Monday 30 December 2013

Bab 3 Dia Lelaki Untuk Aku


Puas Yasmin cuba menolak pemberian gadis yang memberikan nota kepada di semasa di Haji Ismail Group tadi namun gagal juga. Akhirnya beg plastik yang berisi pelbagai jenis coklat berada dalam genggamannya.
“Kau rasa siapa punya kerja ni?”
“Kau ni Yas, masih nak fikir lagi ke? Mungkin ada orang saja nak berkenalan dengan kau.. Kau je yang takut sangat.” Ameera cuba memberikan pandangan positif kepada Yasmin. Dia pun takut juga tapi bila fikirkan semula mungkin ada lelaki yang ingin mendekati Yasmin tapi menggunakan cara ini.
Alah, nak mengorat kenalah kreatif. Kalau tak berani datang depan-depan, cuba hantar nota dulu. Comel apa dengan tindakan pengirim misteri ini. Siap ada nota dalam bungkusan coklat lagi.
“Saya harap keluarga awak suka dengan coklat ni. – F” Ameera mengajuk tulisan dalam nota. Yasmin tunjuk muka bengang.
“Kau jangan buat lawak bodoh boleh tak? Kang aku siku cubit mulut kau tu baru tahu!” Ameera tekup mulutnya dengan tapak tangan. Kemudian tergelak besar. Yasmin betul-betul jadi garang sejak dapat nota bertimpa-timpa. Dah enam nota setakat ini.
“Kau rasa lepas ni ada lagi tak nota untuk kau?” Yasmin jongket bahu.
“Harap-harap tadi yang terakhir. Kalau ada lagi aku buat laporan polis.”
Ameera gelak berdekah-dekah. Sampai terduduk di atas lantai. “Kau ni kenapa Amee? Asyik gelakkan aku aje. Ini betul-betul tau, bukan cubaan. Ini dugaan!”
“Adoi, sakit perut aku gelakkan kau, Yas. This is you? The real you?” Ameera sentuh muka Yasmin.
Geram dengan tingkah Ameera, Yasmin tepis kasar tangan Ameera. “Kau jangan main-main boleh tak? Kita tak tahu siapapengirim nota tu. Kalau jadi apa-apa, siapa nak tanggung?”
“Yas, polis pun akan gelak kalau kau bawak semua nota ni dekat dorang. Ada nota ni tulis ugutan dekat kau? Takde kan? Semua nota ni dia puji kau.. Cakap kau cantik, baju kau lawa and siap hadiahkan satu beg plastik coklat lagi ha.. Kau rasa polis nak ke ambil laporan kau tu?”
“Dah memang kerja dia terima laporan, kenalah ambil juga.”
Ameera menggelengkan kepala. “Dahl ah Yas, takde apa-apa pun. Aku kan ada, jangan fikir sangatlah. Jom kita pergi Dataran Helang yang kau nak sangat tu.”
Yasmin dan Ameera terpegun melihat tugu burung helang yang gah di kedudukannya. Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi. Ia merupakan tugu helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
“Ini yang kita nampak semalam kan?” Yasmin mengangguk dengan pertanyaan Ameera. “Ambil hambar aku Yas. Aku nak masuk dalam Instagram. Nak tunjuk dekat Ameer. Confirm bengkak aje hati dia tengok gambar aku dekat sini.” Ameera ketawa seronok. Suka sangat nak sakitkan hati kembar dia.
Iye lah, masing-masing kaki berjalan. Nak tunjuklah siapa punya percutian lagi hebat. Yasmin menyambut huluran Samsung Galaxy S4 milik Ameera.
Okay, ready. One, two, three. Smile.” Beberapa keping gambar mereka berdua bergaya sakan di hadapan tugu Helang ini dirakamkan. Bukan selalu datang ke sini, dah nama pun pelancong haruslah mereka ambil gambar banyak-banyak.
“Kau tahu tak Amee, kalau waktu malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu. Kalau kita dapat tengok pemandangan malam dekat sini mesti seronok.” Yasmin menceritakan kepada Ameera pemandangan di Dataran Helang pada waktu malam.
“Mana kau tahu?”
“Aku baca dalam internet ramai yang puji kecantikan pemandangan malam di Dataran Helang ni.” Yasmin sengih.
Ceh, aku ingatkan kau memang tahu! Hampeh.”
Hey, at least aku ada pengetahuan tau pasal Pulau Langkawi ni.” Yasmin masih mahu menang. Sejarah adalah mata pelajaran kesukaan dia semasa di sekolah dulu. Jadi haruslah dia membaca pasal satu-satu tempat yang ingin dia lawati sebelum dia ke sana.
Sekurang-kurangnya tidaklah dia tercangak-cangak aje bila dah sampai di tempat percutian.
“Jom kita makan tengah hari dekat sini lepas tu kita gerak ke Makam Mahsuri pulak.” Ameera mengangguk setuju. Tangan berpaut dengan tangan Yasmin dan mereka berdua bergerak seiring ke kedai makan berdekatan.
Pulau Langkawi ialah tempat pelancongan jadi tak perlu risau tentang makan di sini sebab merata-rata tempat memang ada tempat makan.

“Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Kalau kau nak tahu, Mahsuri ni turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi. Beliau memang dikenali di seluruh pulau ketika itu. Hebatkan dia.”
Ameera mengangguk setuju. “Aku pun takde nama jolokan.. Takde siapa kenal aku.”
Yasmin tergelak besar mendengar rungutan Ameera. “Kau nak nama jolokan? Biar aku yang bagi nama untuk kau.” Yasmin terdiam sebentar. Berfikir nama yang sesuai untuk Ameera.
“Ameera Puteri Membebel, okay tak?”
Automatik tangan Ameera menghentam bahu Yasmin.
“Sakitlah, gila.”
“Ha, tahu pun sakit. Kau cakap aku kuat membebel? Kau tu yang kuat membebel, bukan aku.” Yasmin tergelak besar melihat muka Ameera menahan geram.
“Iyelah, kau Ameera Puteri Bunian, nak?”
“Bengong! Kalau aku puteri bunian, dah lama aku sorok kau dalam hutan tau.” Yasmin tergelak melihat reaksi Ameera.
“Garang nak mampus!”
“Memanglah. Kau mengata aku kot.. Kalau ada jejaka kacak terdengar pasal aku kuat membebel takde orang nak kahwin dengan aku tau.”
“Ei, ada hati. Johan tu kau nak campak mana?”
“Laut.” Amboi, selamba badak aje nak campak Johan ke laut. Padahal masa Johan keluar dengan Qistina pun dah melalak separuh nyawa.
“Dah. Dah. Aku nak sambung cerita pasal Mahsuri lagi ni. Kau dengar elok-elok. Mana tahu kot-kot nanti keluar dalam exam masters kau tu.”
Ameera tergelak dengan lawak Yasmin. “Aku ambil ekonomi bukan sejarah.”
“Iye la, mana tahu kot-kot dia tanya faktor penyumbang kepada ekonomi Pulau Langkawi. Bolehlah kau hentam jawab Makan Mahsuri ni. Kau jangan main-main Amee, kalau datang Langkawi tapi tak datang Makan Mahsuri ni tak lengkap tau!”
“Cepatlah sambung cerita kau tu. Cakap aku kuat membebel, kau pun sama je.”
“Ha, kalau kau nak tahu Makam Mahsuri adalah tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Makam ni terletak terletak sekitar 12 kilometer dari Pekan Kuah. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.”
Yasmin masih ralit bercerita tentang sejarah Pulau Langkawi. Ameera tekun mendengar setiap penerangan dari mulut Yasmin.
“Sebelum Mahsuri meninggal, beliau ada mengulang ayat seolah-olah sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.”
“Habis tu sumpahan Mahsuri sebelum dia dibunuh tu betul ke Yas?”
“Entahlah Amee, yang tu aku pun tak pasti. Tapi seminggu selepas Mahsuri dibunuh akibat fitnah, Wan Derus iaitu suami Mahsuri pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa jadi membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau ini. Langkawi hancur dan hangus.”
“Kesian Mahsuri sebab jadi mangsa fitnah, kan?”
Yasmin mengangguk setuju dengan Ameera. “Sebab itulah kita tak boleh mudah mempercayai fitnah. Kalau ada sesuatu yang belum pasti, kena siasat dulu. Dalam riwayat At-Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A ada berpesan, “Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun.
Ameera angguk. “Sebab tu kita tak boleh membuka keaiban orang lain kepada orang lain. Takut nanti cerita itu ditokok tambah dari akar dah jadi pokok merimbun. Padahal cakap perkara yang tak betul. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 12 Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”
True! Kita ni manusia banyak sangat nak ambil tahu hal orang lain sampaikan kita selalu bercakap buruk pasal orang tu. Bergosip pun dah fitnah kalau bercakap pasal benda tak betul. Pandai pun kawan aku ni. Semoga kita berdua dielakkan daripada menjadi mangsa fitnah dan tidak memfitnah orang lain.” Yasmin memeluk bahu Ameera.
Dia dan Ameera membesar bersama. Semasa di universiti mereka sering mengikuti usrah bebas yang dijalankan oleh beberapa pelajar da ustaz. Memang tak sia-sia zaman universiti mereka.
Walaupun ada rakan-rakan lain yang lebih suka memilih untuk bersuka ria dan berseronok untuk menikmati zaman remaja mereka, Yasmin lebih suka bergelumang dengan buku dan berkawan dengan laptop. Lebih suka menghabiskan masa di perpustakaan atau dengan Laila dan Ameera.
Ya, satu perkara yang dia akui ialah dia tidak ramah tetapi tidak juga sombong. Cuma dia tidak pandai berbual dengan orang lain.
“Jom kita pusing-pusing dekat sini. Aku nak bergambar lagi. Nanti mesti mama dengan adik-adik aku berebut nak tengok gambar dalam kamera aku. Rugi tau kalau tak ambil gambar banyak-banyak. Bukan senang kita nak sampai ke Pulau Langkawi ni.”
Yasmin menyambut huluran kamera Nikon V1 yang dihulurkan kepadanya. Melihat Ameera yang sudah bersedia dengan gayanya, Yasmin mengutuk terang-terangan. “Kau boleh tak kalau tak payah nak posing dengan duck face kau tu? Umur dah dua puluh enam pun posing macam budak umur enam belas tahun.”
“Biarlah, muka aku.”
“Aku ni yang tukang tangkap gambar sakit mata sampai tahap nak buta tengok muka kau tu, Amee. Tukar! Senyum tayang gigi cantik kau tu.”

Serta-merta Ameera sengih lebar. Nak tayang gigi lawa lepas buka braces punya pasal.
“Cantik tak gambar aku?”
Hello, this is Yasmin okay. Kalau tak cantik jangan cakap aku tangkap.”
“Menyampah aku! Perasan nak mampus.” Kamera di tangan Yasmin di ambil. “Dah, kau pergi sana, aku nak ambil gambar kau pula.”
Yasmin berlari-lari kecil menuju ke papan tanda. “Kira dulu lepas tu baru snap.”
Alright. Ready.. One..”
Tiba-tiba Yasmin menjerit. “Wait!!”
“Kenapa?”
“Panaslah, nak pakai rayban kejap.” Rayban di atas kepala di sangku ke hidung.
“Banyak songehlah kau ni Yas. Cepatlah.”
Done.”
Ameera mengambil beberapa keping gambar Yasmin yang sakan berposing dihadapannya. Sekejap angkat kaki sebelah, sekejap lagi tangan di pinggang, lepas tu tangan di depakan.. Macam-macamlah gaya Yasmin ni berposing! Macam nak jadimodel majalah pula.
“Amee.”
Ameera angkat kening. Malas nak bersuara.
“Kau nak dengar cerita pasal sejarah Langkawi lagi tak?”
“Alaaa, tak nak dah. Letih dah telinga aku nak terima maklumat daripada mulut kau tu, Yas. Sejak sampai kelmarin, sampai hari ni dah dua hari mulut kau tu tak henti-henti cerita pasal sejarah Pulau Lagenda ni.. Nanti balik KL lah kau sambung cerita tu dekat Laili pulak.”
“Kau ni teruk tau! Bukan kena bayar pun nak dapatkan info ni daripada aku.. Free aje aku bagi dekat kau.”
“Ala, kalau aku nak nanti aku tanya kau okay? Jom beli air. Hauslah. Kau tak haus ke cakap banyak sangat?” Tekak digosok perlahan.
Yasmin tergelak kecil. Perli dia nampaknya Ameera ni!


No comments :

Post a Comment