Nafas dihela berat. Mata masih melekap pada wajah ayu di hadapannya. “Saya tak tahu macam mana nak terangkan pada awak, Sherni. Kalau awak tak percayakan saya, mungkin awak patut dapatkan penjelasan lanjut daripada Eden sendiri.”
Sherni senyum mengejek. “You rasa kalau I tanya Eden, apa jawapan dia?”
Bahu dijongket. Sungguh. Manalah dia tahu apa jawapan yang akan Zaidan berikan kepada Sherni. Zaidan pun satu, mungkin spesis jenis depan cakap lain belakang cakap lain. Bukannya dia kenal sangat perangai sebenar Zaidan macam mana.
“Macam nilah Sherni, kalau awak tak percayakan saya dan juga tak percayakan Eden, saya cadangkan awak ikut hati awak. Percayakan diri sendiri.”
“I percaya you ada hubungan dengan bakal suami I.” Sherni rasa bimbang tentang hubungan Zaidan dan Eleena kerana lelaki itu sendiri menyatakan bahawa Eleena adalah seseorang yang istimewa. Ternyata Zaidan betul. Apabila dia sendiri berhadapan dengan Eleena dia yakin wanita ini ada aura tersendiri untuk menarik perhatian orang.
Wajah yang lembut dan tutur kata yang sangat sopan. Suara Eleena sangat lunak. Dia sebagai perempuan pun mencemburui cara Eleena melontarkan kata-katanya. Lembut sangat suara Eleena.
"Walau apapun hubungan you dengan bakal suami I, tolong lupakan hubungan tu." Tambah Sherni sengaja menyakitkan hati Eleena.
Perlahan-lahan Eleena tarik tangan yang berada di atas meja ke pehanya di bawah meja. Menggenggam kuat jari-jemarinya apabila mendengar perkataan bakal suami. Tak guna punya Zaidan! Dah nak jadi suami orang lain pun masih lagi nak melamar dia. Memang tak gunalah!
Puas Eleena maki hamun Zaidan dalam hatinya.
“Elok awak selesaikan perkara ni dengan bakal suami awak.” Perkataan bakal suami yang disebut oleh Eleena kedengaran sedikit sinis.
“No. Kalau I cakap dengan Eden, perkara ni takkan selesai sebab you ganggu hubungan kami.”
“So?”
“So I need to talk to you. Jangan ganggu hubungan kami. Please stay away from Eden.”
Mata Eleena membulat besar. Apa Sherni cakap? Dia ganggu hubungan mereka berdua?
Hello?! Siapa yang datang cari siapa selama ni? Bukan Zaidan ke yang asyik ganggu dia di kedai? Bukan Zaidan yang setiap hari hantar sejambak bunga ros merah untuk dia? Bukan ke lelaki itu yang setiap hari hantar pesanan supaya dia menjaga diri?
Eleena membetulkan suaranya sedikit. “Saya rasa awak salah faham ni.. Saya tak pernah ganggu hubungan awak dengan Eden jadi please jangan libatkan saya dalam hal ni.”
Sherni meletakkan beberapa keping gambar di hadapan Eleena. Amboi, ingatkan Shahrin aje yang buat kerja mengintip ni, Sherni pun sama rupanya.
“Apa yang awak cuba nak sampaikan dengan gambar-gambar ni? Salah ke Eden datang makan dekat kedai saya? Tak nampak macam satu dosa pun dekat situ..”
“Salah sebab you ada dekat sini. You punca dia sering ke sini.”
“Ini kedai saya haruslah saya ada di kedai sendiri, kan? Jadi kalau Eden nak ke sini atau tak.. Itu bukan urusan saya untuk menghalang kedatangan dia ke sini. Dia makan dan dia bayar. Jadi he is my customer.”
“I tak faham apa yang Eden nampak dalam diri you, El. Berbanding you, I lebih layak berada di sisi Eden sebab I tahu segala-galanya tentang dia.”
Eleena jongket bahu. “Kalau macam tu I wish you all the best. Semoga you berjaya memiliki Eden.”
“I takkan berjaya memiliki seluruh hidup dia kalau you ada sebagai gangguan! So, please jangan terima kehadiran Eden dekat sini lagi.”
Eleena buat-buat ketawa. “Jangan terlalu mengongkong Sherni.. Saya takut dia rimas dengan awak.”
“Memang dia mula rimas dengan I sekarang ni. You know why?”
Eleena angkat bahu.
“Because of you! You goda dia sampai dia langsung tak nak dengan I lagi dah. Oh man.. I tak tahu you ni pakai bomoh apa ye sampai Eden pandang I pun tak nak!”
“Woo.. wo.. Hubungan awak dengan Eden berantakan bukan sebab saya ye. Awak uruskan sendiri pasal hubungan awak dengan dia. Saya tak nak masuk campur.”
“I dengar dia lamar you? Betul ke?”
“Kalau itu yang disampaikan pengintip upahan awak, betullah agaknya..” Kata-kata Eleena mebuatkan Sherni bengang. Eleena sengaja nak mencabar kesabaran dia.
“You tahu tak yang I dengan family Eden dah kenal lama? You tahu tak yang I dengan Eden akan kahwin tak lama lagi?”
“Tak tahu.”
Jelas Sherni terkejut dengan jawapanEleena. “You tak tahu sebab Eden tipu you! Dia ada hubungan dengan I but in the same time dia pikat you! Boleh tak you bertimbang rasa sikit? Dia dah ada kekasih! Jangan jadi perampas.”
“Sorry, saya tak tahu sebab Eden cakap dengan saya yang dia takde apa-apa hubungan dengan awak.. Jadi elok kalau awak sendiri tanya dengan Eden apa hubungan dia dengan saya..”
Kalau ikutkan hati Eleena, nak aje dia bercakap besar depan Sherni. Dah la sombong, bongkak pula tu! Bercakap tentang keluarga mereka yang setaraf dan layak bersama.
Phui!
Ingat dia hadap sangat ke duit Zaidan tu? Hello, dia pun boleh cari duit sendiri kalau dia nak. Bukannya mengharapkan duit lelaki. Ingat drama ke nak kahwin dengan orang kaya je kerjanya.
“I think our conversation is over. Saya pun ada banyak kerja lagi nak dibuat. Kalau awak tak keberatan, pintu dekat sana ye.” Menghalau Sherni dengan cara paling lembut. Malas nak memanjangkan perbincangan kerana Sherni bukan perempuan yang mudah diajak berbicang.
Dalam percakapannya penuh dengan sindiran dan riak.
“I ada banyak lagi benda nak cakap dengan you. Terumatanya pasal plan perkahwinan I dengan Eden.”
“Minta maaflah Sherni, saya takde masa. Banyak lagi tempahan kek yang perlu saya siapkan.. Lagipun perbualan kita takde memberi sebarang faedah kepada saya.”
“Hello! Pada you mungkin ini semua buang masa but for me, it is not! I kena pertahankan hubungan I dengan Zaidan sebab kami ni setaraf! You ingat sikit family you tu biasa-biasa je.”
Mulut Eleena terbuka sedikit. Amboi, mulut... Lancang sungguh berbicara! Cakap tak ingat Tuhan langsung. “Kita ni bercakap sekali-sekala jangan nak mendongak langit sangat Sherni.. Esok lusa takut jatuh terduduk.”
“Who cares? I nak pesan pada you, jauhi Eden. He is mine! Forever mine. Jangan cuba nak rampas Eden from me!”
Eleena buat-buat garu pipi kirinya. Mata melilau ke sekeliling kedai kek miliknya. “Dah habis?”
“Belum lagi sampai you janji dengan I yang you takkan jumpa Eden lagi.”
“Untuk apa saya janji yang saya takkan jumpa Eden kalau dia yang datang cari saya dekat sini?”
Sherni gelak kuat. “Come on. You memang suka kalau dia kejar you macam orang gila kan.. And you lagi suka kalau dengar yang bonda dia memang sukakan you, kan?”
“Bonda Eden sukakan I? Oh. Really?” Eleena buat-buat teruja. Membakar hati Sherni yang memang sudah panas sejak tadi.
“You jangan ingat I akan lepaskan Eden pada you macam tu aje! I akan berjuang untuk hak I!”
“Silakan.” Eleena memeluk tubuh. Menyilang tangan ke dadanya.
“You will pay for this Eleena!” Geram dengan sikap endah tak endah Eleena, Sherni mencapai tas tangannya dan terus beredar meninggalkan kedai kek Eleena dengan perasaan sebal.
Tak guna punya Eleena!
Melihat Sherni melangkah keluar dari kedainya, Eleena menolak kerusi perlahan-lahan. Kaki melangkah longlai ke tingkat atas. Dia perlu masa untuk bersendirian. Otak masih tidak mampu untuk memproses dan menghadam kata-kata Sherni.
Maksudnya Zaidan menduakan Sherni?
Habis madu sepah dibuang. Itu kata Sherni. Walaupun begitu dia masih mahukan Zaidan. Mahu lelaki itu kembali ke sisinya.
Eleena menongkat kepala di mejanya. Lemah. Selemah hatinya yang berkira-kira untuk memberikan Zaidan peluang dalam hidupnya. Peluang itu tiba-tiba sahaja tipis apabila Sherni muncul di kedai dia tengah hari ini.
Ah. Air mata degil mengalir tanpa henti.
Sejak tadi dia menahan air mata daripada gugur di hadapan Sherni. Dia kalah! Saat dia membuka ruang untuk Zaidan, lelaki itu mengecewakan dia sekali lagi.
Esakan yang agak kuat membuatkan Eleena tersedu-sedu.
Muzammil berdiri beberapa meter dari Eleena. Hanya memerhatikan sahaja Eleena yang menangis dengan agak teruk. Bohonglah kalau hati dia tidak sakit melihat Eleena dalam keadaan seperti itu tetapi dia bukan sesiapa dalam hidup gadis itu. Eleena membataskan hubungan mereka hanya sebagai majikan dan pekerja.
Hampir sepuluh minit berdiri, Muzammil mendekati Eleena yang nampak lebih tenang berbanding sepuluh minit lalu. “Boleh aku masuk?”
Eleena angkat wajahnya yang masih basah dengan air matanya. Tangan laju sahaja menyeka air mata di pipinya. “Kau ada apa-apa penting ke nak cakap dengan aku, Mil?”
“Kau okay?”
“Yeah. Aku okay. Ada masalah ke dekat bawah?”
Muzammil menggeleng.
“Habis tu ada apa?” Soal Eleena lagi.
“Siapa perempuan tadi?”
“Kenapa kau tanya?”
“El, aku tahu walaupun kau anggap aku sebagai pekerja kau, aku nak kau tahu yang aku boleh jadi kawan untuk kau luahkan apa yang ada dalam hati kau. Kau tahu kan yang aku sayangkan kau.”
“Mil, jangan nak buat sesi luahan perasaan pula dekat sini...”
“Bukan aku nak luahkan perasaan aku terhadap kau. Aku dah faham yang cinta tu tak boleh dipaksa dan aku dah terima hakikat yang kau tak cintakan aku.. Aku faham semua tu tapi yang aku nak kau tahu sekarang ni ialah aku nak jadi kawan kau..”
“Aku ada ramai kawan lain. Tak payahlah jadi kawan aku. Bukannya ada apa-apa faedah pun.”
“Siapa perempuan tadi?” Soal Muzammil sekali lagi.
“Ish, takde apa-apa lah. Aku tak kenal dia pun.”
Nafas dihela panjang. “Bukan isteri Shahrin kan? Aku kenal isteri Shahrin yang mana.. So, perempuan ni siapa pula tiba-tiba wujud?”
“Ya Allah.. kau ni memang tak reti nak faham kan.. Aku cakap takde apa-apa pun. Dah la jom turun buat kerja. Kaunter tu siapa jaga?” Eleena sudah menolak kerusi kulit yang didudukinya ke belakang. Mahu turun ke bawah untuk membantu pekerja yang lain.
“El..”
Eleena berhenti melangkah.
“Apa lagi?”
“Walau apapun yang berlaku, kali ini kau mesti pertahankan apa yang kau nak. Jangan biarkan orang lain pijak kepala kau lagi. Kau tahu kan maksud aku?”
“Tak. Aku tak faham..”
“Kalau kau sukakan Zaidan, aku rasa elok kalau kau mengakui perasaan kau sebelum orang lain rampas kebahagiaan kau.” Ujar Muzammil dan terus berlalu meninggalkan Eleena.
Terpinga-pinga dengan sikap Muzammil, Eleena menapak ke meja kerjanya semula. Kerusi kulit ditarik semula. Perlahan-lahan Eleena melabuhkan duduknya.
Dulu, Shahrin tiba-tiba kahwin. Kahwin senyap-senyap. Kononnya takkan kantoi. Rupanya dalam diam, Fatyn datang jumpa dia dan tunjukkan dengan jelas bukti majlis pernikahan mereka. Sakit hati dia usah ditanya. Cincin tunang pun dia dah pilih, tup-tup lelaki itu kahwin dengan kawan sekelas dia semasa zaman sekolah.
Alih-alih selepas dua tahun Shahrin muncul dan tagih cinta dia semua kononnya tak bahagia dengan Fatyn. Dia nak bagi peluang ke lima puluh untuk Shahrin? Memang takkan lah. Zaman bercinta pun lelaki buaya darat itu selalu buat hal, sampai dah nak bertunang pun lelaki itu masih buat hal lagi. Dia masih juga menjadi seorang pemaaf kerana dalam hati dia cinta perlukan pengorbanan.
Akhirnya dia terkorban. Sakit hati jangan cakaplah. Now, lelaki itu pulang menangih kasih mereka yang terputus dulu. Masih cintakan dia walaupun dah dua tahun kisah mereka berlalu?
Amboi, selepas dua tahun baru nak cari dan merayu pada dia? Ungkit kisah mereka dan sikap Eleena yang dulu kononnya pemaaf kenapa sekarang kian keras hati. Banyak cantik muka Shahrin. Ingat dia pemaaf sangat macam dulu ke? Ingat dia nak berkorban lagi?
Boleh blah!
Sekarang pula bila dia mula membuka ruang untuk Zaidan, Sherni pula muncul menerangkan konsep hubungan dia dengan Zaidan yang sering on off.
Eleena picit kepalanya yang terasa sakit.
“Sakit kepala ke?”
Tubuh tersentak kuat. Terkejut bukan kepalang apabila ada suara tiba-tiba sahaja menegur dia.
“Awak ni tak boleh bagi salam ke?” Omel Eleena geram.
“Saya panggil awak dua kali El. Langsung awak tak dengar.”
“Ada apa datang sini?”
“Salah ke melawat bakal isteri?” Usik Zaidan sambil ketawa kecil.
“Jangan nak merepek sangat ya! Awak berani datang sini, kalau papa saya datang macam mana?” Eleena ingat lagi papa dia suruh bawa Zaidan ke rumah. Dah seminggu lebih sampai sekarang langsung dia tidak menunaikan janjinya.
Alasannya Zaidan sibuk bekerja dan lelaki itu tak mahu berkahwin dengan dia. Padahal realitinya Zaidan asyik merayu untuk berjumpa dengan keluarga dia. Bukan sekali dua dia membuat alasan, dah berkali-kali sampai papa ingatkan dia kalau terkantoi dengan mama, dia perlu menjawab semuanya sendiri dan papa takkan sesekali membantu dia lagi.
“Baguslah kalau papa awak datang, boleh saya lamar awak depan dia. Minta restu mama dan papa awak.”
Eleena buat muka menyampah.
“Ala, janganlah buat muka menyampah macam tu.. Comel sangat! Buat saya rasa nak picit hidung mancung awak tu.”
“Tak kelakar ya Eden!”
Zaidan menarik kerusi dan duduk di hadapan Eleena. “Ija cakap tadi ada sorang perempuan datang jumpa awak sampai buat awak bad mood sepanjang hari ni. Siapa?”
“Sibuklah awak ni. Tak perlu tahu siapa perempuan tu.”
Zaidan tergelak kecil. Eleena nampak macam marahkan dia. Tiba-tiba mata Zaidan terpandang beberapa keping gambar di atas meja Eleena. “Let me guess. Sherni yang datang sini, kan?”
Mata Eleena spontan melekap pada wajah Zaidan.
Ya Allah, macam mana Zaidan tahu? Lelaki ini ada kuasa psikik ke apa? Dan pengetahuan dan cara Zaidan ambil berat terhadap dia membuatkan dia rasa sangat-sangat dikasihi oleh lelaki itu.
“Mana awak tahu?”
“Your eyes tell me that.”
Eleena melepaskan nafasnya dengan kuat. “Saya tak suka dia ganggu saya macam ni Eden. Please take care of your sweetheart.”
“Dia cakap dengan awak yang saya kekasih dia?”
Eleena angguk perlahan.
“El, please jangan percayakan dia. Saya takde hubungan dengan Sherni dan tak pernah ada apa-apa hubungan dengan dia. Please trust me!”
“Keluarga awak rapat dengan keluarga dia kan? Jadi senanglah nak berbesan nanti.. Lagipun keluarga sama taraf. Tak macam saya ni..”
“Memang keluarga kami saling mengenali tapi itu tak bermakna saya dengan Sherni ada hubungan istimewa. Saya anggap dia macam adik saya selama ni. Not more than that.”
“Sherni tak cakap macam tu dengan saya.”
“Jangan percayakan dia. I am the one that you must trust. Not her!”
“Saya tak tahu Eden.. Saya keliru.” Jujur pengakuan Eleena.
“Tolong bagi saya peluang untuk buktikan cinta saya pada awak. Saya takkan sia-siakan awak, El.”
Eleena menggeleng lemah. “Saya tak nak rampas awak dari Sherni. Saya faham perasaan Sherni sebab saya pernah berada di tempat dia dulu.”
Zaidan memegang kepalanya. Susahnya cakap dengan Eleena! “El, saya dengan Sherni memang takde apa-apa hubungan. Apa sahaja yang dia cakap dengan awak mungkin satu penipuan.”
“Dia cakap awak rosakkan dia.” Laju sahaja perkataan tersebut meluncur dari bibir Eleena.
Zaidan mengucap panjang. “Kalau saya pernah rosakkan dia, mungkin saya akan buat benda yang sama pada awak masa kita dekat Bali. Awak berdua-duaan dalam bilik saya masa hari pertama kita dekat sana.. Kalau saya lelaki jenis yang Sherni cakapkan, saya akan ambil kesempatan pada awak malam tu El.” Zaidan sedikit bengang dengan tuduhan Eleena.
“Sherni said that to me!”
“That’s why I said don’t trust her!” Suara Zaidan sedikit tinggi. Bengang kerana Eleena mempercayai racun yang Sherni taburkan terhadap dia. “El, susah sangat ke awak nak percayakan saya?”
“Saya tak tahu Eden. I tried so many time but it seems so hard for us.”
“Tak. Awak tak cukup mencuba. Awak tak bagi saya peluang.. Awak tak percayakan saya. Tell me what should I do?!”
“Saya tak tahu..” Lirih suara Eleena. Air mata mula mengalir perlahan. Sebak apabila Zaidan meninggikan suara kepadanya.
“Saya takde peluang kan?” Soal Zaidan sebak.
“Bukan macam tu..”
“Habis kenapa awak asyik mempertikaikan perasaan saya terhadap awak?”
“Tolong bagi saya ruang untuk berfikir.. Bagi saya masa untuk terima awak.”
Kecewa.
Itu perasaan Zaidan ketika ini.
Sebanyak mana lagi masa yang Eleena mahu? Pengorbanan seperti mana lagi yang Eleena harapkan?
“Fine.”
Melihat belakang Zaidan yang kian meninggalkan dia, air mata Eleena gugur lagi. Adakah Zaidan terluka dengan tindakan dia? Adakah lelaki itu tidak akan kembali semula?
Ya Allah, Eleena.
Adakah ini yang engkau harapkan dalam perhubungan ini?
Hubungan yang tidak pernah dia mahu mulakan.. tiba-tiba sahaj berakhir seperti ini. Eleena menyentuh dadanya yang terasa sempit.
Sakit sangat!
Menyampah dgn Syahrin dan benci dgn Sherni. SS betul dua makhluk tu. Huhu!
ReplyDeletep/s:sya baru follow cerita ni malam ni @ pagi jugak la. haha! terus marathon dri bab 1 smpai 10. Thumbs up!
Mak aiii, emosi ye dengan Sherni dan Shahrin! Memang jahat kan dedua ni. Hihi
Deletebest..xsbar tunggu n3 strusnye.
ReplyDeleteKena sabar sikit.. Hihi.
Deletealamak tergantung lagi, masih tiada jawapan utk Zaidan. Kesian dia, Eleena kena cepat2 bagi decision.. Txs and cannot wait for the next chapter...
Delete