Tuesday, 13 May 2014

Bab 15 Cinta, Jangan Sakiti Aku


Acara bola tampar pantai berlangsung dengan jayanya. Pasukan Roslan pastilah kalah awal dengan adanya Roslan tangan patah itu. Muka kacak tapi tangan asyik nak melambai sana sini aje. Sayang!
Mukriz tak habis-habis menempik Roslan kerana asyik terlepas bola. Nak servis pun alahai lembut sangat.
Alissa tak habis-habis ketawa.
Iyelah ini masa untuk dia ketawakan Roslan. Kalau di pejabat susah dia nak menang ke atas Roslan kerana lelaki ini orang kuat Datuk Ibrahim.
“Hey Lisa, I nampak you asyik ketawakan I aje ye!”
“Mana ada..” Balas Alissa sambil tersengih-sengih dalam gelanggang. “Encik Roslan patut letak dulu kot mafla berbulu dekat leher tu.. Macam mengganggu pandangan mata Encik Roslan aje.”
Bola ditangan dicampak ke pasir. “Mafla mahal I ni you boleh cakap menganggu? Hey, mana ada mafla ni ganggu I pun! Ke mafla mahal I ni ganggu mata you?”
Alissa tergelak. Adelia gelak langsung tak cover. Rasa macam tengah tengok lelaki gila glamer beraksi di padang pula. Nak bersukan tapi dalam masa yang sama nak bergaya. Tak sesuai langsung! Roslan tanya dia mafla tu ganggu dia?
Yes! Sangat menganggu okay! Mana ada orang bersukan pakai macam Roslan ni. Dengan seluar warna kuning, baju sendat berwarna merah dan mafla berbulu warna hijau? Oh, Roslan ni takde fashion sense ke? Allah. Buruk sangat kombinasi warna tu.
“Roslan, kau ni main betul-betul sikit! Aku campak kau keluar gelanggang nanti.” Mukhriz mula meninggikan suara. Agaknya sudah penat melayan kerenah Roslan yang semua hanya dia sahaja yang betul.
Bila tegur pasal cara servis bola, orang lain juga yang dipersalahkan. Dia juga yang betul! Tak salah apa langsung. Susah nak menegur orang yang macam ni.. Tak sedar diri!
Perlawanan kalah mati antara kumpulan Zafril dan kumpulan Roslan dimenangi oleh kunpulan Zafril.
“Pandai Encik Zafril main volley ball!”
Zafril sengih bangga.
Eleh Zafril ni.. Roslan puji macam tu pun nak bangga? Setakat Roslan puji tu tak perlulah nak bangga sangat. Bukannya ada apa-apa pun yang boleh memberikan keuntungan.
“Biasa-biasa aje. Lisa ni pandai main.. Tak sangka pula I yang Lisa pandai main volley ball.”
Alissa buat bodoh.
Air dalam botol diteguk perlahan-lahan. Peluh yang menitis dari dahi dilap dengan menggunakan tangan. Terlupa nak bawa tuala kecil masa turun tadi. Tak teringat langsung.
Iyelah nak ingat apa, turun bawa hati yang bengang. Marah sangat dengan Zafril yang bertegas tidak mahu tukar kumpulan.
Ei, dia malaslah nak hadap muka Zafril. Di pejabat pun dah mula macam ada gossip bertiup mengenai dia dan Zafril.
Tak selesa pula bekerja bila ada gossip dengan rakan sekerja. Dua tahun dia di Ibrahim Textile langsung dia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah. Kalau bergaduh dengan Roslan tu adalah. Itu perkara biasa kalau dia dan Roslan tidak berada dalam landasan pendapat yang sama tentang fesyen. Tidak pelik!
Nafas dihembus perlahan. Tercungap-cungap juga dia bermain. Ingatkan stamina dalam diri dah kuat rupanya masih banyak yang perlu dibaiki. Perlu lebih kerap bersukan selepas ini.
Laut yang sedikit bergelora dipandang lama. Lama dia tidak ke pantai. Kalau balik ke Kuantan ada jugalah sekali-sekala dia memaksa Pak Omar menemaninya ke pantai. Saja, rindu nak dengar bunyi ombak.
“Takde tuala kecil ke?”
Alissa langsung tidak mengalihkan pandangan matanya dari laut. “Lupa.”
“Nak pinjam I punya?”
Kepala spontan memandang wajah Zafril. Nak buat gossip lagi? Tak puas lagi orang syarikat bercakap tentang mereka.
“Tak perlu.”
Zafril melabuhkan punggung di atas pasir bersebelahan dengan Alissa. “Seronok kan tengok laut..”
Buat pekak.
“Pernah datang sini tak?”
Diam.
“Lisa, I bukan bercakap dengan pasir.. I am talking to you.”
“Buat pengetahuan Encik Zafril, saya tak berminat nak berbual.”
“Takut dengan gossip?” Pandai pun Zafril ni! Ingatkan bodoh tolol sangat. Ingatkan sampai tak tahu yang di pejabat ada gossip tentang mereka!
“Bukan takut tapi tak suka. Saya tak mahu mereka bercakap benda yang tak betul.”
“Apa yang tak betulnya?”
Mulut Alissa herot ke kiri dan ke kanan menahan geram. Ei, rasa nak campak pasir dekat muka Zafril biar masuk habuk dalam mata tu!
“Apa?” Soal Zafril lagi.
“Apa yang tak betulnya awak tanya saya? Memang semua tak betul Zaf! They said that I am madly in love with you”
“Tak betul ke?”
“Oh, please! Taste saya takdelah teruk sangat..
Giliran Zafril pula bengang dengan kata-kata Alissa. “Kiranya dulu you ada bad taste jugaklah ye sampai datang ke padang universiti dan melalak dekat sana sebab I..”
“Berapa kali I nak kena pesan dengan you jangan ungkit pasal benda lepas!” Botol air di tangan di genggam kuat. Kalau tak takut dia campak botol air mineral di dekat muka Zafril nanti.
“Marah nampak..”
Alissa bangkit. Pasir yang melekat di belakang seluar dikibas perlahan.
“Nak I tolong?”
Prap!
Sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada lelaki itu. Alissa bergerak mendekati Mukhriz. Lama dia tidak berbual dengan lelaki itu. Iyelah sejak Zafril masuk ke pejabat kerja dia bertimbun-timbun. Ada sahaja kerja yang diberikan oleh Zafril kepadanya sampai dia nak keluar makan dengan Mukhriz pun tak sempat.
“Hai, Riz.”
“Hai Cik Puan Lisa! Busy betul ye sekarang ni..”
Alissa duduk di kerusi rehat yang masih kosong sebelah Mukhriz. “Jangan nak Cik Puan sangat. Perli saya kan..”
“Mana ada perli.. Cakap benda betullah tu. Kalau jadi, akan tukar status kepada Puan, kalau tak jadi masih Cik Lisa lagi..” Mukhriz sengih kepada Alissa. Ya, masih kacak senyuman lelaki itu. Sangat kacak!
“Merepek! Nak jadi apa nya?”
Mukhriz muncung ke arah Zafril yang sedang duduk memandang ke laut. Tidak menoleh ke arah mereka di sini. Alissa turut melihat muncung Mukhriz.
“Apa kaitan dengan bos pula ni?”
“Takde ke?”
Botol air ditangan dicampak ke arah Mukhriz. Laju sahaja lelaki itu menangkap botol air yang dicampakkan ke arahnya sambil ketawa.
“Awak jangan nak merepek ye Riz. Saya dengan bos takde apa-apa. Please don’t trust the rumours! Nonsense betul semua tu.”
“Iyelah.. Saya melawak aje tadi tu.. Memang betul pun awak tu busy memanjang sampai nak makan pun tak sempat kan..”
Keluhan dilepaskan perlahan. Ei, kalau ikutkan hati nak aje dia mengeluh bersungguh-sungguh kepada Mukhriz. Nak aje dia cakap dia rasa maca, Zafril sengaja dera dia dengan berikan banyak kerja kepada dia. Bila fikir balik macam tak baik pula merungut. Itu kan memang punca rezeki dia. “Kerja banyak sekarang ni nak buat macam mana. By the way, haritu pergi mana dengan Kak Una?”
Sengaja menukar topic perbualan dengan Mukriz.
“Pergi makan-makan di One Utama. Lama sangat tak keluar dengan Una..” Mukhriz sengih.
“Alaaa, mengada-ngada! Kalau dah suka tu cakap ajelah.” Alissa pukul lembut bahu Mukhriz dengan botol air ditangannya.
“Husna tak nampak macam sukakan saya, Lisa. Saya ni macam main tarik tali dengan Husna.”
Alissa mengeluh perlahan.
Dia tahu Husna tidak mahu ada komitmen dengan mana-mana lelaki selagi dia belum berkahwin. Dia tahu Husna bimbangkan dia.
“Awak dah cakap ke dengan Kak Una?”
Mukhriz menggeleng.
“Mungkin next time awak boleh cuba nasib kot. Saya yakin Kak Una pun ada simpan perasaan pada awak cuma dia terlalu risaukan saya aje..”
Mukhriz tidak faham. “Risaukan awak kenapa pula?”
“Risau sebab kalau dia kahwin nanti takde orang jaga saya.”
“Sebab tu aje? Lisa, Husna kena tahu yang saya takkan biarkan dia abaikan awak. Dia takkan abaikan keluarga dia walaupun selepas kahwin dengan saya. Awak kenal saya Lisa..”
“Yeah, I know tapi Kak Una ni lain sikit. Tapi takpe awak jangan risau sebab saya akan yakinkan dia yang saya boleh jaga diri saya sendiri walaupun Kak Una takde di sisi saya..”
“Kalau awak nak lebih yakinkan dia yang awak boleh jaga diri sendiri saya ada satu idea.”
Bersinar mata Alissa mendengar perkataan idea yang keluar dari mulut Mukhriz. “Apa?”
“Awak kena cepat-cepat kahwin.”
Sekali lagi bahu Mukhriz menjadi mangsa Alissa melepaskan tumbukan dengan menggunakan botol air mineral Spritzer yang dikutip di atas pasir. “Merepek! Mana ada calon lagi.”
“Kalau Syahmi belum bersedia, Zafril pasti dah bersedia.”
“Itu paling gila dan merepek! Saya takde apa-apalah dengan Zafril tu. Semua tu gossip aje. Kalau saya dengan Zafril… Heee, tak mahulah saya! Nanti girlfriend dia datang serang saya. Gila!”
“Belum cuba belum tahu.. Mana tahu gossip boleh jadi kenyataan..” Jangan nak sengih sangatlah Mukhriz! Rasa nak hayun botol air ni sekali lagi tapi kali ini dekat muka pula.
“Malaslah cakap dengan awak ni..”
Mukhriz tergelak-gelak melihat Alissa yang mula merajuk dengannya.
Dari jauh Zafril hanya memerhatikan sahaja gelagat Alissa dan Mukhriz dengan hati yang sebal. Dia memang sengaja duduk di pantai nak tengok kelakuan Alissa dan Mukhriz.
Alissa tinggalkan dia sebab nak berbual dengan Mukhriz? Mereka berdua bercinta dalam diam? Tak mungkinlah. Papa cakap Alissa masih bujang. Masih tidak ada teman lelaki.
“Encik Zafril.”
“Ye Roslan?”
Roslan melabuhkan punggungnya di sebelah Zafril. Memang bos dia tak pelawa tapi apa dia kisah. Janji dapat berbual dengan Zafril. Kau ingat senang nak berbual dengan bos kacak ini ketika di pejabat? Tak layan okay!
Kalau dengan Alissa semua boleh. Sekejap-sekejap menghilang ke bilik Alissa atau lelaki itu akan memanggil Alissa ke biliknya.
Menyampah!

p/s : Ramai ye yang masuk dan keluar dari page Sri ni dengan hampa? Maaf ye, saya sangat sibuk sekarang ini. Sakit kepala menghadapi kesibukan ini. Its all about time management kan? InsyaAllah Sri akan cuba untuk manage 24 jam yang Sri ada dengan lebih baik. Doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan untuk Sri ya.
Yang bertanya tentang Aku, Dia dan Stiletto dan Kau Perempuan Itu buat masa sekarang masih belum ada apa-apa feedback but Sri akan cuba untuk dapatkan perkembangan terbaru ya! Doakan semuanya dipermudahkan dan semorang yang menyokong Sri dapat peluk cium KPI dan ADDS ya!
Cinta, Jangan Sakiti Aku (CJSA) ni pula dalam progress. Sikit lagi nak siap manuskripnya. Laju tak Sri tulis? Hahah! Tak laju, berpinar mata I menghadap laptop ni tau. Kena rehat satt! Nak rehat, nak rehat pun dalam kepala dah ada rangka cerita baru dah. Tangan dan hati ni memang tak senang kalau lama sangat berhenti menulis. Rasa macam rinduuuu sangat nak buka laptop dan menulis tapi apakan daya. Takde masa!
Maaf sangat-sangat kepada yang rasa hampa bila masuk belog Sri lepas tu takde entry baru. Okay, kalau rajin dan rasa nak berbual dengan Sri boleh email kepada Sri ya. memorimaya@gmail.com. Email memang Sri selalu semak dan thanks kepada yang sudi hantar email kepada Sri. Hiks, malu ai. ;)
Kepada yang rajin drop komen pun thank you very much jugak! Segan bila tak sempat nak reply komen korang. Okay, Sri reply sekarang!
Love,
Sri Sarah.

12 comments :

  1. Mmg hari2 masuk blog awak ni, Sri....
    Hahahha... Finally ada email.. ;p

    ReplyDelete
  2. Mmg hari2 masuk blog awak ni, Sri....
    Hahahha... Finally ada email.. ;p

    ReplyDelete
  3. nak lagi sis... Hehe
    Hope enovel yg dah lama tnggu tu dapat diterbitkan, Tringin nk baca ending dia :)

    ReplyDelete
  4. hi sri..next entry pls..dah lama ni..

    ReplyDelete
  5. sri..bila nak sambung ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitew menghilang lewww. Maaf ye Sri banyak tugasan perlu diselesaikan sebelum ini. Ampun!

      Delete