Tuesday, 1 April 2014

Bab 8 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Sesekali Alissa toleh ke arah sofa di tengah-tengah biliknya. Zafril masih lagi tidak bergerak dari situ. Masih leka membelek majalah.
“Encik Zafril nak minum?”
“Kau nak buatkan ke?” Ei, menyampah betul dengan Zafril ni.
“Tak, saya minta Nora hantarkan ke sini kalau Encik Zafril nak minum..”
Zafril memandang ke wajah Alissa. “Aku nak kau buatkan aku kopi kurang manis. Now.”
Sumpah menyesal tanya tadi! Kalau tahu Zafril nak suruh dia bancuh kopi, memang dia tak tanya!
“Saya tak reti bancuh air.”
Pandangan mata Zafril melekat pada wajah jelita Alissa. “Really? Patutlah semalam kau masukkan garam dalam kopi aku.”
“Yeah. Tak kenal gula dan garam.”
“Oh, pity your husband.” Kepala kembali ditundukkan. Mata kembali menatap dada majalah fesyen di tangan.
Sempat lagi nak kritik dia! “Ye, kesian dia.”
Zafril panggung kepala semula. “You dah kahwin ke?”
Alissa diam tidak menjawab soalan Zafril. Entah apa motif Zafril melontarkan soalan itu kepada dia.
Iphone 5S yang berdering dijawab laju. Nasiblah ada yang menelefon dia ketika ini, jadi tidak perlulah dia menjawab soalan Zafril. “Assalamualaikum, Tut. Ada apa?”
“Kau dekat mana Lisa?”
Ei, minah ni tak tengok jam ke apa? “Pukul 4.50 petang, kau rasa aku ada di mana sekarang ini?” Menjawab soalan Tuti dengan soalan juga.
Sorry. Ei, garang sangat kau ni! Weekend free tak?”
“Free. Kenapa?”
“Jom lepak tengok wayang. Aku nak shopping sikitlah barang-barang kahwin.”
Set.”
Tuti bersorak gembira. “Jumpa kau weekend nanti ya! Aku dah rindu kau.”
“Iyerlah kau tu. Rindulah sangat kan.. Kerja separuh mati, rindu konon!”
“Hey, aku rindu kau lah. Kau je takde masa rindukan aku kan. Yelah, orang ada buah hati sekarang ni kan..”
Alissa tersenyum nipis. Buah hati konon. Pandai-pandai aje Tuti nak buat gosip tentang hubungan dia. Padahal dia tidak pernah meletakkan apa-apa hubungan dengan sesiapa. Semua dia berkawan sahaja.
“Pandailah kau. Mana ada buah hati. Aku biasa-biasa ajelah.”
“Konon! Boleh jalanlah kau.!” Alissa dengar Tuti ketawa kuat.
“Bukan main ye nak mengata aku. Dah la, malas nak berborak dengan kau lagi. Aku ada banyak kerja nak kena siapkan ni. Kalau tak siap kerja nanti bos marah pula!”
Sengaja dia menekan perkataan bos marah itu dihadapan Zafril, dia tahu lelaki itu memasang telinga mendengar perbualan dia dengan Tuti.
“Iyelah, aku letak telefon sekarang. Jumpa kau weekend nanti ye. Bye, love you.”
See you this weekend. Love you too.”
Alissa masih tersenyum walaupun panggilan telefon dengan Tuti sudah ditamatkan. Kawan baik dia memang ada sahaja benda bodoh yang nak dibuat lawak. Ada sahaja cara Tuti menghiburkan hati dia. Ada sahaja teletah Tuti yang akan membuatkan dia ketawa dan senyum meleret walaupun tidak bersua muka.
“Buah hati?” Alissa mencari arah suara itu.
“Eh, taklah.”
“Siap love love bagai tu, bukan lagi?”
Hesh, kenapa dia nak explain kepada Zafril pula siapa yang menelefon dia!
“Seseorang yang istimewa dalam hidup saya.”
Zafril tergelak kecil. “Papa dah bagitau I yang you ni still single so tak payah lah nak mereka-reka status you tu..
“Done! Ini rekaan yang berbutang di depan.” Alissa menolak kerusi kulit berwarna hitam dan berjalan ke arah Zafril.
Fuh. Nafas kelegaan dilepas. Siap juga lakaran dia. Asyik ralit mencuri pandang ke arah Zafril yang duduk tenang di atas sofa, dia pula serba tidak kena untuk menyiapkan kerjanya. Punyalah rasa satu gangguan Zafril di sini.
“Nah.” Kertas bersaiz A4 dihulurkan kepada Zafril.
Wow, impressive! Kerja yang sangat bagus. Tangkas dan cekap.”
Alissa buat dek dengan kata-kata Zafril. Tidak pasti lelaki itu perli atau memuji dia ketika ini. Takkan puji pula. Zafril bukannya pernah memuji dia. Asyik mengherdik dia, adalah.
“So, Encik Zafril masih mahu meneruskan rekaan ini atau dengan rekaan saya aje?”
You rasa?”
Suara dibetulkan sedikit. “Nak dengar pendapat saya ke?” Zafril mengangguk. “Baiklah. Kalau Encik Zafril nak dengar pendapat saya, pendapat saya masih sama seperti perbincangan kita tengah hari tadi. Saya masih tidak setuju dengan rekaan ini.”
“I dah agak!” Zafril tergelak kecil. Memang dia dah agak Alissa takkan setuju dengan rekaan ini.
“Why?”
“Sejak bila you jadi keras kepala sampai macam ni? Tak boleh nak terima pendapat orang lain. You rasa you bagus sangat?”
Apa benda Zafril ni! Nak tuduh dia yang bukan-bukan. Tadi tanya pendapat dia sekarang ni nak marah-marah tak puas hati pula. “Kalau Encik Zafril tetap nak terbitkan rekaan ini saya tiada masalah. Saya boleh jahit rekaan ini untuk dipersembahkan dalam meeting minggu depan. Takde masalah langsung.”
Malas! Dia malas mahu bertekak dengan lelaki ini. Tiada guna bertekak dengan Zafril kerana lelaki ini tidak akan mengaku kalah.
“Bagus! Kalau macam tu harapnya dua minggu lagi I boleh sentuh rekaan ini dengan tangan I.”
Alissa menganggukkan kepalanya. Dah tambah satu lagi kerja. Dia ada lapan rekaan perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu ini, sekarang Zafril tambah satu lagi kerja. Memang sengaja!
“Baiklah. Saya menurut perintah.”
Alissa mengalihkan pandangannya ke arah Zafril yang sedang ketawa sambil bertepuk tangan. “This is my old Alissa! Tak sangka you masih takut dengan I.”
“Kita kenal ke sebelum ini?”
Tawa halus dan tepukan Zafril serta-merta terhenti. Nah, sengaja dia memulangkan kata-kata Zafril semula. Zafril kata mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini, kan?
“Jangan selalu sangat cabar I, Lisa. You tak tahu apa I boleh buat pada you.”
“Tak tahu dan tidak mahu tahu. Sekarang saya nak buat kerja saya, can you please leave?” Tangan dihalakan ke arah pintu keluar. Cakap lapik-lapik memang Zafril takkan faham, kena cakap straight to the point baru faham.
Kalau ikutkan hati mahu saja dia ajuk cakap Zafril. I you konon! Bukankah lelaki itu memang sudah biasa menggunakan aku kau apabila berbicara dengan dia. Ei, boleh blah!
Mee goreng di dalam pinggan dilenyek-lenyek sampai lumat. Ya Allah, sakitnya hati dia!
“Ni kenapa yang muka macam kerang busuk ni? Lisa marahkan siapa?”
“Bos baru.” Sengaja dia tidak menyebut sebaris nama yang membuatkan dia geram sepanjang hari.
“Bos baru di syarikat?”
Alissa mengangguk mengiyakan pertanyaan Syahmi.
“Syah, Lisa rasa nak berhenti kerja aje tau tak!” Bentak Alissa geram. Kalau boleh memang dia nak berhenti kerja tapi mengenangkan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang ni mungkin agak sukar untuk dia mendapatkan kerja lain.
“Lisa, nak cari kerja sekarang ni bukan senang. Macam ni, Syah tak tahu apa masalah Lisa dengan bos baru Lisa tu tapi kalau Syah berada di tempat Lisa, Syah takkan biarkan benda macam ni mempengaruhi hidup Syah.”
Maksud Syah?”
“Kerja hanya di pejabat. Habis kerja balik rumah adalah masa untuk diri sendiri. Berehat dan menghiburkan diri. Masa untuk keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri. Syah takkan bawa apa kerja di pejabat keluar dari pejabat.”
Alissa sedikit terguris dengan kata-kata Syahmi. Memanglah selama ini dia tidak pernah mengadu tentang kerjanya namun itu tidak bermakna dia tiada masalah langsung dengan kerjanya. Kali ini dia cuba untuk mengadu kerana dia geram sangat-sangat dengan Zafril!
“Kenapa tiba-tiba senyap aje ni? Lisa terasa hati dengan kata-kata Syah ke?”
“Ah, takdelah. Lisa ni yang mengada-ngada sangat nak mengadu pasal kerja. Takde apa-apalah.”
Syahmi meletakkan sudu ke dalam pinggan. “Lisa, Syah tahu Lisa tertekan dengan kerja tapi Syah tak mahu pasal kerja Lisa seharian murung sampai lenyek mee tu lumat. Apa yang Lisa dapat? Makin membuak-buak rasa amarah tu, kan?”
Alissa mengangguk. “Lisa sakit hati dengan cara bos layan Lisa. Dia buat macam Lisa ni tak tahu apa-apa!”
Syahmi mengeluh perlahan. “Lisa, takde orang yang takde masalah. Lisa kena kuat. Kalau Lisa asyik nak tunjuk muka tak puas hati pada bos Lisa, lagilah bos Lisa suka sangat nak kenakan Lisa.”
“Jadi Syah tak nak dengar masalah Lisa?” Terasa? Memang dia terasa hati dengan sikap Syahmi yang seakan-akan tidak mengambil berat tentang dirinya.
“No. Bukan Syah tak nak dengar masalah Lisa tapi Syah nak Lisa kuat. Lisa tak pernah buat perangai macam ni, kenapa tiba-tiba aje Lisa tak suka dengan kerja Lisa?”
Nafas dilepaskan perlahan. “Bukan Lisa tak suka kerja Lisa tapi Lisa tak suka bos Lisa.”
“Siapa bos Lisa tu? Biar Syah ajar dia sikit!”
Alissa menggigit bibir. Takkan nak cakap yang bos dia ialah Zafril? Mahu Syahmi terlopong nanti.
Sudu kembali diambil. Mee goreng yang sudah dilenyek tadi diperhatikan lama. Rasa kelakar pula melihat keadaan mee di dalam pinggannya. Takkan dia lenyek mee sampai macam ni sekali? Aduh!
“Takde apa-apa. Makanlah. Mee Lisa ni macam dah tak boleh nak makan lagi.” Alissa tertawa halus dan disambut oleh Syahmi.
“Nak order yang lain?”
No,thanks. Lisa pun dah kenyang.”
“Sikit je Lisa makan. Nah, makan nasi goreng Syah ni.” Pinggan nasi goreng diletakkan di hadapan Alissa. “Kena makan sampai habis.”
“Ala..”
“Takde ala-ala. Makan sampai habis.”
Lama Alissa merenung nasi goreng kampung di dalam pinggan yang Syahmi letakkan di hadapan dia. “Tapi..”
“Lisa, boleh tak kalau jangan degil?” Suara Syahmi sedikit garang. Sengaja mahu menakutkan Alissa. Biar wanita itu tahu yang dia tidak main-main sekarang ini. Kenyang konon. Padahal berapa suap sangat Alissa makan mee goreng tadi. Yang selebihnya habis dilenyek-lenyek.
Perlahan sahaja suapan nasi goreng masuk ke dalam mulutnya.
“Lepas ni nak tengok wayang tak?”
Mata Alissa mencari wajah Syahmi. “Tak mahulah. Lisa nak balik rehat. Esok Lisa nak kena kerja lagi. Minggu ni banyak kerja.”
Okay. What about this weekend?”
Spontan bibir mengukir senyuman manis. “Weekend Tuti dah booked! Nak cari barang-barang untuk majlis sikit. Sorry yea..”
“Amboi, Tuti ni lagi awal dari Syah ye. Baru hari Selasa dia dah booking Lisa awal-awal lagi ye!” Syahmi ketawa perlahan.
“Ala, Lisa kan busy sepanjang masa. Kalau nak jumpa pun kena janji awal supaya Lisa boleh adjust jadual Lisa. Kalau tak memang gigit jarilah.” Alissa ketawa mengekek.
“Iyelah, macam Syah sekarang inilah terpaksa gigit kuku aje sebab tak boleh keluar dengan si cantik manis ni kan.” Syahmi masih ketawa kecil. Suka melihat Alissa yang ceria dan ketawa seperti sekarang.
“Mana ada cantik pun!”
“Paling cantik di mata Syah.”
“Merepek!”
“Iye, paling cantik di mata Syah sebab tu sampai sekarang ni Syah takde perempuan lain. Hati ni masih setia pada Lisa.”
Alissa meletakkan semula sudu. Kalau bincang pasal soal hati dan perasaan memang buat dia tak senang duduk. Dia tahu Syahmi banyak membantu dia untuk bangkit disaat dia terkungkur suatu ketika dahulu.
“Syah, Lisa minta maaf sebab Lisa belum bersedia.”
“Jangan risau, Syah tak pernah paksa Lisa. Bila Lisa dah bersedia just tell me. Syah sentiasa ada di sisi Lisa sampai bila-bila.”
“Lisa banyak menyusahkan Syah, kan?”
“No! Tak pernah. Syah tak pernah anggap Lisa ni menyusahkan Syah sebaliknya Syah memang ikhlas terhadap Lisa.” Bersungguh-sungguh Syahmi cuba meyakinkan dia. Sebenarnya Syahmi tak perlu yakinkan dia apa-apa kerana dia yakin bahawa lelaki itu memang ikhlas cuma dia sahaja masih belum bersedia sehingga kini.
“Lisa minta maaf. Lisa belum bersedia.”
“Syah faham. Jangan risau ya?”
Alissa merenung ke dalam mata Syahmi. Dia rasa bersalah terhadap lelaki ini. Lima tahun lelaki ini setia menanti, entah kenapa hati dia masih belum ada ruang sedikit pun untuk Syahmi. Nak kata tidak baik, sangat baik dan sempurna. Kerjaya yang bagus, wajah yang kacak dan keluarga yang kaya raya. Tiada apa yang cela tentang Syahmi. Mungkin dia yang bermasalah agaknya!
“Kalau Syah jumpa perempuan lain yang better than Lisa, Lisa takkan menghalang hubungan Syah dengan perempuan tu..”
No! Syah nak Lisa. Syah hanya sayang dan cintakan Lisa. Syah yakin Syah boleh jaga Lisa dengan baik.”
Nafas disedut dalam-dalam. “Lisa minta maaf sebab Lisa buat Syah ternanti-nanti.”
“Syah sanggup tunggu!” Balas Syahmi laju. “Syah ikhlas terhadap Lisa. Dah, jangan fikir lagi. Kata esok nak kerja, makan cepat.”
p/s : Alhamdulillah berjaya juga post bab yang ke-8 ni. Internet asyik putus-putus aje. Kepada yang membaca dan sudi tinggalkan komen tu thank you very much!
Sri masih lagi dalam pembikinan mss CJSA ni. InsyaAllah akan cuba menaip laju-laju selaju yang mungkin. Lepas tu nak sambung pula dengan DLUA. Idea mencurah-curah untuk DLUA tu tapi tangan ada dua aje tak sempat nak taip sebab memang dalam perancangan nak siapkan yang CJSA dulu lepas tu siapkan DLUA pula.
Ada juga yang bertanya kepada Sri bila KPI bila KPI dan ada yang tanya juga pasal entry untuk KPI. Ala darlings, buat masa sekarang ni belum lagi ya.. InsyaAllah kalau ada rezeki semua boleh peluk cium KPI. Nervous pulak! Hihi.

Hugs,
Sri.

6 comments :

  1. All d best for KPI...! Jgn lupa bgtau bila ianya diterbitkan kelak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau akan dicetak aje terus Sri hoi hoi hoi semorang yang singgah di belog ni suruh beli buku Sri! HAHAHA.

      Delete
  2. Ramai yg tertunggu2 KPI. Setiap kali ada announcements dr publishers ttg novel baru kuar harap sgt Novel tu adalah KPI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa, Kak Nira Md Jaffar!!
      Belum lagi kak.
      Sabar tau!
      Sini hugs sikit.

      Delete