Friday 7 December 2012

Bab 6 Kau Perempuan Itu


Kunci keluarkan dari tas tangannya. Pintu rumah dikuak luas. Bau busuk terus memenuhi rongga hidungnya. Kaki dihayun menujuk ke bilik utama. Adik-adiknya yang tadi membontoti dari belakang kini berpecah membawa haluan masing masing. Suraya menapak ke tingkat atas. Letih katanya. Mahu mandi dan tidur. 

Sarah akur. Memang banyak Suraya membantunya semenjak siang tadi. Nak harapkan anak-anak mak long, asyik duduk dan bersembang dengan tetamu yang hadir. Dia pula yang macam tuan rumah sibuk menyediakan makanan. Bukan Sarah nak merungut tapi memang itu kebenarannya. Hakikat bahawa anak-anak mak long tidak pernah menganggap Sarah sebagai sebahagian daripada mereka sebaliknya hanya pembantu kerana Sarah sering membantu mak longnya.

Bayangkan kalau dia dan adik-adiknya tiada di rumah mak long siang tadi, memang patah kaki mak long nak buat semua kerja seorang diri. Silap hari bulan boleh sembunyikan diri dalam tandas sebab tak mahu orang jumpa dia dan soal itu ini. Kepalanya digeleng perlahan. Kalaulah dia di tempat anak-anak mak long, dia akan melayani mak long sebaik mungkin. Wanita itu terlalu baik. Terlalu lembut. Tidak sampai hati Sarah untuk menyakiti hati mak longnya walaupun sedikit. 

Selesai mengangkut semua barang yang dikirim oleh mak long untuk ibunya dari bonet kereta, Sarah menuju ke bilik yang terletak berhampiran dengan ruang makan rumahnya. Pintu bilik yang dicat dengan warna kuning cair itu diketuk dua kali. Tiada jawapan dari dalam. Tangannya memulas tombol pintu bilik itu. Wajah cengkung wanita berusia empat puluh enam tahun  yang sedang nyenyak tidur itu menangkap pandangan matanya. Sarah senyuman manis melihat wanita yang sedang terbaring lemah di atas katil queen size yang dibaluti cadar bercorak bunga-bunga kecil bewarna hijau muda itu. Sungguh, dia sedih melihat wanita itu hanya terbaring lesu di atas katil itu. Sungguh dia mencintai wanita itu sepenuh hatinya. Melihat wanita itu lemah tidak bermaya, sedih di hatinya hanya Tuhan yang tahu.

“Ibu… “ panggil Sarah sambil tangannya mengusap wajah wanita yang dipanggil itu itu penuh kasih sayang.
Puan Aida membuka matanya. Segaris senyuman dihadiahkan kepada anak dara kesayangannya. “ Dah balik dah anak-anak ibu. Seronok?”
Sarah Cuma mengangguk. “Mak long kirim salam sayang dekat ibu. Mak long cakap pak long tak sihat, jadi mak long tak sempat nak datang rumah”. Giliran Puan Aida pula tersenyum.

Dia faham. Sangat memahami Kak Longnya yang sentiasa sibuk menguruskan keluarga. Sedangkan dia, diuruskan oleh keluarganya. Nak bercakap pun semakin lemah. Makan apatah lagi. Langsung tiada selera.
“Mak long pesan, kalau ibu sayangkan dia, ibu kena makan banyak-banyak” tutur Sarah sambil tersenyum. Air mata mula memenuhi kelopak matanya. Mana mungkin dia tidak sayangkan kak longnya. Itulah kakaknya dunia dan akhirat. Bukan dia tak mahu makan, Cuma tekaknya sahaja tak mahu menerima makanan.

“Abah mana Arah?”
“ Belum balik lagi Bu. Arah balik dulu sebab rindukan ibu”, tangannya erat melingkar di tubuh kurus Puan Aida.
“Busuk ni sayang… Jangan peluk ibu, nanti lekat bau busuk ibu dekat Arah”.  Sebak. Sarah sebak. Hatinya meraung melihat kesakitan yang ditanggung oleh ibunya. Ya Allah, kau sembuhkanlah ibuku Ya Allah. Kembalikan dia kepada kami Ya Allah.

“ Amir sayang ibu. Ibu jangan tinggalkan Amir tau”, Syamir yang entah dari mana tiba-tiba muncul melompat ke atas katil ibunya dan terus memeluk Puan Aida. Kedua-dua belah pipi cengkung wanita itu diciumnya bertalu-talu menunjukkan betapa dia menyayangi ibunya. Sarah menjegil adiknya yang berusia lapan tahun itu. Puan Aida pantas mengusap tangan Sarah supaya tidak marah. Bukan dia marah betul-betul, saja mahu mengertak adiknya yang tidak menghormati ibunya yang sedang sakit.

Puan Aida memeluk erat kedua-dua anaknya itu. Sesungguhnya jika diberikan peluang dia mahu bangun, berjalan dan sihat. Dia mahu menyediakan makanan –makanan sedap untuk anak-anaknya. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Hampir setahun dia hanya terbaring lesu di katilnya. Makan pakainya semua disediakan oleh anak-anak dan suami tercinta. Dia tidak mampu. Tidak berdaya. ‘Kuatkan aku untuk menerima dugaanMu ini Ya Allah… Tabahkanlah hatiku Ya Allah..’ pintanya.


Selesai membaringkan Puan Aida, Sarah menapak naik ke biliknya di tingkat atas. Mahu merehatkan tubuhnya yang memang sungguh-sungguh penat. Kalau baring aje memang boleh terlelap. Sarah duduk di penjuru katil. Kedua-dua belah tangan meraup mukanya. Satu keluhan berat dilepaskan. Seakan-akan melepas pergi satu bebanan yang sungguh dahsyat. Nafas ditarik dalam-dalam, dihembus keluar perlahan-lahan melalui mulutnya. Cuba untuk bertenang.

Dia berdiri tegak, perlu membersihkan badannya yang sudah berbau semacam. Tuala kuning muda yang baru diganti dua hari lepas di tariknya dari penyidai. Tubuhnya hilang disebalik bilik air. Bunyi deruan air hujan mendamaikan hatinya. Tubuhnya dihalakan supaya kena pada air yang sedang mengalir deras dari pancuran air hujan. Dingin tetapi cukup mendamaikan hatinya ini.

Baju tidur corak Hello Kitty ditarik keluar dari almari terus disarung ke tubuhnya. Tuala ditangan sibuk bekerja mengelap rambut panjangnya yang basah. Meja solek berwarna putih itu dihampiri. Beberapa jenis krim diambil dan disapu ke muka. Penatnya jadi orang perempuan. Muka kena jaga, kalau tak jaga nanti tumbuh jerawat. Ibu orang pertama yang akan bising kalau mukanya berjerawat. Ibu. Bibirkan mengukir segaris senyuman. Krim malam jenama Safi Rania di sapu  ke seluruh wajah putih bersihnya. Tiada kecacatan. Tiada sebarang cela. Sarah bersyukur dengan segala kurniaan Allah kepadanya.

Letihnya. Tuala kuning cair itu kembali disangkut di penyidai putih yang terletak di tepi katilnya. Bantal tidurnya ditepuk tiga kali. Menggemukkan bantal, baru sedap tidur. Tak sabar mahu melelapkan mata. Peristiwa petang tadi kembali terlayar di matanya.

“ Hah, inilah Sarah tu ye? Yang langgar Jee semalam tu? Mama ingatkan dia buta.. Tak nampak jalan”, perli mama Jihan. Nama mamanya?  Usah ditanya kepada dia. Belum sempat nak berkenalan dah kena sembur. Bersalam dengannya pun mama Jihan tak sudi. Berbeza betul dengan sikap manja dan lembut Jihan.

Sarah telan liurnya. Kesat. Malu dimarahi depan Laila dan bapa Jihan. Mak long memerhati dari jauh. Jihan pula tidak henti-henti meminta maaf kerana sikap mamanya. Aduhai, manusia-manusia. Macam-macam perangai.

“Kak Arah! Ni abang Jee. Abang Arif”, tangan abangnya dipeluk kemas oleh Jihan. Lelaki kacak disebelah Jihan menghulurkan tangan. Sarah serba salah. Nak sambut ke tak nak sambut ni? Bukan muhrim, mana boleh sentuh-sentuh.

Kepalanya diangguk perlahan. Lelaki yang bernama Arif itu menjatuhkan tangannya dan senyum manis kepada Sarah. “Sorry..”
 It’s okay Sarah”. Kacak. Sungguh, kacak. Inikah yang bekerja sebagai juruterbang itu? Kalau ini, memang boleh jatuh cinta. Bukan setakat kerja hebat, sikap pun hebat.  Puji Sarah dalam hati.
“Along Jee ni kerja doktor. Abang Ari tak ikut pulak hari ni sebab dia kerja. Kalau tak, akak boleh kenal dengan both of them! Kan Along kan..?” Jihan memandang muka Alongnya tanda meminta sokongan.

Mama Jihan berdehem kuat. Protes kerana kehadirannya tidak diendahkan oleh kedua-dua anaknya. Bapa Jihan entah ke mana menghilangnya. Beramah mesra dengan tetamu lain agaknya.  

Mata mengantuknya tidak mampu ditahan lagi. Akhirnya Sarah terlelap dengan kenangan-kenangan yang terlayar di ruang matanya. Berkenalan dengan Arif, sikap ramah Arif sedikit sebanyak menyenangkan dia. Muka kacak doktor muda itu mendamaikan hatinya. Takkan baru pertama kali bersua muka dah jatuh hati kot?


***************

 

Poket seluar diselukya rakus. Tak sabar mahu masuk ke rumah dan tidur. Tubuhya penat tidak terkata. Dalam perjalanan pulang dari KLIA ke rumah pun dia sudah terlelap, inika pula kalau dapat katil empuknya. Enaknya!

Mana pulak kunci rumah ni? Bukan tadi dah ada dalam poket seluar ke?
“ You cari kunci rumah ke sayang?” Kepalanya sponta ditoleh ke belakang. Kus semangat. Gila!
“ You nak I mati cepat ke Ati?!” Marah Ari. Kau gila tak terkejut. Hampir pukul 1 pagi kot sekarang ni.  Ati ketawa senang hati. Suka lihat muka terkejut Ari sebentar tadi. Bukan mai bulat mata lelaki kacak itu memandangnya. Oh, kalau nak telan hidup-hidup oleh lelaki itu pun dia sanggup.

 What are you doing here? And macam mana you ada kunci rumah I?” Sambil matanya menangkap segugus kunci yang digantung bersama key chain Singapore itu. Memang kunci milik dia. Takkan lah dia tak kenal kunci rumah sendiri.
“ You yang cicirkan kunci rumah you masa you tengah cakap telefon tadi”. Gugusan kunci dihulurkan kepada Ari Aqashah. Baru Ari Aqashah teringat tadi dia bercakap telefon dengan mamanya. Mungkin tercicir masa dia keluarkan telefonnya dari poket. Agaknyalah.
“ Okay, thanks. I nak masuk rehat ni. Penat sangat badan I tau..” Ujar Ari Aqashah lembut.
“ You penat ke sayang? Macam ada instinct pulak kita ni. I tahu u penat, that’s  why I’m here. Jomlah masuk. I urutkan you nanti” pancing Atilia. Sengaja mahu melihat reaksi Ari Aqashah. Mana tahu kalau-kalau hari ini dia berjaya pancing ikan. Ah, bahagianya! Dia sanggup berikan apa sahaja untuk memiliki lelaki itu.

“ No! No! Big no! You tahu kan I bukan jenis macam tu. No.. Thanks for the key. You balik dulu, esok malam kita dinner sama-sama, okay?”  Perempuan dalam rumah? Never. Muka kacak tapi perangai tak senonoh, bukan dia.  Ari Aqashah muka kacak, antara playboy paling berjaya di Malaysia tapi tak pernah usung perempuan dalam bilik okay.

Atilia menarik muka masam mencuka. Muncung tu kalau ambil pembaris panjang, boleh ukur dari hujung ke hujung. Hilang semua kecantikan yang dimiliki. Buruk betul muka merajuk Atilia. Getus hatinya. “Esok kita dinner sama-sama okay. I promise!” .
“ Janji?” Soal Atilia sambil mengangkat lima jarinya macam ikrar angkat sumpah. “Janji sayang…” Tangan Ari Aqashah menggosok kepala Atilia persis memujuk anak kecil. Kalau tak dihalau memang tak balik perempuan ni. Atilia mengukir senyum, Alah, janji tak semestinya ditepati pun. Kalau ada hal besok cakap ajelah cancel.  

Ari Aqashah terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Atilia di depan rumahnya. Pintu rumah ditutup rapat. Janganlah perempuan ni tekan loceng kea pa. Malasnya nak layan. Sumpah dia nak tidur. Dalam kepala otaknya sekrang memang tiada benda lain kecuali mandi dan tidur.

Butang uniformnya dibuka satu per satu. Tuala berwarna putih yang tersangkut pada penyidai di sebelah almarinya direntap kasar. Tubuh sasanya menghilang ke dalam bilik mandi. Lima minit kemudian Ari Aqashah muncul dengan hanya tuala tersangkut di pinggangnya. Tubuhya di bawa ke depan cermin besar di hadapan almari pakaiannya. Ari Aqashah mengukir senyuman tanda berpuas hati dengan bentuk tubuh badannya. Memang tahap perasan habis dah dia ni.
“ Argh, mengantuknya!” Serentak itu tubuhnya memanjat katil king  miliknya. Jam loceng berwarna putih di sisi katil dikerlingnya. 1.45 pagi. Aduhai, lambatnya dia tidur hari ini. Kerjanya memang meletihkan tetapi itulah kehidupannya. Dia sukaka kerjayanya. Walaupun tidur tak menentu, waktu kerja tak menentu tetapi dia suka. Suka dikeliling wanita yang cantik setiap hari. Ari Aqashah tersenyum. Suzila. Ya, hari ini dia berkenalan dengan seorang pramugari bernama Suzila.  “Suzila”. Bibirnya ikut menggerakkan apa yang disebut oleh hatinya.

Atilia yang hampir lima belas minit termanggu di depan rumah Ari Aqashah akhirnya mengalah. Kakinya dibawa melangkah menuju ke lif. Sangkanya tadi Ari Aqashah akan kembali membuka pintu kepadanya dan menjemput dia masuk. Sangkaannya meleset sama sekali. Lelaki itu memang liat! Geram!

Punat lif ditekan dengan hati yang sebal. Dress ketat berwarna oren separas peha yang tersarung di tubuhnya dibetul kasar. Bukan main lagi dia melaram malam ini. Kononnya nak pancing Ari Aqashah. Sikit pun dia tak pandang baju Atilia. Dress oren yang mendedahkan sebahagian besar dada putih melepaknya tidak berjaya memikat Ari Aqashah. Dia tidak berpuas hati! Tak mungkin lelaki itu gay. Tidak mungkin. 
 “Tak guna punya jantan. Tunggu kau Ari! Suatu hari nanti kau mesti tersugkur di kaki aku. This is Atilia!” jerit Atilia di dalam lif, Nasib baik tak ada orang, kalau tak, sah orang kata dia gila. Ya, memang dia gila. Dia gilakan Ari Aqashah.

Pintu kereta dihempas kuat. Hatinya tidak henti-henti menyumpah seranah Ari Aqashah. Siapa tak marah kalau asyik ditolak. Liat betul lelaki ini Belum pernah ada lelaki yang menolaknya kecuali dia yang menolak lelaki. "Arrrghhhh!!!".

Tiba-tiba Iphonenya berdering. Mata Atilia melirik melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Hatinya berdegup kencang. Takkan ada di rumah?  “Hello sayang”, sapa Atilia menggoda. Menggoda memang kepakarannya. Usah dipertikaikan.
“ You dekat mana? I am on the way to your aparment” ujar suara garau di sebelah sana. Atilia kaget namun dalam masa yang sama dia lega kerana lelaki itu masih dalam perjalanan.
“ You dekat mana ni sayang?” soalnya kelam-kabut.
 About 45 minutes, I’ll be there. I hope there is a surprise from you tonight, honey”.
Faham akan maksud itu, Atilia tersenyum. Tak dapat Ari Aqashah malam ini, masih ramai lelaki lain mahukan dia. Telefon bimbit dimatikan.

Atilia menghidupkan enjin kereta.  Audi TT itu  pantas membelah kelam malam. Kondominium mewah milik Ari Aqashah jauh ditinggalkan di belakang. Perlu tiba di aparmentnya lebih awal berbanding lelaki tadi. Kalau tak, mampus dia dikerjakan lelaki itu. Otaknya ligat memikirkan pakaian paling seksi yang dia ada di dalam almarinya.

Atilia tidak boleh tersalah langkah, kalau lelaki ini angkat kaki, habislah periuk nasi dia. Habislah segala  kemewahan yang dia ada selama ini. silap-silap tak merasa naik Audi lagi selepas ini. Tidak! Dia tidak sanggup hidup dalam serba kekurangan atau hidup sederhana. Siapa nak bayar sewa rumahnya? Siapa nak bayar bil astro? Bil elektrik? Baju-baju mahal yang dia pakai? Siapa nak bayar kalau lelaki itu tinggalkan dia?

No comments :

Post a Comment