Sunday 16 December 2012

Bab 11 Kau Perempuan Itu


Air mata tidak mampu dibendung lagi. Akhirnya gugur membasahi pipi mulusnya. Tangisan Syamir yang semenjak tadi kedengaran kian kuat memenuhi ruang menunggu Hospital Universiti Kuala Lumpur (HUKM). Panggilan ibu tidak lekang dari bibir comel kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu. Sabar Syamir, Kak Arah faham perasaan Amir. Pujuk Sarah dalam hatinya. Entah kenapa kali ini sukar sungguh dia mahu menenangkan dirinya.


Panggilan telefon dari Suraya tengah hari tadi sudah cukup merentap tangkai jantungnya. Terkaku sebentar dia di dapur mewah milik majikannya. Nafasnya bagai tersekat-sekat. Terasa kelam seluruh dunianya. Tidak lama kemudian abah sampai ke rumah majikan mereka untuk menjemputnya pulang. Pasti Suraya terlebih dahulu memaklumkan kepada abah. Wajah sedih abah di pandang sepanjang perjalanan. Walaupun riak wajah abah cuba dikawal, abah tidak mampu menyembunyikan perasaan bimbangnya terhadap keselamatan ibu saat ini. Ibu sesak nafas. Ibu tenat. Ibu sakit. Ibu…

Sampai sahaja di rumah, Encik Sulaiman terus mencempung isterinya ke dalam kereta. Syamir tidak berhenti menangis semenjak mereka sampai di hospital hampir satu jam yang lalu. Air mata Sarah tidak mampu ditahan supaya tidak  jatuh. Sungguh dia takut, dia takut jika Puan Aida meninggalkan mereka. Dia belum pun sempat berbakti kepada ibunya. Dia belum pun sempat membeli hadiah pertama kepada ibunya menggunakan duit gajinya sendiri. ‘Ibu, tolonglah bertahan. Ya Allah, selamatkan ibuku ya Allah’. Doa Sarah dalam hatinya. Sungguh dia bimbang jika ibu pergi. Bagaimana dengan Syamir? Bagaimana dengan Suraya? Bagaimana dengan abah? He needs you, ibu.  We all need you.

“ Siapa keluarga pesakit?” Sarah mengangkat mukanya mencari pemilik suara itu. Doktor muda di hadapannya dilihat dengan mata terkebil-kebil. Arif? Arif Shah, abang Jihan! Automatik tubuhnya berdiri.

“ Saya..” jawab Encik Sulaiman. Mata Arif Shah dialih memandang wajah tua di sebelahnya. Bibirnya mengukir senyuman. Encik Sulaiman menadah tangan mengucap syukur. Sarah terduduk di kerusi. Terasa lemah seluruh sendiri-sendirinya.  Terima kasih Ya Allah. Terima kasih.

“ Jumpa di kafe thirty minutes from now, boleh?”  Sarah mengangguk. Arif Shah mengikur senyuman. Kemudian dia meminta diri untuk beredar.

Sarah melambai-lambai tanganya sebaik sahaja wajah pemuda kacak itu menyapa matanya. Arif Shah bergerak menuju ke meja tempat Sarah duduk. Melihat jus oren milik Sarah, dia segera memesan jus oren juga.

 “ Saya tak sangka pesakit tadi emak awak”
Sarah hanya menunduk. Tidak mampu berkata-kata apabila perihal ibu yang dibangkitkan ketika ini. Sedih.

Arif Shah berdehem beberapa kali. Tersedar bahawa di tersilap kata-kata barangkali. “ Ibu dah lama sangat menderita tapi kami semua belum bersedia melepaskan ibu pergi. Masih berharap ibu akan kembali sembuh walaupun saya tahu ianya adalah mustahil”.

“ Tiada yang mustahil di dunia ini, Sarah. Kita kena sentiasa berusaha dan berdoa”. Ya, kata-kata untuk menyedapkan hatinya. Sarah tahu, Arif Shah pasti juga tahu bahawa ibunya tidak mungkin sembuh. Dia seorang doktor, masakan dia tidak tahu penyakit ibunya yang semakin kritikal sehari demi sehari.

“ Sarah nak makan? Saya orderkan untuk Sarah” Soal Arif Shah cuba menukar topik perbualan. Sarah hanya menggeleng. Tidak ada selera untuk makan pada masa ini. Dia hanya memikirkan ibunya dan siapa yang akan menjaga ibunya esok, lusa dan hari yang seterusnya. Dia perlu kerja. Abah juga perlu kerja. Apa pula kata majikan mereka nanti jika mereka sama-sama mengambil cuti.

“ Temankan saya makan, please. Nasi goreng cili padi. Is that okay for you?” Soa Arif Shah dengan mimik muka meraih simpati. Sarah mengangguk. Tidak sampai hati mahu menolak pelawaan Arif Shah. Sarah tahu Arif Shah pasti lapar. Arif Shah mengukir senyuman. Berjaya!

Selesai makan, Arif Shah meminta diri untuk beredar kerana masih ada pesakit yang perlu dirawat. ‘Ya Allah, kau berkatilah semua doktor di dunia ya Allah. Sesungguhnya tugas mereka tidak mudah seperti membaca ABC. Amin’, doa Sarah dalam hatinya.
Sarah kembali menuju ke wad yang menempatkan ibunya. Pasti abah sudah kembali semula ke wad. Sebentar tadi abah pulang ke rumah untuk mengambil  barang kelengkapan ibu. Tangannya memulas tombol pintu bilik ibunya. Terkejut bukan kepalang melihat pelawat yang ada di dalam bilik ibunya.

“Tengoklah tu bang. Kita datang sini, bukan dia ada. Entah ke mana merayap tadi” Sinis sungguh Puan Khalisah ni. Memang sinis. Pergi temankan anak puan makan. Agaknya kalau dia jawab macam tu, Puan Khalisah terjun tingkap bunuh diri tak? Sombong bukan main. Entah apa salah yang dia buat sampai benci sangat Puan Khalisan kepadanya. Dengan abahnya baik pulak. Tidak pula dilayan seperti mana dia dilayan oleh Puan Khalisah.

Tuan Ramli cuba menenangkan isterinya. Jihan menerpa ke arahnya dan terus memeluk tubuhnya. Mungkin cuba menenangkan dia. Prihatin sungguh gadis ini. “ Akak jumpa Along tak?” soalnya. Ternampak Puan Khalisah membeliakkan matanya, laju Sarah menggelengkan kepalanya. Habis dia kalau jawab dia pergi makan dan minum jus oren dengan Arif Shah sebentar tadi. Silap hari bulan dia pula yang terlantar di katil kosong sebelah katil ibunya itu. Bukan oleh kira sangat Puan Khalisah ni.

Jihan mengeluh hampa. Bersungguh benar mahu memperkenalkan abang-abangnya kepada Sarah. Memanglah Arif Shah tu kacak, tapi dia belum terfikir untuk berkenalan lebih mendalam dengan Arif Shah. Entah-entah lelaki itu sendiri pun sudah mempunyai pasangannya sendiri. Siapa tahu, kan?

“ Uncle rasa, Arah tak perlu datang kerja esok. Uncle bagi cuti sampai ibu Sarah keluar hospital. Selepas ibu dah boleh balik rumah, baru Sarah datang kerja semula” Ya Allah, prihatin sungguh majikannya. Terasa mahu menitis air matanya kerana terharu dengan sikap Tuan Ramli.

Puan Khalisah menjuihkan bibirnya tanda menyampah. Manjakan sangat budak tu. Baru kerja tak sampai dua bulan dan manjakan macam tu sekali. Nanti memang naik lemak budak tu. Meluat. Meluat. Meluat! Kalau boleh hendak sahaja dia pecat budak Sarah ni. Memang tak suka nampak muka budak ni dalam rumahnya tapi apakan daya yang dia ada, suami dan anak-anak tidak seorang pun yang menyokongnya. Semuanya tidak kisah dengan kehadiran Sarah dalam keluarga mereka. Arrgh!

Kehadiran kaum keluarga Sarah menyesakkan kepalanya. Tambah-tambah Laila dengan rambut karat yang langsung tidak kena di mata Puan Khalisah. Entah bagaimana solat budak ni. Nasib baik Jihan tidak terikut-ikut budaya Barat walaupun bertahun-tahun tinggal di sana. Puan Fadhilah pula bukan main ramah. Malas pula dia mahu bersembang dengan Puan Fadhilah ibu Laila yang asyik menceritakan perihal anak-anaknya terutamanya Laila yang sudah pun bekerja di sebuah syarikat di KLCC.

Tubuh suaminya yang rancak bersembang dengan Encik Sulaiman dirapati. Puan Khalisah menarik tangan suaminya ke suatu sudut. “ Lis pening kepala. Jom kita balik”.
Tuan Ramli menunjukkan riak terkejut dan bimbang. Selepas diyakinkan oleh Puan Khalisah bawa dia akan okay selepas tidur sebentar, Tuan Ramli mengangguk. Ikutkan hati mahu terus membawa isterinya berjumpa dengan doktor. Alang-alang berada di hospital. Lagipun anak sulungnya pun ada di hospital ini.

************************


Jari runcing itu menekan loceng berkali-kali. Naik lenguh tangannya menekan loceng dan diselang-seli dengan ketukan kuat di pintu. Pekak ke? Tak dengar ke berjuta kali dah ketuk pintu ni?! Sebal sungguh hatinya.

Ari Aqashah akhirnya mengalah. Sakit hati betul. Semalam dia kerja ke Hong Kong tiga hari. Baru balik rumah hendak berehat, dah ada orang kacau pagi-pagi buta.  Pintu dikuak kasar dari dalam. Atilia!!!

“ Sayang! Penat I ketuk pintu rumah you tau. Ingatkan you takde” Rengek Atilia. Menyesal sungguh Ari Aqashah bangun dan membuka pintu. Kalau dah ingat dia tiada, kenapa tak balik aje tadi? Aduhai.
 What are you doing here? I penat ni Ati. I want to sleep” marah Ari Aqashah. Suaranya di tinggikan. Memang dia marah. Memang dia hendak tidur sekarang ni.
“ Ala, I nak ajak you breakfast but since you penat, I masak breakfast dekat rumah you nanti kita breakfast sama-sama, okay?”  Pucuk dicita ulam mendatang. Silap-silap boleh tidur sama-sama. Atilia pejam mata. Membayangkan tubuh rampingnya dalam pelukan sasa Ari Aqashah. Indahnya dunia.

" I penat, I nak tidur. You faham tak?" Ton suara Ari Aqashah dikeraskan. Memohon pengertian wanita di hadapannya kini. 
Come on, Ari. Penat I datang pagi-pagi nak ajak you breakfast. Sampai hati you treat I macam ni" , Suara ceria sebentar tadi sudah bertukar menjadi nada merajuk. " Kalau you takde kawan, you called I. Boleh aje I temankan youNever once I tolak pelawaan you, Ari." 

Ari Aqashah malas melayan. Pintu kembali ditutupnya rapat. Atilia dibiarkan ke hadapan pintu rumahnya. Atilia ketap bibir. Kurang ajar! Tangannya naik menekan loceng berkali-kali. Ketukan di pintu di kuatkan dari sebelumny, kali ini bersatu dengan perasaan marah yang teramat sangat.

Lima belas minit dia menekan loceng dan mengetuk pintu rumah Ari Aqashah, langsung tiada respon. Rasa nak bakar aje rumah lelaki sombong ini. Sumpah, dia memang marah. Marah sampai rasa nak tumbuk muka kacak Ari Aqashah. Bersusah payah dia bangun awal pagi semata-mata mahu berjumpa Ari Aqashah, macam ini lelaki itu melayani dia. Dadanya berombak kencang. This is Atilia. I never give up!

Sekali lagi tangan naik mahu mengetuk pintu rumah Ari Aqashah lebih kuat. Tiba-tiba pintu rumah itu dibuka dari dalam. Ari Aqashah segak memakai t-shirt Polo berwarna putih dan Bermuda berwana hitam. Atilia menayang senyum manis. Terasa mahu memeluk lelaki di hadapannya kini. Buang masa betul masa tadi. Buat penat aje. Nanti cakap ajelah kata nak mandi. Ish!

“ Berangan apa lagi. Kata nak makan, cepatlah jalan” Tegur Ari Aqashah kasar. Marah lah tu. Memang lah marah. Semenjak semalam dia memang plan hendak bangun lewat hari ini. Ah, bangun lewat pun tak bagus juga, rezeki mahal. Bangun awal kan bagus, murah rezeki. Atilia berlari-lari anak mengejar Ari Aqashah yang sudah berdiri di hadapan pintu lif. Haruman Gucci Guilty Pour Homme yang disembur ke tubuh Ari Aqashah sungguh menggoda keimanannya kini. Wangi sungguh lelaki ini. Pintu lif terbuka. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam lif.

“Mana you tahu I ada kat rumah hari ni?” Atilia telan liur. Takkan nak bagitahu yang dia ada hantar spy supaya mengikuti gerak geri Ari Aqashah kot? Gila dia kena belasah dengan lelaki ini nanti.  
“ I agak-agak aje. Tak sangka kita ada instinct, kan?” Atilia ketawa. Ari Aqashah buat tak tahu.  
“ Mungkin kita ni ada jodoh kot. Kan Ari kan?” tambah Atilia. Ari Aqashah mencebik. 

Sorry lah Atilia, walaupun you cantik, ada insan lain yang terlebih dahulu mencuri hatiku… Nyanyi Ari Aqashah dalam hatinya. Gembira. Teringatkan gadis yang berjaya mencuri hatinya kini, dia bahagia. 

No comments :

Post a Comment