Monday 10 December 2012

Bab 9 Kau Perempuan Itu



Matanya meliar meneliti persekitan rumah banglo dua tingkat itu. Besar gila rumah! Kaya sungguh majikan abahnya. Bukan dia tidak tahu bahawa majikan abahnya ialah orang kaya, tahu. Sering dia mendengar cerita tentang majikan abah selama ini. Cuma dia tidak sangka bahawa majikan abahnya sekaya ini. Ini kaya gila namanya! Kaya gila!


Wajah seorang lelaki separuh abad muncul dari pintu utama. Memakai kemeja berlengan panjang dan seluar slack berwarna hitam. Mesti tuan rumah. Muka pun kacak dan penuh bergaya.
“ Man! Masuk sarapan dulu. Sekejap lagi kita pergi”, ajak lelaki tadi mesra.
Encik Sulaiman terkocoh-kocoh membuka kasut kerjanya yang kelihata sudah usang. Warna hitam pada kasut itu sudah kelihatan buruk dan lama. Sarah yang memerhati abahnya berasa sayu. Pasti sudah lama benar abah tidak membeli apa-apa barang untuk dirinya sendiri.

Bahu Sarah ditepuk perlahan. “Jom masuk”, ajak Encik Sulaiman.  Sarah hanya menurut. Kaki memberikan refleks yang sungguh pantas. Sandal berwarna coklat yang tersarung di kaki cepat-cepat ditanggalkan.

Sumpah cantik gila rumah majikan abah! Kreatifnya pemilik rumah ini. Kagum dengan susun atur dalam rumah itu. Sarah berpusing-pusing melihat kecantikan susunan perabot-perabot dalam rumah ‘bakal’ majikannya itu. Liur ditelan. ‘Kaya sungguh. Kerja apa majikan aku ni?’
“Ini ke anak dara kamu Man?” soal lelaki tadi. Sah dia memang majikan abah. Dia duduk di kepala meja. Ketua keluarga. Sah! Macam pernah nampak, tapi di mana pernah nampak encik ni ye? Ah, tak ingat. Kepala otaknya tidak dapat memproses wajah majikan abah. Salah orang kot. 

“Man! Awal sampai hari ni’, tegur satu suara dari arah belakang Sarah. Kepalanya segera di paling mencari pemilik suara itu. Matanya dibulatkan. Liur ditelan berkali-kali. Mata dikedipkan dua tiga kali. Masih wajah wanita yang sama. Masak!

“Hah! Kamu ni siapa?” sergah wanita itu. Sarah cuma menunduk. Tidak berani mengangkat kepalanya. Takut hendak melawan renungan tajam wanita di hadapannya ini. Kecut hati perut. Kalaulah dia tahu ini bakal majikannya, sumpah dia tak ikut abah hari ini. Sumpah tak ikut!

“ Ish, Lis ni. Ada ke patut sergah anak orang macam tu. Terkejut dia tau” Marah majikan abah. Nama? Tuan Ramlee. Tahu nama tapi tak kenal muka. Ini kali pertama.. silap. Ini kali kedua dia bersua muka dengan Tuan Ramlee. Kali pertama beberapa hari yang lalu di rumah Mak Long Fadhilah. Kali kedua juga dia bersua muka dengan mama Jihan. Nama? Belum sempat kenal. Tadi dengar Tuan Ramlee panggil Lis. Lisdawati? Lisa Surihani? Lis baju?

Puan Khalisah duduk di kerusi paling hampir dengan Tuan Ramlee. Muka masam mencuka. Sakit hati dengan sikap suaminya yang mahu mengambil Sarah sebagai pembantu rumah kedua. Buat apa? Kalsom kan dah cukup untuk jadi pembantu di rumah ini. Kata suaminya Kalsom dah tua. Tak larat lagi nak menyapu dan mengemop lantai. Kalau dah tak larat berhenti kerja! Sakit betul hatinya. Pagi-pagi lagi dah ada orang menghilangkan moodnya.

Bihun goreng dalam pinggannya dikuis perlahan-lahan. Hilang selera hendak makan. Kalau tadi bukan main teruja Sarah melihat hidangan makan pagi di atas meja besar ini, kini hilang semua seleranya. Mati. Takut. Kecut. Semua ada bercampur baur sekarang ni. Rasa nak melarikan diri pun ada juga. Jangan, malu abah nanti. Sabar. Sabar.

“Morning mama!”, Tak perlu teka suara ceria siapa. Sah suara Jihan. Sarah berpaling ke kiri mencari wajah itu. Senyuman manis dihadiahkan kepada Jihan.
“ Kak Arah!!!” jeritan Jihan cukup kuat untuk mengejutkan semua ayam, itik dan kambing jika ada di kawasan berdekatan. Nyaring. Kuat. Jelas.
Tubuh ramping Sarah dipeluk erat. “ What are you doing here?” soal Jihan teruja. Sangat teruja.
“Starts from today, Sarah kerja dekat sini. So Jihan ada kawan nanti” balas Tuan Ramlee. Puan Khalisah mencemik. Meluat dengan jawapan daripada suaminya. 

Jihan melompat teruja. Seronok sungguh Jihan bila mendapat tahu bahawa Sarah akan bekerja di rumahnya sebagai pembantu rumah. Bersungguh-sungguh Jihan berjanji bahawa dia tidak akan menganggap Sarah sebagai pembantu di rumah ini sebaliknya sebagai kawan dan kakak yang  paling dia sayang.
“Along on call pagi ni. Kalau tak mesti Along teruja nampak akak dekat sini!”. Sedari tadi Jihan bercakap tak henti-henti. Bukan Sarah tidak mahu melayan tetapi risau. Tuan Ramlee dan abahnya sudah lama meninggalkan meja akan untuk pergi bekerja tetapi dia masih lagi melekat di meja makan. Apa pula kata majikan perempuannya nanti.

*****************

Marliana menapak laju menuju ke arah ke lelaki tinggi lampai itu. “ Hye Arif!” Arif Shah senyum dan kembali menyapa Marliana, doktor muda yang sudah beberapa tahun dikenalinya.
“Dah habis kerja? Jom lunch dengan I” ajak Marliana.
Sure”. Arif Shah dan Marliana sama-sama bergerak meninggalkan kawasan ward wanita.

Punat berwarna kelabu pada remote kereta Porsche Cayyane ditekan sekali. Kaki melangkah menuju ke pintu kereta sebelah tempat duduk perempuan. Tangannya laju membuka pintu kereta untuk Marliana. Marliana mengukir senyuman. Sudah menjangkakan layanan sebegitu daripada lelaki ini. Enjin kereta dihidupkan dan kereta mewah itu bergerak menuju ke destinasi.
Lelaki di sebelahnya dikerling. Diam. “Seminggu tak nampak you. Busy ke?” Soal Marliana lembut. Mana mungkin Marliana mampu menyoal dengan kasar. Lelaki ini lelaki kesayangannya. Tidak mungkin dia akan meninggikan suara kepada lelaki ini.

Arif Shah tersenyum. Masak benar dia dengan sikap prihatin Marliana. Jangankan tak nampak batang hidungnya seminggu, tak nampak tiga hari pun dah risau. Sayang sangatlah tu.
“Seminggu ni I memang busy sangat. As you can see in hospital there are so many patients. Dah memang kerja I. Terpaksalah.”

Marliana senyap. Kepalanya diangguk beberapa kali tanda menerima penjelasan yang diberikan. Memahami sikap Arif Shah yang memang workaholic. Berkenalan semenjak zaman universiti, dia masak benar dengan sikap Arif Shah. Arif Shah tersenyum senang. Ya, dia senang berada di samping Marliana yang sangat memahami kesibukannya.

“Sorry kalau you rasa terabai. I love you. You know that, right?”. Tangan kanan Marliana digenggam erat. Cuba menyalurkan rasa cinta dalam hatinya kepada Marliana. Ingin Marliana turut merasai betapa dia mencintai dirinya. Marliana turut mengemaskan genggaman di tangannya. Dalam hatinya dia berdoa agar tiada orang lain yang akan merampas kebahagiaanya sekarang. Dia mahu masa terhenti agar dia boleh menghabiskan masa bersama lelaki ini. Terlalu terhad masa yang mereka luangkan bersama. Satu keluhan berat dilepaskan Marliana. Susahnya bercinta dengan Arif Shah ni!

“Jom!” Suara Arif Shah mengejutkannya. Kepalanya ditoleh ke kiri. ‘Eh, macam mana Arif boleh bukakan pintu ni? Bukan tadi tengah drive ke?’. Glup. Liur ditelan. Tertangkap sebab berangan. Dah tu berangan lama sangat sampai tidak perasan bahawa mereka sudah pun sampai ke Full House. Kaki melangkah seiring dengan Arif Shah. Tangan kanannya memaut erat lengan kiri Arif Shah.

 “Mar, tadi tu you tengah berangan kahwin dengan I, eh?” Teka Arif Shah.
“Atau…you berangan nak hentikan masa dan miliki I? Tamak betul you, tak nak kongsi I dengan orang lain.” Tambah Arif Shah. Bibir mungil itu menghadiakan segaris senyuman manis kepada Arif Shah. Betul pulak tekaan dia! Hebat betul.
“Dua-dua salah. I tengah fikir nak order makanan paling mahal dekat sini”. Cover line.
“Apa sahaja untuk you my princess. Makan semua jenis makanan pun I sanggup bayarkan untuk you.”
“Tak mahulah. Nanti I gemuk, you cari perempuan lain yang lagi cantik dan kurus dari I”.

Arif Shah mengganguk kepalanya berkali-kali. Bersungguh betul gaya angguk kepala. “Betul jugak tu. I kena start cari patient yang cantik dekat ward tu. Nanti kalau you gemuk I dah ada spare girlfriend siap-siap dah.” Bersungguh jawapan yang keluar dari bibir lelaki itu. Marliana tarik muka masam. Terasa dengan kata-kata Arif Shah. Wajahnya dipalingkan keluar tingkap.

Wajah sedih Marliana tertangkap oleh pandangan matanya. Kerusi ditolak perlahan. Arif Shah bangkit menuju ke sisi Marliana. “What are you doing?” Soal Marliana terkejut. Arif Shah melutut di hadapannya. “Get up, Arif!”

Arif Shah menarik tangan Marliana dan dibawa ke dadanya. Mahu Marliana turut merasai getaran di dadanya. “ I promise you that you are the only one girl that I love the most in this world. I takkan ada perempuan lain selain you. Walaupun I jumpa ramai perempuan cantik dekat wardyou are the only one person that I want to see every day.”

Ah, takungan air dalam matanya tidak mampu dibendung lagi. Arif Shah mengesat air mata di pipi wanita kesayangannya itu. Tangan Marliana dicium penuh kasih. “Shall we order our lunch now?” Soal Arif Shah. 

What?! Orang tengah layan feeling romantik boleh pulak disoal macam tu? Laju tangan Marliana menampar bahu Arif Shah. Dia ketawa. Jahat betul Arif Shah. Mati-mati dia ingat Arif Shah akan melamar dia hari ini. Tekaan tidak tepat kali ini. Marliana menggeleng kepalanya beberapa kali. Back to the reality. Marah? Untuk apa dia marah? Takkan nak ajak Arif Shah kahwin kalau lelaki itu benar-benar belum bersedia. Ahhh, berapa lama lagi dia harus tunggu?

Melihat Arif Shah yang sudah kembali ke tempat duduknya, Marliana mengukir senyuman. 'Silly you, Mar. ' Bisik hatinya. Pantas tangannya mencapai buku menu yang berada di atas meja. Matanya meliar melihat menu yang tertera pada buku itu. Rasa macam nak pesan semua makanan. Mahu makan sedap-sedap. Apa yang tidak sedap di FullHouse? Semua makanan sedap!
  

No comments :

Post a Comment