Wednesday 12 December 2012

Bab 10 Kau Perempuan Itu



Jam di pergelangan tangannya dikerling malas. Hatinya dah membuak-buak menahan marah. Memang sakit hati betul kalau orang tak reti menepati janji. Memang dia paling bencikan orang yang berjanji tapi tidak tahu menepati janjinya. Pengalaman banyak mengajar dia supaya lebih berhati-hati. Jus oren di hadapannya disedut rakus menghabiskan sisa-sisa terakhir sebelum kaki melangkah meninggalkan restoran itu.

“ Maaf, maaf. Saya terlewat”, merah padam muka Sarah memohon maaf daripada lelaki yang baru sahaja hendak meninggalkan restoran itu.
“ Ingatkan dah tak nak datang lagi. Baru aje nak balik”. Jawab lelaki itu kasar. Ikutkan hati nak aje terus blah dan meninggalkan perempuan yang baru muncul di hadapannya kini. Siapa suruh lewat, kan? Padan muka. Kalau naik kapal terbang, lewat macam ni memang sah-sah jelas dan nyata kau kena tinggal. 

" Maaf encik. Saya ada emergency tadi. Banyak kerja kena settle.Maaf sangat-sangat". Ah, lewat 30 minit pun nak berkira. Kau ingat senang ke nak mintak permission dari majikan aku nak keluar pergi jumpa kawan sebab hal emergency. Aku barukerja seminggu dah buat hal tau tak? Geram sungguh Sarah dengan mamat hidung tinggi ni!
 “ Nah, handphone awak. Bak sini handphone saya semula. Saya nak balik, malam nanti kerja”. Ujar Ari Aqashah sambil meletakkan telefon bimbit milik Sarah di atas meja kayu berwarna coklat gelap itu. Sarah ketap bibir. Geram, meluat, benci, menyampah semua bersatu.

Tangannya dimasukkan ke dalam beg tangan berwarna biru muda yang digalasnya. Mana pulak handphone mamat hidung tinggi ni? Tidak berpuas hati dengan pencariannya tanpa menggunakan mata, handbag biru muda itu diletakkan di atas meja kayu tempat dia berdiri. Beg biru muda itu diselongkarnya. Jumpa!

Handphone kembali bertukar tangan. Tanpa menunggu lebih lama, Ari Aqashah mengorak langkah meninggalkan restoran itu dan Sarah. “Sombong!”, Perkataan itu yang mampu dikeluarkan bibirnya. Dah memang sombong, takkan nak cakap peramah pulak?

Sarah duduk di kerusi berdepan dengan tempat Ari Aqashah duduk sebentar tadi. Tanggannya digawang-gawang memanggil pelayan. Tidak sampai tiga puluh saat, seorang pelayan perempuan datang ke arahnya. Amboi, cantik bukan main pelayan dekat sini. Macam model. Kenapa tak apply kerja model dik, muka cantik.

Order miss?”
Miss?” Pelayan itu melambai-lambai tanggan di depan muka Sarah. Berangan ke apa perempuan ni?
Terkejut dengan tindakan pelayan itu, Sarah berdehem dua kali. Maluya! Laju-laju Sarah membuat pesanan. “ Fresh orange satu ye”. Matanya menghantar pemergian pelayan tersebut. Alahai, macam mana boleh berangan pulak ni? Bikin malu betullah. Nafasnya dihela berat. Letih.

Alang-alang dah keluar dari rumah majikannya, baik dia rehat sekejap.  Puas Sarah memujuk majikannya pagi tadi selepas mendapat panggilan dari lelaki hidung tinggi itu. Ingat senang ke nak pujuk Puan Khalisah? Dah la Puan Khalisah tu bencikan dia, dia pulak senang hati buat hal nak keluar jumpa kawan sebab hal kecemasan. Harap-harap Puan Khalisah percayalah. Memang emergency pun ni.

Akibatnya hari ini, bukan setakat mop lantai rumah banglo, sapu lantai dan basuh tandas, kereta dua buah di porch kereta pun dia terpaksa basuh. Kalau pakai mini cooper atau kelisa boleh tahan lagi nak membasuhnya sebab kecil aje. Ini takde, kereta pacuan empat roda, Kenapa la pakai kereta besar-besar ni, penat tau nak basuh?! Semua ini hanya kerana telefonnya yang satu ini. Aduhai, penat sungguh badannya. Rasa nak lelapkan mata di restoran ni pun ada jugak.

Sekali bila datang jumpa mamat hidung tinggi ni tak sampai dua minit? Adoi, kalau tahu sekejap aje mamat ni nak jumpa dia, boleh aje suruh mamat ni drop telefon bimbitnya di rumah majikanya sebentar tadi. Ye lah, manalah tahu kalau mamat ni ada nak berbincang pasal hutang ke apa, sebab itulah dia bersetuju untuk berjumpa di luar sahaja. Lagipun tak manis kalau berjumpa di hadapan rumah majikannya, apa pulak kata Jihan dan majikannya nanti.

Jus oren di hadapannya disedut tiga kali. Habis! Dahaga berlari macam kena kejar dengan anjing tadi. Tapi nasib baik jugaklah dia sempat sampai sebelum mamat hidung tinggi itu pergi, kalau tak entah bila baru Sarah akan bersatu semula dengan telefon bimbitnya. Sayang tau telefon ni walaupun dah buruk. Bukan senang dia nak membeli telefon ini, Terpaksa dia bekerja sambilan di kedai buku berdekatan universiti gara-gara sebuah telefon bimbit. Tidak matang sungguh dia ketika itu. Sepatutnya dia gunakan wang gajinya untuk membeli buku, ini tidak. Beli telefon? Baru namanya remaja!

Sarah memegang perutnya. Lapar. Sibuk menyiapkan kerja yang diarahkan oleh Puan Khalisah, Sarah langsung tidak sempat menjamah apa-apa makanan sejak pagi tadi. Lengan kiri baju kurung modennya ditarik naik sedikit. Pukul 4.45 petang. Memang dia terus makan di luar dan takkan balik ke rumah majikannya lagi lah nampak gayanya. Suasana sekeliling restoran itu diperhatikannya. “Tak sesuai makan dekat sini. Mesti mahal ni…”. Jus oren di depan batang hidungnya diperhatikan. Terasa menyesal pulak order jus oren tadi. Silap-silap melayang RM10 dia sekejap lagi.

Perlahan-lahan kerusi ditolak ke belakang. Sarah berdiri tegak. Baju kurung moden berwarna kuning lembut ditarik-tarik ke bawah supaya lebih kemas. Beg tangannya di kerusi sebelah dicapai laju. Sarah membawa kakinya menuju ke kaunter bayaran.

“ Bayaran jus oren cik sudah dijelaskan”. Mata Sarah dibeliakkan. Siapa yang bayar? Siapa?
“ Apa?” Kenapa soalan lain yang keluar ni? “Maksud saya, siapa yang bayarkan?”
“Encik yang menunggu cik sebentar tadi. Dia sudah menjelaskan bil air dan makanan cik”.
“Eh, tapi saya tak makan..”
“ Kalau cik mahu memesan makanan, kami boleh siapkan makanan cik sekarang. Apa-apa sahaja”, jelas pelayan di kaunter bayaran tersebut. Makan apa-apa sahaja? Apa-apa sahaja? Wow!
“Eh, takpe lah dik. Saya nak balik dah ni. Terima kasih ye”. Ah, mulut! Kenapa kau mendustai perut tuanmu? Sambil berjalan keluar meninggalkan restoran itu, Sarah mencubit mulutnya yang menolak tuah. Jika tidak, sudah tentu dia sedang menikmati steak saat ini. Sedapnya! Okaylah, takde rezeki. Sarah cuba menyedapkan hatinya. Nanti dapat gaji dia datang makan di sini.

******************
Jihan yang baru meniti turun dari anak tangga melaungkan nama Sarah. Puas dia mencari Sarah hari ini. Mana pergi kakaknya ni?

“ Ma, mama nampak Kak Arah tak?”
“ Dah balik petang tadi lagi” Jawab Puan Khalisah.
“Eh, dah balik? Kenapa awal sangat Kak Arah balik hari ni, ma?”
“ Jumpa kawan katanya. Jee dah makan ke? Meh makan goreng pisang dengan mama. Sedap Mak Som buat hari ni”

Tanpa banyak soal, Jihan duduk di kerusi bersebelahan dengan mamanya. Otaknya masih ligat berfikir ke mana Sarah pergi sampai seharian dia belum sempat bertemu muka dengan gadis itu. Takkan pergi jumpa kawan pun sampai lama sangat ni. Pelik betul.

“Assalamualaikum Mama! Jihan!”
“Anak mama. Come, makan goreng pisang Mak Som”. Sama seperti Jihan, tanpa banyak soal Ari Aqashah melangkah laju menuju ke pondok di bahagian tepi rumah banglo mereka. Petang-petang macam ni memang seronok sangat kalau makan goreng pisang panas dan pekena air teh. Memang auum lah bak kata orang.

Tangan Puan Khalisah diraih dan disalami. Ari Aqashah tunduk mencium kedua-dua belah pipi Puan Khalisah penuh kasih. Ari Aqashah bergerak ke arah Jihan. Dahi licin adiknya menjadi sasarah bibirnya. Jiha turut mencium pipi abang keduanya itu.

“ Ari tak kerja ke hari ni?” Soal Puan Khalisah. Bukan apa, terkejut jugak melihat anak terunanya di rumah petang-petang hari bekerja macam ni.
“ Pick up pukul 7.15 malam”. Puan Khalisah mengangguk kepalanya tanda faham. Tiga beranak itu berbual panjang dan Jihan tentulah orang yang paling teruja menceritakan perihal orang gaji baru mereka. Ari Aqashah menunjukkan riak muka terkejut. Orang gaji baru?
“ Kenapa papa ambil orang gaji ma? Mak Som nak berhenti kerja ke?” Soal Ari Aqashah laju.
“ Saja katanya. Nak ringankan beban Mak Som tu”.  Ari Aqashah angguk. 

Setuju kalau untuk ringankan beban Mak Som. Lagipun sudah lama benar Mak Som bekerja dengan mereka. Semenjak dia masih kecil lagi. Mak Som sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri. Mak Som tempat dia bermanja dan pembuat milo panas yang paling pakar di dunia. Sungguh, dia memang sayangkan Mak Som. Jika Mak Som hendak berhenti kerja, Ari Aqashah adalah orang pertama yang akan menghalangnya. Kalau Mak Som penat bekerja, takpe. Tinggal di rumah ini dan tak perlu buat apa-apa kerja. Ari Aqashah yakin bahawa mamanya sendiri pun menyayangi Mak Som macam ibunya sendiri.

Ini merupakan kali pertama Mak Som mempunyai teman sekerja sepanjang Mak Som bekerja dengan mereka lebih dari 27 tahun. Janggal pulak rasanya mempunyai orang lain dalam rumah ini. Janggal? Macamlah dia selalu menghabiskan masanya di rumah.

“ Abang kena kenal dengan Kak Arah and Jee bet that you gonna fall in love with her!”


“ Apa Jee merepek ni? She is a maid. Just a maid in our house!” Tingkah Puan Khalisah tidak bersetuju dengan cadangan anak bongsunya itu. What a crazy plan. Anaknya seorang juruterbang. Apa kata kawan-kawannya nanti. Kalau iya hendak berkahwin sekalipun carilah orang yang sepadan. Bukan dia kisah sangat kaya atau tidak. Sekurang-kurangnya lepasan universiti.

Jihan terdiam. Terasa hati dengan sikap mamanya. Dia sangat sukakan Sarah dan jika boleh dia mahu Sarah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Sarah cantik. Pandai memasak. Lemah lembut dan penyayang. Dia yakin Sarah boleh mengubah sikap playboy abangnya.

Bahu Jihan diusap Ari Aqashah lembut. Dia tahu bahawa adiknya sangat menyukai gadis yang dikatakan orang gaji baru di rumah mereka itu, namun Jihan terlalu mentah untuk berfikir secara matang. Mana mungkin dia akan jatuh hati kepada pekerja di rumahnya sendiri. Tidak mungkin. Hatinya sedang tertawan dengan seseorang. Seseorang yang sering menggodanya dengan senyuman yang sangat cantik.

Esakan Jihan tidak dipedulikan oleh Puan Khalisah. Geram sungguh dia dengan sikap Jihan yang asyik menangkan orang gaji baru mereka. Sudahlah dia memang tidak berkenan dengan sikap orang gajinya yang asyik menurut semua kata-katanya. Bahkan pernah melanggar Jihan dengan troli semasa di Tesco tidak lama dahulu. Memang takde adab langsung anak Sulaiman ni. Berbeza sungguh dengan sikap Sulaiman yang tertib dan baik tutur katanya. Tapi bagus jugak orang gajinya tidak melawan, silap hari bulan dia pulak yang diarahkannya buat kerja. Tidak ke haru namanya?

“ Mama, Ari masuk dulu. Nak minum milo Mak Som sebelum bersiap-siap pergi kerja”. Puan Khalisah hanya menggangguk dan menghantar sesusuk tubuh tegap itu ke dalam rumah. Milo Mak Som jugak yang dipuja-puja anaknya. Milo yang dia buat pun sedap jugak, tapi masih tidak berjaya untuk mendapat tempat di hati anak keduanya itu. 

Ari..Ari. Kalau dah sukakan sesuatu, memang susah benar hendak mengubah tabiat anaknya itu. Bibir Puan Khalisah yang dioles dengan gincu berwarna merah jambu itu mengukir senyuman. Dia tidak cemburukan Mak Som. Mak Som banyak membantunya dalam menjaga keluarganya. Cuma dia tidak sangka Mak Som berjaya mendapat tempat dalam hati anak-anaknya.

Tidak sampai seminit Ari Aqashah meninggalkan dia di pondok itu bersama Jihan, Jihan bangkit berlari-lari menuju ke porch kereta. Pintu belakang kereta BMW itu dibukanya. Tangan Tuan Ramli dicapai dan ditarik keluar. Sebaik sahaja tubuh Tuan Ramli berdiri di sisi keretanya, tubuh tua itu diraih ke dalam pelukannya. Terasa dengan sikap mamanya, Jihan meraih simpati papanya pula.

Puan Khalisah hanya ketawa lucu melihat sikap anak bongsunya itu. Manja sungguh. Dia tidak salahkan Jihan cuma dia tidak  suka Jihan benar-benar maksudkan tentang membawa Sarah ke dalam keluarganya. Dia tidak bersetuju dan sama sekali tidak akan bersetuju sampai bila-bila. Never!








No comments :

Post a Comment