
Hayunan langkah kaki mula
dibesarkan bukaanya. Memang masak dia dengan Prof. Kamaliah sebentar lagi.
Jangan sampai kena duduk luar sudah la. Sudah banyak pelajar yang terkunci di
luar, tidak di benarkan masuk ke kelas kerana lambat tiba. Alahai, padahal bukan
lambat sangat. Dua tiga minit selepas Prof. Kamaliah masuk je. Cuak jugak hati
Sarah. Ini kali pertama dia lambat ke kuliah Prof Kamaliah. Dah la garang
pensyarahnya yang seorang itu. Mungkin sebab dia andartu kot. Kalau kelas
Prof Kassim mungkin dia selamat sedikit sebab Prof Kassim baik orangnya.
“ Semua salah kau Sarah.
Kalau kita kena kunci dekat luar, siap kau!” Bebel Tina tanpa henti sepanjang
perjalanan.
Makan bontot ayam banyak sangat
kot perempuan ni. Memang non-stop Tina membebel sejak keluar dari
asrama tadi. Sepanjang sepuluh minit perjalanan dari asrama ke dewan kuliah
memang tak henti-henti membebel. Naik letih telinga Sarah menadah bebelan kawan
baiknya yang seorang itu.Telinga dipekakkan. Malas mahu melayan. Bukan salah
dia, semua salah tugasan Prof Kassim. Siapa suruh dia minta tugasan tu hari
ini. Penat dia buat sepanjang malam, tahu? Macam nak tersembul biji mata dia
sekarang ni. Kalau boleh nak aje dia tidur sambil berjalan. Mengantuknya Ya
Allah. Tapi tak boleh nak salahkan orang lain jugak. Sarah sendiri yang
tak siapkan kerja tu awal-awal. Leka bermain Sim City di facebook. Jadi
bukan salah sesiapa yang menjadi punca dia terpaksa berjaga sepanjang malam.
Sedih betul. Eh, tapi Tina takde pulak nasihatkan dia supaya siapkan tugasan.
Tina kan kawan baik. Apa punya kawan baik lah Tina ni. Ahh, Tina pulak
disalahkannya. Hish.
Langkah kaki yang menghampiri
dewan kuliah dilajukan. Masa untuk lari! Kaki terus berlari laju menapak ke
Dewan Kuliah Seri Kiambang. Mata meliar mencai kelibat Prof.
Kamaliah. Woi! Dia belum masuk woi! Sarah menarik nafas lega. Lega.
Melihat seseorang melambainya dari jauh, kaki dihayun laju ke arah
empunya badan.
“ Morning, baby!
U lambat lagi today”, sapa Ikram sambil tersenyum.“ Macam kau tak
tahu buah hati kau ni, Am, bersiap mengalahkan puteri!” Tina menyibuk
memberikan alasan.Alasan yang dusta belaka. Sarah mengetap gigi. Dia pula yang
dikatakan bersiap mengalahkan puteri? Baju kurung moden kain kapas berbunga
kecil-kecil warna pink yang tersarung di tubuhnya dipandang. Muka cantik Tina
yang ditempek mekap tebal dipandang bersilih ganti dengan pakaiannya.“Am, awak
rasa saya dengan Tina siapa bersiap lagi lama? Muka saya mekap pun takde…”
Tang! Hambek kau. Sarah mengenakan Tina. Tangan Tina laju mencubit lengannya.
Rasakan! Mereka bertiga sama-sama ketawa.
Kurang dari sebulan, mereka akan
menamatkan pengajian mereka. Ya, masing-masing akan membawa haluan
masing-masing. Sarah lega. Lega kerana dia boleh bekerja dan mencari wang untuk
ibu bapanya. Lebih dari empat tahun dia berkawan dengan Tina dan Ikram.
Mengenali Ikram menjadikan kehidupannya penuh berbunga-bunga. Biarlah apa orang
nak katakan tentang Ikram, Sarah tidak peduli. Dia yakin bahawa Ikran adalah
tercipta untuknya. Dia mahu anak-anaknya nanti ber'bin' dan ber'binti' kan
Ikram Ashraf. Tanpa sedar bibirnya mengulum senyuman. Dia bahagia apabila
bermimpikan tentang semua masa depannya. Salam yang dijawab oleh
pelajar-pelajar mengembalikan Sarah ke dunia nyata. Nasib baik tak melatah
sebab terkejut. Kalau tak, malu saja. Dia tersenyum sendirian. Sempat lagi
berangan! Kepalanya digeleng perlahan. ‘Berangan is my middle name,
you know?’ Dia berbisik dalam hati. Macamlah orang lain dengar.
Kuliah yang diberikan oleh Prof.
Kamaliah didengar dengan tekun. Wanita berusia 40-an itu hampir sebaya dengan
ibunya. Wajah putih bersih itu dipandangnya lama. Cantik betul, pakai produk
apa lah Prof. Kamaliah ni. Mula licin macam kulit telur. Baju kemeja putih yang
dipadankan bersama skirt labuh berwarna kuning pekat menampakkan wanita
itu elegant! Tudung Ariani yang terletak cantik mengikut bentuk mukanya
sesuai sekali dengan dirinya. Bijak bergaya. Pelik kerana hati pensyarah cantik
dihadapannya ini tidak berjaya ditawan oleh mana-mana lelaki diluar sana. Pelik.
Memang pelik.
"Kalau you
all malas nak dengar, malas nak mencatat nota, nanti kalau soalan-soalan
dalam kuliah I ni semua keluar exam, I takkan bertanggungjawab. You
all pasti akan menyesal sebab tak mendengar kuliah I dengan tekun!"
Okay, nasihat berbaur ugutan di situ Prof. Sarah kembali ke dunia
nyata. As I said before, dreaming is my middle name. So, don't put blame
on me. Hehe..Tapi betul jugak kata Prof Kamaliah tu. takkan lah dia nak
bagitau soalan apa yang masuk periksa, pandai-pandai kau lah nak hidup, kan?
Ah, Sarah baik kau dengar kuliah tu! Kalau tak dengar betul-betul kang menyesal
tak sudah. Kalau rasa malas nak study macam nak gila bila nak periksa, baik kau
dengar betul-betul isi kuliah. Mata melirik ke seisi kelas. Masing-masing
tekun mencatat nota. Tahu takut.
‘Lunch together?’ Kertas
petak berwarna merah jambu bersaiz tapak tangan itu ditenungnya. Bibirnya mulai
mengukir senyuman.Tangan kanan Sarah yang menongkat dagu ala-ala mendengar
kuliah dengan tekun dijatuhkan. Pen merah ditangan mula memberikan khidmatnya.
‘Tak nak!’ Laju tangannya mencatatkan huruf-huruf tersebut. Nah, pen merah
lagi tu! Hambek kau.
Ikram membeliakkan matanya.
Berani Sarah mengenakan dia. Matanya mengerling Sarah yang berada di
sebelahnya. Mindanya memproses idea untuk mengenakan buah hatinya kembali.
Tangan Sarah yang menongkat dagu segera ditolak dengan sikunya.
“Oh mak kau!”
Terkejut! Kepalanya pantas diangkat memandang Ikram di
sebelahnya. Ikram memberikan ekpresi muka paling tidak bersalah
sekali. Jejaka tampan itu tanya menjungkit bahu tanda tidak tahu
apa-apa.
“Ye Sarah? Any questions?”
Laung Prof Kamaliah kuat.
“Takde prof. U can
continue..” Malu! Sumpah malu. Dia melatah dalam kelas Prof. Kamaliah.
Giginya diketap. Geram. Ikram! Siap kau Ikram. Siap kau! Tak guna
punya boyfriend.Tina menekup mulutnya menahan ketawa. Faham sangat dengan
sikap mudah melatah Sarah. Ikram buat-buat tak nampak muka Sarah. Padahal dalam
hati dia ketawa kuat. Kesian pun ada melihat muka cemberut kekasih
hatinya.
***********
"Nah! Nasi goreng kampung.
Kalau tak suka saya boleh order yang lain" , Sambil tangannya meletakkan
sepinggan nasi goreng yang sungguh menyelerakan. Bau pun dah sedap, belum makan
lagi ni. Siap ada telur mata goyang lagi tu. Liur ditelan.
"Eh, tak payah. Thanks!"
Alahai, macam manalah hati tak sayang kalau dilayan macam puteri setiap
hari. Melihatkan hanya sepinggan nasi sahaja yang dibawa Ikram,
Sarah pelik. Mamat ni diet ke?
"Awak makan apa, Am? Takkan
diet?"
"Tu, Tina tengah
belikan", tangannya menunding ke arah Tina yang terkocoh-kocoh
berjalan menghampiri mereka. Sebiji burger diletakkan di depan mata Ikram.
"Mama tanya bila saya nak bawak awak balik ke rumah".
"Mama tanya bila saya nak bawak awak balik ke rumah".
Uhuk! Uhuk! Perit. Kenapa boleh
tersedak ni. Tangan Sarah perlahan mengusap dadanya yang perit. Air,
mana air? Nak air!!!!Ikram yang berada di hadapannya pantas menghulurkan air.
Tina sibuk menggosok belakang tubuhnya.
Adoi la, pedih ulu hati, sakit
dada, pedih hidungnya. Ikram pun satu, kot ye pun tunggu la dia telan nasi
goreng ni dulu. Tak habis-habis nak meminang. Dah tu, tak romantik langsung.
Ada ke dekat Kafe Ros Andalas ni dia nak meminang pun. Melutut la sikit. Tak
pun bawak bunga ros ke sejambak. Berbunga lah sikit hati dia. Eh? Bila
masa pulak dia meminang. Ikram cuma nak memperkenalkan dia kepada keluarganya.
Mata terkebil-kebil memandang Ikram. Bibirnya lantas mengukir senyuman paling
manis. Kalau boleh nak manis macam menelan gula sekilo.
"Nanti bila saya dah
kerja". Mudah, ringkas dan padat.
Ikram menarik nafas hampa. Faham
benar maksud Sarah yang masih belum bersedia. Gadis bertocang satu
depannya ini dipandang sayu. Berbeza benar dia dengan Tina. Bagai langit
dengan bumi. Tina nampak lebih stylo. Nampak
lebih urban berbanding Sarah yang agak kekampungan.
Rambut blonde Tina dibezakan dengan rambut hitam pekat milik Sarah.
Padanlah dengan namanya, Sarah. Kampung betul namanya walaupun tidak dibesarkan
di kampung.
Ikram pun pelik sebenarnya
bagaimana dia boleh jatuh hati kepada Sarah. Pada awalnya dia cuba memikat
Tina, melihatkan Tina menjual mahal dia cuba mendekati Sarah yang nampak lebih
lembut dan ayu. Hatinya pelik, bagaimana mereka boleh berkawan baik sedangkan
Tina dan Sarah jelas mempunyai personaliti yang sangat
berbeza. Tina lebih terbuka dalam berkawan berbanding Sarah. Tina pun
tak kurang cantiknya walaupun suka bermekap tebal. Dia meneliti muka setiap
inci muka Tina. Kalau buat menantu, mama pasti sukakan Tina lebih dari Sarah.
Mama ni boleh tahan juga memilihnya. Kalau boleh mama mahukan anak orang
berada. Jelas Tina nampak seperti anak orang kaya. Silap-silap anak datuk
datin.
Sebenarnya dia sendiri tidak
begitu mengenali siapa diri Tina yang sebenarnya. Tina banyak berahsia tentang
keluarganya. Sarah pernah memberitahunya Tina anak orang kaya. Sekaya mana dia tidak
pasti. Adakah sekaya dia, atau lebih kaya dari dia. Biarlah, bukan duit dia
pun. Malas nak fikir. Burger ditangan disuapkan ke mulut. Rakus.
Suasana dewan kuliah yang tadi
senyap sepi bertukar suasana menjadi sedikit bising. Pelajar mengeliat sakan
sebaik sahaja kelas Prof Kassim tamat. Boleh balik dan tidur. Biasalah
kehidupan sebagai pelajar. Apa lagi yang boleh dibuat kalau hujung-hujung
semester ni. Kalau poket masih lagi tebal, boleh la berjimba-jimba. Kalau nak
makan pun berkira-kira baik balik asrama dan tidur. Sarah memang sudah
merangka pelan tidurnya petang ini. Jangan sesiapa nak merosokkan pelan dia.
Semalaman dia siapkan tugasan yang diberikan Prof Kassim. Mata pun dah rasa
penat sangat. Mata melirik kepada jam tangan jenama Guess yang dihadiahkan
Ikram kepadanya hampir setahun lalu. Otak Sarah mula memproses aktiviti
petangnya. Yes! Baru pukul 3.30 petang. Sempat ni tidur sampai Asar. Pukul 5.00
petang nanti baru bangun semula.
"Jom, kita pergi tengok
wayang, nak?" What?! Tengok wayang? Mulutnya terlopong sebentar. Matanya
melihat Ikram tanpa kelip. Tidak tahukah lelaki ini bahawa dia sungguh.....
letih?
"Jom! Nak, nak. I nak
tengok Resident Evil. Jom la Sarah. Aku nak tengok sangat cerita tu",
Tina, oh Tina.
" Saya penat, sangat....!"
Suaranya diperlahankan memohon simpati Tina dan Ikram.
"Am,kita tengok dua aje
lah. Boleh Sarah?"
"Yeah, sure. Awak tengok
dengan Tina lah ye, saya letih sangat. I need to sleep." Suara Sarah
dilembutkan sehabis lembut.
"Jumpa dekat bilik
nanti. Bye Sarah!" Kelibat dua manusia itu menghilang ke dalam
perut kereta Ikram.
Langkah kaki dihayun menuju ke
asrama. Laju, Dia mahu cepat sampai ke asrama. Dia perlukan katilnya sekarang
juga. Matanya memerlukan rehat yang secukupnya. Kalau tidak boleh meletup otaknya
nanti. Memang hantu tidur. Kalau tak cukup tidur boleh mengundang kemarahan
yang dahsyat dalam kehidupannya. Macam manalah nak kahwin ni Sarah oi.
No comments :
Post a Comment