Monday, 1 April 2013

Bab 7 Aku, Dia dan Stiletto


Aulia kacau air dalam gelas dengan menggunakan straw. Rasa nak tumbuk muka lelaki depan dia ni. Dah ajak dia keluar makan lepas tu asyik gelakkan dia aje.

“Kau ni dah macam gaya bini hilang laki. Yang kau terkejar-kejarkan sangat Hazrul tu buat apa? Dia langsung tak layan kau. Dah la, pergi cari lelaki lain buat boyfriend.”

Ish, langsung tak membantu dia dalam misi mencari kehilangan Hazrul. “Kau ingat aku berkawan dengan Hazrul tu dua tiga hari ke? Setahun tau tak, setahun! Takkan macam ni aje dia menyepi? Takde kata putus?” Aulia tayang riak sedih.

Fazri sambar gelas di depan mukanya dah air dalam gelas itu dihisap rakus. Rasa kering tekak sebab banyak sangat gelakkan Aulia.

“Kau dengar tak aku cakap apa ni? Aku bukan cakap dengan meja ni Faz!”

Fazri segih sahaja melihat Aulia yang mula menyinga. Garang macam singa! “Macam mana aku nak cakap dengan kau eh..”

“Cakap aje, bukan susah pun. Sejak bila kau rasa susah nak cakap dengan aku?” Aulia potong cakap Fazri.

Fazri menghela nafas perlahan. “Aku tak sampai hati tengok kau macam ni Lia. Aku ni kawan kau dan dalam masa yang sama aku kawan Arul. Kau kena faham kedudukan aku.. Arul dah pesan jangan bagitau kau dia dekat mana, jadi aku tak bolehlah pecahkan rahsia kawan aku sendiri.”

“Entah-entah Arul tu tengah buat persiapan nak kahwin dengan perempuan lain agaknya.” Fazri yang sedang menyedut jus tembikai tersedak.

“Kau ni Lia, mulut…. Berapa juta insurans mulut kau beli?”


Aulia menjeling. “Kalau dah tiba-tiba senyap, mengelakkan diri daripada aku macam ni, apa lagi yang kau nak aku fikir selain daripada dia ada perempuan lain?”

“Tak baik kau cakap macam tu. Kata-kata tu semua doa tau. Arul kerja untuk masa depan korang. Tak baik kau tuduh Arul bukan-bukan. Kalau dia dengar ni, mau menangis seminggu sampai lebam biji mata tau!”

Aulia kalih pandangan matanya ke luar tingkap restoran. Fazri masih lagi leka meneguk jus tembikal sekali lagi.

“Kalau dia kahwin tanpa pengetahuan aku, macam mana?” Fazri menggeleng tidak puas hati dengan tuduhan Aulia.

“Takkanlah Arul nak buat macam tu.. Kalau dia buat macam tu, aku orang pertama akan menghalang. Jangan risaulah, Arul tu sayang tahap maksima dah dekat kau, Takde orang lain lagi dah yang boleh ganti tempat kau dalam hati Arul.” Fazri siap tayang penumbuk depan Aulia. Konon nak tumbuk Hazrul.

Aulia mengeluh sekali lagi sebelum bersuara lemah. “Manalah tahu, aku ni layan dia pun kasar. Kalau kau tengok officemates dia yang perempuan tu semua layan dia lemah lembut aje. Sopan aje bila bercakap. Aku ni, kalau cakap aje Arul dah berpaling kat tempat lain. Menyampah sangat dengar suara aku agaknya.”

Fazri rasa tersentap melihat keadaan Aulia macam sekarang ni. Tak pernah tengok Aulia sedih macam ni. Lima tahun dia kenal Aulia, sejak pertama kali masuk matrikulasi bersama-sama kemudian melangkah masuk ke universiti pun bersama-sama.

Dia juga yang memperkenalkan Hazrul kepada Aulia lebih setahun yang lalu. “Lia, kau jangan macam ni. Aku kenal kau dah lama, tak pernah kau buat perangai macam ni.”

Aulia kesat air hidung yang mahu meleleh turun. “Kalau Arul dah tak sukakan aku, cakaplah. Aku bukannya nak terhegeh-hegeh dekat dia lagi. Tapi sekarang ni dia main tarik tali. Bila aku mesej dia, call dia, dia tak jawab. Tapi sekali-sekala dia hantar mesej dia rindu aku. Bila aku balas, dia senyap. Apa yang dia nak sebenarnya?” Aulia menjatuhkan tangan yang menongkat dagu ke atas meja.

“Kau dah salah faham ni Lia. Arul bukannya buang kau dari hidup dia, dia sibuk dengan kerja sekarang ni.”

Aulia gelak mengejek. “Syarikat daddy aku lima belas kali ganda lagi besar dari syarikat dia. Kalau daddy aku nak beli syarikat dia, bila-bila masa aje. Apa yang dia sibuk sangat? Tender siapa yang berjuta-juta dia dapat?”

Giliran Fazri mengeluh lemah. “Tender projek perumahan dari seseorang. Aku pun tak kenal. Arul cakap dia sibuk uruskan urusan jual beli projek perumahan di Sungai Buloh tu. Kau tahukan syarikat kecil macam syarikat dia tu kena kerja keras untuk menapak dalam bidang hartanah ni.”

“Projek perumahan Sungai Buloh?” Fazri angguk laju.

Aulia mengeluh untuk sekian kalinya. “Tak pernah dia diam macam ni. Dah sebulan lebih Faz, sebulan. Aku langsung tak pernah jumpa dia. Bukannya jauh sangat office dia dengan office aku. Takkan nak jenguk sekejap pun tak boleh?

“Habis kau tak pergi sana?”

“Takkanlah aku ni bodoh sangat tak pergi cari dia dekat office dia tu, mestilah aku pergi tapi dia tu yang tak pernah ada di pejabat. Setiap kali aku pergi Herni akan cakap ‘sorry Cik Aulia, bos takde.’” Aulia mengajuk kata-kata Herni, setiausaha pejabat Hazrul.

Fazri tergelak besar melihat mimik muka Aulia yang mengejek cara Herni bercakap. Dengan suara itik Herni, memang sebijik!

Babe, kau rasa Herni tu ada affair tak dengan Arul?”

Wooo, wo. Kau ni nak tuduh pun agak-agaklah sikit, takkanlah Arul dah tukar taste kot? Kau bukan tak tahu Herni tu pakai baju macam mana. Kalau boleh tayang pusat dengan pusat-pusat dia sekali dia nak tunjuk. Arul tu orang kampung aje pun.”

“Manalah tahu.. Herni tu pun bukannya orang bandar sangat. Citarasa ni boleh berubah sekelip mata aje Faz oi.”

“Fazri, bukan Faz oi.” Aulia spontan melepaskan ketawa besar. Buat lawak bodoh pulak Fazri ni.

“Buat lawak bongok kau tu sorang-sorang. Aku dah nak kena masuk office ni kang membebel pulak daddy aku tu.” Aulia menyambar telefon bimbit di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg tangannya.

“Anak manja kan.. Kalau keluar makan pun kalau boleh daddy kau nak upah bodyguard!” Aulia menjeling tajam. Tak mahulah dia ada bodyguard.

“Kau pernah nampak ke aku keluar bawak bodyguard? Kalau ada pun, kau lah bodyguard aku.”

“Ah, tak nak aku! Kau bos paling teruk sekali aku pernah ada kalau aku jadi bodyguard kau.” Fazri dan Aulia ketawa serentak. Bukan main seronok kalau bab nak mengata Aulia.

“Sekarang pun kau anak buah aku, jangan cakap banyak.”

“Aku kerja dengan Datuk Rahman, bukan dengan kau.” Aulia mencebik. Sama ajelah tu, kerja dengan daddy dia sama juga macam kerja dengan dia. Eh, tapi dia pun kerja dengan daddy jugakkan..

Alahai, tiba-tiba rasa nak pergi tandaslah pulak sekarang ni. Dah tak boleh nak tunggu balik pejabat lagi dah ni. “Aku nak pergi ladies kejap, tunggu aku tau!”  Fazri angguk.



Melihat seseorang dalam cermin tandas Aulia rasa seperti mengenali wajah itu. Aulia berdiri kaku di depan cermin. Menanti wajah itu keluar semula dari bilik air. Dia yakin dia mengenali perempuan itu. Sangat yakin!

Dup dap dup dap. Lamanya masuk tandas.

Pintu bilik air dikuak.

“Helinna?” Aulia segera menoleh ke belakang.

“Lia!!!!” Helinna menjerit.  Aulia dan Helinna berpelukan.

“Oh my God, dalam banyak-banyak tempat dekat Malaysia ni aku terserempak dengan kau dalam tandas? Langsung tak class tempat jejak kasih kita ni.” Aulia tumbuk perlahan bahu Helinna.

Seriously, bila kau balik Malaysia? Aku tak tahu pun?” Helinna sengih tayang gigi putih melepak.
“Baru je tiga hari. Sekarang ni pun masih jetlag lagi.” Helinna ketawa.

Over, jetlag sampai tiga hari. Kau datang dengan siapa ni? Parents kau ke?” Helinna geleng.

“Dengan kawan aku. Ada dekat luar. Dah habis makan dah ni, dah nak balik pun. Lia, serius aku tak sangka jumpa kau dekat sini. Rindunya dekat kau!” Helinna peluk tubuh langsing Aulia.

“Aku pun rindu dekat kau jugak. Ingatkan lepas habis sekolah aku tak jumpa kau lagi dah. Lepas kau pergi London, aku rasa sunyi gila! Nasib baik ada Kartini dekat sekolah tu. Kau tahu lah kan budak-budak sekolah bukannya suka sangat kawan dengan aku.”

“Ala kesiannya junior aku ni..” Helinna dan Aulia ketawa besar.

“Kau dah masuk tandas ke belum?” Aulia angguk. “Jom la kita berborak dekat luar. Aku kenalkan kau dengan kawan aku.”

Aulia berjalan seiring dengan Helinna. Bahu Helinna masih dipeluk kemas. Sumpah dia memang rindu gila dengan Helinna.

“Aku ingatkan aku takkan jumpa kau lagi sampai mati.” Aulia gelak besar. Lepas hampir sembilan tahun dia bertemu semula dengan Helinna dan kali ini masing-masing sudah besar panjang.

“Aku pun ingat aku takkan jumpa kau lagi dah. Tak sangka kau ingat lagi muka aku kan?”

“Mestilah aku ingat muka kau tu. Paling aku tak boleh lupa ialah muka sedih kau masa mula-mula masuk sekolah asrama. Nasib baik kau jumpa aku tau. Boleh juga aku jaga kau, kalau nak harapkan orang lain memang kau kena buli tau!” Teringat muka dia yang selalu merah-merah akibat menangis, Aulia ketawa terbahak-bahak. Malu!

“Ash.” Ashraff yang sedang berdiri sambil memandang ke arah luar berpaling ke belakang.


Aulia rasa nafasnya bagai direntap keluar dari jasad. Kenapa dia asyik jumpa lelaki otak tiga suku ni aje? Eh, bukan Helinna panggil lelaki ini ke tadi? Takkan lelaki ni kot yang selalu Helinna cerita masa zaman sekolah dorang dulu?

“Lia, kenalkan Ashraff. Ash, kawan I, Aulia.”  Ashraff hulur tangan kepada Aulia. Aulia hanya menunduk sedikit kepada Ashraff. Memang dia suka pakai skirt singkat tadi dia tak bersentuhan dengan lelaki sesuka hati datuk nenek dia aje.

Ashraff menjatuhkan semula tangannya. Bebola mata masih galak memandang wajah Aulia. “Aulia..?” Helinna angguk.

Junior sekolah menengah I. Tak sangka lepas sembilan tahun jumpa dia semula.” Helinna masih lagi gembira. Rasa tak percaya pun ada juga. Tak sangka sangat-sangat dia akan bertemu dengan Aulia semula.

I ingatkan sampai bila-bila pun I takkan jumpa dengan Lia lagi dah, tapi tak sangka, Malaysia ni kecik aje. Baru aje tiga hari balik dari London I dah jumpa dia. Memang I berhasrat nak cari dia pun lepas I balik Malaysia.”

“Lia, kau ingatkan lelaki yang aku selalu cerita dekat kau masa zaman sekolah dulu.. Ha inilah dia. Ashraff Ahmad. Kau mesti tak sangka yang aku masih berkawan dengan Ash kan?” Aulia sengih serba tak kena.

Tak sangka Helinna rupanya kekasih kepada lelaki otak senteng ni. So, itu bermakna Helinna ialah pemilik kasut tumit tinggi berwarna merah yang dibeli oleh Ashraff?

Fuh! Lega. Jika Helinna ialah pemiliknya, dia suka.

“Lia, kat sini rupanya. Puas aku tunggu kau dekat meja tadi. Ingatkan dah pitam dalam toilet.” Melihat wajah cemberut Fazri, Aulia sengih lagi.

“Aku jumpa kawan aku tadi. Terlupa terus pasal kau.”

Ashraff menghulur tangan kepada Fazri. “Ashraff.”

“Fazri.” Salam perkenalan daripada Ashraff disambut baik oleh Fazri.

“Ni kawan baik aku masa dekat sekolah. Helinna.” Helinna menghulurkan tangannya kepada Fazri. Apa lagi, tersengih kembang kempis hidung la Fazri dapat salam dengan jelitawan.

“Awak ni model antarabangsa kan?” Helinna tersenyum malu.

“Ish, takdelah. Model biasa-biasa aje. Bukannya terkenal pun.”

“Hish, mestilah terkenal kalau tak, takkanlah saya kenal awak.. Kan Lia..?” Eh, kenapa pula tiba-tiba minta sokongan dia ni?

“Entah, aku tak baca majalah hiburan. Sejak bila pulak kau baca majalah-majalah hiburan ni? Tak pernah tahu pun..” Fazri menyiku Aulia. Saja je nak kenakan dia depan Helinna. Jahat betul Aulia ni!

“Helly, ni nombor telefon aku. Call aku tau! Kita boleh jumpa dan borak panjang sampai jemu. Aku rindu sangat nak berbual dengan kau.” Sekeping kertas empat segi berwarna kuning dihulurkan kepada Helinna.

“Nanti aku call kau okay.” Helinna dan Aulia berpelukan sekali lagi.

“Saya balik dulu Cik Helly. Semoga berjumpa lagi.” Fazri masih tersengih macam kerang busuk.

Melihat kelibat Aulia dan Fazri yang kian menjauh, Ashraff bersuara. “Aulia tu kawan sekolah you dekat mana?”

“Berapa banyak sekolah menengah yang I ada? Masa sekolah menengah kan I masuk sekolah asrama. I memang berkawan dengan dia sejak dia tingkatan satu lagi. Masa tu kita tingkatan dua.” Ashraff anggukkan kepala.

You tak pernah cerita dekat I pun pasal dia.”

“Sejak bila you berminat nak tahu pasal kawan-kawan I? Bukan kalau perempuan you cari sendiri ke?”

“Kenapa sejak balik dari London ni you suka sangat nak perli I ni? Macamlah dekat London you tak buat benda yang sama.” Helinna menjeling tajam.
“Dah la, jom balik. I dah janji dengan mama nak temankan dia pergi shopping.”

“Helly, I minta maaf.I tak bermaksud nak cakap macam tu dengan you. I am so sorry, yea?” Ashraff meraih tangan Helinna yang mula berjalan laju meninggalkan dia di depan pintu restoran.

“Tak payah minta maaf. Kita kan dah deal yang kita bawa hidup masing-masing sampai both of us dah bersedia untuk komitmen yang lebih serius. Lagipun I ada banyak lagi benda yang I nak capai dalam hidup I.” Ashraff mengeluh hampa.

“Nak biar I berdiri tepi kereta you sampai esok ke? Bukak la pintu ni.” Ashraff segera mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.

Punat pada remote kerete ditekan. Kaki melangkah mendekati Helinna. Pintu sebelah penumpang dibuka untuk Helinna masuk.



“Kau kenal ke dengan Ashraff tu?” Aulia mencari wajah Fazri yang sedang memandu di sebelahnya.

“Tak kenal.”

Fazri tergelak kecil. “Kau ingat aku baru kenal kau lima hari ke Lia? Aku kenal kau dah lima tahun tau! Jangan nak cuba tipu aku.”

“Kau ni, sibuk aje! Aku tak kenal Ashraff tu. Bukannya kawan aku pun.”

“Tipu.”

“Ikut suka hatilah kau. Tak nak percaya sudah. Aku bukannya ada kuasa magik nak bagi kau percaya kata-kata aku.”

Fazri tekan brek mengejut.”Kau gila ke Faz!” Aulia menjerit separuh gila. Nasib baik tangan ni sempat tahan dekat dashboard, kalau tak benjol dahi dia bercium dengan dashboard kereta Mitsbishi Lancer milik Fazri ni.

“Ala, aku brek sikit aje pun. Kau je emo terlebih.” Aulia tumbuk bahu Fazri kuat. Sakitnya hati dengan Fazri ni. Main-main tak kena tempat! “Adoi. Sakitlah kau tumbuk aku.”

“Kau jangan main-main boleh tak? Kalau betul-betul accident tadi, macam mana? Kau nak mati kena kapak dengan mummy aku?”  Fazri menggeleng laju.

“Kalau kau takut aku buat macam tadi lagi, Baik kau bagitau aku apa hubungan kau dengan Ashraff tu.”

Aulia picit dahi. “Ya Allah, kan aku dah cakap aku tak kenal dengan dia pun. Bukannya dia tu yang berkawan dengan aku, kawan aku Helinna tu. Yang kau kata model antarabangsa tu! Ha, itu. Bukannya si otak senteng Ashraff tu!”

“Kenapa kau kata dia otak senteng? Apa dia buat dekat kau?” Aulia segera menepis bayangan dia terpeluk dengan Ashraff di tempat letak kereta Sunway Pyramid.

“Mana ada buat apa-apa pun. Yang kau ni sibuk tanya macam-macam ni kenapa?”

“Kau jangan tipu aku Lia. Kalau dia ada buat tak senonoh dekat kau, cakap dengan aku. Biar aku pukul mamat tu. Berani dia kacau kau yang cun melecun ni!” Fazri kalih tubuhnya sedikit ke sisi. Wajah Aulia dipandang. “Kau gelak apa? Aku betul-betul ni.”

“Dah la, aku tak kenal pun Ashraff tu. Jalan… jalan. Kang daddy aku call jenuh aku nak menjawab sebab masuk kerja lambat.”

“Allah.. Kau ni kalut macamlah aku ni tak kena masuk kerja.” Fazri meneruskan pemanduannya menuju ke arah pejabat.


5 comments :