Sunday, 17 November 2013

Bab 23 Cinta Tak Akan Berakhir


Air sirap di atas meja dicapai perlahan. Bosan betul bola malam ni. Hambar! Ingatkan Chelsea nak menang, ni dah separuh perlawanan pun masih telur ayam. Barcelona pula sudah menyumbat dua biji gol.
You rasa Chelsea menang ke kalah malam ni?”
Azara memaksa matanya terbuka luas. Esok nak kena kerja, boleh Razlan ajak dia tengok bola?! Nak marah memang nak marah tapi bila Razlan timbulkan isu yang dia sangat meminati bola Azara terpaksa juga membontoti Razlan ke gerai mamak ini.

“Ah? Ha, saya rasa macam tak menang aje game malam ni. Mungkin simpan tenaga nak win next game kot..” Next game? Bila next game pun dia tak tahu. Bantai ajelah.
“Ye ke? You rasa Chelsea menang ke tak musim ni?”
Haaaa… Apa Razlan ni tanya banyak-banyak ni. Tengok ajelah bola tu jangan bercakap! Dia mana tahu musim ni ke, musin depan ke.. Yang dia tahu ada musim durian, musim rambutan, musim manggis aje. Musim bola dia memang tak pernah ambil tahu langsung!
“Tak pastilah Raz.. Saya memang minat bola sangat-sangat tapi kurang pengetahuan sikit pasal musim ni ke musim depan..” Sebaris gigiputih melepak ditayang kepada lelaki kacak di depannya ini.
“Gol!!!!!!” Serentak beberapa puluh orang manusia yang berada di luar kedai mamak bersorak gembira. Ada yang melompat dan tidak kurang juga yang bertepuk tangan tanda gembira. Nasib baik tak ada yang menangis sebab terlalu gembira.
Tangan Azara naik mengurut dada. Gila! Macam ni ke penyokong bola bila gol? Pergh, nasib baik tak mati kena serangan jantung tadi. Dahsyat betul jeritan gol dorang semua ni macam menang emas satu tempayan.
“I rasa Chelsea boleh menang malam ni. Come on Zara, kata minat bola. Takkan baru tengok separuh dah menguap kot?”
“Eh, mana ada saya menguap. Saya tengah tengok bola lah ni..” Ya Allah, cepatlah habis bola ni. Dia dah mengantuk tahap petala langit ke lapan dah ni. Memang boleh terlentok dekat meja ni. Hampir pukul empat pagi kot!
“Nak air lagi tak?”
Azara pandang gelas di atas meja. Dah dua biji gelas air dia minum. Dua-dua air kopi ais. “Bolehlah, nak kopi panas satu.”
“Eh, asyik minum kopi aje sejak tadi. Tak nak air lain ke? Fresh orange pun boleh buat you fresh jugak.” Amboi, Razlan ni perli dia ke sekarang ni.
No thanks. I think coffee should be okay.”
Razlan mengangguk sambil melambai tangannya kepada lelaki berkulit gelap yang sedang mengutip gelas di atas meja. Tengok rupa pun dah tahu warga Bangladesh.
“Kopi panas dua.”
Mata Azara terbeliak luas. Razlan pun minum kopi? Eh takkan mengantuk kot? Tadi bukan main lagi perli dia.

I bukan mengantuk tapi saja nak temankan you minum kopi malam ni.” Azara sembunyi senyum. Kalau mata tu dah tak larat nak berjegil lagi jomlah kita balik aje Razlan oi.
“Ye lah tak mengantuk. Kalau mengantuk jomlah kita balik aje.. Esok pun boleh tengok siaran ulangan di Astro. Mesti ada. Astro tu suka ulang siara banyak-banyak kali.”
“Eh, mana boleh! You ingat semua orang ada peluang tengok live macam ni ke? I takkan lepaskan peluang kalau Chelsea main.” Tingkah Razlan tidak setuju dengan cadangan Azara.
“Kat rumah pun ada. Sambung tengok di rumah tak boleh ke?”
“ Selalunya I tengok dekat rumah tapi kebetulan malam ni I tidur rumah umi and you pun sama minat boleh sebab tu I ajak you tengok sama-sama.”
Azara mengangguk. Padah kau Azara. Itulah mengaku lagi minat bola, kan dah kena! Padan muka kau. Habislah kalau Razlan ajak dia tengok bola lagi lepas ni. Yang kali pertama ini pun dia tak tahu apa benda yang dia tengok. Tanpa perasaan!
Sumpah memang dia langsung tidak tahu apa-apa pasal bola. Nasib baiklah dia kenal juga yang mana satu pasukan Chelsea sebab lambang Chelsea tu memang dia kenal, kalau tak dia main sorak aje bila Barcelona menyumbat gol tadi.
“Bisanya kalau di rumah you tengok bola dengan siapa?”
Tangan kanan Azara menggaru lengan kiri yang digigit nyamuk. “Sorang ajelah.. Abah suka bola jugak tapi tak pernah tengok dengan dia. Bilik saya ada televisyen.”
Pooorah! Tengok bola seorang diri konon! Blah lah kau Azara, bila ada tayangan bola pun kau tak pernah tahu.
“I selalu tengok dengan Melda, adik bongsu I. That young lady menang hantu betul pasal bola ni tapi team dia dengan team I tak sama. I sokong Chelsea dia pula Manchester United. Memang tak sebulu betul kalau pasal bola ni.”
Azara buat-buat ketawa bila Razlan ketawa. Dia boleh berbual tentang apa sahaja. Just name it. Ekonomi, politik, hiburan, artis, pelukis, sejarah tapi bukan pasal bola sebab dia tak tahu langsung pasal bola! Tak minat sukan.

“Sejak bila you minat bola, Zara?”
“Er… memang sejak dulu lagi. Sejak kecil kot sebab saya suka main bola masa kecil dulu.” Azara rasa nak tergelak dengan pembohongan sendiri. Bila masa dia main bola masa kecil dulu. Main masak-masak, main ibu ayah atau main anak patung adalah.. Mana pernah main bola!
Masa di New Zealand dulu dia bukannya ada ramai kawan pun sebab kawan-kawan dia lebih suka berkawan dengan Izreen, macam mana nak main bola kalau takde pasukan. Ish, Izreen pula yang muncul dalam kepala otak dia pukul empat pagi ni. Ah, tak suka ingat pasal Izreen. Suka kenakan dia!
“Dulu masa I sekolah rendah I selalu wakil sekolah main bola.. I pernah ke Old Trafford, Manchester United untuk main bola.”
Razlan nak Azara puji dia ke sekarang ni? Oh my God, dia memang tak tahu nak memuji kalau bab bola ni. “Ye ke, hebatnya awak! Awak main position apa dulu?”
Gah Azara gah! Tanya main position apa. Nampaklah macam dia tahu pasal bola sikit-sikit kan. Padahal satu position aje yang dia tahu dalam permainan bola sepak iaitu penjaga gol. Bhahahaha!
“I main position penyerang. Macam Torres dari Chelsea. Dia pun main position yang sama macam I main jugak.”
Azara buat-buat ketawa. Mampus! Mampus! Siapa Torres yang disebut oleh Razlan sebagai pemain penyerang dalam pasukan Chelsea pun dia tak tahu. Kulit hitam atau berkulit putih juga dia tidak tahu. Janganlah Razlan tanya pasal bola lagi. Tolonglah!
“Zara, I memang tak sangka akan jatuh cinta dengan wanita yang ada minat yang sama dengan I. Nanti bolehlah kita tengok bola sama-sama di rumah. kan?”
Senyuman Azara terasa keras. Rasa kebas kulit pipi dia sekarang ini. Sama minat konon! Dia langsung tak minat bola, tak minat bunga dan tak minat menjahit. Dia minat hiasan rumah, minat lukisan dan minat membaca novel. Bukannya dia minat bola.
Macam mana kalau Razlan tahu yang minat mereka tidak sama? Bercanggah sama sekali. Adakah Razlan masih mencintai dia atau Razlan akan berhenti mencintai dia dan mencari wanita lain yang mempunyai minat yang sama dengannya?
“Raz, boleh saya tanya sikit?”
Go ahead.” Razlan menjawab tanpa menoleh ke arah Azara. Sepasang anak mata hitam milik lelaki itu masih melekat pada skirn besar yang dipasang oleh kedai mamak ini.
“Awak suka saya sebab saya minat bola ke?”
“Mungkin boleh dikira sebagai salah satu sebabnya tapi I tak kisah pun kalau you tak minat bola. You minat apa pun I tak kisah.”
“Bekas tunang awak dulu tu minat bola ke?”
Kepala Razlan menoleh ke arah Azara. Bila pula dia bercakap dengan Azara pasal bekas tunang? Rasanya dia belum berterus-terang dengan Azara bahawa dia pernah bertunang sebelum ini.
“Em, Haleda yang cakap dengan saya pasal awak pernah putus tunang. Er.. tapi dah lama Haleda cakap, masa saya awal-awal masuk kerja dulu lagi.”
Razlan mengangguk. Mungkin Haleda saja memberitahu kepada Azara supaya Azara berheti-hati dengan dia agaknya.
“Bekas tunang I minat bola.. Sama macam you juga. Same team.” Azara mengangguk. Jadi bekas tunang Razlan selalu temankan Razlan menonton bola sepak? Ada rasa cemburu menjalar dalam hatinya ketika ini.
“Selalulah awak tengok bola dengan dia sebelum ini, kan?”
“Tak pernah pun sebab dia selalu keluar dengan kawan-kawan dia. I lebih suka tengok berdua aje dengan dia tapi kalau nak heret semua kawan-kawna dia tak sukalah. Rimas!”
Eh macam tu pulak? Kata tunang… kenalah berkawan dengan semua kawan-kawan tunang juga. Razlan ni ingat dia bertunang dengan perempuan yang duduk dalam hutan ke takde kawan?
Actually kawan-kawan dia tu pelik sikit. I tak suka sangat dengan orang yang macam tu. Dah banyak kali I nasihatkan dia supaya tak berkawan dengan orang macam tu tapi dia degil jugak!”
Wah, menarik! Tunang Razlan perempuan liar ke? “Bekas tunang awak tu macam mana orangnya?”
Razlan tergelak kecil. Azara cemburu! “You cemburu ke?”
No! Saya cuma tanya aje sebab awak tak sukakan kawan-kawan dia.. Jadi saya nak tahulah apa sikap dia yang awak tak suka.”
Ah, nampak sangat yang dia ni penyibuk! Buat malu aje kau ni Zara.
“Zara, you tak perlu bandingkan diri you dengan bekas tunang I because you are the best one! I takkan berpatah balik dengan keputusan yang I buat sekarang ni. I love you. Always love you.”
Azara sengih seperti kerang busuk. Hilang rasa mengantuk sekarang ni. Iyelah tak bercakap pasal bola terus mata segar bugar. Dia memang mahu tahu pasal kisah silam Razlan tapi mahu bertanya sendiri kepada Razlan segan pula. Nak tanya dengan Puan Melati lagilah segan!
Tambah pula malam ini Encik Latif tidur di rumah Puan Melati, takkanlah dia nak berbual panjang dengan Puan Melati. Kasi peluanglah Puan Melati dan Encik Latif berbual pula.
“Saya cuma tanya aje.. Kalau awak tak nak cerita takpe saya tak kisah.” Kopi panas yang sudah bertukar suam dihirup perlahan.
Fine. Kali ni I mengalah dengan you. Apa yang you nak tahu?”
“Takde apa pun..” Ujar Azara dalam nada perlahan. Dia tidak pasti sama ada dia merajuk atau dia memang tidak mahu tahu tentang bekas tunang Razlan.bimbang juga kalau terlalu banyak yang dia tahu takut kalau timbul rasa cemburu atau kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Manlah tahu kot-kot bekas tunang Razlan tu model cantik jelita ke.. Atau mungkin pelakon terkenal di Malaysia.
“Zara, I takkan berahsia apa-apa dengan you. Cakaplah apa yang you nak tahu pasal I.”
Azara diam seketika. “Raz, saya percayakan awak. Kalau awak cakap awak cintakan saya, saya percayakan awak.”  Dia tidak perlu ambil tahu tentang kisah silam Razlan. Apa yang penting ialah masa depan mereka berdua.
Yes I do love you but what about you? Do you love me?”
Azara terdiam seribu bahasa. Nah! Razlan menuntut jawapan daripada dia.
“Zara, please bagi I peluang. I tak kisah siapa you pada masa lalu sebab apa yang penting ialah masa depan. Be honest to yourself. I tahu you pun cintakan I.”
“Saya tak minat bola. I lied to you.
Razlan spontan menghamburkan tawanya. Kuat!
“I tahu.. Saya je nak heret you ke sini buat teman.”
Mata Azara terbuka luas memandang wajah Razlan yang masih ketawa. Bukan main seronok lagi lelaki itu ketawakan dia ketika ini.
“Macam mana awak tahu?”
“Sebab I tahulah.. You bukannya tahu apa-apa pun pasal bola. Kalau you minat bola, last week you dah bangun tengok bola.. Chelsea main last week okay! I tengok sorang-sorang aje dekat bawah.”
Azara sengih segan. “Sorry.. Saya dah tipu awak.”
I maafkan penipuan kali pertama you tu tapi untuk kali ni I takkan maafkan you kalau you tipu I lagi.”
“Maksud awak?” Kening Azara terangkat sedikit.
Do you love me, Azara Fatiha?”
“Raz,,”
Answer me. Yes or no.”
Azara mengarahkan anak matanya ke skrin besar di depan mereka. Kalau dia jawab sekarang maksudnya dia bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan Razlan. Dia akan mengiyakan semua gosip yang sedang hangat di pejabat sejak sebulan yang lalu.
Dalam masa yang sama juga dia akan mengecewakan Azam yang baru sahaja meluahkan perasaan kepadanya siang tadi.
“Zara, please.”
Yes..” Azara langsung tidak memandang ke arah Razlan sebaliknya tanya memandang ke jari jemarinya yang bermain antara satu sama lain di atas pehanya.
Razlan tersenyum puas! “Thank you, sayang! Thank you!”
“Gol!!!” Sekali lagi penyokong pasukan Chelsea bersorak gembira. Razlan turut berdiri kali ini meraikan kemenangan Chelsea ke atas Barcelona.
“Ingatkan Chelsea dah nak kalah tadi. Tak sangka after you mengaku perasaan you terus Chelsea menang! Agaknya Torres dengar kot tadi.. Lepas tu terus semangat nak sumbat gol.” Razlan tergelak besar. Suka bukan main lagi lelaki kacak itu ketika ini.  
Azara turut tersenyum mendengar komen Razlan. Dia pun tak sangka yang dia akan bergelak ketawa dengan Razlan di kedai mamak pada pukul lima pagi seperti hari ini. Gila kan? Memang gila! Kalau Puan Nona tahu dia buat gila macam ni, dengan Puan Nona sekali naik gila.
Izreen yang menyaksikan Azara dan Razlan seronok bergelak sakan mendekati meja pasangan itu. “Hai adikku sayang.”
“Kakak!” Azara berdiri tegak. Terkejut melihat Izreen di kedai ini ketika ini.
“Adik tengok bola ke? Sejak bila adik kakak ni minat bola?” Izreen rangkul pinggang Azara supaya rapat dengannya.
Azara serba salah. Kakak dia tengah buat lakonan apa sekarang ni? Kenapa tiba-tiba adik pula. Selalunya kakak dia bercakap aku kau aje dengan dia selama ini. tak pernah pula Izreen panggil dia dengan panggilan adik kecuali dia sahaja yang memanggil Izreen dengan panggilan kakak.
“Ah.. Zara temankan bos Zara tengok bola. Kakak buat apa dekat sini?” Riak wajah Azara berubah serta-merta. Memang Razlan bos dia pun. Mereka belum declare sebagai pasangan kekasih.
“Oh, ini ke bos Zara. Tak sangka yang bos Zara ni kacak betul orangnya. Kan sayang?” Izreen melirik ke arah Zakri yang membatu beberapa meter daripada dia dan Azara.
Razlan berdiri tegak. Matanya menikam wajah Izreen!
This is your sister ke Zara?”
“Kenapa Raz? You terkejut ke bila tahu ini adik I? Azara Fatiha.. Memang adik I. Why you look so surprised?” Ejek Izreen.
“Zara tahu tak bos Zara ni siapa?”
Enough Reen.”
“Kenapa? You takut ke kalau bakal kekasih you ni tahu apa hubungan kita sebelum ni?” Suara Izreen mula meninggi. Dia tidak kisah dengan beberapa pasang mata yang mula melihat kelakuan mereka di kedai ini. Lantaklah. Apa dia kisah!
“Zara tak perlu tahu siapa you sebelum ini.”
“Tak perlu. I rasa eloklah kalau you dengan teman lelaki you ni berambus dari sini.”
Oh yea, kalau you nak tahu inilah bekas teman lelaki Zara yang I penah cakap dengan you dulu. I rasa you masih ingat dengan semua cerita I dulu, kan?”
I tak mahu tahu apa-apa. Please, leave.”
Izreen tergelak kecil melihat raut wajah Razlan yang menggelabah. Dia yakin bahawa Azara masih belum tahu bahawa mereka berdua pernah bertunang sebelum ini.
I won’t leave because I think my sister should know about our previous relationship. Kalau Zara nak tahu lelaki yang Zara gila-gilakan sangat ni ialah ..”
Belum sempat Izreen menghabiskan ayatnya Razlan sudah mengamuk. “Izreen! I said enough. Zara jom kita balik.”
Razlan menarik kasar tangan Azara yang masih dipaut mesra oleh Izreen. Tanpa membantah perlakuan Razlan, Azara berjalan membontoti lelaki itu. dia keliru dengan sikap mesra yang Izreen tunjukkan sebentar tadi.
Apa hubungan Izreen dengan Razlan? Kenapa dia langsung tidak pernah tahu bhawa Izreen dan Razlan mengenali antara satu sama lain?
Azara senyap sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Rasa mengantuk sudah terbang jauh dari kelopak mata. Sumpah hati dia meronta-ronta ingin tahu apa hubungan Izreen dan Razlan sebelum ini. Pelik betulsebab dia langsung tak tahu!
Razlan kawan kakak dia semasa di sekolah menengah? Takkan kot? Dia tak pernah dengar pun nama Razlan. Kalau Razlan dan kakak dia saling mengenali sejak dulu mesti dia tahu sebab mak mesti akan bercerita. Kalau bukan mak cerita sekali pun Izreen pasti akan kecoh di rumah. Kenal dengan lelaki kacak gila kot.. Takkan tak bangga! Dia kenal sangat dengan sikap suka menunjuk Izreen tu.. Nak tunjuk sangat apa yang dia lebih berbanding Azara.
Previous relationship? Apa hubungan Razlan dengan Izreen sebenarnya? Apa maksud Izreen yang Razlan masih ingat tentang cerita Izreen dulu? Apa yang Izreen beritahu kepada Razlan tentang dirinya?
Kusut!
Dia memang nak sangat tanya kepada Razlan tapi dia yakin Razlan pasti akan mengelak daripada menjawab soalan dia.
You fikir apa ni sayang?”
Tubuh Azara tersentak sedikit ketika mendengar suara Razlan. Tiba-tiba sahaja bersuara memanglah dia terkejut beruk.
Sorry, I takde niat nak terkejutkan you.”
“Eh takpe.. Saya yang terkejut. Lemah semangat kot.” Azara tergelak kecil.
“Fikir apa ni.. Senyap aje dari tadi.”
“Tak fikir apa-apa pun.. Mengantuk kot.”
Razlan terdiam. Dia tahu apa yang sedang bermain difikiran Azara. Bukan masanya untuk berterus terang dengan Azara. Dia tidak boleh mengaku apa-apa pasal hubungan dia dengan Izreen ketika ini.
Dia perlu memastikan hubungan dia dengan Azara kukuh dahulu sebelum dia membuat apa-apa pengakuan tentang hubungan lalu dia dengan Izreen..
I love you. I love you so much, Azara.”
Pengakuan tulus Razlan bagaikan angin lalu di telinga Azara. Dia tidak pasti apa yang perlu dia lakukan ketika ini. Bersoal jawab dengan Razlan atau mendiamkan diri sahaja.
“Saya nak tidur kejap.. Nanti sampai rumah awak kejutkan saya ye.”
Azara buat-buat pejam mata padahal dia langsung tidak rasa mengantuk ketika ini. Entah mana rasa mengantuk menghilang pun dia tidak tahu. Tapi bagus juga pejam mata sekarang ni, sekurang-kurangnya tidak perlulah dia berbual dengan Razlan.

7 comments :

  1. Sebuk je la ex-ex dorg ni... (>.<)

    ReplyDelete
  2. thanks cik writer....terubat rindu kat azara :)

    ReplyDelete
  3. haha ... atleast raz da tau spe sistr azara....

    ReplyDelete
  4. Hi...sy sue. Suka dgn karya2 kt sini. Kau perempuan itu bila boleh dpt versi cetak yer? Boleh x upload teaser yg sweet skit..
    windu lah dgn ari yg kejam tuh...

    ReplyDelete
  5. novel KPI dah habis cetak ke??

    ReplyDelete
  6. Bila aku dia dan stiletto nk sambung?

    ReplyDelete