Wednesday, 14 January 2015

Part 8 - Bali Cintaku


Awal pagi lagi Zaidan sudah terpacak di hadapan kedai Eleena. Dia mahu menjadi pelanggan pertama Eleena pada hari ini.
Selepas menanti hampir satu jam setengah, muncul seorang gadis lingkungan 20-an membuka pintu kedai bakeri Eleena. “Assalamualaikum, dik.”
Hafiza menoleh ke belakang.
Sama seperti reaksi Eleena suatu ketika dahulu, Hafiza juga terkejut melihat wajah kacak Zaidan yang menjadi sarapan pagi dia hari ini. Subhanallah, kacaknya! “Waalaikumusalam, ye.”
“Erm, nak tanya sikit.. Ni kedai Eleena ke?”
Mulut Hafiza herot ke kanan dan ke kiri sambil berfikir. Macam mana lelaki ini kenal Kak El? Perompak ke? Takkan muka kacak macam ni perompak? Ish.
“Abang ni siapa ya?”
“Kawan Eleena.. Boleh tahu tak Eleena ada dekat mana?” Soal Zaidan lagi.
Mata Hafiza jatuh kepada jambangan bunga yang dipegang oleh Zaidan. Sejambak bunga ros besar gedabak okay! Kalau dia memang dah jatuh cinta tergolek-golek dengan lelaki romantik seperti ini. Alahai, untungnya Eleena. Bukan sahaja dikejar oleh Shahrin yang tak kurang kacaknya, sekarang dipuja pula oleh lelaki kacak seperti Zaidan.
Untung!
Untung!
“Minta maaf ye bang, kak El masuk kerja lambat sikit. Kalau abang nak tunggu, abang boleh tunggu dekat dalam. Mungkin nak minum kopi dulu ke?” Pelawa Hafiza tanpa sebarang syak wasangka. Takkan perompak nak bawa bunga, kan?
Memang tak logiklah!
Zaidan membontoti Hafiza masuk ke dalam kedai Eleena. “Adik ni nama apa ya?”
“Saya Hafiza. Boleh panggil saya Ija. Abang ni kawan Kak El yang mana ye? Ija tak pernah nampak pun..”
Zaidan sekadar melemparkan senyuman manis kepada Hafiza. “Abang kawan lama Kak El. Lama tak jumpa dia.. Abang ada jumpa dia beberapa hari lepas masa hari jadi anak saudara abang.”
Mulut Hafiza berubah kepada bentuk O besar. “Abang ke yang tempah kek kereta untuk anak buah tu?”
Zaidan angguk. “Untuk anak saudara abang.”
Thanks bonda! Sebab tempahan bonda di ‘Elee & Mom Bake’ ini lah yang membawa dia dan Eleena kembali bertemu. Bayangkan kalau bonda dia tak tempah kek dari Eleena, entah di mana dia akan berjumpa dengan Eleena.
Kepala dia hampir botak memikirkan kemungkinan Eleena berada di mana.. Memang tak terjangkau dek fikiran dia di mana dia mahu mencari Eleena.
Tiga hari lepas dia hampir berputus asa. Nasib baiklah Kak Zati keluar dengan idea bernas iaitu kotak kek yang dihantar oleh Eleena mungkin mempunyai alamat kedai Eleena.
Tekaan Izati memang tepat sekali! Memang terdapat alamat penuh kedai Eleena pada kotak kek itu. Ikutkan hati dia memang dia mahu terus mencari Eleena tetapi atas nasihat keluarganya, Zaidan memberikan masa untuk Eleena menenangkan dirinya. Jika dia terus menyerbu kedai Eleena mungkin Eleena akan terus menghilang dari hidupnya.
“Kopi bang.”
Zaidan kembali mengangkat mukanya memandang wajah comel Hafiza yang meletakkan kopi dihadapannya. “Thanks, Ija.”
“Nak makan apa-apa for breakfast?”
“Apa favaourite Kak El dekat sini?”
“Aww, so sweet abang ni ya! By the way Kak El suka makan roti bakar dengan kaya. Kaya tu Kak El yang buat sendiri untuk kedai ni tau! Kira macam our signature lah.. Wanna try?”
Eleena buat sendiri? Wow! Itu memang menarik minat Zaidan. Dia mahu kenal Eleena. “Sure.”
Hafiza kembali menghilang dari lapangan makan. Zaidan memandang jambangan bunga yang berada di atas meja. Harap-harap Eleena sudi terima jambangan bunga dia.
Roti bakar sampai di mejanya. Eleena masih juga belum muncul. Zaidan mula gundah gulana. “Ija ada cakap dengan Kak El ke abang ada dekat sini?”
“Erh, takdelah.. Kenapa bang?”
“Ermm, Kak El memang masuk kerja lambat ke?”
Hafiza mengerutkan keningnya. “Ija tak pastilah bang. Kak El memang masuk kerja ikut suka hati dia aje.. Tapi hari ni dia memang masuk kerja cuma mungkin lambat..”
“Lambat tu pukul berapa?”
Hafiza jongket bahu. “Mungkin after 12..”
Jam tangan berjenama Tissot di pergelangan tangan dikerling. Sekarang pukul 10.30 pagi. Maknanya hampir sejam setengah lagi dia perlu tunggu Eleena. “Okay, thanks. Ija buatlah kerja.. Abang tunggu dekat sini.”
Hafiza serba salah. “Abang nak Ija call Kak El ke?”
“Ehh, no no. No, thanks!” Pergh, janganlah Hafiza menghubungi Eleena memberitahu bahawa dia berada di sini. Kalau Eleena tak masuk kerja habislah kejutan dia.
Melihat pelanggan keluar masuk ke kedai kek Eleena, Zaidan tersenyum sendiri. Ramai juga pelanggan di kedai Eleena. Rasanya sejak pukul 11 pagi tadi memang tak putus-putus orang datang.
Selain Hafiza, ada beberapa orang lagi pekerja di kedai Eleena. Yang sempat dia berkenalan ialah Muzammil dan Asfar. Sepanjang pemerhatian dia ada seorang lagi pekerja yang dia tak sempat nak berkenalan iaitu seorang perempuan.
Ah, takpe bukannya penting pun dia nak berkenalan dengan pekerja Eleena.
Terdengar suara seseorang memanggil nama Eleena, Zaidan menoleh ke arah belakang.
Shahrin!
Dalam masa yang sama, Zaidan nampak Eleena meluru ke bahagian belakang sebelum dibontoti oleh Shahrin yang turut ke bahagian belakang.
beberapa saat kemudian, dia nampak Eleena muncul di kaunter pula. Eleena sibuk membelek beberapa kertas di kaunter. Wajah jelita itu sedikit tegang. Mungkin marahkan Shahrin yang tidak reti bahasa.
“El! Dengar dulu apa yang abang nak cakap dengan El!”
Zaidan masih bersabar di kerusinya. Apa agaknya reaksi Eleena jika dia muncul di hadapan gadis itu ketika ini.
“Jangan buat kacau dekat kedai El. Saya ada customer dekat sini.” Ujar Eleena dengan nada yang tegas sambil menekan mesin duit. “Please, leave!”
“Sampai bila El nak abang kejar El macam ni? Bila El nak bagi abang peluang?” Shahrin langsung tidak menghiraukan pelanggan Eleena yang sedang beratur untuk membuat bayaran kek dan makanan mereka.
Can you please respect my customers?!” Suara Eleena sedikit tinggi akibat geram.
“Sorry, semua makanan ni tak dijual. Boleh beli dekat kedai lain.” Shahrin mengambil dulang yang berisi roti dan kek yang dipegang oleh pelanggan Eleena di dalam barisan. “Bakery close!”
Shahrin menghalau pelanggan Eleena. Eleena dan pekerjanya ternganga dengan tindakan Shahrin.
What are you doing?! Awak ni dah gila ke Shahrin?” Eleena berlari anak keluar dari kaunternya. “Ya Allah, dik.. Sorry.. Sorry. Awak bayar dekat Abang Muzammil ya.” Eleena memberi isyarat kepada Muzammil untuk mengambil alih tugasnya di kaunter. Dulang berisi beberapa keping pizza yang dipegang oleh Shahrin dirampas kasar dan diberikan semula kepada seorang budak lelaki belasan tahun yang nampak terpingga-pingga.
“El.”
Eleena pantas menoleh apabila namanya dipanggil.
Allah!
Mana muncul pula makhluk Allah yang seorang ini? Eleena spontan memicit kepalanya yang terasa pening. “Apa awak buat dekat sini, Eden?” Jelas wajah Eleena terkejut dan berkerut.
“Saya cari awak.”
“Oh, patutlah El asyik mengelak daripada abang! Rupanya dah ada jantan lain belakang abang!” Tuduhan Shahrin kedengaran melulu pada pendengaran Eleena. Suka hati aje menuduh dia yang bukan-bukan!
“Awak jangan nak merepek sangat boleh tak Shahrin?!” Bengang betul dengan sikap Shahrin. Terkejar dia di sana sini kemudian menuduh dia yang bukan-bukan!
“Habis tu sekarang ni El nak jelaskan apa? Jantan ni ikut El sampai ke Bali, sekarang ni dekat sini pun dia muncul, El masih lagi nak nafikan hubungan El dengan dia?” Shahrin campak bunga di tangannya ke lantai.
Bengang dengan sikap Eleena yang masih mahu menafikan hubungan dia dengan Zaidan. “Kenapa senyap? Fikir nak bagi alasan apa pada abang?!” Tengking Zaidan.
“You better leave sebelum El panggil polis ke sini!” Lurus telunjuk Eleena ke wajah Shahrin.
“Kalau tak?”
“Saya akan buat report awak buat kacau di kedai saya!”
“Bro, I think you better leave. Kau tak diperlukan dekat sini.” Zaidan menunjukkan Shahrin pintu keluar dan kata-kata Zaidan menyebabkan Shahrin bengang.
“Kau nak tunjuk hero depan El?” Kolar baju Zaidan dicekak.
Beberapa pelanggan Eleena mula menjerit. Bimbang akan berlaku pergaduhan antara Shahrin dan Zaidan. Wajah Shahrin sudah mula memerah akibat menahan amarah yang amat sangat di dalam hatinya.
“Lepaskan dia, Shah!” Eleena menarik tangan Shahrin agar melepaskan Zaidan.
“El nak bela jantan ni? Nak bela kekasih baru El ni?” Nafas Shahrin turun naik. “Selama ini abang kejar El macam orang gila, dalam diam rupanya El bercinta dengan jantan tak guna ni?” Tangan Shahrin mengejapkan cengkaman di kolar baju Zaidan.
“Yes! Memang El bercinta dengan dia.. Sekurang-kurangnya El tak ganggu rumahtangga orang! Sekurang-kurangnya El tak bercinta dengan suami orang!” Jerit Eleena geram.
Shahrin melepaskan cengkaman di kolar baju Zaidan. “Abang akan pastikan El dan jantan ni takkan bahagia sampai bila-bila! Abang akan pastikan El jadi milik abang!” Shahrin terus melangkah keluar meninggalkan kedai Eleena.
Eleena mendapatkan Zaidan yang terduduk di atas lantai. “Awak okay?”
“Saya okay, awak jangan risau..”
“Kenapa tak melawan langsung apa yang Shahrin buat pada awak?” Pelik kerana dah dua kali Zaidan membiarkan perlakuan Shahrin kepadanya.
“Awak nak kami bertumbuk dalam kedai awak ke? Sanggup tengok kerusi dan meja dalam kedai awak ni patah sebab pergaduhan kami?” Usik Zaidan membuatkan Eleena tersenyum kecil.
“Kuat sangat ke awak tu?
Zaidan jongket bahu. “Bukannya cedera apa pun.. Biarlah lelaki gila tu dengan hal dia. Dia ada buat apa-apa pada awak ke?”
Eleena menggeleng. “Dia ikut saya dari rumah.. Menyampah betul saya dengan dia! Geramnya!”
“Apa dia buat hari ni?”
“Jumpa papa saya minta izin nak kahwin dengan saya. Lepas tu boleh pula dia bergaduh dengan mama saya. Gila betul! Bergaduh dengan mama saya dan dia harap saya terima dia as a husband?”
Awak tak terima lamaran dia kan?”
Mata Eleena membulat besar mendengar soalan Zaidan. “Perempuan gila aje yang terima lelaki macam tu, Eden!”
Perlahan-lahan Zaidan mengukir senyuman. “Kahwin dengan saya, El.”
“Saya ada banyak kerja dekat kitchen. Awak dah habis makan, kan? Saya belanja hari ni. Thank you for coming.” Eleena bergerak meninggalkan Zaidan.
Sejambak bunga di atas meja dicapai kasar. Kaki melangkah mengikut langkah Eleena ke bahagian belakang.
Marry me, Eleena.”
Melihat Zaidan yang sedang melutut di gadapannya, jantung Eleena seperti hendak melompat keluar. Masa Shahrin lamar dia dulu pun tak sampai ke tahap melutut sampai macam ni.
Ini romantik gila okay! Sumpah rasa nak melompat-lompat dapat lamaran macam ni.
Tersedar hati dia berkira-kira untuk menerima lamaran itu, Eleena lekas-lekas menepis perasaan indah yang mulai mengusik hatinya.
“Sherni awak tu mana?”
“Awak salah faham ni El.. Saya dengan Sherni tu memang takde apa-apa hubungan langsung. Dia je yang asyik salah faham pasal hubungan kami.”
“Lelaki.. Boleh cakap apa aje bila perempuan tu takde depan mata dia kan.. Macam awak sekarang, deny hak Sherni dalam hidup awak.” Tangan disilang ke dada memeluk tubuh. Rasa jengkel dengan sikap Zaidan secara tiba-tiba.
“Kalau saya dah ada Sherni, buat apa saya nak lamar awak jadi isteri saya? Awak ingat saya ni lelaki tak setia ke?”
Eleena malas mahu menjawab soalan Zaidan. “Eden, ni tempat saya bekerja. Kalau awak nak beromantik bagai macam ni. This is not the right place.”
“Habis where is the right place? El, saya lamar awak di rumah saya awak tolak. Now, dekat sini pun awak tolak? Macam mana lagi saya nak buat supaya awak yakin dengan cinta saya?” Zaidan sudah kebingungan. Dia sudah tidak tahu macam mana nak pujuk Eleena.
“Awak cari cara tu sendiri. Kalau awak betul cintakan saya, awak akan berusaha sampai saya terima. Kan?”
Zaidan tertunduk. Seolah-olah putus asa mengejar Eleena.  “Tell me what should I do to make you fall in love with me?”
“So awak give up?”
Mata kembali mencari wajah jeliya Eleena. “I am not give up.. But just tell me apa perlu saya buat untuk awak terima saya.”
“Tak perlu buat apa-apa sebab saya takkan terima lamaran awak sampai bila-bila pun Eden.”
“Jadi lamaran saya ditolak?”
Tanpa menjawab soalan Zaidan, Eleena menapak keluar dari ruang dapur.
Nafas dihela kasar. Zaidan kecewa. Cincin permata di tangan kanannya digenggam kuat. Mencari kekuatan untuk mempertahankan cintanya terhadap Eleena.

p/s : Ku sangka dapat siapkan laju-laju rupanya lama juga nak memuntahkan apa yang ada dalam kepala otak ni menjadi bentuk perkataan. Ah, kalaulah senang gila menulis ni.. Memang sebulan satu manuskirp dapat siap. Setahun ada 12 manuskirp Sri siapkan. Bhahha!
Amboi, ada yang suka ye kalau selalu ada cerita baru? Hehe.
Enjoy reading?
Thank you.

Love,
Sri.

13 comments :

  1. Huaaa. Sweet sangat. I can't wait to know the ending.

    ReplyDelete
  2. best txs for the update. Itulah ingat dah habis masih ada lagi sambungan. suka2. Really I enjoyed reading this story cannot wait to read the ending part. Hopefully Eleena will chose Eden... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi sambungan. Belum tamat lagi tau! ;p

      Delete
  3. Memang saya enjoy reading cerita ni pn..hehe.. Update la lagi Sri.. cam best je Bali Cintaku ni tapi saya masih ternanti-nanti sambungan kisah Alissa tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Alissa tu kejap eh, nanti Sri sambung semula ok! :p

      Thank you sebab sukakan Eden dan Eleena.

      Delete
  4. Good entry sarah.....tau sudah misteri shahrin ni...i love your writings, in fact dah ada both your novels, teramat lah suka dgn ADDS. Suka eden n el jugak. Keep it up, okay. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, thank you Azida Aqm.
      Baca sampai TAMAT ok

      Delete
  5. Hmm kak sri busy ke ? Lama tunggu part 9 . Nak eden dgn el .

    ReplyDelete
  6. Sis bila nak sambunggg part 9 ni :(((

    ReplyDelete
  7. akaq sri.. bile nk sambung..

    ReplyDelete
  8. akaq sri.. bile akaq nak sambung lagi...

    ReplyDelete