Aulia
pandang wajah jelita di hadapannya. Baru tiga hari lepas dia melepak dengan
Helinna di Restoran Inang-Inang, hari ini sekali lagi Helinna ajak dia makan
malam bersama. Amboi, tak puas-puas Helinna nak tengok muka cantik dia agaknya.
“Kau
ni dah kenapa yang asyik pandang muka aku ni? Aku cantik sangat atau muka aku
dah macam Demi Moore?” Aulia rasa ketawa mahu tersembur keluar.
“Perasan
sangat kalau aku pandang muka kau eh? By
the way, Demi Moore tu dah tua sangat kalau nak dibandingkan dengan muka
kau tu. Kenapa, dah tak sabar nak ada wrinkle dekat mata?”

“Kau
ingat aku duk kacau-kacau air dalam gelas ni aku tak nampak muka kau pandang
aku? Mata aku ni ada kepala tau! Pasal Demi Moore tu… walaupun dia ada wrinkle, ex-husband dia kacak sangat!”
Ketawa Aulia tidak mampu ditahan lagi.
“Kacak
sangat sebab tu cari perempuan lain yang muda dan cantik.” Ada keluhan dalam
nada Helinna. Dah kenapa pulak dengan
kawan dia seorang ni!
“Kau
asyik ajak aku lepak aje ni, kenapa? Ada masalah dengan jejaka kacak kau tu?”
Helinna mencebik. Rasa meluat kalau nak bersembang pasal Ashraff.
“Malaslah
cakap pasal dia. Selama aku balik sini, kalau keluar dengan dia tak pernah buat
hati aku ni rasa aman, tenteram atau bahagia. Pandang muka dia aje aku rasa nak
cakar-cakar muka dia tu!” Aulia membuntangkan matanya.
“Kenapa?”
Helinna
menghela nafas kuat. Mungkin Aulia adalah pilihan yang tepat untuk dia berbual.
Masa dia berjumpa dengan Aulia tiga hari lepas mereka lebih banyak berbual
tentang masa lepas dan zaman sekolah, sekarang ni mungkin masa untuk bercerita
tentang masa depan.
“Aku
rasa aku takde masa depan dengan dia.” Aulia rasa potongan kentang KCF yang
masuk dalam mulut dia dah macam sebiji kentang dah. Rasa penuh satu mulut
sampai susah nak menyampuk cakap Helinna.
“Kau
biar betul Helly. Jangan main-main. Kau cakap tu fikir sikit jangan ikut sedap
mulut kau aje. Ingat sikit kata-kata tu semua doa tau!” Ah, pandailah dia. Yang
dia duk kutuk Hazrul dekat Fazri tu tak ingat pula yang semua kata-kata tu doa.
“Aku
tak main-main dengan kau Lia. Aku tak tahu nak cakap dengan siapa-siapa lagi
dah. Kau tahulah kan aku ni bukannya ada kawan yang betul-betul kawan. Semua
yang berkawan dengan aku sebab kepentingan masing-masing. Kalau tersalah cakap
sikit aje, masuk newspaper.” Aulia
mengangguk faham.
“Kenapa
kau rasa dia bukan Mr. Right kau?”
Ah, dah nampak gaya macam dia ni kapochi
sangatlah pulak. Eh, tapi kalau tak tanya nanti Helinna ingat dia tak sudi
mendengar pulak. Lantaklah kalau nak kata dia menyibuk pun. Lagipun dia
sibukkan hal kawan baik dia, apa salahnya.
“Kau
rasa dia setia dengan aku tak?” Aulia tarik gelas air pepsi di depannya.
“Manalah
aku kenal siapa sebenarnya Ashraff tu.” Sebatang hirisan kentang KFC disumbat lagi
ke dalam mulutnya. Malam ni Helinna cakap dia teringin sangat nak makan KFC, jadi
Helinna paksa dia datang sini. Tapi sekarang ni nampak gayanya macam dia
seorang aje yang sibuk menyumbat makanan ke dalam mulut.
“Kejap,
kejap. Aku rasa makanan kau tu belum berusik lagi. Bukak mulut aku tolong
suapkan.” Mahu tidak mahu Helinna terpaksa juga nganga mulut apabila ayam
goreng KFC sudah dilayurkan dia depan matanya. “Okay, teruskan cerita kau tu.”
“Kau
ni.. Aku tengah serius ni, kau jangan buat lawak boleh tak?” Aulia ni kalau dah
buat perangai manja brutal dia tu memang kelakar sangat!
“Kau
kenal tak siapa Ashraff tu sebenarnya?” Aulia membetulkan kedudukannya. Takkan
dia nak beritahu dengan Helinna yang syarikat daddy dia ada buat usahasama dengan The Legacy pasal projek perumahan di Sungai Buloh tu dan dia ada
bekerja bersama Ashraff kot?
Aulia
berfikir dalam-dalam sebelum bercakap. Takut kalau Helinna tersalah sangka
dengan hubungan dia dan Ashraff. Tapi sumpah dia memang baru tahu yang Ashraff
juga terlibat sama dalam projek tu. Kalau lah dia tahu yang Ashraff ialah COO The Legacy yang terlibat sama dalam
projek perumahan tu memang dia takkan jadi pengurus projek itu.
“Aku
tak kenal dia sangat. Yang aku tahu dia tu COO
The Legacy. Papa kau ada share
dalam company tu kan?” Helinna
angguk.
“Jadi
kau tak kenal siapa Ashraff?” Aulia menggeleng. “Dia anak Tan Sri Ahmad.” Aulia
terbatuk beberapa kali. Air pepsi yang baru melalui rongga tekaknya terasa
perit. Sumpah rasa perit sangat-sangat!
Anak
Tan Sri Ahmad? Tan Sri Ahmad Salleh? Uncle
Ahmad? Biar betul! Takkanlah dia anak kawan daddy
dia kot? Ya Allah, kecilnya dunia ni. Sumpah dia rasa tak percaya dengan berita
yang disampaikan oleh Helinna.
“Oh…”
Hanya perkataan itu yang mampu diucapkan oleh Aulia. Kenapa semasa dia ke The Legacy dia tak dengar Ashraff
panggil Unlce Ahmad dengan panggilan
papa atau ayah atau daddy atau apa-apalah yang menunjukkan mereka tu
anak-beranak.
“Kau ingat lagi kan yang aku cakap dengan kau
pasal jodoh aku dengan dia memang dah ditentukan oleh parents aku dan parents
dia?”
“Kau
dah cakap dulu masa zaman sekolah. Aku ingat sampai mati agaknya sebab aku rasa
parents kau paling kolot sekali waktu
tu. Zaman sekarang ni mana ada lagi dah orang yang nak jodohkan anak-anak dia
dengan pilihan dorang. Semua orang dah cari pilihan hati sendiri.” Aulia
tergelak kecil.
“Sorry, aku takde maksud nak kutuk family kau. Aku just rasa ..”
Belum
sempat Aulia habis bercakap, Helinna sudah mencelah. “Aku faham. Aku pun rasa
mama dan papa aku kolot. Kau pernah nampak muka dia dalam surat khabar?” Aulia
garu kepala. Surat khabarlah bahan media bercetak yang sumpah dia memang malas
gila nak baca. Kalau dia nak tahu perkembangan dunia bisnes terus tanya dengan
Atiya aje, setiausaha dia.
“Aku
malas maca newspaper la, babe.” Helinna mengeluh.
“Kau
ni teruk betul! Patutlah selalu kena marah dengan cikgu masa zaman sekolah dulu
sebab tak tahu perkembangan dunia semasa. Ingatkan bila dah habis belajar ni
berubah, sama aje!”
“Aku
sibuk la, masa ada masa nak baca newspaper.
Lagipun apa guna ada Atiya kalau tak boleh bagitau aku perkembangan terkini
tanah air.” Aulia gelak mengekek. “Apa kaitan Ashraff dengan newspaper? Takkan dia tu usahawan hebat
sangat sampai selalu masuk dalam surat khabar kot?”
Helinna
menjeling. “Bukan masuk surat khabar sebab dia tu usahawan berjaya tapi masuk paper sebab lain.”
Riak
muka Aulia berubah seratus dua puluh peratus. “Dia mengedar dadah ke, babe?” Aulia berbisik perlahan.
Helinna
tampar lengan Aulia. “Adoi, kenapa tampar aku?”
“Ei..
Kau ni kan.. Mulut tu! Ada ke cakap macam tu.” Helinna tunjuk-tunjuk mulut
Aulia sebelum Aulia menarik tangan Helinna dan meletakkan tangan itu di atas
meja semula.
“Habis
tu.. Kau jugak yang cakap dia masuk paper
tadi kan..”
“Memanglah
tapi bukan sebab urusan bisnes atau kes jenayah. Ini pasal lain.” Aulia
bertambah pening. Sebab utama yang menjadikan sesuatu berita itu disiarakan
dalam akhbar mestilah cerita itu sensasi. Ashraff masuk paper sebab apa pulak?
“Kaki
parti.” Aulia rasa rahang gigi dia dah jatuh berterabur di atas lantai. Rupanya
Ashraff tu suka berparti rupanya.
“Minum
ke?” Helinna jongket bahu. Mulut Aulia ternganga sedikit. Tak sangka. Muka tu
memanglah nampak sangat gaya buaya darat tapi tak sangka perangai pun teruk.
“Habis..
Kau dah tanya dia ke?”
“Nak
tanya apa lagi kalau bukti dah ada depan mata aku. Kau ingat aku perlu baca paper ke nak tahu pasal cerita dia tu? Dalam
internet pun belambaklah, babe!” Nada
suara Helinna sedikit meninggi kali ini.
“Aku
bukan nak sebelahkan Ashraff tu tapi dalam internet atau dalam paper yang kau tengok tu semua mungkin super-imposed. Kau tahulah kan sekarang
ni zaman 2013, semua dah canggih. Macam-macam orang boleh buat.” Helinna
menggeleng.
“Aku
kenal sangat siapa Ashraff tu. Bukan sehari dua aku berkenalan dengan dia, dah
lama. Bertahun-tahun dah. Aku faham sangat kerenah dia tu.”
“Habis
tu kau nak buat macam mana sekarang ni, Walau apapun yang berlaku, kau tetap
kena kahwin dengan dia sebab mama dengan papa kau dah pilih dia adalah calon
suami yang paling sesuai untuk kau.”
Helinna
menghela nafas berat. “Aku ni cukup cantik untuk pilih jodoh aku sendiri Lia.
Aku rasa aku tak nak kahwin dengan Ashraff.”
“Rasa?”
Aulia angkat kening.
“Aku
yakin yang aku masih belum bersedia untuk terima Ash dalam hidup aku. Aku belum
rasa nak kahwin lagi sekarang ni. Lagi pun mama dia tak berapa suka sangat
dengan aku ni.”
“Mama
dia?” Aunty Lydia tak sukakan Helinna
yang cantik dan sopan-santun ni? Biar betik! Langsung dia tidak percayakan
Helinna. Kenapa pula Aunty Lydia tak
sukakan dia? Pelik.
Helinna
angguk.
“Kenapa mama dia tak suka kau?” Wajah itu masih
menayang riak yang sama. Langsung tidak terusik dengan pertanyaan Aulia.
“Aku
bercakap dengan kau, bukan dengan ayam dalam pinggan kau tu, Helly!”
“Sebab
aku cantik sangat kot?” Dah mula lawak bodoh dah Helinna ni..
“Aku
bukan buat lawak bodoh dengan kau, babe. Aku tanya betul-betul ni kenapa mama
dia tak suka denga kau yang cantik ni?”
“Sebab
aku model. Mama dia suka perempuan yang duduk rumah boleh jaga anak dia. Aku suka
merayap ke luar negara sebab kerja. Mama dia tak suka.”
“Ah..
pasal tu boleh bincang lagi. Kau quit ajelah kerja kau tu. Lagipun tiada apa
yang lebih penting bila kau dah kahwin. Duduk rumah jaga anak. Ha.. Ashraff tu
cukup jutawan nak sara kau anak-beranak. Kalau kau nak suruh dia sara aku
sekali pun dia mampu.” Aulia tergelak sambil bercakap. Bukan main lagi nak
suruh sara dia juga. Nak bermadu ke?”
“Kau
nak bermadu dengan aku?”
“Kau
sanggup?” Aulia masih gelak sakan.
“Kalau
kau madu aku, aku tak kisah sebab aku sayang dekat kau.”Giliran Helinna pula
bergelak sakan. Seronok berbual dengan Aulia. masing-masing kuat menyakat. Sekali
disoal, berbelas jawapan yang keluar.
“Helly,
kau kisah ke mama kalau dia tak suka kau?” Kepala Helinna digelengkan. Suasana
kembali sedikit tegang.
Aulia
menarik tangan Helinna yang diletakkan di atas meja berwarna putih. Tangan
kawan baiknya digenggam erat. “Kau memang tak kisah apa yang mama dia fikir
pasal kau?”
“Aku
dah besar Lia.. aku ada hidup aku sendiri. Jalan aku sendiri. Kau tahukan
betapa aku bekerja keras untuk sampai ke tahap sekarang ni. Takkan semudah tu
aku nak lepaskan apa yang aku ada, aku belum cukup puas lagi!”
“Rileks..
Aku faham perasaan kau. Aku sokong apapun keputusan yang kau buat asalkan kau
bahagia. Tapi aku nak tanya kau satu benda.. Kau yakin dengan hati kau yang kau
memang takde apa-apa perasaan terhadap Ash?”
Helinna
membuang pandang keluar tingkap. Menarik nafas dalam-dalam dan berfikir
seketika sebelum menjawab soalan Aulia. “Aku dah fikir berhari-hari.. No! Bertahun-tahun pasal benda ni. Aku
tak sampai hati nak lukakan hati sesiapa.”
“Kau
tak jawab soalan aku pun.”
Helinna
pandang wajah Aulia. “Kau kawan aku yang paling aku percaya sejak zaman sekolah
sampailah sekarang ni. Aku perlukan pertolongan kau.”
Aulia
kerut kening. Janganlah minta tolong yang bukan-bukan. Doa Aulia dalam hatinya.
“Anything for you.” Ahhh! Sepatutnya dia cakap apa sahaja asalkan
bukan yang menyusahkan aku.
“Thank you. Aku tahu aku memang boleh
harapkan kau.” Helinna bangkit mendapatkan Aulia. Tubuh Aulia dipeluk erat.
“Dah,
makanlah. Kau jugak yang teringin sangat nak makan KFC tadi kan. Sekarang ni
aku yang pulun makan sorang-sorang. Ayam kau tu tergolek cantik lagi dalam
pinggan. Nah!” Sekali lagi Aulia memaksa Helinna membuka mulut.
“Eh,
lama akau tak dengar cerita pasal Kartini. Apa khabar mak cik tu?”
“Bukan
mak cik lagi tapi dah mak orang.” Mata Helinna membulat.
“Bila?”
Ya Allah, banyaknya benda yang dia terlepas. Kawan baik sendiri kahwin pun dia
langsung tidak tahu. Menghilangkan diri ke London lama sangat sampai langsung
tidak berhubung dengan kawan-kawannya dia Malaysia.
“Itulah
kau, kalau boleh nak terus hilang ditelan bumi London sampai kami dekat
Malaysia ni langsung tak dapat jejak kau. Tini dah kahwin dengan Hairil. Husband dia pun doktor macam dia jugak.”
“Sebaya?”
Aulia menggeleng.
“Tua
empat tahun daripada aku kalau tak silap aku. Lebih kurang tu lah, empat lima
tahun macam tu.”
“Dah
lama ke dia kahwin? Alahai, anak dia mesti comel macam dia.” Helinna terbayang
wajah bulat Kartini semasa zaman mereka belajar dahulu.
“Ehhh,
kau mesti ingat dia gemuk lagi kan?” Helinna pantas mengangguk. “Hello,
tolong sikit ya. Tengok siapa jurulatih paksa dia kurus. Ini tau!” Aulia
menunding jari ke arah diri sendiri sambil ketawa besar.

“Dia
dah kurus? Kau biar betul Lia!”
Eh,
buat muka tak percaya pulak Helinna ni. “Kau ni, kang sekali aku debik kang!”
Aulia sibuk mengeluarkan Iphone 5 dari tas tangan Channel miliknya. “Ni, tengok
ni. Ni gambar beberapa minggu lepas masa aku pergi jogging dengan dia. Tak percaya sangat yang dia tu dah kurus.”
Mulut
Helinna ternganga luas. Memang sukar dipercayai. “Tini dah pakai tudung ke?”
Aulia
angguk. “Lepas dia kahwin terus dia pakai tudung.”
Sekali
lagi mulut Helinna ternganga. Bagusnya suami Kartini dapat membimbing dia ke
arah kebaikan. “By the way kau ke
yang paksa dia kurus sampai macam ni? Takkan lepas dia bersalin pun tak gemuk
kot?”
“Lepas
bersalin jangan cakaplah macam tong drum
dah gayanya, aku paksa dia pergi bersenam la. Bukan aku tak bagi dia ambil pil
kurus, tapi ada sekali masa zaman universiti dulu dia pengsan sampai masuk
hospital sebab pil kurus. Lepas aje daripada kejadian tu memang aku pangkah
terus pil kurus!”
“Nak
pulak dia ikut kau pergi jogging?
Masa zaman belajar dulu kalau kita turun jogging
bukan main liat lagi dia nak ikut.”
Aulia
tayang gigi putih. “This is Aulia okay.” Helinna ketawa besar.
“Kau
memang kalau dah memaksa orang memang tak pernah kalah. Kau aje yang yang nak
menang setiap masa.”
Suka
sangat kalau melepak dengan Aulia sebab dia tahu Aulia seorang yang kelakar dan
akan membuatkan dia rasa mahu ketawa dan terus ketawa. Kalau melepak dengan
rakan-rakan sekerja dia semuanya suka sangat nak tayang barang berjenama,
hadiah dari kekasaih itu ini, kereta mewah dan macam-macam lagilah. Semuanya
bagaikan satu pertandingan buat kawan-kawan modelnya.
Aulia
pun kaya juga tapi tak pernah menunjuk. Sikap rendah diri yang ada dalam diri
Aulia buat dia rasa suka sangat-sangat berkawan dengan Aulia. Kartini pun kaya,
tetapi langsung tidak kisah jenama kasut yang tersarung di kaki dan jenama baju
yang membaluti tubuh.
“Lia,
kau apa cerita? Sejak zaman sekolah aku tak pernah dengar cerita kau jatuh
cinta. Takkan sampai sekarang pun belum ada?” Helinna meletakan seketul ayam
goreng KFC ke dalam pinggan Aulia.
“Hoi,
apa ni. Aku dah kenyanglah.”
“Ala,
aku tengok kau kurus sangatlah Lia. Makanlah lagi satu. Aku dah kenyang ni.. Please.” Tidak tahan melihat Helinna
merayu, Aulia mengalah juga. Membiarkan seketul ayam KFC tergolek ke dalam
pinggannya.
“Kau
nak cerita apa? Habis semua cerita dah aku cerita dekat kau. Kan aku dah cakap
Fazri tu kawan univeristi aku aje. Mana ada apa-apa hubungan istimewa dengan
dia pun. Kawan baik. Fullstop.”
“Ehhh,
jangalah letak nokhtah lagi. Mana tahu boleh pergi lebih jauh.” Aulia mencebik.
Tak kuasa dia. Kalau bercinta dengan Fazri tu dia lagi sanggup bercinta dengan
Saiful, pekerja di syarikat The Legacy
tu. Kacak jugak. Cakap pun sopan santun aje. Fazri tu dah la mulut mengalahkan
puaka. Kalau nak mengata dia ikut suka sedap mulut dia aje.
“Kau
dengar tak aku cakap dengan kau ni? Aku tengok Fazri tu okay aje. Boleh tahan jugak handsome
dia tu. Sesuai dengan kau.”
“Kalau
kau nak, kau ambillah. Aku dengan Fazri tu dah lama kawan, dah kenal busuk
kentut dia tu. Tak mahulah aku kalau nak kahwin dengan dia.” Helinna ketawa
besar. Suka hati dia aje cakap pasal kentut sekarang ni.
“Kau
ni tak senonoh betul! Mana kau tahu Fazri tu kentut busuk? Kau pernah bau
kentut dia?” Aulia rasa nak menjawab aje dekat mulut dia yang Fazri tu suka
kentut merata-rata memanglah dia tahu kentut Fazri tu busuk!
“Aku
teka aje.” Aulia malas nak panjang cerita.
“Babe, kau takde boyfriend ke?”
“Ada
tapi aku tak tahu dia pergi mana?” Helinna pandang wajah tenang Aulia dengan
pandangan pelik sebelum dia ketawa.
“Kau
ni boleh tak kalau jangan buat aku gelak macam orang gila dekat sini? Semua
orang asyik pandang aku aje sebab dari tadi asyik ketawa…ketawa dan ketawa.”
“Habis
tu janganlah gelak. Kalau rasa nak tergelak tu kau tutup mulut cepat-cepat.”
Hai la Aulia, slumber badak aje dia
bercakap. Kalau boleh tahan ketawa ni memang dia pun tak nak ketawa macam orang
kurang siuman dalam KFC ni.
“Kenapa
kau tak tahu dia pergi mana?” Aulia jongket bahu. “Aku tanya kau ni, janganlah
jongket bahu macam tu. Tak menjawab persoalan aku tau tak.”
“Ish
kau ni, aku memang tak tahu dia pergi manalah. Lepas jumpa parents aku dia terus senyap sampai sekarang ni. Rasanya dah dekat
dua bulan dah dia diam aje. Jadi aku anggap hubungan kami halimunan. Ada tapi
macam tiada.” Mudahnya cara pemikiran Aulia.
“Habis
kau tak pergi cari dia ke?” Aulia pandang ayam di dalam pinggan. Rasa muak dah
nak makan ayam ni. Maaflah ayam, aku tak dapat sumbat kau dalam perut aku lagi
dah.
“Pergi
tapi dia elakkan diri daripada aku. Lama-lama aku pun dah malas nak pergi cari
dia lagi. Macam aku aje yang tergedik-gedik nakkan dia sedangkan dia langsung
tak ingatkan aku pun.”
Helinna
setuju dengan cara Aulia. Pemikiran Aulia yang mudah dan tidak mahu
menyerabutkan kepala otak memang sangat-sangat disokong! “Asalkan kau bahagia,
aku sokong semua cara yang kau buat.”
“Jom
balik. Nanti mama dengan papa kau risau pulak. Ayam ni aku dah tak larat nak
habiskan dah. Aku harap ayam ni maafkan kita sebab tak makan dia.” Tawa Helinna
pecah sekali lagi. Adoi, nanti orang ingat dia model yang gila pulak sebab
asyik ketawa berdekah-dekah.
Aulia
dan Helinna bergerak ke sinki mencuci tangan sebelum mereka berdua meninggalkan
Restoran KFC.
Best nak lg.
ReplyDeletesmbng lagiii
ReplyDeletebest dpt kwan 1 kpla cm aulia ni.happy hidup.
ReplyDelete