Tubuh sasa itu direbahkan ke tilam empuk bersaiz king itu.
Indahnya dunia bercinta. Jika dia tahu Suzila mampu membawa kebahagiaan
sebegini dalam hidupnya selepas Tasha, sudah lama dia mencari gadis itu dan
bercinta. Suzila. Menyebut nama gadis itu sahaja cukup untuk membuatkan hatinya
berbunga riang. Indah sungguh!
Matanya dipejam rapat. Mengimbas
kembali memori ‘dating’ bersama Suzila pada hari ini. Seharian
menghabiskan masa bersama gadis itu ternyata sungguh menggembirakan. Siapa tak
suka kalau berdampingan dengan gadis cantik dan seksi macam Suzila. Ah,
pramugarilah katakan.
Mudah benar bibir gadis itu menuturkan
perkataan sayang kepadanya. Sedangkan dia masih lagi ber’I’, ‘you’ dengan
Suzila. Ish mulut ni memang nak kena! Nak cakap sayang pun susah benar.
Padahal hati ni memang dah cair habis
dengan Suzila. Lentok manja gadis itu benar-benar menuntut keimanan yang kuat.
Sedangkan dia, alahai lemah betul! Nasib baik masih ada sisa-sisa keimanan
dalam diri, kalau tidak memang dah lama terkulai layu dengan lemak manja suara
Suzila.
“You kena makan lebih
sikit, sayang. You kan kerja kuat.” Kata Suzila semasa mereka
makan tengah hari tadi. Memang mempunyai ciri-ciri isteri mithali betul! Tengok
gaya, memang boleh bayang dah kalau kahwin dengan Suzila nanti, memang
hari-hari perut dua buncit disumbat pelbagai jenis hidangan enak yang dimasak
oleh Suzila. Oh….Indahnya! Indahnya!
Eh, Suzila pandai masak ke? Ah, takpe.
Mama dia kan ada. Mesti mama sudi untuk mengajar Suzila memasak pelbagai jenis
makanan kegemaran dia. 'Oh mama! Saya mahu kawennn... Kawen dengan siapa? Kawen
dengan Suzilalah mama!' Hati Ari Aqashah berbunga riang. Berdentum-dentam
rentak muzik indah beralun dalam hatinya.
“You nak shopping
tak? Anything you want. I belanja you.” Sengaja Ari Aqashah mahu
mengumpan, materialistik atau tidak wanita yang sedang berampingan dengannya
ini.
“I belum ada apa-apa nak
belilah sayang. Nanti kalau ada apa-apa I nak beli, I
can get it myself. You jangan risau ya.” Impressive! I
want to marry her. She is the one! Hati, jangan kuat sangat berdengup!
Kang kau melompat keluar kang..
Bibir mengukir senyuman. Suzila.
Suzila. Suzila. Kepala dan hatinya penuh dengan nama Suzila. Kini, dia hanya
ingin memiliki hati wanita itu. Suatu hari nanti dia akan berterus-terang
dengan Suzila bahawa dia ingin menjadikan Suzila ratu dalam hidupnya. Mama. Ya,
mama perlu tahu tentang ini! Mama will loves Suzila. Pasti!
Tiba-tiba Blackberrynya
berdering. Tangan menyeluk poket seluar jeans yang dipakainya. Telefon bimbit
itu ditarik keluar dari poket seluar jeans. Melihat nama yang
terpapar pada skrin telefon bimbitnya Ari Aqashah mengeluh lemah. Dia hanya
membiarkan telefon itu terus berteriak. Malas mahu menjawab.
Ting tong! Ting tong!
“Aku dah agak dah! Mesti ada depan
pintu rumah!” Bebel Ari Aqashah tidak berpuas hati. Malas mahu melayan loceng pintu
yang sedang berbunyi, Ari Aqashah bangkit dari pembaringan dan mencapai tuala
mandi yang tersidai di penyidai.
“Mandi lagi bagus.” Cakap seorang diri.
Siapa lagi yang ada bersamanya dalam apartment ini, Hanya dia seorang diri.
Ari Aqashah memboloskan diri dalam bilik
mandi. Loceng di pintu terus-terusan berbunyi. Untuk menghilangkan rasa serabut
mendengar bunyi loceng pintu, Ari Aqashah menyanyi dengan kuat di dalam tandas.
Sumpah kali ini dia tidak akan membuka pintu.
Atilia yang berdiri di hadapan pintu
rumah Ari Aqashah dengan kasut tumit tinggi mulai duduk mencangkung. Lenguh kaki dia berdiri di hadapan pintu rumah Ari Aqashah. Dia tahu lelaki itu ada di dalam rumah. Ari Aqashah sengaja mengelakkan diri daripada dia. Ari
Aqashah sengaja mengelak diripadanya! Sebentar tadi dia ternampak Ari Aqashah
sedang makan dengan orang perempuan di Nando’s. Who is that girl? Kurang
ajar punya perempuan!
Bibirnya diketap geram. Bersusah payah
dia memberikan pelbagai alasan kepada Jason supaya tidak bermalam di rumahnya,
kini Ari Aqashah pula sengaja mencari pasal untuk menyakitkan hatinya. Memang
kurang ajar! Jantan tak guna!Marah Atilia dalam hatinya.
“I akan dapatkan you,
Ari. You will b mine!” Azam Atilia kepada dirinya sendiri.
Dia tidak akan mengalah. Cara kotor atau bersih, dia tidak kisah. Janji Ari
Aqashah menjadi miliknya. Dan Jason…Harta lelaki berbangsa Cina itu akan
menjadi miliknya tidak lama lagi.
Tidak mungkin dia boleh hidup dengan
gaji Ari Aqashah yang tidak seberapa. Nak beli handbag Channel pun
tak lepas, inikan pula nak tolong bayarkan kereta dan semua kad kredit yang
dimiliki oleh Atilia. Tetapi demi perasaan cintanya terhadap Ari Aqashah, dia
sanggup untuk mengenepikan Jason.
‘Atilia, kau kena susun perancangan
yang gemilang Atilia!’ Bisik hatinya.
Sakit hati dengan Ari Aqashah yang
masih tidak membuka pintu untuknya, Atilia berdiri tengak. Skirt sendat
berwarna merah darah itu ditariknya ke bawah sedikit supaya menutup sebahagian besar pehanya
yang terdedah. Konon, padahal skirt yang dipakainya memang separas peha.
Sengaja berpakaian seksi untuk menggoda Ari Aqashah. Perempuan tadi pun apa
kurangnya, bukan main seksi lagi! Sakitnya hati!
Pintu rumah Ari Aqashah ditenungnya
garang. Kalau mata ada laser, dah lama tembus pintu rumah lelaki ini. Atilia berdengus
kasar.
Dengan hati yang sebal Atilia menekan
punat lif. Lebih baik dia ke rumah Jason, ada juga temannya pada malam ini. Ah,
tuntutan nafsu perlu dipenuhi. Untung-untung boleh minta Jason belanja shopping esok.
Atilia segera meninggalkan rumah Ari Aqashah.
Dua puluh minit kemudian, Ari Aqashah
keluar dari tandas. ‘Senyap pun.’ Bisik hatinya. Tuala mandi berwarna biru tua
itu terus disangkut kembali di penyidai berwarna coklat itu. Seluar bermuda
berwarna merah disarung ke tubuhnya.
Dahaga lah pulak! Penat sangat menyanyi dalam tandas. Tombol pintu berwarna coklat gelap
dipulas kasar. Kaki menuju ke dapur. Entah berapa puluh lagu dia menyanyi sebentar tadi. Semuanya gara-gara
tangan Atilia yang tidak lenguh-lenguh menekan loceng rumahnya. Yang merana di
juga, sakit telinga!
Suis lampu di tepi dinding itu
ditekannya. Mug berwarna hijau yang tergantung dalam deretan mug-mug lain di
dinding kabinet itu dicapai Ari Aqashah. Pintu peti sejuk dibuka. Eh, takde air
sejuk? Ah, malang betul hidup single tiada orang kisah ni.
Aduhai.
Kaki dibawa ke sinki. Kepala paip ditolak ke bawah sebelah kiri. Beberapa saat kemudian air mulai turun memenuhi
mug hijau tadi. Air putih itu diteguknya rakus. Dahaga oi.. dahaga! Selesai
minum, mug berwarna hijau ditinggalkan dalam sinki
tidak dibasuh. Tuntutan mata yang sangat mengantuk perlu dipenuhi. Suis lampu
dapur ditutup oleh Ari Aqashah. Dia terus berlalu ke biik tidurnya. Good
night people!
"Good night Suzila
darling."
Ari Aqashah berbaring di atas katilnya.
Tangan diletakkan di atas dahi. Matanya cuba dipejam dengan harapan dia akan
termimpikan Suzila pada malam ini.
*****************
Puan Khalisah yang sedang berehat di
ruang tamu rumahnya mengeluh lemah. Berat sungguh keluhan kali ini. Teringat
akan perbualannya dengan Arif Shah beberapa hari yang lalu. Pening kepala Puan
Khalisah dengan anak teruna sulungnya.
Terasa tidak percaya dengan perkhabaran
yang disampaikan oleh Arif Shah. Dia sangkakan anak-anaknya masih kecil. Masih
perlukan penjagaan rapi daripada dia. Rupanya anak-anak dia sudah besar. Sudah
mula membina kerjaya dan kehidupan sendiri. Ahh.. Dia juga sudah semakin meniti
usia emas.
“Mama, Along ingat Along nak bawa Mar
jumpa dengan keluarga kita. Along pun dah lama sangat berkawan dengan Mar, jadi
Along nak bawa hubungan kami ke satu tahap yang lebih serius.”
“Serius yang macam mana?” Soal Puan
Khalisah berdebar. Serius? Mahu berkahwinkah? Mahu bertunang atau mahu
memperkenalkan Mar dengan semua ahli keluarga sahaja? Serius bagaimana mana
yang dimaksudkan oleh Arif Shah?
“Along nak kenalkan Mar dengan semua ahli
keluarga kita dan Along nak mama pinangkan Mar untuk Along. You will
love her, ma.” Zap! Rasa mahu luruh jantung Puan Khalisah
dengan pengakuan anaknya yang mahu bertunang dengan Marliana.
Bukan dia tidak mengenali Marliana,
cuma gadis itu tidak pernah berjumpa dengannya secara formal atau diperkenalkan
kepadanya sebagai teman wanita Arif Shah. Bakal menerima menantu. Adoi, sakit
kepalanya!
Orang lain gembira mahu menerima
menantu, dia pula langsung tidak gembira dengan khabar yang dibawa oleh Arif
Shah. Mampukah Marliana membahagiakan Arif Shah seperti mana dia
menyayangi anak-anaknya?
Berbeza sungguh penerimaan suaminya
semasa dia menyampaikan hajat Arif Shah pada malam itu. Bukan main seronok lagi
suaminya, siap tidak sabar-sabar mahu menimang cucu. Kahwin pun belum, macam
mana nak menimang cucu?
“Puan?”
“Puan?!” Sedikit meninggi panggilan
wanita itu pada kali ini.
Puan Khalisah tersentak. “Mak Som.
Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi.”
“Mak Som tengok puan muram aje semenjak
beberapa hari yang lalu. Kenapa? Puan ada masalah ke?” Soal Mak Som prihatin.
Puan Khalisan menghela nafas panjang.
Berkita-kira mahu berkongsi perasaannya dengan Mak Soma tau tidak. Mak Som pun
bukannya orang lain, sudah macam keluarga sendiri.
“Duduklah Mak Som.” Ajak Puan Khalisah.
Tanpa banyak soal, Mak Som duduk di sofa bersebelahan Puan Khalisah.
“Mak Som tahukan saya sayang anak-anak
saya lebih dari segala-galanya. Kalau boleh saya mahu anak-anak saya membesar
depan mata saya sampai saya menutup mata saya.” Puan Khalisah menghentikan
ayatnya.
“Kenapa puan? Puan sakit ke?” Mak Som
kelam-kabut. Merasakan seperti ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku kepada
majikannya.
Pua Khalisah tersenyum. “Bukan, Along
nak bertunang. Saya risau. Saya.. saya..” Puan Khalisah tidak ada perkataan
untuk meneruskan ayatnya. Dia tidak boleh menggambarkan perasaannya ketika ini
melalui kata-kata.
“Along nak bertunang? Ya Allah, syukur
Alhamdulillah! Along pun bukannya muda lagi. Lagipun dah lama sangat dia
berkawan dengan budak Mar tu.” Eh? Macam mana Mak Som tahu nama teman wanita
Arif Shah ialah Mar?!
“Macam mana Mak Som tahu Along berkawan
dengan Marliana?” Soal Puan Khalisah pelik.
“Along yang beritahu Mak Som. Tapi dah
lama dah.. Tak sangka Along nak bertunang. Syukur!” Riak kegembiraan tidak
dapat disembunyikan oleh wajah tua Mak Som. Nampak sungguh gembira seperti anak
sendiri yang mahu bertunang.
Terperasan akan riak wajah Puan
Khalisah yang sedikit gusar, Mak Som memberikan pandangan peribadinya. Bukan
dia mahu menyibuk hal keluarga Puan Khalisah, tetapi sudah lama dai berkhidmat
dengan Puan Khalisah. Dia tahu baik buruk anak-anak Puan Khalisah. Tuan Ramlee
dan Puan Khalisah sendiri pun sudah menganggap Mak Som seperti kakak
mereka.
“Mak Som tahu puan bimbang. Takut
anak-anak puan lupakan puan. Takut anak-anak puan terabai jika isteri mereka
bekerja. Takut anak-anak puan tidak mendapat kasih-sayang yang secukupnya.
Kan?” Puan Khalisah hanya mengangguk. Tepat sungguh tekaan Mak Som.
“Puan, jodoh setiap manusia telah
ditetapkan oleh Allah SWT. Kita tidak boleh menghalang fitrah manusia yang mahu
dikasihi dan disayangi. Cuba puan bayangkan jika anak-anak puan tidak
berkahwin, siapa yang akan menjaga mereka apabila mereka tua kelak? Puan, Along
membuat pilihan yang tepat. Mak Som yakin, Marliana akan menjaga Along dengan
baik. InsyaAllah. Puan sebagai ibu perlu mendoakan kesejahteraan anak-anak
puan.” Ujar Mak Som panjang lebar. Puan Khalisah terdiam. Otaknya memproses
setiap kata-kata Mak Som.
Tiba-tiba tubuh tua Mak Som dirangkul
ke dalam pelukannya. Sudah lama dia tidak memeluk tubuh tua yang sudah banyak
berjasa kepada keluarganya ini. Ya Allah, kau peliharalah kesejahteraan ahli
keluargaku Ya Allah. Doa Puan Khalisah dalam hatinya.
“Ha ni, kenapa berpeluk-peluk dengan
Mak Som ni, Lis? Ada apa?” Soal Tuan Ramlee terkejut melihat isterinya yang
menangis dalam pelukan orang gaji mereka.
Pelukan dirungkaikan.
"Tak ada apa-apa. Puan ni sedih
nak berpisah dengan Along." Kata Mak Som sambil meminta diri untuk
ke dapur.
Jihan mendekati mamanya. Tubuh langsing
itu membongkok sedikit ke hadapan untuk bersalam dengan mama kesayangannya.
Jihan melabuhkan punggungnya di sofa
bersebelahan mamanya. Tuan Ramlee turut melabuhkan punggungnya di sofa
bertentangan dengan Puan Khalisah.
“Lis setuju dengan rancangan Along
untuk bertunang dengan Marliana.” Mata Jihan membuntang! Apa? Bertunang? Tuan
Ramlee tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Gembira!
“Along? Along mana? Who is
Marliana?” Soal Jihan tidak percaya. Along Arif? Along mana ni? Oh
my God! Berita sensasi apa yang dia terlepas?
Tuan Ramlee ketawa kuat. “Along Jee la.
Along mana lagi yang Jee ada?”
“Marliana? Siapa tu? Kenapa Jee tak
pernah kenal? Bukan papa janji nak kenalkan Along dengan Kak Arah ke?” Kali ini
giliran Puan Khalisah pula terbeliak. Siapa kata Sarah akan jadi menantunya?
Hilang akal ke?
Perasan akan riak tidak senang pada
wajah isterinya, Tuan Ramlee berdehem.
“Abang tak cakap nak kenalkan Sarah,
abang cuma cakap budak Sarah tu baik, kalau jadi menantu kita pun bagus juga.
Jee yang cadangkan Along. Lis jangan salah faham. Along dah ada pilihan dia, so tak
jadilah plan Jee tu.” Tuan Ramlee tersengih.
“Jee, kan mama dah cakap. Berapa puluh
kali Jee nak mama ulang yang Sarah tu cuma pembantu rumah dalam rumah kita. Dia
tak akan jadi menantu mama! Never!” Suara Puan Khalisah sudah naik
ke oktaf yang keempat. Tidak mampu dikawal lagi nada suara yang melantun keluar
dari peti suara.
Jihan bingkas bangkit dari sofa. Beg
tangannya dicapai kasar. Dia berlari naik ke atas meninggalkan mama dan papanya
di ruang tamu.
“Lis, Jee cuma berkenan sangat dengan
budak Sarah tu. Lagipun apa salah Sarah dengan Lis?” Lembut suara Tuan Ramlee
cuba memujuk isterinya. Dia tidak mahu menyalahkan isterinya dan tidak mahu
menyakiti hati anak perempuannya.
“Lis tak suka dengan dia dan Lis tetap
tak suka dengan perempuan tu sampai bila-bila! Macam manalah dia boleh jadi
anak Sulaiman yang baik tu? Berbeza sungguh dengan sikap Sulaiman!” Marah Puan
Khalisah.
“Lagipun, abang jangan ingat budak
Sarah tu baik sangat. Banyak cerita pasal dia Lis dengar dari kawan-kawan Lis,
Bukan baik sangat budak tu bang! Kesian Sulaiman dengan Aida ada anak macam
tu.” Dah sangkut dengan nama Sulaiman pulak dah. Apa pulak salah Sulaiman dalam
hal ini. Aduh, pening kepala Tuan Ramlee.
Sudahnya, Tuan Ramlee bingkas bangun
dan naik ke atas menuju ke bilik tidurnya. Tubuh yang keletihan minta
direhatkan. Kalau melayan marah isterinya, sampai esok pun takkan reda. Biarlah
marah itu surut sendiri. Lagipun lama mana sangatlah isterinya sanggup marahkan
dia dan anak perempuan kesayangannya itu.
Entah-entah sekejap lagi naik menangis
di bilik Jihan sebab Jihan tak hiraukan dia. Bukan boleh kira sangat isteri dia
tu. Sensitif bukan main lagi tapi masa nak melenting marah langsung tak kira
siapa dah.
Khalisah.. Khalisah.
Itulah Khalisah yang dikenalinya
berpuluh tahun dahulu di United Kingdom. Sama-sama belajar. Sama-sama membina
keluarga.
good job cik sri..
ReplyDeletetp pendek sgt la n3 kali ni..
sambung cpt2 next n3 k..
smbng lgi.. ♥
ReplyDeletesob3...nk nangis2...tolong la lappy kak penulis,jgn wat...
ReplyDeletesaya dh lama tunggu n3 bru...
sedey nyerrr....
xsbr nk tunggu n3 bru...
-noorwieyl a.k.a noor-
x sbr rsenye nk thu apa yg akan happen antara ari dan sarah.. sambung ye.. Chaiyokk!! :D
ReplyDelete~Mutiara Perak
x sbr nk thu apa yg bakal brlaku pd ari dan sarah lps ni. cpt smbung ye.. :) Chaiyokk!
ReplyDeletex sbr nk thu apa yg bakal brlaku pd ari dan sarah lps ni. cpt smbung ye.. :) Chaiyokk!
ReplyDeletebez.x sbr nak thu apa yg akn trjadi antara ari dan sarah nnt.. cpt smbung ye.. Chaiyookk!! :)
ReplyDeletebez..sambung lg..
ReplyDeleteCHaiyokkk!!! :)
Bezz..teruskan yer.. x sbr nk bace entry strusnye. :)
ReplyDeleteDah siap sampai entry ke 21 ni. Tunggu update ye. Sekarang dah ada entry 19. Terima kasih sebab suka dengan penulisan Kau Perempuan Itu. :)
ReplyDelete