Bunyi tombol dipulas mengejutkan lenanya. Kacau betul!
Kedua-dua belah mata ditenyeh dengan jari-jemari runcingnya. Sarah duduk di
hujung katil. Pukul berapa ni? Malas-malas mindanya mahu memproses waktu
sekarang. Padahal sepasang mata bundarnya sudah pun menangkap suasana gelap di
luar tingkap biliknya. Tangannya sibuk meraba-raba mencari handphone di bawah bantal tidurnya. Mata
terbeliak. Pukul 8.30 malam? Mak oi, lama benar dia tidur. Nasib baik period. Kalau tak terlepas Asar
dan Maghrib.
"Tahu terbeliak mata kau eh. Tidur macam orang
mati", bebel lagi. Malas betul nak dengar.
"Nasib baik esok takde kerja apa-apa, kalau tak malam
ni jadi burung hantu lagi lah kau Sarah oi.." Okay, fine! Memang dia
pemalas nak buat kerja siang-siang tapi kerja dia tak pernah tak siap.Semua
tugasan yang diberikan pensyarah disiapkan dengan sebaik mungkin walaupun
tugasan-tugasan itu disiapkan last
minute.
Malas melayan bebelan Tina, tangan Sarah pantas mencapai
tuala hijau muda yang tergantung di depan almarinya. Terus berlalu ke bilik air
untuk membersihkan diri. Melekit habis dan rasanya ni. Kalau ada suami, tak
lalu suami nak cium sebab busuk sangat. Sarah tersenyum sendirian.
Hehehe.
Selesai mandi dia terus masuk ke biliknya. Tak sabar nak
menyoal Tina tentang filem yang ditonton bersama Ikram sebentar tadi.
"Macam mana movie kau dengan Ikram tadi?"
"Best gila! Rugi kau tak ikut. Aku terserempak dengan
mama Ikram tadi. Mama dia datang dengan adik bongsu dia, Farhana. Comel sangat
adik dia. His mom treat aku, macam aku pulak girlfriend Ikram. Kalau kau ada mesti best,
Sarah!" Terserempak dengan mama Ikram? Liur yang ditelan terasa
kesat.
"Mama dia sibuk tanya aku bila nak kahwin. Bila nak
pergi rumah dia and paling menarik sekali kau tau tak apa? Mama dia invite aku pergi makan malam dekat rumah
Ikram this weekend! Aduhai,
kalau dapat emak mertua macam ni, memang happy gila aku. Untung kau Sarah oiii.
His mom very nice!' Pujian melambung. Agaknya kalau mama Ikram jumpa dia, macam
mana gayanya ye? Pening kepala dia.
"Then kau cakap apa?" Janganlah kau setuju nak
pergi rumah dia Tina.
"Pasal apa? Dinner ke?"
Sarah mengangguk.
"Of course la aku setuju. Kau kena jumpa mama Am this time. Inilah masa kau nak kenal family dia Sarah", Apaaaaa?! Sarah
menjerit dalam hati. Hantu betul Tina ni. Mampus dia kalau ibu tahu dia pergi
jumpa family Ikram. Sehingga kini pun ibunya belum tahu dia bercinta
bagai ni. Masak. Memang masak!
"Tina.. kenapa kau tak tanya aku dulu?" Sarah
cuba mengawal getaran suaranya. Tina tak salah. Tina tak salah. Kalau ikutkan
hati, mahu aje dia jerit kepada Tina kerana tidak berbincang dengannya dahulu.
"Aku nak pergi mandi. Apa-apa hal kau bincang dengan
Ikram". Tina mencapai tuala dan terus berlalu keluar dari bilik untuk ke
tandas. Melepaskan diri. Kurang asam boi punya kawan.
Sarah menongkat dagu. Jumpa family Ikram? Itu bermakna dia
bersedia untuk ke peringkat yang seterusnya. Dia belum bersedia. Tidak tahukah
Ikram tentang cita-citanya. Bukankah sudah banyak kali dia menceritakan tentang
impian dan angan-angannya kepada lelaki itu? Bencinya!
Biskut chipsmore ditangan dikunyahnya rakus. Marah. Dia
memang marah. Marahkan siapa Sarah pun tidak tahu. Siapa yang harus
dimarahinya. Ikram? Tina atau mama Ikram yang tidak sabar-sabar nak bermenantu
itu. Haiyo. Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak sabar untuk
berjumpa Ikram esok.
*************************

Kelas Puan Halijah tamat awal lima belas minit lebih awal
hari ini. Sarah tidak nampak kelibat Ikram. Puas dia menghantar BBM kepada
Ikram semenjak tadi. Langsung tidak dijawab lelaki itu. Mana pulak Ikram pergi
hari ini? Takkan tak bangun pagi? Mustahil. Lelaki itu memang mudah benar
bangun pagi. Kalau bab ponteng kelas, memang jarang sangat Ikram ponteng kelas.
Dia masak benar perangai Ikram.
Atau mungkin Ikram marahkan dia sebab dia tidak muncul pada
majlis makan malam di kediaman Ikram semalam. Dia ada alasan sendiri. Dia masih
belum bersedia berjumpa dengan keluarga Ikram. Dia perlukan kekuatan. Dia
perlukan semangat dari Ikram. Kenapa Ikram terus senyap tidak menghubunginya
semenjak malam semalam? Risaunya hati.
Teeett! Teeett!
Tangan segera menyeluk beg sandang merah jambunya.
Blackberry hitamnya dikeluarkan. Mungkin Ikram yang membalas mesejnya.
'Kelas Madam Mona petang ni batal. Selamat tidur,
friends!'. Hampa. Mesej dari Suhaili rupanya. Dia boleh tidur petang
ini tapi mana Ikram? Tina juga tidak muncul-muncul semenjak kelas Puan Halijah.
Pelik.
Berada di kelas seorang diri pada hari ini membuatkan dia
hilang arah. Tidak boleh memberikan tumpuan kepada perjalanan kelasnya
sepanjang hari. Tangan Sarah lantas mendail nombor telefon Tina. Ah,
suara perempuan simpanan ni lagi. Bencinya dengar suara kau! Benci, tahu tak?
Berkali-kali dia mendail nombor Tina, tetapi tidak sekalipun berjawab. Tina
asyik offkan phonenya.
Kaki dihayun perlahan ke asrama. Longlai. Lemah. Selemah
hatinya pada hari ini. Adakah sesuatu berlaku kepada Ikram dan Tina. Ya Allah,
jauhkan mereka dari malapetaka ya Allah. Sesungguhnya aku menyayangi kedua-dua
mereka. Sarah resah. Hatinya tidak tenang. Rasa macam nak menangis pun ada,
Sepanjang berkawan dengan Tina, tidak pernah Tina menutup telefonnya. Where are you Tina?
Sarah mengerling jam tangannya. Pukul 6.40 petang. Kali
terakhir dia makan bersama Tina pagi tadi pukul 9.20 pagi selepas kelas Madam
Hoo, itupun tanpa Ikram. Masa kelas Puan Halijah, Tina lesap sampai sekarang.
Sarah tidak putus-putus berdoa agar kawan baiknya itu sentiasa selamat.
Perpuluh-puluh mesej dihantar, tidak satu pun dibalas Tina, mahupun
Ikram.
Bunyi pintu bilik dikuak mengejutkan lenanya.
"Where have you been, Tina?" Jam di
handphone dikerlingnya. 11.20 malam.
" Aku keluar dengan kawan aku. Sorry tak bagitau
kau", ujar Tina tidak memandang muka Sarah. Tidak sedikit pun. Tuala biru
dihujung katil dicapai. Raga barang-barang mandi juga dicapainya. Rimas. Tina
mahu mandi. Malas nak bersoal jawab dengan polis di biliknya.
Sarah termanggu sendirian. Pelik. Banyak perkara pelik yang
berlaku dalam hidupnya hari ini.
'The number you have been dial
is currently not available. Please try again later' .
Ya Allah ya Tuhanku, mana Ikram ni? Sepanjang hari dia
hubungi tidak berjawab. Sesuatu berlaku kepada Ikram? Kalau ya, takkan
rakan-rakan lain tidak tahu? Susahnya hati dia.
Sarah kembali berbaring di katilnya. Matanya cuba
dipejamkan rapat. Tina yang telah selesai mandi tidak menunjukkan ciri-ciri
mahu bersembang dengannya. Sebaik sahaja selesai mandi, Tina terus menyimpan
barang-barangnya dan menutup lampu. Penat sangat agaknya. Sarah cuba memujuk
hati sendiri. Tidak mungkin Tina keluar dengan Ikram. Tina memang ramai kawan
dan tidak pelik dia keluar dengan kawannya. Cuma yang peliknya ialah Tina tidak
menjawab panggilannya. Tidak perasan agaknya. Sekali lagi mata cuba dipejam rapat.
Dia mahu tidur. Mahu tidur dengan nyenyak.
Tubuhnya dikalih ke kanan.Sekejap-sekejap dikalih pula ke
kiri. Degil betul mata dia malam ini. Kalau tidak, letak aje kepala atas
bantal, peluk cium sedikit teddy
bearnya dah terlelap sampai ke England. Mata cuba dipejam lagi. Akhirnya
Sarah terlena sendiri.
No comments :
Post a Comment