Wednesday, 26 March 2014

Bab 6 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Suhaila tergelak kecil melihat wajah Alissa yang mencuka. Marah betul rakan sekerja dia ni. “Cik Lisa okay ke?”
“Tak, saya bengang!”
“Dengan bos baru yang kacak giler tu ke?”
Bos baru kacak? Ei, dia dah la tengah bengang dengan Zafril boleh pula Suhaila nak puji-puji Zafril!
“Betul tu Kak Su. Nora sokong kenyataan Kak Su 210%! Memang kacak sangat bos Nora tu Kak Su!” Nora mengangkat garpu sedikit tinggi ke udara.
“Kalau ye pun nak menyokong tak perlulah nak gawang-gawang garpu tu dekat atas kepala saya. Kalau tercucuk mata orang kang kena saman free aje tau!”
Nora lekas-lekas menjatuhkan tangannya ke bawah apabila ditegur tentang sikap over-actingnya. Memang terlebih pula menyokong Suhaila. “Sorry, over!”
“Memang pun.” Selamba Alissa menegur Nora. Nasi goreng ayam disumbat ke dalam mulutnya. “Saya tak faham betul kenapa sikap Encik Zafril tu berbeza sangat dengan Datuk Ibrahim. Ya Allah, macam langit dengan bumi!”
“Apa yang berlaku masa meeting pagi tadi Cik Lisa?”
Alissa mengeluh kuat. Kalau nak cerita apa yang berlaku dalam tempoh perbincangan selama lima puluh minit itu satu per satu memang lima jam pun takkan habis dia kutuk Zafril.
“Kalau saya mula cerita Su dengan Nora boleh tertidur di meja makan ni nanti.”
“Ala Cik Lisa, ceritalah. Nora nak dengar pasal bos baru tu.. Nak tahu macam mana sikap bos baru!”
Alissa menjeling tangan Nora yang menggoyangkan tangan kanannya. Nak paksa-paksa pula budak Nora ni. “Nora, awak tu dah dua puluh tiga tahun ya, jangan buat macam budak-budak boleh tak?”
Nora menarik muka masam. Alissa ni tak boleh buat lawak sikit. Serius sepanjang zaman.
“Cik Lisa ni memang jenis serius macam ni ke?”
“Kenapa?” Alissa pandang wajah Nora yang masam.
“Iyelah, saya buat lawak Cik Lisa tak gelak, saya nak bermanja dengan Cik Lisa pun kena marah.. Habis Cik Lisa ni ketawa bila?”
“Bila bukan waktu kerja.”
“Sekarang kan bukan waktu kerja. Ni waktu makan tengah hari dan kita bukannya ada di pejabat pun sekarang ini.” Nora masih tidak berpuas hati. Memang tak puas hati. Seminggu lebih di syarikat itu dia rasa tertekan dengan sikap Alissa yang serius tak boleh buat lawak. Tapi kalau dengan Zulfahmi, Suhaila dan Mukriz boleh pula Alissa ketawa. Dia nampak Alissa bergelak sakan dengan mereka semasa di pantry minggu lepas.
“Nora, boleh tak kalau awak buang sikit sikap kebudak-budakan tu?”
“Mana ada. Saya tak bersikap macam budak-budak tapi Cik Lisa tu yang serius tak kena pada tempatnya.” Geram juga Nora dengan sikap Alissa yang asyik nak salahkan dia aje. Takkanlah nak melawak sedikit pun tak boleh?
Alissa mnedengus kecil. “Sudahlah, makan lekas. Saya ada banyak kerja nak diselesaikan di pejabat. Awak tu bukannya boleh masuk lambat, nanti kena marah dengan bos baru padan muka.”
Nora menyuap mee goreng yang masih berbaki di dalam pinggannya ke dalam mulut. Teringat akan sesuatu, suapan Nora terhenti. “Cik Lisa, tadikan Encik Zafril minta Cik Lisa siapkan sekurang-kurangnya sepasang baju untuk ditunjukkan pada dia esok.”
“Eh , dia takde cakap dengan saya pun..”
“Dia minta saya sampaikan pada Cik Lisa. Saya terlupa. Sekarang ni baru ingat.”
“Nora! Kalau benda penting macam ni jangan terlupa. Awak tu sebagai setiausaha kepada bos, awak ada etika kerja awak, kan?”
Nora mengangguk perlahan.
“Jadi, awak kena ingat semua pesanan bos awak. Kalau awak terlupa jadi macam sekaranglah. Kan dah menyusahkan saya.”
“Saya minta maaf.”
Alissa mendengus. Nak marah pun ada juga tapi kalau marah macam dia lebih-lebih daripada bos pula sedangkan dia juga pekerja. “Nora, saya takde niat nak marahkan awak tapi kalau awak cakap lebih awal pada saya, mungkin saya dah boleh mula menggunting kain pada waktu sekarang ni.”
“Habis Cik Lisa tak makan?”


Suhaila tergelak kecil. “Nora, kalau awak nak tahu, Cik Lisa ni sanggup korbankan waktu makan dia demi pakaian. Kalau tak makan sehari pun tak apa asalkan koleksi-koleksi terbaru siap pada waktu yang ditetapkan.”
Alissa menyumpah seranah Zafril di dalam hatinya. Dia tahu Zafril sengaja mahu menyusahkan dia. Baru sehari dia bekerja dengan lelaki itu, dah macam-macam Zafril kenakan dia. Kalau sebulan entah apa lagi lelaki itu akan buat!
Tas tangan lekas-lekas di buka apabila telefon bimbitnya berdering. Kening ternaik sedikit. Private number? Siapa pula yang private number ni?
“Assalamualaikum.”
“Hm, waalaikummussalam. Aku ni. Kau ada di mana?”
Aku ni? Aku ni tu siapa? Nak aje Alissa soal seperti itu kepada pemanggil yang kurang sopan ini.
Tapi memandangkan dia tahu siapa yang menghubunginya dan dia juga berada bersama Nora serta Suhaila malas pula mahu bergaduh dengan Zafril.
“Awak nak apa?”
“Hello, ini waktu kerja. Jadi sila panggil aku Encik Zafril.”
Alissa menjeling sedikit. Entah siapa dia jeling pun tak tahu. Kesian siapa yang terasa dengan jelingannya sebentar tadi. Maaflah, dia marahkan orang lain, lain pula yang jadi mangsa.
Encik Zafril konon! Rasa macam nak tumbuk muka Zafril. Sombong. Bongkak. Ego! Meluatnya. Sumpah meluat tahap petala langit ke sembilan.
“Nak apa?”
“Takde apa. Saja nak kacau. Boleh?”
Ya Allah, wujud jugak manusia macam ni?
“Awak jangan naik main-main dengan saya boleh tak?” Takkan nak sebut Encik Zafril? Nanti apa pula kata Suhaila dan Nora kalau mereka tahu dia sedang berbual ditelefon dengan Zafril.
“Eh, apahal pula aku nak main-main dengan kau. Ingat aku ni ada banyak masa ke nak main-main dengan kau?”
“Mana awak dapat nombor saya?”
“Carilah..”
Alissa cuba menyabarkan hatinya yang mulai terbakar sedikit demi sedikit. Sabar ajelah dengan lelaki ini. Sumpah dia rasa nak cucuk mata Zafril dengan garpu!
“Awak nak apa? Kalau takde hal penting jangan telefon saya. Saya tak suka diganggu oleh orang yang tak dikenali.”
“Amboi, bukan main sombong ye sekarang ni? Kalau ingat aku ni lapang sangat ke nak telefon kacau kau? Kau ingat aku suka sangat ke nak berbual di telefon dengan kau?”
“Entah.” Malas nak layan lagi dah.
“Aku nak dress labuh yang kau kata boleh pakai ke kubur tu esok.”
Mulut... Kurang ajarnya!!!!
“Awak ni tak boleh ke kalau bahasa tu elok sikit? Tak berubah langsung!”
“Kau kenal aku ke sebelum ni?”
What?!
Oh, Zafril buat-buat tak kenal dia ya? Baik. Baik! Kalau nak buat-buat tak kenal, dia pun boleh berlakon selamba juga tak kenal lelaki ini. Zafril, kau jumpa lawan kau sekarang ni!
“Oh, sorry. Saya tersilap orang. Mungkin orang lain, muka macam nak sama. Maaflah..”
Zafril terdiam. Kehilangan kata-kata.
Hello?” Alissa terasa seperti mahu ketawa apabila Zafril terdiam dengan kata-katanya. Pedas? Sinis? Padan muka! Ingat dia seorang sahaja yang boleh sinis? Husna dah pesan dengan dia jangan layan Zafril. Dah berbakul-bakul mesej Husna hantar kepada dia supaya keraskan hati apabila berdepan dengan Zafril.
“Kalau takde apa-apa nak cakap lagi saya letak telefon dululah.”
“Hm.” Zafril lebih pantas memutuskan talian. Biar dia letak dulu sebelum Alissa.
Alissa melepaskan nafas berat. Apa yang cuba Zafril lakukan? Sakitkan hati dia? Tak cukup ke sakitkan hati dia sebelum ini? Tak cukup lagi luka yang Zafril tinggalkan pada dia suatu masa dulu?
“Cik Lisa okay?” Sentuhan Suhaila di lengannya membuatkan tubuh Alissa tersentak sedikit.
“Hah?”
“Saya tanya Cik Lisa okay ke? Muka Cik Lisa nampak macam ada masalah aje. Siapa yang telefon Cik Lisa tadi? Ada apa-apa hal yang berlaku ke?” Wajah Suhaila nampak risaukan Alissa.
“Takde apa-apalah Su. Hal peribadi.”
“Tak nak kongsi dengan kami ke?” Ya Allah budak Nora ni, memang spesies menyibuk sungguh!
“Nora, jangan masuk campur hal orang lain, tak elok.” Belum sempat Alissa menasihatkan Nora, Suhaila terlebih dahulu menegur sikap Nora yang terlalu ringan mulut dan nampak seperti menyibuk. Mungkin gadis ini hanya mahu berkawan dan mengenali Alissa dengan rapat namun cara dan masa tidak sesuai.
Alissa lebih suka kalau bercerita hal peribadi dengan keluarganya sahaja. Walaupun sudah dua tahun mengenali Suhaila, tidak pernah sekali pun dia menceritakan apa-apa yang berkaitan dengan dirinya kepada Suhaila.
“Marilah kita balik. Saya dah habis makan ni..”
“Eh, ada lagi tu Cik Lisa. Tak nak habiskan ke?”
Alissa memandang nasi goreng di dalam pinggannya. Masih berbaki suku lagi.. “Saya dah tak boleh masuk lagi dah. Kenyang sangat-sangat!”
“Sayangnya..” Nora berbisik perlahan namun mampu didengari oleh Alissa.
“Maaf ye Nora, saya memang tak boleh nak habiskan lagi. Awak nak ke?”
Nora pantas menggeleng. “Mee tadi pun banyak sangat.”
Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Nora. “Jomlah.”
Suhaila terlebih dahulu bangun meninggalkan restoran.
Wajah Zafril dipandang dengan hati yang membara. Rasa nak terbakar pun ada juga.
“So?”
Zafril tanya dia ‘so?’. Ya Allah, kenapalah lelaki buta fesyen ni kerja di sini!
“Saya tak setuju kalau kita letak butang di sini. Encik Zafril, ini rekaan saya.. Kalau Encik rasa rekaan ni tak sesuai, kita boleh reject aje rekaan ini.”
“Bukan tak sesuai tapi I rasa kalau kita letakkan butang di sini mungkin lebih elok.”
Alissa menggeleng. Masih tidak setuju dengan cadangan Zafril. “Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau untuk pakaian ini, butang di bahagian depan memang tidak sesuai. Saya cuba ketengahkan pakaian seperti ini untuk majlis makan malam. Ini pakaian majlis makan malam yang elegant!”
I tak kisah kalau girlfriend I nak pakai baju macam ni ke majlis makan malam..”
“My answer is still no.”
“I want it!”
Pening kepala dia melayan kerenah Zafril ni. Rasa macam layan budak kecil! “Saya minta maaf, saya keluar dulu. Encik Zafril nak tengok salah satu rekaan saya siap esok, kan? Jadi saya perlu siapkan pakaian tu hari ini juga.”
“Takpe, I bagi you masa sampai minggu depan untuk siapkan baju tu.”
Bibir Alissa tersenyum tanpa sebab. Lega! “Thanks.” Lega gila kot sebab Zafril tak buat gila. Ingat senang ke nak jahit baju dalam masa yang suntuk. Memang boleh buat cuma takut kualitinya tidak sama berbanding mempunyai masa yang cukup untuk menjahit pakaian yang sama.
“Jadi boleh kalau kita letakkan butang di bahagian depan?”
“Macam inilah, saya berbesar hati kerana Encik Zafril membantu memudahkan kerja saya dengan memberikan tempoh masa yang lebih panjang kepada saya untuk menyiapkan dress labuh tu, jadi apa kata kalau saya buat dua pasang baju untuk rekaan ini?”
“Maksud you?”


“Saya suka kalau baju ini berbutang di belakang. Nampak lebih elegant dan menarik tapi kalau Encik Zafril mahukan butang di depan, saya boleh buat satu baju yang sama seperti ini dengan butang di bahagian depan. Bila siap, Encik boleh menilai sendiri sama ada berbutang di depan lebih cantik atau butang di belakang.”
“Sure you boleh buat?”
Alissa mengangguk laju. Takde masalah langsung. Cuma yang menjadi masalah ialah kalau Zafril mahu dia menukar rekaan ini kepada rekaan lain. Ini rekaan yang paling dia suka!
“Kalau you dah kata macam tu, I takde halangan. Bila siap tunjukkan pada I.”
“Takde dateline?”
Pelik! Nak kenakan dia ke apa Zafril ni?
“Takde. Bila-bila masa yang you nak siapkan.”
Nah! Zafril senyum pada dia?
Alissa kelam-kabut. Takkan tengok senyuman Zafril dia dah kelam-kabut? Gila!
“Saya keluar dululah Encik Zafril. Kalau ada apa-apa lagi Encik Zafril boleh panggil saya. InsyaAllah saya akan membantu kalau saya boleh membantu.”
“Good.”
Alissa yang elum sempat memulas tombol kalih semula apabila Zafril memanggil namanya.
“Apa position Roslan?”
“Ha?”
“You dah jadi pekak ke lepas tengok I senyum?”
Deng! Bodoh punya Zafril. Senyuman tadi tu sebab sengaja nak goda dia? Pergi jalanlah. Ingat dia ni akan mudah tergoda dengan secebis senyuman macam tu ke?
Sorry, tak perasan apa yang Encik Zafril tanya tadi. Boleh ulang?”
“Susah cakap dengan orang pekak. Telinga tinggal di rumah?”
“Tak, tertinggal dalam bilik saya. Nak saya ambil sekarang ke?”
Ambik! Zafril ingat dia sorang aje boleh menyakitkan hati orang lain? Hello, this is Alissa okay!
“Don’t try to make a stupid joke here!” Wajah Zafril sedikit menyinga. Mungkin marah dengan sikap Alissa yang asyik mahu menjawab apa yang dia kata. Kalau depan Datuk Ibrahim tidak pula Alissa bersikap terlalu degil seperti ini. Nampak biasa-biasa sahaja walaupun ada sekali-sekala dia akan membantah jika tidak setuju.
Sukar mahu menduga sikap Alissa.
Sorry. Apa yang Encik Zafril nak tahu?”
I tanya Roslan tu kerja bahagian apa?”
“Roslan tu bahagian pemasaran. Kenapa?”
“Takde apa-apa. Saja nak tahu.”
Saja nak tahu? Hoi, kalau nak tahu apa posisi kerja Roslan tu tanya Nora pun boleh kot! Apa hal nak tanya dia pula? Entah apa-apa Zafril ni.
“Ada apa-apa lagi yang Encik Zafril nak tahu? Kalau saya boleh bantu saya akan bantu menjawab semua pertanyaan Encik.” Ikhlas. Dia memang ikhlas mahu membantu Zafril yang mungkin masih cuba menyesuaikan diri dengan syarikat ini.
Ialah berdepan dengan ramai lelaki ‘tangan patah’ bukanlah satu situasi yang sihat dalam kalangan lelaki maskulin dan kacak sepeti Zafril. Pasti ada sahaja lelaki ‘cantik’ yang mahu mendekati dirinya. Mungkin juga Roslan sudah mula menghimpit Zafril? Zafril mula rimas dengan sikap lelaki itu?
Alahai, itu baru sikit! Belum lagi berjumpa dengan Azmee, Mimey dan Leika. Kalau dah jumpa dengan lelaki ‘cantik’ yang dia sebutkan tadi mahu menangis Zafril nanti!
Okay, thanks. You boleh keluar.”
Alissa pantas melangkah keluar. Malas nak mengadap muka Zafril lagi. Ei, meluatnya! Kenapalah dia kerja di syarikat ini. Kalau dia tahu Datuk Ibrahim ialah bapa Zafril sumpah dia takkan kerja di sini. Manalah dia tahu Zafril tu anak orang ternama.
Datin Maheran siapa yang tak kenal? Isteri kepada pemilik gedung kain dan syarikat fesyen terkenal di Malaysia!
Zafril adalah anak mereka?
Alissa mengeluh hampa. Malang betul nasib dia. Kalaulah dia tahu...

6 comments :

  1. Best gila citer ni..... X sabar nk baca sambungan.

    ReplyDelete
  2. Best gilalah citer ni... X sabar nk baca sambungannya.

    ReplyDelete
  3. Best gila citer ni..... X sabar nk baca sambungan.

    ReplyDelete