Tuesday, 23 April 2013

Bab 12 Aku, Dia dan Stiletto



Datuk Rahman yang sedang duduk berbual dengan isterinya di ruang tamu menegur Aulia yang muncul dengan wajah masam mencuka dari pintu utama kediaman banglo mewah itu. “Amboi anak daddy ni, muka masam boleh buata air asam boi!”

Aulia menapak perlahan ke ruang tamu. Punggung dihenyak di atas sofa klasik milik Datin Zahrah. Kepala dilentokkan di atas bahu Datin Zahrah. “Penatnya kerja hari ni. Lia rasa macam nak letak jawatan aje.”


Datin Zahrah tergelak besar. Tak pernah-pernah anak gadis dia bersungut pasal kerja, inilah kali pertama. Datin Zahrah meletakkan tangannya di atas dahi Aulia. “Tak demam pun anak mummy ni. Salah makan ke masa keluar dengan Ashraff tadi?”

Aulia panggung kepala, mencari wajah Datuk Rahman. Sah daddy yang cerita! “Kenapa daddy cakap dengan mummy Lia pergi dengan Ashraff?” Ton suara manja-manja ala merajuk.

Datuk Rahman tayang sengih. “Dah mummy tanya, takkan daddy nak tipu pulak. Daddy cakaplah Lia keluar dengan Ashraff.”

“Mana ada Lia keluar dengan dia pun, Lia pergi kerjalah! Tak hingin Lia keluar dengan dia.” Aulia mencebik meluat. Eiii, sumpah meluat tahap gaban.

Kalau Ashraff ajak dia pergi minum sekali pun, jangan harap dia nak keluar lagi dengan lelaki itu. Lepas ni dia tidak akan naik kereta dengan Ashraff lagi. Buat sakit tekak aje bertengkar sepanjang jalan. Tegur cara dia berpakaian lah, kasut yang dia pakailah.. Ya Allah, sumpah dia meluat dengan Ashraff!

“Kenapa? Daddy cakap Ashraff tu handsome. Betul ke? Mana tahu boleh buat calon suami.” Mummy dia ni dah tak betul ke? Aiyooo, itu bakal suami Helinna lah! Tak naklah dia.

“Bakal menantu mummy?” Datin Zahrah angguk sambil tersenyum. Amboi, suka sangat mummy dia sekarang ni.

“Oh, menantu… Dah tu mummy nak kahwinkan Ashraff tu dengan anak mummy yang mana?” Aulia tanya soalan bodoh.

“Lia! Lia satu-satunya anak mummy, mestilah mummy nak kahwinkan Lia dengan Ashraff tu.” Aulia rasa mata dia nak tersembul keluar.

“Ei, merepek aje mummy ni. Ashraff tu dah ada bakal isterilah. Bukan Lia, orang lain!” Aulia menjeling Datin Zahrah.

“Habis tu, Lia dah takde peluang lagilah?” Hancur harapan Datin Zahrah mahu bermenantukan Ashraff.

“Ya Allah, mummy.. Mummy tak baca newspaper ke? Belambak cerita pasal Ashraff tu dalam newspaper. Lelaki macam tu mummy nak Lia buat suami? Ohh, Lia rela membujang sampai tua daripada berkahwin dengan dia tu.” Suara Aulia sedikit kuat. Rasa hilang penat sebentar tadi bila dengan cadangan gila mummy dia.

Oh, bukan gila biasa-biasa, ini luar biasa punya gila. Ada ke nak jadikan Ashraff tu sebagai menantu. Tak nak dia!

“Tak baik Lia cakap macam tu tau. Kecewakan mummy. Daddy cakap Ashraff tu baik aje budaknya, sopan santun bila bercakap.” Allahuakbar. Rasa nak muntah satu baldi dengar pujian melambung Datin Zahrah terhadap Ashraff.

Mummy belum dengar lagi si mulut puaka tu keluar ayat-ayat power dia mummy oi, kalau dengar aje konfem reject daripada nak buat menantu. Itu hantu mummy.. Bukan menantu!

“Itu bukan nak jadi menantu mummy, itu hantu namanya. Dah la, dia meluat, benci, menyampah, nak muntah semua ada dekat dia tu… Kalau mummy nak menantu nanti Lia cari orang lain yang lebih sesuai berbanding Ashraff tu. I hate him the most!”

“Tak baik tau cakap macam tu.. Mana tahu suatu hari nanti Allah nak tunjuk dekat Lia yang Ashraff tu boleh jadi suami yang baik, dia biarkan Lia jatuh hati dengan Ashraff.. Macam mana?”

Aulia buat muka nak termuntah. “Minta simpang malaikat empat puluh empatlah mummy.. Tak nak Lia. Lia takkan jatuh hati dekat dia sebab Lia meluat sangat dekat dia.”

“Orang yang kita meluat tulah yang boleh jadi orang yang paling kita sayang, tau?” Datuk Rahman tergelak melihat muka isterinya yang bersungguh-sungguh yakinkan Aulia. Buah epal di atas meja di capai dan dikunyah perlahan.

“Dah lah, Lia dah penat. Dari pagi sampai malam kerja. Rasa nak patah pinggang Lia. Urat-urat dalam badan ni pun dah berselirat dah.” Aulia mengeliat sepuas-puas hatinya.

“Sebab itulah mummy nak Lia kahwin. Kalau dah kahwin nanti ada juga yang boleh tolong picit-picit badan tu bila penat.” Aulia menjeling Datin Zahrah sekali lagi.

“Lia nak kahwin dengan Arul mummy tak kasi. Sekarang ni mana Lia ada calon lagi dah.” Sengaja Aulia nak panaskan hati Datin Zahrah. Dah lama rasanya dia tak sebut tentang Hazrul depan Datin Zahrah.

“Tadi cakap penat kan? Dah, pergi naik rehat. Esok kerja lagi,” Datin Zahrah mula menghalau anak daranya supaya naik ke atas bilik. Tidak suka mendengar sebaris nama yang keluar dari bibir Aulia.

Buat sakit hati aje kalau fikirkan Hazrul. Memang bukan lelaki yang baik untuk anak dia. Dia tidak silap dalam menilai lelaki itu.

Mummy… Bila Lia cakap pasal Arul aje mummy mesti nak mengelak. Kenapa Arul tiba-tiba senyap dengan Lia? Mummy mesti buat sesuatu dekat dia, kan? Mummy halang Arul daripada berjumpa dengan Lia?” Aulia mula menuduh yang bukan-bukan.

“Lia jangan nak merepek. Mummy takde cakap apa-apa pun dengan Arul. Kalau dia betul sayangkan Lia, dia takkan tinggalkan Lia. Lia tu aje yang buta.. Buat-buat tak nampak.” Aulia merengus kasar. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang terbit dari mlut Datin Zahrah.

“Dah la Lia, Zah.. Buat apa nak bertengkar pasal orang luar. Lia, pergi naik mandi lepas tu berehat. Lia mesti penat sangat kan?” Aulia mencapai kasar tas tangan jenama Prada yang diletakkan di hujung kakinya sebentar tadi.

Marah punya pasal tak mahu peluk cium Datin Zahrah dan Datuk Rahman malam ini. Kaki menapak kasar ke tingkat atas. Hati mendidih panas dengan sikap Datin Zahrah yang masih berbolak-balik tentang Hazrul. Aulia yakin pasti Datin Zahrah ada mengata sesuatu kepada Hazrul sehingga lelaki itu nekad meninggalkan dia!

“Abang tengoklah tu anak manja abang tu.. Cakap sikit aje nak mengamuk. Tak habis-habis dengan Arul..Arul. Sakit hati Zah ni bang!”

Datuk Rahman pindah duduk di sebelah isterinya. Tangan isterinya digenggam erat. “Zah jangan banyak sangat fikir. Lia tu dah besar panjang. Kalau Zah banyak sangat membantah dia, abang takut Lia buat keputusan terburu-buru.”

“Abang rasa Lia tu sanggup ke kahwin lari dengan Arul tu? Zah tak sanggup bang kalau anak kita tinggalkan kita…”

Datuk Rahman menggosok belakang tubuh isterinya. “Ish, janganlah merepek sampai macam tu sekali. Lia tu dah besar panjang, dia tahu apa yang baik dan buruk. Cuma sikap dia aje yang keras kepala dan suka memberontak tapi kita sama-sama tahu yang anak kita tu manja.”

Datin Zahrah mengeluh lemah. “Zah dah tak tahu lagi dah macam mana nak cakap dengan Lia. Lia tu satu-satunya anak kita bang. Zah tak nak tengok Lia sedih. Arul tu tak sesuai untuk dia.” Datuk Rahman setuju dengan pendapat isterinya, dia pun tak berkenan sangat dengan Hazrul.

“Kita doakan yang terbaik aje untuk Lia. Ya?:” Datin Zahrah melentokkan kepalanya di bahu Datuk Rahman. Manja macam Aulia jugak isteri dia ni. Eh, Aulia yang manja macam isteri dia.



Aulia mengelap rambut yang masih basah dengan tuala. Segar sangat selepas mandi. Rasanya macam nak tercabut kaki dia asyik berjalan ke hulu ke hilir. Yang Ashraff ni pun satu jugak, dah tahu dia pakai kasut tumit tinggi, ajak dia berjalan ke sana ke mari!

Ya Allah, sakitnya hati.

Aulia duduk di hujung katil. Penutup minyak panas dalam botol kaca dibuka dan minyak dalam botol itu disapu sedikit ke seluruh pergelangan kakinya. “Adoi, lenguhnya kaki ni…” Memang rasa nak tercabut kaki dia asyik berjalan aje hari ini. Lepas tu pekerja lelaki bukan main galak lagi nak pandang kaki dia.

Macam tak pernah tengok kaki perempuan! Meluat betul. Menyesal pakai skirt pendek hari ni. Kalau boleh cucuk mata sekor-sekor dengan garpu memang dah ramai yang buta hari ini.

Aulia menekan kuat di bahagian tumit kaki. Sumpah bahagian ini yang paling lenguh sekali. Kalau dapat buat refleksologi sekarang ni memang heaven!

Telefon bimbit yang berteriak lagu Kelly Clarkson memaksa Aulia menghentikan perbuatannya mengurut tapak kakinya.

Tas tangan jenama Prada itu dibuka dan Iphone 5 berwarna putih ditarik keluar. Melihat nombor yang tertera di skrin telefon hati Aulia berdetik pelik. Siapa pula yang menelefon dia malam-malam begini? Takkan Hazrul tukar nombor telefon lain?

Mungkin telefon lama Hazrul hilang. Memikirkan kemungkinan itu, Aulia cepat-cepat menjawab panggilan telefon yang kononnya misteri itu.

“Hello.” Sapa Aulia lembut.

“Hello Aulia.” Aulia rasa degupan jantung dia berhenti dua saat.

“Nak apa call saya malam-malam buta ni? Dah tak de kerja nak buat? Tahu tak pukul berapa sekarang ni? Almost eleven o’clock! Takkan tak tahu rules kalau nak call orang mesti sebelum pukul sepuluh malam!”

“Itu mungkin your rules, but for me, I nak call bila-bila masa pun I punya suka lah.” Ashraff memang sengaja nak tambah sakit hati dia. Baru aje kutuk dia dengan mummy sebelum dia masuk bilik tadi, sekarang ni dah telefon dia?

“Mana awak dapat nombor telefon saya ni?”


Ashraff tergelak kecil. Mana dapat nombor telefon pun jadi isu ke? “Daddy you yang bagi.”
Aulia kepal penumbuk. Ya Allah, sakitnya hati dengan daddy sekarang ni! Kenapa daddy bagi nombor telefon dia dekat mamat tiga suku ni?

“Nak apa ni?” Malas nak layan Ashraff. Lelaki ni dah la kuat perasan tahap gaban, kalau melayan lebih-lebih nanti Ashraff ingat dia dah tangkap leleh dengan lelaki itu pula. Ish, tak kuasa dia!

“Aulia, you ni tak reti ke kalau bercakap lemah lembut sikit?”

 “Saya bercakap dengan sopan dan lemah lembut dengan semua orang keculi awak.” Aulia tersenyum sinis. Terasa? Padan muka! Lantaklah.


“Apa-apalah. I tak kisah pun kalau you nak bercakap sambil terjerit-jerit macam monyet sekali pun sebab at the end bukan I yang penat but you yang penat.” Tak de hati dan perasaan ke mamat ni? Beku? Ais batu? Cakap macam ni punya kasar pun masih lagi tunjuk cool?

“Kalau awak nak tunjuk macho, bukan dekat sini. Awak boleh call Helinna dan berbual dengan dia sampai pagi. Ha, suara Helinna lemak manis, boleh buat awak terlena bila berbual dengan dia. Okay?” Dah la call dia malam-malam, lepas tu nak kondem dia pulak cakap macam monyet.  Apa kes?

“Kaki you sakit lagi?’ Aulia terdiam. Ashraff ambil berat pasal dia? Takkan Ashraff call dia sebab nak tanya pasal kaki dia kot?

“Hello.. Aulia?”

“Ah.. Aaa.. Yes.” Apahal kau tiba-tiba gagap ni Aulia? Takkan baru ambil berat sikit pun dah cair? Seakan-akan tersedar dari lamunan, Aulia menyinga semula. “Kaki saya sakit ke tak ke, awak nak ambil tahu buat apa? Jangan menyibuk, boleh tak?”

“Lepas ni kalau pergi tapak projek jangan pakai heels. Kalau ada pump shoes, better you pakai pump shoes aje.” Ashraff pun kenal pump shoes? Hebat!

Ah, lelaki kasanova macam tu takkanlah tak kenal jenis kasut kan. Mesti dah berlambak-lambak kasut dia bagi hadiah kepada perempuan. Perempuan ni nak kasut ini, yang tu pulak nak jenis ini.. Ha, lama-lama dia pun kenallah jenis kasut.

“Saya suka pakai heels biarlah.” Mulut ni memang tak boleh kalau biarkan Ashraff menang.

I cakap-cakap aje sebab kesian tengok you terkial-kial nak pusing tapak projek tu. Lagi pun kalau terseliuh, sapa yang susah? Mestilah I kan?”

Hey, apasal pulak awak yang susah? Bila masa saya susahkan awak?”

Aulia dengar Ashraff ketawa di talian sebelah sana. “Memanglah I akan susah sebab kalau dah terseliuh you tak boleh berjalan. I yang jadi mangsa untuk angkat you, tahu?”

Eleh, jadi mangsa konon padahal dalam diam Ashraff tu suka sebenarnya sebab boleh pegang-pegang dia. Macamlah dia tak tahu tektik Ashraff. Dasar lelaki buaya!

“Dah la, saya malas nak berbual dengan awak ni. Langsung tak mendatangkan faedah apa-apa. Lebih baik saya tidur lagi baik!”

“Jangan lupa sapu minyak panas dekat kaki tu kalau tak esok lenguh nak berjalan. You dah mandi ke?” Aulia membeliakkan matanya. Apa masalah lelaki ni?!

“Eh, jangan salah faham.. I tanya aje sebab kalau dah mandi baguslah, tidur nyenyak sikit bila badan dah fresh. Kalau belum mandi, better pergi mandi dulu.”

Aulia merengus kecil sebelum menamatkan panggilan. Tak kuasa nak layan lelaki gila macam Ashraff ni.

Telefon bimbit diletakkan di atas almari kecil di sebelah katilnya. Aulia merebahkan tubuh langsingnya di atas tilam. Mengantuk dan sangat-sangat letih sekarang ni.

Dah la sepanjang perjalanan pergi dan balik asyik bertekak dengan Ashraff dalam kereta sampai dia rasa penat sangat bercakap sepanjang hari ini.

“Jadi dah lamalah you jadi kawan Helinna, kan? Mesti banyak cerita pasal I yang Helinna cerita dekat you, kan?

“Kalau ya, kenapa? Awak takut tembelang awak pecah? Takut kalau saya tahu sikap sebenar awak tu?” Lelaki di sebelahnya masih menunjukkan riak tenang. Langsung tidak terkejut dengan pengakuan Aulia.

“Kalau you dah tahu, baguslah. Helinna perempuan yang baik, mungkin tak sesuai dengan I.”

Aulia pantas mencelah. “Memang pun! Saya harap Helinna bertemu jodoh dengan lelaki yang benar-benar mencintai dia.”

Lelaki yang sedang tekun membelek pelan di tangan langsung tidak memandang wajah Aulia. Hanya Aulia sahaja yang asyik mencari perubahan dalam riak wajah lelaki itu namun tidak berjaya. Memang gila tenang muka Ashraff.

“Awak memang tak sayangkan dia, kan?” Helinna sahabat paling baik yang pernah dia ada. Dia sanggup melindungi Helinna daripada lelaki pemusnah seperti Ashraff.

“Kalau I tak sayangkan dia, apa yang you boleh buat? Halang perkahwinan kami?” Aulia melarikan pandangan matanya yang berlaga dengan Ashraff.

“Mungkin.”

Mendengar Ashraff yang tergelak sinis, Aulia kembali mencari wajah itu. “Kalau you yakin boleh berjaya, silakan. I wish you good luck!”

Aulia merampas pelan dalam pegangan Ashraff. Matanya galak membelek pelan perumahan yang bakal dibina di tanah lapang ini.

“Kalau ada yang you tak faham pasal pelan tu, you boleh tanya I. For you anything I will help. Dari A sampai Z pun I sanggup cerita. Siang atau malam pun I tak kisah asalkan dapat bersama dengan you.” Ashraff kenyit mata sebelah kepada Aulia. Meluat!

Aulia berjalan dengan berhati-hati memijak tanah dan kayu-kayu yang bergelimpangan. Ei, buat kerja tak boleh kemas sikit ke?! Nak berjalan pun susah.

“Nanti kalau nak turun tapak projek, tak payahlah pakai heels kan dah terkial-kial nak berjalan. Buat sakit kaki aje. Itulah orang perempuan ni, sanggup sakit asalkan cantik.” Aulia rasa nak tumbuk mulut puaka Ashraff.

“Mulut tu kalau tak sakitkan hati orang, tak boleh ke?” Menjeling tajam kepada Ashraff.

“Bukan nak sakitkan hati you tapi I bercakap perkara yang betul. Memang semua perempuan yang I kenal suka sangat pakai heels walaupun menyakitkan kaki. I tak kisah kalau you nak pakai selipar jamban sekali pun nak turun site asalkan selesa!”

“Sejak bila pula ada peraturan yang membenarkan pekerja turun ke site pakai selipar jamban?” Topi yang tersangkut di kepala dibetulkan sedikit. Rasa tidak selesa. Besar sangat topi ni!

Ashraff mendekati Aulia dan menunduk sedikit di hadapan gadis itu. Tali pengikat pada topi ditarik sedikit supaya lebih ketat. “Selesa?”

Aulia rasa suara dia dah hilang entah ke mana?
You okay ke tidak ni?”

Ah?”

“Selesa sikit dengan topi besar ni?” Aulia angguk.

You nampak comel dengan topi besar macam ni.” Ashraff tergelak kecil. Tadi Aulia asyik terpegang-pegang aje topi di atas kepala dia tu, rimas mata dia tengok.

Melihat Aulia yang hanya mendiamkan diri, Ashraff meneruskan perjalanan mereka meninjau perkembangan projek perumahan di kawasan ini.

Aulia masih cuba mengawal tempo nafasnya yang sudah mula pecut seratus lima belas meter. Ashraff usap lembut kepala dia tadi? OMG! Eh, sebenarnya bukan kepala tapi sentuh topi besar dia ni aje pun. Ya Allah, Aulia… jangan nak berangan. Ini gila okay, gila!

Ashraff si mulut puaka, kau tak suka dia, jangan nak cair sangat. Aulia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kembali ke dunia nyata.

“Sudah-sudah berangan tu. Jalan cepat sikit!” Laungan Ashraff yang sudah meninggalkan dia agak jauh mengejutkan Aulia. Aulia berlari-lari anak mendapatkan Ashraff.

Mata yang mula memberat dipejam rapat. “Cukup-cukuplah karang kenangan Aulia.. Time to sleep.” Suata Aulia tenggelam timbul.

Peristiwa petang tadi sudah hilang dari kotak fikiran. 

2 comments :