Saturday, 14 June 2014

Bab 17 Cinta, Jangan Sakiti Aku

Alissa menguis pasir dengan kakinya. Life jacket sudah pun tersarung di tubuh. Bersedia untuk berkayak sekejap lagi.
Mata memandang sekeliling. Mana yang lain? Kata pukul 8.30 pagi takkan dia aje yang turun paling awal kot?
Adelia awal-awal lagi dah jerit suruh dia pergi dahulu kerana dia mahu mandi. Itulah lepas Subuh tadi tidur semula, sudahnya bangun lambat.
Alissa pula memang sengaja tidak mahu tidur selepas Subuh pagi tadi kerana mahu menghirup udara segar di pantai. Bukan senang dia mahu ke sini dan bukan senang dia mahu menghirup udara segar seperti di Port Dickson.
Kalau dia Kuala Lumpur jangan haraplah nak dapat udara yang segar seperti ini. Mana nak cari.. Kebanyakan tempat memang dipenuhi dengan pencemaran. Tidak banyak, sedikit udaranya tercemar.
Biasalah, kalau sudah namanya Bandaraya Kuala Lumpur pastilah banyak kenderaan dan penduduk di sana. Pastilah pelbagai ragam dan kerenah.
Alissa menyepak air laut yang menyapa jari jemarinya. Bibir tersenyum sendiri. Sepak air laut? Macam takde kerja sangat aje.
Kata orang sepak air laut boleh melepaskan apa yang terbuku di dada dengan syarat menyepak air itu dengan sekuat hati.
Sekali lagi Alissa menyepak air laut. Kali ini lebih kuat berbanding kali pertama tadi. Once again. Bibir tersenyum meleret. Rasa kelakar pula dengan perangai dia. Macam budak kecil pula.
“Senyum apa sorang-sorang ni?”
Alissa terlompat sedikit. Terkejut dengan sapaan manusia dari belakangnya.
Zafril.
Ei, pagi-pagi dah nampak muka lelaki ini.
“Awalnya pakai life jacket. Tak sabar nak berkayak dengan I, ya?”
Hello. Jangan nak perasan sangat ya. Dia awal-awal ambil life jacket sebab takut habis! Yang lain tu semua turun lambat nanti takde life jacket baru padan muka.
“Saya takut jacket habis..”
Tawa halus Zafril menyapa gegendang telinga Alissa. Zafril ketawakan dia?
“Kita bukannya nak pergi jauh pun Lisa.. Dekat-dekat sini aje..”
“Untuk keselamatan, tak salah kan?” Sengaja nak matikan tawa Zafril.
“Yeah.. Tak salah pun tapi takkanlah you tak tahu berenang?”
“Tahu!” Laju sahaja Alissa menjawab.

“Baguslah kalau tahu. Jom ke sana. Roslan dah tunggu dengan pekerja lain dekat sana.. You sorang aje dekat sini.”
Alissa memandang ke arah tempat yang ditunjukkan Zafril. Lah, rupanya ada yang dah turun.. Ingatkan dia paling awal. Itulah Roslan tak cakap nak berkumpul di mana semalam. Hanya sebut berkumpul di pantai sahaja. Pantai kan panjang dan luas, memanglah dia tak tahu mana nak tuju.
Nasib baik jugalah dia berada berdekatan sini dan Zafril memanggil dia, kalau tak memang sampai matahari atas kepala pun dia masih tercongok di sini.
Alissa mendengar taklimat mengenai kayak yang diberikan oleh Encik Tony Leong. Ada beberapa peraturan kayak yang perlu dipatuhi oleh semua peserta yang menyertai acara berkayak. Taklimat memang diberikan kepada semua yang akan menyertai sukan kayak kerana sukan ini bukan mudah seperti yang disangkakan.
Ada juga beberapa orang peserta yang nampak terlopong dan gentar apabila Encik Tony Leong menyebut tentang kayak terbalik da nada kemungkinan lemas kerana tidak dapat naik semula ke atas kayak.
Alissa terasa badannya seram sejuk!
Biar betul? Takkanlah sampai boleh lemas kot?
“Baiklah, kami ada menyediakan life jacket tetapi life jacket ini tidak mencukupi kerana ada satu kumpulan lain yang telah turun lebih awal pagi tadi. Jadi saya mewakili resort ini memohon maaf kepada anda semua..”
“Habis macam mana dengan yang takde jaket keselamatan ni?” Soal Zafril.
“Kami tak boleh berbuat apa-apa..”
“Kalau kami nak teruskan juga aktiviti kami pada pagi ini tanpa jaket keselamatan?”
Tony Leong terdiam seketika. “Maaf Encik Zafril, kami tidak boleh membenarkan..”
Belum sempat Tony Leong menghabiskan kata-katanya, Zafril menyampuk lagi. “Saya akan menanggung risikonya. Hanya lima orang sahaja yang tidak mempunyai jaket keselamatan..”
“Tapi..”
Sekali lagi Zafril mencelah. Memotong kata-kata Tony Leong. “Semuanya atas saya. Kami membayar kepada pihak resort bukan?”
Akhirnya Tony Leong kehilangan kata-kata. Alissa menyumpah seranah dalam hatinya. Zafril memang sengaja!
Dah takde jaket keselamatan batalkan sahaja aktiviti pada hari ini.. Bukannya susah pun. Nak juga dia berdebat dengan Tony Leong tu. Kesian mamat Cina tadi. Langsung tidak berpeluang untuk bercakap. Nak mempertahankan diri pun tak sempat.
Hesh.
Zafril ni tak perlu masuk ke dalam bidang fesyen sebaliknya boleh bekerja dalam bidang guaman. Bab melawan dan mematahkan hujah orang lain memang nombor satu!
“Okay, sekarang kita akan bergerak untuk mengambil kayak dan baju jaket keselamatan masing-masing kecuali Alissa yang nampaknya awal-awal lagi dah chop jaket keselamatan dia.”
Lawak selamba Zafril disambut dengan tawa besar oleh pekerja-pekerja lain.
Suka sangat ye!
Alissa bergerak ke arah pantai. Membiarkan rakan yang lain berlumba-lumba untuk mendapatkan jaket keselamatan. Pasti masing-masing berasa gerun selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Tony Leong sebentar tadi. Jangan buat main-main dengan laut okay!
Jangan disangka kalau tenang tu takde buaya.
Eh bukan. Jangan disangka tenang tidak berbahaya.
Mungkin ombak besar boleh melanda pada bila-bila masa sahaja. Siapa tahu?
“Cik Lisa!”
Alissa menoleh apabila dia terdengar seseorang menyeru kuat namanya dari arah belakang.
Kening dijungkit naik. Kenapa Adelia berlari ke arah dia.
“Kenapa Delia?”
Nafas disedut laju-laju. Tercungap-cungap Adelia. “Penatnya..”
“Ada apa?”
Mata Alissa memerhati ke arah Helmi dan Zafril yang berjalan ke arah dia dan Adelia.
“Cik Lisa, boleh tak kalau saya nak pakai life jacket ni sebab saya ni tak pandai berenang Cik Lisa.. Lagipun kita kan satu kumpulan..”
Adelia memegang life jacket berwarna oren yang dipakai oleh Alissa. Serba salah Alissa dibuatnya.
“Eh, kenapa pula Delia?”
“Saya tak tahu berenang.. Life jacket dah habis..” Nafas Adelia masih berlari tempo. Masih penat kerana berlari pantas sebentar tadi.
Kalau Adelia kata dia tidak tahu berenang, bagaimana pula dengan Alissa? Takkan dia tidak memerlukan life jacket?
“Delia, yang ni saya dah chop awal-awal pagi tadi lagi…” Dia memang berat hati nak berikan jaket keselamatan yang dia pakai kepada Adelia.
“Lisa, you kan berani.. You tak perlukan life jacket pun. Tengok, Mimie pun tak pakai life jacket. Bukannya kita nak pergi jauh sangat.. dekat sini juga.” Zafril cuba memujuk. Dia kasihankan Adelia. Sekurang-kurangnya Alissa kata dia tahu berenang.
Mata melirik ke arah Mimie dan Roslan. Selamba sahaja Mimie tidak memakai jaket keselamatan. “Siapa lagi yang tak pakai?”
I, Mukhriz, Mimie, Muiz dan Adelia..” Balas Zafril.
“Cik Lisa, please..” Adelia merengek lagi sambil menarik jaket keselamatan yang tersarung di tubuh Alissa.
Alissa terdiam.
Wajah Zafril yang cuba meyakinkan dia dipandang.
Macam mana kalau kayak mereka terbalik? Adakah dia akan berjaya naik ke atas kayak semula atau dia akan tenggelam dalam ombak laut?
Mata memerhatikan ombak yang tenang.
Laut tidak bergelora kencang. Biasa-biasa sahaja.
Angin juga sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi mulutnya.
Ah, kedamaian lautan ini tidak mampu untuk menghilangkan rasa debaran yang maha hebat dalam hatinya. Macam-macam perkara ada dalam kepala otak dia!
Tanpa life jacket dia mungkin tenggelam. Kalau kayak dia dan Zafril terbalik sekurang-kurangnya jaket keselamatan ini akan menyelamatkan dia daripada lemas atau tenggelam. Dia akan timbul di permukaan air.
Ah, tidak juga. Sebenarnya kalau dia panic semasa berada di dalam air dia tetap akan tenggelam walaupun dia memakai jaket keselamatan. Itu kata Tony Leong sebentar tadi.
Bibir bawah digigit lembut. Dia lebih yakinkan jaket keselamatan untuk selamatkan dia berbanding kekuasaan Allah swt?
Allahuakbar!
Alissa betul-betul berada dalam dilema ketika ini. Pentingkan diri sendiri dahulu atau dia perlu kasihankan Adelia?
“Kalau kita tak perlu berkayak, tak boleh ke?”
“Lisa, kan kita dah bincang pasal ni sebelum datang ke sini. Ini Antara aktiviti yang sudah dirancang oleh Roslan dan pekerja yang lain. You boleh kan beri kerjasama?”
“Bukan saya tak nak beri kerjasama Encik Zafril, tapi kalau tak pakai jaket keselamatan ni kan bahaya. Kalau apa-apa berlaku pada saya macam mana?” Ada riak gusar dalam nada suara Alissa.
Dia akan buat umi, abah dan Husna risaukan dia kalau sesuatu berlaku kepada dia. Iyelah bukan kita tahu apa nak jadi pada masa akan datang. Langkah keselamatan perlu diambil. Lagipun dia memang tak sukakan permainan air!
“You will be okay without life jacket. If I have one, I will give it to you but I also don’t have any life jacket..”
Wajah Adelia yang sudah menangis dipandang lembut.
Please Cik Lisa. Bagi saya ye?”
Dia kesiankan Adelia yang dah menangis mohon simpati dia tapi dia perlukan life jacket juga.
“Cik Adelia ni penakut dengan air Cik Lisa. Boleh ya kalau Cik Lisa mengalah demi adik manis dalam kumpulan kita ni?” Helmi pula bersuara. Menambah rasa salah untuk terbit dari celah-celah hati Alissa.
Helmi hanya diam sedari tadi. Mungkin lelaki itu berasa kasihan kepada Adelia agaknya. Habis takkan tiada sesiapa yang kasihankan dia? Dia turun awal pagi untuk mengambil jaket keselamatan.. Kenapa yang lain tidak boleh berkorban untuk turun awal pagi seperti dia?
Sekarang dia pula yang perlu korbankan jaket keselamatan miliknya untuk orang lain?
“Boleh ya Cik Lisa? Kali ini sahaja..” Helmi cuba memujuk lagi.
Okay..”
Hanya sepatah sahaja Alissa boleh membalas. Padahal tadi berjuta-juta patah perkataan Adelia merayu pada dia.
Adelia melompat gembira.
“Thank you! You are my super hero today Cik Lisa.” Tubuh langsing Alissa dipeluk erat. Gembira dengan keputusan Alissa untuk mengalah.
Alissa memaksa bibir kerasnya mengukir senyuman. Dia seperti lupa bagaimana mahu tersenyum. Debaran di dadanya melantun kuat. Dup dap dup dap!

You will be okay. I will take care of you. Trust me!” Zafril berkata perlahan. Dia yakin Adelia dan Helmi tidak mendengar kata-kata Zafril. Namun kata-kata itu tidak meresap ke dalam hatinya. Berlalu bersama angin pagi.

14 comments :

  1. Best, nak lagi. Tak kan Alissa lemas dan Zafril jadi savior. Tak sabar nak tunggu Zafril confess. Best la, Sri. Good job.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaah. Siap boleh teka lagi ye. Kehkehkeh.
      Baca lagi next jadi macam mana ye. Heee. sukanya! ;p

      Delete
  2. Replies
    1. Muahx!
      Thank you sebab tak pernah jemu komen. :p

      Delete
  3. Huh... Ape rncgn zaf ni... Mcm nk pikat alusa pon ade... Jgnla die mainkn alisa mcm dlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaaaaa, kena baca sampai habis. Haaha!

      Delete
  4. Sri... Aarrgghh.. Sikitnya.. Huhuhu... Suka bg saspen... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA!!! Ala kena saspen la baru baca lagi. Haha.

      Delete
  5. I bet nanti kayak diorang akan terbalik..dan Lisa akan lemas.. then nanti zafril akan marahkan lisa sbb tipu cakap tahu berenang.. ngeee.. betul tak cik penulis? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ixora Riana!
      Alamak, betul ke tak ye?
      Ha, kena baca seterusnya. Kihkih.

      Delete
  6. bestnya..x sabar nak baca next entry..

    ReplyDelete