Datuk
Rahman yang baru sahaja pulang ke rumah terus memanjat tangga menuju ke tingkat
atas rumahnya. Wajah seseorang ingin dia tatapi. Rindu sangat dengan wajah jelita
itu. Pintu bilik anak tunggalnya diketuk.
Tiada
jawapan.
Sekali
lagi tangan Datuk Rahman naik mengetuk pintu bilik berwarna putih itu.
Masih
senyap.
“Sayang.” Panggil Datuk Rahman dari luar.
Aulia
diam membeku. Buat-buat tak dengar ketukan di pintu dan panggilan dari daddynya. Biar Datuk Rahman tahu dia
sedang merajuk.
Mendengar
tombol pintu dipulas oleh seseorang, Aulia cepat-cepat menarik selimut menutup
kepalanya. Seluruh tubuhnya kini sudah dibungkus dengan selimut bercorak
bunga-bunga kecil ala Inggeris itu. Dia sudah berjanji untuk melancarkan perang
dengan daddynya.
“Anak
daddy ni tak turun sambut daddy balik kerja pun hari ni.” Duduk
dilabuhkan di sisi anaknya yang sedang berbaring di dalam comforter.
Diam.
“Lia
dah makan? Jom makan dengan daddy dan
mummy.”
Datuk
Rahman cuba menarik comforter yang
menutupi kepala anaknya namun segera ditarik semula oleh Aulia. Datuk Rahman
tergelak kecil. Oh, merajuk rupanya anak kesayangan dia. Ingatkan sakit perut
tadi.
“Alamak,
anak daddy boikot daddy! Kenapa ni sayang?” Tubuh Aulia
yang tenggelam dalam selimut tebal itu ditepuk-tepuk perlahan.
Masih
diam. Aulia pura-pura pejam mata walaupun mulut dia rasa nak menjawab semua
soalan Datuk Rahman namun segera ditahan. Kan dah janji dengan diri sendiri nak
boikot. Kalau mungkir janji nanti berdosa, Tuhan marah.
Eh,
kalau merajuk dengan bapa sendiri lagilah berdosa, kan? Alah, daddy okay. Daddy cool!
“Okay,
kalau Lia tak nak cakap dengan daddy,
daddy keluar dulu. Mummy dah tunggu nak makan dekat bawah
tu. Perut daddy pun bukan main lagi
lapar ni. ” Datuk Rahman menepuk bahu anak kesayangannya. Punggungnya di angkat
mahu melangkah turun ke meja makan.
Belum
sempat Datuk Rahman melangkah pergi, Aulia menarik comforter yang menutup kepalanya turun sehingga ke paras pinggang.
Dia bingkas bangkit duduk bersila di atas katilnya.
“Kenapa daddy ambil kad kredit Lia?! Lia nak
beli kasut pun tak dapat tau tak? I hate
you daddy!” Sebiji bantal kecil berbentuk empat segi berwarna merah hati dicampak
ke arah Datuk Rahman.
Buk!
Tak
sempat mengelak. Aulia tersenyum puas hati.
“Sayang
nak kasut apa lagi? Ada berpuluh-puluh kasut dah dalam almari dekat bawah tu.
Nak beli kasut apa lagi?” Datuk Rahman mengutip bantal berwarna merah jambu
yang jatuh di hujung kakinya. Nasib baik campak bantal, kalau anak dia campak
pasu tak ke pecah berderai kepala dia tadi? Haish!
Datuk
Rahamn merapati katil Aulia. Dia kembali duduk di sisi Aulia. Bahu Aulia diusap
penuh kasih sayang.
“Aulia
nak beli apa lagi?”
“Heels la. Cantik sangat tau daddy. Lia dah meleleh air liur dah
tengok heels tu. Sebab daddy, melepas kasut tu. Semua daddy punya pasal.” Aulia tumbuk dada
Datuk Rahman.
“Eh,
kenapa salahkan daddy pulak. Lia yang
tak beli, siapa suruh.” Datuk Rahman masih membela dirinya.
“Macam
mana Lia nak beli, dia takde duit!” Aulia buat muka geram. Kenapalah daddy dia boleh tanya soalan yang separa
bijak ni… Kalau dia ada duit, dah lama dia beli kasut merah tadi tu. Takdelah
dia merajuk macam ni!
“Takkan
Lia takde cash langsung?”
Aulia
pantas menggeleng.
“Bukan
mummy bagi duit ke sebelum Lia keluar pagi tadi?” Rasanya macam dia nampak
isteri dia hulur duit dekat Aulia sebelum Aulia keluar tadi. Takkanlah mata tua
dia dah tersilap tengok?

“Mummy bagi Lia lima puluh ringgit aje
nak pergi kerja hari ni!” Bentak Aulia. Sakit hati betul dengan sikap mummynya. Ada ke patut bagi dia duit
RM50 sahaja? Nasib baik makan tadi Izara yang belanja dia. Kalau tak memang
makan nasi lemak restoran murah-murah ajelah jawabnya.
“Siapa
suruh Lia boros sangat, padan muka Lia. Kalau ikutkan hati mummy, mummy nak bagi Lia
duit sepuluh ringgit aje tadi. Tapi kesian pulak dekat anak mummy ni.” Datin Zahrah yang baru muncul
terus menghentam anak gadisnya.
Aulia
tarik muncung lima belas inci.
“I want my credit card and my bank card
back!” Aulia menjeling Datin Zahrah. Bukan main tajam lagi jelingan Aulia.
“Lia
nak buat apa nak semua tu? Nak shopping macam orang gila lagi? Berapa kali
mummy nak cakap dengan Lia, rumah kita ni dah boleh bukak butik jual semula
semua baju-baju Lia tu. Tu.. dalam almari tu, ada yang belum pakai lagi. Dekat
bawah tu, kasut berpuluh-puluh pasang. Nak buat apa?” Dah mula dah ceramah
percuma Datin Zahrah.
“Lia
tak kira, Lia nak mummy bagi balik kad Lia. Tu Lia punya!” Aulia masih tidak
berpuas hati. Kali ini dia akan bermati-matian untuk dapatkan kad-kad kredit
miliknya semula. Ohhh, hidupku tidak sempurna tanpa kalian!
“No!Mummy
tak setuju! Nanti berapa puluh pasang kasut lagi Lia nak beli? Kasut-kasut
dekat bawah tu pun dah boleh bukak kedai kasut, tau tak?” Marah Datin Zahrah.
Bukan
boleh layan sangat anak dara dia ni. Suami dialah manjakan sangat si Aulia
sampai naik lemak. Ikutkan hati dia mahu aje dipiat-piat telinga Aulia sampai
putus. Ada ke patut menjeling dia tadi. Korek biki mata tu baru tahu!
“Dah,
jom turun makan. Mummy dah masak dah
lauk kegemaran Lia. Daging masak hitam. Sedap sangat mummy masak hari ni.” Sengaja mahu memancing anak daranya. Marah
macam mana pun terhadap Aulia, itulah satu-satunya permata hati dia. Itulah
racun, itulah penawar.
“Tak
nak!” Laju Aulia menjawab. Selagi dia tidak mendapatkan kembali kad kredit dan
kad bank yang telah dirampas oleh Datin Zahrah, dia akan terus melancarkan
mogoknya.
“Betul
Lia tak nak makan dengan mummy dan daddy?” Aulia angguk laju. Dalam hati berdoa
semoga mummy dia akan lembut hati dan menyerah kembali ‘sahabat’ karibnya. Auu,
tak sabar!
“Ikut
suka Lia lah. Kalau lapar jangan salahkan mummy
sebab tak ajak Lia makan. Jom bang.” Tangan Datuk Rahman ditarik keluar dari
bilik Aulia. Sengaja mahu mendera anak gadisnya. Bukan apa, melampau sangat
dalam berbelanja. Ish!
Mata
Aulia rasa nak tersembul keluar. Biar betik mummy
dia kali ni. Takkanlah sampai macam tu sekali kot kali ini?
Melihat
Datuk Rahman yang mahu melangkah pergi, Aulia menjerit separuh mati.
“Daddy!!!”
Datuk
Rahman hanya jongket bahu. Dia keluar mengikut Datin Zahrah. Aulia ketap bibir.
Ei, geramnya dengan daddy!
Aulia
kembali menghempas tubuhnya di atas katil mewah miliknya. Comforter ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Harap-harap
esok dia sakit perut, biar mummy rasa
bersalah sebab tinggalkan dia dekat atas sorang-sorang malam ni.
Aulia
ketap bibir.
Perlahan-lahan
tangan Aulia keluar dari celah-celah comforter.
Aulia meraba-raba permukaan almari kecil berwarna putih di sebelah katilnya
mencari sesuatu. Ish, mana pulak ni.
Jumpa
pun!
Benda
itu ditarik masuk ke dalam comforter.
Aulia menekan-nekan sesuatu.

“Hello, Fazri.”
“Kau
ni tak boleh bagi salam ke Lia?” Aulia senyap. Eleh, buat-buat alim pulak. Yang
dia tu kalau call yoyo Lia, what’s up,
what’s up, takpe lah pulak?
Aulia
merengus kecil.“Ye lah, Assalamualaikum!” Kasar suara Aulia.
“Waalaikummussalam
wbt. Kalau ye pun nak bagi salam lembutlah sikit. Muka cantik, lembutt aje aku
tengok. Kalau tengok muka, sejuk hati orang tua-tua. Tapi bila tengok perangai
Ya Allah, cancel nak buat menantu.”
Tadi Datin Zahrah dah membebel, sekarang kau pulak nak membebel? Ahhh!
“Aku
takde mood nak dengar kau membebel la Faz. Sibuk aje nak nasihatkan aku. kau
pun sama, kalau mummy dengan daddy aku tengok kau tak hingin nak buat menantu,
tahu!” Nah amek sebijik. Takde masa nak berlembut dengan Fazri.
Fazri
geleng kepalanya. “Aku pun tak hingin jadi menantu mak bapak kau tu Lia oi. Kau
ingat senang nak layan kepala batu kau ni? Hoiii, mintak simpang!”
“Hoi!”
Aulia separuh menjerit.
Fazri
tergelak besar. “Kau ni tak boleh ke kalau berlembut, sopan santun, cakap
baik-baik, tak degil. Boleh tak?”
Aulia
gigit bibir kuat-kuat. Ya Allah… dia bukan telefon Fazri nak mendengar mamat ni
membebel dekat dia. Aduhai! Rasa nak hentak-hentak kepala Fazri dengan kasut
tumit tinggi dia. Ah, kenapa teringat pasal kasut pulak. Terus rasa sedih sebab
kasut kesayangan sudah disambar orang.
“Hah,
ni diam pulak. Kalau call nak diam
macam ni baik kau tak payah call aku, Lia.” Sekali lagi Fazri sound dia.
Aulia
ketap bibir bawahnya kuat. Sakitnya hati. Kalau Fazri ni ada depan dia sekarang
ni memang dah kena ketuk dengan tumit kasut dia sekarang jugak!
“Aku
call bukan nak dengar kau membebel,
Faz. Kalau nak bagi ceramah free kau
tunggu nanti aku ada depan muka kau, haaa time
tu kau cakap puas-puas. Itu pun kalau kepala kau kebal nak merasa tumit kasut
aku lah.” Sekali lagi Fazri tergelak besar. Terhinjut-hinjut bahu dia dengar
marah Aulia.
“Iyelah,
aku berheti cakap sekarang. Bye.”
Belum
sempat Fazri menamatkan panggilan, Aulia sudah menjerit.
“Woiii!
Nantilah.” Fazri melakar senyum. Acah aje tadi, bukan nak letak betul-betul
pun.
“Kau
ni boleh tak kalau cakap perlahan sikit volume tu? Aku belum pekak lagi tau.”
Aulia menghela nafas perlahan. Adoi, macam-macamlah Fazri ni. Cakap lembut
sikitlah, cakap perlahanlah, itulah, inilah.
“Sorry..
Aku ingat kau dah letak tadi.” Volume
suara direndahkan sedikit. Tak sengaja terjerit tadi.
“Aku
maafkan kau tuan puteri. Ni kenapa suara sedih aje ni?” Ah..Fazri. Lelaki ini
seolah-olah tahu apa yang sedang dia lalui. Kenapa Fazri seolah-olah sangat
memahami dirinya?
“Mana ada aku sedih. Aku call kau ni sebab aku nak tanya kau ada dekat mana? Kau ada nampak Hazrul
tak hari ni? Aku call langsung tak
jawab.” Takkan nak cakap dengan Fazri dia sedih kasut merah dia nak beli tu
kena sambar dengan orang lain. Maunya Fazri gelak sampai meleleh air mata
nanti.
“Hazrul
ada dekat mana kau tanya aku? Nak ada dekat mana lagi, kerja la kak, kerja! Nak
kahwin dengan anak orang kaya macam kau, kenalah kerja kuat.” Tawa Fazri masih
bersisa. Aulia dengar dia ketawa.
Aulia
senyap lagi.
“Lia,
kau dengar tak aku cakap ni?”
Aulia
tidak membalas. Hilang mood nak
berbual dengan Fazri.
“Kau
kalau nak diam, baik kau letak je telefon. Buat pening kepala aku aje cakap
sorang-sorang. Aku nak buat kerja ni.”
“Hmmm…”
Balas Aulia.
Fazri
seolah-olah memahami gelodak hati Aulia. Mesti sebab Hazrul lah ni. “Okay Lia, take care. Chiow!”
Tanpa
menunggu lebih lama, Aulia menamatkan panggilan. Telefon bimbit diletak semula
di atas almari kecil di sebelah katilnya. Aulia kalih ke sebelah kiri.
Mengiring sambil memeluk teddy bear
miliknya.
Kerja?
Sampai lewat malam begini? Benarkah lelaki itu sibuk dengan kerja? Banyak sangatkah
kerja Hazrul di pejabat sekangkang siamang itu? Bukan hendak menghina tapi
memang sebuah pejabat yang kecil dan mempunyai lapan orang pekerja sahaja.
Takkan banyak sangat kerja Hazrul sampai terpaksa bekerja lewat malam.
Rasanya
selama dia kenal Hazrul, jarang lelaki itu pulang lewat malam. Sejak bila pula
pejabat lelaki itu ada projek sampai berpuluh-puluh? Dulu nak dapatkan
satu-satu projek pun susah bukan main lagi.
Dan
yang paling peliknya sikap Hazrul terhadap dia memang berubah seratus peratus!
Puas dia cuba mencari apa kesalahan yang dia lakukan namun tidak berjaya. Ahh,
kenapa lelaki itu!
Sejak
Hazrul datang ke rumahnya sebulan lepas, sikap Hazrul nampak lain sangat.
Hubungan dia dan Hazrul pun dah tak semesra dahulu. Hazrul langsung tidak
pernah menghubungi dia lagi selepas peristiwa itu. Melainkan dia yang sentiasa
menelefon lelaki itu untuk bertanya khabar dan mengajak Hazrul berjumpa.
Kalau
nak harapkan Hazrul, mimpilah. Mummy
ada bercakap sesuatu dengan lelaki itu? Atau daddy? Atau Hazrul sendiri yang terasa hati dengan sikap dia? Ahhh,
pening! Kalau banyak sangat fikir boleh lebam otak dia nanti.
Silap-silap
otak mengembang sampai meletup kepala dia nanti. Serabut. Serabut. Bercinta pun
serabut tak bercinta pun serabut jugak.
Baik
dia tidur sekarang sebelum perut dia meragam lapar! Mogok dengan mummy dan daddy, mana boleh turun makan. Bikin malu okay.
Selagi
mummy tak serahkan semula kad kredit
kesayangannya, dia takkan berbaik semula dengan mummy. Daddy pulak bukan
main lagi back up mummy sekrang. Dia
bukan lagi anak manja kesayangan daddynya.
Sedihnya hati ini.
Adakah
kerana dia sudah menginjak usia dua puluh lima tahun pada minggu hadapan jadi mummy dan daddy dah tak sayangkan dia lagi?
Nasib
baik hanya kad kredit yang ditarik semula oleh mummy, kalau tarik kereta Audi TT kesayangan dia, macam mana?
Takkan dia nak pergi kerja naik teksi? Ewww, langsung takde class! Buat malu dengan pekerja dia
sahaja.
Aulia
menutup suis lampu tidur yang menerangi biliknya. Sekelip mata biliknya menjadi
kelam. Topeng mata yang sudah menjadi kebiasaannya dipakaikan ke kepalanya.
Dunianya gelap gelita sekarang. Masa untuk tidur sebelum perut mula menangis
meminta makanan.
best.....
ReplyDeletebaby mio - Terima kasih sebab setia dengan karya Sri. Hehehe. :) Tulis cerita ni laju-laju. Update selalu! hiks!
ReplyDelete