panas biasa sahaja.. Saya dah berikan ubat.. Mungkin esok atau lusa akan kebah.Encik tidak perlu terlalu risau.”
Zafril menarik nafas lega. Tak perlu risau pun dia tetap juga risau. Alissa hampir lemas! Kalau dia tak perasan yang Alissa tenggelam timbul mungkin Alissa akan meninggalkan dia selama-lamanya.
Zafril memicit dahi yang tidak sakit. Kenapa dia asyik nak fikirkan Alissa?
Punggung dihenyak di atas sofa yang jauh sedikit dari katil. Kedua-dua tangan naik memegang kepalanya. ‘Zaf, kau nak balas dendam pada dia yang rosakkan kehidupan kau! Kau jangan lupa tujuan sebenar kau.’
Zafril ulang ayat sama sebanyak lima kali.
Dia perlu betulkan keadaan hati dia yang mula ragu-ragu dengan tujuan asal dia. Kadang-kala bila dia tengok muka Alissa dia lupa tujuan sebenar dia pulang ke Malaysia. Dia mahu Alissa rasa sakit seperti yang dia rasa!
Dia mahu Alissa terluka seperti dia terluka.
Berkali-kali dia sebut kepada Alissa dia takkan biarkan Alissa bahagia selepas Alissa menghancurkan hidup dia.
“Aku akan kembali untuk balas dendam pada kau!” Dia masih ingat kata-kata dia jeritkan kepada Alissa lima tahun dulu.
“Kau takkan bahagia sampai bila-bila Alissa!” Perlahan dia menuturkan ayat itu di dalam bilik hospital.
Zafril tersedar apabila telefon bimbitnya berbunyi.
‘Juliza?’
Apa mimpi Juliza menghubungi dia selepas hampir seminggu tidak bercakap?
Tone suara dibetulkan sedikit sebelum panggilan daripada Juliza di jawab. Maklumlah sudah pukul 11.00 malam memanglah dia sudah tertidur. “Hello..”
“Zaf, sampai hati I merajuk pun you tak pujuk, ya!”
Zafril mengeluh perlahan. Dia dah la serabut pasal Alissa masuk hospital, Juliza nak tambah serabut kepala otak dia lagi? “You tahu kan yang I memang takkan pujuk you.”
Yeah, membosankan.”
Juliza kata dia membosankan? “You sengaja nak bakar hati I ke, Ju?” Macam dah tak sedar siang malam asyik nak cari pasal aje. Juliza memang perangai macam ni sejak dulu. Memang tak kira orang lain. Kalau nak bertengkar memang tak kisah dekat mana pun.
“Kalau I sengaja nak bakar hati you I takkan datang ke PD malam-malam macam ni..”
Spontan tubuh Zafril tegak di depan sofa. “You dekat PD?”
Zafril dengar Juliza tertawa kecil. “Yeap. I jumpa dengan Helmi. Kenapa you tak cakap cousin I ni kerja dengan you?”
Tangan naik menepuk dahi. Helmi sepupu Juliza? Masak! Janganlah Helmi cakap dia hantar Alissa ke hospital sebab Alissa lemas. “Aaa… Ah.. Mana I tahu Helmi tu cousin you.”
“Itulah tak nak berbual dengan I pasal kerja lagi kan.. Sekali-sekala ceritalah dengan I pasal kerja you yang bertimbun-timbun tu, Mr. Workaholic.” Juliza tertawa halus di talian sana. Nampaknya angin Juliza macam bagus sahaja.
“Apa Helmi cakap dengan you?” Berdebar.
“Takde cakap apa-apa.. I baru aje sampai ni tapi Helmi cakap you takde di sini. Where are you now, sayang?”
Pipi yang terasa gatal digaru perlahan. Kaki melangkah mendekati tingkap. Alasan apa nak bagi dekat Juliza?
“I ada hal kecemasan so I terpaksa balik awal. Kenapa tak cakap dengan I yang you nak datang ke PD?”
“Alaa, I nak buat kejutan untuk you.” Manja suara Juliza.
“Ju, I am so sorry okay. I tak tahu you nak datang.”
“Zaf..” Mendengar suara serak-serak basah dibelakangnya, Zafril segera menoleh ke belakang. Wajah pucat Alissa dipandang. Alissa sudah tersedar dan cuba untuk bangun.
“Who is that?” Suara Juliza sudah menjerit nyaring.
Mampus!
“Zaf! I tanya you, siapa tu?” Juliza mula kalut di pantai. Dia dengar suara perempuan! Dia yakin ada perempuan memanggil nama Zafril sebentar tadi. “Zaf! Siapa perempuan yang ada dengan you?”
“Ju, I will call you back.” Talian segera dimatikan.
Zafril menerpa ke arah Alissa. “You perlukan apa-apa? You sakit? You nak makan?”
Syukurlah Alissa dah sedar. Dia sampai tertidur menanti Alissa yang langsung tidak sedar sejak pukul 2.30 petang tadi selepas diberikan suntikan oleh jururawat. Kalau ikutkan hati memang nak aje dia tanya kepada jururawat ubat apa yang diberikan kepada Alissa.
“Saya dahaga..”
Kring! Kring!
Zafril membatalkan panggilan dari Juliza. Alissa lebih penting ketika ini. Kali kedua Juliza menelefon Zafril terus mematikan telefon bimbitnya.
“Minumlah banyak sikit.. Bibir you nampak kering sangat, Lisa.”
Alissa menggeleng perlahan. “Dah banyak air tasik saya minum tadi..” Kepala kembali disandarkan ke kepala katil.
“Tak nak sambung tidur?”
“Belum lagi..”
Zafril menarik kerusi di sebelah katil. “Nak makan apa-apa?”
Alissa menggeleng.
“Rasa sihat sikit?”
“Terima kasih sebab selamatkan saya dan hantar saya ke hospital.” Wajah Zafril dipandang sehingga menyebabkan lelaki itu serba salah.
“I yang menyebabkan you hampir lemas. By the way, you nak I call sesiapa untuk inform yang you masuk hospital?”
No! Tak perlu. Thanks.”
“Khairi?”
Alissa tergelak kecil apabila mendengar nama Khairi terpancul dari mulut Zafril. “Awak tak tahu di mana sebenarnya Khairi, kan?”
“Maksud you?”
“Awak ugut saya pasal Khairi tapi sebenarnya awak sendiri belum jumpa di mana Khairi sebenarnya, kan?”
You tahu I boleh cari dia, kan?”
Alissa mengangguk perlahan. “Yeah.. Kuasa dan wang.. Ada manusia tak mampu nak melawan. Saya faham.” Dia akui yang Zafril boleh mendapatkan lokasi sebenar Khairi dengan bantuan penyiasat upahan yang handal seperti yang pernah Zafril buat terhadap dia suatu ketika dulu.
“Rehatlah. Kalau demam you dah kebah maybe esok boleh keluar wad. Nanti I minta Adelia kemaskan semua barang you dan kita terus balik Kuala Lumpur dari hospital. Tak perlu balik ke resort semula.”
“Tak perlulah susahkan Adelia. Kalau kita balik ke resort dulu esok, boleh?”
“Takde masalah.”
Alissa mengangguk dengan jawapan Zafril.
Kali pertama mereka duduk berdua dalam keadaan yang senyap dan tidak bertengkar. Kalau hari lain memang tak mungkinlah kalau tidak bergaduh.
“Awak dah makan ke?”
Zafril sengih lebar. “I pesankan untuk you tapi I dah makan sebab you tidur nyenyak sangat.”
“Oh, takpe. Saya tak kisah pun.. Risau juga kalau awak tak makan.”
“You risaukan I?” Soal Zafril bersungguh-sungguh.
“Risau kalau awak pula yang jatuh sakit siapa nak bawa saya balik ke Kuala Lumpur nanti..” Jawapan selamat! Sebenarnya dia bimbang juga kerana Zafril turut terjatuh ke dalam tasik siang tadi. Manalah tahu kot-kot Zafril juga berasa tidak sihat. Tetapi nasib baiklah lelaki itu tahu berenang kalau tak entah apa akan terjadi kepada mereka.
“Betul juga tu. By the way, you ni tak tahu berenang ke?”
“Kenapa?”
“Sebab you lemas tadi. Tasik tu bukannya dalam sangat pun.” Pelik juga dia kerana Alissa boleh lemas. Mesti sebab panik melampau.
“Saya panik sangat tadi.”
“Panik atau tidak tahu berenang?” Anak mata hitam milik Alissa dipandang dalam-dalam.
Both..”
Zafril menggelengkan kepalanya. “Kenapalah Alissa Mohammad sekarang ni keras kepala dan asyik nak menang? Kalau you tak tahu berenang you patut beritahu dengan I awal-awal..”
“Saya dah cakap dengan awak kan yang saya tak suka aktiviti air. Awak tetap paksa juga.” Zafril nak salahkan dia pula sekarang ni? Sejak mesyuarat pertama tentang perancangan aktiviti semasa Family Day ini lagi dia dah beritahu kepada Zafril yang dia tidak mahu terlibat dengan sukan air tetapi Zafril nak juga menang! Bertegas yang semua orang kena ikut cakap dia sebagai bos.
“Okay, I minta maaf pasal tu tapi you patutnya cakap dengan I yang you tak tahu berenang. Kalau I tahu yang you ni tak tahu berenang, I takkan paksa you bagi life jacket you pada Adelia.”
“Benda dah jadi. Biarlah.”
Zafril mengeluh perlahan. “Lisa, memang benda dah jadi tapi you kena ingat benda macam ni bukan perkara main-main. Kalau ada apa-apa berlaku pada you apa I nak jawab pada keluarga you nanti?”
“Saya nak rehat. Nak sambung tidur. Awak balik ke?”
Adoi, Alissa nak mengelak. “I tidur di sofa. Kalau ada apa-apa berlaku pada you senang I ada dekat sini..”
Diam.
Bantal ditarik ke kedudukan yang lebih selesa sebelum ditepuk beberapa kali sebelum kepala diletakkan di atas bantal.
“Selamat malam.”
Kenapa dia rasa ada perasaan aneh yang sangat-sangat kuat menjalar dalam hatinya semasa mendengar ucapan selamat malam dari Alissa?
Oh, Alissa..
p/s : Bismillah. Pertama sekali Sri nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam yang membaca dan sering berkunjung ke belog Sri. Alhamdulillah, sampai juga kita ke Ramadhan kali ini. Semoga bulan yang mulia ini kita semua tingkatkan ibadah dan banyakkan sedekah. InsyaAllah.
Kedua, Sri minta maaf sebab jarang masuk ke belog. Sri ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dan menuntut masa yang agak banyak sehingga tak sempat nak menjenguk belog.
Ketiga, KPI insyaAllah akan release tahun ini.. InsyaAllah ya, bukan janji daripada Sri atau publisher tauu darlings. Kita doakan sama-sama dan Sri harap semua dapat terima KPI. Alhamdulillah, tak pernah terjangkau dek fikiran karya Sri akan dibukukan dan rasa macam OMGGGG mimpi ke? Hikhik. Sebenarnya tanpa korang semua siapalah Sri.. Terima kasih kepada yang TAK PERNAH JEMU TUNGGU DAN TAK PERNAH JEMU MEMBACA. Terharu, lap air mata. *sobs.
I love you all, thanks again. Allah, tak tahu nak cakap macam mana tapi terima kasih banyak-banyak semua orang. Sri doakan semua diberikan kesihatan yang baik dalam mengerjakan ibadah puasa, diberikan ketenangan hati dan fikiran dalam melakukan apa sahaja yang anda semua inginkan dan semoga sentiasa menyokong Sri. InsyaAllah.
Love,
Sri.

21 comments:

  1. Selamat Berpuasa Sri.... At last...hehehee. Tak sabar plak nak tgu KPI....congrats

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Liza.
      Selamat hari raya maaf zahir & batin.
      Alhamdulillah.
      Jangan lupa nanti dapatkan KPI ya!

      Delete
  2. Finally,ada entry baru..thanks sri..kita pun nak ucapkan selamat berpuasa..
    sabar jugak menanti KPI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sabar menantu KPI. HUgs! hugs!
      Selamat hari raya ye.

      Delete
  3. yeay...lama gila tunggu new entry cerita ni...update more pleaseeeeee..hehehe...wah KPI nak keluar dah? yeay yeay! bg la sikit teaser aherherher....

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Sri.. Not sure my previous comment tadi lepas or tak.. Thanks for the update once again :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Ixora Riana!!
      Pembaca setia belog Sri ni.. :p

      Delete
    2. Allah.. Jangan la cakap camtu.. Segan pulak rasanya. Saya ni baru lg jumpa blog Sri..baru start jatuh chenta dgn CJSA.. Tak layak nk cakap pembaca setia sbb blom khatam karya Sri yg lain.

      Btw, selamat hari raya jugak. Maaf kalau kadang2 jd tak menyabar sbb asyik tnya bila nk update new entry.. Hee.. Harap x stress dgn soalan peminat awk ni ;p

      Delete
  5. Tq Sri... salam ramadhan...
    Tak sabar nak dptkan buku sri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..
      Selamat hari raya!
      Alhamdulillah.
      Jangan lupa nanti bila dah keluar dapatkan buku Sri ya!

      Delete
  6. Tq Sri... salam ramadhan...
    Tak sabar nak dptkan buku sri.

    ReplyDelete
  7. Selamat berpuasa cik penulis..
    Akhirnya ada n3 baru..
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  8. penggunaan had ada utk past tense..bila guna had fever as if alissa dah kebah dr deman..sepatutnya guna has fever..

    ReplyDelete
  9. Hi Sri..bila next entry..??x sabar nak peluk KPI..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Terbit jgk KPI thn ni.... Berkat sabar... Good luck Sri.... Love u too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nira!!
      Alhamdulillah. Terima kasih Kak Nira sebab selalu sokong Sri dari dulu sampai sekarang.
      Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

      Delete
  11. Dear , bila nk publish new entry ni? Lama sangat tunggu..rindu la..

    ReplyDelete
  12. saya dah beli buku kpl..tahniah!..
    cuma nk tanya kat pulau perhentian ade tasik?

    ReplyDelete