Tuesday, 30 December 2014

Part 4 - Bali Cintaku

Eleena masih tersengih-sengih mengenangkan sikap Zaidan semasa di kaunter sebentar tadi. Ada pula lelaki ini beriya-iya meminta tempat duduk di sebelahnya di dalam kapal terbang. “Awak ni memang muka tak tahu malu kan Eden..”
“Apa salahnya kalau duduk sebelah awak dalam kapal? Ke awak nak Shahrin yang duduk di sebelah awak?”
Spontan beg sandang milik Eleena hinggap di belakang Zaidan. “Jangan berani sebut nama mamat gila tu depan saya ye.. Menyampah!”
Entah ke mana Shahrin menghilang. Sejak dua hari lepas memang dia langsung tak Nampak kelibat lelaki itu… Tak berani muncul depan dia lagi agaknya. Cuma sewaktu di Garuda Wisnu Kenchana sahaja menurut Zaidan dia ternampak kelibat Shahrin merakam aski mereka berdua di sana.
Lantaklah!
Setakat dia berjalan beriringan dengan Zaidan tu apalah sangat cerita yang boleh Shahrin reka? Lagipun malas dia mahu mengambil tahu perihal lelaki itu lagi.
Semasa dia berjumpa dengan Shahrin kira-kira hampir tiga minggu lalu, dia sudah terangkan secara jelas dan terperinci tentang hala tuju hubungan mereka yang sudah lama berakhir. Dia tidak mempunyai niat untuk menyambung semula hubungan yang telah berakhir itu.
“Awak tak nak ceritakan pada saya tentang Shahrin?”
Eleena melepaskan keluhan. Dia memang baru sahaja kenal dengan Zaidan tak sampai seminggu tetapi keakraban hubungan antara mereka berdua seperti sudah bertahun-tahun lamanya terjalin.
Ah, susah dai nak ungkapkan rasa selesa berada di samping lelaki ini. Terlalu selesa dan tingkah lelaki ini sentiasa mendebarkan hatinya terutamanya apabila Zaidan menyebut nama penuh dia.
Eleena.
Sukar dia mahu mentafsirkan perasaan aneh yang sudah lama hilang dari hati dia.
Jatuh cinta?
Tak mungkin dalam masa  sesingkat ini dia boleh jatuh cinta. Ish, Eleena, kau rasa sukakan dia sebab muka dia kacak gila okay!
“El?”
Eleena tersedar dari lamunan apabila Zaidan menyentuh bahunya sedikit kuat. “Awal berangan apa ni El?”


“Eh, mana ada berangan.” Suara lembut Eleena menerobos telinga Zaidan. Suara lembut ini yang ingin dia dengar setiap hari. Suara Eleena sangat lembut.
“Awak berangan ingatkan saya ke? Saya masih ada depan mata awak ni, jangan berangan. Ke awak dah rindukan saya?”
Eleena menjeling kepada Zaidan. “Awak ni memang habiskan hidup awak selama 30 tahun ni untuk perasan aje kan.”
Zaidan jongket bahu. “Awak tak nak mengaku yang awak tu teringatkan saya walaupun saya ada depan mata awak?”
“Karut! Awak ni memang mengarut! Dah jom masuk dalam.. Saya nak minum kopi.” Eleena berjalan meninggalkan Zaidan di belakangnya sebaik sahaja dia menghabiskan ayat itu.
Zaidan segera mengambil peluang itu mengambil gambar Eleena untuk dijadikan kenangan dia nanti. Lenggok Eleena berjalan, cara Eleena berbual dengan dia dan cara Eleena senyum memang dia takkan lupa. Suara lembut Eleena memang sangat memikat hati dia!
“Kalau awak tak nak cerita pasal Shahrin takpe.. Apa kata awak cerita pada saya tentang keluarga awak?” Soal Zaidan sambil menghirup kopi panas miliknya.
“Apa yang awak nak tahu pasal saya?” Rasa percaya terhadap lelaki ini kian tinggi berbanding kali pertama dia berbual dengan Zaidan semasa di Jimbaran Bay dahulu. Ketika itu dia berhati-hati dalam membuka cerita tentang perihal dia.
“Awak kerja apa?”
“Kedai kek.”
Zaidan menunjukkan riak teruja. “Wow! Mesti pandai buat dessert.”
Perlahan-lahan Eleena mengukir senyuman manis. “Kalau nak rasa nanti bolehlah singgah kedai saya..”
“Pasti singgah!” Laju sahaja jawapan itu menutur dari bibir Zaidan. “So awak tinggal dengan keluarga?”
Eleena mengangguk. “Masih tinggal dengan mama dan papa saya.”
“Takpe tinggal dengan parents pun bagus juga.. Boleh tengok-tengokkan dorang selalu.. Takdelah risau asyik teringatkan keselamatan diri dorang.”
“Awak?”
Sengihan Zaidan yang menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik membuatkan Eleena tergelak kecil. “Kalau macam tu tinggal dengan isteri ke?”
Ececeh! Eleena, ayat nak pancing aje kan! Sengaja dia menyebut perkataan isteri kepada Zaidan. Iyelah mana tahu lelaki ini sebenarnya ada masalah rumahtangga, lepas tu tinggalkan isteri dan dating bercuti ke Bali seorang diri.
“Saya single lagi okay. Belum ada isteri lagi..”
“Habis awak tinggal dengan siapa?” Eleena ingin tahu. Entah kenapa hati dia mahu tahu tentang lelaki bernama Zaidan Hakim ini. Personality Zaidan terlalu menarik pada pandangan mata dia.
“Tinggal seorang aje.”
“Oh. Tak bosan ke?”
“Bosan juga kadang-kadang tapi saya selalu kerja luar so tak sempat nak merasa bosan tu.. Balik kerja dua tiga hari, travel lagi. Days in days out.”
Eleena mendengar dengan setia.
“Bosan tu macam mana kita mendefinisikan kehidupan kita. Kalau rasa hidup macam takde makna mungkin bosanlah jadinya..”
Perlahan-lahan bibir Eleena mengulum senyuman. “Pandai awak cakap ye.. Cara manusia berfikir tak sama Eden. Masing-masing ada cara kehidupan sendiri. Kalau asyik buat benda yang sama sahaja bertahun-tahun mungkin akan timbul juga rasa bosan tu.”
“Contoh benda yang sama bertahun-tahun?”
“Erm.. misalnya bercinta. Kalau asyik jadi pemaaf kepada kesalahan orang lain, sampai satu masa kita akan sedar hubungan itu takkan ke mana.. Sebelah pihak aje mainkan peranan nak jaga perhubungan tu tapi sebelah pihak lagi langsung tak menghargai.. Lama-kelamaan pasti bosan kan?”
“Percintaan awak macam tu ke?”
Tersedar dia hamper sahaja terlepas menceritakan tentang hubungan lampau dia dengan Shahrin, Eleena lekas-lekas berdehem kecil. “Tak semestinya tentang saya.. Saya bercakap random.”
Mendengar pengumuman masuk ke kapal, Eleena dan Zaidan pantas meninggalkan meja kopi mereka. Berjalan laju menuju ke balai pelepasan. Nasib baiklah tidak terlalu jauh, jika tidak pasti mereka akan ketinggalan kapal.
“Fuh! Nasib baik sempat… Kalau tak kena bermalam dekat Bali satu malam lagi.” Ujar Zaidan sambil tergelak kecil.
Nak mati? Mama awal-awal pagi tadi lagi dah hantar mesej kepada dia agar tidak memanjangkan percutiannya kerana ada beberapa tempahan kek yang perlu mereka siapkan pada hujung minggu ini.
“Kalau kena tinggal saya sanggup terbang balik ke Malaysia awak..”
“Ada urusan penting?”
Eleena mengangguk. “Banyak tempahan kek. Hujung tahun banyak orang kahwin.”
“Nanti saya kahwin awak bolehlah buatkan kek untuk saya pula kan?”
Sentap!
Ah, Eleena kau dah kenapa pula nak sentap? Zaidan bukannya kekasih kau pun. Entah-entah mamat ni memang ada kekasih kau aje yang tak tahu sebab Zaidan tak pernah cerita.
“Boleh tak?”
“Ah.. mestilah boleh!” Senyum paksa.
“Eden..”
Eleena yang sedang tunduk mengambil sesuatu dari beg sandangnya yang diletakkan di kaki sebentar tadi mengangkat mukanya saat terdengar suara perempuan memanggil Zaidan.
“Hey, Sherni.”
Wajah Zaidan dan wanita yang bernama Sherni itu dipandang oleh Eleena silih berganti. Pramugari ini dan Zaidan saling mengenali?
“You pergi Bali?”
Zaidan mengangguk perlahan. “Yeap.”
“Kenapa tak cakap dengan I? I boleh ambil cuti temankan you..”
Eleena menanti jawapan dari bibir Zaidan.
I just want to be alone.”
Sorry, I tengah kerja sekarang ni.. Can we meet once we touch down at Malaysia?”
“Sher.. I..”
Please.” Suara Sherni yang separuh merayu itu membuatkan Eleena kian sangsi akan hubungan Zaidan dan wanita jelita ini.
“I rasa mungkin tak sempat nak jumpa dengan you.”
Ada sinar sedih dalam riak wajah Sherni. “Sampai hati you, Eden.”
Zaidan telan air liur. Bimbang jika Eleena salah mentafsir tentang hubungan dia dengan Sherni.
Yeah. See you.”
Hampa.
Kenapa ada perasaan hampa dalam hati Eleena? Kenapa dia perlu rasa tidak selamat? Kenapa dia rasa seperti hati dia dihenyak kuat? Kenapa ada rasa sakit dalam hati dia? Eleena, kenapa terlalu mudah membiarkan hati kau berbunga terhadap lelaki yang belum pasti status dirinya?
Sebaik sahaja Sherni berlalu, Eleena mengalihkan pandangan matanya ke luar tingkap. Kelam. Hanya malam sahaja yang menemani pemandangan matanya. Langsung tidak nampak apa-apa.
“Actually Sherni tu.. Erm..”
“Takpe. Bukan penting untuk saya tahu pun, kan?”
Zaidan jelas hampa dengan jawapan yang diberikan oleh Eleena.
“El, awak jangan salah faham. Sherni dengan saya sebenarnya kami..”
Tanpa mahu mendengar penjelasan daripada Zaidan, Eleena pantas mencelah. Memotong percakapan Zaidan. “Eden, saya mengantuk.. Saya nak tidur.”
Lampu bacaan di atas kepala dipadamkan kasar. Entah kenapa dia mahu tunjuk protes kepada lelaki itu.
Eleena kalih tubuhnya membelakangkan Zaidan sedikit. Dia tidak mahu melihat wajah Zaidan. Dia bengang! Tak tahu kenapa dia harus ada perasaan ini.
Jangan tunjuk bodoh sangatlah Eleena! Kau kenal dia baru empat hari! Empat hari kau tu bersamaan dengan tidak sampai 96 jam pun! Jangan nak mengada cakap kau dah rasa macam tertarik nak jatuh cinta dengan dia!
Hati berbisik kuat agar telinga mendengar apa yang dia jeritkan dalam hatinya.
Eleena pantas berjalan ke pintu keluar sebaik sahaja mencapai bagasi miliknya. Dia dengar Zaidan melaung kuat namanya tetapi dia buat pekak sahaja.
“El, kenapa awak ni.” Zaidan berdiri di hadapan Eleena untuk menghalang gadis itu dari bergerak.
“Eden, tepilah saya nak balik. Mama dengan papa saya mungkin dah tunggu dekat luar sana.”
“No, saya takkan ke tepi selagi awak tak cakap dengan saya kenapa awak marah..”
“Hey tolong sikit. Mana ada saya marah pun.. Ada ke nampak muka saya macam marah?”
“Awak boleh tipu saya tipu saya tapi awka tak boleh tipu hati awak Eleena.” Lembut suara Zaidan menerobos gegendang telinga. Suara itu seolah-olah melembutkan hatinya yang sengaja dibekukan.
Eleena!
Ah, sebaris nama yang meluncur laju dari bibir Zaidan pantas membuatkan hati Eleena berdebar laju.
“Apa yang awak merepek ni Eden? Dah, tepi sikit saya nak balik.”
“Awak tak nak beritahu saya mana kedai awak? Mana alamat rumah awak? Macam mana saya nak contact awak?”
Eleena tergelak kecil. Ada hati lagi nak berkawan dengan dia! Sherni tadi entah-entah kekasih Zaidan.. Kantoi dalam kapal terbang sekarang masih mahu menggatal dengan dia? Lelaki semua sama!
“Tak.” Eleena bergerak ke kanan sedikit untuk berjalan keluar.
“El, wait!” Sekali lagi jalan Eleena dihalang oleh Zaidan.
“Apa masalah awak ni Eden?”
“Masalah saya ialah awak! Awak ni kenapa tiba-tiba naik angin dengan saya?”
“Awak ni memang kuat perasan kan? Awak ingat apa yang saya rasa ni semua berkaitan awak ke? Awak ingat awak seorang ke lelaki yang wujud dekat muka bumi ni?”
Kata-kata Eleena bagaikan halilintar memanah kuat ke jantunng Zaidan. Benarkan dia hanya perasan seorang diri?
“Jadi awak memang tak mahu memanjang perkenalan kita lagi?”
Yes!” Jawab Eleena tanpa ragu-ragu. Dia tidak mahu nanti hati dia sakit melihat perhubungan mesra antara Zaidan dan Sherni. Dia tidak mahu nanti dia menjadi tamak sehingga mahu rebutkan Zaidan daripada Sherni.
“Saya tak tahu kenapa awak tiba-tiba berubah sampai macam ni sekali..”
“Saya tak mungkin berubah apa-apa.. Awak aje yang kononnya kenal saya dengan mendalam sangat sedangkan 4 hari di Bali tak cukup untuk awak kenal siapa saya dan tak cukup untuk saya kenal siapa awak sebenarnya.”
Zaidan menggelengkan kepala tanda tidak percaya. Eleena bukan seperti ini semasa mereka berbual mesra sambil minum kopi beberapa jam yang lalu.
“Sebab tu saya nak tahu mana kedai awak.. mana awak kerja sebab saya nak kenal awak dengan lebih mendalam, Eleena! Saya nak kenal awak..”
“Untuk apa?”
I don’t know but I want to know you more..”
“Sorry sebab saya tak mahu kenal awal lebih mendalam lagi.. Saya rasa cukuplah perkenalan di Bali selama empat hari tu.. Semua kebaikan awak semasa di Bali saya ucapkan terima kasih.”
“Tak cukup dengan terima kasih. I want more.”
“Awak nak saya buat apa?”
“Saya nak..”
Laju Eleena menyampuk. “Nak apa Eden?”
“Eleena, saya rasa saya dah..”
“Eden..” Belum sempat Zaidan menghabiskan ayatnya Sherni muncul sambil merangkul mesra tangan lelaki kacak itu. Eleena memalingkan wajahnya ke arah lain. “I miss you..” Tubuh tegap Zaidan dipeluk Sherni.
“Sher, you masih pakai uniform, tak elok orang pandang.” Tegur Zaidan apabila ada beberapa pasang mata memandang ke arah mereka.
Sorry..” Pelukan dirungkaikan oleh Sherni.
“Boleh tunggu I sekejap? I nak cakap dengan kawan I.”
Sherni memandang ke arah Eleena. Tangan dihulurkan kepada Eleena. “Sherni.”
Eleena pura-pura senyum. “Eleena.”
“I tunggu you dekat office ya. Nanti you naik tau..” Sherni berlalu meninggalkan Zaidan dan Eleena.
Eleena menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dihembus keluar dengan perlahan. Drama sebabak yang membuatkan hati dia terasa sakit dan pedih. “Ada apa lagi awak nak cakap?”
“Saya rasa saya sukakan awak.”
Eleena buat-buat ketawa. “Suka? Semua orang sukakan saya, Eden.. Bukan awak seorang aje.”
I think I fall in love with you, Eleena.”
Eleena rasa kasihan dengan Sherni. Baru lepas jumpa dengan kekasih, kekasih sendiri pula mengaku perasaan cinta kepada perempuan lain. “Saya rasa awak salah dengan perasaan awak.”
Eleena berlalu tanpa menunggu balasan seterusnya daripada Zaidan.
Sekali lagi pergerakan Eleena terhenti apabila Zaidan menghalang laluan dia. “Saya tahu awak ada perasaan yang sama terhadap saya, El.”
“Please lah Eden!”
“Tak rugi pun kalau awak jujur dengan perasaan awak.”
“Jangan gangu saya. Awak tak cukup kenal siapa saya dan keluarga saya jadi awak takde hak untuk cakap saya tak jujur dengan perasaan sendiri.” Tingkah Eleena geram.
“Bagi saya peluang untuk kenal awak. Please.”
Eleena menggeleng rakus. Zaidan memang gila! Takkan empat hari dah jatuh cinta? Kuat sangat melayan perasaan sebab tu rasa macam tu!
“Saya tak cintakan awak, Eden. Jadi please jangan ganggu saya!”
“Saya akan cari awak sampai jumpa.”
Ketawa halus kedengaran dari bibir Eleena. “Malaysia ni luas.. Awak rasa awak nak terserempak dengan saya dekat mana? Mid Valley? Alor Setar? Atau mungkin dekat Pantai Chenang?” Ajuk Eleena mempermainkan Zaidan yang Nampak bersungguh-sungguh mahu mencari dia.
“Kalau saya jumpa awak, saya akan lamar awak.”
“Cubalah.”
Eleena pantas menarik bagasi beroda miliknya dan berjalan pantas meninggalkan Zaidan termanggu-manggu sendirian. Kerasnya hati Eleena. Pasti Eleena pernah dilukai dengan hebat sebelum ini.
“Saya akan pastikan awak menjadi milik saya suatu hari nanti, Eleena.”
Zaidan menghantar pemergian Eleena dengan anak matanya sehingga kelibat gadis langsing itu hilang dari pandangan matanya.
“Saya akan cari awak sampai dapat.”  Ikrar Zaidan kepada dirinya sendiri.

3 comments :

  1. bestt (3x)...smbung cpat2 tau ..

    ReplyDelete
  2. Aaaaa, ade orang suka baca!!!
    In love

    ReplyDelete
  3. tak perasan ada update baru. kesian eden..

    ReplyDelete