Fail di atas meja di pandang dengan
pandangan sebal. Sengaja je Razlan ni nak kenakan dia! Kalau hantar sampai enam
buah fail selonggok macam ni, macam mana dia nak siapkan semuanya hari ini. Dah
la sekarang ni pukul 3.30 petang. Nak sebelum pukul 9.30 pagi esok. Gila ke?
Kalau ikutkan hati dia memang dia
nak cakar aje muka Razlan. Dengan muka sombong dia bukan main lagi, lepas tu
cakap sindir-sindir memang buat hati dia terbakar. Nasib baik boleh bersabar
lagi kalau tak memang dah lama Razlan masuk hospital sebab kena cakar dengan
kuku dia.
Haleda mengetuk pintu bilik Azara
dua kali sebelum mendengar laungan perkataan masuk daripada Azara. “Masuk!”
“Amboi, garangnya perkataan ‘masuk’
tu..” Azara menjeling sedikit ke arah Haleda. Bengang dengan Razlan dilepaskan
kepada Haleda. “Ni kenapa jeling-jeling akak pulak ni? Marahkan siapa?”
“Bos.” Jawab Azara sepatah. Bengang
betullah dengan Razlan. Sumpah dia rasa nak campak sebiji-sebiji fail ke muka
Razlan. Bagi kerja tak beragak langsung kot.
“Kenapa dengan Encik Razlan?”
Jari telunjuk Azara lurus menunjuk
ke arah fail di depan mukanya. “Akak nampak tak semua fail ni? Dia suruh Zara
siapkan semua ni hari ini jugak! Gila ke kak?”
Haleda membeliakkan matanya. Biar
betul Razlan ni! Takkanlah dia suruh Azara siapkan semua ni kot?
“Tahu pun akak terkejut. Gila punya
bos! Ya Allah, sakitnya hati Zara ni kak… Sakitnya hati!”
“Zara, ini kan hari pertama Zara
kerja, takkan Encik Razlan dah bagi kerja banyak macam ni dekat Zara?”
“Yes kak! Yes!” Keras nada
suara Azara. Bengkak betul hati dia hari ini.
“Akak memang nak sangat tolong Zara
tapi akak dah janji dengan bekas suami akak nak beli barang-barang untuk hari
jadi Tini hujung minggu ni Zara.. Akak minta maaf sangat-sangat sebab akak tak
boleh nak tolong Zara.”
Azara mengeluh perlahan. “Takpe lah
kak. Zara tak suruh akak tolong pun sebab ni semua memang kerja Zara.”
“Akak rasa bersalah sangat dengan
Zara. Kalau Zara tak boleh buat sorang diri, akak tolong Zara. Akak cakap
dengan Abang Hamdi yang akak balik lambat hari ni ya?” Haleda rasa serba salah
seorang diri. Sumpah rasa seba tak kena kalau tak tolong Zara. Kalau buat
sorang-sorang memang pukul 10.00 malam baru balik ni.
“No, kak! Tak perlu. Zara tahu yang Abang Hamdi tu masih harapkan
akak, mana tahu kot-kot bila dah selalu keluar bersama ni kasih boleh bertaut
semula.”
Haleda tergelak kecil. “Dah dua
tahun Zara, macam itu jugak akak dengan dia. Malaslah akak nak fikir lagi. Akak
dengan dia baik ni pun sebab Tini aje. Kalau bukan kerana Tini memang malas
akak nak berhubung dengan dia lagi.”
“Akak jangan risaulah. Akak
teruskan aje dengan janji akak nak
keluar dengan Abang Hamdi tu ya. Zara boleh siapkan semua ni, akak jangan
risau. Bos tu saja je nak kenakan Zara sebab dia tahu Zara ni pekerja baru.”
“Zara buat dulu yang mana mampu,
kalau tak boleh tu biar ajelah. Encik Razlan tu bukan makan orang pun kalau
Zara tak siapkan kerja.”
Memanglah tak makan orang kak tapi
dia punya mulut tu kalau dah menyindir macam nak tumbuk-tumbuk aje bagi lunyai!
“Okay kak.”
“Akak keluar dulu. Akak pun ada
banyak juga kerja nak disiapkan. Saja je datang melawat Zara dekat sini tapi
tak sangka pula Zara banyak kerja.” Azara tayang senyum nipis. Mulut bolehlah
senyum, hati ni sakit nak mampus gara-gara sikap Razlan.
Sebaik sahaja pintu biliknya
dirapatkan semula oleh Haleda, Azara kembali menunduk memandang fail di depan
matanya. Bibir mengeluh lemah. Jangan layan sangat perasaan geram tu. Nafas
ditarik perlahan.
“Kau boleh Zara! Kau boleh siapkan
semua ni.” Azara memberikan motivasi kepada dirinya sendiri. Yeah, dia
bersemangat untuk siapkan semua ini. bersemangat waja!
“Masuk!”
“Papa, belum balik lagi?” Razlan
melangkah masuk ke dalam bilik Encik Latif. “Dah pukul 6.15 ni, papa buat kerja
apa lagi?”
Punggung dihenyak di atas kerusi di
depan meja Encik Latif.
“Papa dah nak baliklah ni, tengah
kemas-kemas meja. Malam ni ada dinner
date dengan mama.” Razlan tergelak kecil melihat wajah Encik Latif yang
berseri-seri.
“Romantik habis papa ni!”
“Alan ni kenapa belum balik lagi? Tunggu
siapa?”
Razlan menggaru dagu yang tidak
gatal. Tunggu siapa? Kenapa papa ingat dia menunggu seseorang ke? “Mana ada
tunggu sesiapa pun. Ada kerja lagi nak buat. Alan balik lewat sikit kot.”
Encik Latif mengangguk beberapa
kali. “Tadi papa dengar Haleda bukan main bengang lagi bila Alan bagi kerja
dekat Zara. Kenapa?”
Hah? Mengadu dengan papa ke budak
Azara ni? Kurang ajar punya Azara. Baru bagi kerja sikit dah mengadu. Dia ingat
dia siapa? Anak bos besar?
“Azara tu mengadu dengan papa ke?”
“Ish, bukan Zara tapi Haleda yang
cakap dengan papa Alan bagi kerja banyak pada Zara tu.. Lepas tu Alan nak ambil
esok.”
Razlan menggaru cuping telinga.
Amboi, baru masuk ke kerja satu hari aje dah mengadu dengan Haleda? Nak kena
betul perempuan ni! “Bukan bagi kerja apa pun, saja je Alan nak tengok dia tu
boleh buat kerja dengan pantas atau pun tidak.”
“Kalau nak uji pekerja pun
janganlah sampai bagi kerja banyak sangat.. Nanti merajuk lari pula Azara tu..”
“Biarlah. Kalau dia nak lari kita
boleh cari pekerja lain. Manja sangat!” Nada suara Razlan sedikit keras. Tidak
suka dengan pekerja yang mengada-ngada.
“Ye lah, ikut suka Alan lah..
Syarikat ni pun akan jadi milik Alan jugak suatu hari nanti, tapi papa harap
Alan pandai-pandailah bina hubungan yang baik dengan pekerja. Bukan apa, kalau
kita sebagai majikan tak boleh bergaul dengan mesra bersama bekerja takut nanti
bila kita susah takde orang yang nak tolong.”
“Ye lah papa.. Alan ingat pesan
papa tu. Papa nak balik kan? Kesian mama tunggu lama sangat kalau papa balik
lewat.” Razlan bangkit menarik kot papanya yang tersangkut di belakang kerusi.
“Baliklah, pa..”
Memang gaya menghalau tapi kalau
tak halau mungkin akan lebih lama dia tersangkut dalam bilik ini dengar ceramah
percuma daripada Encik Latif.
“Halau papa balik ke?”
“Eh tak.. Alan kesian dengan mama
aje. Takut nanti papa stuck in jammed,
kan lama mama nak kena tunggu papa nanti.”
Encik Latif menyambut huluran kot
yang dihulurkan oleh Razlan. “Papa balik dulu. Alan tu jangan lama sangat duduk
office ni..”
Razlan mengangguk faham. Memang
takkan lama pun. Paling lewat lepas Maghrib dia akan balik.
Azara menyandar lesu tubuhnya di
kerusi. Penatnya! Jam dipergelangan tangan dikerling. Dah pukul 9.30 malam kot.
Dia belum makan apa-apa langsung sejak pukul 2.00 petang tadi. Nasib baiklah
tak boleh solat, bolehlah dia terus melekat di meja sejak tadi.
Dia masih ada satu lagi fail yang
belum disiapkan. Selepas menyemak fail ini bolehlah dia balik tidur! Ya Allah,
rindunya dekat rumah baru dia. Tak sabar nak balik sekarang ni. Tidur atas
katil empuk. Oh..
Pen di atas meja segera dicapai.
“Buat kerja laju-laju Zara. Laju macam pelesit!” Azara tergelak sendiri.
Pelesit?
Pelesit pun bolehlah. Mulut yang
tiba-tiba ternganga ditekup laju. Mengantuknya! Ah, semua ada sekarang ni.
Penat, mengantuk, malas dan lapar!
Mata yang sudah memberat memaksa
Azara tersenguk-senguk di meja kerjanya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.
Sikit saja lagi untuk siapkan semua ini.
Telefon bimbit yang tiba-tiba
bernyanyi memaksa Azara menghentikan kerjanya seketika. Mak?
“Assalamualaikum, mak.”
“Waalaikummusalam. Zara dekat mana
ni?”
“Er.. Zara.. Zara ada di rumah mak!”
Bohong sunat. Eh, mana ada bohong sunat tapi kalau dia cakap dia ada di pejabat
mesti Puan Nona risau. Dah pukul 10 lebih kot masih ada di pejabat. Maunya mak
dia mengamuk mampus!
Silap-silap esok Encik Latif kena
serang dengan emaknya.
“Zara dah nak tidur ke? Letih aje
suara mak dengar..”
“Ha.. ya.. Ya mak. Zara banyak
sangat kerja di pejabat hari ni mak sebab tu Zara ingat nak tidur awal.” Azara
menyandarkan tubuhnya di kerusi. Kaki
dilunjur ke bawah sedikit. Meregangkan urat-urat yang dah berselirat dalam
badannya.
“Iyelah.. Mak ingatkan Zara belum
balik rumah lagi sebab Zara langsung tak call
mak hari ini. risau juga mak..”
Azara mengetuk dahi sendiri.
Terlupa langsung nak menelefon Puan Nona hari ini. Sumpah tak ingat! “Ala mak,
Zara minta maaf ya.. Zara memang banyak sangat kerja hari ni. Balik aje kerja
petang tadi terus Zara baring sampai sekarang.”
“Takpe lah Zara, mak faham.. Zara
pun baru lagi kerja di syarikat tu, kenalah tunjuk rajin sikit. Jangan melawan
bos. Ingat tu.. Nanti dia ingat mak ni tak reti jaga anak dara mak pula.” Azara tersengih kelat. Jangan lawan
bos? Memang ikut hati nak aje dia membalas tapi ingat pesan Puan Nona dia malas
nak menjawab.
“Ye mak. Zara ingat semua
pesan-pesan mak. Kan semua pesanan tu untuk kebaikan Zara juga..” Puan Nona
tergelak kecil. Azara memang anak yang sangat baik. lemah-lembut, peramah dan sangat
baik hati.
“Mak dah nak masuk tidur ni.. Abah
tu pun dah lama terlena sejak lepas solat Isyak tadi lagi.” Sebut pasal abah,
dah hampir dua minggu dia langsung tak berjumpa dengan abahnya. Macam mana nak
jumpa, masa dia pindah keluar rumah pun Encik Idris langsung tak muncul. Puan
Nona sahaja yang membantu dia untuk pindah rumah baru.
Izreen seperti biasa, melalak tak
habis-habis. Dia nak keluar rumah pun salah. Bukankah selama ini Izreen cakap
dia anak pungut, tiba-tiba muncul dalam hidup mereka. Puas dia bertanya kepada
emak adalah dia anak tiri atau anak pungut tapi Puan Nona cakap dia adalah anak
mereka yang sah. Izreen sengaja bercakap macam tu untuk sakitkan hati Azara.
“Assalamualaikum mak. Selamat
malam.” Panggilan telefon ditamatkan. Azara memandang kosong fail di depan
mata. Memang dia ak boleh nak buat kerja lagi dah. Tenaga dah ditahap negatif
dah bukan kosong lagi dah.
Kepala digeleng beberapa kali.
Sambung esoklah kerja ni. Bukannya Razlan nak semak semua ni esok pun. Macamlah
lelaki tu banyak sangat masa senggang sampai boleh semak semua kerja dia dalam
masa satu hari.
Fail disusun elok-elok di atas
meja. Nak balik… Tak kira dia nak balik jugak sekarang ini. selesai menyusun
fail, tangan pantas mencapai beg tangan di rak belakang kerusinya. I’m coming home.. I’m coming home!
Kaki melanglah pantas menuju ke
arah kereta miliknya yang diparkir agak jauh dari pintu masuk. Menyesal betul
datang lewat sikit pagi tadi, kalau tak boleh ambil parking yang dekat-dekat dengan lif.
Keluar aje lif terus nampak kereta
dia,legalah sikit. Mata meliar ke arah sekeliling. Kosong! Takkan baru pukul
10.30 malam semua orang dah balik? Takde sesiapa yang buat kerja lebih masa ke
hari ini?
Jantung pantas mengepam darah.
Azara dapat mendengar rentak jantungnya sendiri. Sumpah takut bila berseorangan
di tempat letak kereta yang sunyi. Kenapalah pejabat dia tingkat atas sangat!
Kalau tingkat bawah tak perlulah dia parking
di tempat letak kereta yang bertingkat-tingkat ni. Siang memanglah tak sunyi
sangat sebab banyak kereta, bila malam memang sumpah menankutkan!
Kepala langsung tidak menoleh ke
belakang. Lurus berjalan ke arah kereta. Janganlah ada apa-apa yang buruk
berlaku kepada dia.
“Baru habis kerja ke?”
Langkah Azara terhenti dan tubuh
spontan di kalih ke belakang.
“Ah.. Ya. Ya.” Ya Allah, apa Razlan
ni! Buat terkejut dia aje. Tangan naik mengurut dada yang terasa sempit. Nasib
baik dia tak pitam tadi. Kalau toleh-toleh ke belakang nampak lembaga takde
kepala. Mampus! Demam seminggu.
“Ni kenapa muka pucat sangat, ingat
nampak hantu ke?”
Boleh tanya lagi? Ei, nak jugak dia
ketuk kepala Razlan ni dengan kasut tumit tinggi dia. “Takde lah. Terkejut
sebab tiba-tiba ada orang tegur. Kenapa Tuan belum balik lagi?” Mata Azara
melilau ke sekeliling.
Cis! Ada sebuah kereta Porsche
Cayman warna hitam dekat situ rupanya. Kenapa dia tak nampak pun? Duh! Buat
saspen aje Razlan ni!
“Ada kerja sikit tadi. Ni I baru nak balik. Dah makan?”
“Aa.. Ah, dah. Dah.” Tadi tipu mak,
sekarang tipu bos. Aduh, banyak betul dosa dia hari ni. Kutuk bos dalam hati
jangan cakaplah berapa bakul. Berbakul-bakul sampai berat bakul tu!
“Jom makan dengan I.”
Apa….? Jom makan dengan bos? Nehi.. Nehi. Tak nak. Tak sanggup kot
nak berdepan dengan muka ketat bos dia malam ini. Macam mana nak makan kalau
bos duduk depan muka. Oh, serba tak kena nanti. Sure canggung gila suasana makan malam. Tak nak lah dia..
“Eh.. Takpe, takpe. Saya dah makan
dah tadi.”
“Tadi tu tengah hari dengan Haleda
kan?”
Azara mengigiti bibir bawahnya.
Memang dia makan tengah hari tadi dengan Haleda pun.. “Saya kenyang lagi Tuan. Perut
saya ni kecik aje, sekali makan pun dah kenyang. Lagi pun jarang makan malam.”
Konon perut kecik. Badan aje kurus
dan langsing tapi makan mengalahkan badak. Banyak gila dan tak kenyang-kenyang!
Ini pun dah berkira-kira nak drive thru
apa-apa yang patut aje sebab dah lapar menggila ni.
“Jarang bukan bermaksud tak makan
langsung atau tak boleh makan, kan?”
Parah! Jenis suka memaksa juga bos
dia ni.
“Kenapa tak makan? Tak sedap?”
Azara menggeleng lemah. Baru hari
pertama kerja dia dah keluar makan dengan bos. Kalau ada rakan sepejabat yang
nampak apa pula kata mereka nanti. Ingat dia sengaja pikat bos untuk naik
pangkat dengan cepat atau pikat bos nak jadi isteri bos. Oh, tak kuasa! Dia tak
mahu menimbulkan apa-apa gosip yang tidak menyeronokkan suasana kerja dia
kelak.
Mulut manusia ni kita bukan boleh
tutup kalau mereka nak bercakap dan kita pun tak boleh paksa semua oang sukakan
kita. Jadi seboleh-bolehnya kita elakkan buat perkara yang boleh menimbulkan
cakap-cakap orang. Seperti sekarang ini.
Cuba bayangkan kaau ada yang
terlihat, pasti mereka akan bercakap. Yang sakit hati siapa? Azara juga.. Tapi
itulah susah kalau dapat bos yang jenis ‘I
am the boss, just follow all my orders!”
Kiranya langsung tak nak terima
pendapat dan cadangan orang lain langsung! Hai, nasib kaulah Azara oi dapat bos
yang macam ini.
Azara memerhati ruang sekeliling.
Sempoi juga rupanya bos dia ni, nampak macam sombong dan jenis bergaya gila
tapi makan di restoran biasa macam ini aje? Memang tabik spring lah kalau semua bos macam ni di Malaysia.
Razlan yang tadi masih bertali
leher nampak lebih santai ketika ini tanpa tali leher dengan kemeja yang dibuka
dua butang dari leher dan lengan baju yang sudah disingsing ke separas siku.
Kacak gila okay bos dia. Memang
sumpah kacak gila! Patutlah Huda pesan jangan jatuh cinta. Haha!
“Hello, yang you tenung
muka I macam nak telan ni kenapa? I kacak sangat? Tak pernah jumpa lelaki
kacak macam I ke apa?”
Azara telan air liur. Pergh! Gila tahap perasan nak mati bos
dia ni. Memang high self-motivation
ni!
“Tak.. Saya bukan tengok muka Tuan,
saya tengok skirn besar di belakang tu. Tengok bola.” Razlan serentak menoleh
ke belakangnya. Memang ada skrin besar sedang menayang bola Pahang lawan Kedah.
“You minat bola ke?”
“Yes! Of course.” Janganlah Razlan tanya dia apa-apa pasal bola,
sumpah dia tak tahu apa-apa langsung kecuali ada seorang penjaga gol. Berapa
orang satu pasukan pun dia tak tahu! Memang tak tahu dan tak minat nak ambil
tahu!
“Well, you supporter team apa kalau Malaysia?”
Erk? Kuala Lumpur? Ada ke? Adoi..
Teruknya dia ni.. Adus!
“Saya sokong Pahang sebab nenek
saya orang Pahang. Ha, jadi secara tak langsung darah Pahang tu mengalir dalam
diri saya.”
Razlan masih serius. Sekali pun tak
pernah senyum. Oh, lebih baik jangan senyum sebab takut dia cair!
“Siapa pemain Pahang yang you minat sangat?”
Mampus!
“Eh, mana ada saya minat sesiapa.
Semua saya suka sebab permainan bola sepak kan asasnya satu pasukan jadi kena
sokong semua orang. Nask sebut macam ramai sangat aje pemainnya, kan?” Azara
tayang sengih lagi. Ini sengih cover
malu!
“Oh.. Okay. Kalau luar negara you
minat team apa?”
“Chelsea!”
Razlan memandang Azara tanpa kedip.
“Why Chelsea?”
Ha.. nak menangis! Kenapa mereka
berbual topik bola? Bosan gila Razlan ni.. Ada ke sembang pasl bola dengan
perempuan?!
“Azara, I tanya you ni kenapa you support Chelsea?”
Azara jongket bahu. “Mungkin sebab
saya suka biru kot. Jadi saya suka Chelsea
lah.”
Ini pun sebab Encik Idris ada baju Chelsea di rumah sebab tu dia tahu Chelsea warna biru, kalau tak dia
sebutlah Manchester United! Ha, dia
kenal juga pasukan bola rupanya. Arsenal
dan Liverpool! Ya, empat tu ajelah
yang dia tahu. Lain-lain semua tak tahu. Haha!
“Tak sangka ada perempuan minat
bola..” Riak muka masih sama. Kelat dan ketat. Tak senyum tak juga nampak
tenang. “By the way I ajak you keluar makan sebab I ada hal sikit nak cakap dengan you.”
“Hal penting ke?”
“Sangat penting. Antara hidup dan
mati I. Jadi I perlu cakap dengan you
malam ni juga.”Adakah Razlan jatuh cinta pandang pertama terhadap dia? Adakah
Razlan nak ajak dia kahwin?
Dada Azara mula memalu laju. Dup
dap dup dap. Rasa nak pecah hati dia menahan debar.
p/s : Sorry sebab lama tak update belog ni. Sri memang sangat-sangat busy sampai nak jenguk belog ni pun tak sempat. Will up ADDS dan KPI soon! Tunggu ya. Love semoranggg!
Thank you kepada sesiapa yang masih sudi menjenguk ke belog ini walaupun takde entry baru. Ampun sangat-sangat. Tak memang tangan nak uruskan hal peribadi sekarang ni. Kalau ada masa memang Sri akan selalu up entry. Sabar ya semua. Love.
terconfuse kejap bila nama ayah zara dengan razlan sama-encik latif. ingatkan dorang ni ada relation ka apa.rupanya nama ayah zara encik idris. heee apa2 pon best sangat2~~ n really cant wait for next bab~ :D :D
ReplyDeleteAhahaha. Ok, tersilap sikit di situ. Baiklah dah betulkan,
DeleteThanks Aya!
Ok.
ReplyDeletemmg sangat2 menunggu esp this new story and KPI
ReplyDeletesenang cite sume citela...hehehe
byk2 eh letak n3 *.^
-yoozara-
Hehehe, thank you. So sweet of you Yoozara.
DeleteSabar ye nanti Sri up entry baru.
lama sri tak updated kat blog..rindu plak kat sri..apa2 pun novel terbaru sri ni best sgt..tertunggu2 dgn sabar new entry novel ni..dan..juga novel KPI... rindu giler kat sarah..mmg teringin sgt nk tahu mcmana ari akan jth cinta kat sarah nanti...akak doakan ada good news novel KPI ni..amin..
ReplyDeleteHehehehe, Sri pun tertunggu-tunggu juga apa perkembangan novel tu. Sabar ye kak.
DeleteThanks sebab baca semua karya Sri kat sini.