Friday 7 December 2012

Bab 4 Kau Perempuan Itu



Jika bukan kerana panggilan telefon Mak Long Fadilah malam tadi yang meminta dia pergi menjemput anak bongsu mak longnya pulang dari Australia, dia memang takkan menjejakkan kakinya di tempat yang sesak begini. Anak-anak mak long yang lain pulak semua sibuk dengan hal masing-masing, tak boleh nak jenmput adik bongsu yang seorang ini.

Laila ni pun satu, bukan reti nak cepat-cepat sikit. Sempat lagi nak bergambar kenangan dengan kawan-kawan dia pulak. Masa dekat Australia tak habis bergambar agaknya. Takpun filem kamera habis. Kalau pakai digital camera, bateri kamera flat. Sungguh, memang dia geram. Hampir empat puluh lima minit dia tercongok menunggu Laila dan rakan-rakannya yang sakan bergaya di depan kamera. Sekejap duduk, sekejap berdiri. sekejap berdua, sekejap ramai-ramai. Sampai sekarang pun masih belum habis. Tangannya mencuit bahu Laila. Kesabarannya dah habis. Habis. Kalau boleh naik signal minyak hampir habis, dah naik signal tu atas kepala dia sekarang ni. Lenguh kaki dia berdiri lama-lama di sini. 

"Pukul berapa nak balik ni? Mama Laila dan tunggu dekat rumah ni.." Tak larat nak tunggu dah Laila oi. Jom la kita balik. Ikutkan hati, mahu saja Sarah jerit ke telinga Laila. 
"Ala Kak Arah ni. Sabar la. Kawan Laila ni, abang dia kerja pilot tau. Tunggu la abang dia datang. Handsome. Laila nak kenalkan dekat akak". Hah sudah. Nak jadi matchmaker pulak ke si Laila ni. 
" Laila ambek la mamat tu. Akak tak nak.Akak nak balik je sekarang ni. Jom", tubuh dipalingkan serentak dengan langkah kaki. 

Bum! Adoi, sakitnya dahi. Tangannya pantas menggosok dahi yang sakit. Langgar tiang apa pulak ni. Sarah mendongakkan kepalanya. Manusia. Oh, kacaknya. Mata Sarah dikelipkan beberapa kali. Kot-kot bermimpi. 

"Buta ke you ni?" Cantik sungguh bahasa lelaki kacak di hadapannya ini. Harapkan muka kacak, budi bahasa langsung takde. Failed
" Tak buta, tapi tak nampak", balas Sarah geram. Ambik kau. 
" Itulah, nanti berjalan buka mata luas-luas. Jangan letak mata di lutut", tutur lelaki kacak itu sambil tangannya membuka matanya luas-luas. Masih lagi kacak.
"Laila! Jom balik", Laila dan kawannya Jihan yang semenjak tadi menjadi penonton tersentak tatkala nama Laila dilaung kuat oleh Sarah. 
" Jee, aku balik dulu. Nanti kirim salam abang kau ye" Ujar Laila kalut. Takut kena marah lagi.
" Laila, sebenarnya... " belum sempat Jihan menghabiskan kata-katanya, Sarah terlebih dahulu menyampuk.
" Sorry la ye Jihan, nanti-nantilah kenalkan abang Jihan tu dekat Laila ye. Akak nak balik ni.. Mama Laila dan lima puluh enam kali dah call akak. Risau agaknya", Sarah cuba bergurau supaya Jihan tidak berkecil hati kerana tidak menunggu abangya. 
"Jalan tu tengok dengan mata, jangan letak kata dekat lutut", lelaki tadi yang diam sedari tadi masih sempat mengingatkan Sarah. Menyakitkan hati, bentak Sarah. Harap muka je handsome. Takde budi bahasa langsung.  Kesian siapa yang jadi girlfriend lelaki itu. 

Kereta dipandu menuju ke Shah Alam. Perjalanan hampir satu jam dari KLIA menuju ke rumah Laila dihidangkan dengan cerita-cerita Laila tentang Australia. Laila bersungguh-sungguh menyuruh dia pergi ke Australia suatu hari nanti, jika bukan untuk belajar, untuk berjalan-jalan. InsyaAllah Laila. Dari satu cerita ke satu cerita Laila menceritakan pengalamannya. Tidak terlepas cerita tentang Fadli, kekasih hatinya yang sama-sama menuntut di Adelaide University, Australia. 

" Fadli cakap nak masuk meminang Laila tak lama lagi, tapi Laila rasa mama mesti tak setuju", ujar Laila sedih. 
" Kenapa mak long tak setuju pulak?" 
" Mama nak akak kahwin dulu." Sarah pulak dikaitkan dalam hal ini. Aduhai, dia nak kahwin dengan siapa? Calon pun takde. 
" Akak mana ada boyfriend la Laila. Macam mana akak nak kahwin?"
" Itulah akak. Tadi Laila nak kenalkan akak dengan abang Jihan akak tak nak. Abang dia tu pilot tau. Handsome pulak tu!" jawab Laila sambil membuat mimik muka comel. Tangannya diletakkan di dadanya seolah-olah menahan getaran di hati. Ah, over kau Laila! 
" Mana Laila tahu handsome? Laila pernah jumpa ke dengan abang Jihan tu?" Soal Sarah serius. 
" Belum pernah jumpa, tapi kawan-kawan Laila cakap abang Jihan tu kacak sangat orangnya" bersungguh-sungguh Laila meyakinkan dia. Sarah diam tidak menjawab. Malas nak melawan cakap budak manja seorang ni. 
" Akak tolong la cakap dengan mama. Laila tak boleh nak cakap dengan mama, nanti Laila naik angin", tutur Laila sedih. Inilah masalah budak seorang ni. Manja sangat. Mudah sangat memberontak kalau keinginannya ditolak. 
" Nantilah akak cuba cakap dengan Mak Long..." Wajah Laila dipandang.  Serta-merta wajah mendung tadi bertukar ceria. Bibirnya mengukir senyuman. Dia tahu Laila lembut hati. Sudah dua puluh tiga tahun dia mengenali gadis genit disebelahnya ini. Bukan sehari dua dia berkenalan dengan Laila. Masak benar dia dengan perangai Laila.

Tidak mungkin dia akan melukan hati Laila. Sarah sedar betapa mak long sekeluarga banyak membantunya sehingga kini. Abah yang bekerja sebagai pemandu di rumah Tuan Ramlee pun kerana mak long yang membantu abah mencari kerja itu. Dia sedar betapa banyak dia sekeluarga menyusahkan mak longnya. Memang mak long tidak pernah mengungkit, tidak pernah sekalipun tetapi Sarah sedar diri. Dia tidak akan melupakan segala pengorbanan mak long sekeluarga terhadap keluarganya. Satu keluhan berat dilepaskan. Pandangan mata ditumpukan ke arah Laila yang duduk di tempat duduk penumpang di sisinya. Dia nampak ada perubahan berlaku kepada gadis cantik itu.

" Ni kenapa rambut dah jadi warna karat ni? Air dekat Australia tu warna karat ke apa?" Soal Sarah melihat perubahan rambut sepupunya itu. Baru setengah tahun lepas dia jumpa Laila, masih lagi hitam rambut gadis itu. Cepat betul bertukar warna. 
Sedar dirinya diperli oleh kakak sepupunya, Laila hanya tersengih tidak menjawab. 
" Bab warna rambut ni, kalau mak long tanya, Laila jawab sendiri okay. Akak tak masuk campur tau", kenal benar Sarah dengan mak longnya seorang itu. Bukan dia suka sangat dengan budaya-budaya barat ni. Masa kakak Laila, Hannah warnakan rambut dulu, teruk jugak Hannah kena bantai dengan getah paip. Kalau tak silap Sarah ketika itu Hannah berusia enam belas tahun. Boleh tahan jugak anak-anak mak long dia ni. 

Memasuki kawasan perumahan rumah teres dua tingkat itu menjadikan Sarah lega. Tidak perlu lagi dia berjanji setia macam-macam dengan Laila. Tadi bukan main lagi Laila memohon supaya dia berjanji akan memujuk mak longnya supaya mengizinkan dia berkahwin dengan Fadli. Jenuhlah dia nak menghadap mak longnya sepanjang hari ini. Aduhai. Keluh hati Sarah. 

Kereta myVi hitam milik Sarah betul-betul berhenti di hadapan rumah terus berwarna coklat cair itu. Hon sengaja dibunyikan dua kali menandakan mereka sudah selamat tiba di rumah itu. Sarah nampak mak longnya tergesa-gesa keluar dari rumah. Sarah tersenyum melihat muka terkejut mak longnya. Sudah dapat mengagak reaksi mak long kesayangannya itu. Habislah kau Laila.... Silap hari bulan botak kepala kau. Sarah ketawa dalam hati. 

*************************************

" Jee nak kenalkan abang dengan sepupu Laila tu. Cantik tau sepupu Laila" bentak Jihan. Tak habis-habis mengomel sepanjang jalan kerana kelewatan abangnya tiba di KLIA.
" Abang sibuk la. Semalam abang kerja. Malam nanti abang kerja lagi. Kalau Jee nak sangat kakak ipar, nanti abang carikan malam nanti, ye?" kepada Jihan digosok perlahan persisi memujuk anak kecil.
" No! Jee nak abang kenal dengan sepupu Laila jugak!"
" Dah sampai, jom masuk", Ari Aqashah mematikan perbualan dengan adiknya. Tak habis-habis nak kenalkan dia dengan kawan-kawannya. Rimas. Dia cukup kacak untuk mencari kekasih sendiri. Muka ala-ala aktor Korea ok. This is Ari!



Pintu kereta BMW itu dihempas kuat. Protes.
"Jihan! Barang ni siapa nak angkat?" Jihan kalih memandang abangnya. Ari Aqashah angkat kening.  Menjeling maut dihadiahkan kepada abangnya. Kaki laju melangkah laju masuk ke banglo dua tingkat berwarna putih krim itu. Ikutkan hati nak aje marah adiknya yang sesuka hati menghempas pintu keretanya dengan kuat. Kalau tercabut pintu tu tadi, siapa nak ganti? Adiknya bukan kerja lagi.

"Mama! I'm home", bergema satu banglo dengan suara nyaring Jihan. Ceria.
Puan Khalisah yang baru muncul dari ruang dapur laju menapak ke arah anak bongsu kesayangannya itu. Tubuh ramping anaknya itu dipeluknya erat. Pipi gebu anaknya dicium bertalu-talu tanda melepaskan rindu yang tak sudah. Tubuh Jihan sekali lagi tenggelam dalam dakapan Puan Khalisah. Bagaikan tidak mahu melepaskan tubuh ramping itu pergi lagi darinya. Empat tahun dia berjauhan dengan anak bongsunya, kali ini dia tidak mahu lagi melepaskan Jihan pergi jauh darinya.
" I miss you, mama", dakapan erat mamanya dibalas. Kejap.
" I miss you more my little baby", dua tiga kali kucupan singgah di dahi anak daranya kali ini.
" I am not your little baby anymore!" luah Jihan dalam nada merajuk. Dia sudah berusia 23 tahun. Sudah cukup besar. Cukup dewasa. Kehidupan berjauhan dengan keluarganya menjadikan dia matang. Dia tidak mahu dikawal seperti zama persekolahan lagi. Tidak mahu!

" Ehem! Baby girl dah balik, lupa la dekat Ari kan, ma?" gangguan suara garau ini menyebabkan Puan Khalisah berpaling ke belakangnya. Mencari arah suara itu datang.
" Ari kan dah lama dekat rumah. Biar lah mama nak manjakan Jee pulak", balas Puan Khalisah tersenyum manis.
" No! Jee dah besar la mama. Jee taknak bermanja dengan mama macam budak-budak lagi. Nak manja macam orang-orang besar. Hehehe.."
" Ha, baguslah kalau Jee taknak manja lagi. Meh sini tolong abang angkat barang-barang Jee dalam boot kereta tu sebagai salah satu perkembangan yang menunjukkan Jee tak manja lagi", laju Ari menarik tangan adiknya.
" Tak nak! Abang kan lelaki, abang lah kena angkat barang tu semua". Ari Aqashah dah agak dah. Tak nak manja lagi konon. Dalam mimpi boleh la. Kaki dihayun laju ke luar rumah. Banyak betul barang-barang yang adiknya bawak balik dari Australia. Perempuan kalau dah membeli barang, memang tak ingat dunia. Habis semua dia nak beli bawak balik. Macamlah dekat Malaysia takde semua barang-barang ni. Adoi.

Selesai mengangkut semua barang adiknya ke dalam rumah, kaki dihayun menuju ke tingkat atas. Tubuh sasanya dihempas ke atas tilam empuk miliknya. Penatn mengangkut barang Jihan yang maha banyaknya, Macam tiga puluh lima tahun tinggal di Australia. Itu pun mugnkin hanya suku atau separuh dari keseluruhan barang-barangnya. Kontena yang bakal tiba beberapa minggu lagi belum tahu banya mana lagi barang-barang dalam kontena tersebut. Ari melepaskan keluhan. Memang kaki shoping betul Ariana Jihan ni.

Tiba-tiba telefon bimbit jenama Blackberry berdering.

" Sayang.. You dekat mana?" Atilia. Suara manja itu dia cukup kenal. Kenal sangat!
" Home. Landing on my bed. Why?" Sengaja dia tekankan perkataan bed itu supaya Atilia tahu dia memang tak berniat untuk keluar.
" Bed. Wow.. wanna me to join you there?" Kembang kempis hidung Atilia menuturkan ayat itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia sanggup tinggalkan semua kerja dia kalau Ari Aqashah mahukan dia di sisi saat ini. Membayangkan tubuh sasa lelaki itu pun dah cukup membuatkan dia angau.
" No. No! I nak rehat today. Kenapa you call I?" Ari tepuk dahi. Ah, sudah. Perempuan ni memang tak tahu bahasa ke apa? Dia nak rehat, nak tidur. Seorang diri, bukan nak tidur berdua. Gila!
" Oh.. I nak ajak you keluar makan.. You tak free ke?" Dah agak. Nak keluar makan, kemudian nak ajak shopping. Macam tak kenal dengan sikap supermodel terkenal yang bernama Atilia ni.
" Sorry, I penat la Ati. Next time okay". Punat merah ditekan. Mahu lekas menamatkan perbualan dengan wanita itu. Nafas dihembus perlahan. Atilia... Bibirnya mengukir senyuman.
Matanya cuba dipejam rapat. Sementara tunggu waktu kerja malam nanti, sempat dia tidur dulu sekarang ni. Tubuhnya perlukan rehat yang secukupnya untuk memastikan dia bertenaga untuk kerja waktu malam.

Atilia merengus geram. "Tak guna punya Ari! Janny, cuba you tengok badan I sekarang ni, tak cukup sexy ke, hah?"
Janny yang sedang mendandan rambut Atilia tersentak. Panggil nama aku ke mak tiri ni? Auu, seram! Terkocoh-kocoh Janny ke hadapan Alitia. Menghadap muka cantik itu. Memang cantik, tak perlu nak puji sangat muka Atilia ni. Kalau tak kurus, sexy, tinggi, putih melepak.. macam mana nak jadi supermodel. Famos seantero dunia. Kalaulah dia jadi Atilia.. Aduhai, indahnya duniaku.

"Janny!!!!" Jeritan kuat yang menerjah ke gegendang telinganya mengembalikan gadis gempal bercermin mata tebal itu ke dunia nyata. Janny tersengih sumbing. Malu.
" Yes Ati. You paling cantik, sexy, and your body..." Janny diam. Liur ditelan.
" What is wrong with my body?!" marah Atilia. Gusar. Apa tak kena dengan tubuh tinggi lampai dia?
" Sangat superb!Kalau bertanding you dengan JLo kan Ati, you memang lima puluh lima kali berbanding JLo. Cantik sangat!" tutur Janny laju dalam satu nafas. Fuhh! Nafas dihembus kasar.

Janny bergerak kembali ke posisi tadi. Rambut Atilia disikat sekali lagi. Bukan sehari dua dia berkenalan dengan Atilia, dah hampir tiga tahun Atilia mencipta nama dalam bidang peragaan. Nama Atilia, siapa tak kenal. Mungkin orang-orang kampung aje lah tak kenal. Tak mengikuti perkembangan fesyen negara. 

Gadis tinggi lampai yang garang macam mak lampir ni memang terkenal sangat sikap garangnya dalam kalangan mekap artis dan fashion designer. Walaupun garang nak mampus, masih banyak job yang diterima Atilia sebab sikap profesional dalam kalangan pereka fesyen. Mereka tahu Atilia mampu melariskan pakaian yang direka mereka. Siapa tak telan liur melihat liuk lintuk tubuh ini di atas pentas peragaan.

No comments :

Post a Comment