Friday, 1 November 2013

Bab 22 Cinta Tak Akan Berakhir

Penerbangan balik ke Malaysia kira-kira tiga puluh minit lagi. Disebabkan dia dah tak larat lagi nak berjalan, Razlan ajak dia menunggu di lapangan terbang lebih awal. Bagus juga datang sini awal, tak perlulah dia terima hadiah daripada Razlan lagi.
Rasanya hari ini dah lima barang yang Razlan beri pada dia. Minyak wangi jenama Dior, beg tangan, gelang tangan emas putih, sehelai baju dan sehelai pashmina. Segan sangat! Puas menolak tapi biasalah Razlan. Diktator! Kalau cakap nak bagi, kau kena pilih juga kecuali seutas gelang tangan emas putih yang dipilh oleh Razlan sendiri.
Peliknya nak juga beli di Singapura, macamlah di Malaysia takde semua benda ini. Beg tangan Gucci Limited Edition tu memanglah takde di Malaysia tapi barang lain semuanya ada kot di Malaysia. Harga mungkin lebih murah.
“Nak apa-apa lagi tak?”
Azara tayang riak wajah terkejut. Nak apa-apa lagi tu apa? Ya Allah, sudah-sudah lah Razlan oi!  “Tak nak.. Awak nak beli apa-apa ke?”
Nope. I nak pergi toilet kejap. Stay here.” Azara angguk.
“Jangan ke mana-mana sampai I datang. Don’t talk to strangers.” Huh? Razlan ni pesan macam dia ni tak pernah ke luar negara. Dia ke Amerika dulu seorang diri aje. Semasa dia di sana baru dia berkenalan dengan orang lain. Risau apa ntah Razlan ni! Memanglah dia akan tunggu di sini, takkan ke mana-mana pun. Jangan risau.
“Dengar tak I cakap dengan you ni?”


“Dengar. Awak ni boleh tak jangan layan saya macam saya ni budak-budak? Takkanlah saya tak tahu nak jaga diri sendiri? I am a big girl.”
“I tahu you dah besar tapi you tu degil. I takut you hilang atau kena culik.”
Azara menjegilkan biji matanya kepada Razlan. Apa lelaki ni merepek ni! Ini Singapura aje pun. Kalau dia hilang pun dia masih boleh balik. Bukannya dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Lagipun mereka berdua ada di lapangan terbang! Siapa pula nak culik dia di sini?
Aduhai. Razlan ni memang pelik! Risau perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
“Saya akan tunggu awak di sini. I won’t go anywhere. I am promise!”
Razlan memandang Azara yang nampak sedikit bengang. Dia tahu Azara tidak suka dengan sikap dia sekarang ini tapi dia juga tidak suka dengan sikap Azara yang terlalu berani di tempat orang.
“Don’t go anywhere.”
“Ye! Jangan risau.” Suara Azara sedikit meninggi. Geram betul dengan Razlan ni. Pesan sikit-sikit sudah la tak perlu nak ulang banyak kali. Kan dan kena marah.
Razlan bangkit meninggalkan Azara dan dua buah beg roda mereka. Datang sini tiga hari dua malam aje pun, bawak baju bukan main lagi. Siap dengan sebuah beg roda lagi ha! Susuk tubuh Razlan kian hilang ditelan manusia yang ramai di lapangan terbang ini.
Hujung minggu memanglah ramai. Sebab itu Azara lebih suka berjalan pada hari bekerja.. Kalau nak pergi membeli-belah pun dia lebih suka kalau pergi sewaktu hari bekerja. Takde banyak sangat manusia dan paling penting tak perlu berdepan dengan ragam manusia yang pelbagai dan memeningkan kepalanya.
Gelang tangan emas putih yang tersarung di tangan kanannya disentuh lembut. Hadiah daripada Razlan pagi tadi. Cantik sangat!
“Cantik gelang ni dengan you. I tak tahu nak pilih yang mana satu tapi I sukakan gelang ni.” Razlan senyum bangga apabila gelang tangan yang dibeli olehnya tersarung cantik di pergelangan tangan Azara.
I sukakan you.” Perlahan bibirnya mengukir senyuman. Teringatkan kata-kata Razlan pagi tadi selepas sarapan pagi. Dia juga sukakan Razlan. Lebih daripada suka! Dia mula jatuh cinta dengan lelaki itu sejak kali pertama memandang wajah kacak Razlan tapi disebabkan sikap sombong Razlan lekas-lekas Azara memadamkan perasaan itu.
Selepas sarapan pagi mereka ke Orchard Road untuk membeli-belah. Kononnya banyak sangat barang yang Razlan nak beli tapi langsung tak beli apa-apa sebaliknya belikan hadiah untuk Azara sahaja.
I think I am in love with you, Azara.” Azara memejamkan matanya. Kali pertama Razlan mengungkapkan perasaan cinta. Mee kari yang melalui tekaknya rasa tersangkut. Susah nak hadam lagi dah.
Since when?” Azara memberanikan dirinya untuk bertanya. Kalau tak tanya sampai bila-bila pun dia takkan tahu sejak bila Razlan mula jatuh hati dengan dia.
“Sejak kita ke Melaka. Sejak anak-anak yatim tu sukakan you. Bila you marah sebab kita kalah dalam permainan dengan budak-budak tu, I rasa I sangat-sangat sukakan you lebih daripada budak-budak tu sukakan you.”
“Macam tu aje? Takkan kena marah dengan saya pun awak suka?”

Razlan angguk. “I tak perlukan sebab yang banyak untuk I jatuh cinta dengan you. Umi dan mama sukakan you pun dah cukup untuk buat I lebih sukakan you.”
Puan Sofiah sukakan dia? Takkan kot. Dia pernah keluar makan dengan Puan Sofiah sekali aje pun.. Takkan sekali aje dia temankan Pua Sofiah terus Puan Sofiah sukakan dia? Mustahil!
“Mesti you pelik, kan? Papa selalu cerita pasal you dekat mama. So secara tak langsung mama I kenal sikap you.”
“Sikap saya yang macam mana?” Muncul sikap ingin tahu apa pandangan Puan Sofiah terhadapnya.
“Lemah lembut tapi keras kepala.”
Azara tarik muncung lima inci. Mutahil Encik Latif yang cakap dia keras kepala, ini mesti kerja Razlan! “Mesti awak yang cakap saya keras kepala. Tak mungkin Encik Latif cakap macam tu.”
Spontan Razlan tergelak besar. “Pandainya you ni!”
Azara mengelak sedikit apabila Razlan mahu menyentuh kepalanya. Tangan tu tak boleh duduk diam!
“Boleh tak tangan awak tu jangan merayap sangat?”
Razlan tergelak lagi. “Boleh, sayang.”
Sayang? Urgh! Kenapa Razlan ni sengaja nak duga hati dia? Jahat betul.
“Siapa sayang awak?”
You tak sayang I pun I tak kisah sebab umi boleh pujuk you sampai you sayangkan I. kan?” Ei, tak malu betul Razlan ni nak guna khidmat Puan Melati. Kalau hebat sangat usahalah sendiri buat apa nak Puan Melati yang pujuk dia pula.
“Anak manja”
“Memang pun I ni anak manja umi. You pula akan jadi menantu manja umi.”
Nafas Azara bagaikan terhenti. Baru semalam Razlan cakap sukakan dia takkan hari ni dah cakap pasal menantu kot? Too fast!
“Siapa nak kahwin dengan awak ni? Jangan perasan sangat boleh tak?”
“Tak boleh sebab I tahu you sukakan I macam I sukakan you. Bezanya ialah I mengaku tapi you malu nak akui.”
Malu? Bukan malu tapi berhati-hati!
“Jangan nak merepek boleh tak? Makan ajelah..” Azara menyuap mee kari ke dalam mulutnya. Kalau nak bertekak dengan Razlan sampai esok pun takkan habis. Memang kerja lelaki ini menyakat dia aje. Tak mahu nak mengalah langsung!
Kehadiran Razlan ke tempat duduknya semula menghilangkan bayangan kenangan petang tadi. Inilah kali pertaman Azara rasa sungguh bahagia selepas dia putus cinta dengan Zakri. Sangkanya dia takkan jumpa mana-mana lelaki yang boleh buat dia jatuh cinta lagi, ternyata dia silap. Razlan membuka semula hati dia untuk bercinta!
“You nak pergi tandas tak? Kejap lagi dah nak boarding ni.”
Azara menggeleng perlahan. “Boleh simpan sampai Malaysia.”
Razlan ketawa mengekek. Boleh tahan juga lawak Azara ni. “Merepek betul sayang I ni kan…”
Alahai, sengaja aje Razlan ni nak pancing dia dengan perkataan sayang. Tak sukanya bila hati dia turut melonjak gembira dengan panggilan yang meniti di bibir Razlan!
Time to go home. Let go, sayang.”
Again! Sayang.. Sayang.. Sayang.oh Razlan, saya sayang awak juga! Nak aje hati dia menjerit memanggil Razlan dengan perkataan sayang juga tapi rasa tersekat dikerongkong. Tak boleh nak sebut perkataan sayang tu sebab segan gila!
Beg roda ditarik ke dalam balai pelepasan. Satu beg kertas berisi beg tangan jeama Gucci yang dihadiahkan kepada Azara diambil dari genggaman Azara. “Biar I pegang. You jalan dulu.”
Alahai, sweetnya Razlan ni, Zakri pun tak pernah sweet sampai macam ni sekali. Kalau pergi shopping semua barang kau peganglah sendiri.
Tempat duduk di sebelah tingkap menjadi pilihan Azara. Kelam aje di luar.. Jam di tangan dikerling. Dah pukul sepuluh malam. Siapa yang akan menjemput mereka di lapangan terbang sekejap lagi?
“Kejap lagi Daus jemput kita.”
Anak mata Azara menikam tepat ke dalam mata Razlan. Macam mana lelaki itu tahu apa yang sedang bermain dan fikiran dia? Ah, Razlan!
“Terkejut ye macam mana I boleh tahu apa yang you fikir?”
Azara tergelak kecil. “Awak ada magik ye?”
“Tak, I ada dalam hati you sebab tu I tahu apa yang you fikirkan.”
Tawa Azara mati. Tak lawak! Tak lawak Razlan!
“Janganlah buat muka masam macam tu.. Sorry kalau you tak suka dengan lawak bodoh I tadi.”
Rasa serba salah terus menyelinap dalam segenap ruang hati Azara. “Tak.. Tak. bukan macam tu. Sorry kalau saya buat awak terasa hati. Saya harap awak tak terlalu mengharapkan saya.”
“Zara, I memang mengharapkan you. I harap you terima cinta I. Apa yang tak kena? Apa lagi I perlu buat untuk you? Just tell me.. I sanggup buat apa aje.”
Azara rasa sedikit tertekan diasak dengan pelbagai soalan daripada Razlan. Sembang aje kata takkan memaksa tapi paksa juga!
Kata tak mahu cakap lagi pasal hati dan perasaan, konon nak bagi peluang kepada Azara untuk berfikir tapi setiap masa, setiap saat lelaki itu juga yang akan cuba bercakap soal hati dan perasaan. Penipu!
“Saya tak suka bila awak terlalu memaksa saya.”
“You tak sukakan I?”
“Bukan macam tu.. Saya bukan tak sukakan awak, Raz tapi saya harap awak bagi saya masa.. Saya tak begitu kenal awak. Saya perlukan masa.”
Razlan segera meningkah kata-kata Azara, “Kalau tak kenal, kita kenal dengan lebih rapat. Sebab tu I nak kenal you. I nak tahu semuanya tentang you.”
“Awak mungkin akan bencikan saya.”
“I won’t!” Balas Razlan sedikit kuat. Bengang dengan sikap keras kepala Azara. Mudah sangat nak mengalah padahal mereka berdua belum lagi mencuba hubungan mereka. Apa salahnya jika Azara berikan peluang kepada dia?
“Sekarang bolehlah awak cakap macam tu, nanti bila awak dah kenal saya, kenal keluarga saya awak akan tinggalkan saya.. Awak akan tinggalkan saya macam orang lain tinggalkan saya!” Suara Azara mula diusik dengan emosi. Terbayang satu per satu kawan-kawannya yang pergi meninggalkan dia..
Razlan menggelengkan kepala. “I takkan tinggalkan you.”
“Saya nak tidur kejap.” Azara berpaling semula ke luar tingkap. Tidak mahu memandang wajah yakin Razlan yang kononnya takkan tinggalkan dia. Lelaki mana yang tidak sukakan kakak dia? Cantik, seksi dan menggoda!
Zakri dulu pun cakap benda yang sama. Takkan tinggalkan dia. Bila dah kena tabur macam-macam fitnah tentang dia  Zakri yang dah bertahun-tahun kawan dengan dia pun pergi meninggalkan dia. Memilih untuk bersama Izreen bukannya dia.
Macam mana lagi dia nak percaya?
Abah? Abah pun sama. Sejak dia sekolah rendah lagi Encik Idris tak pernah berikan apa-apa perhatian kepada dia. Tak pernah sekalipun Encik Idris muncul pada hari dia membuat persembahan dia sekolah atau hari anugerah cemerlang dia.
Hari konvokesyen dia beberapa tahun lepas pun Encik Idris tak muncul. Siapa lagi lelaki yang dia ada untuk dia harapkan?
Razlan?
Azara memejam matanya rapat-rapat. Ya Allah,adakah dia lelaki yang terbaik kau hantar untukku?
Razlan hanya membiarkan Azara melayani perasaan sendiri. Biarkan Azara menenangkan fikirannya dahulu. Mungkin dia terlalu mengasak Azara untuk menerima dia.


“Hai Zara. Macam mana bercuti? Seronok?” Soal Firdaus sebaik sahaja Azara melabuhkan punggungnya di atas kusyen belakang kereta Audi A3. Kaya betul Firdaus ni naik Audi. Anak siapa agaknya!
Azara menyelak semua rambut panjang miliknya ke tepi sebelah kiri. “Seronok.. Kali pertama ke USS. Sebelum ni pernah ke Singapore tapi tak sampai lagi ke USS.” Balas Azara ramah. Firdaus ni memang ramah gila dengan dia. Ada aje topik nak berbual dengan lelaki ini.
“Pergi dengan boyfriend ye sebelum ni?” Firdaus memandang Azara melalui cermin pandang belakang. Cantik sungguh wanita bernama Azara ni! Desis hati Firdaus. Untung kau Razlan dapat wanita secantik ini.
“Eh tak.. Zara pergi dengan mak Zara. Mak nak shopping di Orchard Road. Zara temankan aje.”
“Ye ke ni.. Boleh percaya ke Zara ni takde boyfriend?” Firdaus masih mengasak Azara dengan soalan yang hampir sama. Razlan membiarkan sahaja perbualan Firdaus dan Azara. Dia juga tidakpernah tahu sama ada wanita jelita ini mempunyai kekasih hati atau tidak. Tak pernah tanya langsung!
“Siapalah yang nakkan Zara ni..” Bibir mengukir senyuman manis.
“Takpe, kalau takde siapa nakkan Zara, Zara jangan risau.. Abang ada!”
Azara tergelak kecil. Suka buat lawak bodoh juga rupanya Firdaus ni. “Zara tak risau.”
Firdaus sambung ketawa Azara. Pandai juga Azara ni menjawab. Semua dengan ayat yang selamat. “Ada tak Alan ni buli Zara masa dekat sana?”
Azara mencuri pandang wajah Razlan yang duduk di tempat duduk hadapan. “Ish takde lah. Raz baik aje masa dekat sana. Zara pening sikit pun dia dah risau.” Bibir tergelak kecil melihat wajah cemberut Razlan yang bimbang kalau Azara cuba memburukkan dia di hadapan Firdaus. Eleh, dengan kawan baik sendiri pun nak berkira!
“Kau ni Daus asyik tanya Zara aje. Aku ni kau tak tanya pula sihat ke, sakit ke, pening ke..”
Firdaus tergelak besar sambil matanya menyorot ke arah Razlan yang duduk di sebelahnya. Tangannya menumbuk kuat bahu Razlan.
“Kau ni aku sembang dengan Zara sebab susah nak jumpa Zara ni kalau bukan kau yang bawa dia jumpa aku.. Dengan kau tu bila-bila masa pun aku boleh berbual. Lagi satu tengok muka pun aku dah tahu kau tu sihat. Kan Zara?”
“Ha’ah.. Abang Daus dari mana ni?”
Spontan Razlan menoleh ke belakang mencari wajah Azara. Ei, nak aje dia cium bibir comel Azara yang lancar memanggil Firdaus dengan panggilan abang.
Azara menjegilkan biji matanya sebagai tanda ‘apa’. Tiba-tib aje Razlan memandang dia dengan wajah yang menyinga. Apa yang tak kena pula?
“Abang dari rumah mak abang tadi. Saja singgah jenguk mak kejap.”
“Mak Abang Daus sihat ke?” Azara buat-buat tidak faham dengan pandangan mata Razlan. Takkan panggil Firdaus abang pun salah kot? Memang lelaki itu lebih tua dua tahun daripada dia, apa salahnya dengan panggilan abang tu?
“Sihat.. Kalau Zara ada masa nanti abang kenalkan Zara dengan mak abang. Nak?”
Alamak, terlebih mesra ke sekarang ni? Siap nak kenalkan dengan mak pula. Nanti emak Firdaus ingat Azara ni teman istimewa Firdaus pula. Itulah kau Azara gedik sangat!
“Kau ni jangan nak melebih sangat Daus. Kau nampak ni?” Razlan tayang sebiji penumbuk di hadapan Firdaus dan lelaki bernama Firdaus itu hanya tergelak besar.
“Kau ni cemburu ke aku nak kenal rapat dengan Zara?”
Azara buat-buat tidak dengar. Matanya memandang ke luar tingkap memerhati jalan raya Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi.
“Kalau aku cemburu pun kau sibuk apa? Bukan ada kaitan dengan kau pun.” Razlan membalas garang. Bukan Firdaus tidak tahu pasal Azara dan dia. Saja aje nak cari pasal! Memang nak makan penumbuk agaknya kawan baik dia ni. “You tadi mengantuk sangat kan? Sekarang tidur. Nanti sampai rumah umi I kejutkan you.”
Tak pasal-pasal dia pula yang kena marah dengan Razlan. Firdaus tanya cemburu ke tidak tak pula Razlan menjawab.. Tahu nak naik angin aje lelaki ni. Kepala angin, kepala batu. Ei, semua kepala memang Razlan lah!
Sudahnya Azara senyap dan membiarkan Razlan berbual dengan Firdaus. Sesekali terdengar kedua-dua lelaki di hadapannya ini ketawa besar. Seronok sangat sembang apa lah agaknya.

p/s : Nampaknya Razlan dah mula jatuh cinta pada Azara. Tak ramai ye rindukan Razlan ni.. Lebih ramai yang rindukan Ari Aqashah, Sarah, Aulia & Ashraff! ;)) 

11 comments :

  1. Tau xpe...betul apa yg akak katakan..mmg rindu dkat aulia dan sarah...

    ReplyDelete
  2. Tau xpe...betul apa yg akak katakan..mmg rindu dkat aulia dan sarah...

    ReplyDelete
  3. Tau xpe...betul apa yg akak katakan..mmg rindu dkat aulia dan sarah...

    ReplyDelete
  4. Rindu Aulia and Ashraff

    ReplyDelete
  5. Saper kata tak rindu? Rindu kat semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa, rindu semua kena up semua cerita ye? ;)

      Delete
  6. ok maraton. ....i like...truje nk tahukish diaorg...ade group dkt fb tak?....kut2 dpt teaser...hihihi..kalau fbseng dpt tahu bila novrl klua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Roza,
      Sorry yang I takde pesbuk or group di FB. ;)
      InsyaAllah suatu hari nanti..
      Malulah nak buat group.. Takde orang join pun nanti. Hahaha.

      Delete
  7. Saya rindu kat Ari Aqashah & Sarah! The sweetest couple ever ♡♡♡

    ReplyDelete