Tuesday, 23 July 2013

Bab 13 Cinta Tak Akan Berakhir


Azara berdiri tiga langkah di belakang kerusi berwarna hitam yang selalu dia duduk ketika berjumpa dengan Razlan. Hari ini Razlan tidak menjemput dia untuk duduk jadi Azara berdiri sambil memandang Razlan yang tekun menyemak dokumen di atas meja.

“Bila you siapkan laporan ni?”

“Sebelum keluar makan tadi, Tuan.”


“Kalut sangat nak keluar makan dengan mama I sampai tak baca laporan elok-elok?” Wajah serius Razlan menikam wajah Azara menyebabkan Azara kecut perut.

“Saya dah baca sebelum saya keluar tadi Tuan, memang takde kesalahan langsung.” Dia yakin dengan laporan yang sudah dia hantar di meja Razlan. Tiga kali dia baca laporan itu memang langsung tiada kesalahan ejaan atau apa-apa kesalahan lain.

Sure?”

Lambat-lambat Azara mengangguk.

“Pasti ke tak? Kalau pasti kenapa lambat aje anggukan you tu?”

“Pasti Tuan.”

Spontan dokumen di tangan Razlan melayang ke udara. “Ambil balik fail tu, you baca semula sebelum balik hantar pada I.”

Azara memandang fail berwarna kuning yang sudah melayang ke hujung kakinya sambil menggigit bibir. “Tunggu apa lagi, berambus!”

Tubuh Azara terhinjut sedikit mendengar jerkahan Razlan. Tubuh langsingnya dibongkok sedikit mengutip fail di hujung kaki.

Kaki yang baru sahaja mahu melangkah keluar dari bilik Razlan terhenti semula.

One more, jangan suka-suka hati you nak keluar dengan my parents. Ingat sikit kedudukan you dalam syarikat ni. Jangan fikir you boleh dapatkan I lepas beli hati parents I.” Azara tergamam. Sumpah dia tak faham apa maksud Razlan. Bila masa dia buat macam tu? Bila masa dia beli hati Encik Latif dan Puan Sofiah?

“Apa yang saya buat?”

Get out.”

Bibir yang bergerak-gerak mahu meluahkan ketidakpuashatiannya terbantut apabila sekali lagi dia dijerkah Razlan. “I said get out!”

Tanpa menunggu lebih lama, Azara terus berlari keluar meninggalkan bilik Razlan. Kaki melangkah laju menuju ke biliknya.

Azara menangis sepuas-puas hatinya di meja sendiri. Sampai hati Razlan! Apa salah dia sampai Razlan perlu bertempik macam ni? Apa yang dia buat?



Jam yang tergantung di dinding dipandang. Pukul 5.50 petang. Laporan dia masih belum siap lagi. Masih banyak yang perlu dia baiki.

Ya Allah, mudahkanlah urusanku..

Pintu bilik diketuk dari luar. “Masuk!”

“Zara, Encik Razlan minta laporan tadi. Dah siap ke belum?” Azara menggeleng ke arah Haleda.

“Belum lagi kak, banyak lagi yang Zara kena betulkan. Laptop Zara tiba-tiba aje rosak, takde softcopy.. Semua Zara kena taip semula guna komputer pejabat.” Haleda memandang mata Azara yang bengkak.
“Zara menangis ke?”

“Mana ada..” Azara menyembunyikan riak terkejut dengan soalan Haleda. Segan pula kalau Haleda tahu dia menangis kerana sedih dengan sikap Razlan.

“Zara jangan tipu akak..”

“Kak, Zara banyak kerja sekarang ni. Can we chat later?”

Haleda angguk mengalah. “Laporan tu macam mana?”

“Kejap lagi Zara cakap dengan Tuan Razlan yang Zara serahkan esok.”

Haleda tayang riak terkejut. “Tak boleh Zara.. nanti Encik Razlan marah akak.”

Azara berdiri tegak di hadapan Haleda. “Zara jumpa dia sekarang. Kalau dia nak marah biar dia marah Zara. Akak nak balik akak baliklah dulu. Zara balik lewat malam ni.” Lambat-lambat Haleda mengangguk.

“Jaga diri.”

Azara melihat Haleda keluar dari biliknya sebelum dia juga turut melangkah keluar menuju ke bilik Razlan. Nak laporan tu hari ini juga konon. Macamlah dia nak semak laporan tu sekarang. Razlan sengaja nak susahkan dia. Kalau laptop dia masih elok memang sejak tadi pun dia boleh bagi laporan tu kepada Razlan, masalahnya sekarang laptop dia tak boleh nak on langsung!


Pintu bilik Razlan diketuk.
“Assalamualaikum.”

Hmm, mana laporan?” Soal Razlan angkuh.

“Tuan saya minta maaf sebab saya tak sempat nak siapkan laporan tu petang ini.”

What?”


“Laptop saya rosak.”

Razlan tepuk meja kerjanya. “Apa kaitan laptop you dengan laporan yang I nak?”

Azara mengambil sedikit nafas untuk bertenang. Ikutkan hati memang dia nak menangis depan Razlan. “Laporan tu semua ada dalam laptop, saya tak sempat nak save dalam pendrive sebab Puan Sofiah tengah tunggu tadi.”

“Kalau I cakap bodoh you nak marah I cakap I takde budi bahasa tapi apa yang you buat sekarang ni memang nampak sangat yang you tu bodoh!”

Air mata yang mahu tumpah ditahan sedaya–upaya.

I tak kira I nak you siapkan laporan tu sekarang juga!”

“Tuan..”

I said now Azara! Now!”

Mana hilangnya senyuman Razlan? Mana hilangnya ketawa di bibir lelaki itu?

Lambat-lambat Azara melangkah keluar semula. Tidak berjaya. Nampaknya dia terpaksa bertapa dia pejabatnya sehingga pukul 11.00 malam.



Tubuh yang sudah keletihan diregangkan sedikit. Ergh! Lega. Tangan menyelak beberapa helai laporan yang masih perlu ditaip. Sejam lagi boleh siap. Sekarang pukul 10.40 malam. “One hour to go Azara.”

Dia memang gila. Dia perempuan gila yang boleh tinggal di pejabat pada jam 10.30 malam seorang diri. Tadi dia nampak Razlan sudah berlalu, balik atau ke mana tak tahulah. Dia nak balik tapi takut pula kalau Razlan balik semula ke pejabat untuk mengambil laporan ini.

Akhirnya Azara menunggu juga sehingga menyelesaikan laporan ini.

Sejam berlalu dan sekali lagi Azara mengeliat malas. “Alhamdulillah, siap pun!”

Tangan lincah mengemas meja yang sedikit berselerak. Pen yang gunakan dimasukkan ke dalam bekas alat tulis. Fail diambil dan beg tangan di atas meja dicapai laju. “It’s time to go home Azara!”

Kaki melangkah keluar menuju ke bilik Razlan. Yakin Razlan memang tiada di dalam bilik, pintu bilik terus di kuak dari luar. Laporan di tangan diletakkan di atas meja kerja Razlan dan kaki melangkah keluar semula.

Kali pertama seumur hidup dia bekerja dia balik lewat. Paling lewat! 11.40 malam baru berjaya siapkan kerja. Kalaulah Puan Nona tahu memang dia kena paksa berhenti kerja. Mak bukan suka kalau dia bekerja sampai malam.

Ruang tempat letak kereta kosong. Tempat letak kereta Razlan dipandang sepi. Porsche Cayman yang selalunya tersadai di situ tiada pada malam ini. Kaki melangkah longlai ke tempat dia memarkir kereta.

Dulu-dulu dia takut juga berjalan seorang diri di tempat letak kereta ini tapi sekarang dah biasa balik lewat malam dah rasa sebati dengan diri. Perkara yang kita biasa buat memang takkan rasa gementar atau takut lagi dah.

Bunyi enjin motosikal mengejutkan Azara. Sepantas kilat Azara menoleh ke sekelilingnya. Semakin lama bunyi itu semakin hampir dengan dirinya. Dari jauh Azara ternampak sebuah motosikal bergerak laju ke arahnya. Azara berlari menuju ke arah keretanya.

Beg tangan Balenciaga berwarna merah jambu diseluk kasar. Mencari kunci keretanya di dalam beg. “Ya Allah, mana kunci ni!”

Azara berdiri betul-betul di sebelah keretanya. Terketar-ketar tangan Azara menyelongkar beg tangan Balenciaga miliknya. Dia tak boleh berfikir dengan tenang. Tak nampak kunci dalam beg tangan!
“Ya Allah!”

Tiba-tiba Azara rasa tubuhnya melayang seketika sebelum dia melekap di dinding. “Hai sayang..”

Dada Azara berombak kencang. Siapa lelaki bertopeng ini? Suara yang ingin menjerit tersekat di kerongkong. Kalau dia menjerit siapa yang akan dengar? Enjin motosikal masih kedengaran. Lelaki ini tidak mematikan enjin motosikalnya. Mungkin mahu merompak?

“Kau siapa? Apa kau nak? Kau nak duit? Aku boleh bagi kau duit kalau kau nak duit!” Suara Azara tenggelam timbul. Takut yang amat sangat!

“Aku nak kau.”

Azara menggeleng laju. “Kau nak apa? Lepaskan aku!” Suara mula meninggi.

Lelaki tadi mula merapatkan dirinya kepada Azara. Kedua-dua belah tangan Azara dikepung oleh lelaki bertopeng hitam itu. “Let’s having fun, baby.” Bisik lelaki itu ditelinga Azara. Terlalu rapat sehingga meremang bulu roma Azara.

“Tolong!!”

Tiba-tiba lelaki itu tergelak sakan. “Siapa yang nak tolong kau Azara? Siapa yang nak tolong kau dekat sini malam-malam macam ni?” Pipi Azara diusap lembut. Lelaki ini mengenali dia?

“Kau siapa? Kau nak apa?” Suara Azara masih dioktaf yang terakhir. Menjerit kuat di muka lelaki bertopeng hitam ini. Terasa menggigil tubuhnya ketika ini.

“Aku nak berseronok dengan kau Azara.”

Azara menggeleng rakus. “Lepaskan aku.. Tolonglah.” Rayuan Azara mulai lemah. Penat meronta di dalam pelukan lelaki yang tidak dikenali ini.

“Aku akan lepaskan kau selepas kau buat apa yang aku nak.”

“Apa yang kau nak?”

“Aku nak kau, Zara.”

Azara cuba mengecam suara lelaki ini namun dia gagal. Dia tidak mengenali begitu banyak orang jadi dia tidak tahu siapa yang cuba mengenakan dia kali ini. Mungkinkah ini satu perangkap? Lelaki ini sengaja mahu mempermainkan dia?

“Tak nak! Lepaskan aku!” Azara menolak tubuh kurus lelaki itu dengan sekuat hatinya sebelum dia berjaya melepaskan dirinya. Azara berlari sekuat hati di kawasan lapang tempat letak kereta. Ketiadaan kereta ketika ini menyebakan Azara mudah dilihat dan tiada tempat untuk bersembunyi.

Kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Azara tiba-tiba terpelecok menyebabkan Azara jatuh tersungkur. Perlahan-lahan Azara mengesot ke belakang saat lelaki itu menghampirinya sambil ketawa. Skirt separas lutut yang tersingkap menyebabkan sebahagian peha Azara terdedah.

“Sakit tak sayang?”

Azara menggeleng rakus. Tubuhnya masih mengesot ke belakang.

Nafsu kelelakian lelaki bertopeng itu mula berkocak hebat ketika terlihat peha putih gebu Azara yang terdedah. Berkali-kali liurnya ditelan. Tidak sabar mahu menjamah tubuh Azara.

“Lepaskan aku!” Azara menjerit lagi ketika lelaki itu berjaya menangkap dia. Azara terduduk di atas lantai sambil meronta-ronta. “Jangan apa-apakan aku. Tolonglah.” Muka Azara sudah basah denga air mata.

Hanya wajah Puan Nona yang terbayang di matanya ketika ini. Zara perlukan mak.. tolong Zara mak! Zara takut! Azara menjerit di dalam hatinya. Kalaulah dia balik awal sedikit tadi mungkin dia tidak akan berjumpa dengan lelaki yang mempunyai niat tidak baik terhadapnya.

“Tak sia-sia aku terima tawaran untuk musnahkan kau.. Kau memang cantik, sayang..” Azara menolak wajah lelaki yang bertopeng hitam yang cuba mencumbui lehernya.

“Tolong!!” Sekali lagi Azara menjerit meminta pertolongan. Dalam hatinya Azara tidak putus-putus meminta Allah menghantar seseorang untuk menyelamatkan dirinya.


Azara hanya memejamkan mata apabila lelaki bertopeng ini naik menindih pehanya. Ketakutan sekarang ini hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa takutnya dia. Takut yang amat sangat! Tubuhnya menggigil kerana ketakutan terhadap apa yang bakal berlaku. Tolonglah.. Sesiapa sahaja tolonglah selamatkan dia..  

p/s: Sri update ni tengah malam di kala bulan terang dan internet di kelajuan maksima kot. Tapi semput juga internet di sini. Maaf sebab lama sangat senyap sepi. Nak sangat up entry tapi saya memang sangat-sangat tak sempat. Maafkan daku darling sekalian. 

Love you all to the max! 

12 comments :

  1. Uwaaa sri bikin saspen la stop kat situ je. Geram gak ngan razlan ni!! Dia ni knapa ek? Kejap sejuk kejap panas. Ishhhh berangin tol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Razlan ni bom tak boleh jangka. ;p

      Delete
  2. kesian nye azara..... xder org nk tolong ker...huhuhu berdebar ni

    ReplyDelete
  3. cepat smbung...suspen nie....

    ReplyDelete
  4. la kesian zarra jahat lah razlan tu kenapa nak marah-marah.

    ReplyDelete
  5. adakah azara kena raped??....cian nyaa... harap2 tak kena raped la..hope ada seseorg yg akan tlg azara ...kejamnya razlan tu kan...azara tak payah layan lg si razlan tu...dera perasaan dia plak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, RAzlan memang saja je nak duga Azara.

      Delete
  6. 2 minggu jugak kan sri sarah tak updated bab baru kat sini....rindu plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ye saya pon rindu. Rindu ngan aulia dan sarah. Takde hapdet cete mike ni lgi ka?

      Delete
  7. Salam...dik, akak nak tnye sikit, bila smbungan KPI nk ada? Lme dh tggu:-( harap adik cepat update cite tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa sekarang KPI mmg tengah tergantung sebab dah sent manuskrip ke publisher.. Tak tau apa cerita lagi. Belum ada keputusan. ;)

      Delete