Tuesday, 8 April 2014

Bab 10 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Alissa memaut lembut lengan Tuti Liyana. Sahabat baik dia sejak zaman universiti lagi. “Lisa, bila Abang Khai keluar?”
“Belum lagi. Rasanya lambat lagi.. Aku pun dah lama tak melawat dia dekat sana..”
“Ala, tak payah pergilah Lisa, dia bukannya suka kalau kau ke sana. Buat sakit hati kau aje kalau kau ke sana.”
Alissa menggigit bibirnya lembut. “Aku rasa bersalah dekat abang aku Tut..”
Bahu Alissa dirangkul lembut. “Dah dekat lima tahun Lisa, takkan sampai sekarang pun kau masih rasa bersalah? Dah lah, aku cuma boleh doakan abang kau tu insaf!”
“Aku pun harap macam tu jugak. Kau sendiri pun tahu banyak perkara yang aku lalui seorang diri tanpa abang aku..”
“Allah, Lisa! Dah macam-macam Abang Khai tu buat dekat kau, kau masih lagi nak bela dia?”
Nafas dilepaskan kasar. “Apa pun yang berlaku dia tetap abang aku, Tut. Dia jaga aku, dia besarkan aku..”
Tuti tergelak kecil. “Jagalah sangat kan.. Dia besarkan kau konon! Wei Lisa, masa dia bela kau dulu kau memang dah besar. Dah ada akal fikiran yang boleh fikir baik buruk waktu tu. Abang kau pun dah besar, dah tua bangka tapi otak letak dekat lutut. Aku tak boleh bayangkanlah kau sebaik ini tapi ada abang macam dia!” Tuti melepaskan rasa geram. Setiap kali keluar dengan Alissa pasti sahaja Alissa akan membela Khairi. Kalau ikutkan hati dia memang dia dah tikam lima belas kali dada Khairi.
“Dia tetap abang aku.”
“Itu ajelah yang kau boleh cakap kan? Dia abang kau? Lisa, kau ingat ada hubungan darah ni dia bebas buat kau apa sahaja ke? Dia ingat dia boleh layan kau macam sampah ke Lisa?”
Lisa berhenti berjalan. Kerusi kosong di bahagian tepi jalan menarik pandangan mata Alissa. Laju sahaja tangan menarik Tuti supaya mengikut dia. “Lenguhlah berjalan. Jom duduk sana.”
Tanpa banyak soal, Tuti hanya menurut langkah Alissa.
“Lisa, aku cakap dengan kau tadi.. Belum habis lagi pasal Abang Khai. Kau jangan nak mengelak pula.”
“Mana ada aku mengelak apa-apa pun..”
“Kau ingat ye Lisa, lepas dia keluar nanti jangan beritahu dia mana rumah kau, mana kau kerja dan apa kereta kau pakai sekarang! Kau ingat pesan aku ni..” Anak mata Tuti memandang wajah Alissa dengan garang. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan ketika ini.
“Dengar..”
“Jangan dengar saja tapi nanti kau buat. Kalau aku tahu dia cari kau lagi, siaplah dia!”
Alissa membuang pandang ke arah manusia yang berada di bahagian bawah bangunan. “Ada sales ya dekat ruang legar sana tu.. Wah, ramainya orang!”
“Kau ubah topik?”
Alissa memandang wajah Tuti dan senyuman manis dilemparkan kepada gadis itu. “Cik tuning orang, janganlah marah. Muka kau kalau marah tak comel langsung Tut!” Alissa mencuit hidung Tuti. Comel betul wajah pan-Asia Tuti. Dia suka pandang wajah Tuti!
“Janganlah usik hidung mancung aku.. Hidung mahal ni..”
Alissa tergelak mendengar bebelan Tuti. “Mahal sangat sampai aku tak mampu nak bayar, kan?”
Tuti tergelak besar. “Mampu bayar kalau bos kau bayar kau gaji lima kali ganda dari gaji sekarang.”
“Tut..” Alissa bersuara perlahan. Perlukah dia membuka cerita tentang Zafril kepada Tuti? Pasti gadis ini terlompat kerana terkejut.
“Apa?”
“Eh, takde apa-apa..”
Tuti menarik lengan Alissa yang mahu bangkit meninggalkan kerusi rehat. “Mana boleh takde apa-apa. Kalau kau panggil nama aku dengan nada macam tadi tu mesti ada apa-apa kau nak cakap dengan aku, kan?”
Alissa sengih lebar. Hebat betul Tuti boleh membaca apa yang ada dalam hati dia! Alissa masih mahu berdalih. “Mana ada apa-apa. Aku saja je nak bermanja dengan aku..”
“Betul?”
Alissa menggangguk bersungguh-sungguh.
“Kalau ada apa-apa kau nak ceritakan dengan aku, kau cakap aje.. Walaupun nanti aku dah kahwin, aku tetap kawan kau sampai bila-bila.” Bahu Alissa dirangkul erat. Dia sayangkan Alissa.
Entah kenapa dia terasa tersentuh dengan kata-kata Tuti. Dia tahu gadis ini memang sangat baik. Inilah sahabat yang sangguh mengharungi kepayahan dan kepahitan dalam hidup bersama dia.
“Kalau aku ada apa-apa masalah nanti aku akan cakap dengan kau, ya?”
“Promise?”
“Janji!”
Kedua-dua sahabat itu tergelak serentak.
“Macam mana persiapan kahwin? Nak aku tolong apa-apa tak?” Soal Alissa sambil tersenyum. Perkara paling dia suka! Perkahwinan. Ya Allah, seronoknya!
“Baju aku dah siap ke?”
“Belum lagi tapi aku akan siapkan sebelum majlis supaya kau boleh cuba baju dulu. Mana tahu masa bertunang ni kau asyik happy aje sampai makan banyak tak ingat dunia lepas tu baju pun jadi kecil.”
“Bukan baju yang kecil tapi aku ni tak kurus-kurus.” Tuti membela diri. Dia akui memang dia makan agak banyak kebelakangan ini kerana jadual makannya sudah tidak teratur. Terlalu banyak kerja perlu diuruskan.
“Kau makan tu jaga sikit. Jangan main bedal aje. Tadi pagi makan sandwich aje konon.. Memanglah makan sandwich aje tapi kalau sampai lima keping takkan tak gemuk, kan?”
Tuti tayang riak bengang.”Kau kata aku gemuk ke?”
“Ada ke? Bila?” Alissa buat-buat tidak bersalah. Sengaja mahu menyakat Tuti.
“Tadi.”
“Bila? Apa ayat aku sebut tadi?”
“Manalah aku ingat kau cakap apa tadi kau ada sebut aku gemuk..”
“Bila masa pula aku cakap kau gemuk.. Mana ada!” Ujar Alissa sambil tergelak kecil. Dia tahu Tuti memang bengang dan pantang kalau ada orang cakap dia gemuk tetapi itulah hakikatnya. Sejak bertunang enam bulan lalu berat badan Tuti naik sedikit.
“Tut, kau tu petite.. Kalau kau gain weight nampak gemuk nanti masa wedding. Kau nak ke macam tu?”
Tuti geleng kepala sambil tayang riak wajah monyok.
“Kalau tak nak, jaga sikit makan tu. Makan ikut jadual makan.. Jangan makan tak kena pada masanya. Kalau lunch kau ambil pukul 5 petang, dinner pukul 9 malam, kau rasa gemuk tak kalau amalkan setiap hari?”
Tuti angguk pula kali ini. Diam mendengar syarahan Alissa.
“Jadi, makan tengah hari pukul 12 tengah hari hingga pukul 2 petang. Makan malam pukul 6 petang hingga 7.30 malam sahaja. Kalau lapar, bertahan! Makan biskut dengan air milo. Sleep early.”
“Kerja aku tak menentu la Lisa. Macam mana nak makan on time?”
Sleep early, wake up early. Buat breakfast, tapau ke office.” Alissa sengih kemenangan. Dia tahu Tuti memang kaki tidur. Kalau boleh memang gadis ini bangun lima minit sebelum pergi kerja. Langsung tidak bersarapan.
“Tak sempat..”
“Bangun awallah. Kau malam-malam nak layan Astro dulu.. Kalau dah tahu takde kerja, tidurlah awal. Ini tak, layan Astro sampai pukul 1,2 pagi.. Ada ke?”
“Bukan setiap hari pun.. Kalau ada cerita best je.”
“Tak boleh. Kau tu bakal pengantin tak lama lagi..Kalau tak jaga diri kau nak nampak hodoh ke bila majlis kau nanti?”
Tuti menggelengkan kepalanya laju.
“Tahu pun tak nak.. Dengar cakap aku ni. Kau bukannya suka dengar cakap aku tapi bab kahwin ni kau kena dengar cakap aku, tau?”
“Baik, mama!”
Alissa tergelak besar bila Tuti memanggilnya dengan panggilan mama. “Hoi, kenapa panggil aku mama?”
“Iyelah kau membebel macam mak nenek! Macam mama aku tahu tak?”
“Zaf, tu bukan Alissa ke?”
"Alissa mana?” Zafril melilau mencari Alissa yang dimaksudkan oleh Hafizul. Mungkin Alissa pekerja dia atau Alissa lain?
“Alissa perempuan yang menangis dekat padang dulu tu..”
“Mana?”
“Tu.” Mata Zafril mengikut telunjuk Hafizul. Wanita yang sedang bergelak tawa dengan Tuti Liyana di bangku itu diperhati dari jauh.
Alissa nampak santai dengan T-shirt sendat dan jeans yang tersarung ditubuhnya. “Small world.”
Hafizul tergelak kecil mendengar perkataan yang terpancul dari mulut Zafril. “Yeah, small world. Aku ingat lagi budak tu menangis bagai nak rak sebab nak bercakap dengan kau tapi kau buat tak tahu dekat dia. Pity her!
“Kau pernah jumpa dia lepas kita habis belajar?”
“Tak pernah, Zaf. Ini kali pertama aku nampak dia lagi. Iyelah, lepas kita habis degree kau terus fly ke Canada untuk sambung master kan.. Aku pun kerja dengan papa aku. Sibuk sepanjang masa. Mana ada masa nak berfoya-foya..”
Zafril tumbuk bahu kanan Hafizul. “Muka macam kau ni takde masa nak berfoya-foya? Ceh, kirim salam ajelah..”
Hafizul menyambut kata-kata Zafril dengan ketawa yang agak kuat. “Tak percaya sudah By the way kau tak nak tegur ke perempuan yang tergila-gilakan kau sejak zaman universiti dulu?”
“Nak tegur ke?” Wajah Hafizul dipandang serius dengan tanda tanya.
“Kenalah tegur, mana tahu dia masih kenal kau dan hmmm, masih ada rasa sayang lagi.” Hafizul tergelak kecil. Mana mungkin dia lupakan gadis jelita ini. Gadis yang dikatakan tergila-gilakan Zafril semasa zaman universiti mereka dulu.
Zafril melangkah tenang mendekati kerusi tempat Tuti dan Alissa bersantai. Bukan main seronok lagi dua orang wanita itu bergelak ketawa. “Kuatnya ketawa sampai dekat hujung sana dengar.”
Alissa menoleh ke belakang. Sumpah terkejut beruk!
Apa Zafril buat di sini? Mengekori dia? Mahu saja dia soalkan soalan yang bermain di kepalanya kepada lelaki ini.
Mulut Tuti terlopong. Ternganga luas gadis itu apabila ternampak Zafril berdiri di belakangnya. Memang terkejut. Dia tidak sangka dia akan bertemu dengan lelaki ini lagi. “Jom Lisa.” Tangan Alissa ditarik agak kuat. Dia tidak mahu Alissa bertegur sapa dengan Zafril. Dia tidak mahu Alissa terluka lagi kerana lelaki ini.
“Tuti, rileks la.” Zafril masih tersenyum. Cuba menenangkan Tuti yang nampak seperti bengang dengan dia. Pasti Tuti juga sama seperti Hafizul yang belum tahu bhaawa Alissa dan dia bekerja di bawah satu bumbung.
“Apa kau nak?” Ada nada geram dalam soalan Tuti.
“Takde apa-apa. Saja nak tanya khabar rakan sekerja.”
Tuti mengetap gigirnya kuat. “Hoi, siapa rakan sekerja kau ni Zaf? Sejak bila pula aku kerja satu bumbung dengan kau? Tak tahu pun kau tu pekerja di Harmony Company.”
Senyuman Zafril kian melebar. “Bukan kerja dengan kau Tuti tapi kerja dengan si jelita dekat sebelah kau tu.”
Alissa sudah kecut perut. Habislah kalau Tuti tanya tentang Zafril. Pasti gadis itu akan menyoal itu dan ini kepada dia.
Tuti menoleh mencari wajah Alissa yang buat-buat tidak dengar dengan kata-kata Zafril. “Sejak bila kau kerja dengan dia Lisa? Aku tak tahu pun.”
Actually baru seminggu, kan Lisa?” Kening dijongket sedikit. Sengaja nak mengusik Alissa.
“Hai Lisa. Ingat I lagi tak?”
Alissa hanya buat tidak tahu sahaja kepada Hafizul. Dia ingat-ingat lupa sahaja kawan-kawan Zafril semasa zaman belajar dulu. Dia bukannya kenal sangat kawan Zafril.
Hafizul ketawa kecil. “Mungkin you tak ingat I sangat kot tapi I ingat sangat muka cantik you yang menangis dekat padang dulu. Ingat tak?” Sengaja mahu mengusik Alissa. Dia tahu Alissa pasti tidak suka kalau memori lama diungkit kembali.
Sorry ya, saya tak ingat pula awak ni yang mana. Takpelah saya jalan dulu ye.” Giliran Alissa pula menarik tangan Tuti. “Jom.”
Zafril dan Hafizul tanya melihat sahaja Tuti dan Alissa bergerak meninggalkan mereka.

6 comments :

  1. Replies
    1. Aw so sweet lah awak ni baby mio!
      Thank you selalu singgha sini membaca karya picisan ini. Hihi. ;p

      Delete
  2. Elehhh mentang2 dlu Lisa suka Zaf bagai nk rak bnyk eksyen lak die

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah eksyen! Dekat office pun berlagak, dekat luar pun berlagak bos jugak!
      Nak kena Zafril ni tau.

      Delete
  3. pendeknya....nak lagi leh x :D?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa, Amirah Mohd Nor,
      nah dah bagi yang baru dah bab 11.
      Kena slow down sikit ni since banyak bab lagi tak dapat disiapkan. Kikiki.

      Delete