Tuesday, 28 May 2013

Bab 4 Cinta Tak Akan Berakhir


Azara melangkah dengan semangat berkobar-kobar untuk memulakan kerjanya pada hari pertama. Kalau tak silap dia syarikat lama dia bekerja sudah ada bos baru. Muda dan kacak. Oranglah cakap-cakap. Tadi sewaktu dia berselisih dengan Huda semasa menunggu lif pun Huda dengan semangatnya ada pesan jangan jatuh cinta dengan bos.

Eh? Bukan Encik Latif ke bos di syarikat ini? Kenapa pula jangan jatuh cinta dengan bos? Siapa pula bos dia sekarang ini?

“Assalamualaikum. Morning Azam.” Azara menyapa Azam yang sedang menunduk mencari sesuatu di bawah mejanya.

“Waalaikummusalam! Oh my God! Zara.. bila you balik?” Mulut Azam terbuka sedikit. Terkejut sangat melihat sesusuk tubuh Azara berdiri betul-betul dihadapan mejanya ketika ini. Azam berdiri tegak di hadapan Azara. “Wah, semakin cantik you sekarang ya?”

Azara tayang sengih. Segan pula dipuji oleh Azam. Dulu ada juga kawan-kawan pejabat yang sering menggosip dia dengan Azam tapi ketika itu dia sedang bercinta dengan Zakri.

Last two weeks. Tak sangka I akan dapat kerja di sini lagi. I ingatkan Encik Latif tak perlukan staff macam I.” Azara berbisik perlahan sambil tergelak kecil.


Iyelah dulu semasa dia menjalani internship di sini selalu aje nama dia naik dalam mesyuarat sebab kononnya dia pekerja cemerlang dan berdedikasi jadi syarikat akan terus serap dia masuk sebagai salah seorang pekerja tetap tapi bila tawaran datang dia tiba-tiba sahaja menghilang ke Amerika Syarikat. Sangkanya Encik Latif marahkan dia tapi dua bulan sebelum dia balik ke Malaysia dia saja-saja mencuba nasib memohon kerja di syarikat Encik Latif tak sangka pula memang rezeki dia bekerja di syarikat besar ini.

“Syarikat perlukan pekerja yang berdedikasi dan cantik macam you untuk tackle client.” Azam tergelak kecil. Memuji dalam menyindir ke Azam ni?

“Puji ke sindir I ni?”

“Pujian melambung tinggi ya Cik Azara.” Azara dan Azam sama-sama tergelak kecil.

“Zam, talk to you later ya, I nak lapor diri dulu.” Azam mengangguk dan sempat berpesan kepada Azara.
“Be careful, bos tu handsome sangat I takut kalau you terpikat nanti..”

Azara tergelak kecil sebelum mengacah mahu menampar bahu Azam dengan beg tangannya. “Nonsense!”

“Kalau dia bebel dengan you, you buat pekak aje. Bos tu nampak aje macam tu tapi hati dia baik tau.” Azara membesarkan sedikit saiz bukaan matanya. Tak faham.

“Maksud you?”

“Ala Zara, biasalah orang macam kita ni kuli. Kalau kena maki hamun sikit tu tahan ajelah. Big bos kalau mengamuk boleh tahan tau.. Dah la, you pergi masuk dulu nanti kita cerita lagi pasal company ni okay. Banyak masa lagi I nak habiskan dengan you lepas ni.” Azam tergelak kecil.

Alright.” Azara berlalu dari meja Azam.



Adib Razlan bin Latif.

Azara membaca nama yang tergantung di pintu berulang kali. Kenapa dia perlu memlaporkan diri kepada Adib Razlan bukannya kepada EncikLatif sendiri? Azara menggaru dahi yang tidak gatal. Anak Encik Latif ke Adib Razlan ni? Ah, gasaklah siapa pun dia!

Nafas ditarik dalam-dalam. Harap-harap baik macam Encik Latif juga. Dengan lafaz bismillah, Azara mengetuk pintu bilik CEO Surian Indah.

“Masuk!”

Mendengar perkataan masuk dilaung kuat dari dalam, Azara memulas tombol pintu. “Assalamualaikum.”

“Hmm.”

Hmm?! Azara rasa tidak percaya dengan sikap lelaki di depannya. Orang bagi salam wajib jawab tau tak! Jawab dalam hati kot.

Azara berdiri di belakang kerusi hitam yang berada di depan Razlan. “Saya Azara Fatiha binti Idris.”

“Duduk.”

Lambat-lambat Azara menarik kerusi hitam di hadapannya. Rasa berdebar pula mahu berdepan dengan lelaki yang bernama Adib Razlan ni. Muka kacak tapi sikap macam sombong aje. Janganlah dia menyusahkan aku bila kerja nanti.

“Dengarnya baru balik dari Amerika Syarikat. Buat apa dekat sana?”

Azara masih tegak memandang Razlan tanpa kelip. Soal dia ke soal dokumen depan mata tu? Kalau bercakap dengan dia kenapa tak pandang muka dia?

Melihat tiada balasan daripada Azara, Razlan panggung kepala. “Tak dengar ke soalan I?”

“Oh, sorry. Saya ingat Tuan cakap dengan dokumen tu tadi sebab Tuan tak pandang muka saya.” Automatik bola mata Razlan menikam wajah Azara.

Amboi, bahasa cantiknya! Dah la datang minta kerja di syarikat papa dia boleh pula dia tegur cara Razlan? “Penting ke I nak pandang muka you?”

Fine. Melihatkan gaya bercakap tu macam sombong gila-gila! Malasnya nak layan orang perangai pelik dan sombong macam ni. Tak suka. Apa masalahnya kalau bersikap baik dengan orang lain? Apa, dia ingat dia tu bos boleh pijak kepala anak buah sesuka hati dia aje?

Takkan tak tahu Allah swt marah dengan orang yang bersikap sombong dan angkuh sesama manusia!

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)

Azara masih terdiam seribu bahasa. Apa kes bos dia ni? Takkan baru hari pertama dia datang kerja dah tunjuk sikap baran tak kena gaya kot? Apa salah dia?

I tak bercakap dengan pasu atau frame gambar depan mata I ni, I cakap dengan you.”

Pergh! Samakan dia dengan bingkai gambar? Ingat dia kayu sangat ke? “Saya sambung belajar di sana.”
“Tinggal di mana dulu?”

Azara kerut kening. Takkan tu pun nak kena cerita. Dia datang lapor diri bukan datang untuk interview! Salah bilik ke apa dia ni?

I nak kena ulang soalan dua kali ke dengan you ni, Azara Fatiha?”

Ish, apa perangai bos dia ni! Sombong semacam aje..

Hello?”



Mendengar ketukan pen yang agak kuat di atas meja Azara sedikit tersentak. “Sorry. A…Ah, saya tinggal di Ohio. Belajar di sana.” Razlan mengangguk beberapa kali.

“Seronok duduk sana?”

“Bolehlah.. Seronok juga.” Azara tersengih kelat. Orang dah tanya, layankan ajelah. Mungkin bos dia nak ke sana suatu hari nanti agaknya.

I belajar di Washington dulu. Five years. You duduk sana berapa lama?”

Oh, dah pernah ke sana rupanya. Patutnya tanya! “Tiga tahun aje dekat sana. Sambung master. Habis master balik lah..”

“Bukan dua tahun aje buat master? Lagi setahun tu you buat apa dekat sana?”

“Kerja sambil berjalan..”

“Oh, boleh pula ya tinggal keluarga dan berjalan di sana sampai setahun? Apa perangai orang muda zaman sekarang ni.. Lupa daratan. Baru ke luar negara sikit terus nak kerja di sana. Malaysia ni perlukan orang yang hebat macam kita untuk maju. Kalau semua nak tinggal di luar negara siapa nak majukan Malaysia?” 

Azara membeliakkan matanya. Rasa macam nak aje tanya who are you to judge me? Macamlah mereka pernah berjumpa atau berkenalan sebelum ini. Hish!

Suka hati aje cakap dia lupa daratan! Kalau dia lupa dia takkan balik langsung ke Malaysia. Terus menetap di Ohio sampai reput dekat sana. Dia balik semula sebab dia tak lupakan daratanlah. Ei, bengong punya bos!

Baru sahaja Azara mahu membuka mulut menyembur kata-kata bos dia sebentar tadi, Razlan terlebih dahulu bersuara menghalau dia keluar.

“Okaylah, kalau macam tu you boleh keluar. Nanti Haleda akan tunjukkan bilik you.” Tanpa menunggu lebih lama Azara segera menolak kerusi ke belakang. Nak keluar cepat-cepat takut nanti lagi banyak kena soal dengan bos dia yang kerek ni. Dah la tanya orang soalan tapi gaya menyoal tu angkuhnya mak aihhh!

Lepas tu siap boleh pesan jangan lupa daratan dan ingat di mana tumpahnya darahku. Apa ni? Darahku tumpah di New Zealand, takkan dia nak kena balik kerja di New Zealand kot? Oh, pening dengan sikap bos baru!

“Terima kasih, Tuan.”



Jus belimbing di depan mata disedut rakus. Alhamdulillah, kenyang makan hari ni! Seronok dapat jumpa semula dengan kawan-kawan lama di pejabat. Tiga tahun kot dia langsung tak berjumpa dengan mereka.

Semasa menjalani intership dulu pun memang dia agak rapat dengan staff dia syarikat itu. mungkin sebab sikap dia yang ringan mulut dan rajin berbual jadi ramai yang mengenali dia di syarikat itu.

“Boleh akak tanya Zara sikit?” pandangan mata Azara serentak berlaga dengan anak mata Haleda.

“Apa kak? Tanyalah banyak pun boleh. Zara ada banyak masa untuk jawab semua soalan akak tu.”  Azara tergelak kecil.

“Kenapa Zara tiba-tiba ke luar negara? Senyap-senyap aje Zara hilang..”

“La, Zara ingatkan akak nak tanya Zara ada teman lelaki ke belum..” Azara cuba berseloroh dengan Haleda. Haleda orang yang paling rapat dengan dia selepas Hanis dan Puan Nona. Banyak juga kisah hidup dia yang Haleda tahu.

“Yang tu akak tahu dah jawapannya apa.. Akak nak tanya soalan yang akak belum tahu jawapannya, Zara.” Riak wajah Haleda agak serius. Tidak bermain-main dengan Azara.

“Masalah keluarga.”

Nafas dihembus berat. “Zara, apa lagi yang Zara kena berkorban kali ni dengan kakak Zara? Memang akak tak kenal siapa kakak Zara tapi akak nak Zara tahu yang Zara kena belajar pertahankan hak Zara. Sampai bila Zara asyik nak mengalah”

Jus belimbing di dalam gelas di kacau dengan menggunakan penyedut minuman. Memang dia akan mempertahankan diri dia kali ini tapi bukan semudah itu. Abah pasti akan memukul dia jika dia berebut dengan Izreen.

“Dah tak ada apa-apa lagi yang Zara perlu pertahankan. Zara takde rebutkan apa-apa pun dengan kakak Zara.”

Haleda menyedut jus epal dalam gelasnya. “Sekarang memang belum. Lepas ni bila dia nampak Zara ada sesuatu yang lebih daripada dia, dia akan rampas apa yang Zara ada. Orang macam tu tak pernah puas dengan apa yang dia miliki Zara. Dia sentiasa rasa Zara adalah musuh dan dia perlu tumpaskan Zara.”

“Kak, Zara dah malas nak fikir pasal semua tu. Kalau dia nak ambil apa yang Zara ada, ambillah. Sejak dulu lagi pun semua lelaki yang Zara suka semua dia akan ambil. Semua kawan-kawan Zara akan tinggalkan Zara sebab dia.. Dah la kak, malas Zara nak fikir lagi dah.”

“Ish, akak pun pening dengan sikap kakak Zara tu. Sejak dulu lagi sampai sekarang tak pernah berubah! Apa cerita dia sekarang ni? Belum nak kahwin lagi ke?” Haleda angkat kening kepada Azara.

“Entahlah kak. Mak kata kakak baru putus tunang. Bertunang dengan siapa pun Zara tak tahu, tapi kata mak sebab putus tunang ialah kakak nak balik kepada bekas kekasih dia.”

“Siapa?”

“Zakri lah siapa lagi.”

Haleda mendengus geram. “Bekas kekasih Zara yang curang tu?”

Azara mengangguk. Zakri memang lelaki tak guna! Memanglah Zakri tu kawan kakak dia, sama kelas tapi mereka berdua hanya kawan sahaja. bila Zakri meyakinkan dia bahawa Zakri tidak pernah menyayangi Izreen lebih daripada seorang kawan barulah mereka berdua bercinta.

Mereka berdua bercinta sejak zaman sekolah lagi, tak sangka selepas tujuh tahun bercinta alih-alih Zakri curang dengan Izreen. Masa itulah dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia selama tiga tahun.
“Zara dah jumpa dengan Zakri semula?”

Sekali lagi Zara menggeleng. Buat apa nak jumpa dengan lelaki tu? Dia tidak ada apa-apa untuk dibincangkan dengan Zakri. Over is over!

“Mungkin Zara boleh bagi peluang kepada Zakri untuk menjelaskan keadaan sebenar?”


Azara tergelak kecil. “Nak jelaskan apa lagi kak memang terang-terangan kakak Zara dengan Zakri tu bercinta semasa kami masih bersama. Zara tak perlukan lelaki macam tu dalam hidup Zara. Itu baru bercinta kak, kalau dah kahwin dia nak menduakan Zara macam tu jugak? Oh, tolonglah.”

“Zara masih marahkan mereka berdua?”

Kepala digeleng lemah. “Tak guna simpan perasaan dendam dan marah kak. Kalau Zara marah, Zara akan susah untuk lupakan hal ini. jadi Zara pujuk hati Zara untuk bersabar dan memaafkan.. Lama-kelamaan Zara dah mula lupakan hal ini.” sumpah dia memang sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Zakri lagi.

Datanglah Zakri memujuk dan melutut di depan dia sekalipun dia tidak akan mengalah dengan lelaki macam itu. Tidak mungkin!

Tapi tak sangka kuat juga jodoh kakak dia dengan Zakri. Walaupun sudah bertunang dengan orang lain yang menurut emak lebih bagus dan kaya daripada Zakri, Izreen tetap juga kembali kepada Zakri akhirnya. Ah.. cinta itukan buta.

“Takpe Zara, akak ada calon yang sesuai untuk Zara.”

Gelas kaca yang masih berbaki sedikit jus belimbing ditolak ke tengah meja. “Malaslah kak.. Tak nak bercinta dengan sesiapa pun. Kalau boleh tak nak kahwin pun.”

Haleda menampar lengan Azara sedikit kuat. “Sakitlah kak!”

“Haaa, tahu pun sakit. kahwin tu kan sunnah Nabi..”

“Aaa.. ye lah ye lah. Nantilah Zara fikirkan dulu pasal nak bercinta bagai ni. Malaslah, takde mood nak bercinta. Dah lupa dah perasaan nak mencintai orang tu kak.” Azara sengih kelat. Tujug tahun dia sayangkan Zakri tiba-tiba sahaja Zakri hilang dari hidupnya.

Tiga tahun dia membuang perasaan cinta dan sayang jauh daripada hati dia. Menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan dia lupa bagaimana perasaan bercinta. Lupa macam mana nak bercinta.

“Habis tu Zara tak nak dengarlah dulu cadangan siapa calon yang sesuai untuk Zara? Mungkin Zara boleh pertimbangkan dulu?”

Azara menggeleng,. “Nantilah kak. This is my first day kerja, Zara nak tumpukan perhatian pada kerja dulu sebelum Zara sibuk dengan hal-hal lain.”

“Ikut suka Zara lah.. Kalau tak nak sudah. Nanti dah melepas Zara yang terlopong.”

Azara buat-buat tidak mendengar cakap Haleda. Malas nak layan sangat sebab dulu pun Haleda asyik nak kenenkan dia dengan Azam. Azam pun mungkin dah ada seseorang yang istimewa sekarang ini. Tiga tahun kot, takkanlah Azam masih nak tunggu dia yang entah hidup atau mati sebelum ini.


6 comments :

  1. tak cukup ... nak lagi
    hehehehhehe

    -yoozara-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama kan Sri hilang. Hahaha, sorry sibuk banget!!!! Dah up entry baru. Baca... baca! :p

      Delete
  2. ishh..ishh..apa la si kakak zara...izreen ni...putus tunang dgn lelaki handsome sbb jeles dgn adik...pastu leh plak rampas bf adik...zara kena pertahankan hak dia..jgn bg kakak tu pijak2 lg kepala zara...si ayah pun sama jgk..tiba2 benci dgn ayah zara..terlebih manja si kakak wpun dh terang-terangan kakak tu yg wat salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zara dah balik dengan semangat baru sekarang ni. Hehehe, bab rampas merampas ni Zara tak nak mengalah dah. :)

      Thanks Kak Nira sebab sudi komen. Pasal si ayah tu sebagai satu watak untuk menyerikan cerita Sri ni. Hiks.

      Delete