Sunday 16 February 2014

Bab 4 Dia Lelaki Untuk Aku


“Dasar anak tak kenang budi! Kau jangan kau dah besar kau boleh buat keputusan sesuka hati kau, Yas! Aku ni mak kau.. Ingat sikit tu!”
“Apa yang Yas buat mak?”
“Kau ke Langkawi tanpa izin aku, kau tanya apa kau dah buat?”
Yasmin menghempas punggung di sofa single. “Mak, selama ni mak tak pernah ambil tahu mana Yas nak pergi. Bila Yas tak cakap dengan mak, mak bising. Apa yang mak nak sebenarnya?”
“Kau tanya aku apa aku nak? Aku nak kau berambus dari rumah aku ni Yasmin!”
Yasmin mengeluh kasar. Dia baru aje balik, dah kena sergah dengan Puan Rohana. Masa dia pergi bercuti empat hari langsung tiada khabar berita dari Puan Rohana. Telefon sekali pun tak pernah. Alih-alih bila nampak muka dia aje terus angin satu badan.
“Yas naik dulu, nak mandi. Nanti Yas turun masak.”
“Kau tak turun masak pun aku boleh masak sendiri Yasmin! Masa kau takde aku tak mati kebulur pun. Sihat jugak tubuh badan aku ni.. Kau ada pun buat sakit mata aku aje.” Yasmin diam. Mendaki tangga tanpa membalas apa-pa. biarlah Puan Rohana membebel seorang diri.
Kalau dia layan sangat nanti makin rumit pula masalah yang dah rumit. Masalah yang tiada jalan penyelesaian.
Berbuih mulut dia nak terangkan hubungan dia dengan Izlan. Dulu mak yang nak sangat Izlan kahwin dengan kak long, bila dah kahwin dengan kak long sekarang ni masalah lain pula.
Kalau kak long tak bahagia itu bukan masalah dia. Dia tak masuk campur langsung dalam urusan rumahtangga kakak dia. Takkanlah hal dalam selimut pun dia nak menyibuk juga.
Itu yang dia tak faham bila Puan Rohana tuduh dia cuba merosakkan rumahtangga kak long dia. Apa punya tuduhan langsung tak berasas! Sampaikan hal Ila Baizura pun nak kaitkan dengan nama dia sekali. Kalau dah Ila memang nak tidur dengan dia saban malam takkan dia nak cakap tak boleh pada si kecil itu? Kejam sangat dia sebagai emak saudara..
Beg tangan jenama Charles and Keith diletakkan di atas kerusi meja solek. Kaki melangkah ke katil.
Bum!
Tubuh langsingnya sudah terlentang di atas katil queen size. Selendang di kepala masih belum ditanggalkan. Tangan naik mengurut dagu. Kenapa hari ini tiada nota daripada pengirim misteri itu eh?
Pelik juga tiba-tiba sahaja sarapan pagi dia hari ini langsung tidak diganggu. Padahal sehingga hari ketiga dia berada di Pulau Langkawi dia menerima lapan nota kecil daripada pengirim misteri itu. Ikutkan hati memang nak aje dia buat repot polis tapi Ameera lah yang tak benarkan.
Sampaikan semasa dia menemani Ameera membeli beberapa barang di Rams pun dia masih lagi mendapat ota daripada pengirim yang bernama F.
Who the hell are you?”
Tubuh bergolek ke kiri. “Kenapa hari ni takde nota eh?”
“Dah balik kot!” Ahhh, kenapa aku fikirkan nota pengirim misteri ni pula? Yasmin ketuk dahinya dengan jari. “Keluar..keluar dari otak aku!”
Siapa pun pengirim nota itu Yasmin yakin dia tidak akan diganggu lagi sebab dia sudah kembali ke Kuala Lumpur. Mungkin pengirim itu tinggal di Pulau Langkawi agaknya. Lantaklah!
Ketukan di pintu memaksa Yasmin bangkit menuju ke pintu. “Acik Yas!” Ila mendepakan tangan kecilnya. Yasmin membongkok mengambil si kecil yang tinggi lampai ke dalam pelukan.
“Anak saudara kesayangan Acik Yas sihat?” Ila menganggukkan kepalanya.
Yamsin pandang wajah Izlan yang berdiri depan pintu biliknya. “Abang long masuk bilik dulu. Ila rindukan Yas sebab lama tak jumpa dengan Yas.”
Yasmin sengih. Dia pun rindu gila-gila dengan Ila. “Banyak ke Ila rindukan Acik Yas?”
“Banyak! Banyak sampai sekolah Ila.” Yasmin spontan tergelak besar. Comelnya anak saudara dia! Punyalah nak cakap banyak sangat rindu tu, sampai kira kilometer dari rumah ke sekolah punya jauhnya. Lagi jauh lagi banyak.
Pipi Ila dicium geram.
“Kak long out station, malam ni Ila tidur dengan Yas boleh?”
“Boleh. Takde hal pun abang long. Macamlah tak biasa..” Izlan mengangguk setuju.
Melihat Izlan berpaling menuju ke biliknya, Yasmin menutup rapat pintu bilik. “Seronok tak sekolah hari ni?”
“Seronok sangat. Acik Yas nak tengok tak apa Ila lukis dekat sekolah?”
“Nak!” Yasmin menurunkan Ila ke lantai. Pantas si kecil itu berlari membuka pintu dan keluar dari bilik Yasmin. Bibir masih dengan senyuman. Nak ambil beg sekolah dia lah tu…
“Acik Yas…” Mendengar si comel itu sudah menjerit namanya di tangga, Yasmin menapak keluar dari bilknya mahu menyambut Ila di hujung tangga.
I am here sayang. Mana lukisan Ila? Meh sini Acik Yas tengok.” Tangan dihulurkan kepada Ila yang tercungap-cungap mengambil nafas. Semangat sangat sampai berlari-lari turun dan naik tangga.
Ila duduk melutut di kaki Yasmin. Tangan kecilnya sibuk membuka beg sekolah Hello Kitty nya. Sehelai kertas bersaiz A4 ditarik keluar. “Ni.”
Yasmin menyambut huluran Ila. Lukisan hari sukan sekolah. “Cantiknya. Pandai Ila lukis. Ini mama ke?” Pelik kerana perempuan di dalam lukisan Ila bertudung, sedangkan kakaknya tidak bertudung.
“Bukan.. Ini papa, ini Ila and this is you.” Bangga Ila menunjukkan satu per satu insan dalam lukisannya.
“Mana mama?”
“Mama kan takde, Ila tak lukis mama. Masa Sports Day  Ila hari tu mama tak pergi pun.. Kan Acik Yas yang pergi… So this is you lah Acik Yas.”
Melihat renungan mata yang sedang berdiri di tangga, Yasmin kecut perut. Sah kena bambu sekejap lagi.
“Ila, Ila masuk bilik Ila pergi mandi and tukar baju, okay? Kejap lagi Acik Yas masuk..” Yasmin menampar manja punggung Ila. Tidak mahu Ila melihat tok mamanya menyinga di sini.
Tanpa sebarang bantahan, Ila menarik beg sekolahnya menuju ke bilik tidur dia sendiri. Bukan tak boleh tidur sorang tapi saja nak bermanja dengan Yasmin. Budak-budak.
“Kenapa kau suruh dia masuk bilik? Kau malu kalau dia dengar kau cuba pikat papa dia?”
“Apa mak merepek ni? Berapa kali Yas nak kena cakap dengan mak yang Yas takde apa-apa perasaan pada abang long. Tu abang ipar Yas, kenapa mak masih nak ulang perkara yang sama?”
Dah lapan tahun kot, takkan Puan Rohana masih nak salahkan dia? Yes, memang dulu dia menyimpan perasaan pada Izlan tapi dah lama perasaan tu hilang. Dah takde! Penat dah nak cakap.
“Kau jangan ingat aku tak tahu Yas, kau pindah balik rumah ni sebab kau nak pikat Iz, kan?” Yasmin menggeleng.
“Yas balik sebab abah nak Yas balik. Abah nak Yas tinggal dengan dia. Kalau bukan sebab abah, Yas pun tak nak balik ke sini, mak.”
“Ha, baguslah kalau kau tak nak! Aku pun menyampah tengok muka kau Yas.”
Yasmin memujuk hatinya supaya bersabar. Susah cakap dengan mak dia ni. Tak boleh nak bertolak ansur.
“Kalau dah sekali aku benci, sampai mati aku benci kau Yas!” Puan Rohana berlalu dari tangga. Membawa hati yang panas membara ke dapur. Lagi lama dia tengok muka Yasmin lagi macam-macam perkataan keluar dari mulutnya nanti.
Yang paling dia tak faham ialah walaupun dia dah maki hamun Yasmin macam-macam, gadis itu masih juga setia di rumah ini. Kebal betul hati Yasmin dengan mulut celupar dia! Memang dia nak buat Yasmin sakit hati. Memang dia nak Yasmin pindah keluar dari rumah ini. Sakit hati dia setiap kali pandang wajah Yasmin.
“Bila Miza balik Iz?” Izlan mengarah pandangan anak mata ke wajah Encik Muslim.
“Seminggu katanya. Ni baru tiga hari.. Ada lagi empat harilah nampaknya.” Izlan sengih kepada bapa mertuanya. Encik Muslim mengangguk-angguk.
“Jangan ikut sangat cakapnya Miza tu Iz.. Dia tu isteri kamu sepatutnya tempat dia di sisi kamu.” Yasmin hanya menjeling ke arah Puan Rohana. Muka ketat.. Langsung tak panggung kepala semasa Encik Muslim bercakap.
“Iz memang dah minta Miza berhenti kerja.. Ila pun perlukan mama dia. Lagi pun..”
Belum sempat Izlan menghabiskan kata-katanya Puan Rohana sudah panas punggung. Tak boleh tahan lagi dengan sikapnya yang hanya berdiam diri. Anak kesayangan dia perlu dibela.
“Berapa sangat gaji kamu Iz? Papa kamu suruh kamu kerja dengan dia, kamu nak kerja sendiri. Sekarang tengok siapa yang susah? Miza tu bukan nak kerja sangat tapi sebabkan gaji kamu dengan syarikat tu bukannya besar mana, dia terpaksa kerja. Kamu ingat isteri kamu tu keluar berfoya-foya ke Izlan?”
Yasmin terkejut melihat Puan Rohana smash Izlan. Terus berubah riak abang iparnya. Mesti segan kena sergah macam tu depan keluarga mertua. Maizura pula asyik tergelak. Sokong sangatlah dengan sikap mak tu.
“Bukan Iz tak mahu kerja dengan papa, mak.. Tapi Iz nak cari pengalaman kerja sendiri. Kalau ada rezeki Iz boleh buka syarikat sendiri.” Ha, kemain angan-angan Izlan. Siap nak buka syarikat lagi!
“Sudahlah Izlan, Ila ni selalu kena tinggal dengan mama dia sebab kamu tu pentingkan diri. Kalau kamu kerja dengan papa kamu tu senang hidup Miza. Mak dengan abah pun boleh juga tumpang kesenangan kamu tu.”
Nah! Itu dia mak punya point. Nak tumpang senang keluarga Izlan. Dia dah agak dah kenapa mak seronok sangat bila kakak dia nak kahwin dengan Izlan lapan tahun lepas.. Semuanya sebab harta keluarga Izlan yang makan empat keturunan pun tak habis.
Ya Allah, dah lapan tahun pun mak masih nak ungkit hal yang sama? Sedangkan apa yang dia nampak, kakak dia langsung tak kisah keluar bekerja. Paling penting kakak dia nampak seronok dengan kerjaya dia.
Tak faham betul dengan pemikiran mak ni. Nak kata buruk takdelah buruk sangat, jahat pun tidak juga tapi tamak mungkin.
“Mak.. Harta kita walaupun tak banyak kita tetap senang. Tak pernah pun kita merempat. Kenapa mak nak salahkan abang long kalau dia tak mahu susahkan keluarga dia?”
“Kau jangan nak masuk campur dalam urusan keluarga ni Yas!” Suara Puan Rohana menempik kuat.
“Ila, pergi basuh tangan, naik atas ya?” Yasmin pandang Ila. Tak mahu Ila mendengar semua ini. Sangat telinga budak itu disogokkan dengan caci maki Tok Mama dia.
“Hah, kenapa kau suruh Ila naik? Kau tak nak dia nampak kau kena tempik? Malu?”
“Mak, Ila tu budak-budak lagi. Kalau mak nak tegur abang long bukan depan anak dia mak.. Yas tak nak bila Ila besar dia jadi pemberontak. Benci mama dia sendiri. Mak tak pernah terfikir ke semua tu?”
Yasmin dengar Puan Rohana berdengus kasar. “Apa aku peduli! Kalau dia benci mama dia, kau kan ada. Buka dia sayang sangat dengan kau?”
Satu keluhan lemah terbit dari bibirnya. “Dah la mak, tak baik mak layan anak-anak mak macam ni.”
“Amboi-amboi, kak ngah tu siapa nak ajar apa mak patut buat? Kak long pun tak pernah kurang ajar macam kak ngah tau!” Maizura bangkit membela Puan Rohana.
Fine, kalau Yas salah, Yas minta maaf dengan mak tapi tolonglah mak, jangan nak harapkan sangat harta orang lain. Kita ni sekeluarga, apa yang tak betul Yas kena bersuara dengan mak.”
Puan Rohana tergelak kecil. “Kau rasa bila kau dah umur 25 tahun, kau dah besar? Dah hebat sangat boleh lawan cakap aku ke Yasmin?”
Susah cakap dengan Puan Rohana. Kalau kita cuba nak tegur salah dia, dia akan pukul kau dengan kata-kata yang sangat-sangat memedihkan. “Tak apalah mak, kalau mak masih juga nak salahkan Yas, Yas memang tak boleh buat apa lagi. Cuma Yas rasa kali ni mak dah melampau.”
“Apa yang mak melampau sangat? Kak ngah tu yang dengki dengan kak long sebab kak long kahwin dengan orang kaya, kan?”
Tawa halus spontan terbit dari mulut Yasmin. Dia cemburukan kakak dia? Allah.. Tak langsung! “Adik rasa kak ngah macam tu ke selama ini?”
Yes! Eight years dah berlalu tapi kak ngah harapkan abang long jatuh cinta dengan kak ngah, kan?”
Baru sahaja Yasmin mahu menjawab, Encik Muslim sudah bersuara garang. “Sudah! Sudah! Kamu ni tak boleh ke hormat abah sikit?”
Yasmin rasa bersalah melihat Encik Muslim yang memegang dadanya. “Abah sakit dada ke?” Kerusi meja makan pantas ditolak ke belakang dan Yasmin mendapatkan abahnya.
“Jangan pegang abah! Yas pergilah naik atas. Jangan ambil tahu pasal abah.” Sebak! Sumpah sebak.
“Abah, biar Yas tolak abah masuk ke bilik ya?”
“Tak payah. Tak payah! Abah ada mak dan adik boleh tolong abah. Yas pergi naik atas!” Ton suara Encik Muslim naik sedikit keras. Menolak tangan Yasmin yang cuba menyentuh dia.
“Ana, abang nak masuk bilik.”
Puan Rohana senyum kemenangan. “Ana tolak abang ya.. Adik, jom kita teman abah dalam bilik. Boleh berborak panjang.”
Yasmin bergerak sedikit ke belakang apabila ditolak oleh Maizura. Boleh tahan juga perangai adik dia ni.
“Biarlah dorang tu Yas.. Bukan Yas tak biasa.” Izlan bersuara lemah sebaik sahaja ketiga-tiga manusia itu hilang dari ruang makan.
“Sebab dah biasa sangatlah Yas nak buat jadi luar biasa bang long.. Sampai bila kita nak macam ni? Berprasangka dan saling tuduh-menuduh?” Air mata yang tumpah dari ekor mata diseka laju.
“Banyakkan berdoa. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Kalau Yas tumbang, abang long pun akan tumbang dengan Yas. Kalau Yas kuat, abang long akan bertambah kuat untuk menyokong Yas.”
Thanks!”
Welcome. Abang long naik dulu. Dah takde selera lagi dah nak makan.” Yasmin senyum kelat menghantar pemergian Izlan ke atas.
Meja makan yang masih penuh dengan lauk-pauk di pandang sayu. Sayang betul makanan ni semua.. Sebab itulah tak baik bergaduh depan rezeki, nanti hilang selera lepas tu tak mahu makan lagi dah.
Yasmin mengangkat lauk-pauk yang masih elok ke meja makan di ruang dapur. Di susun elok di bawah tudung saji di dapur. Esok boleh makan lagi.
Selesai mengemas meja makan dan ruang dapur, kaki pantas memanjat anak tangga menuju ke atas. Dia perlu berbual dengan Ila dan membasuh semula otak Ila. Tidak mahu anak kecil itu menjadi mangsa pergaduhan keluarga yang tak pernah surut.
p/s : Sri baru tulis cerita ni suku. Banyak bab lagi to go. Actually jalan cerita memang penuh dalam kepala otak cuma kalaulah laptop ini menerima suara dan tertulis sendiri alangkah indahnya! Hikhikhik. Rasa macam senang kerja. Cerita je pada laptop terus tertype sendiri kan. Huaaa. 

Baiklah, siapa nak meneka cerita ni macam mana?

Phewww ~

No comments :

Post a Comment