Wednesday 25 March 2015

Part 12 - Bali Cintaku

Eleena mundar-mandir di dalam biliknya. “Ayu, mama aku belum naik atas lagi ke?” Eleena menjengah ke luar biliknya disebalik daun pintu yang terbuka sediikit.
“Kau dah tak sabar sangat ke nak salam bakal mak mentua kau tu El?”
“Ish, bukan macam tulah Ayu.. Aku rasa gementar gila sekarang ni!”
Idayu turut bengkit berdiri bersama Eleena di dalam bilik itu. Hanya tingga mereka berdua sahaja kerana sepupu dan mak cik Eleena yang lain sudah turun ke bawah untuk melihat sendiri upacara pertunangan yang bakal berlangsung. “Hoi, rileks lah.. Jangan tunjuk sangat gelabah kau tu.”
Eleena sentuh tangan Idayu. Saja nak biar Idayu rasa tangan dia yang sejuk gila sekarang ni. “Aku rasa tangan aku dah beku. Jantung aku macam nak pecah, Ayu!”
Tiba-tiba telefon Eleena berbunyi. Eleena bergerak mendapatkan Iphone 6 miliknya. Whatsapp dibuka.
Saya rasa awak mesti tengah gelisah bagai nak gila sekarang, kan?’ - Zaidan
Pandainya Zaidan membaca tingkah laku dia!
Eleena menekan sesuatu pada skrin telefon bimbitnya. ‘Saya rileks aje. Awak tu dekat mana?’- Eleena.
Dalam kereta. Bonda suruh tunggu dekat luar aje.’ – Zaidan
Bibir Eleena meletus dengan ketawa kecil. Kasihan bakal suaminya terpaksa tunggu di luar.
“Dah kenapa pula tu tergelak sorang-sorang. Siapa yang hantar mesej? Zaidan?” Soal Idayu mendekati Eleena.
“Haah, Zaidan tanya aku macam mana..”
“Amboi, sweet sangat! Bertuah kau dapat bakal suami yang ambil berat macam ni.. Aku doakan kau bahagia sampai ke syurga tau!” Bahu Eleena dipeluk lembut.
“Thanks Ayu. Aku pun doakan kau cepat-cepat kahwin dengan abang aku. Tak payahlah tunggu kakak kau kahwin.. Takut kau jadi anak dara tua pula nanti!” Idayu dan Eleena ketawa serentak.
“Ya Allah.. Gelak apa anak dara dua orang ni? Dah, El.. Ikut Mak Usu. Jom kita turun ke bawah.” Mak Usu Sarinah tiba-tiba muncul mematikan gelak tawa Eleena dan Idayu.
“Mama mana? Kenapa mak usu yang naik?”
“Mama ada dekat bawah tu.. Susah nak jalan sebab orang ramai sangat.. Mak usu paling dekat dengan tangga.” Jelas Mak Usu Sarinah.
Orang ramai?
Dup dup dup. Terus jantung Eleena berdetak laju. Macam dia tengah buat larian pecut di trek balapan. Ya Allah, gementarnya!

“Mak usu, El takut lah pulak.”
“Apa yang El nak takutnya? Bertunang aje pun, bukannya nak kena lafaz apa-apa..” Mak Usu Sarinah yang berusia awal 40-an mendekati Eleena. Tangan Eleena ditarik lembut. “Mak aih, sejuknya tangan kamu ni El.” Mata melirik ke arah penghawa dingin. Suhu 21. “Nervous ke?”
Perlahan-lahan Eleena sengih sambil mengangguk. “First time.”
“Habis takkan nak bertunang sampai berkali-kali.. Cukuplah sekali aje. Dah, jom mak usu pimpin kamu ke luar.” Mak Usu Sarinah menarik tangan Eleena membontotinya. “Jangan elok-elok, kang lembut lutut jatuh tangga pula.” Sengaja dia berseloroh dengan Eleena. Dan ternyata Eleena ketawa mendengar usikan itu.
“Mak Usu ni saja je kan nak kenakan El.”
Idayu pula sudah ketawa sedikit kuat mendengar usikan itu.
“Hey, Ayu! Senyap eh kau tu.. Nanti kau pula bertunang aku nak tengok rupa ayam berak kapur kau tu!”
Perlahan-lahan Eleena mengatur langkah kaki menuruni anak tangga.
Eleena terasa dirinya melayang-layang saat dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di pelamin yang dihias cantik. Semua kerja mama! Mama cakap anak dara dia seorang sahaja. Sekali seumur hidup, biarlah dia yang buat semuanya.
Semalam bila tengok pelamin indah macam ni, terkejut juga dia. Tak sangka mama sediakan pelamin dan majlis yang seperti ini untuk dia. Bukan dia tak pesan dengan Hajah Arafah yang dia mahukan majlis yang sederhana sahaja tetapi Hajah Arafah yang uruskan semuanya.
“Mama nak yang terbaik untuk anak-anak mama. Sekarang hari El, esok lusa hari Abang An pula.. pun mama akan buat yang terbaik. Anak mama bukannya ada sepuluh orang El.”
Itu kata-kata mama semasa hari mereka mencari katerer dan pelamin. Untuk mama, dia sanggup apa sahaja asalkan mama dia bahagia dan gembira.
Thank you.” Eleena hanya mendengar ucapan itu daripada Puan Hadrawati. Bibir bakal emak mertuanya melakarkan senyuman paling manis.
Mata Eleena menyorot ke jari manisnya. Jari itu sudah tersarung dengan sebentuk cincin berlian.
Otak laju sahaja memproses apa yang sedang berlaku. Rasa macam tengah bermimpi. Macam nak ulang semula kejadian tadi. Nak minta Puan Hadrawati sarung cincin sekali lagi. Nak senyum semanis mungkin.
Ahh, dia senyum ke tak tadi? Muka dia lawa tak dalam gambar yang ditangkap oleh jurugambar upahan mama?
Aduh!
“El, thank you so much!”
Alhamdulillah. Dia sekarang adalah tunangan kepada Zaidan Hakim. Semoga urusan mereka untuk membina masjid dipermudahkan kelak.
Thank you untuk apa, bonda?” Eleena sudah membahasakan Puan Hadrawati sebagai bonda kerana itu permintaan wanita itu.
“Sebab sudi terima anak bonda dalam hidup El.”
Perbualan bisik-bisik mereka terganggu apabila jurugambar meminta mereka berdua untuk senyum dan memandang ke arah kamera.
Eleena senyum manis saat lensa kamera terhala kepada dia dan Puan Hadrawati. Jari manis yang sudah disarung cincin oleh bakal emak mertuanya sebentar tadi membawa pergi semua debaran yang mengusik dijiwa sejak beberapa hari yang lalu.
Rupanya macam ni perasaan bertunang. Takdelah teruk sangat. Cuma dia sahaja yang berlebih-lebihan. Fikir kalau-kalau semasa berjalan menuju ke pelamin tiba-tiba dia tersadung kaki orang dan jatuh.
Padahal dalam keadaan yang macam tu, dia berjalan penuh tertib, takut kalau betul-betul tersadung.
Eleena. Eleena. Fikir ntah apa-apa.
Zaidan yang muncul dengan sejambak bunga membuatkan hati Eleena disapa perasaan aneh. Dia rasa macam jatuh cinta untuk yang entah ke berapa kalinya dengan lelaki ini.
“Hai tunang saya.”
Eleena tersenyum malu. “Hai jugak tunang saya.”
“Tak sangka, akhirnya kita bertunang juga, kan?”
“Ya Allah, korang berdua ni nak bersembang aje ke? Eden, kau duduk. Aku nak ambil gambar ni.” Faiyad jurugambar yang diupah oleh Hajah Arafah mula bising. Mulut asyik bercakap, macam mana nak dapatkan shoot yang elok? Geram juga hati dia.
Sorry, sorry Ayad.. El senyum elok-elok okay.” Eleena sudah rasa bersalah. Kasihan Faiyad.
Okay, both of you.. Smile.. Smile lagi.. El, senyum besar-besar sikit.” Satu, dua, tiga. Klik. Klik. Klik.
Faiyad asyik menekan shuttle kamera tanpa henti. Mulut pula mengarah Eleena dan Zaidan untuk berposing mengikut kehendaknya. Kemudian  keluarga Eleena dan keluarga Zaidan turut sama mengambil gambar dengan Eleena dan Zaidan.
Melihat senyuman setiap satu yang terukir di bibir orang-orang kesayangannya, Eleena tersenyum puas.
Papa senyum paling lebar!
Bukan main lagi Haji Zamarul punya gembira kerana bakal mendapat menantu.
“So, insyaAllah kita berjumpa dari semasa ke semasa untuk bincangkan majlis anak-anak kita nanti ya Zamarul..” Ujar Encik Sazali bapa kepada Zaidan.
“InsyaAllah, Bang Li.. Majlis pun dah tak lama.. banyak juga benda nak diuruskan kita ni nanti..” Haji Zamarul sudah mula memikirkan perkara yang perlu dia lakukan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. Maklumlah ini majlis pertama. Dia pun belum ada pengalaman. Tidak seperti Encik Sazali dan Puan Hadrawati yang sudah mempunyai pengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan anak mereka.
“Akak pun dah tak sabar nak tengok dorang berdua ni bersanding.. Ini majlis akak yang terakhir dah. Lepas ni takde anak lagi nak buat kenduri..” Seloroh Puan Hadrawati.
“InsyaAllah Kak Wati, Bang Li.. Kita buat yang terbaik untuk anak-anak kita..” Celah Hajah Arafah pula. Jangankan Puan Hadrawati tidak sabar, dia pun apatah lagi.. Lagilah tak sabar nak tengok anak dara dia berkahwin.
“Kami balik dululah Zamarul.. Arafah.. InsyaAllah jumpa lagi ya.” Masing-masing saling bersalaman dan berpelukan sebelum berpisah di hujung majlis.
Zaidan dan Eleena turut berpisah di sini.
“So, nanti saya call awak okay. Esok boleh jumpa kan?”
“Awak jemput saya dekat kedailah ya esok.” Pesan Eleena sebelum Zaidan berpaling.
Tingkap kereta dibuka sedikit. “Thank you sayang! I love you.”
Eleena tergelak kecil dengan gelagat Zaidan. Manja sangat! “Elok-elok bawa kereta tu..”
“Balik dulu ya. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Eleena melambai ke arah beberapa kereta yang mula bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.
Huh! Selesai fasa pertama. Leganya..
Sebaik sahaja menoleh ke belakang, Eleena terkejut besar apabila tubuh Shahrin berdiri betul-betul dibelakangnya. Mata meliar ke sekeliling. Mama dan papa dah masuk ke dalam rumah. Hanya ada Abang Emran sahaja sedang menemani Idayu makan di meja yang agak terlindung dengan kedudukan Eleena sekarang.
“Apa awak nak?”
“Abang tengok El bukan main happy lagi..”
“Ya Allah,Shah! Saya tak faham sangat dengan awak ni.. Fatyn tengah sarat mengandung dekat rumah, awak boleh tinggalkan dia dan keluar untuk cari saya?” Sergah Eleena.
“Abang cari El sebab abang masih sayangkan El..”
“Fatyn sayangkan awak Shahrin. Tergamak awak buat dia macam ni?”
“Abang tak bahagia dengan dia. Bagi abang peluang sekali lagi. Kalau El nak abang ceraikan Fatyn, abang akan ceraikan dia.. But please, bagi abang peluang.”
Ceraikan Fatyn? “Awak ni cakap senang ajekan.. Langsung tak fikirkan perasaan orang lain. Dulu masa awak nak kahwin dengan dia, awak senyap-senyap aje.. sekarang bila nak ceraikan dia awak sibuk pula nak cakap dengan saya. Pleaselah Shahrin. Get your life!”
“El adalah hidup abang.. Abang nak El.”
“Awak sendiri nampakkan majlis ni untuk apa. Jadi, saya nak cakap dengan awak... haram meminang tunangan orang lain. Saya akan kahwin dengan Zaidan no matter what.”
“No, El takkan kahwin dengan dia sebab El akan kahwin dengan abang!”
“Baliklah Shahrin!” Eleena terus melangkah masuk ke perkarangan rumahnya. Meninggalkan Shahrin di tengah jalan seorang diri. Malas nak layan. Makin dia layan Shahrin makin dia pula yang senak otak.
Eleena menghirup kopi panas perlahan-lahan. “Papa, mama tak tahu langsungkan pasal gambar yang dulu-dulu tu, kan?”
Haji Zamarul yang sedang membaca majalah hartanah melatakkan majalah itu di atas meja. “Gambar apa?”
“Ala, pasal gambar El dengan Eden dekat Bali dulu tu..”
“Hemm, pasal gambar tu ke.. Mama tahu lama dah pun.”
Mata Eleena membulat besar. “Papa cakap papa takkan cakap dengan mama! Habis macam mana mama tahu pasal gambar tu?”
“Kalau El nak tahu, mama yang tunjuk gambar tu dekat papa.. Tapi papa dah warning mama awal-awal lagi jangan masuk campur tentang hal ni sebab biar papa yang selesaikan dengan El sendiri.. Sekarang dah selesai, alhamdulillah. Lega sangat rasanya.”
Mulut Eleena terbuka sedikit dek kerana terkejut. “Habis kenapa mama tak serang El?”
“Sebab kalau mama serang El masa tu mungkin habis El ni dikerjakan mama..”
Eleena tayang riak wajah cuak. Memang habis dia kena ganyang dengan mama dia sebab sebelum dia ke Bali memang mama pesan dengan bersungguh-sungguh agar menjaga nama baik keluarga. Walaupun gambar itu bukan seperti apa yang dijangka oleh orang lain tetapi gambar dia dengan Zaidan yang sedang berpelukan itu memang boleh mengundang pelbagai reaksi dan tohmahan dari sesiapa sahaja yang melihat gambar tersebut.
“Kalau El nak tahu Abang An pun tahu pasal gambar tu tapi Abang An yang tenangkan mama.. Selagi belum dengar dari mulut El sendiri apa yang berlaku, kami semua tak boleh hakimi El.”
“Habis kenapa papa paksa El bawa Eden jumpa papa waktu tu?”
Bibir Haji Zamarul mengukir senyuman. “Saja nak berkenalan dengan lelaki tu.. Dia lamar El, mesti dia bersungguh-sungguh nak kahwin dengan anak papa ni kan.. Dari dengar mama bising tanya bila El nak kahwin, baik papa tolong El selesaikan masalah El tu.”
Eleena tergelak besar mendengar kata-kata papanya. “Tak baik tau buat El macam tu!”
“Papa yakin Zaidan lelaki yang baik dan boleh menjaga El dengan sempurna. Papa sangat berharap suatu hari nanti El akan menutup aurat dengan sempurna juga. Jaga maruah suami walau di mana pun El berada.”
Eleena tersenyum kelat. Pakaian dia tidaklah seteruk mana Cuma helaian rambut sahaja tidak dilitupi. Bukan sekali dua dia mendengar nasihat seperti itu daripada papanya, dah berkali-kali sampai papa mungkin naik jemu menasihati dia.
“Papa doakan yang terbaik untuk El ya?”
“Always! El anak kesayangan papa.. Mestilah papa doakan yang terbaik untuk El. Untuk kehidupan El dan untuk rumah tangga El kelak.”
Eleena bergerak mendekati Haji Zamarul. Tubuh tua haji Zamarul yang sedikit gempal dipeluk kuat. “Thank you papa! I love you to the moon and back.”
“Ha, dua beranak ni buat apa dekat sini? Dah pukul sebelas setengah ni, abang tak masuk tidur lagi?” Sergah Hajah Arafah yang ketika itu mahu menutup pintu gelongsor.
“Mama ni, El baru nak feeling kasih sayang dengan papa, mama dah muncul.”
“Banyaklah El punya kasih sayang dengan papa, ni dah dekat pukul dua belas, bila nak masuk tidur?” bebel Hajah Arafah lagi.
“Kejap lagilah. Mama marilah duduk sini berbual dengan El dan papa. Minum kopi biar segar mama tu..” Eleena mengambil sebiji cawan dan dituang air kopi yang masih panas dari teko.
“Abang An pun nak jugak!” Emran yang entah dari mana muncul terus mengambil cawan kopi yang baru dituang oleh Eleena.
“Abang An! Itu mama punya..” Eleena menjerit sedikit kuat.
“Ala, El tuanglah yang lain..” Sengaja Emran mahu mengusik adiknya yang muda hampir empat tahun daripada dia. Eleena memang manja. Anak bongsu yang sangat manja dengan semua orang. Bukan sahaja dengan mereka sekeluarga tetapi juga dengna sanak-saudara yang lain walaupun ada sepupu lain yang lebih muda berbanding Eleena.
“Sorry mama. This is yours. Yang El tuang tadi Abang An yang jahat ni dah ambil..” Eleena menghulur secawan kopi lain kepada Hajah Arafah.
“Tak baik cakap abang macam tu El. Kalau jahat pun abang El juga kan..” Tegur Hajah Arafah.
“Ala, El main-main aje.. Bukannya maksudkan betul-betul pun. El tahu Abang An ni wali El selepas papa.. Walaupun Abang An suka usik El, El tetap sayang Abang An dan doakan Abang An kahwin dengan Ayu secepat mungkin.”
Ayat eleena yang terakhir membuatkan Emran tersembur air kopi di baju Eleena.
“Abang An!!!!!”
“Abang An terkejut dengan doa El tadi.. Sorry.. Sorry.”
Hajah Arafah dan Haji Zamarul ketawa melihat gelagat dua beradik ini. Bahagia melihat Eleena dan Emran sangat rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.
“Bagus juga doa El tu.. Mama pun suka kalau dapat menantu sorang lagi tu.”
Emran garu kepala yang tidak gatal. “Melekit pula badan An ni.. Tadi jumpa klien dekat luar.. Hm, busuk betul ketiak ni.. An naik atas mandi dululah mama, papa.” Emran menolak kerusi ke belakang.
“Ha, nak lari dari perbincangan nampak..” Eleena mengusik.
“El langkah bendul kan? Abang An nak Ferari sebagai hadiah langkah bendul.”
Mata Eleena terbeliak besar. “Amboi. Besarnya angan-angan! El hadiahkan Ayu untuk Abang An.”
“Ma, An naik dulu ni. Lepas mandi macam nak tidur terus aje. Good night, semua.”
Emran berlalu ke tingkat atas. Eleena masih ketawa terkekek-kekek. “Abang An malulah tu usik pasal dia dengan Ayu.”
“El pun kerja nak mengusik orang aje je. Ingat sikit awak tu dah nak jadi isteri orang tak lama lagi.”
Eleena mengangguk sahaja apabila dibebel oleh Hajah Arafah. Dah datang ceramah percuma sebagai bakal isteri mithali kepada suami yang mithali. Tadah telinga ajelah.

p/s : Alhamdulillah. Siap juga update. Mata dah rasa berat macam ada batu-bata tapi nak juga update sebab dah lama sangat tak up entry baru. Minta maaf semua.. InsyaAllah tiga empat lima enam bab lagi habis.. Tak nak banyak-banyak! Tak zabar nak habiskan Eleena dan Zaidan kesayanganku ini. Hikhik.

Love,
Sri.

4 comments:

  1. Best! :D Tgh tggu CJSA . Lame lgy ke
    nk smbung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CJSA insyaAllah release in April dear. :P
      Nanti boleh dapatkan buku ya.

      Delete
  2. txs for the update. Akhirnya ada update baru yg mengujakan dan tak sabra tunggu ending dia. Apasal Sharin to asik meroyan jer.... harap2 dia dapat move on..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis!
      Terima kasih layan Bali Cintaku. Yay, Sri dah update yang terbaru. Hihi

      Delete