Saturday, 10 January 2015

Part 7 - Bali Cintaku

Eleena langsung tidak mengangkat wajahnya apabila namanya diseru lembut oleh Muzammil. “Nak apa?”
“Kau balik lambat ke?”
“Mungkin kot. Why?”
“Nak aku temankan kau siapkan kek ni ke?”
Eleena angkat wajahnya memandang ke arah Muzammil yang berdiri dihadapannya. “Kau dah habis kerja kan?”
Muzammil angguk mengiyakan pertanyaan Eleena.
“So, balik ajelah.. Nak tunggu aku buat apa?” Kening sebelah kiri diangkat sedikit. Bukan marah tapi dia tengah kalut nak siapkan kek untuk majlis hari jadi esok kot. Dah la majlis hari jadi mula pukul 10 pagi, lagilah dia kalut. “Aku nak siapkan kek ni malam ni jugak. Lepas tu boleh balik tidur.”
“Aku tolong kau okay? Bukan senang nak siapkan fondan ni seorang diri. Lama nak menguli benda alah ni, El.”
“Haaa, ikut suka kau lah. Mama aku dengan Ija dah balik ke?”
“Ija hantar mama kau.. Mungkin kejap lagi dia balik sini semula.”
Eleena hanya memandang ke arah Muzammil sambil mengangguk. “Kau buat tayar kereta. Aku rasa budak ni suka kereta kot..”
 
 
“Mama aku pun satu, last minute macam ni dia boleh terima tempahan? Adoi, kalau Ija takde pengsan aku nak buat kek besar gedabak macam ni sorang-sorang tau!”
Muzammil hanya tersengih sahaja mendengar Eleena mengomel itu dan ini. “Kau kan suka buat kek.. Macam hidup mati kau.”
“Mana Ija ni. Kata kejap aje balik rumah, ini dah dekat sejam lebih. Banyak lagi nak kena buat ni.”
Muzammil menyabarkan Eleena yang nampak kalut. “Takpe, kita pasti dapat siapkan kek ni. Jangan risau okay?”
“Aku bukan risau pasal kek ni Mil, aku risaukan Ija tu.. Lama sanngat keluar tak balik-balik. Rumah aku bukannya jauh mana pun. Ke melencong ke tempat lain budak bertuah tu?”
Muzammil hanya menjongket bahu. Tiba-tiba matanya terpandang kelibat Hafiza yang melangkah masuk ke bahagian dapur. “Itu dah sampai..”
Eleena pantas menoleh ke belakang. “Hoi! Mek, kau kemana? Lama sangat keluar, pergi dating ke?”
“Sorry, Kak El.. Ija jumpa dengan kawan Ija tadi, lepak minum sekejap.”
“Amboi, boleh pula dia melepak minum sekejap macam dah takde hari esok lagi dah.”
“Ala, sorry la.. Kawan lama tak jumpa. Kebetulan aje Ija ternampak dia dekat trafic light tadi, sebab tu kami singgah minum kejap. Ala tak jauh pun Kak El, depan kedai kita je pun.”
“Ha, sudah.. Sudah. Akak nak balik tidur malam ni.. Cepat sikit siapkan deco kek ni.” Tegas Eleena. Memanglah kalau tak tidur kerana siapkan kek itu perkara biasa untuk dia tetapi hari ini dia letih sangat sebab ada beberapa biji kek yang dia siapkan sepanjang hari tadi. Jadi tubuh dia memeng memerlukan rehat yang sangat dahsyat sebelum hari esok menjelang.
“Kak El nak Ija hantar kek ni ke esok?”
“Takpe, akak boleh hantar.. Kita siapkan aje kek ni dulu.”
Muzammil dan Hafiza mengangguk serentak.


Eleena mengeliat malas apabila pintu biliknya diketuk bagai nak roboh. “Ye.. ma.. El dah bangun ni.”
“El, kata kek nak kena hantar pukul 10, sekarang dah pukul 9.30 ni El..”
Eleena yang masih meregangkan tubuhnya terhenti. Lekas-lekas tangan menyeluk ke bawah bantal mencari letefon bimbitnya.
“Mampos!”
Eleena terjun dari katil. Tangan pantas mencapai tuala mandi berwana coklat gelap yang tergantung di sebelah bilik mandi.
Sepantas kilat Eleena menyiapkan dirinya ala kadar. Sepasang jeans biru Levi’s disarung ke kakinya. Baju kemeja berbunga kecil-kecil berwarna hijau disarung ke tubuhnya. Minyak wangi Coco Chanel disembur sewenang-wenangnya ke udara dan ke tubuh.
Eleena mencapai Balenciaga kesayangan yang berada di atas meja solek. Kaki laju menuruni anak tangga. “Mama, kenapa kejut El lambat sangat?!”
“Amboi, anak dara aku ni... Mama kejut El dari pukul 7 pagi tadi lagi! Yang El tu lepas Subuh aje nak tidur..”
“El kena hantar kek Puan Wati tu pukul 10 tau tak? Habislah kalau cucu dia menangis nanti..”
“Takpe, hari ni weekend. Kereta tak banyak pagi-pagi macam ni.. Sempat lagi nak sampai ke Mont Kiara tu.. Bawak kereta tu laju-laju sikit.”
Amboi, sempoi betul nasihat mama dia. Bawak kereta lajuu-laju..
Eleena mencapai secawan milo suam di atas meja sarapan. “El, pergi dulu. Mama doakan El selamat balik ya!” Pipi Puan Arafah dicium.
“Bawak kereta laju-laju tapi cermat sikit. Jangan nak kelam-kabut sangat. Dorang mesti tunggu kek El yang lawa tu sampai.”
Eleena bergegas keluar dari rumah selepas mengambil kek dari peti sejuk. Nasib baiklah semalam dia tergerak hati untuk membawa kek berbentuk kereta itu pulang ke rumah. Kalau tak memang habislah dia kerana perlu ke kedai kek dahulu sebelum membuat penghantaran kek ke tempat sepatutnya.
Kereta berhenti betul-betul dihadapan rumah tiga tingkat di Mont Kiara. Subhanallah. Besarnya rumah!
Eleena terpukau beberapa saat apabila melihat rumah tersergam indah dihadapannya. Kalaulah dia boleh tinggal di rumah sebesar ini, memang goyang kaki tak perlu bersusah payah buat kek lagi.
Tangan pantas membuka pintu bahagian penumpang apabila Eleena mulai tersedar bahawa dia sudah terlambat lima minit.
“Kek ke?”
Tegur seorang wanita yang melihat Eleena mengusung satu kotak besar berwarna ungu cair.
“Ye, kek.. Minta maaf saya lambat.”
“Takpe, majlis belum mula lagi. Jom saya tunjuk tempat letak kek.”
Eleena membontoti wanita muda yang bertudung itu.
“Letak dekat sini ya.”
“Takpe, saya siapkan kek dan candle semua sekali. Maaf sangat-sangat sebab lambat.” Bersungguh Eleena rasa bersalah.
“Saya Izati. Boleh panggil Kak Zati.” Izati menghulurkan tangannya dan Eleena menyambut huluran tangan itu dengan senyuman manis. “Birthday party anak saya ni.”
Mulut Eleena berubah kepada bentuk O. Tuan rumah? Allah, malunya dah la lambat disambut pula tuan rumah. “Segannya saya sebab terlambat. Minta maaf ye Kak Zati.”
“Eh, takpe.. Ni mama akak yang tempah kek ni dengan adik. Akak minta maaf ye sebab last minute order.”
“Eh, takpe kak. Saya tak kisah.”
“Ni terlajak bersembang tapi nama adik ni tak tahu pula..”
“Eleena.”
“Oh, Eleena. Kejap ye akak panggil mama akak turun. Tengah sibuk bersiap dekat atas lagi agaknya, Eleena tunggu kejap ya.”
Sebaik sahaja kelihat Izati hilang, Eleena mengeluarkan kek daripada kotaknya. Dengan penuh berhati-hati Eleena meletakkan kek berbentuk bola itu di atas meja.
Eleena hanya membiarkan sahaja beberapa kanak-kanak mengelilingi meja kek yang sedang disiapkan olehnya. “Tengok aje tau, belum boleh makan lagi.. lepas nyanyi lagi happy birthday baru boleh makan, okay?”
Beberapa orang kanak-kanak yang berada di situ hanya mengangguk sahaja mendengar cakap Eleena.
“Kakak cantik nama apa?”
Eleena memandang seorang kanak-kanak yang mungkin berusia lima tahun. “Awak nama apa?”
“Saya nama Insyirah. Kakak?”
Eleena senyum ke arah Insyirah. “Sedaplah nama awak.. Kakak nampak Eleena. Boleh panggil Kak El.”
Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki yang lebih tua daripada Insyirah menjerit kuat. “Waaa, Kak El! Kalau Uncle Eden ada mesti dia suka dengan Kak El.”
Mendengar sebaris nama yang agak familiar pada pendengarannya tangan Eleena lumpuh seketika untuk bekerja. Otak lekas-lekas memproses tugasnya.
Takkan Zaidan kot? Ingat Eden tu nampak Zaidan seorang ke? Aydan pun boleh jadi Eden juga. Atau pun Zidenne ke? Ha, ingat Zaidan aje nama Eden? Kau suka over kan Eleena!
Eleena kalut menyiapkan kerjanya. Kalau boleh dia tidak mahu terserempak dengan Uncle Eden yang dimaksudkan oleh budak lelaki tadi. Biarlah menjadi rahsia siapa pemilik nama Eden itu.
Kelibat manusia kian ramai memenuhi ruang rumah mewah itu. Eleena yang sudah hampir menyelesaikan tugasnya melajukan tangannya membuat kerja. “Ni birthday siapa ni?”
“Saya!”
Mata Eleena mencari suara yang menjawab pertanyaannya sebentar tadi.
Dunia terasa kelam. Jantung seolah-olah berhenti berdetak.
“Uncel Eden tipu!!!”
Eleena kembali ke dunia nyata apabila mendengar kanak-kanak bersorak gembira.
“Hi Adif. Happy birthday to you.” Zaidan tunduk mencium kepala Adif anak buahnya.
“Kak El, ni lah Uncel Eden. Uncel Eden suka Kak El tak?” Insyirah menarik tangan Eleena supaya bergerak mengikutnya pergi kepada Zaidan.
Eleena pantas merungkaikan tautan tangan Insyrah ditangannya. “Insyirah, Kak El kena balik ni.. Kak El ada kerja lain nak buat.”
“Ala Kak El tunggulah Adif potong kek dulu.”
“Tak boleh.. Kak El nak kena hantar kek dekat budak lain pulak. Dorang pun sambut birthday jugak hari ni..”
Adif mula menarik muncung panjang.
“Nanti Kak El datang sini lagi okay?” Kepala Adif diusap lembut. Memujuk birthday boy. Tak mahulah dia merosakkan mood kanak-kanak di sini. Dia bukannya sesiapa yang penting pun untuk majlis hari jadi ini.
“Anak-anak mama buat apa dekat sini?”
Kemunculan Izati dan Puan Hirdawati bagaikan satu trofi kemenangan untuk Zaidan. “Kak Zati, ni orang yang buat kek ni dah tak nak tunggu sampai upacara potong kek lagi..”
“Eh, Eleena.. Tunggulah sampai anak akak potong kek. Kejap aje..”
Eleena mulai serba salah dengan ajakan Izati. “Tak apalah kak, saya bukannya kenal sesiapa dekat sini. Segan saya kak.”
“Kalau tak kenal boleh berkenalan. Saya Zaidan.” Mana mungkin dia melepaskan Eleena pergi kali ini.
Eleena kelu.
“Tunggulah sekejap lagi.. Tunggu cucu aunty potong kek ya?” Puan Hirdawati mencelah. Dia nampak ada sinar dalam mata Zaidan yang meminta agar Eleena menyertai mereka.
“Bolehlah Kak El.. kejap aje.”
Akhirnya Eleena menglah. Lembut hati dia kalau berdepan dengan budak-budak. Tak sampai hati nak kecewakan mereka yang mengharap.
Eleena duduk di sofa kosong di sudut rumah. Rasanya dia dah berkenalan dengan semua orang dalam keluarga ini.
Suami Izati ialah Rahimi. Insyirah dan Adif adalah anak-anak mereka. Kemudian ada pula abang long Zaidan iaitu Hanif dan isterinya Ku Asna serta anak mereka Alif, Hazuan dan Aliah. Memang meriah betul keluarga Zaidan.
Eleena sibuk berbual sana dan sini untuk mengelakkan dirinya didekati oleh Zaidan. Dia kalau boleh jadi invisible, memang dia invisible sekarang ini. Tidak sesaat pun Zaidan melepaskan matanya dari wajah Eleena.
Segelas jus oren diletakkan di hadapan Eleena. “Untuk awak.”
Eleena yang berkira-kira untuk bangun di halang oleh Zaidan. “Please, sebelum saya lamar awak depan keluarga saya.”
Tubuh terhenti pergerakan. Dia tidak tahu sejauh mana Zaidan boleh bertindak. Ini rumah keluarga Zaidan, mungkin lelaki ini benarbenar boleh bertindak gila, siapa tahu?
“Eden, saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Saya tak tahu macam mana saya boleh tersesat dalam majlis ni.”
“Jodoh, mungkin?”
Eleena tergelak sinis. Jodoh kepala hangguk dia! Ini musibah bukannya jodoh. “Awak jodohlah seorang diri Eden. Saya tak sudi!”
“Mana awak tinggal? Apa nombor telefon awak El..?”
“Awak ingat saya akan beri kepada awak? Jangan mimpilah! Saya tak sudi nak berkenalan dengan awak yang dah jadi milik orang lain.”
“Apa yang awak merepek ni El?”
“Lelaki semua sama, kan? Dah ada kekasih tapi tak nak mengaku. Paling sedih sekali yang dah ada isteri tetapi sanggup menipu sebab nak cari perempuan lain. Pity!” Luah Eleena geram.
“Awak salah faham dengan saya ni El. Saya belum kahwin lagi.. Saya takde kekasih pun. Awak salah info kot?” Zaidan cuba berjenaka dengan Eleena namun Eleena masih mengeraskan mukanya. Langsung tidak terkesan dengan lawak Zaidan.
“Saya nak balik.”
“Bila saya boleh jumpa awak lagi, El?”
“Takkan.. Sampai bila-bila pun awak takkan jumpa saya.” Luah Eleena geram! Dia tidak tahu kenapa dia geram. Kenapa dia rasa sakit hati apabila dia nampak wajah Zaidan di hadapannya. Dia rasa hati dia bagai disiat-siat kejam bila mengenang kenangan Zaidan dipeluk erat oleh Sherni.
Eiii, sumpah sakit hati!
“Awak nak lari daripada saya sekali lagi?”
Eleena berdiri dihadapan Zaidan. Air mata ditahan sedaya-upaya agar tidak gugur. “Jangan cari saya lagi. Kita takde apa-apa hubungan pun selama ini, Eden.”
Eleena bergerak keluar dari rumah Zaidan. Dia tahu tindakannya nampak kurang ajar tetapi dia tidak betah untuk berdepan dengan Zaidan lagi. Dia perlu meninggalkan rumah ini daripada membiarkan hatinya kecewa. Hati dia tidak kuat untuk mendengar Zaidan terus-terusan merayu kepada dia. Dia bimbang jika dia kalah dengan rayuan lelaki itu.
Suara yang memanggil dari arah belakang hanya dibiarkan sahaja. Eleena melajukan langkahnya bergerak ke kereta.
“El, please dengar cakap saya..” Pintu kereta Eleena ditekan kuat untuk menghalang Eleena masuk ke dalam kereta.
“Eden, apa awak buat ni? Saya kena balik tau tak? Banyak lagi kerja lain saya nak buat hari ni!” Marah Eleena. Mata meliar bimbang kalau ada antara keluarga Zaidan yang memerhati drama sebabak ini.
I love you, El. I love you so much!”
“Saya tak pernah cintakan awak dan takkan cintakan awak.”
“Dulu awak cakap kalau saya jumpa awak, awak akan terima saya dalam hidup awak. Awak kena tunaikan janji awak, El!” Zaidan mula mengungkit kata-kata di lapangan terbang beberapa bulan lalu. “El, saya macam orang gila cuba cari awak! Saya dah hampir give up!”
Then kenapa tak give up?”
Because I love you!  Saya yakin saya akan jumpa awak semula.”
Eleena mengesat air mata degil yang jatuh ke pipi. “Stop being a liar. Hubungan kita takkan berjaya ke mana-mana pun.”
“Saya tak tipu. Sumpah saya tak tipu awak El. Saya betul-betul cintakan awak.”
Eleena membuang pandang ke sebelah kanannya. Memandang kosong ke arah taman bunga Puan Hirdawati. “Bukan awak rasa awak cintakan saya?”
No, I am not! Saya bukan rasa tapi saya benar-benar cintakan awak. Bagi saya peluang untuk jaga awak.” Sekali lagi Zaidan merayu supaya Eleena membuka pintu hatinya untuk dia.
Eleena menggigit bibir bawahnya kuat. Ya Allah, jangan rapuhkan hati dia ketika ini. Jangan biarkan dia hanyut dengan pujuk rayu Zaidan. “Saya tak boleh. Kita tak sesuai..” Air hidung yang hampir meleleh keluar dikesat kasar.
“Saya akan cuba.. Bagi saya peluang.” Bahu Eleena disentuh lembut. Anak mata Zaidan memadang ke dalam anak mata coklat pekat milik Eleena. “ Please.” Pinta Zaidan penuh pengharapan.
“Eden.. Sayang.”
Zaidan pantas kalih ke belakang apabila namanya diseru.
Sherni!
“Apa you buat dekat sini?” Terkejut dengan kemunculan Sherni di rumahnya secara tiba-tiba.
“Who is this? Kenapa you pegang perempuan ni, sayang?” Soal Sherni radang apabila melihat tangan Zaidan masih melekat dibahu Eleena.
Eleena menepis tangan Zaidan. Pintu kereta dikuak kasar dan Eleena menghilang ke dalam perut kereta sebelum mengunci Honda Jazz miliknya dari dalam.
“El! Open the door! El!!” Zaidan mengetuk cermin tingkat.
Eleena langsung tidak mempedulikan Zaidan. Enjin kereta dihidupkan. Kereta berundur ke belakang. Zaidan masih lagi mengejar Eleena sambil mengetuk cermin tingkap kereta Eleena.
“Eleena! Eleena!”
Zaidan hanya memerhatikan Honda Jazz berwarna hitam itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah mewah milik keluarganya. Hati Zaidan hancur sekali lagi.
Allah!
Mana dia nak cari Eleena? Zaidan memegang kepalanya yang berat. Dia kehilangan Eleena sekali lagi.
“Hey. I am talking to you Eden! Siapa perempuan tu?”
“Jangan masuk campur dalam hidup I, Sher!”
What do you mean by jangan masuk campur dalam hidup you?! Selama ini I ganggu hidup you ke Eden?”
Zaidan berdengus kasar. Menahan hatinya yang panas membara kerana diganggu oleh Sherni sebentar tadi. Kalau Sherni tak muncul mungkin Eleena terima lamaran dia sebentar tadi.
“Cakap dengan I siapa perempuan tadi, Eden!” Desakan Sherni membuatkan Zaidan serabut.
Sherni yang masih menagih penjelasan daripada Zaidan dibiarkan terkontang-kanting di hadapan rumahnya. Pasti bonda dia yang menjemput Sherni, jadi biarlah bonda dia sahaja yang melayani Sherni.

7 comments :

  1. Ahh tak sabar nak tunggu next entry . Good job kak sri .

    ReplyDelete
  2. best. tak sabar nak tunggu sambungan. Shermi nie selalu jer lah kacau. anti klimaks.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, insyAllah hari ni atau esok Sri bagi entry baru ya..

      Delete
  3. Next n3 kak!! Next!! Gila dh ni..haggard
    waiting
    -lufee-

    ReplyDelete