Wednesday 17 December 2014

Part 2 - Bali Cintaku

Eleena memandang ombak yang menderu dihadapannya. Tak sangka dia sampai ke Jimbaran Bay malam ini. Jauh juga kalau nak diikutkan perjalanan dari Hard Rock Cafe Hotel ke Jimbaran Bay.
“Seorang aje? Mana kawan yang siang tadi?”
Eleena mengangkat wajahnya mendongak sedikit. Bibir tersenyum simpul. Kecil betul Bali. Siang tadi jumpa dalam kapal terbang sekarang dia jumpa di Jimbaran Bay pula. “Awak intip saya ye. Eden?” Sengaja Eleena berseloroh kepada Zaidan.
“Eh, jangan nak perasan sangat ye. Saya bukan intip awak.. Ini kebetulan aje. Dah makan?”
Eleena menangguk mengiyakan pertanyaan Zaidan. “Makan seafood tepi pantai yang romantis ni seorang diri, macam kelakar pula kan?”
“Kalau awak cakap dengan saya siang tadi awak nak ke sini boleh saya temankan. Takdelah kita berdua ni kena makan sorang-sorang.” Zaidan ketawa kecil sambil melabuhkan punggungnya di atas pasir bersebelah dengan Eleena. “Mana bakal suami yang saya jumpa siang tadi?”
“Bukan bakal suami pun..”
“Habis tu, dah jadi suami?”
Riak wajah Eleena berubah sedikit. “Bukan juga.”
“So?”

Wajah kacak Zaidan dipandang lembut. “Apa yang ‘so’?”
“Iyelah.. Kalau bukan bakal suami.. bukan suami.. Shahrin tu siapa? Sampai ke Bali dia cari awak, mesti seseorang yang penting kan?”
“Langsung tak penting. Ish, tak sukalah cakap pasal dia. Cakap pasal lain.” Sengaja Eleena mahu mengubah topik perbualan. Dia lari dari Malaysia ke Bali kerana mahu menghilangkan Shahrin tak sangka sampai ke Bali pun ada lagi Shahrin di sini.
“Erm.. Esok ke mana?”
“Mungkin ke GWK.”
Zaidan memandang wajah Eleena dengan teruja. “Bolehlah pergi sekali esok. Saya sewa motosikal. Nak bonceng?”
Eleena terkejut. Bonceng motosikal dengan Zaidan? Lelaki yang baru dia kenali beberapa jam lalu? Kalau Hajah Arafah tahu mampus dia kena lecture! “Kalau tukar sewa kereta tak boleh ke?”
Anything for you!”
Eleena dan Zaidan tergelak bersama. Jumpa dalam kapal terbang dan kemudian terserempak pula di Jimbaran Bay, esok akan ke GWK bersama-sama? Eleena, are you crazy?
“Awak datang dengan apa ni?” Soal Eleena memandang wajah Zaidan.
“Teksilah.”
“Ingatkan naik motosikal.”
“Malam-malam kalau sesat susah nak cari jalan..”
Eleena tergelak besar. Alasan ye Zaidan ni! “First time in Bali?”
Zaidan mengangguk. “Awak?”
“Saya pernah datang dulu dengan kawan-kawan saya waktu study.. Tapi dah lama sangat. Mungkin 5,6 tahun lepas.”
“Sekarang umur berapa?”
Aww, Zaidan cuba nak kenal dia dengan lebih rapat ke? “Muda daripada awak kot.”
“Eh ye ke? Nampak macam lagi tua daripada saya je. Nampak macam umur 33 tahun.” Usik Zaidan.
“Heyyy, tolong sikit ye! Saya baru umur 27 tahun. Awak tu mesti dah umur 30 tahun kan?”
“Tak pandai meneka. Saya baru umur 16 tahun ye cik kak.” Balas Zaidan spontan membuatkan Eleena tergelak besar.
“Perasan! Berapa umur awak?”
“Betullah tu..”
“Apa yang betul. Mana betul umur awak 16 tahun. Ingat saya percaya ke?”
“Betullah awak teka tadi tu.. Pandai awak ye.”
Eleena mendabik dada. “Tengok jarilah bro.” Jari jemari runcingnya ditayangkan kepada Zaidan.
Segera Zaidan menepis tangan Eleena yang berada di hadapan mukanya.
“Patutlah El tak layan abang, ada jantan lain ikut El ke sini rupanya..”
Terkejut dengan sergahan itu, Eleena mendongak sedikit. 

Shahrin lagi?

Eleena bangkit berdepan dengan Shahrin yang tiba-tiba menyerang dia dengan Zaidan di pantai. “Jangan nak buat fitnah ya. Apa yang awak nampak bukan seperti yang awak fikirkan.”
“Habis kalau duduk berdua dekat tepi pantai bergelak ketawa macam orang gila tu, bukan bercinta ke namanya?”
Ah, bodohnya Shahrin mendefinisikan cinta. Setakat duduk berbual dan ketawa dah boleh dicop bercinta? “Nonsense!”
Eleena mencapai selipar getah di atas pasir dan berjalan laju meninggalkan Shahrin. Pantas lelaki itu mengejar dan menarik kasar tangan Eleena. “El ingat kalau El ada lelaki lain, abang akan lepaskan El macam tu aje?”
“Sakitlah! Apa yang tak kena dengan awak ni Shahrin?” Tengking leena kuat. Dia yakin Zaidan mendengar tengkingan kuat dia sebentar tadi.
“I want you! I want you back!”
“El tak sudi! Faham tak El tak sudi!”
Shahrin cuba merangkul Eleena ke dalam pelukannya sebelum ditolak kuat gadis itu. “Jangan cuba ambil kesempatan pada El! I warn you, Shahrin!”
Sengihan sinis terpamer diwajah Shahrin. “Habis tu jantan tu boleh pula sentuh tangan El?”
“Bila dia sentuh El? Tadi? Oh.. Shahrin, go get your life!”
“El hak abang! Abang akan pastikan El dengan jantan tu berpisah.” Shahrin menarik tangan Eleena dan segera mahu meninggalkan Jimbaran Bay. Namun Eleena meronta keras sebelum Zaidan masuk campur urusan dua manusia itu.
“Rilekslah bro. Takkan layan perempuan kasar macam ni?” Lengan Shahrin disentuh lembut.
“Kau jangan masuk campur urusan aku dengan Eleena ya.” Jari telunjuk ditunding ke wajah Zaidan.
“Aku tak tahu apa masalah kau dengan El tapi ini bukan cara betul layan perempuan, bro.” Melihat Shahrin yang mengejapkan pegangan tangannya di lengan Eleena, Zaidan bertindak menarik Eleena menjauhi Shahrin. Lelaki bernama Shahrin ini mungkin bekas suami Eleena yang gila talak!
“Aku cakap jangan masuk campur!”
Buk!
Serentak itu satu tumbukan kuat hinggap di pipi Zaidan. Zaidan jatuh ke atas pasir. Tangan menyentuh kuat pipi yang terasa perit.
Eleena segera mendapatkan Zaidan apabila melihat darah pekat mengalir dari celah bibir lelaki kacak itu. “Apa awak buat ni Shahrin! Awak dah gila ke?”
“Ikut abang balik! Abang nak El ikut abang balik!”
“Tak nak! El tak nak! Lepaskan El!” Eleena memeluk lengan Zaidan dengan kuat. Dia rela berada di sini bersama Zaidan lelaki yang baru dikenali tidak sampai 24 jam berbanding mengikut Shahrin yang dikenali bertahun-tahun lamanya.
“Baik!”
Shahrin melepaskan tangan Eleena. Kerana terlalu mengikut hati yang sakit, Shahrin melepaskan dua lagi tumbukan kuat di perut Zaidan. Rasakan! Nak tunjuk hero sangat depan Eleena? Rasa kuat sangat? Ambik kau!
“Tadi kau nak jadi hero sangat kan? Sekarang ni dah kenapa pula terbaring? Sikit macam tu pun dah sakit ke?” Kolar baju Zaidan dicekak oleh Shahrin membuatkan lelaki itu tidak mampu bergerak. “Kau jangan ingat kau boleh rampas El daripada aku!”
Buk!
Sekali lagi Shahrin melayangkan penumbuknya ke muka Zaidan.
Melihat Zaidan yang terkulai layu, Eleena sudah menangis teresak-esak. “Let him go! Let him go!” Tubuh Zaidan dihalang menggunakan tubuhnya. Tak mungkin Shahrin akan memukul dia.
“El dah pandai sebelahkan orang luar?”
Leave us alone!” Jerkah Eleena kuat.
Dengan perasaan marah, Shahrin menyeluk kocek seluarnya. Telefon pintar dalam kocek ditarik keluar. Keadaan Eleena yang masih memangku sambil memeluk erat tubuh Zaidan dirakam beberapa keping. “El akan menyesal sebab degil dengan abang!”
Shahrin meninggalkan Eleena dan Zaidan. Sakit hati dia! Sangat sakit hati dengan kelakuan Eleena yang seringkali menolak dia untuk kembali ke sisi gadis itu.
“Kau takkan terlepas dari genggaman aku, El!”
Eleena terus-terusan menangis memanggil nama Zaidan yang nampak lali. “Eden.. Wake up.”
“Miss do you need help?” Seorang pekerja di restoran Jimbaran Bay tiba-tiba sahaja muncul mahu  menghulurkan bantuan.
“Yes. Please help me carrying him to the taxi.” Ujar Eleena dalam tangisannya. Dia rasa bersalah kepada Zaidan. Shahrin memang langsung tidak berhati perut. Tergamak Shahrin memukul Zaidan seteruk ini?
“Eden awak tinggal dekat mana?” Soal Eleena sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam perut teksi.
“Hard Rock.”
Eleena membeliakkan matanya. Macam mana boleh tinggal di hotel yang sama pula? Oh, kebetulan apakah ini?
“Hard Rock Cafe Hotel ya, pak.”

Sebaik sahaja sampai ke hotel, Eleena pantas memapah Zaidan untuk masuk ke dalam. “Bilik awak nombor berapa ni Eden?”
“Saya tinggal key dengan receptionist.” Jawab Zaidan sambil menyentuh lembut bibirnya. Dah mula terasa sengal-sengal dekat mulut dia agaknya.
"Duduk sini sekejap.. Nanti saya datang semula." Eleena meninggalkan Zaidan duduk di sofa sementara dia mendapatkan kunci yang ditinggalkan oleh Zaidan di kaunter.
Melihat nombor bilik Zaidan, perlahan-lahan bibir Eleena mengukir senyuman. Kepala digelengkan beberapa kali. Ini memang pelik. Kejadian paling pelik sekali dalam hidup dia. Betul ke ada kebetulan sampai macam ini sekali dalam dunia ni?
“Jom.” Tubuh Zaidan dirangkul kemas. Boleh tahan berat juga mamat ni.

“Sorry saya dah susahkan awak pula.”
Eleena meletakkan secawan air kosong di atas meja sebelah katil Zaidan. “Saya tuam muka awak ye?”
“Eh, tak perlulah.. Nanti saya boleh buat sendiri. Awak baliklah dulu. Malam sangat nanti susah nak dapatkan teksi. Lagi pun bahaya kalau awak gerak malam-malam sangat..”
Eleena tersenyum kecil. Mesti Zaidan ingat dia tinggal di hotel yang lain. “Tak apa saya tunggu awak.”
“El, awak ni memang degil kan? Saya cakap awak boleh balik.. Saya takde apa-apa.”
Eleena mencebik. Takde apa-apa konon. Sampai mata layu tak boleh nak bukak sepanjang perjalanan dari Jimbaran Bay ke Kuta tadi tu apa? Dia separuh mati bimbangkan keadaan Zaidan. “Ada tulang yang patah tak?”
“Takde lagi.. Semua okay.”
"Kalau awak sakit kita boleh cari klinik dekat sini, Eden.. Risau pula tengok awak macam ni.." Cadang Eleena walaupun dia sebenarnya langsung tidak tahu di mana klinik.
"Sikit aje ni El.. jangan risaulah ya. Esok baiklah."
Eleena menggigit bibir bawahnya. Bibir pecah macam tu Zaidan cakap sikit? Mesti kuat Shahrin tumbuk tadi. Kurang ajar betul Shahrin ni! Tergamak dia pukul Zaidan yang langsung tak tahu hujung pangkal tentang mereka berdua. Memang kejam! 
"Saya kesian pula tengok awak macam ni Eden.. Rasa bersalah sangat. Saya minta maaf ya bagi pihak Shah." 
"Kenapa pula awak perlu minta maaf bagi pihak dia? Lelaki tu memang tak guna! Sanggup dia berkasar dengan awak.. Itu yang buat saya marah sangat tu." 
Eleena tundukkan kepalanya. Kalau dia ikut sahaja Shahrin tadi pasti Zaidan tak kena belasah sampai macam ni. Nasib baik dia lindungi Zaidan dengan tubuh dia, kalau tidak pasti lebih teruk Shahrin membelasah lelaki kacak ini. 
"Awak kena pukul sebab saya.." Sedih betul suara Eleena. 
"Jangan risaukan saya, El. Yang penting awak okay.. Awak tak nak ikut Shahrin tadi mesti ada sesuatu yang tak kena tentang lelaki itu kan?" 
Eleena mengubah topik perbualan apabila Zaidan mahu mengorek rahsia tentang dia dan Shahrin. “Erm.. Eden, awak nak tengok muka awak dalam cermin tak?”
Zaidan tergelak kecil. “Teruk ke muka saya?”
“Sakit tak?” Eleena menyentuh bibir kiri Zaidan yang bengkak dan berdarah.
“Auu!”
“Sorry! Sorry! Sorry!”



“Saya main-main ajelah. Sakit sikit aje.. Tapi takde apa-apa lah.. Yang penting awak selamat.” Ah, berkali-kali Zaidan ulang ayat yang penting dia selamat. Penting sangatkan keselamatan dia pada Zaidan?
Ohhh, Eleena jangan nak perasan!
Thanks!”
“Kasih diterima El. Sekarang saya rasa eloklah kalau awak gerak balik dulu. Dah dekat pukul 11 malam ni El.. Saya bimbangkan awak.”
“Takpe.. Bilik saya sebelah pintu aje dari bilik awak ni, Eden.”
Oh my God Eleena! Awak yang intip saya kan, bukan saya intip awak..”
“Jangan nak perasan sangat okay! Kebetulan aje ni..” Eleena bangkit meninggalkan Zaidan dan menuju ke bilik air. Tuala kecil dibasahkan dengan air panas. “Saya tuam bibir awak. Bengkak sangat tu.”
Zaidan hanya membiarkan sahaja perlakuan Eleena. “Shahrin tu bekas suami awak ke?”
Eleena senyap. Bibirnya terkunci rapat. Soalan Zaidan hanya dibiarkan sahaja.
“Rasanya bibir awak macam dah okay sikit. Saya balik dulu.. Jumpa awak esok ya.”
“Good night Eleena.”
Ah, kenapa hati dia berdebar semacam bila Zaidan sebut nama penuh dia? Eleena. Rasa lain benar bila sebaris nama dia disebut lembut oleh lelaki kacak itu.
Kacau! Ini memang boleh buat jiwa dia kacau. Jangan sampai malam ni tak boleh tidur lena sudahlah. Esok banyak lagi tempat lain dia mahu melawat.




p/s : Okay part 3 akan menyusul tapi mungkin lambat sikit. Esokk ada hal tau! Tapi kalau sempat InsyaAllah esok malam.. Tak janji ye darling!

Au, plan nak tulis sikit je ni tapi dalam kepala macam panjang pulak. Acaner ni.. Kite yang tulis ni pun dah rasa suka dengan Zaidan ni.. Wuuuu, kacak tak hero ai? Hikhik.. Okay, ookay i will make it short jer nanti ok. Tak mau merapu meraban sampai jadik novel tebal. Ini janji memang tak banyak part. Kihkih.

Muah semorang!

5 comments :