Masih
tidak percaya apa yang didengarinya sebentar tadi, Sarah menampar mukanya
perlahan. Terasa sakit kulit mukanya terkena penampar sendiri. Kini giliran
lengan putih melepaknya pula menjadi mangsa cubitan diri sendiri. “Auch!”

Kepala
paip di sinki dipusingkan ke kiri supaya air mengalir lebih deras. Tubuhnya
dibongkokkan sedikit dan kedua-dua belah tangan menadah air yang deras mengalir
keluar dari kepala paip dan disapu kasar ke mukanya.
Sarah
menggigit bibir bawahnya. Kedua-dua belah tangannya menjadi tongkat di sinki,
menampung tubuhnya yang sedang berdiri.
Tanpa
sedar air mata mengalir di pipinya. Bodoh betul dia! Bodoh! Macam mana dia
boleh sangka bahawa Ari Aqashah yang akan bertunang? Kenapa dalam kepala otak
dia hanya terlinatas nama Ari Aqashah semasa Jihan menyebut abangnya anak
bertunang? Kenapa dia langsung tidak terfikir orangnya ialah Arif Shah? Kenapa?
Dan tanpa sedar dia menyimpan sedikit rasa ‘suka’ terhadap Arif Shah?
Sarah
terasa seperti orang bodoh. Selama ini dia menyangka Arif Shah masih ‘single’
rupanya dalam diam lelaki itu sudah pun berpunya dan paling ketara ialah esok
lelaki itu akan menjadi tunangan orang. Ya, Marliana, seorang doktor. Sepadan
dengan Arif Shah yang juga seorang doktor muda yang berjaya.
Sarah
terduduk di tepi sinki dalam tandas. Tubuhnya bersandar di dinding. Tangan naik
mengurut dada. Semput sungguh dirasakan ketika ini. Sukar benar mahu bernafas.
Terasa udara yang disedut ketika ini seperti asap yang menyesakkan dadanya.
Ketukan
di pintu tandas menyentakkan Sarah. Sarah bingkas bangun. Air mata yang masih
deras mengalir di pipi di seka dengan belakang tangannya.
“Ya!”.
Laung Sarah sedikit kuat supaya orang diluar tahu bahawa dia masih berada dalam
tandas. Masih lagi hidup. Belum bunuh diri. Langsung tidak berfikir untuk
membunuh diri.
Mendengar
sahutan Sarah, ketukan di pintu tandas berhenti senyap serta-merta. Sarah
melihat mukanya di cermin. Muka dibasuh berkali-kali supaya matanya yang sedikit
berair tidak lagi kelihatan seperti orang baru lepas menangis.
Baju
kurung moden kain kapas berwarna merah hati ditarik sedikit untuk menghilangkan
kedutan. Sarah membelek wajahnya di dalam cermin sekali lagi. Nafas ditarik
dalam-dalam. Dia akan berdepan dengan makluk tuhan paling kejam sebentar lagi.
Dia perlu tenang dan kental.
Berpuas
hati dengan keadaan dirinya, Sarah membuka pintu tandas dengan berhati-hati.
Kaki melangkah keluar dari tandas di dapur Puan Khalisah.

“Lamanya
you masuk tandas.” Tersentak dengan
teguran tersebut, Sarah berpaling. Ari Aqashah! Mukanya terasa membahang. Malu
mahu berdepan dengan lelaki ini. kalau boleh dia mahu menyorok dalam peti sejuk
besar milik Puan Khalisah. Tak mahu lagi dah jumpa dengan lelaki bernama Ari
Aqashah ini.
"Kenapa, nampak terkejut sangat nampak I dekat dapur ni." Sarah serba tidak kena.
"Takde lah. Saya biasa-biasa je. Perlukan apa-apa ke?" Ari Aqashah menggeleng dan meninggalkan ruang dapur. Memberikan sedikit ruang untuk Sarah bernafas.
Sarah mendekati meja bulat. Melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya naik menyentuh dadanya. Peristiwa paling memalukan dalam hidup dia. Macam mana dia boleh tersalah orang.
"Kenapa, nampak terkejut sangat nampak I dekat dapur ni." Sarah serba tidak kena.
"Takde lah. Saya biasa-biasa je. Perlukan apa-apa ke?" Ari Aqashah menggeleng dan meninggalkan ruang dapur. Memberikan sedikit ruang untuk Sarah bernafas.
Sarah mendekati meja bulat. Melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tangannya naik menyentuh dadanya. Peristiwa paling memalukan dalam hidup dia. Macam mana dia boleh tersalah orang.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah ketika sampai bersama Arif Shah, rasa terkejut bukan main lagi melihat Ari Aqashah sedang berbual dengan Puan Khalisah. Ya, Ari Aqashah langsung tidak perasan tentang kehadiran dia sehinggalah Jihan yang memaksa Ari Aqashah berkenalan dengannya di dapur.
“Kak
Arah! Kenalkan abang Jee. Ari Aqashah.” Jihan sengeh melebar sambil menarik
tangan abangnya yang mahu melarikan diri. Namun sebaik sahaja Sarah berpaling,
Ari Aqashah kaku. Jihan berdehem beberapa kali selepas melihat abangnya seperti
orang terkejut melihat Sarah.
“Abang,
Jee tahulah Kak Arah tu memang cantik tapi janganlah tenung macam nak tersembul
niji mata abang tu!” Ari Aqashah yang baru tersedar lekas-lekas menggaru
kepalanya yang tidak gatal.
Terkejut
sangat ke? Alahai, jangan nak terkejut sangat. Kalau tahu semua barang hantaran
dia tu Sarah yang siapkan, mesti terus tersembul biji mata. Silap-silap rahang
gigi pun jatuh berterabur ke lantai.
Menghilangkan
rasa kekok yang baru menjelma, Sarah menghadiahkan senyuman kepada Ari Aqashah.
“Tahniah! Esok dah jadi tunang oranglah ye?”.
Jihan
dan Ari Aqashah berpandangan sesama sendiri. Alahai mamat hidung tinggi ni
buat-buat muka terkejut pulak. Kenapa, terperanjat macam mana Sarah tahu dia
nak bertunang ke? Tak perlulah buat muka macam tu. Mulut tu tutup sikit, masuk
lalat baru tahu.
“I
nak bertunang? Macam mana you tahu yang I nak bertunang?” Sarah senyum segaris.
Kan dah kata dah mesti mamat hidung tinggi ni terkejut beruk punya sebab Sarah
tahu yang dia akan bertunang esok. Tak payah nak sorok-soroklah, bukannya buat
benda jahat pun.
“Jihan
yang beritahu abang dia nak bertunang, mestilah saya tahu.” Ari Aqashah
mengangguk-angguk tanda faham.
“Akak!
Bila pulak abang Ari nak bertunang? Abang?”. Muka Sarah dan Ari Aqashah
dipandang silih berganti oleh Jihan dengan pandangan pelik. Abang Ari nak
bertunang?! Biar betul. Takkan cerita sensasi macam ni dia boleh terlepas
dengar kot?
Selama
ini yang dia tahu Arif Shah seorang sahaja yang bakal menamatkan zaman
bujangnya. Takkan dalam diam-diam Ari Aqashah pun dah buat persiapan nak
bertunang kot? Dengan siapa? Atilia, model glamour tu? Eii, tak hingin dia
dapat kakak ipar macam tu!
“Abang,
abang nak bertunang dengan siapa? Kenapa Jee tak tahu pasal hal ni?” Jihan
menampar kuat lengan Ari Aqashah.
Ari
Aqashah jungkit bahu. Eh, kenapa jungkit bahu? Bukan awak nak bertunang esok
ke? Sarah blank. Jihan
terpingga-pingga. Ari Aqashah buat slumber.
Arif Shah yang baru menyertai mereka turut membuat muka pelik. Hairan kerana
Sarah berada dalam kalangan keluarganya. Who
is she?
“Ada
apa berbual dekat dapur ni?” Ketiga-tiga manusia itu menoleh serentak.
“Balik
pun bakal tunang orang ni. Pergi mana lama sangat ni? Penat mama siapkan semua
hantaran Along tau!” Tegur Puan Khalisah yang mahu menyibuk dalam perbulan tiga
manusia sebentar tadi agaknya.
Bukan
main lagi mengaku bahawa dia yang menyiapkan semua hantaran tunang anak
sulungnya. Sarah yang mendengar pengkuan itu hanya berdiam diri. Tak perlu
mengaku bahawa dia yang siapkan hantaran tersebut pun. Lagipun bukan dapat
apa-apa. Setakat pujian ‘cantiknya!’ ‘pandainya’, bukan kenyang pun.
“Mama!
Kak Arah ingat Abang Ari yang nak bertunang esok! Kelakarlah akak ni. Abang Ari
ni mana ada girlfriend akak!”. Jihan
ketawa kuat. Memang kuat macam hantu pun ada. Kelakar sangat ke? Manalah dia
tahu siapa yang nak bertunang, Jihan cuma cakap ‘abang’.
Memandangkan Arif Shah pernah bagitau dia bahawa dia masih ‘single’ jadi secara automatiknya mestilah Ari Aqashah yang pernah keluar dengan teman wanitanya itu yang akan bertunang!
Memandangkan Arif Shah pernah bagitau dia bahawa dia masih ‘single’ jadi secara automatiknya mestilah Ari Aqashah yang pernah keluar dengan teman wanitanya itu yang akan bertunang!
Rupa-rupanya
‘single’ maksud Arif Shah ialah masih
tidak berteman serumah. Teman sekatil. Teman sebilik. Teman umur hidup. Argh!
Kenapa dia tidak terfikir akan perkara itu?
Arif
Shah yang menyedari bahawa dirinya sedang disebut-sebut dalam perbualan dua
orang adiknya bersama Sarah segera mendekati mereka. Barang-barang yang masih
berada di tangan di longgokkan di atas meja bulat di dapur.
Bahu
Jihan dicuit perlahan. “Kenapa Sarah ada dekat sini?” Ya, memang itu yang
berlegar-legar di kepalanya sejak dari tadi. Sejak dari sampai ke rumahnya.
“Ha,
untuk pengetahuan abang-abang Jee yang kacak, inilah pembantu rumah kita yang
baru tapi tak baru sangat. Cuma abang-abang Jee aje tak pernah berjumpa sebab
sibuk sengat dengan kerja.”
Ari
Aqashah dan Arif Shah terasa mahu mengutip rahang pipi mereka yang jatuh ke
tanah. Kebetulan sungguh! Ari Aqashah langsung tidak menyangka bahawa dia akan
berjumpa lagi dengan perempuan ini. Sungguh, langsung tidak sangka!
Sarah
hanya berdiam diri. Tidak tahu hendak berkata apa. Puan Khalisah yang perasan
akan pandangan tajam Arif Shah kepada Sarah segera menarik lengan sasa anak
sulungnya itu.
“Jom,
tengok hantaran Along esok. Cantik sangat!”
“Betul!
Cantik sangat. Along patut say thank you
dekat Kak Arah sebab dia yang tolong siapkan hantaran Along tu tau.” Celah
Jihan.
Sarah tersenyum malu. Sumpah dia bukan sahaja malu kerana mendapat pujian daripada Jihan tetapi juga malu kerana selama ini dia menyangka bahawa Ari Aqashah yang akan bertunang. Duh! Silap orang rupanya.
“Mama
yang siapkan hantaran untuk anak mama. Arianna Jihan, stay away from this.” Jihan tutup rapat mulutnya. Eh, mama pula
yang nak dapat nama?
“Sejak
bila Sarah kerja di sini? Kenapa Sarah tak beritahu saya?” Arif Shah memandang
Sarah yang hanya mendiamkan diri. Dia perlu mendapatkan penjelasan Sarah.
Terlalu banyak soalan yang berada dalam kepala otaknya sekarang ini.
“Arif
Shah, follow me.” Tegas Puan Khalisah
memberikan arahan.
Arif
Shah terus berpaling mengikut Puan Khalisah ke ruang tamu. Matanya memandang
satu per satu dulang hantaran yang
disiapkan oleh pembantu rumah mereka. Tidak sangka Sarah bekerja di rumah ini
dan Sarah yang menyiapkan barang hantaran untuknya!
Dan ketika itulah Sarah meminta diri untuk ke tandas. Bertapa di dalam tandas hampir tiga puluh minit lamanya sebelum dia keluar dan Ari Aqashah muncul di belakangnya. Menyibuk je mamat hidung tinggi ni!
Teringat bahawa dia masih ada sesuatu yang belum diselesaikan, Sarah bangkit menuju ke peti sejuk. Barang-barang yang dibeli di pasaraya Mydin dikeluarkan dari peti sejuk. Puding trifle perlu disiapkan segera.
Dan ketika itulah Sarah meminta diri untuk ke tandas. Bertapa di dalam tandas hampir tiga puluh minit lamanya sebelum dia keluar dan Ari Aqashah muncul di belakangnya. Menyibuk je mamat hidung tinggi ni!
Teringat bahawa dia masih ada sesuatu yang belum diselesaikan, Sarah bangkit menuju ke peti sejuk. Barang-barang yang dibeli di pasaraya Mydin dikeluarkan dari peti sejuk. Puding trifle perlu disiapkan segera.
"Along dengar ke tidak apa yang mama cakap ni? Baju untuk esok semua dah gosok ada dalam almari baju Along."
Tanpa
berkata apa-apa, Arif Shah meninggalkan Puan Khalisah yang masih bercakap-cakap
tentang majlisnya pada hari esok. Kakinya memanjat satu per satu anak tangga
naik ke atas. Dia perlu menenangkan dirinya.
“Arif
Shah!” Laungan Puan Khalisah tidak dipedulikan. Pintu bilik tidurnya ditutup
rapat. Arif Shah duduk di meja kerjanya. Tangan naik melurut rambut. Tidak
mampu menenangkan hatinya. Teringat bahawa Sarah bekerja untuk keluarganya,
kenapa hatinya terasa tidak bahagia? Ya Allah, perasaan apakah ini?
Almari
pakaian dibuka. Baju Melayu berwarna krim yang telah siap digosok oleh pembantu
rumah dipandang dengan pandangan kosong. Pembantu rumah yang mana? Siapa yang
menggosok baju melayunya? Sentuhan Sarahkah pada bajunya? Arif Shah menyentuh
dadanya. Ada perasaan aneh menjalar dalam hatinya ketika ini. Sarah! Hatinya
menyebut nama Sarah.
Kenapa
baru sekarang Sarah muncul? Kenapa tidak sebelum dia memperkenalkan Marliana
secara serius kepada ahli keluarganya? Ya Allah, dugaan apakah ini? Kenapa
hatinya tiba-tiba rasa berbelah-bahagi untuk meneruskan pertunangannya pada
esok hari? Jika dia membatalkan pertunangannya, bagaimana dengan perasaan
Marliana? Arif Shah terduduk di kerusi malas di sudut bilik tidurnya.
Otaknya
kusut.
“I tak sabar sangat nak jadi tunang you. Finally,
kita akan bertunang juga. I love you so
much, Arif Shah Ramlee.” Masih terngiang-ngiang kata-kata Marliana dalam
perbualan telefon mereka sebentar tadi.
Ya,
Marliana sangat bahagia dan dia juga sangat bahagia ketika dia belum mengetahui
tentang kehadiran Sarah yang begitu dekat dengan keluarganya. Dia suka melihat
Sarah berada hampir dengannya namun kenapa kini dia berasa kosong melihat Sarah
yang berada begitu dekat dengan dirinya tapi tidak mampu di capai?
Lama
merenung kipas siling yang berputar, akhirnya Arif Shah terlelap di kerusi itu.
*********
Suasana
di bawah masih riuh-rendah dengan kehadiran beberapa orang saudara-mara yang
sudah memenuhi ruang rumah Tuan Ramlee. Sarah yang melihat keriuhan itu hanya
tersenyum gembira. Memang rapat betul adik-beradik Tuan Ramlee dan Puan
Khalisah. Nampak bahagia benar!
Di
suatu sudut matanya menangkap Ari Aqashah dan seorang gadis. Ari Aqashah
mencuit hidung gadis itu. Amboi, manja bukan main lagi. Gadis itu pun bukan
main seronok lagi bergesel-gesel dengan tubuh Ari Aqashah. Manja lah tu konon!
Sukalah Ari Aqashah. Kucing kalau nampak ikan, takkan nak tolak. Tapi itu bukan perempuan yang dia nampak
tempoh hari.
Kalau
tidak silap pandangan matanya, gadis tempoh hari lebih tinggi dari gadis ini. Rambut
pun warnanya lebih karat berbanding gadis yang sedang bermanja-manja dengan Ari
Aqashah ketika ini.
Sarah
cuba mengingati wajah gadis yang bersama dengan Ari Aqashah tempoh hari namun
gagal. Sekali pandang aje takkan terus melekat dalam kepala otak dia.
“Itu sepupu Ari.” Teguran Mak Som dibelakannya menyebabkan Sarah tersentak. Pegangan gelas kaca
terhempas ke lantai. Memang terkejut bebetul, bukan memain.
“Ya
Allah!” Jerit Mak Som risau.
Sarah
segera menunduk mengutip kaca yang berterabur di atas lantai. Akibat terlalu
kelam-kabut, tangan Sarah terkena serpihan gelas kaca.
“Aduh!”
Mak
Som tunduk mendapatkan Sarah. “Sakit sangat ke? Kenapa tak berhati-hati ni
Arah? Arah berangan apa ni? Ya Allah.. banyaknya darah.” Arif yang yang ketika
itu sedang bersembang dengan seseorang berpaling sebaik sahaja mendengar bunyi
kaca terhempas. Dia segera berlari mendapatkan Sarah dan Mak Som.
Melihat
tangan Sarah yang berdarah, Arif Shah segera menarik tangan Sarah ke sinki.
Sarah hanya menurut tanpa banyak soal. Muka Arif Shah yang berkerut-kerut
dipandangnya.
“Awak,
saya okay. Jangan risau.” Sarah menahan
pedih di jarinya akibat terkena air. Sumpah pedih gila rasa nak melompat-lompat
sambil menangis namun cuba ditahan sebaik mungkin.
“Kenapa
awak tak berhati-hati? Kalau terjadi apa-apa tadi, macam mana?” Marah Arif
Shah. Sarah terkejut dengan nada suara Arif Shah yang sedikit kuat. Matanya
memandang sekeliling dapur. Tiada sesiapa di situ.
“Saya
okay. Awak jangan risau.” Ulang
Sarah.
“Saya
risau Sarah! Saya risau!” Sarah telan air liur. Kenapa Arif Shah risau? Mahu
sahaja dia melontarkan soalan itu kepada Arif Shah. Awak sukakan saya ke? Kalau
boleh mahu sahaja dia memberitahu Arif Shah bahawa dia telah tersuka kepada
Arif Shah. Namun kenyataan itu hanya disimpan dalam hati.
Arif
Shah akan menjadi milik orang lain. Dia bukan perampas. Dia sedar kedudukannya
dalam rumah in. Tidak mungkin dia akan menjadi seperti Tina, merampas milik
orang lain. Ya Allah, Tina tidak pernah menjadi perampas. Semuanya telah
ditentukan oleh Allah SWT.
Sarah
cuba menarik tangannya yang berada dalam genggaman Arif Shah namun Arif Shah
menarik tangan itu kembali. “Biar saya letak ubat.”
Sarah
menggeleng. Tidak setuju dengan cadangan itu. “Takpe, saya boleh buat sendiri.
Sikit aje ni, bukannya putus jari pun.”
Arif
Shah tergamam. “Jangan cakap macam tu!
Saya tak suka. Saya tak nak apa-apa berlaku dekat awak.”
Sarah
menjegilkan matanya. “Kenapa?”
“Saya
sayangkan awak!”
Sarah
segera menarik tangannya yang berada dalam genggaman Arif Shah. Arif Shah diam
seribu bahasa. Masih berkira-kira dengan permintaan hati dan mindanya. Dia
perlu bertindak segera sebelum segalanya terlewat. Dia tidak mahu kehilangan
Sarah. Cukuplah sekali dia pernah kehilangan Sarah semasa di hospital beberapa
bulan lalu.
Gadis
itu tiba-tiba pulang ke rumah membawa ibunya yang sedang sakit tanpa berjumpa
atau memberitahunya terlebih dahulu. Kemudian dia bertemu semula dengan gadis
ini ketika gadis ini mengambil ubat tempoh hari. Namun ketika itu segalanya
masih kabur sehinggalah petang tadi. Sekarang Arif Shah pasti dengan kehendak
hatinya.
“Sarah.
Saya betul-betul sayangkan awak.” Sekali
lagi Arif Shah mengulangi ayat tersebut. Sarah mahu pengsan. Lututnya tidak
mampu menampung berat badannya sendiri. Dia bergerak ke meja bulat yang selalu digunakan untuk memotong
sayur dan makan kuih bersama Mak Som.
Sarah
menarik kerusi dan duduk di meja bulat itu. Sarah menggenggam kedua-dua belah
tangannya. Hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup pantas seolah-olah dia
baru sahaja menamatkan larian pecut 100 meter.
“Apa
awak merepek ni Arif?” Ujar Sarah perlahan.
Arif
Shah mendekati Sarah. Sekali lagi tangan Sarah dibawa ke dalam genggamannya.
Sarah kalut menarik tangannya yang berada dalam genggaman Arif Shah.
“Saya
tak pernah sukakan awak, jauh sekali mahu menyayangi awak.”
“Jangan
bohong diri awak Sarah. Saya tahu awak pun ada perasaan yang sama dengan saya.
Saya yakin saya tak bertepuk sebelah tangan. Saya yakin!” Arif Shah memandang
ke dalam anak mata Sarah.
“Saya
akan batalkan majlis esok. Saya akan buat awak sukakan saya!”
Bersungguh-sungguh riak muka Arif Shah. Ini semua kerja gila! This is crazy!
Sarah
terasa menyesal pula menerima pelawaan Jihan untuk bermalam di sini. Jika dia
tidak bermalam di sini, Arif Shah tidak akan melakukan pengakuan gila seperti
ini. Gila? Bukankah pengakuan ini yang dia tunggu-tunggu semenjak dulu lagi?
Sarah
tidak pasti! Sarah keliru. “Arif. Kalau betul awak sayangkan saya, lupakan
saya. Marliana sayangkan awak sepenuh hatinya.” Sengaja menyebut nama Marliana
supaya Arif Shah kembali ke realiti. Arif Shah mungkin tengah sewel sekarang
ini sebab itu dia tidak bercakap perkara-perkara yang merepek dan tidak masuk
akal. Membatalkan pertunangan. Kau nak mampus?!
Kau
sanggup berdepan dengan Puan Khalisah dan Jihan. Bukan itu sahaja kau sanggup dengar
caci mari Ari Aqashah kalau kau rampas Arif Shah daripada Marliana? Sarah tak
sanggup. Dia rela melepaskan Arif Shah daripada berdepan dengan keluarga ini
seumur hidupnya.
“I need you!” Tegas Arif Shah.

“Fikirkan
keluarga awak, keluarga Marliana! Awak nampak tak betapa ramai saudara-mara
yang datang pada malam ini untuk ke majlis pertunangan awak esok?” Marah Sarah.
Nada suaranya masih dikawal supaya tidak didengari oleh sesiapa.
“Saya
tak kisah semua itu! Saya sayangkan awak Sarah. Saya sanggup tinggalkan
semuanya kerana awak.” Ya Allah, sudah sewelkah Arif Shah? Bercakap langsung
tidak menggunakan otaknya. Cakap pakai kepala lutut ke mamat ni? Sarah ketap
bibir. Geram pula dengan sikap keras kepala Arif Shah.
“I don’t need you. Never once. Please,
jangan buat saya macam ni.” Rayu Sarah. Dia tidak sanggup menjadi perampas. Dia
pernah terluka dan tidak mungkin dia mahu melihat Marliana terluka.
Arif
Shah menggeleng rakus. “Jangan bohong diri awak, Sarah. Saya tahu apa yang ada
dalam hati awak.”
Tidak
tahan dengan desakan Arif Shah, Sarah perlu bertindak. Dia tidak boleh menjadi
bodoh. Arif Shah mungkin keliru atau menjadi begini kerana terlalu
berdebar-debar dengan majlis pertunangan dia esok agaknya. “Saya akan berhenti
kerja dan menghilangkan diri kalau awak terus desak saya macam ni.”
Arif
Shah terdiam. “Apa yang awak nak saya buat? Saya sanggup buat apa sahaja
asalkan awak terus di sisi saya.”
Sarah
menelan air liur. Otaknya ligat berfikir. Sesak! Sungguh dia sesak dengan semua
perkara yang berlaku sepanjang hari ini. “Lupakan saya dan teruskan pertunangan
dengan Marliana.”
“Saya
akan teruskan pertunangan saya. Please,
jangan menghilang dari saya. Please.”
Rayu Arif Shah. Ada riak kecewa yang
terbit dari wajah kacak Arif Shah. Cermin mata ditanggalkan dan matanya yang
sudah berkaca dikesat.
Sarah
terasa seperti mahu menangis. Lelaki ini sedang bersedih kerana dia. Kenapa
semua ini berlaku kepadanya. Kenapa pada waktu dan ketika ini? Sarah bingkas
bangun meninggalkan Arif Shah yang masih melutut di atas lantai. Arif Shah dan
dia masing-masing memerlukan masa untuk diri sendiri. Mereka perlu bertenang.
Sarah perlukan udara.
Ruang
dapur yang biasanya menjadi tempat paling tenang untuk dia dan Mak Som selama
ini tidak lagi menjadi tempat yang tenang pada malam ini. terasa sempit dapur
luas milik Puan Khalisah dengan kehadiran Arif Shah di sana.
“Ya
Allah, berikan aku petunjuk-Mu.” Sarah mengesat air mata yang mengalir di pipi.
Sungguh, dia berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku pada hari ini.
sian sarah apalah arif shah ni dah x betul kot.
ReplyDeleteKesian kat dekat Sarah ni. Hihi, baca bab yang seterusnya dan seterusnya nanti lagi kesian dekat Sarah ni. :)
ReplyDelete