Saturday, 26 October 2013

Bab 21 Cinta Tak Akan Berakhir

“Seronok tak naik roller-coster? Mesti seronok kan sebab I tengok you menjerit sampai nak terkeluar anak tekak. Tak penat ke menjerit dari tadi?” Razlan ketawa kecil. Comel gila Azara ni. Menjerit sampai nak pecah telinga dia yang duduk dekat sebelah ni. Kuat nak mampus!
“Seronok sangat!!” Perli Azara.
Nafas ditarik dalam-dalam. Kaki yang tengah pijak tanah ni rasa terawang-awangan aje. Macam tak berpijak di bumi yang nyata pun ada juga. Rasa lemah urat-urat lutut sekarang ini.
Azara memicit kepalanya yang sedikit pening. Rasa mual dan nak muntah pun ada juga sekarang ni. Razlan pula asyik nak sentuh dia. Rimas betul. Dah banyak kali dah tegur tapi lelaki di sebelah dia ni buat bodoh aje. Suka hati aje nak pegang anak dara orang. Hish!
Langkah kaki yang longlai mula perlahan sebelum dia berhenti di tengah-tengah orang ramai. Peningnya!
Okay tak ni?”
Azara angguk perlahan. Malas nak jawab soalan Razlan. Pening sampai rasa nak pitam pun ada. Ni mesti sebab gayat masa naik roller-coster. Itulah gedik sangat tengok bawah tadi. Siapa tak takut kalau tengok kaki tergantung-gantung dekat atas.
Manusia di bawah pun semua rasa kecil aje. Dia pula yang terasa besar bila berada di tempat tinggi. Ya Allah, sumpah gayat sangat!
Phew, memang rasa nak luruh jantung dia saat roller-coster berlepas tadi. Rasa macam nak terputus nyawa pun ada juga. Memang puas hati dia menjerit. Razlan pula tak habis-habis gelakkan dia. Seronok sangatlah tu dapat gelakkan dia hari ni. Hampeh!
I nampak you macam tak okay aje.. Nak muntah ke?”
“Tak.. Saya okay..”
Razlan mengeluh lemah. Azara ni memang degil tahap petala langit ke tujuh! Kalau buat baik aje memang takkan dengar cakap. Kena tunjuk keras kepala juga dengan Azara baru takut sikit. Selagi tak gertak, selagi itulah Azara takkan mengalah.
“Sini I pegang you. Pengsan pulak nanti..” Lengan Azara dipegang kemas. Sebelah tangan lagi mengambil botol air mineral yang berada dalam tangan Azara. “Bagi I pegang air ni.”
Pegangan kemas di tangannya ditolak perlahan. “Saya boleh jalan sendiri, jangan risau.”
Razlan menyumpah dalam hati. Azara asyik pesan dengan dia jangan risau jangan risau. Dia risau! Memang risau sangat macam mana nak buat-buat jangan risau? Kalau Azara hilang dalam lautan manusia macam mana? Sini bukan Malaysia!
“Zara, I tak suka bila you cakap dengan I jangan risau. This is not our home. So please behave.”
Satu keluhan berat dilepaskan oleh bibir Azara. Cakap jangan risau pun salah. Tiga hari lepas Razlan juga yang beriya-iya pujuk umi jangan risau sebab dia ada untuk jaga Azara sekarang ni Razlan pula yang risaukan dia? Adoi.
“Raz, saya okay.. Pening sikit aje lepas naik roller-coster tu.” Jari telujuk lurus ke atas menunjuk permainan gayat yang dinaiki sebentar tadi. Semuanya gara-gaya Razlan, sibuk nak naik permainan yang adventure katanya.  
“Kenapa tak cakap yang you pening? Jom duduk dulu.” Riak wajah Razlan sedikit berubah. Bimbang dengan keadaan Azara ketika ini. buatnya pitam tengah-tengah jalan ni macam mana.. Tangan Azara ditarik ke tempat duduk batu yang disediakan. Sebotol air mineral yang sudah dibuka penutupnya dihulurkan kepada Azara. “Minum ni banyak sikit. Kita rehat kejap dekat sini.”
Tangan Azara menyambut huluran Razlan. Tekak terasa kering. Letih menjerit sebentar tadi. Argh, peningnya kepala. Memang pening sangat-sangat sekarang ni. Tadi naik The Mummy lepas tu terpaksa duduk depan sekali. Dah la permainan The Mummy tu takut gila sampai rasa nak terloncat jantung dia keluar dari badan.
Hee, siapalah yang reka permainan menakutkan sampai macam tu. Kalau ibu mengandung dah boleh terberanak dalam tu. Memang gila! Habis tangan Razlan jadi mangsa dia. Masa tu memang tak kira apa lagi dah, kepala dia sembam aje di bahu Razlan asalkan dia tak nampak hantu-hantu muncul. So scary!
Dah lepas satu bala, Razlan ajak naik roller-coster. Rugi datang USS kalau tak naik. Fine! Nampak aje kaki tergantung ke bawah terus Azara rasa nak termuntah. Pening jangan cakaplah bila tengok lautan manusia di bawah. Ya Allah, sumpah dia tak naik lagi dah roller-coster tadi. Sumpah tak naik lagi! Rasa macam nyawa di hujung tanduk aje tadi. Takut! Lepas ni apa pula Razlan nak ajak dia main.
“Pening lagi ke?”

Azara menggigit bibir bawahnya. Nak jawab pening memanglah dia pening sikit, tapi rasanya boleh tahan lagi. Kepala Azara digelengkan sedikit sebagai tanda menjawab soalan Razlan. Dari Kuala Lumpur mereka terbang ke Singapura takkanlah dia nak kecilkan hati Razlan. Setakat sakit pening sikit-sikit tu tahan ajelah sikit.
“Kalau nak balik hotel I boleh bawak you balik rehat. Kalau you nak tidur dulu ke.. USS ni esok-esok pun boleh datang lagi.”
Esok-esok? Amboi senangnya Razlan cakap datang esok-esok. Macamlah senang nak datang sini! Ini pun puas fikir dan minta kebenaran dari Puan Melati dan Puan Nona tau tak… Kalau bukan kerana Puan Melati yakinkan Puan Nona memang dia takkan ke sini dengan Razlan. Mak pun bukannya kenal dengan Razlan. Memanglah mak tahu yang Razlan ni bos dia tapi mak pesan jangan lebih-lebih sangat dengan bos takut jadi buah mulut orang. Dia pun bukannya nak sangat jadi glamer di syarikat Encik Latif tu.
Suka hati aje dia nak ikut lelaki bercuti ke sini. Tapi selepas dia yakinkan Puan Nona yang dia dengan Razlan tiada apa-apa hubungan istimewa barulah Puan Nona izinkan dia ke Singapura bersama Razlan. Itupun dengan berbakul-bakul pesanan daripada Puan Nona dia seret ke sini. Puas merengek baru berjaya.
Nasib baiklah mak tak minta dia bawa Razlan balik rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga terlebih dahulu. Silap-silap mak, abah dengan Izreen ingat Razlan ni buah hati dia pula. Hihi, perasan!
“Zara?”
“Ah? Ya.. Ya. Ada apa?” Azara menggeleng perlahan kepalanya. Boleh pula berangan pasal Puan Nona sekarang ni. Adoi lah Zara!
You okay ke tak ni? Risau aje I nak ajak you main the other games. Kang pengsan tak pasal-pasal aje.”
“Boleh. Jangan risaulah. Kita ke sini sebab nak release tension kan? Jom!” Azara bangkit berdiri di depan Razlan sambil menepuk perlahan punggungnya untuk menghilangkan kotor di belakang seluar jeans merah jambu yang dipakai olehnya.
“Next?” Soal Azara kepada Razlan. Dia bukannya pernah ke sini jadi tak tahu apa permainan yang seronok dekat sini.
Sure ke you boleh main lagi ni?”
Azara angguk menyiyakan soalan Razlan. Boleh. Yakin boleh.
Transformers.”
Azara turut tergelak kecil melihat wajah ceria Razlan. Suka bukan main lagi sekarang ni.
“Zara.”  Sekali lagi tangan Razlan memaut tangan Azara.
Yes?”
Stand here and smile. I want to snap your picture.” Azara tercengang. Ambil gambar apa pulak ni…
“Eh, tak nak lah saya. Seganlah.”
“Senyum.” Kamera DSLR sudah pun berada di mata Razlan. Mahu tidak mahu Azara senyum juga. Tidak baik kalau mengecewakan Razlan. Razlan pun layan dia dengan baik sekali sejak dia tinggal dengan Puan Melati.
One more.”
“Ala Raz, seganlah saya. Biar saya ambil gambar awak.” Tangan Azara menarik kamera yang berada dalam tangan Razlan. Sejak tadi lagi Razlan asyik ambil gambar dia. Gambar dia tengah minum air mineral pun Razlan ambil juga, rasanya dah penuh kamera tu dengan muka dia aje.
“Kalau you segan jom kita ambil gambar berdua.”
Hah, itu lagilah dia segan berganda-ganda. Tak pernah dia ambil gambar berdua dengan lelaki lain selain abah dan Zakri.
“Emm, takpe biar saya ambil gambar awak aje, ya?”
Sekali lagi tangan Azara cuba menarik kamera yang berada dalam tangan Razlan.
Together.” Anak mata Razlan menikam tepat ke dalam anak mata Azara. Adoi, cair! Memang boleh gila bayang dengan Razlan ni. Pandangan mata redup lelaki itu sangat-sangat menawan! Rasa macam hati dia dah jatuh tergolek ke lantai.
Excuse me sir. Can you please help us to snap our picture?” Seorang lelaki mat salleh ditegur oleh Razlan. Azara hanya diam membatu. Si keras kepala ni kalau dah kata itu, maka itulah jawapannya. Jangan nak membantah sebab takkan berjaya.
“Yeah, sure.” Kamera sudah bertukar tangan ke tangan lelaki mat salleh yang nampak agak selekeh dan berserabut dengan jambang yang tidak dikemaskan. Muka nampak kacak tapi sayang tak cukup pembersih.
“Smile.” Bisik Razlan ke telinga Azara.
Rapatnya! Adoi. Jangan buat macam ni Razlan oi, kang jatuh cinta tergolek-golek kang siapa yang susah!
Azara memaksa bibirnya mengukir senyuman manis. Rasanya lima enam keping juga gambar dia bersama Razlan dirakamkan oleh mat salleh tadi.
Thank you, sir.”
“No problem. Your wife is so beautiful.” Pujian lelaki mat salleh itu hanya dibalas dengan senyuman oleh Azara. Cantik ke dia ni? Ahaha!
Oh, thank you.” Eh, Razlan tak betulkan kenyataan mat salleh tu? Uh, pasti mat salleh itu betul-betul ingat mereka berdua ni suami isteri!
Sebaik sahaja lelaki mat salleh itu berlalu, Azara terus bersuara. “Kenapa tak cakap yang kita ni kawan?”
“Saja. Biarlah dia ingat kita husband and wife pun.. Bukannya berdosa,”
“Dosalah sebab awak tipu dia.”
“Mana ada I tipu dia pun. You dengar ke I cakap you ni isteri I?”
Isteri? Ah, kenapa ada rasa bahagia menjalar dalam hati dia bila Razlan sebut perkataan isteri terhadap dia? Oh, no!
“Ikut suka awaklah. Jomlah gerak. Nanti ramai orang kena beratur lama pulak.” Azara menonong ke hadapan meninggalkan Razlan di belakang yang masih tergelak kecil.
Azara, why you so cute?
“Janganlah jalan laju sangat.” Razlan menegur Azara sebaik sahaja dia berjaya berjalan seiringan dengan wanita jelita itu.


“Awak tu yang lambat macam siput.”
Spontan Razlan tergelak besar apabila Azara menyamakan dia dengan siput. “Ini siput kacak tau.”
“Ei, perasan! Siapa yang cakap awak ni kacak memang buta tau tak.” Azara sengaja mahu menyakat Razlan. Bukan dia pernah buat lawak bodoh mesra macam ni dengan Razlan. Selalu nak berbual pun nampak skema aje walaupun Razlan selamba badak aje layan dia depan Puan Melati.
“Ramai tau yang sukakan I sebab I ni kacak.”

“Tolonglah jangan nak perasan sangat ye Encik Adib Razlan! Siapa entah yang sukakan you tu..” Azara tergelak kecil ke arah Razlan. Memang kacak gila pun cuma dia aje yang tak mahu mengakui hakikat itu di depan Razlan.
You suka tak dengan siput kacak ni?”
Langkah Azara mati. Ini tak lawak okay Razlan. Tak lawak! Janganlah main-mainkan hati dia.
“Tak suka pun..” Langkah kaki yang mati sebentar tadi diorak semula. Getaran yang mula terasa dalam hati lekas-lekas diusir jauh. Tidak mahu terlalu leka dengan lawak Razlan yang mungkin hanya mahu menduga dia.
“Tapi I suka dengan you.”
Sekali lagi langkah kaki mati dan kaku. Nafas terasa tersekat dikerongkong. Lawak apa Razlan tengah buat ni?
I suka dengan you.”  Razlan ulang ayat yang sama.
“Hahaha, so funny!”  Azara tidak pasti sama ada tawanya kedengaran janggal atau nampak real. Dia pun tidak tahu bagaimana mahu memberikan reaksi ketika ini. Razlan ni serius ke main-main. Janganlah mainkan hati dia. Berdosa tau tak!
I suka you, Zara.” Riak wajah Razlan masih sama. Tidak nampak seperti main-main.
Not funny.” Tawa Azara mati. Wajahnya masam dan serius. “Jomlah masuk beratur.” Tangan baju polo berwarna hijau tua yang dipakai oleh Razlan ditarik supaya mengikutnya. Takkan nak pegang tangan Razlan pula. Ish, dia bukan perempuan macam tu.
Tadi ada juga beberapa kali Razlan pegang tangan dia tapi dia dah tegur yang dia tak suka. Razlan, apa dia kisah? Kau suka atau tak kalau dia nak buat dia akan buat juga. Dasar lelaki ego! Tak boleh ditegur langsung.
I tak buat lawak dengan you, Zara.  I really like you!”
“Jalan ajelah.. Jangan cakap banyak boleh tak?”
“Tak boleh. I nak cakap jugak sebab I tahu yang you dengar. You suka I jugak, kan?”
“Suka sebab awak bos saya. Tak baik tau benci bos sendiri.” Ah, konon! Padahal kalau kena marah dengan Razlan bukan main lagi dia sumpah seranah Razlan dalam hati. Bukan main lagi dia cakap dia bencikan lelaki itu.
“Bukan tu maksud I. Suka I sebagai seorang lelaki biasa.. bukan sebagai bos.”
“I like you as my boss.” Balas Azara sambil berjalan. Jangan layan sangat semua ni. Tak boleh. Dia tak boleh bercinta dengan sesiapa pun selagi Izreen belum kahwin. Izreen mungkin akan menyakiti Razlan! Dia tahu sangat betapa Izreen bencikan dia.. Izreen akan musnahkan dia. Izreen akan buat semua orang yang rapat dengan dia bencikan dia.
“Zara, stop!” Agak kuat suara Razlan ketika ini. Tangannya menarik tangan Azara supaya berhenti berjalan.
Nafas dilepas perlahan. Tadi Razlan cakap nak main permainan Transformers ni, sekarang ni dia pula berhenti tengah-tengah jalan dan biar orang belakang memotong barisan mereka. Mana adil! “Saya nak main..”
“Zara, tolong dengar cakap I.” Tangan Azara digenggam kemas.
Ni yang tak suka ni! Nak cakap, cakap ajelah pakai mulut tak payah pakai tangan bagai. Azara cuba menarik tangannya yang masih berada dalam genggaman Razlan.
“Awak nak cakap apa pun, boleh tak lepas tangan saya? Tak sukalah awak asyik nak sentuh saya aje.”
Sorry.” Razlan pandang tangan Azara yang digenggamnya sebelum melepaskan tangan putih melepak itu.
“Cakaplah.”
Razlan terdiam seketika. Mungkin ini masa yang tepat untuk dia menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan Azara. Jika dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini mungkin dia tidak ada peluang lain lagi.
“Zara, I tahu sepanjang kita kenal I banyak menyusahkan you. I selalu marah you and bagi kerja yang banyak pada you.. But it doesn’t mean that I hate you… I harap you bagi I peluang untuk kenal you dengan lebih mendalam.”
Azara rasa nafasnya sempit. Sepanjang hari ini dia habiskan masa dengan Razlan. Kali pertama dia habiskan begitu banyak masa dengan Razlan sejak dia mengenali lelaki itu. Tak sangka Razlan akan buat pengakuan seperti ini.
“Sedalam mana awak nak kenal saya?”
“I want to know everything about you.”
Razlan ni tengah serius ke sekarang ni? Jangan nanti tiba-tiba gelak terburai isi perut dekat dia sudahlah..
“Saya minta maaf sebab saya belum bersedia.” Okay, ini mungkin jawapan paling selamat.
“Zara, bagi I satu aje peluang..”
Excuse me sir. Can you please queue up properly?” Seorang lelaki berwajah cina menegur di belakang Razlan. Ha, kan dah kena tegur. Itulah, nak buat luahan perasaan pun tengah-tengah barisan macam ni memanglah kena marah.
“Zara?”
La, ingatkan dah habis lepas kena tegur. Ada lagi rupanya Razlan ni.
“Zara, I janji I akan jaga you. Bagi I peluang untuk jaga you.”
“Bagi saya masa untuk fikir.”
“Sir?”
“Yes. Yes! Sorry.” Razlan bergerak ke hadapan beberapa tapak diikuti oleh Azara dan beberapa orang lain dibelakang mereka.
“Ambillah sebanyak mana masa yang you perlukan. I akan tunggu jawapan you.”
Azara anggukkan kepalanya.
I janji I akan berusaha untuk jadi lelaki yang terbaik dalam hidup you. I nak kenal you sedalam yang mungkin. I tahu you are the best women yang pernah I kenal. I hope you boleh bagi peluang kepada I.”
“Boleh tak kalau kita cakap pasal ni lain kali? Kita datang sini sebab nak jalan-jalan, kan?”
“Okay, sorry. I teruja sebab I dah cakap dengan you yang I mula sukakan you. Macam tak percaya pulak.”
Ya, memang macam tak percaya. Jangankan Razlan yang tak percaya, dia pun rasa tak percaya dengan pengakuan Razlan tadi. Hilang terus pening kepala dan rasa mual yang bertandang sebentar tadi. Hati terus rasa bahagia tapi dalam masa yang sama dia bimbang.
Macam mana kalau Puan Nona dan Encik Idris tak setuju dengan pilihan dia? Macam mana kalau Izreen cuba rosakkan hubungan dia dengan Razlan? Dia kenal sangat perangai kakak dia! Dia tahu sikap Izreen.
“Malam nanti I bawa you makan di Zam-zam Restoran. Terkenal di Singapura. Memang sedap sangat murtabak dan nasi briyani dia. Terbaik!”
Azara mengukir senyuman manis kepada Razlan. Tidak mahu merosakkan suasana dan mood mereka berdua. Kalau Razlan layan dia dengan baik, apa salahnya jika dia turut melayani lelaki itu dengan baik.
Thank God sebab Razlan dah tak cakap pasal hati dan perasaan lagi dah. Azara keliru. Bukankah selama ini dia juga mengharapkan Razlan merasai benda yang sama seperti dia? Bila Razlan dah luahkan perasaan dia pula yang takut-takut dengan diri sendiri.
Ah, terlalu banyak yang Razlan belum tahu tentang dia. Banyak!


p/s: Okaylah, manuskrip untuk cerita ini sudah siap dan tunggu masa untuk dihantar kepada pihak terbabit untuk proses penialaian. Sri harap semua boleh doakan semoga karya ini dapat diterbitkan.. Amin!
Buat masa sekarang Sri tengah sambung tulis cerita Dia Lelaki Untuk Aku (DLUA) tapi Sri masih akan keep posting tiga e-novel yang sebelum ini, InsyaAllah.. Bulan 12 nanti Sri akan tulis DLUA ni habis-habisan dan I am planning untuk menulis satu e-novel yang pendek dan akan habis dalam belog ini juga. Tunggu hokeyhh!
Hujung-hujung tahun ni I is nak habiskan kerja-kerja yang masih bertimbun sebelum bercuti panjang. Eceh, panjanglah kalau seminggu dua tu kan. ;)
Love you all.

8 comments :