Baju
kurung moden berwarna ungu cair yang tersarung pada tubuhnya diperhatikan
disebalik cermin. Bibirnya yang dicalit lipstik merah jambu diperhatikan lama. Mengeluh untuk sekian kalinya. Kenapalah dia terperangkap dalam cerita seperti ini. Ini merupakan kali
pertama dia masuk ke bilik Ari Aqashah.
Sepanjang
dia bekerja di sini, dia tidak pernah masuk ke bilik ‘bakal’ suaminya ini
kerana ditegah oleh Puan Khalisah. Akhirnya dia ‘berjaya’ juga masuk ke dalam
bilik ini.
Dengan keluhan yang masih dibibir, Sarah
pandang ke dalam cermin semula. Kelopak matanya yang diwarnakan dengan warna
ungu pekat diperhatikan. Cantikkah dia pada hari ini? Tidak putus-putus pujian
yang dia terima daripada sanak-saudara Puan Khalisah yang masuk ke bilik
pengantin pada pagi ini.
Suasana
bilik pengantin yang kosong diperhatikannya. Tilam yang dibaluti dengan cadar
berwarna putih yang disulam dengan benang berwarna keemasan ditabur pula
kelopak bunga mawar di atasnya di dekati. Punggungnya dihenyakkan ke atas tilam
itu. Terasa berdebar-debar hatinya menunggu abah masuk bertanya akan
persetujuannya untuk berkahwin sebentar lagi.
Kalau abah datang sekejap lagi, boleh tak kalau dia nak cakap yang dia tak setuju dengan pernikahan ni? Agak-agak abah tampar muka dia tak? Haish.. tak sanggup dia nak belari keluar dari rumah Puan Khalisah dengan pakaian pengantin ni. Nanti orang cakap pengantin lari.. lepas tu Ari Aqashah kena kahwin dengan orang lain pulak. Daripada kena kawen terpaksa dah tukar jadi kahwin ganti.
Nauzubillah... mintak simpanglah dia nak buat perangai macam tu. Cukup-cukuplah dia buat perangai.
Sarah masih memandang ke arah kakinya. Sumpah dia rasa cuak gila! Macam ini rupanya perasaan menjadi pengantin. Tapi dia pengantin segera. Semuanya dibuat ekspress. Baju kahwin pun ekspress. Ingatkan dah tak sempat siap semua ni, rupanya cekap 'anak-anak buah' Puan Khalisah buat kerja. Ahh... orang ada duit. Semua boleh buat.
Kalau abah datang sekejap lagi, boleh tak kalau dia nak cakap yang dia tak setuju dengan pernikahan ni? Agak-agak abah tampar muka dia tak? Haish.. tak sanggup dia nak belari keluar dari rumah Puan Khalisah dengan pakaian pengantin ni. Nanti orang cakap pengantin lari.. lepas tu Ari Aqashah kena kahwin dengan orang lain pulak. Daripada kena kawen terpaksa dah tukar jadi kahwin ganti.
Nauzubillah... mintak simpanglah dia nak buat perangai macam tu. Cukup-cukuplah dia buat perangai.
Sarah masih memandang ke arah kakinya. Sumpah dia rasa cuak gila! Macam ini rupanya perasaan menjadi pengantin. Tapi dia pengantin segera. Semuanya dibuat ekspress. Baju kahwin pun ekspress. Ingatkan dah tak sempat siap semua ni, rupanya cekap 'anak-anak buah' Puan Khalisah buat kerja. Ahh... orang ada duit. Semua boleh buat.
Tombol
pintu yang dipulas kasar mengejutkan Sarah.
"Astaghfirullah hal'zim!" Riak wajah cuba dikawal supaya tidak terlalu ketara bahawa dia terkejut dengan kehadiran lelaki yang segak berpakaian baju melayu berwarna ungu sedondon dengan baju nikahnya.
"Astaghfirullah hal'zim!" Riak wajah cuba dikawal supaya tidak terlalu ketara bahawa dia terkejut dengan kehadiran lelaki yang segak berpakaian baju melayu berwarna ungu sedondon dengan baju nikahnya.

Ari
Aqashah berdiri tegak di hadapan Sarah.
“Aku
nak cakap dengan kau sikit.” Sarah hanya mengangkat kepalanya. Wajah Ari
Aqashah diperhatikan dengan wajah yang tenang. Rentak jantungnya cuba dikawal
supaya tidak nampak ketara diwajahnya akan kegusaran hatinya pada saat ini.
“Siapa
Haikal?” Soal Ari Aqashah kasar.
“Haikal?” Kening terjungkit naik sedikit.
“Jangan
buat bodoh! Apa hubungan kau dengan Haikal?” Suara Ari Aqashah sedikit meninggi
pada kali ini.
“Saya
tak kenal Haikal yang Encik Ari maksudkan.”
Ari
Aqashah hilang sabar. “Aku nak kau batalkan perkahwinan bodoh ini sekarang. Aku
tak nak kahwin dengan kau. Kau ingat aku bodoh ke? Kau bercinta dengan Haikal, and now kau nak kahwin dengan aku?
Kenapa? Sebab aku lebih kaya daripada Haikal?! Hah?”
Mendengar
suara kuat Ari Aqashah yang menuduhnya bukan-bukan, tubuh Sarah automatik
berdiri. Sarah cuba bertindak tenang. Dia tidak mahu kalah pada hari ini.
Kenapa dia perlu mengalah dengan Ari Aqashah yang asyik menuduh dia
bukan-bukan?

“Saya
tidak akan membatalkan perkahwinan ini. Saya perlu menjaga hati banyak pihak.
Kalau Encik Ari tidak sudi berkahwin dengan saya, Encik Ari boleh keluar dan
beritahu sendiri kepada keluarga Encik Ari di bawah sana bahawa perkahwinan ini
dibatalkan.”
Ari
Aqashah ketap bibirnya. Marahnya kepada Sarah meluap-luap. Perempuan ini sengaja
mencabar kesabarannya.
“This is my house! Kau yang patut keluar
dari rumah ini!” Tepat jari telunjuk Ari Aqashah ke muka Sarah.
“Saya
akan keluar kalau Encik Ari batalkan perkahwinan kita. Bukan saya yang perlu
membatalkan perkahwinan ini.” Tegas Sarah. Dia tetap degan pendiriannya bahawa
dia tidak akan memalukan Encik Sulaiman lagi. Abahnya sudah cukup terseksa
dengan berita dia ditangkap khalwat dahulu. Cukuplah dia memalukan abah.
“Fine! Kau nak sangat kahwin dengan aku?
Aku akan pastikan kau menyesal dengan perkahwinan bodoh ni! Kau ingat dalam
kepala otak kau, kau akan menyesal!” Kepala Sarah yang berselendang ungu cair
itu ditunjal-tunjal oleh Ari Aqashah. Puas hatinya!
Nasib
baiklah tiada sesiapa di dalam bilik ini. Kalau ada sesiapa yang ternampak
kejadian tadi pasti menjadi perbualan. Ari Aqashah sesuka hati sahaja menempik
dia. Dah la hari ini merupakan hari perkahwinan mereka. Suka sangat kalau boleh
menempik?
Dengan
perasaan yang sebal dia keluar dari bilik tidurnya sendiri. Langsung dia tidak
suka dengan suasana bilik tidurnya sendiri. Terasa sesak nafas semasa masuk ke
biliknya. Terasa sempit benar bilik tidurnya yang lebih luas dari saiz bilik
darjah tingkatan limanya dahulu.
Sebaik
sahaja kakinya menjejaki ruang tamu, banyak pasang mata yang memerhati Ari
Aqashah. Terasa serba tidak kena langkah kaki yang menghala ke tempat duduk
asalnya iaitu berhadapan dengan Tok Kadi.
“Tak
pernah dibuat orang pengantin lelaki nak berbual dengan pengantin perempuan
sebelum akad nikah. Bawak bersabar sikit Ari. Kejap lagi dah boleh buat apa
yang kamu nak buat dengan isteri kamu tu.” Gurau Pak Ngah Ali iaitu abang kepada
Puan Khalisah.
Ari
Aqashah hanya tersengih. Nak buat apa? Sumpah tak hingin buat apa-apa dengan
perempuan tu kecuali pelempang muka dia. Tuan Ramlee nampak lega. Sangkanya Ari
Aqashah akan melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin.
“Baiklah,
boleh kita teruskan majlis si adik pula?” Ari Aqashah menganggukkan kepalanya.
Amboi, bukan main tidak sabar Tok Kadi ni. Ada majlis lain pulak ke selepas
ini?
“Siapa
wakil kepada pengantin perempuan? Boleh itu panggil pengantin turun ke bawah?”
Suraya lekas-lekas bangkit menuju ke tingkat atas.
Pintu
bilik diketuk dua kali.
“Akak,
jom turun.” Sarah hanya mengangguk. Wajah Suraya dipandang. Suraya tidak sudi
memandang wajahnya.
“Su.”
Langkah kaki Suraya terhenti. Suraya berpaling ke arah kakaknya.
Sarah
mendekati adiknya. Kedua-dua tangan Suraya digenggam erat.
“Akak
minta maaf sebab kita perlu rahsiakan pernikahan akak daripada ibu tapi percayalah
cakap akak bahawa ini yang terbaik. Akak pun tak nak semua ni berlaku.” Suraya
memalingkan wajahnya ke tempat lain. Matanya sudah mulai berkaca.
Dia
akan kehilangan kakak sulungnya. Dia nampak Sarah membawa dua buah beg besar
malam semalam. Adakah Sarah sudah tidak mahu pulang ke rumah mereka lagi?
Adakah Sarah mahu terus tinggal di rumah majikan abah?
“Kenapa
akak perlu rahsiakan perkahwinan akak? Akak anak ibu! Ibu mesti teringin nak
tengok anak-anak dia berkahwin. Kenapa?!” Sarah menarik Suraya ke dalam
pelukannya. Dia perlu tenangkan Suraya.
“Ibu
pasti akan faham. Bagi akak masa, ye?” Belakang Suraya digosok perlahan. “Akak
minta maaf dengan Su dari hujung rambut sampai hujung kaki akak kalau akak ada
buat salah dengan Su. Akak sayang sangat dekat Su.” Sarah sudah tidak peduli
lagi macam mana rupa dia sekarang ini.
Suraya
hanya menganggukkan kepala dan membalas pelukan kakaknya. Kakaknya pasti ada
sebab tersendiri kenapa dia merahsiakan perkahwinannya daripada ibu. “Su pun sayang sangat dekat akak. Su doakan
akak bahagia dengan pilihan akak.”
“Jom
turun.” Ajak Suraya. Sarah tersenyum menyembunyikan debaran di hatinya. Akan
bahagiakah dia nanti?
Sarah
mengambil tempat di sisi Marliana. Arif Shah yang duduk di sisni Marliana
langsung tidak menoleh ke arahnya. Marliana mencapai tangan Sarah.
“Sejuknya!
Macam tangan akak tadi.” Bisik Marliana ke telinga Sarah ambil ketawa kecil. Gara-gara
Puan Khalisah yang mahu majlis pernikahan diadakan di rumahnya, Marliana pula
yang terpaksa datang ke rumah pengantin lelaki. Nampak pelik tapi itulah
hakikatnya. Kepala otak Puan Khalisah ni memang bukan boleh jangka, ikut suka
dia aje.
Sarah
memerhati Ari Aqashah yang duduk hanya beberapa kaki jauh daripadanya. Lelaki
itu nampak tenang berdepan dengan Tok Kadi.
“Baiklah.
Boleh kita mula?” Soal Tok Kadi yang berjubah coklat cair. Ari Aqashah angguk
perlahan.
Tok
kadi yang berjubah putih itu berdehem beberapa kali.
“Bismillahhirrahmanirrahim.
Ari Aqashah bin Ramlee, dengan berwalikan bapanya kepada aku, aku nikahkan
dikau dengan Sarah binti Sulaiman dengan mas kahwinnya RM300 tunai.”
“Aku
terima nikahnya Sarah binti Sulaiman dengan mas kahwinnya RM300 tunai.” Lancar
lisan lelaki itu.
Sarah
menunduk ke lantai. Marliana mendapatkan Sarah dan memeluk tubuh langsing itu.
“Alhamdulillah, tahniah.” Sarah rasa kulit mukanya kebas. Dia tidak tahu
bagaimana mahu mengukir senyuman.
Dia
sudah sah menjadi milik Ari Aqashah. Lelaki yang paling dia menyampah, lelaki
yang paling bongkak pernah dia temui dan lelaki yang paling tak gentleman.
“Tahniah.
Papa doakan Ari bahagia sampai ke syurga. Amin!” Tuan Ramlee memeluk erat anak
keduanya. Ari Aqashah tidak membalas pelukan Tuan Ramlee. Berkahwin dengan
Sarah bukan bererti dia telah memaafkan papanya yang memaksa dia berkahwin.
“Pengantin boleh solat sunat dua rakaat.”
Sarah
memerhatikan Ari Aqashah yang sedang menunaikan solat dua rakaat. ‘Ya Allah,
adakah dia imam yang kau kirimkan kepada aku sehingga hujung nyawaku?’ Soalan
itu hanya berlegar-legar di benaknya sahaja.
Selepas
selesai menunaikan solat sunat, Ari Aqashah mendekati Sarah. Cincin perkahwinan
disarungkan ke jari manis Sarah. Terketar-ketar tangannya menyambut huluran
tangan suaminya. Digagahkan juga kepalanya untuk tunduk dan mencium tangan Ari
Aqashah. Cahaya lensa yang bertalu-talu memaksa Sarah dan Ari Aqashah mengukir
senyuman palsu. Jika di sisinya ialah Suzila, pasti dia orang yang paling
bahagia. Senyuman ikhlas pasti terukir dibibirnya.
Wajah
Puan Khalisah masam mencuka. Meluat tengok muka Sarah. kalau ikutkan hati dia
mahu sahaja dia berkurung di dalam bilik ketika majlis akad nikah Sarah dan Ari
Aqashah berlangsung namun dia masih perlu menjaga air muka keluarganya. Apa
pula kata sanak-saudara dan rakan peniagaan jika dia tidak ada.
“Selesai
sudah tanggungjawab abah. Abah harap Arah bahagia di sisi suami dan keluarga
baru Arah.” Encik Sulaiman mengusap kepala anaknya. “Cantik Arah pakai
selendang macam ni. Sejuk hati abah tengok Arah.”
“Abah,
walau apapun yang berlaku, Arah tetap anak abah sampai bila-bila. Nanti bila
semuanya dah reda, Arah balik rumah jenguk ibu, ya?”
Encik
Sulaiman menggeleng perlahan. “Abah harap selepas ini Sarah jangan muncul dalam
hidup abah dan keluarga abah lagi. Abah halalkan semua makan minum Arah selama
Arah hidup dengan abah. Abah minta maaf sebab abah tak mampu sediakan kehidupan
mewah seperti yang Arah inginkan.” Lirih suara Encik Sulaiman.

Sedih
kerana terpaksa membuat keputusan seperti ini demi menjaga kepentingan
keluarganya. Dia tidak berniat untuk membuang anaknya, cuma biarlah sehingga
keadaan hatinya pulih semula untuk menerima anak yang telah sanggup menconteng
arang ke mukanya.
“Abah..
Abah bencikan Arah?” Air mata mula menitis ke pipi. Tangan kasar Encik Sulaiman
diraih ke dalam genggamannya.
“Arah.
Bagi abah masa. Abah perlukan masa. Abah sayangkan Arah. Arah tetap anak abah
sampai bila-bila. Cuma abah harap Arah faham keadaan abah. Abah tak mahu ibu
tahu tentang hal yang berlaku dalam keluarga kita. Kalau ibu tahu Sarah buat
perkara yang tidak elok, ibu pasti sedih. Kesihatan ibu akan terganggu. Sarah
faham kan maksud abah?” Sarah hanya mengangguk. Sedih kerana terpaksa berpisah
dengan abahnya.
“Sampai
bila abah nak buang Arah dari hidup abah? Inikah harga yang perlu Arah bayar
untuk kesalahan yang Arah tak pernah lakukan?” Sarah menggigit bibir bawahnya.
“Abah
tak buang Arah. Abah cuma minta Arah bagi abah masa untuk terima semua yang
berlaku. Abah doakan Arah sentiasa bahagia dengan kehidupan Arah. Kalau abah
dah takde nanti, Arah kena kuat. Kena tabah teruskan hidup Arah.”
Ya
Allah, sedihnya hati Sarah. Kenapa abah cakap macam ini? Kenapa abah bercakap
seolah-olah abah akan pergi meninggalkan dia keseorangan? Adakah abah akan
berpindah ke tempat lain dan menghilangkan diri kerana malu dengan kejadian yang
menimpa mereka?
Melihat
Suraya yang menangis di sisi abahnya meruntuh hati Sarah. Sarah mendapat sebuah
keluarga baru pada hari ini, namun dia kehilangan keluarga yang sekian lama
menjadi tulang belakangnya.
Suraya
yang berpakaian baju kurung moden berwana putih polos itu ditarik ke dalam
pelukannya. Pelukan hangat Sarah dibalas oleh Suraya dengan peuh ikhlas.
Sungguh dia sangat menyayangi kakaknya, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa
untuk mempertahankan kakaknya kerana keputusan abah sudah muktamad.
“Akak
sayang Su. Ingat sampai bila-bila pun akak tetap sayangkan Su.” Kedua-dua
beradik itu menangis. Sukar untuk Suraya melepaskan kakak kesayanganya pergi
kepada orang lain.
“Su,
janji dengan akak Su akan jaga ibu baik-baik. Lepas semua selesai akak balik
jenguk ibu, ya?” Suraya yang masih teresak-esak hanya mampu menganggukkan
kepalanya.
Suraya
membalas pelukan Sarah. “Su tak tahu apa yang berlaku tapi Su tak faham kenapa
abah tak nak akak balik rumah kita lagi?”
Sarah
memegang kedua-dua belah pipi Suraya. “Tengok akak. Janji dengan akak Su akan
jaga abah, ibu dan Amir baik-baik. Janji dengan akak!”
Air
mata Suraya yang mengalir deras diseka oleh Sarah. “Su janji. Su sayang akak.
Su sayang akak sangat-sangat.” Sarah menangis lagi. Ahh, sukarnya mahu
melepaskan Suraya pergi.
Mendengar
deringan telefon bimbitnya, Encik Sulaiman segera mengeluarkan telefon
bimbitnya dari kocek seluarnya.
“Kenapa
Amir?” Soal Encik Sulaiman agak kalut apabila mendengar suara cemas Syamir di
hujung talian.
“Apa?
Baiklah. Abah balik sekarang. Amir tunggu di rumah dengan ibu ya.”
“Ya.
Ya. Abah sampai sekejap lagi.”
“Baik,
abah bawak kereta laju-laju supaya cepat sampai rumah. Amir tunggu ya.”
Sarah
yang hanya menjadi pemerhati dan pendengar perbualan Encik Sulaiman bimbang.
Hatinya berdebar hebat.
“Kenapa
abah?” Soal Sarah cemas.
“Takde
apa-apa yang penting. Su, mari kita balik.”
“Abah.
Arah nak ikut abah balik. Arah nak jumpa ibu.”
“Arah
isteri Ari. Apa-apa yang Arah nak buat, Arah perlukan keizinan suami. Ingat
pesan abah, jadi isteri yang baik. Isteri yang
taat pada perintah suami. Abah yakin Arah pasti akan menjadi isteri dan
emak yang baik sebaik ibu. Abah nak balik sekarang. Jaga diri Arah baik-baik.”
Ah,
kenapa air mata sukar sangat untuk berhenti mengalir? Sarah menyalami tangan
Encik Sulaiman. Kedua-dua belah pipi tua Encik Sulaiman dicium penuh kasih.
Satu kucupan hangat singgah di dahinya. Encik Sulaiman menepuk-nepuk bahu
Sarah. Sarah memeluk erat tubuh Encik Sulaiman.
“Abah…”
Encik Sulaiman bergegas meninggalkan kawasan rumah mewah milik Tuan Ramlee.
Dia
faham anak sulungnya itu bersedih dengan keputusan yang dibuat olehnya. Dia
terpaksa. Dia perlu menjaga perasaan isterinya. Dia tidak mahu isterinya tahu
bahawa Sarah telah berkahwin. Jika Sarah pulang ke rumah, pasti Puan Aida tahu
bahawa Sarah berkahwin kerana jari-jemarinya yang dipenuhi dengan inai.
Tambahan
pula anak gadisnya itu langsung tidak pandai berbohong. Sarah anak yang baik.
Cuma mungkin Sarah tersalah langkah. Namun, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan
anak kesayangannya itu.
Sarah
menghantar pemergian dua orang tersayangnya dengan pandangan sayu. Sumpah dia
sangat-sangat sedih. Rasa seperti ingin berlari mengikut abahnya balik ke
rumah. Dia takut mahu berdepan dengan Ari Aqashah. Entah bagaimana lelaki itu
akan melayaninya kelak.
“Menangis
sedih atau menangis gembira sebab boleh tinggal di rumah besar selama-lamanya?”
Sarah berpaling. Tubuh suaminya berdiri tegak di belakangnya. Suami? Terasa
loya tekak Sarah.
Sarah
mengesat air mata yang masih berbaki.
Malas
mahu menjawab pertanyaan Ari Aqashah, Sarah bergerak menjauhi lelaki itu. Berada
dekat dengan lelaki itu hanya melukakan hatinya. Tiada satu pun kata-kata yang
baik terpancul dari mulut lelaki itu. Semuanya menyakitkan hatinya. Mengalahkan
mulut puaka.
Melihat
Sarah yang malas mahu bertekak dengannya, Ari Aqashah bengang. Sengaja mahu
menguji tahap kesabarannya!
Tangan
Sarah direntap kasar. Sarah terdorong ke belakang dan gagal mengimbangi
badannya akibat rentapan kasar oleh Ari Aqashah. Tubuhnya terpusing lalu
memeluk tubuh sasa Ari Aqashah. Ari Aqashah yang terkejut dengan tindakan
spontan itu kalut mengawal riak wajahnya.
“Encik
Ari! Kita ada tetamu. Please behave.” Keras suara itu memarahi suami dia.
Ari
Aqashah berpaling ke sekeliling. Ada beberapa pasang mata yang memerhatikan
gelagat meraka berdua. Ada juga yang tersenyum-senyum, Agaknya seronok melihat
kemesraan pengantin baru.
“Bukan
main happy lagi pengantin baru ye.”
Tengur Mak Ngah Nisah, isteri kepada Pak Ngah Ali.
“Menyampah
sangat Mona tengok abang Ari dengan perempuan ni. Tak perlu nak bermesra sangat
dekat public ni bang. Kahwin sehari
dua memang bahagia. Abang tunggu tiga empat bulan nanti macam mana.” Kata Mona
dengan riak berbaur cemburu. Memanglah cemburu melihat kekasih hati dirampas
orang!
Malas
mahu mendengar kata-kata Mona, Ari Aqashah meninggalkan Sarah di situ. Sakit
betul hati Mona dengan sikap kurang ajar Ari Aqashah. Sudahlah tidak melayani
dia sebagai tetamu dengan baik, langsung ditinggalkannya di sini.
Mona
mencekak kasar lengan Sarah. “Kau ingat kau dah berjaya rampas Ari daripada
aku? He is mine! Forever mine!” Sarah
yang langsung tidak memahami apa yang sedang berlaku terpingga-pingga apabila
dituduh sebagai perampas. Dia menepis tangan Mona dan mahu berlalu pergi.
Sekali
lagi tangannya dicekak kasar oleh Mona. “I
don’t know who the hell are you but he is my husband. So he is mine!” Belum
sempat Mona berkata apa-apa, Sarah terlebih dahulu mencelah. Giliran Mona
ternganga kali ini.
Tangan
kirinya naik mahu menampar pipi gebu Sarah namun berjaya dihalang oleh Arif
Shah yang sudah lama menjadi pemerhati drama murahan ini.
“Mona!
Hormat sikit majlis Abang Arif dan Abang Ari.” Mona menarik muka masam.
Marliana mendapatkan Sarah.
“Sarah
okay ke?” Sarah hanya menganggukkan
kepalanya.
“Thanks Kak Mar, Along. Arah masuk dalam
kejap. Nak solat Asar.” Marliana dan Arif Shah mengangguk serentak.
Sarah
terus berlalu pergi meninggalkan majlis yang masih lagi meriah dengan kehadiran
tetamu. Sarah naik ke bilik Ari Aqashah. Tombol pintu dipulas perlahan. Matanya
liar memerhati sekeliling bilik. Ari Aqashah tiada di dalam bilik itu.
Sarah
mendekati tingkap bilik Ari Aqashah. Suasana majlis yang berlangsung di tingkat
bawah diperhatikan dari jauh. Ramai sungguh panggilan Tuan Ramlee dan Puan
Khalisah. Namun tidak seorang pun kelibat kawan-kawan Ari Aqashah yang
kelihatan. Eleh, macamlah Sarah kenal kawan-kawan suaminya itu. Maksud Sarah
lelaki dan wanita yang dia temui di Baskin Robin tempoh hari juga tidak
kelihatan.
Tidak
ramai tetamu yang mengelilingi Ari Aqashah berbanding Marliana dan Arif Shah
yang begitu popular pada hari ini. Sarah terasa kerdil sangat. Betul-betul
menumpang majlis orang sahaja. Tiada kawan dan dia langsung tidak berasa
gembira dengan majlis perkahwinannya sendiri.
Tersedar
niatnya yang naik ke atas kerana mahu bersolat, Sarah segera berpaling.
“Ya
Allah!” Terkejut kerana terlanggar suaminya yang berdiri di belakangnya.
Perangai pelik apa ni? Suka sangat berdiri belakang orang!
“Kenapa
terkejut? Ini bilik aku, tak pelik kalau aku ada dalam bilik aku sendiri, kan?”
Tak perlu cakaplah ini bilik awak, saya tahu ini bilik awak. Bukan terkejut
sebab awak ada dalam bilik, terkejut sebab awak tiba-tiba muncul! Faham?
Kalaulah
dia boleh jawab macam tu, memang dah lama dia menjawab.
“Maaf.”
Ari
Aqashah ketawa kuat. “Maaf?”
Malas
mahu memanjangkan pergaduhan dengan Ari Aqashah, Sarah mengalah. “Saya nak
solat.”
“Oh,
perempuan jalang macam kau pun solat jugak? Apa yang kau minta dari Allah?
Suami kaya macam aku? Atau sekarang doa kau ialah supaya aku mati cepat dan kau
dapat warisi semua harta-harta aku?”
“Saya
doakan yang terbaik untuk semua orang. Doakan suami saya sembuh dari penyakit
yang suka menyakitkan hati orang lain.”
Mendengar
jawapan daripada Sarah membuatkan Ari Aqashah mahu meletup. “Kurang ajar!”
Tangan kanannya kasar mencengkam kedua-dua belah pipi Sarah.
“Aku
menyakitkan hati orang lebih baik daripada mempunyai hati busuk macam kau! Guna
taktik kotor untuk bolot harta keluarga aku!”
Sarah
cuba menahan air matanya dari merembes keluar namun dia gagal. Kesakitan di
pipinya memaksa dia untuk menangis.

“Kenapa
menangis? Sakit? Hah? Sakit?!” Jerkah Ari Aqashah.
Sarah
hanya mengangguk perlahan. Mataya dipejam rapat. Takut mahu menjawab soalan Ari
Aqashah. Masih terasa perit penampar Ari Aqashah yang singgah di pipinya malam
kejadian dia ditangkap khalwat bersama lelaki itu.
Ari
Aqashah berdengus kasar. Cengkaman di pipi Sarah dilepaskan.
Pintu
bilik dihempas kuat. Meluat mahu menatap wajah isteri yang bari dinikahinya
beberapa jam yang lalu.
Sarah
terduduk bersandar di dinding. Tangannya naik memegang dadanya yang berkocak
hebat kerana ketakutan akibat kelakuan kasar Ari Aqashah sebentar tadi. Air
mata mengalir deras membasahi pipi.
Ini
baru sedikit. Entah apa lagi yang akan dia lalui selepas ini.
KESIAN SARAH X SUKA LAH ARI TU.
ReplyDeletetima kasih sri cz cpt updated bab baru...mcmana la kehidupan sarah bersama ari....mesti setiap hari air mata keluar je kan....huhuhu...sian sarah...
ReplyDeletenext?????heheheh
ReplyDeleteala napa jdi mcm nih.. kesian sarah :(
ReplyDeleteTak sabar nk bc next entry.....kehidupan sarah lepas bergelar isteri...mesti byk air mata kan....huhuhu...
ReplyDeletesedihnya..ksian sarah...huhuhu
ReplyDeleteItulah.. Kesian Sarah ni jadi mangsa.
Deletesedihnya...kisan sarah...huhuhu
ReplyDelete