“Susah kau nak besarkan Lisa tu
seorang diri Rahim oi, apa kurangnya Tijah. Dah lama Tijah tunggu nak kahwin
dengan kau. Apa lagi kau nak?” Aku masih ingat macam mana nenek pujuk ayah
supaya kahwin lain.
“Belum lagi lah mak. Tunggulah Lisa
tu besar panjang sikit.. Lagipun saya dah selesa hidup macam ni.” Setahun emak
kesayangan aku meninggalkan aku dah ayah masih setia dengan emak.
“Mak tak kira, mak dah pinangkan
Tijah untuk kau. Minggu depan kita buat majlis kecik-kecik aje. Kalau kau tak
nak keluar belanja, taka pa. Biar aku yang sponsor
majlis kahwin kau ni.” Air kopi yang baru masuk dalam mulut ayah tersembur
keluar.
“Kalau mak nak buat sesuatu, mak
bincang dengan saya dulu, boleh tak?” Nenek Salbiah berdengus kecil.
“Kalau aku bincang dengan kau, kau
asyik cakap nanti..nanti. Kau ingat aku ni muda lagi ke nak menjaga anak kau
tu? Kalau aku takde, kau takde nanti, siapa nak tengok-tengok si Lisa tu? Kau
nak tinggal dia dengan Osman posmen tu?” Aih, nama Pak Osman pun sangkut sama
dalam perbualan nenek dan ayah?
Dan akhirnya ayah mengalah. Maka,
bermula tarikh itu sehingga kini aku hidup bersama emak tiri aku dan selepas
itu muncullah adik-adik aku yang lain.
Untuk pengetahuan semua ini bukan
cerita Cinderella tau. Adik-beradik aku tak pernah bermusuhan dengan aku dan
mak tiri aku, Mak Tijah pun tak pernah pukul aku sampai tahap mendera. Pukul-pukul
manja adalah jugak sekali-sekala sebab mulut aku yang ringan sangat nak
bermesra dengan emak. Hihi.
Baiklah, aku perkenalkan, nama aku
Lisa Suriani. Aku pelik kenapa arwah mak aku namakan aku Lisa Suriani bukannya
Lisa Surihani. Sebenarnyakan aku selalu berangan kalau nama aku ialah Lisa
Surihani jadi pakcik Osman yang berkerja sebagai posmen di pejabat pos Kuantan
tu bolehlah selalu tersilap bawak balik hadiah-hadiah peminat Lisa Surihani
untuk aku sebab dia penah beberapa kali tersilap hantar barang untuk aku. Lisa
Suriani dibacanya Lisa Surihani. Haish!
Tapi takpe, walaupun nama aku Lisa
Suriani ada tempias-tempias Lisa Surihani jugak. Aku pandai berlakon. Masa
dekat sekolah dulu aku memang ratu dalam kelab teater sekolah aku. Ramai
cikgu-cikgu dan pengarah puji dengan bakat yang aku ada tetapi aku takde
peluang nak tonjolkan bakat aku di kaca TV sebab Lisa Surihani lebih menyerlah
berbanding aku.
Agaknya kalau aku jadi pelakon
sekarang ni mesti aku dah kaya-raya dan semua majalah di Malaysia asyik-asyik
muka aku sampai orang muntah nak tengok muka aku ni.
Haha.. acah aje.
Aku nak berlakon? Alahai, memang
kayu habislah. Jangankan nak berlakon, menyanyi pun belum tentu lagi boleh.
Menari lagilah lintang pukang. Keras macam batang penyapu kata Cikgu Hamidi.
Tapi aku rasa wajah aku lagi cun
dari Lisa Surihani kot. Ala-ala Nora Danish atau Song Ji Hyo? Aku rasa ajelah.
“Lisa! Lisa!” Itu suara emak.
Menempik dari luar rumah.
Aku memang anak yang taat kepada
emak, kalau emak panggil nama aku aje memang aku akan cepat-cepat bukak pintu bilik
dan cari emak…. tiri aku.
“Iye mak.” Wajah emak dan parang di
tangan emak silih berganti. Kejap pandang emak, kejap lagi pandang parang yang
tehayun-hayun di tangan emak. ‘Ai, nak kapak aku ke mak ni?’
“Kamu ni kan Lisa, kalau panggil
nama kamu dua kali memang tak sah kan? Kena aku terpekik terlolong Lisa…Lisa
dua kali baru kamu muncul! Kalau sekali panggil je kamu muncul depan muka aku
ni, tak boleh ke?” Parang dilayurkan depan muka aku.
Mak aih, seram betul dengan mak
tiri aku ni tapi bibir comel aku ni memang selalu mendustai tuannya. Puas aku
kawal tapi gatal jugak nak menjawab kata-kata emak.
“Boleh mak. Esok pagi mak panggil
Lisaaaaaaaaaaaaaaaa….. sekali aje tapi panjang sikit nafas mak tu. Mak
tunggulah, tak sampai dua minit Lisa dah muncul depan muka emak. Okay tak
cadangan Lisa?” Aku buat muka selumber depan Mak Tijah. Emak tiri yang sudah
dua puluh dua tahun aku hidup dengannya. Sejak aku berusia enam tahun.
Ha, jadi sekarang ni semua orang
boleh tekakan berapa umur aku? Ya, dua puluh lapan tahun tapi nampak macam lapan
belas tahun. Ya, aku tahu. Pak Osman selalu cakap aku nampak muda dari usia
sebenar. Terima kasihlah atas pujian dan kata-kata semangat Pak Osman.
Sebenarnya aku sudah bekerja di
Kuala Lumpur. Aku balik kampung selama seminggu sebab nak uruskan majlis
pertunangan adik aku, Lisa Suriana. Bukan kembar, bukan juga adik tiri tetapi memang adik kandung aku.
Berkongsi ayah tapi berlainan emak.
Disebabkan aku dah dipanggil Lisa
oleh ahli keluarga aku, maka adik aku ni dipanggil Lusa. Tak kelakar. Baiklah,
kami panggil dia Riana. Nak glamer jugak adik aku ni, panggil Ana tak nak, nak
jugak nama Riana baru nampak urban.. katanya. Layankan ajelah.
Ayah aku Cikgu Rahim berkahwin
dengan emak tiri aku Khatijah selepas ibu kandung aku meninggal dunia masa aku
umur enam tahun. Mak Tijah ni diperkenalkan oleh nenek aku yang kononnya
berkenan sangat dengan Mak Tijah ni sejak ayah aku belum kahwin dengan arwah
emak aku lagi.
Memandangkan emak aku ni jenis
mulut ya ampun, maka aku pun lama-lama dah terikut dengan mulut mak aku yang
cakap banyak macam ada beli insuran sejuta empat puluh ringgit!
“Kamu ni Lisa kalau aku cakap asyik
nak menjawab aje. Kang aku parang mulut tu baru kamu tahu!” Aku tekup mulut.
Gilaaaa kau. Kalau kena parang kang takde mulut, tahu!

“Ala mak ni, Lisa main-main aje la.
Sekali-sekala balik kampung nak bermanja dengan mak.” Mak Tijah berdengus
kecil.
“Meh sini tolong mak perah santan
ni. Yang kamu asyik kerkurung dalam bilik tu buat apa. Tengok sikit dunia luar
ni ha, biar ada sikit lelaki dalam kampung ni tengok kamu balik. Untung-untung
esok boleh buat majlis dengan si Riana tu sekali gus. Jimat sikit duit mak.”
Aku garu kepala yang tidak gatal. Ada ke patut mak bagi cadangan macam tu?
“Mak, anak mak ni takdelah tak laku
sangat sampai nak kena tayang muka dalam kampung ni. Tak naklah Lisa. Lisa nak
kahwin dengan orang jauh sikit. Apa… dalam kampung ni, kentut pun dengar.” Mak
Timah isteri Pak Osman ketawa menggigil dengar aku membantah cadangan emak.
“Kamu ni Lisa, kalau cakap tu takde
insurans langsung. Main redah aje cakapnya. Kalau tak nak kahwin dengan orang
sekampung, kamu nak kahwin dengan siapa? Anak Mak Timah, kamu tak nak?”
Aku ketap bibir. Anak Mak Timah?
Razali tu? Huish, simpang malaikat empat puluh empat la. Razali tu dah la
rambut panjang, suka pakai seluar koyak-koyak dah macam orang tak cukup duit
nak beli seluar elok sikit!
“Ali tu dah ada pilihan hati dia la
Mak Timah. Kalau tak silap Lisa nama dia Husna. Kawan sekelas kami dulu-dulu
jugak. Mak Timah aje yang jual mahal sangat. Kesian Razali dah lama berhasrat
nak berumahtangga.” Saja nak pancing Mak Timah. Untung-untung lembut hati dia
nak terima Husna.
“Tak mahulah aku! Husna tu pakai pun
tak cukup kain. Kamu tak tengok dia kalau pakai kebaya bukan main sendat lagi
macam sarung nangka. Kalau badannya rupa kamu ni takpe jugak Lisa oi, ini badan
pun bulat sana sini.” Aku tayang gigi. Sengih melebar.
Pandai-pandailah kau pujuk
emak kau Razali. Aku dah tolong ni.
“Kau kalau jumpa mak aku kau pujuk
mak aku suruh pinangkan Una untuk aku tau!” Awal-awal pagi tadi lagi Razali dah
menghubungi aku suruh pujuk emak dia. Ampun la Ali oi, tidak berjaya! Aku
ketawa dalam hati.
“Kamu dengar tu Lisa, Ali pun dah
berhasrat nak kahwin. Riana yang baru dua puluh tahun tu pun dah laku.
Adoi, sakit jantung mak dengan Lisa ni tau!” Mak Tijah urut dada. Sesak nafas
dia.
Aku bangkit mendekati mak. Bahu
emak aku peluk erat. Sayang tau dekat mak tiri aku ni sebab dia dah besarkan
aku sampai besar panjang dan cantik macam ni. “Mak, sabarlah sikit. Lisa tengah
tunggu lelaki idaman Lisa ni.”
Mak Tijah langut memandang aku.
“Anak dara dalam kampung ni kamu tu aje yang tak laku-laku lagi Lisa oi! Kamu
nak suruh mak sabar macam mana lagi. Nak tunggu mak terlantar sakit baru nak
tengok kamu naik pelamin?” Lengan aku menjadi mangsa tamparan halus Mak Tijah.
Riak muka sengaja aku masamkan. Mak
ni tak habis-habis nak suruh aku kahwin. Sabar mak, banyak lagi benda Lisa nak
capai dan aku belum berjumpa dengan seseorang.
“Lisa belum jumpa yang berkenan di hati.”
“Ha, itu ajelah alasan kamu Lisa.
Dah..dah. Tepi sana sikit. Mak nak potong bawang ni. Ikut hati nak aje aku
potong dengan kamu sekali.” Alatan di tangan emak aku pandang.
“Besar mana bawang mak sampai nak
potong guna parang?” Selumber badak aku sound
mak aku. Mak Timah ketawa besar. Hah, nak ketawa sampai menangislah Mak Timah
tu.
“Engkau ni Tijah… tengok tu. Kan
dah kena sebijik dengan Lisa. Sabarlah, nanti dah sampai jodoh dia, kahwin
jugak dia tu.”
Aku segera mencelah. Menyokong
seribu satu peratus hujah Mak Timah. “Betul tu Mak Timah! Kalau tak kahwin lagi
tu maknanya jodoh belum sampailah kan? Pandai Mak Timah ni!” Kini Mak Timah pula menjadi mangsa pelukan
aku.
“Dah Lisa, jangan nak cakap banyak.
Kamu pergi ambil kelapa yang mak dah mesin tadi tu, perah sampai jadi santan.”
“Kalau perah kelapa, memang jadi
santan mak. Tak pernah lagi jadi susu atau jadi air milo.” Sekali lagi ketawa
Mak Timah terburai. Bukan main seronok lagi Mak Timah berkampung dalam dapur
sekangkang kera milik emak ni. Asyik gelak aje dari tadi. Jangan mati keras
sebab gelak sudahlah.
Aku sembunyi senyum. Mak Tijah tayang muka masam. Geram sangat dengan anak dara dia ni agaknya.
Aku sembunyi senyum. Mak Tijah tayang muka masam. Geram sangat dengan anak dara dia ni agaknya.
Wajah Lisa Suriana yang segak
dicalit dengan bermacam-macam jenis warna aku tatap lama. Dah nak bertunang dah
adik aku ni. Tak lama lagi dah boleh kahwin. Aku ni entah bila lah nak jumpa
terbang si abang terbang.
“Cantik tak Riana hari ni kak?”
Lisa Suriana menyentuh tangan aku. Rapat ke aku dengan adik aku ni?
Rapat sangat sampai boleh tidur
sekatil dan menangis sebantal. Aku ada tiga orang adik selepas ayah aku kahwin dengan mak tiri aku. Lisa Suriana, Amir
Mukmin dan Aiman Mukriz. Riana berusia dua puluh tahun manakala Amir dan
Aiman ialah kembar berusia sembilan belas tahun. Dah besar panjang dah adik-adik aku
ni.
“Cantik sangat! Pandai Kak Lin
mekap Riana.” Aku betulkan sedikit veil di atas kepala adik aku.
“Lisa, meh akak mekapkan kamu
sikit.” Kak Lin tarik tangan aku. Paksa aku pandang muka dia.
Belum sempat bagi isyarat apa-apa,
satu tempek bedak dah sampai di muka aku. Adoi, sabar ajelah. Hobi Kak Lin
memang mekapkan orang. Katanya kalau muka sendiri dah tak larat nak tempek,
lagi suka tempek muka orang, puas hati.
Aku biarkan sahaja muka aku
didekorasi oleh Kak Lin. Tak takut kalau tadah muka dekat Kak Lin sebab aku
tahu sentuhan dia memang lawa, meletop, cun melecun! Kalau tadah muka dekat
Nisa anak Mak Timah ,aku takut. Memang kau menjerit panjang tengok muka kau dalam
cermin. Senget benget kening kau nanti. Satu tinggi, satu lagi rendah. Ngeri!

“Dah siap. Cantiknya kamu ni Lisa.”
Aku pandang dalam cermin. Rambut yang disanggul sedikit dan muka yang ditempek
dengan mekap nipis aku tatap lama.
Fuh, lawa jugak aku ni.
Sudah, sampai dah tahap memuji diri
sendiri. “Mana ada kak. Biasa-biasa aje. Sentuhan akak ni kot yang buat Lisa
nampak cantik. Tangan akak ni memang ajaib!” Nasib baik mulut ni baik hari ni.
Merendah diri.
Majlis pertunangan Riana sudah
selesai. Yay! Esok boleh balik ke Kuala Lumpur semula. Bukan aku tak suka duduk
di kampung ni tapi aku malas nak berdepan dengan emak dan ayah. Soalan bila nak
kahwin dah asyik menyanyi di cuping telinga aku.
Aku ceduk gulai ikan masin ke dalam
pinggan ayah. “Sedap mak masak ni. Ayah kena makan banyak sikit sebab hari ni
semua anak-anak ayah dah balik.” Adik kembar aku yang belajar nun jauh di utara
pun balik meraikan majlis pertunangan Lisa Suriana.
“Itulah, ayah seronok tengok anak-anak
ayah dah besar panjang. Lepas ni setahun sekali boleh dapat menantu, kan?” Nasi
yang baru masuk dalam mulut dah rasa macam pasir kasar.
“Belum lagi ayah, Amir nak belajar
sampai master dulu, lepas tu kerja. Mungkin umur tiga puluh tahun baru Amir nak
kahwin.” Mak Tijah letak gelas berisi air sirap di atas meja semula.
“Kamu jangan nak buat lawak Mir!
Lepas habis belajar kerja setahun dua lepas tu kahwin. Nak tunggu apa lagi? Nak
tunggu mak mati baru nak kahwin? Amir tak mahu mak tengok Amir kahwin?” Amir
Mukmin senyap sambil menggelengkan kepalanya. Hah, padan muka kau dik. Jangan
sembarang ngomong bab kahwin dengan mak dik oi. Memang kena sembur kaw kaw.
“Ini sorang lagi. Kalau cakap pasal
kahwin aje terus senyap. Lisa..Lisa. Mak nak cakap macam mana lagi dengan kamu.
Zaki anak Pak Ghani tu, kamu nak? Kalau kamu nak mak suruh dia masuk meminang
kamu.”
“Cikgu Zaki tu? Mak! Dia tu dah
umur tiga puluh lebih tau tak. Tak mahulah Lisa!”
“Itulah kamu ni Lisa. Zaki umur
tiga puluh kamu tak mahu, Razali kamu tak mahu, si Hariz anak Pak Mail hujung
kampung tu pun kamu tak mahu. Hariz tu bukan calang-calang orang, jurutera tu! Kamu tu pun bukannya muda lagi. dah dua puluh lapan tahun dah!”
“Jurutera, bukan juruterbang. Lisa
nak orang yang boleh terbang mak. Hariz tu.. tak mahulah Lisa. Muka dia banyak
jerawat.” Aiman yang sedang menyuap nasi tersedak.
Aku cepat-cepat hulur air kepada
Aiman. Belakang Aiman aku gosok perlahan. “Kak Long ni jerawat-jerawat cakaplah
perlahan sikit! Sentap tau.”
Aku tayang sengih kontot. “Sorry..” Terlupa yang muka Aiman pun ada
jerawat tapi takdelah banyak pun. Ada dua tiga biji pemanis muka. Sentap aje
lebih adik aku ni.
Suasana makan malam di rumah aku
riuh rendah dengan macam-macam cerita yang kami kongsi bersama. Adik aku cerita
pasal kem motivasi di universiti lah, pasal sikap kawan-kawan dia yang kaya dan
sombonglah dan macam-macam lagilah.
Tangan tua emak dan ayah aku salam
dengan penuh kasih. Tubuh aku hilang dalam pelukan tua ayah. Dah tua ayah aku.
Dah nampak kedutan dia sekitar mata dan tangannya. “Lisa sayang ayah.” Kedua-dua
belah pipi ayah aku cium.
“Ayah jaga diri, jangan buat kerja
banyak sangat. Dekat sekolah tu ayah biar cikgu-cikgu muda aje buat kerja
berat. Ayah jangan rajin sangat nak angkat kayu ke batu ke apa ke. Ingat Lisa
pesan ni.”
“Iyelah Lisa. Ayah ingat semua
pesan Lisa tu..”
“Ada lagi! Ubat jangan lupa makan.
Nanti kencing manis tu naik lagi. Kalau emak tak nak bancuh air kopi untuk
ayah, ayah jangan bancuh sendiri pulak. Pasrah ajelah sebab emak tak nak
bancuh. Emak sayang dekat ayah sebenarnya.”
Cikgu Rahim usap kepala anak
sulungnya. “Anak abah ni patut jadi doktor bukannya jadi akauntan.”
Aku beralih kepada emak tiriku.
“Mak, Lisa balik dulu. Emak jaga
diri. Jangan lupa pesan dekat Riana tu tolong mak dekat dapur. Dah nak kahwin
tu jangan malas sangat masuk dapur, kang nak bagi laki dia makan apa? Kerusi
meja?” Amboi, macam terlebih-lebih pulak pesanan aku untuk emak.
“Kamu tu jangan nak memandai ajar
mak. Tahulah mak nak dera si Riana tu. Kamu balik Kuala Lumpur tu ingat sikit
pesan mak. Mata tu pandang kiri kanan. Tengok sikit lelaki-lelaki yang sesuai
boleh buat laki. Bawak balik jumpa mak ayah.” Hari ini aku malas nak bergaduh
mesra dengan emak maka aku diamkan aje.
Gigi putih melepak yang tersusun
cantik dalam mulut aku tayang kepada emak.
“Balik dulu ye mak, ayah.
Assalamualaikum.”
Ah, malasnya kena kerja hari ni.
Rasa nak sambung cuti sampai dua puluh lima hari. Lepas tu sambung lagi untuk
hari yang ke dua puluh enam. Sambung lagi hari ke dua puluh tujuh kalau boleh.
Masuk hari ke dua puluh lapan dapat surat berhenti kerja. Baru pada muka aku!
Masuk.
Pintu bilik aku dikuak. Wajah
Farisya tersembul dia depan pintu.
“Ada apa Sya?”
“Datuk Fazil mahu berjumpa dengan
Cik Lisa di biliknya sekarang.” Farisya ialah pembantu aku. Aku bekerja sebagai
akauntan di salah sebuah syarikat hartanah yang paling besar di Malaysia.
Kepala dianggukkan kepada Farisya.
Tanpa banyak soal Farisya berlalu meninggalkan bilik aku. Alahai, skema betul
Farisya ni. Tekan ajelah butang interkom, nak jugak berjalan masuk dalam bilik
aku ni.
Fail-fail yang berterabur di atas
meja aku susun. Kerusi kulit aku tolak ke belakang. Bangkit berdiri. Skirt
separas lutut aku tarik sedikit supaya nampak kemas.
Tok! Tok!
“Masuk!” Laung Datuk Fazil dari
dalam. Tanpa menunggu lebih lama kaki melangkah masuk ke dalam bilik Datuk
Fazil.
“Datuk panggil saya? Ada apa-apa
yang boleh saya bantu, Datuk?” Ayat biasa yang akan keluar dari mulut aku
setiap kali masuk ke dalam blik ini menghadap pemilik syarikat ini.
Lelaki muda yang sedang duduk
berdepan dengan Datuk Fazil aku pandang sekilas. Pergh, kacak gila!
Oh, tak boleh. Aku dah janji nak
cari juruterbang!
Tapi dia ni kacak gila, macam Henry
Golding! Eh, tak. Macam Won Bin pun ada. Tapi mata sepet tu macam Rain!

No,
Lisa.. No! U must find a pilot!
“Lisa? Are you listen to me?” Boleh pulak berangan.Argh, silly you Lisa. Buat malu je depan
lelaki kacak ni.
“Ya..ya. saya dengar Datuk. Pasal
projek terbaru kita di Putra Nilai tu memang takde masalah. Semua peruntukan
untuk projek tu saya dah berbincang dengan Encik Irfan, dia akan beritahu saya
semula bila dia perlukan duit untuk projek tu.”
Datuk Fazil dan lelaki itu
terlopong. Tiba-tiba suara ketawa Datuk Fazil bergema dalam biliknya yang luas.
Apa yang lucu sangat?
“Aduhai Lisa, bila masa saya cakap
pasal projek di Putra Nilai dengan awak ni? Saya ajak awak makan tengah hari
dengan saya dan isteri saya.”
Aku gigit bibir bawah. Anak mata
meliar sekeliling bilik. Mana tempat boleh sorok muka ni! Kali pertama
memalukan diri depan Datuk Fazil sejak hampir dua tahun bekerja dengannya.
“Dah, kesian saya tengok muka merah
padam awak tu. Awak boleh keluar sambung kerja awak tadi tapi jangan lupa pukul
1.00 tengah hari nanti. Jumpa di restoran kegemaran saya.” Aku anggukkan kepala
sebelum berlalu keluar.
Eh, Datuk tak nak kenalkan aku
dengan lelaki tadi ke? Aduhai! Melepas.
Lisa Suriani berjalan dengan penuh
berhati-hati menuju ke Restoran Merak Kayangan di Damansara. Tempat makan
ekslusif kegemaran Datuk Fazil. Alah, duit berkepuk-kepuk nak makan dekat mana
pun boleh.
Kalau dia kata nak makan tengah
hari di Milan, makan malam di Istanbul pun boleh aje. Dengan duit semua boleh
jadi, tiada apa yang mustahil. Adik-beradik pun boleh berbunuhan sebab duit
tau!
“Datuk Fazil.” Aku beritahu kepada
pelayan. Pelayan itu mengangguk-angguk dan memberikan isyarat tangan supaya aku
mengikutnya.
Pelayan menunjukkan aku tempat
duduk yang telah ditempah untuk Datuk Fazil. Sengaja aku tiba sepuluh minit
lebih awal kerana biarlah aku yang menunggu Datuk Fazil dan isterinya Datin
Hamimah bukannya mereka yang menanti aku.
Tepat jam 1.00 petang kelibat Datuk
Fazil dan isterinya kelihatan. Seperti biasa, Datin Hamimah nampak anggun
dengan kebaya yang tersarung pada tubuhnya. Aku berdiri menyambut kedatangan
dua orang manusia yang aku kagumi.
“Dah lama ke Lisa sampai?”
“Takdelah Datin, baru je lima
minit.” Bohong sunat. Takkan nak cakap kau dah lama, sepuluh minit dah tunggu
dorang sampai. Habis segelas air kosong kau telan. Gila!
“Maaflah saya tunggu anak saya
jemput tadi. Mana Hadi bang?”
“Entah, nak ke tandas sekejap
katanya.” Balas Datuk Fazil sambil menyambut huluran buku menu oleh pelayan.
Leher aku panjangkan sedikit.
Mencari kelibat lelaki yang dipanggil nama Hadi oleh Datin Hamimah. Eh,
macamlah aku kenal si Hadi ni!
“Anak Datin yang mana?” Datin
Hamimah mengukir senyuman.
“Anak saya baru balik dari US. Tua setahun dari Lila. Saja
ajak makan sekali dengan Lisa. Boleh berkenalan. Untung-untung Lisa boleh jadi
menantu saya.” Aku anggukkan kepala aku. Nak jadikan aku menantu dia? Aww, malu.
Macam tak padan aje, dah la anak baru balik dari US. Aku ni apa yang ada.
Aku buka buku menu yang sudah
berada di tangan. Tak tahu nak makan apa sebab dalam menu tulis nama bukan main
gah nanti bila makanan sampai, chicken
chop, nasik goreng dalam nenas atau makanan yang entah apa-apa lepas tu
seciput aje! Langsung tak mengenyangkan.
“Sorry mummy, daddy! Toilet jammed!” Aku panggung kepala.

MasyaAllah, indahnya ciptaan Tuhan.
Ahhh, hati aku dah cair habis dah saat terpandang wajah lelaki ini. Inikah
jodoh?
Hadi tarik kerusi sebelah aku.
Aduhai, wanginya. Bau minyak wangi lelaki ini boleh buat aku sesak nafas.
“Kenalkan ni Lisa. Lisa Suriani.”
Datin Hamimah memperkenalkan aku yang tersenyum segan. Dah jumpa tadi masa
dalam bilik Datuk Fazil. Ohhh emmm jay!
“Dah jumpa tadi mummy, masa dekat office daddy, masa tu tak sempat berkenalan.”
Datin Hamimah senyum meleret. Suka
bukan main lagi tengok Lisa dan Hadi bergandingan. Nampak sepadan benar!
“Awak nak makan apa?”
Aku cuba mengawal jantung aku yang hampir
melompat keluar dari kedudukan asalnya. Ini adalah gila. Aku tak pernah rasa
jantung aku mengepam darah sepantas ini. Oh… mak. Lisa dah jumpa menantu mak!
“Aaa.. aa.. Saya nak makan lamb chop.” Sejak bila pulak aku dah jadi gagap ni?
Hadi tergelak kecil. “Mummy, Hadi
nak makan lamb chop, sama macam
Lisa.”
“Thanks sebab sudi temankan saya buang masa dekat sini.” Nafas Hadi
yang tercungap-cungap kerana baru lepas menjerit naik roller coster aku
pandang.
“Awak takut eh naik roller coster?” Hadi gelak besar.
“Bukan takut, saja nak lepas geram
sebab tu saya jerit.” Aku angguk perlahan.
Perkenalan aku dengan Hadi baru
berusia hampir sebulan. Banyak benda yang kami lakukan bersama. Setiap hujung
minggu ada sahaja rancangan Hadi. Nak bawa aku ke sinilah, ke situlah, ke
sanalah. Macam-macam tempat yang belum pernah aku pergi, aku pergi bersama
Hadi.
Sebab itu aku nak kahwin dengan
juruterbang. Boleh suami aku bawa aku pusing serata dunia!
Tapi sayangnya Hadi bukan
juruterbang. Dia bakal pewaris syarikat Datuk Fazil. Kini sedang belajar
selok-belok syarikat itu selepas hampir tiga tahun menimba pengalaman kerja di
negara asing.
Sikap Hadi yang happy go lucky dan peramah menjadikan
aku senang bersamanya. Aku akui hati aku memang terpaut kepadanya namun aku
masih lagi menanti kehadiran Mr. Pilot
aku.
Hey, bertahun-tahun aku menyemai
rasa cinta terhadap seorang bakal suami yang bekerja sebagai juruterbang tau, takkan
semudah itu aku nak langgar prinsip aku? Menyesal pulak tak kerja sebagai cikgu
tadika, untung-untung boleh kenal dengan juruterbang macam Ain Hawani
berkenalan dengan Adam Mukhriz tu. Rugi..rugi!
Telefon bimbit yang berdering di
ruang tamu memaksa aku berlari mendapatkan telefon bimbit aku. “Assalamualaikum,
mak.”
“Ha waalaikummussalam. Kamu buat
apa di rumah hujung minggu macam ni Lisa?” Aku pelik. Mak tak pelik ke dengan
pertanyaan sendiri. Kan cuti hari ni.
“Mak ni salah tanya soalan ke? Hari
ni kan cuti mak, hari Ahad. Mak nak suruh Lisa kerja tujuh hari seminggu ke?”
“Mak bukan nak suruh kamu pergi
kerja, mak nak suruh kamu pergi cari laki. Bila nak balik Kuantan bawak bakal
suami kamu?” Tangan naik menggaru kening.
“Belum jumpa lagilah mak.” Aku melabuhkan punggungku di atas sofa putih di ruang tamu rumah aku.
Mak Tijah merengus kasar di hujung
talian. “Kalau nak kahwin dengan petani, kena pergi duduk sawah. Kalau nak
kahwin dengan penjual ikan, kena selalu pergi pasar. Kalau kamu tu nak kahwin
dengan pelot, pergilah tunggu di
lapangan terbang!” Aku ketawa besar.
“Pilot lah mak, bukan pelot.”
Sebut pun tak betul, ada hati nak marah-marahkan dia. Aku masih ketawakan mak.
“Apa-apalah Lisa. Takkan mak nak
kena ajar kamu benda-benda macam ni. Pergilah tunggu dekat lapangan terbang tu.
Hujung minggu aje pergi sana, mana tahu ada yang tersangkut dekat kamu. Bukannya
anak aku ni tak lawa.”
“Ala, mak tu kahwin dengan ayah tak
pernah pun Lisa nampak mak tunggu dekat sekolah dulu-dulu.”
“Mana kamu tahu kamu tu budak lagi
masa tu!” Mak Tijah membalas garang.
Aku ketawa lagi. Lawak sangat mak
hari ni. Memang tak tahan nak gelak aje kerjanya. “Mak, kalau ada jodoh Lisa
nanti, Lisa bawak balik jumpa mak ye? Lisa pun bukannya tua sangat, baru dua
puluh lapan tahun enam bulan.” Hah, sempat lagi aku kira hari jadi aku.
“Dah la, ayah kamu dah balik dari
kebun. Mak nak pergi jenguk ayah kejap.”
Talian di matikan. Aku masih senyum
meleret. Hujung minggu itulah kerja ayah. Kalau tiada aktiviti sekolah,
kebunlah tempat dia.
Malam ini sekali lagi aku menemani
Hadi untuk makan malam bersama. Kali ini di restoran mewah. Hadi ni memang
boleh tahan sempoi orangnya, kalau aku ajak dia makan di kedai mamak pun dia
memang langsung tidak kisah. Anak orang kaya yang paling sempoi pernah aku
kenal. Macamlah aku kenal banyak anak orang kayakan…
“Awak suka tak hadiah yang saya
bagi tu?” Aku garu kepala yang tidak gatal. Rantai tangan emas putih aku
pandang lama. Aku ni bukan suka sangat barang kemas ni. I am plain Jane.
“Kenapa awak bagi saya hadiah mahal
macam ni? Kita baru je kenal sebulan lebih awak dah bagi hadiah mahal-mahal
macam ni.” Kotak barang kemas itu kembali diletakkan di atas meja makan.
“Awak tak suka?” Aku geleng
perlahan.
“Bukan tak suka awak bagi saya
hadiah tapi saya tak suka barang kemas dan barang mahal macam ni saya minta
maaf, saya memang tak boleh terima. Kalau emak saya tahu saya terima hadiah
mahal macam ni, habis kepala saya kena tetak dengan emak saya tau!”
Tawa Hadi terburai saat melihat
riak wajah lucu Lisa. Bukan main bersungguh-sungguh lagi Lisa bercerita tentang
emaknya yang mahu menetak dia. Gaya macam gangster habis!
Hadi mengambil semula kotak berisi
gelang tangan itu dan disimpan dalam koceknya. Kerusi ditolak sedikit ke
belakang.
Tubuh Hadi yang sudah berdiri di
hadapan aku membuatkan bulu roma aku naik. ‘Kenapa pulak ni?’ Aku bersoal jawab
dalam hati.
Hadi mengeluarkan sesuatu dari
kocel seluarnya dan duduk melutut di hadapan aku. Ya Allah, rasa nak pitam!
Sumpah rasa nak pitam. Kenapa mamat ni, takkan dah mereng kot.
“Lisa Suriani Abdul Rahim, will you marry me?” Sebentuk cincin berlian ditayang di hadapan
aku. Cantiknya cincin…
Aku kaku. Adakah aku sedang
bermimpi sekarang ni?

Bila masa aku bercinta dengan Hadi?
Kami baru kenal sebulan takkan Hadi dah ajak aku kahwin? Hilang akal ke?
Melihat aku yang tiada reaksi, Hadi
bersuara lagi. “Lisa, saya ikhlas berkawan dengan awak. Saya sengaja nak
pancing awak dengan rantai tadi. Saya dan berazam dalam hati saya, kalau awak
tak terima rantai tu, saya akan lamar awak.”
Aku menggeleng perlahan. “Saya tak
faham. Apa kaitan rantai tangan tu dengan lamaran ni? Awak jangan main-main
dengan saya Hadi.”
“No. Saya ikhlas. Saya memang cintakan awak sejak mula lagi. Saya
memang terpikat dengan awak sejak kali pertama saya pandang wajah awak. Lisa,
saya ikhlas.” Aku menarik kembali tangan aku yang berada dalam genggaman Hadi.
“Awak belum jawab soalan saya.”
Hadi berdehem beberapa kali.
Suasana senyap sepi beberapa puluh saat. “Kalau awak terima rantai tangan tu,
saya kira awak perempuan yang materialistik. But you don’t!”
Aku telopong tidak percaya. Sesaat
kemudian aku ketawa. “Jadi selama awak berkawan dengan saya, awak ingat saya
seorang yang meterialistik. Macam tu?”
Hadi geleng rakus.
“Saya nak balik. Awak boleh simpan
semula cincin awak sebab saya tak pernah cintakan awak. Saya hanya anggap awak
kawan saya.” Otak aku sudah tidak boleh menerima apa-apa alasan Hadi lagi.
Cluth
di atas meja aku capai kasar. “Hantar saya balik atau saya naik teksi.”
Kasut yang tersarung di kaki aku
tanggalkan kasar. Pintu rumah berwarna putih itu aku hempas kuat. Biar Hadi yang
masih berdiri di hadapan pagar rumah tahu betapa aku marah dengan dia.
Tett! Tett!
Telefon bimbit dalam cluth aku ambil.
‘Saya
benar-benar ikhlas cintakan awak. Saya salah sebab saya ingat awak sama seperti
perempuan lain. Saya silap. Maafkan saya, Lisa.’
Mesej dari Hadi aku baca dengan
perasaan sebal. Air mata yang mengalir di pipi aku kesat kasar.
“I don’t love him!” Jerit aku kepada diri sendiri. Bantal kecil di
atas katil aku campak ke arah pintu.
Kalau aku tak cintakan dia kenapa
aku menangis? Kenapa hati aku terluka dengan sikap Hadi? Kenapa jantung aku
berentak kencang setiap kali aku berdepan dengannya? Kenapa aku gembira tatkala
dia melamar aku sebentar tadi?
Dua minggu berlalu dengan penuh
kesuraman. Tidak bermaya. Hadi hanya memujuk aku selama tiga hari sahaja
selepas itu terus senyap tanpa berita. Ada beberapa kali aku terserempak dengan
Hadi di lif tetapi lelaki itu buat-buat tak kenal aku.
Sampai hati Hadi layan aku macam
ni. Masa pujuk aku beriya-iya cakap akan berusaha buat aku jatuh cinta lah apa
lagi lah. Sekarang ni terus diam. Sembang kosong! Dasar lelaki buaya.
Emak pula tak habis-habis asyik
telefon cakap ada orang nak masuk meminang. Serabutnya kepala otak ni. Jauh di
sudut hati aku masih berharap Hadi mencari aku sekali lagi. Aku janji aku akan
terima lamaran dia tetapi aku tahu semua itu mustahil. Mungkin Hadi dah ada
pengganti lain.
Nasi dalam pinggan aku kuis
perlahan. “Cik Lisa takde apa-apa?”
Aku pandang muka Farisya. “Awak
pernah jatuh cinta tak Sya?”
Farisya angguk. “Saya pernah
bercinta, tiga kali. Tapi akhirnya saya kahwin dengan lelaki pilihan emak
saya.”
Aku tayang riak wajah terkejut.
“Kenapa awak tak kahwin dengan teman lelaki awak?”
Farisya meneguk jus oren di
hadapannya. “Sebab semua lelaki tu tak guna. Dorang hanya mempermainkan hati
dan perasaan saya. Tak guna tunggu orang macam tu Cik Lisa.”
“Habis awak setuju terima pinangan
lelaki yang awak tak kenal?”
Sekali lagi Farisya angguk. “Saya
yakin pilihan emak saya ialah pilihan yang terbaik. Saya buat solat sunat
Istikharah dan hati saya lembut untuk terima pinangan lelaki itu. Alhamdulillah
sampai sekarang dah tiga tahun, saya bahagia sangat-sangat. Saya berdoa semua
kebahagiaan ini berkekalan.”
Ah.. mudahnya hidup Farisya! Aku
pula tak sanggup hidup tanpa Hadi. “Saya doakan awak dan suami bahagia sampai
ke syurga.”
Hati yang masih bedebar hebat aku
sentuh perlahan. Majlis yang sepatutnya hanyalah majlis pertunangan aku ubah ke
majlis pernikahan.
“Tak perlulah nak bertunang mak.
Lisa yakin dengan pilihan emak kali ni.” Itu kata-kata aku kepada emak beberapa
minggu lalu.
“Lisa, kenal dulu bakal suami Lisa
ni. Mak yakin dia boleh jaga Lisa tapi mak nak Lisa kenal dulu hati budi dia.”
Aku yang duduk di depan emak
menggeleng perlahan. “Dia dah tunggu Lisa beri jawapan sampai dua bulan kan?
Maksudnya dia seorang yang bersabar dan sanggup menerima segala kekurangan dan
kelemahan Lisa. Jadi, Lisa rasa tiada apa lagi yang perlu Lisa ragu.”
“Akak tak takut kalau muka dia ada
jerawat banyak macam abang Hariz tu?” Aiman mencelah.
Tiba-tiba hati aku rasa kecut.
Takkanlah sampai macam tu sekali kot? Emak mesti tahu macam mana pilihan hati
aku. paling tidak pun biarlah macam Anuar Zain kalau muka Melayu. Faizal Tahir
pun masih boleh gagah lagi.
“Kalau itu kata Lisa, mak ikutkan
aje. Mak doakan Lisa bahagia sampai ke syurga.” Amin. Amin. Doa seorang ibu itu
tiada hijab. Semoga Allah mengabulkan doa emak.
Aku kembali ke dunia nyata.
Sebentar lagi aku akan bertukar status Puan Lisa Suriani. Adakah bakal suami
aku sekacak Yusry suami Lisa Surihani?
Aku kerling wajah aku yang dimekap
oleh Kak Lin. Cantik. Macam anak patung Kak Lin mekap hari ni. Baju nikah
berwana putih aku sentuh perlahan. Cantiknya baju ni. Ini semua emak yang
sediakan. Aku langsung tidak mengambil tahu tentang persiapan majlis aku
sehinggalah semalam baru aku pulang.
Itupun puas emak membebel sebab
muka takde seri, inai belum pakai, tak mandi bunga, blablabla. Nak mandi bunga
apa lagi mak oi, mandi air dalam tandas tu pun dah cukup bersih dah.
“Cantik Lisa. Akak memang tak sabar
sangat nak tunggu Lisa kahwin sebab akak nak mekapkan Lisa. Akhirnya tercapai
juga impian akak.” Kak Lin cium pipi kanan aku.
“Tak sangka akak kahwin dulu
sebelum Riana. Abang Afiq tu Riana nak ajak cepatkan majlis tak mahu, kalau tak
boleh kahwin dengan akak sekali.”
Aku pamer senyuman untuk
menyembunyikan riak debaran yang sedang menggila di dalam dada. Adoi, bila ayah
nak nikahkan aku ni. Rasa tak sabar nak tengok wajah suami aku ni.
“Assalamualaikum. Lisa, jom kita
keluar. Ayah dah panggil. Majlis dah nak mula.”
Aku menunduk keluar. Nak curi
pandang ke arah bakal suami aku? Memang taklah. Aku terima dia seadanya. Buruk
ke, hitam ke, berjerawat ke, aku tak kisah.
“Aku terima nikahnya Lisa Suriani
Abdul Rahim dengan mas kahwinnya enam ribu empat ratus lapan puluh lima ringgit tunai.” Mak oi, mahalnya mak letak mas kahwin aku! Tu kan hari jadi aku
6 haribulan 8 tahun 85.
“Lisa, suami nak sarungkan cincin.”
Kepala masih menunduk memandang ke arah peha sendiri aku angkat sedikit.
Takutnya nak pandang suami aku. Tua
ke dia? Muda ke dia? Hidung mancung ke tidak? Perlahan-lahan aku angkat wajah
aku.
Mulut yang sedikit ternganga
cepat-cepat aku cover. “Janganlah
terkejut sampai macam tu sekali sayang.”
Tangan aku diambil dan sebentuk
cincin permata yang sangat aku kenali disarung ke jari manis aku. Air mata
tidak dapat aku tahan lagi saat bibir Hadi menyentuh dahi aku. “I love you.” Sempat aku bisikkan
kalimah itu ke telinga Hadi.
“Abang lagi sayangkan sayang.”
Ahhh, sampai hati Hadi merahsiakan
semua ini daripada aku! Macam mana dia boleh tahu rumah aku?
Aku masih duduk dibirai katil.
Bila-bila masa sahaja Hadi akan muncul dalam bilik yang dihias cantik oleh Kak
Lin untuk aku dan suamiku.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Jawab aku
separuh berbisik.
Hadi melabuh duduk di sebelah aku.
“Terima kasih kerana sudi terima abang dah hidup Lisa.”
Ahhh, rasa nak gugur jantung ni!
Kenapa Hadi ni charming sangat! Duduk
sebelah-sebelah macam ni pun dah buat aku berdebar macam nak gila. “Terima
kasih sebab sudi cari Lisa sampai ke sini.”
Hadi tayang sengih. “Abang akan
dapatkan apa yang abang nak, bukan macam Lisa.. Nak kahwin dengan pilot konon
tapi usaha apa pun takde!”
Aku memberanikan diri bertentang
mata dengan Hadi. Macam mana lelaki ini tahu tentang angan-angan aku? Cisss!
Takkan si kembar dua orang tu punya angkara kot? “Aiman dengan Amir yang
beritahu abang tadi.”
Lisa ketap bibir. Dah agak dah
mesti dua beradik tu punya angkara. “Jangan nak marah dorang, bukannya dorang
sengaja pun. Abang yang tanya Lisa takde pakwe ke sebelum ni sebab isteri abang
ni cantik sangat, takkan takde pakwe.”
“Kalau abang tak percaya yang Lisa
ni memang takde pakwe, kenapa abang lamar Lisa malam tu?” Ah, lancar sahaja
perkataan abang dan Lisa terbit dari mulut aku. Langsung tidak kekok.
“Abang cuma cuba nasib aje, tak
sangka Lisa mengamuk sampai macam tu sekali malam tu. Nasib baik tak terlucut
pintu kereta abang kena hempas dengan Lisa tau!” Hadi mencuit hidung mancung
aku.
Malunya teringat peristiwa malam
tu. Memang aku marah, sampai aku tutup pintu kereta Hadi kuat-kuat. Sengaja nak
mendera perasaan lelaki itu tapi alih-alih aku yang terdera.
“Boleh abang tanya satu soalan?”
Aku angguk perlahan.
“Kenapa dalam banyak-banyak
pekerjaan umat manusia ni, Lisa pilih nak kahwin dengan pilot?”
Aku terdiam sejenak. “Sebab Lisa
nak dia bawak Lisa pergi bercuti di luar negara setiap tahun.” Aku tayang gigi.
“Biar abang ambil alih tugas tu
lepas ni. Lisa cakap aje Lisa nak ke mana, nanti abang bawak Lisa.”
Aku bangkit menuju ke arah almari.
Tas tangan dalam almari aku tarik keluar.
“Sayang cari apa tu?”
Sebuah buku kecil ala-ala buku nota
aku hulurkan kepada suami aku. “Apa ni?”
“Senarai negara Lisa nak pergi.
Mulai tahun ni abang kena bawak Lisa ke sana.”
Hadi tergelak besar. Kuat gila.
“Abang! Janganlah gelak kuat sangat! Nanti orang ingat kita buat benda tak
senonoh pulak.”
Hadi pandang muka aku pelik. “Apa
yang tak senonoh?”
Aku terdiam. Sudah terjerat. Pandai
ehhh Hadi nak jerat aku!
“Takde apa. Lisa main-main aje.”
Hadi tayang senyum penuh makna.
“Jom kita solat dulu lepas tu baru kita buat benda ‘tak senonoh’ yang Lisa
cakap tadi.
Aku tampar lengan sasa milik Hadi.
Kuat menyakat betul suami aku ni! Aku bangkit menuju ke bilik air mahu
mengambil wudhuk.
Selesai bersolat, Hadi berdoa
panjang. Memanjatkan kesyukurannya ke hadrat Illahi kerana menjodohkan kami
berdua. Dan aku, selamat tinggal juruterbang idamanku kerana aku sudah mendapat
seorang yang lebih daripada apa yang aku minta dari Allah swt.
Abang ada hadiah untuk Lisa.
"Terima kasih sebab sudi terima abang." Sekotak baldu biru dihulurkan
kepada aku.
"Apa ni?" Hadi mengangguk
sedikit tanda menyuruh aku menerima pemberiannya.
Aku buka kotak itu. Gelang tangan emas
putih tempoh hari. "Hadiah untuk isteri abang. Mak takkan tetak kepala
sayang kan sebab abang ni suami sayang. Tak salah belikan isteri
hadiah."
Ah, saja je Hadi ni nak kenakan aku
balik!
Aku peluk tubuh tegap Hadi. "Thank
you, abang."

Alhamdulillah. Inilah jodoh. Sejauh
mana kita berlari, dia akan tetap datang mencari kita.
p/s : Cerpen ni publish di penulisan2u, lepas tu kan baru Sri perasan lepas ada 1 komen ni dari ct cakap cerita ni tak logik. Wakakakaka, memang ler tak logik ehhh sebab umur Lisa dengan adik dia kena beza 9 years! (blushing!) K, gelak. :D Thank you ct. Sri tulis cerita ni pukul 3.30 pagi sebab takde idea nak tulis pasal KPI. Huahuaaahua.
Ini selepas fikir semula umur Si Lisa dengan adik-adiknya. (picit dahi sambil sambung gelak.)
Love, Sri!
Thanks for all readers di P2U dan yang sudi komen.
Mmmmmmmmmuahx! :D
p/s : Cerpen ni publish di penulisan2u, lepas tu kan baru Sri perasan lepas ada 1 komen ni dari ct cakap cerita ni tak logik. Wakakakaka, memang ler tak logik ehhh sebab umur Lisa dengan adik dia kena beza 9 years! (blushing!) K, gelak. :D Thank you ct. Sri tulis cerita ni pukul 3.30 pagi sebab takde idea nak tulis pasal KPI. Huahuaaahua.
Ini selepas fikir semula umur Si Lisa dengan adik-adiknya. (picit dahi sambil sambung gelak.)
Love, Sri!
Thanks for all readers di P2U dan yang sudi komen.
Mmmmmmmmmuahx! :D
BEST...
ReplyDeleteThe best
ReplyDelete