Wednesday 24 February 2016

Bab 15 Dia Lelaki Idaman Hati


Firhad mematikan panggilan yang masuk ke telefon bimbitnya. Dia tidak mempunyai niat untuk menjawab panggilan dari pemanggil itu.
“Kenapa tak jawab call tu?” Mata menjeling ke arah telefon bimbit Firhad yang berada di atas meja.
“Dari office.  Tak penting pun panggilan ni. Lagipun abang tak mahu ada panggilan dari pejabat langsung. Kita kan tengah bercuti sekarang ni.”
“Mungkin panggilan tu penting. Kalau tak, tak mungkin orang tu nak telefon sampai berulang kali.”
Bibir mengukir senyuman dan memandang ke arah Riana. “Takpe jangan risau pasal panggilan tu, okay? Isnin nanti abang balik office semula abang selesaikan semua kerja yang tertunggak.”
Sure?”
Firhad angguk. “Ria jangan risau, takde apa-apa yang lebih penting selain daripada Ria ketika ini.”
Tiada apa yang lebih penting selain dia? Kalau ikutkan hati nak aje dia tanya siapa perempuan yang dia nampak dengan Firhad dua hari lepas! Sungguh, dia tahan hati dia daripada bertanya sebab dia merasakan bahawa dirinya tidak mempunyai hak ke atas Firhad.
“Seronok minum teh dekat sini? Kali pertama abang datang sini tau!”
“Bolehlah.”
Sorry, abang tak bawa Ria bercuti ke luar negara.. Cuti pun dah nak habis.”
“Takpe, Ria tak kisah..” Dalam tidak kisah sebenarnya Riana tunjuk protes! Sengaja menjawab pendek-pendek sahaja setiap pertanyaan Firhad. Biar Firhad cakap banyak sorang-sorang!
“Kenapa abang nampak Ria macam moody aje sejak kita sampai pagi tadi. Abang ada buat salah ke?”
Riana menggeleng.
“Ria, janganlah geleng, angguk aje. Kalau abang ada buat salah dengan Ria, cakaplah. Abang betulkan salah abang tu.”
“Hm, sedap teh ni.” Riana membuang pandang ke arah daun teh yang menghijau. Kehijauan yang terpamer di depan matanya membuatkan hati Riana kian tenang. Siapa perempuan yang bersama Firhad dua hari lepas biarkan berlalu. Dia bukan sesiapa di hati Firhad untuk mengambil tahu hal itu.
Dia sudah cukup malu bertepuk sebelah tangan! Mengenangkan sikapnya yang terhegeh-hegeh terhadap Firhad pada masa lalu, muka sudah tebal sebanyak lima inci!
Kalau boleh dia nak larikan diri ke luar negara dan tak perlu lihat muka Firhad lagi sampai bila-bila tapi kenapa mata dia masih lagi mahu mencari wajah Firhad saban hari? Adakah belum cukup sakit hati dia dengan luka yang Firhad buat ketika ini? Berkahwin tanpa mencintai dia! Bukankah Firhad sepatutnya mencintai dia kerana mereka membesar bersama? Bukanlah lelaki itu menjadi pelindung kepadanya semenjak dia kecil? Kenapa lelaki itu tidak jatuh cinta kepada dia? Tidak cantikkah dia?
Mata dipejam seketika. Mencari ketenangan yang hilang. Sungguh dia masih mengharap.
Riana! Riana!
“Ria?”
Kening terangkat sedikit. “Ah. Yes?”
“Ria berangan apa ni? Abang cakap dengan Ria tadi tak dengar ya?” Tergelak kecil suaminya melihat wajah Riana yang terkejut.
Sorry.. Ria teringat hal kerja pula.”
Bohong menutup malu.
“Abang ada depan mata pun masih nak ingatkan kerja? Penting sangat ke kerja Ria sampai bercuti macam ni pun masih fikirkan hal kerja?”
“Taklah. Abang cakap apa tadi?”
“Abang tanya Ria suka makan strawberry celup coklat tak?”
Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman pahit. Firhad sudah mula lupakan kesukaan dia. “Ria memang suka makan buah strawberry.”
Serta-merta Firhad ketawa kuat. “Abang ingat semua yang Ria suka! Saja aje abang nak mengusik Ria tadi..”
“Oh..”
Firhad mengherotkan mulutnya ke kiri. “Tak percaya ke?”
“Tak penting pun untuk abang ingat kesukaan Ria tu.”
“Ria, kenapa Ria macam ni? Abang buat salah ke?” Tangan Riana yang berada di atas meja  cuba diraih ke dalam genggamannya namun pantas dielak oleh Riana. Firhad tercengang-cengang dengan sikap Riana. “Why?”
“Abang cakap aje, tak perlu nak sentuh Ria.”
“Kenapa tak boleh? Ria halal untuk abang sentuh!”
Riana senyum sinis. “Oh, halal? Ria ni isteri abang ya?”
“Oh Ria, come on. Kenapa buat perangai macam ni? Kalau Ria tak suka datang sini, Ria cakap awal-awal dengan abang yang Ria memang tak sudi ke sini dengan abang.” Firhad mula hilang sabar. Memanglah dia yang memujuk Riana untuk mengikutnya ke sini tetapi tadi Riana tak buat perangai. Kenapa bila dah sampai sini nak buat perangai pula?
“Ria dah cakap kan yang Ria tak nak bercuti. Abang yang paksa Ria.”
Firhad mengeluh keras. Cawan yang masih berbaki suku air teh ditolak ke tengah meja. Hilang selera untuk menghabiskan minuman itu. “Abang tak nak bergaduh dengan Ria dekat sini. Jom kita pergi tempat lain pula. Kalau nak bergaduh dekat rumah pun boleh bergaduh.”
Nak bergaduh dekat rumah? Pandang muka pun kadang-kadang tak sempat, apatah lagi nak dengar suara!
“Jom kita pergi ladang strawberry. Abang nak makan strawberry celup coklat.”
Tanpa memandang ke arah Firhad, Riana menolak kerusi ke belakang. Kaki melangkah mendahului Firhad.
“Hey, bukalah mulut.. Biar abang suap Ria.”
“Takpe Ria boleh makan sendiri.. Malulah orang tengok.” Firhad ingat dengan melayan dia sebaik ini dia boleh lembut hati? Dia boleh layan lelaki itu seperti dulu semula? Memang takkan lah!
“Eh, biarlah orang tengok.. Kalau orang tengok pun dorang mesti tahu yang kita ni pengantin baru. Takde siapa nak cakap apa-apa pun..”
Oh, tahu pula Firhad bahawa mereka ialah pengantin baru. Sedar pula lelaki ini bahawa dia sudah berkahwin. Kalau dah kahwin kenapa tak sedar yang diri tu ada isteri! Boleh keluar dengan perempuan lain di tempat awam seolah-olah dia langsung tidak pernah wujud! Hati menjerit kuat! Dia mahu tahu apa yang ada dalam hati lelaki ini. Kenapa lelaki ini berkahwin dengan dia jika bukan atas dasar cinta.. Kenapa? Kenapa?!
Harta?
Tak mungkin Firhad gilakan harta. Harta Firhad berkali ganda banyak berbanding harta yang dia ada. Pangkat? Kalau nak bercakap pasal pangkat, Firhad satu-satunya anak lelaki Puan Nani dan Tuan Musa. Tak mungkinlah Tuan Musa tak mahu wariskan syarikat miliknya kepada Firhad selepas lelaki ini bersusah payah untuk memajukan syarikat.
Open your mouth, Riana.”
Lambat-lambat Riana menurut arahan Firhad. Mulut dibuka juga. Mengalah dengan lelaki ini.
“Good girl.”
Senyuman Firhad memang berjaya mencarikan hatinya. Senyuman itu membuatkan dia terbuai-buai. Jarang lelaki ini senyum atau berbual dengan dia. Sejak dua tiga hari ini sahaja lelaki ini kerap berbual dengan dia.
Ish, ada yang tak kena?
Atau Firhad mahukan apa-apa daripada dia?
“Kenapa abang sanggup kahwin dengan Ria walaupun abang tak cintakan Ria?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Answer me.” Tegas.
“Kan abang dah cakap sebab mama.”
“Semata-mata kerana mama, abang sanggup kahwin dengan Ria?” Firhad mengangguk. “Takkanlah sebab mama suruh abang kahwin dengan Ria, abang terus setuju tanpa berfikir?” Tidak percaya langsung dengan jawapan Firhad.
“Mama kan tak sihat jadi abang tak nak buat mama risau. Abang nak bahagiakan mama selagi abang mampu.” Sungguh dia tidak mahu Puan Nani bimbangkan dia dan dalam masa yang sama dia mahu melindungi Dayana jadi dia terpaksa melakukan semua ini demi orang kesayangannya.
“Abang ada perempuan lain?”
Strawberry yang berrada di tangan diletakkan semula ke dalam pinggan. “Jangan tanya abang soalan macam tu lagi, abang tak suka!”
“Kenapa abang tak suka?”
“Ria, jangan buat benda yang abang tak suka, boleh kan?”
Riana memandang ke wajah Firhad. “Betul ke abang takde kekasih?”
“Ria, boleh tak jangan nak mulakan perbalahan lagi?”
“Kalau tak ada perempuan lain, kenapa abang tak boleh jatuh cinta dengan Ria?”
Firhad tersandar ke kerusi kayu. Riana mendesak dia ketika ini! “Ria, kita ni baru aje kahwin. Kalau Ria dekat tempat abang, boleh ke Ria jatuh cinta dengan orang sekelip mata?”
Tidak menjawab soalan Firhad. Membiarkan soalan itu berlalu sepi.
“Bagi abang masa untuk terima Ria. Bukan mudah untuk abang jatuh cinta dengan Ria..”
Riana kalih ke tempat lain. Mata dia mula bergenang dengan air mata ketika ini. Dia tidak mahu menangis lagi. Penat sangat rasanya untuk menangis!
“Sampai masa nanti abang akan ceraikan Ria?”

“Oh Ria, jangan macam tu! Abang tak terfikir sampai ke situ.” Ah, sudah. Dia berbohong kepada Riana. Sedangkan dia memang berniat untuk menceraikan Riana dan mengahwini Dayana. Tersepit!
“Lelaki.. Mulut cakap lain dalam hati cakap lain, kan?  Apa kurangnya Ria untuk abang jatuh cinta dengan Ria?”
“Takde apa yang kurang pada Ria. Abang aje yang tak cukup bagus untuk mencintai Ria! Jangan desak abang macam ni, abang tak suka.”
Riana mengangguk konon-konon memahami padahal hati dia remuk tak terkata. “Kalau Ria ada lelaki lain, abang akan ceraikan Ria?”
“Riana, stop it!”
“Kenapa tak nak jawab soalan Ria?”
“Tugas isteri mencintai suami sepenuh hati. Lupa apa pesan mama masa kita kahwin?”
Gigi diketap rapat. Oh, pesan mama yang itu dia ingat sangat! Tanggungjawab yang terabai selama ini tidak pula Firhad nak ungkit?
Baru sahaja mulut hendak dibuka, telefon Firhad berdering.
Kring!
Kring!
Spontan mata Riana melirik ke arah telefon bimbit yang berdering di atas meja.
‘Dayana.’
“Tak nak jawab panggilan Dayana ke?” Memang sengaja dia memetik nama itu kerana hati dia diusik cemburu melihat nama wanita yang tertera di skrin telefon bimbit suaminya.
“Tak perlulah. Mungkin nak cakap hal pejabat.”
Riana tayang wajah pelik. Dayana ni siapa? Pekerja? Kalau pekerja syarikat kenapa perlu menghubungi suaminya dengan menggunakan nombor telefon peribadi miliknya? “Sejak bila pula pekerja pejabat boleh ganggu bos bercuti?”
“Ini setiausaha abang.”
“Oh.” Malas mahu menyoal lebih lanjut. Kalau dia tanya pun bukannya Firhad nak jawab sangat soalan dia. Asyik nak tangguh aje jawapannya. Sebiji buah strawberi disumbat ke dalam mulutnya, mata memandang sekeliling. Malas mahu memandang wajah Firhad. Sakit betul hati dia lepas nampak nama Dayana terpampang di skrin telefon bimbit Samsung Note milik suaminya.
“Ria cemburu ya?”
Oh.. Sabar ajelah! Firhad tanya dia cemburu ke tidak? Hello! Takkan lah dia tak cemburu kalau ada perempuan lain menghubungi suaminya? “Perlu ke Ria cemburu?”
Dia bukannya batu sampai takde perasaan. Dia ni manusia yang penuh dengan hati dan perasaan. Dia mudah terasa dan dia juga mudah bersedih. Takkan Firhad tak kenal dia lagi?
“Okay, abang tahu Ria mungkin cemburukan Dayana. Ria ingat tak perempuan yang abang kenalkan dengan Ria masa majlis perkahwinan kita?”
“Perempuan mana?”
“Yang pakai baju warna kuning cair masa majlis kita..”
Entah dia tak ingat sangat wajah perempuan itu. Ramai tetamu yang hadir majlis perkahwinan dia dengan Firhad. Memang mustahil untuk dia ingat satu demi satu.  “Ria tak perasan yang mana satu.”
“Kalau Ria tak ingat tak apalah. Mungkin nanti boleh jumpa dengan dia lagi. Sebenarnya Dayana ni setiausaha pejabat abang. Dia memang selalu ingatkan abang pasal kerja-kerja abang di office. Ria jangan salah faham dengan Dayana.. Abang dengan Dayana dah lama kerja sama-sama and she is the best secretary that I have.”
“Okey.”
“Ria tak fikir yang bukan-bukan kan?”
Yeah.”
Firhad mengangguk. Janganlah Riana salah faham dengan Dayana. Dia tidak mahu Riana atau Dayana menimbulkan apa-apa masalah. Kalau boleh biarlah dia selesaikan semuanya secara perlahan-lahan.
Riana sudah lama terlena. Letih berjalan ke sana dan ke sini sepanjang hari ini. Firhad memandang Riana yang berselimut sehingga paras dada dengan selendang yang masih terlilit di kepalanya. Puas dia ajak Riana berjalan ke pasar malam Brinchang sebentar tadi. Nasib baiklah Riana masih lagi bertenaga untuk bergerak ke sana. Dapat juga dia merasa jagung bakar di Cameron Highland.
Sebelum datang bercuti ke sini jenuh juga dia mahu memujuk Riana untuk bercuti. Riana kononnya tidak mahu datang ke sini kerana mereka bukannya berkahwin seperti pasangan lain.
Otak melayang teringatkan perbualannya dengan Riana petang semalam. Hampir sahaja dia hilang sabar dengan kerenah Riana. Dia sudah pun melayani isterinya dengan baik, Riana pula yang mahu tunjuk perangai.
“Ria, takkan salah kalau abang nak bercuti dengan Ria?”
“Tak salah tapi kita bukannya pergi untuk honeymoon.. Ria tak nak nanti orang salah faham pasal hubungan kita.”
Firhad memicit dahinya. “Apa yang salah pasal hubungan kita ni Ria?”
“Kita bukannya kahwin macam orang lain.”
“Hanya sebab abang tak cintakan Ria, jadi perkahwinan kita ni cacat?”
Riana menggenggam tangannya dengan kuat. Sakitnya hati dia. Firhad tak faham ke perasaan cinta adalah tiang dalam hubungan suami isteri? Kalau takde perasaan cinta antara satu sama lain untuk apa mereka berkahwin?
“Kalau abang anggap cinta tak penting, itu mungkin pada abang. Pada Ria cinta sangat penting dalam sesuatu perkahwinan..”
Please, abang cuma nak bawa Ria bercuti. Mama dah bising sebab abang tak bawa Ria ke mana-mana.”
Stop please others, abang. Abang hanya sakitkan hati Ria.”
Firhad bangkit dari sofa dan duduk di sebelah Riana. Riana injak sedikit ke kiri. “Ria dah cakap Ria tak nak pergi bercuti.. Ria tak nak. Tak perlulah abang nak ambil berat pada Ria semata-mata nak tunjuk pada mama.”
“Abang akui perkahwinan kita bukan atas dasar cinta..” Firhad terdiam sekejap. “Tapi boleh tak kalau kita bina hubungan kita dengan sikap bertolak ansur dan saling menghormati?”
Bibir Riana bergetar. Dia tahu dia serba-sedikit sudah mula menderhaka kepada suaminya. Nafas dihela berat. “Bila kita nak pergi?”
“Esok pagi..”
“Berapa hari?”
“Tiga hari je. Boleh?”
Riana angguk perlahan. “Nanti Ria berkemas barang Ria.”
Thanks Ria.”

No comments:

Post a Comment