Botol air minuman kembali diletakkan di atas meja bulat
bersaiz kecil di sebelah sofa. sumpah kaki ni dah lenguh bagai nak gila asyik
berlari atas treadmill. Rasanya empat puluh lima minit dia berlari
dengan kelajuan sederhana tanpa henti-henti.
Ini kes bengang punya pasal!
Tubuh direbahkan ke atas sofa berwarna coklat gelap. “Argh… Penat!”
Peluh yang masih menitik dari dahi langsung tidak
dihiraukan. Busuk sofa ni boleh campak beli yang baru.
Nafas naik turun. Semput nak mengambil nafas dalam ruang
bilik yang luas ini.
“Alan!”
Razlan toleh sedikit kepada mamanya. “Kenapa ma?”
“Ya Allah…. Sedap aje kamu landing atas sofa mama ye? Bangun.. bangun! Lepas bersenam
tergolek.. Duduk.” Lengan Razlan ditampar kuat. Geram betul dengan tingkah laku
anak bujangnya. Haish..
“Ala, mama ni bisinglah.. Alan penat ni.”
“Eh, takde siapa pun yang suruh kamu berlari atas treadmill tu sampai berjam-jam.. Penat
cari sendiri siapa suruh? Dah, dah.. bangun duduk sekarang!” Sekali lagi tangan
Puan Sofiah menampar kuat lengan anaknya.
“Ye..ye, Alan duduk sekarang. Mama nak apa ni cari Alan
dalam bilik?”
Puan Sofiah menghenyak punggung di atas sofa. “Izreen datang
cari kamu di bawah tadi.”
Razlan merengus kasar. Apa lagi perempuan tu nak? Serabut
kepala otak betul! “Apa dia nak?” Soal Razlan malas-malas. Sumpah memang malas
pun.. Malas nak ambil tahu pasal Izreen lagi dah. Kata dah habis-habis ajelah..
Nak datang cari dia di rumah buat apa lagi? Menyemak aje!
Satu kotak baldu berwarna merah dihulurkan kepada anak
bujangnya. “Izreen datang sebab nak pulangkan ni semula.. Sedih sangat hati
mama bila dia pulangkan cincin tanda ni..”
“Buang ajelah cincin tu ma.. Nak sedih buat apa lagi? Dah
orang tak sudi kita nak buat macam mana lagi.. Malaslah Alan nak fikir pasal
dia lagi ma.”
Puan Sofiah mengesat air mata yang mengalir turun dari
hujung kelopak matanya. “Mama dah bekenan sangat dengan Izreen tu.. Dah anggap
macam anak mama sendiri. Bila jadi macam ni mestilah mamam sedih.. Izreen tu
baik aje budaknya.. Sampai hati Alan tinggalkan dia.”
Hah? Dia tinggalkan Izreen. Amboi, mama… Cakap macam dia
seorang aje yang paling jahat di muka bumi ni. “Ma, I don’t care apa yang Izreen dah cakap dengan mama tapi apa yang Alan
tahu we were over! Over, ma!”
“Kalau Alan pujuk dia semula takkan lah dia tak mahu terima
Alan?”
“I won’t! Kalau
dia nak terima Alan sekali pun, Alan takkan terima dia semula. Never!” Nada suara mula berubah sedikit
keras dan kasar. Bukan berniat mahu menderhaka kepada Puan Sofiah yang sudah
dua puluh lapan tahun membesarkan dia tapi sebab geram bila mama sendiri asyik
nak menangkan orang luar berbanding anak sendiri.
“Alan sanggup tengok mama meninggal dengan mata terbuka
sebab kempunan nak terima menantu perempuan?”
Razlan garu kepala. Tak habis-habis soal mati yang akan
diungkit mamanya. Gaduh sikit aje sebut pasal mati. Memanglah wajib ingat mati
tapi kalau dah sampai gaya mengugut dia tak patut juga mama ni..
“Ma, please lah
jangan ugut Alan dengan perkataan mati lagi. I love you. I love you so much but kali ni tolonglah jangan paksa
Alan untuk pujuk Izreen lagi. Izreen tu bukan untuk Alan.. Mama kena terima
hakikat ni.” Razlan memeluk lembut bahu Puan Sofiah. Mencium kepala mamanya.
Sayang sangat-sangat!
“Izreen cakap dia minta maaf.. Dia tak sanggup lukakan hati
Alan sebab tu dia pulangkan semula cincin ni.”
Sekali lagi bekas cincin dihulurkan kepada Razlan.
“Tak nak. Buang je.”
Terkebil-kebil mata Puan Sofiah. Buang? Amboi, ingat beli
dengan daun ke? “Alan ingat cincin ni beli dengan daun ke dulu?”
“Beli dengan kad plastik.”
Puan Sofiah tergelak kecil. Sempat lagi menjawab anak dia
ni! “Memanglah guna kad kredit tapi nak bayar kad tu guna duit jugak kan?
Simpan ajelah cincin ni, mana tahu nanti jumpa yang berkenan boleh bagi dekat
dia.”
Razlan menggeleng rakus. Baru seminggu lebih dia putus
tunang dengan Izreen mama dah cakap pasal cari pengganti lain? Aigoo, tak
mungkin semudah itulah. Dengan Izreen pun bukan main susah lagi dia nak lekat.
“Malaslah ma… malas nak fikir!”
“Itulah, malas nak fikir. Cuba Alan tengok Kak Inas dengan
Melda tu.. dah kahwin ada anak pun. Alan ni bila lagi? Mama ni dah teringin
sangat nak terima menantu perempuan Alan oi..” Lengan Razlan dicekak dan tubuh
itu digoncang geram.
“Nantilah. Mama nak menantu macam mana?”
“Izreen.” Mata Razlan membulat besar.
“Sorry.. Tak
minat!”
“Amboi, tak minat. Dulu siapa yang tergila-gilakan Izreen tu
sangat sampai suruh mama masuk meminang cepat-cepat takut kena kebas? Bertunang
tak sampai tiga bulan dah putus. Apa punya tunanglah awak ni.. Tak tahu jaga
tunang sendiri.”
Eh, dia pula yang disalahkan? “Semua salah Alan lah ni?”
“Memang salah Alan pun.. Gila kerja. Lepas tu membosankan!
Macam manalah Izreen tu nak tahan dengan sikap Alan ni..”
Razlan tarik muka masam. Tak minat dengan cerita pasal Izreen
lagi dah. “Ma, muaklah.. Alan dah tak kuasa nak layan cerita pasal dia lagi
dah.. Boring!”
Izreen Fatiha memang cantik. Cantik sangat. Tapi sayang
cantik muka tak cantik akhlak. Selepas empat bulan berkenalan terus dia ikat Izreen
dengan ikatan pertunangan. Tak sampai tiga bulan bertunang Izreen dah minta
putus sebab bosan dengan dia yang gila kerja dan sombong tak bertempat.
Sombong? Bila masa pula dia sombong tak bertempat? Kalau dia
suka senyum nanti Izreen cakap dia kuat melayan perempuan pula. Itulah orang
perempuan ni, memang suka sangat fikir yang bukan-bukan. Senyum kata gatal tak
senyum kata sombong!
Ah, kalau dah nak putus tu memang macam-macam alasanlah dia
bagi.. Dah hati tak suka, mana nak nampak apa yang seronok lagi dah.. Cuba masa
tengah membeli-belah, sayang ketat-ketatlah waktu tu.. Bila bergaduh habis
keluar maki-hamun.
Izreen.. Izreen. Nama cantik budi bahasa hancur!
Pelik, masa empat bulan bercinta dulu baik aje dia nampak Izreen
ni. Nak mengorat pun bukan main susah lagi! Sekali dah dapat, alahai… comelnya,
ayunya, lembutnya! Bila dah bertunang, sebaliknya pula berlaku. Mulut jangan
cakaplah lasernya tahap maksima!
“Berangan apa ni? Mama cakap dengan Alan!” Bahu Razlan
ditepuk kuat. Geram! Cakap tak ada respons.
“Hah? Mama cakap apa? Allah, sorry.. Sorry. Alan ingat kerja di pejabat.”
Puan Sofiah menggeleng geram. “Kerja di office jangan cerita di rumah ya? Mama merajuk nanti baru Alan
tahu!”
Razlan tayang sengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun
cantik. “Sorry mam! Tak buat lagi dah
lepas ni. Mama tanya apa tadi?”
“Alan ada jenguk umi ke tidak?”
“Ada.. Umi sihat je. Kenapa?”
Puan Sofiah menggeleng. “Saja mama tanya. Lama mama tak ke
sana.. Rindu pulak dengan umi kamu tu.”
Spontan Razlan melepaskan ketawanya. “Mama ni.. kalau dah
rindu pergi ajelah rumah umi tu.. bukannya jauh pun!”
“Malas nak ke sana sorang-sorang.. papa tu asyik sibuk aje
memanjang. Ajak Kak Inas kamu tu lagilah malas ya amat nak keluar sejak-sejak
ada Eddy ni..Malas nak angkut tentera katanya.”
Razlan tergelak besar mendengar bebelan mamanya. Tentera
Sofinas menggelar anak-anaknya? “Melda kan ada. Ajaklah Melda, bawak sekali Hafis tu ke rumah umi.”
Puan Sofiah mengeluh lemah. “Nak harapkan Melda memang tak
lah..”
“Kalau macam tu weekend
depan Alan bawa mama ke rumah umi ya?”
“Promise?” Kena
tuntut kalau berjanji, kalau cakap-cakap aje anak dia ni bukan boleh pakai
sangat.
“I am promise mama.”
Peha Razlan ditepuk perlahan. “Pergi mandi, mama dah siapkan
makan malam. Mama nak solat sekejap lepas tu turun makan.”
“Ala, Alan kan baru lepas workout malaslah nak makan.”
“Hey, awak tu jangan nak mengada-ngada! Mama dah masak
penat-penat ya..”
Razlan angkat sepuluh jari ke udara. “Okay.. Okay.. See you in dining hall, mama.”
Suasana makan malam bising dengan kehadiran Emelda dan
Sofinas. Kalau tiada Emelda dan Sofinas maka tiadalah tentera yang dimaksudkan
oleh Sofinas. Razlan tergelak kecil melihat Sofinas yang terkial-kial untuk makan
sambil memangku Eddy yang kini sudah berusia tujuh bulan lebih.
Mahu tak terkial-kial, elok aje Sofinas nak suap makanan ke
dalam mulut Eddy dan sibuk menarik tangan Sofinas.
“Kau gelakkan Kak Inas eh Alan? Kau tunggu nanti kau ada
anak, kau tahulah azabnya!”
“Kenapa Kak Inas tak letak aje Eddy tu dalam buai?” Soal
Razlan yang duduk bertentangan dengannya.
“Kau nak biar dia melalak satu rumah? Eddy ni asyik nak
duduk atas riba orang aje. Pemalas budak kecik ni.. Kan? Anak mama ni pemalas
kan?” Sofinas tunduk mencium kepala anaknya. Geram-geram sayang kata orang.
Emelda tergelak besar. Nasib baiklah Hafis sudah dua tahun
setengah, dulu dia pun sama macam kakaknya juga. Jenuh berperang dengan anak
kecilnya. “Alan lelaki kak, isteri dia lah yang nak penat pun.”
“Eh, mana boleh. Alan.. Kau jangan nak biar isteri kau buat
semua kerja rumah. Abang Ajib ni selalu aje tolong akak tau.. Malam-malam kalau
Eddy melalak memang tugas Abang Ajib lah bangun tukar lampir atau buatkan susu.
Suami pun ada tanggungjawab jugak.”
Panjang sengihan Sofinas sambil menjeling manja ke arah suaminya, Najib yang
duduk di sebelah sambil menyuapkan makanan ke mulut Farhan, anak kedua pasangan
itu.
Nasim cucu sulung mama dan papa kini sudah pun berusia enam
tahun, dah pandai makan sendiri. Kalau Farhan nak makan sendiri alamatnya
memang huru-haralah nasi dalam pinggan tu.. Merata tempiasnya.
“Ajib, biarlah Han tu makan sendiri nasi tu.. bersepah
sikit-sikit tu kejap lagi biar Mak Biah kemas.. Kamu tu makan dulu. Papa tengok
banyak lagi nasi dalam pinggan kamu tu.” Encik Latif dah bersuara.. Itulah
sibuk layan anak sampai sendiri pun tak makan lagi.
“Ye pa.. Ajib makan. Papa jangan risau kejap lagi habislah
nasi dalam pinggan Ajib ni.” Hubungan kekeluargaan mereka memang sangat-sangat
erat. Menantu dianggap seperti anak sendiri.
“Tambah lauk lagi Nan?”
Adnan suami Emelda segera mencari wajah Puan Sofiah. “Eh,
takpe ma.. Ni dah banyak lauk dalam pinggan Nan ni..”
“Ha, Alan.. Cuba kamu tengok di meja ni semua dah ada
pasangan.. Mama dengan papa sibuk tanya menantu aje nak tambah lauk lah, makan
nasi lah.. Anak-anak langsung tak tanya pun.” Serentak semua dia meja makan
tergelak dengan kata-kata Sofinas.
Betul juga Puan Sofiah dengan Encik Latif langsung tak tanya
kepada mereka. Asyik soal menantu aje. Sayang menantu lebih agaknya.
“Kamu tu bila lagi nak tambah ahli baru dalam keluarga kita?”
Aih, sibuk aje Kak Inas ni!
“Nantilah.. Sibuk kerja.”
“Ha, sibuk kerja itulah yang Kak Izreen tinggal Abang Alan,
kak… Kalau kakak nak tahu, Kak Izreen cakap Abang Alan ni membosankan tahap
maksima sampai buat kepala dia rasa nak meletup sebab tu dia putus tunang
dengan Abang Alan.”
Eh, pandai-pandai buat cerita aje Emelda ni! “Mana kau tahu
sebab abang putus dengan dia? Kau tanya dia ke?”
Emelda segera menggeleng.
“Habis tu?”
“Mel tak tanya pun tapi dia yang cakap petang tadi dengan
mama. Mel dengar aje.. Kan mama?”
Razlan sudah tidak senang duduk. Melampau betul Izreen ni..
Dah putus buatlah cara putus, buat apa datang rumah dia siap nak bercerita hal
mereka putus lagi. Cukuplah kalau hanya mereka berdua yang tahu puncanya.
Nanti kalau dia geram dia bukak cerita pasal Izreen baru
tahu langit tu tinggi ke rendah. Menyesal betul kenal dengan perempuan muka
lima belas ni. Memang tak tahu malu dan sumpah hipokrit gila! Memanglah dia
sayang gila dengan Izreen tapi jagalah air muka dia sama. Kata nak putus,
datang rumah dia menangis dekat mama buat apa? Ei!!
Dia tahu Izreen tak nak orang salahkan dia, sebab itulah
sibuk mencanang cerita kononnya dia membosankan lah, tak romantis lah.. Ah,
sudahlah Izreen! Kau ingat kau hebat sangat? Blergh!
“Izreen tu buat cerita aje. Kalau kau percaya cakap dia
terpulanglah..” Razlan malas nak komen lebih-lebih.
“Mana ada dia buat cerita bang.. Mama, petang tadi Kak Izreen
cakap abang tak pernah hadiahkan dia bunga pun kan selepas bertunang? Lepas tu
abang tak pernah bagi hadiah setiap bulan sempena ulang bulan pertunangan
korang..”
What? Ulang bulan?
“Ulang bulan apa benda nya?” Soal Razlan tak puas hati. Bila
masa pula wujud perkataan ulang bulan?
“Iyelah… Ulang bulan tu maksudnya setiap bulan kena sambut
hari ulang bulan pertunangan. Maksudnya bila genap satu bulan ke satu bulan
yang lain bagilah hadiah.. Baru terasa diri ini dihargai.” Terang Emelda dengan
lebih lanjut.
“Ada ke sampai macam tu sekali.. Kau ingat abang ni dah
takde kerja sangat ke sampai nak sambut benda tu setiap bulan. Abang nak bagi
hadiah dekat dia tak perlu tuggu sampai ulang bulan yang kau cakap tadi tu Mel.
Bila-bila abang nak bagi, abang bagi ajelah..”
“Sambutan ni terpulang pada individu Alan oi. Dah Izreen
suka macam tu Alan kenalah ikut rentak dia. Kak Inas bukan apa, kalau Alan
masih sayangkan dia, Alan pujuklah dia semula. Lagipun masih baru lagi kan..”
Sofinas bukanlah tidak suka atau terlalu suka kepada Izreen tapi kalau Razlan
masih sukakan Izreen dia menerima Izreen ke dalam keluarga mereka dengan hati
yang terbuka. Siapa pun pilihan Razlan dia tidak kisah.
“Nonsense. Sekali
dah putus, putus sampia bila-bila. Alan tak nak layan benda remeh-temeh macam
ni. Bukannya zaman budak sekolah atau zaman universiti Kak Inas. Dah dua puluh
lapan tahun sepatutnya Izreen bersikap matang. Bukannya nak layan romantik sana
sini.. Ah, malaslah Alan!” Razlan melepaskan sedikit rasa geram yang terbuku
dalam hati.
Merepek betul sikap Izreen ni!
“Tapi Kak Izreen tu cakap memang betul, abang membosankan.
Mel pun suka kalau suami Mel bagi hadiah dekat Mel. Abang je yang tak reti nak
menghargai Kak Izreen tu..” Emelda tayang riak mengejek. Seronok sangat kalau
dapat mengata abangnya.
“Engkau ni Mel, cakap ikut suka kau aje kan? Dah la, jangan
nak sibuk hal rumahtangga orang. Abang malas nak cakap pasal Izreen lagi dah. Over is over!” Razlan menjeling sekilas
kepada Emelda. Geram betul dengan adik dia ni..
“Abang bukan ada rumahtangga lagi sebab tu Mel sibuk. Kalau
dah ada nanti Mel takkan sibuk lagi dah.”
Sofinas segera tergelak. “Ha, itu kakak sokong Mel. Dah la
Alan, kau cari lain ajelah kalau Izreen tu tak berkenan dengan kau. Kau tu
bukannya takde rupa. Macam mat salleh celup lagi ha.. Mesti ada orang beratur
nakkan kau.”
Memang banyak yang beratur nakkan dia tapi semua tu
stok-stok yang mudah jumpa di mana-mana
saja. Dia sukakan cabaran dalam mendapatkan cinta. Dia suka gadis yang sukar
untuk didekati macam Izreen. Gadis yang membuatkan dia berusaha untuk memiliki
cinta darinya. Ingatkan bila dah dapat boleh lekat sampai mati rupanya mati di
tengah jalan..
“Belum jumpa yang sesuai lagi.” Memang dia belum jumpa, baru
seminggu lebih putus dengan Izreen takkan dah nak cari lain? Ah, takde masa dia
nak fikir semua tu. Kerja di pejabat banyak gila kot.. Daripada fikir pasal
perempuan baik dia fikir pasal kerja.
“Hish.. Sudah-sudahlah cakap pasal Izreen tu. Dah bukan
jodoh Alan dengan dia kita bukan ada kuasa apa pun nak menentang. Allah dah
tetapkan dah rezeki, ajal dan jodoh kita sebelum kita lahir lagi. Mugkin jodoh
Alan belum sampai lagi.. Kita doakan yang terbaik untuk Alan.”
Razlan tayang sengih depan semua orang. Papa menyokong dia
kali ini. Haha!
p/s : Boleh la kita layan Cinta Tak Akan Berakhir pula ye. :p Hope reader suka dengan e-novel terbaru Sri. :) Terima kasih atas sokongan semua. Tanpa korang memang syok sendiri ajelah Sri menulis. <3
smbng lagiii
ReplyDeleteSorry internet kat rumah lembabs sikit. Ni dah up entry baru. :)
Deletepermulaan yg baik n menarik..
ReplyDeletegd job sri..
sambug..hehehe...(y)
-noor-
Kita selang-selang dengan ADDS ye. :) Hehehe, hope Noor suka dengan cite baru ni. <3
Deletesetakat ni...ok...permulaan yg menarik
ReplyDeletewatak heroin belum lg muncul..
Kak Niraaa! :)
DeleteThank you.
Bab 2 heroin dah muncul dah. :p
salam...mmmm kalau sye cakap jgn kcik hati ye...permulaan yg terbaik..hihihihi gaya bahasa yg diguna
ReplyDeletesantai je..mudah faham n x mbosankn..n yg pting jalan cerita tu mcm kita nk tahu ao yg jdi strusnye...
salam...mmmm kalau sye cakap jgn kcik hati ye...permulaan yg terbaik..hihihihi gaya bahasa yg diguna
ReplyDeletesantai je..mudah faham n x mbosankn..n yg pting jalan cerita tu mcm kita nk tahu ao yg jdi strusnye...
salam...ummmm kalau sye cakap jgn kcik hati ya...permulaan yg menarik..hihihi memg sgt berminat nk tahu bab strusnya...bahasa yg diguna memg santai n x mboringkan...dn jlan crita dia pun memg menarik...ada fb x? kalau ada bleh join group novel kat sana n sbil tu boleh share enovel ni kat sana. .semua peminat novel n pnulis ramai sana...
ReplyDelete